Thursday 30 April 2015

Anak lembu 5 mulut

Nirnaul (India): Seekor anak lembu yang dilahirkan dengan lima mulut menarik perhatian penduduk kampung di sini yang menganggap haiwan itu jelmaan Tuhan yang disembah penganut Hindu.

Anak lembu itu akan membuka semua mulutnya setiap kali menghisap susu ibunya. Ia hanya boleh menghisap susu menerusi dua mulut. Anak lembu itu dinamakan Nandi, gelaran lain untuk Tuhan Krishna.

Penganut Hindu menganggap lembu sebagai suci. Kerana keganjilannya, ramai penganut agama itu datang untuk meraikan anak lembu itu dengan sebahagian besar menyembahnya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46211#sthash.n42CiZQv.dpuf

Wednesday 29 April 2015

Indonesia laksana hukuman mati ke atas 7 pesalah dadah

CILICAP (Indonesia): Pihak berkuasa Indonesia hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh pesalah dadah, termasuk dua rakyat Australia oleh skuad penembak khas meskipun mencetuskan kemarahan dan tentangan antarabangsa.

Tujuh yang dihukum mati itu termasuk seorang pesalah lelaki tempatan yang menjalani hukuman selepas tengah malam di sebuah penjara yang berciri keselamatan tinggi, demikian lapor MetroTV dan Jakarta Post.

Bagaimanapun, hukuman terhadap seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Veloso, ditangguhkan selepas seseorang disyaki merekrutnya menjadi keldai dadah dengan membawa masuk dadah ke Indonesia.

"Keajaiban akhirnya menjelma," kata emak Celia kepada stesen radio Filipina sambil memberitahu dua anak Mary menjerit dan berkata: "Ya, ya mama masih hidup."

Berbeza keadaannya di Australia apabila terkejut dan marah dengan perintah hukuman mati yang dijatuhi ke atas Andrew Chan dan Myuran Sukumaran yang dikenali sebagai rangkaian geng pengedar heroin dadah "Bali Nine".

Pertikaian hukuman ke atas kes dadah berkenaan mencetuskan mendapat kekeruhan hubungan diplomatik antara kerajaan Australia dan Indonesia.

Seorang lagi warga asing yang dihukum mati hari ini di Penjara Pulau Nusakambangan, tengah Bali ialah seorang warga Brazil dan empat dari Afrika. - AFP/BH

Tuesday 28 April 2015

Lembu buang tabiat makan biri-biri?

NAKURU - KENYA. Sebuah kampung gempar apabila seekor lembu yang dipelihara oleh sebuah keluarga enggan memakan rumput yang disediakan, sebaliknya memakan ternakan biri-birinya.

Seorang penternak, Charles Mamboleo berkata, kejadian tersebut disedari sejak minggu lalu apabila lembunya menanduk biri-biri hingga mati sebelum memakannya.

“Saya terkejut apabila bangun pada pagi Rabu lalu dan melihat lembu saya bertukar menjadi karnivor. Saya fikir lembu ini mungkin lapar, sebab itu dia berkelakuan sedemikian.

“Selepas kejadian tersebut, kami tambah lagi rumput dan air, tetapi ia (lembu berkenaan) masih mengejar biri-biri,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal New York Daily News.

Menurut Mamboleo lagi, lembu tersebut menyerang dan memakan seekor lagi biri-biri pada keesokan harinya.

“Saya bimbang lembu itu mungkin terkena sihir kerana ia tidak melahirkan anak sejak dibeli,” katanya lagi,

Dalam pada itu, isteri Mamboleo, Consepta Kerubo turut menyuarakan kebimbangan bahawa lembu itu mungkin menyerang dan memakan anak mereka.

Bagaimanapun, pegawai pertanian tempatan, Albert Kabugi menolak dakwaan lembu tersebut disihir.

Menurutnya, haiwan berkenaan mungkin kekurangan zat dan mineral yang ditemui pada rumput.

“Rumput semakin sukar diperoleh di negara itu kerana kemarau.

“Bagaimanapun saya terkejut dengan kejadian itu. Ini kali pertama saya dapat tahu lembu makan daging,” katanya.

-Sinar

Monday 27 April 2015

Bayi 4 tangan, 4 kaki

Dumri-Isri : Ribuan penganut Hindu berkunjung ke bandar kecil ini di negeri Jharkand, timur India, untuk menyembah seorang bayi yang dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan.

Bayi itu yang lahir sedemikian kesan daripada kembar siam tidak menjadi, dianggap sebagai jelmaan Tuhan Ganesha.

Sehingga semalam dia masih belum diberi nama.

Ganesha adalah antara Tuhan yang paling banyak disembah oleh penganut Hindu dan digambarkan sebagai seekor gajah bertangan empat.

Seorang pengunjung Kuntalesh Pandey memberitahu media tempatan, dia datang sejauh 72 kilometer untuk melihat bayi itu.

“Apabila saya menerima gambar bayi berkenaan daripada seorang rakan, saya tidak mempercayainya. Tetapi apabila dia mengesahkan ia benar, saya terus datang,” katanya.

Keadaan ibu bayi itu, Ureda Khatun, tidak diketahui.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama seorang bayi disembah oleh penganut Hindu selepas dilahirkan dengan keadaan fizikal luar biasa.

Tahun lalu, seorang budak yang lahir dengan ‘ekor’ sepanjang suku meter mengumumkan dia mahu menjalani pembedahan membuangnya, walaupun disembah sebagai Tuhan.

-Metro

Negara baru diisytihar di Eropah

Zagreb: Seorang lelaki kelmarin mengisytiharkan sebuah negara baru di Eropah dengan jumlah penduduk seramai 160,000 orang. Vit Jedlicka juga mengisytiharkan dirinya presiden pertama Liberland, negara yang ditubuhkan di kawasan yang menjadi pertikaian antara Serbia dengan Croatia.

Menurutnya, dia berjaya meyakinkan 160,000 orang untuk bergabung dengannya dan membentuk negara itu yang terletak berhampiran Sungai Danube. Pendaftaran untuk menjadi ibu negara baru itu dibuat menerusi laman web Jedlicka, liberland.

Bagaimanapun, apabila wartawan Croatia cuba melawat negara yang seluas tujuh kilometer itu, mereka dilarang oleh polis sempadan Croatia. Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana ‘Presiden Jedlicka’ berjaya memasuki kawasan itu dan merakam gambarnya mengibarkan bendera negara baru itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46579#sthash.7iY7tGB5.dpuf

Friday 24 April 2015

Kaum misteri di Lautan Andaman

DARI udara pulau ini kelihatan sangat menakjubkan dengan keindahan pantai dan hutan namun tiada pelancong atau nelayan yang berani menjejakkan kaki ke pulau yang terletak berdekatan Laut Andaman.

Pulau Sintinel Utara terletak di Teluk Bengal dan kepunyaan negara India didiami oleh satu kaum misteri kira-kira 60,000 tahun lalu.

Sesiapa yang mendekati kawasan terbabit pasti akan diserang oleh suku kaum misteri tersebut yang menolak peradapan moden dan lebih suka untuk tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar.

Interaksi yang melibatkan mereka hanyalah melalui keganasan.

Pada tahun 2006, suku kaum tersebut telah membunuh dua lelaki yang memancing berdekatan perkampungan mereka malah suku kaum itu turut akan melemparkan batu dan anak panah kepada kapal terbang dan helikopter yang membuat tinjauan di kawasan berkenaan.

Pulau tersebut tidak tercemar dengan arus kemodenan namun tiada banyak maklumat yang diketahui mengenai warganya, bahasa dan upacara ritual yang diamalkan mereka.

Adalah sangat bahaya untuk mendekati suku kaum tersebut kerana kesukaran mereka untuk menerima orang luar.

Gambar atau video tidak pernah dirakam secara dekat dan jika ada hanyalah gambar yang berjaya diambil dalam kualiti yang rendah.

Menurut Pengarah Survival International, Stephen Corry berkata, suku kaum itu dikenali sebagai "suku kaum zaman batu" dan merupakan suku kaum yang paling terpinggir di dunia di mana kerajaan India sendiri tidak masuk campur dalam urusan mereka.

-sinar

Thursday 23 April 2015

Cinta sejati

Nanning (China): Sepasang suami isteri mengotakan apa yang mereka ikrarkan ketika melangsungkan perkahwinan 55 tahun lalu - untuk bersama ketika susah dan senang. Wanita berkenaan, Wei Guiyi, 76, memimpin suaminya yang buta, Huang Funeng, 80, berjalan sekeliling pekan kecil tempat mereka tinggal di selatan China, dengan mengguna buluh.

Perkara itu dilakukan sejak 30 tahun lalu selepas suaminya hilang penglihatan. Walaupun dia sendiri berdepan dengan penyakit osteoporosis, pesara itu tidak pernah merungut mengenai nasib mereka. Malah, katanya, dia sentiasa tidak sabar menanti hari esok untuk menjalankan tugas menjaga suaminya.

Kisah dan imej pasangan itu berjalan di sekitar daerah Donglan di wilayah Guangxi dicop sebagai ‘imej cinta sejati’ selepas ia tersebar di media sosial. Wei menjadi ‘mata’ kepada kedua-duanya apabila Huang dijangkiti masalah penglihatan sehingga menyebabkan dia buta pada 1985.

Huang hanya mengikuti isterinya yang bongkok dengan memegang buluh itu setiap kali mereka keluar rumah. Mereka berkahwin 55 tahun lalu ketika berusia 20-an, tetapi tidak dikurniakan anak. Pada hari perkahwinan mereka, pasangan itu berjanji akan menjaga satu sama lain sehingga ke hujung hayat.

Huang memberitahu isterinya: “Saya akan menjaga anda sepanjang hidup anda.” Wei pula berkata: “Saya akan bergantung kepada anda selama-lamanya.” Menurut Wei, dia akan menceritakan kepada suaminya mengenai apa yang dilihat dan dihadapi setiap kali dia membawanya berjalan.

“Kami bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan ini. Kami akan sentiasa bersama. Saya menjadi matanya dan dia adalah segala-galanya bagi saya.” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45683#sthash.YG4GCJE8.dpuf

Wednesday 22 April 2015

Bunuh tiap kali lahir

Salt Lake City (Amerika Syarikat): Seorang ibu yang ketagih methamphetamine dipenjara seumur hidup serta diselar tidak berhati perut kerana membunuh enam bayi setiap kali dilahirkan dan menyembunyikan mayat mereka apabila tidak dapat menjaga ramai anak. Megan Huntsman, 40, dikenakan hukuman berat walaupun wanita itu menerima tawaran daripada pendakwaan untuk mengaku salah, selepas Hakim Darold McDade berasa meluat dengan tindakannya yang kejam itu.

Megan mengaku bahawa dia terlalu ketagih dadah untuk menjaga anak-anaknya itu sepanjang tempoh sedekad bayi terbabit dilahirkan. Dia menyembunyikan setiap kehamilan sebelum melahirkan di rumah dan mencekik mati anak dilahirkan hanya beberapa minit kemudian. Megan membunuh enam bayi dengan cara itu manakala mayat bayi ketujuh ditemui disahkan mati secara semula jadi ketika dilahirkan.

Polis menemui semua mayat berkenaan dibalut dengan kain, dimasukkan ke dalam beg plastik dan dibungkuskan dalam kotak. Walaupun dia berpindah dari situ, Megan membiarkan mayat itu di dalam garaj kerana takut tertangkap ketika memindahkan mayat.

Sehingga kini, masih tidak jelas bagaimana Megan boleh menyembunyikan kehamilan kelahiran anak di rumahnya dan pembunuhan mereka daripada keluarga serta rakan. - AP

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45420#sthash.pp9O10hG.dpuf

Tuesday 21 April 2015

Isteri rantai suami, layan seperti banduan

HUAUYAN - PERU. Seorang lelaki dirantai dan ditinggalkan kelaparan oleh isterinya di dalam sebuah pondok usang di sebuah perkampungan kecil di Huauyan, dekat Peru.

Pablo Tamariz Coraquillo, 86 dikatakan dilayan seperti banduan oleh isterinya sejak kira-kira dua tahun lalu.

Pihak berkuasa bertindak menyerbu rumah terbabit selepas mendengar khabar angin mengenai perkara tersebut dan semasa ditemui lelaki itu berada dalam keadaan yang lemah dan binggung.

Penduduk kampung, Viviano Villareal Corral, 56, berkata kami tahu dia dikurung tetapi isterinya memberitahu dia berbuat demikian adalah untuk kebaikan suaminya itu.

"Isterinya berkata, lelaki itu cuba untuk melarikan diri dan kemudian memutuskan cara terbaik untuk memastikan dia berada di rumah adalah dengan mengikat dia.

"Tetapi kami tidak menyedari yang dia dikurung sepanjang masa," katanya dipetik Metro.uk

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa tempatan berkata apabila pihak kami mendengar mengenai lelaki terbabit, kami terus menyiasat dan mendapati dia dirantai sebuah pondok.

"Dia sangat lemah dan sedikit bingung melihat kami," katanya.

Pablo kini dirawat di hospital dan akan dihantar ke rumah perlindungan sosial.

-sinar

Monday 20 April 2015

Budak miliki kepala tergantung

NEW DELHI, India – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sini menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan kepalanya dalam keadaan tergantung di tubuhnya.

Kanak-kanak itu, Mahendra Ahirwar yang berasal dari Madhya Pradesh, tengah India bukan sahaja tidak mampu berdiri atau berjalan, malah tidak boleh duduk lama akibat tulang belakangnya yang lemah.

Keadaan itu menyebabkan Mahendra hanya mampu merangkak dan memerlukan bantuan untuk makan atau ke tandas.

Bapanya, Mukesh Ahirwar, 40, berkata, dia telah merujuk kepada lebih 50 doktor di seluruh negara, namun mereka tidak dapat mengesahkan penyakit anaknya itu yang mula dikesan ketika dia berusia enam bulan.

“Dia tidak mampu membuat apa-apa dengan sendiri. Bayangkan, dia hanya mampu duduk di satu sudut sepanjang hari. Jika doktor tidak boleh merawatnya, lebih baik tuhan mengambilnya,” katanya.

Sementara itu, seorang pakar telinga, hidung dan tekak Hospital Artemis, Dr. Shashidhar Tatavarthy berkata, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah gangguan otot.

“Ia merupakan salah satu kes yang paling luar biasa. Kepalanya tergantung mungkin kerana masalah tulang belakang atau gangguan otot,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3XoPHPuCp

Bakar isteri keluar rumah tanpa izin

Multan (Pakistan): Seorang suami dan bapanya ditahan selepas mereka membakar isteri lelaki itu kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran.

Muhammad Siddique berang selepas mengetahui isterinya Shabana Bibi, 25, melawat adik perempuannya tanpa meminta kebenarannya, kata abang mangsa Muhammad Azam.

Siddique dan bapanya kemudian memukul Shabana sebelum menyimbah petrol dan membakarnya di daerah Muzaffargarh, tengah Pakistan, Jumaat lalu.

Pasangan itu berkahwin tiga tahun lalu. Menurut Azam, sepanjang tempoh itu adiknya sering dipukul kerana kegagalannya untuk hamil. Kejadian itu menyebabkan 80 peratus badan Shabana melecur.

Dia meninggal dunia, kelmarin.“Kami menahan suami dan bapa mentua mangsa. Mereka didakwa membunuh dan melakukan keganasan,” kata Ketua Polis Daerah Rai Zameer-ul-Haq.

Tuduhan ‘keganasan’ biasanya dibuat untuk mempercepatkan perbicaraan. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45003#sthash.zMwiCkz5.dpuf

Friday 17 April 2015

Bapa miliki tiga anak gemuk tidak cukup wang beli makanan

NEW DELHI – Seorang bapa di sini mengalami kesempitan wang bagi membeli barangan keperluan makanan dan kos perubatan tiga orang anaknya yang mengalami masalah obesiti.

Bagi menangani masalah itu, bapa berkenaan, Rameshbhai Nandwana, 34, kini sanggup menjual buah pinggangnya bagi membiayai kos ketiga-tiga anaknya itu yang merupakan antara kanak-kanak tergemuk di dunia.

Ketiga-tiga anaknya, Yogita, 5, Anisha, 3, dan seorang lagi anak lelaki yang berusia 18 bulan, Harsh masing-masing kini mempunyai berat 48 kilogram (kg), 34kg dan 15kg.
 
Rameshbhai bercadang untuk menjual buah pinggangnya bagi membiayai kos rawatan anaknya yang gemuk.– AGENSI

Menurut Rameshbhai, jumlah makanan bagi seminggu yang diambil oleh anak-anaknya itu cukup untuk menyara dua buah keluarga selama sebulan iaitu sebanyak 10,000 Rupee (RM587).

"Bayangkan, Yogita dan Anisha mampu makan 18 keping capati, 12 biji pisang, 1 liter susu, enam peket kerepek, lima peket biskut dan dua mangkuk sup setiap hari," katanya.

Sejak tiga tahun lalu pula, Rameshbhai telah mengeluarkan hampir 50,000 Rupee (RM2,935) untuk perbelanjaan merawat kesihatan anak-anaknya yang obesiti itu, malah doktor menyarankan supaya mereka dirujuk kepada pakar.

"Saya tidak mampu kerana tiada pekerjaan tetap. Jadi, saya bercadang menjual buah pinggang untuk membiayai kos rawatan mereka," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3XWx7FN7U

Thursday 16 April 2015

Alahai dunia: Tarian bogel hibur si mati

Taipei: Ahli keluarga dan rakan yang hadir pada majlis pengebumian seorang lelaki di sini terkejut selepas upacara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian bogel. Lebih mengejutkan lagi penari bogel itu sebenarnya diupah oleh isteri si mati sendiri sebagai hadiah untuk suaminya.

Pelawat majlis pengebumian yang berlangsung pada Ahad lalu itu pada mulanya hairan apabila lampu berwarna-warni tiba-tiba dipasang disusuli dengan muzik rancak. Mereka terus terkejut apabila dua wanita yang hanya memakai pakaian dalam dan kasut tumit tinggi tiba-tiba keluar dan terus menari.

Penari itu menari dalam keadaan yang mengghairahkan dan mereka menggeselkan tubuh mereka pada keranda si mati. Beberapa pelawat dilihat berebut-rebut merakamkan imej wanita berkenaan dengan telefon bimbit dan mereka seolah-olah lupa kepada rakan mereka yang sudah meninggal dunia itu. Menurut laporan akhbar The People’s Daily, lelaki itu yang dikenali sebagai Jian meninggal dunia baru-baru ini selepas diserang strok.

Isteri Jian berkata, dia tahu suaminya suka melihat wanita cantik dan dia mahu memberikan hadiah yang akan dihargai lelaki itu pada majlis pengebumiannya. Keluarga dan rakan rapat Jian memberitahu mereka terkejut melihat persembahan itu, tetapi memahami mengapa isterinya bertindak demikian.“Wanita itu seorang yang setia dan sentiasa berada di sisi Jian ketika sakit sehinggalah dia meninggal dunia.“Saya yakin Jian pasti tersenyum ketika dalam perjalanan untuk dikebumikan,” kata seorang rakannya.

Ada penduduk berpendapat tarian bogel diadakan bagi menghiburkan si mati yang suka menonton tarian bogel ketika hidup.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44125#sthash.WxrPBYji.dpuf

Wednesday 15 April 2015

16 batang sehari

Cicapar: Seorang budak berusia tujuh tahun yang ketagih rokok sejak berumur empat tahun menghisap 16 batang rokok sehari, selepas mengurangkannya daripada tiga bungkus sehari. Diwan Awalidan dan tiga rakannya, Nawan, 11, Jujun, tujuh, dan Dede, lapan, dari Jawa Barat antara beberapa kanak-kanak di kampung Cicapar yang lebih gemar menghabiskan masa menghisap rokok daripada bermain.

Ibu bapanya berkata, mereka tidak berupaya memaksa Diwan berhenti. Dia akan membeli rokok keretek dengan mengguna wang saku. Kadang-kadang dia mencuri duit ibunya untuk melepaskan ketagihnya. Dia sudahpun menunjukkan masalah kesihatan akibat tabiatnya.

Kedua-dua ibu bapanya merokok, tetapi mereka cuba memujuk Diwan berhenti kerana bimbang masalah kesihatannya bertambah teruk. Diwan dan rakannya kini bersembunyi untuk merokok di kawasan sawah berhampiran. Bapanya, Iyan, 36, berkata: “Diwan merokok sejak usia tiga tahun. Ketika itu dia boleh menghisap tiga bungkus rokok sehari. “Jika tidak dibe rikan wang rokok, dia akan marah atau mencuri rokok atau mencuri wang untuk membelinya.”Diwan berkata, dia tidak merancang berhenti dan percaya imej grafik pada bungkusan rokok yang mempamerkan kesan buruk akibat merokok sebagai palsu.

Tabiat merokok semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia, negara kelima terbesar dalam pasaran rokok dunia. “Indonesia mempunyai lebih ramai perokok kanak-kanak bawah usia 10 tahun berbanding negara lain.

Tidak menghairankan kerana jika anda memandu di negara itu, anda dapat menyaksikan begitu banyak iklan rokok.” kata Presiden Kempen Bebaskan Kanak-Kanak Dari Tembakau, Matt Myers.

Tabiat merokok bukan sukar untuk dicontohi kerana ia sudah menjadi satu budaya di Indonesia, dikukuhkan lagi dengan iklan yang sudah sekian lama tidak dilihat di negara lain.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43908#sthash.e902e0zN.dpuf

Tuesday 14 April 2015

Gesa mandulkan penganut Islam

Jind (India): Seorang ketua kumpulan Hindu, semalam mencetuskan kontroversi apabila mendesak kerajaan India memaksa penduduk Islam dan Kristian negara itu menjalani proses pemandulan untuk menghadkan peningkatan populasi mereka.

Naib presiden persatuan Mahasabha Hindi Seluruh India Sadhvi Dewa Thakur berkata, peningkatan penduduk Islam dan Kristian di negara itu mengancam kedudukan penganut Hindu di negara itu.“Jumlah penduduk Islam dan Kristian meningkat hari demi hari.

Untuk mengatasinya, kerajaan pusat perlu melaksanakan langkah kecemasan dengan memaksa penganut Islam dan Kristian menjalani proses pemandulan.“Ini bagi memastikan jumlah penganut kedua-dua agama itu tidak meningkat,” kata Sadhivi.

Dalam satu lagi kenyataan kontroversi, Sadhvi berkata, patung Tuhan Hindu baik Tuhan Jantan atau betina, perlu ditempatkan dalam masjid dan gereja. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43374#sthash.vT1XWPZi.dpuf

Lelaki keluar lokap bakar diri

Klang: Pelanggan di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Klang, Bukit Raja, di sini, gempar apabila seorang lelaki bertindak membakar diri menggunakan petrol daripada sebuah kereta yang sedang mengisi minyak.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, seorang lelaki yang sedang mengisi petrol meninggalkan kenderaannya dengan nozel masih di tempat minyak sementara isterinya di dalam kereta.

Bagaimanapun, sejurus meninggalkan kenderaannya untuk ke tandas, mangsa secara tiba-tiba mengambil nozel petrol berkenaan dan mencurahkan pada badan sebelum bertindak membakar diri.

Menurut sumber, mangsa baru saja dilepaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan jam 8.30 malam kelmarin. Saksi yang dikenali sebagai Haniff berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Shah Alam dan singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak. “Dari jauh saya nampak asal tebal dan mengesyaki ia adalah semburan asap menghalau nyamuk sebelum beberapa individu melarikan diri dalam keadaan cemas.

“Tanggapan saya meleset, apabila tiba di lokasi saya dapati seorang lelaki terbaring dengan api yang sedang membakar tubuhnya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan jam 1.20 pagi dan ke lokasi kejadian namun mangsa sudah dibawa ke hospital.

“Kami meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu untuk siasatan lanjut selain melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan berdasarkan kenyataan doktor, mangsa melecur 100 peratus. “Mangsa yang dikenali G Mogaventhan, 29, disahkan meninggal dunia jam 5.25 petang tadi (semalam) selepas menerima rawatan di Zon Merah HTAR,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43428#sthash.gEYsscYU.dpuf

Monday 13 April 2015

Panggang diri untuk rawat kanser

China: Seorang lelaki yang menghidap penyakit leukemia mengambil keputusan memanggang dirinya sendiri sebagai kaedah alternatif merawat penyakit berkenaan. Jia Binhui, 25, mengambil keputusan memanggang tubuhnya di atas bara api kerana tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal di hospital.

Beberapa pakar perubatan memberitahu Binhui, suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser di dalam tubuhnya. Binhui membina satu pemanggang khas di belakang rumahnya supaya dia boleh menjalani rawatan berkenaan pada setiap hari.

Dia disahkan menghidap leukemia pada 2013 dan telah menghabiskan semua wangnya menjalani pemindahan sumsum tulang. Bagaimanapun, Binhui yang bekerja sebagai petani tiada wang untuk menjalani rawatan susulan di hospital.“Saya mendapat idea untuk menjalani rawatan ini selepas doktor memberitahu saya bahawa suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser.“Saya berharap rawatan ini berjaya dan saya tidak akan berputus asa,” katanya.

Menurutnya, pada setiap pagi dia mencari kayu dan ranting di ladang berhampiran sebelum dibakar di bawah dua batang kayu besar. Apabila api itu tinggal bara dia akan berbaring di atas dua batang kayu berkenaan selama mana yang dia boleh bertahan.“Saya merancang untuk menjalani rawatan ini selama beberapa bulan lagi sebelum pergi semula ke hospital bagi melihat sama ada keadaan saya semakin baik atau tidak,” jelasnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43229#sthash.cRtAe4Da.dpuf

Lelaki toreh kemaluan dipenjara

KUALA LUMPUR 10 April – Padah menoreh kemaluan bekas teman wanita dengan pisau cukur sehingga cedera, seorang lelaki warga Pakistan dihukum penjara dua tahun dan sebatan dua kali oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Gunam Raza Sanwal, 31, yang tidak bekerja mengaku melakukan perbuatan tersebut terhadap wanita warga Filipina berusia 30 tahun itu di dalam bilik sebuah hotel, Jalan Petaling dekat sini kira-kira pukul 10 malam, 24 Mac lalu.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu mengajak mangsa yang merupakan seorang pelajar, berjumpa dengannya di stesen Kuala Lumpur Sentral kerana ingin memulangkan telefon bimbit wanita itu yang sebelum ini telah dirosakkan.

Semasa pertemuan tersebut, tertuduh secara tiba-tiba telah menarik dan memaksa wanita itu mengikutnya ke hotel berkenaan.

Setibanya di hotel tersebut, tertuduh telah bertindak ganas dengan menampar muka selain menanggalkan seluar dalam wanita itu dan kemudiannya menoreh kemaluan mangsa sehingga berdarah.

Tertuduh hanya membenarkan wanita itu keluar dari bilik hotel berkenaan pada pukul 6 petang keesokan harinya.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 29 Mac lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Asisten Superintenden (ASP) Nom Phot Prakdit mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/lelaki-toreh-kemaluan-dipenjara-1.79826#sthash.ttgYb40w.dpuf

Friday 10 April 2015

Peniaga lancar kempen kahwin banduan wanita

Jeddah: Seorang ahli perniagaan kaya Arab Saudi melancarkan kempen menggalakkan lelaki berkahwin dengan bekas banduan wanita yang sudah insaf dan menyesal terhadap jenayah yang mereka lakukan. Fahd Saad Al-Johani sudah memiliki tiga isteri dan beberapa anak, tetapi kini merancang berkahwin seorang lagi.“Isteri saya yang keempat ialah banduan,” katanya.

Banduan wanita perlu digalakkan berkahwin supaya mereka boleh menjalani kehidupan normal apabila dibebaskan kelak. “Mengapa kita selalu memaafkan kesalahan dan jenayah banduan lelaki, tetapi tidak bersedia untuk berbuat demikian terhadap banduan wanita?” tanya Fahd.

Menurutnya, dia sering bertanya ke mana bekas banduan wanita itu pergi sekiranya keluarga mereka enggan menerima mereka selepas dibebaskan. Katanya, dia terkejut mendapati kebanyakan mereka kembali melakukan jenayah kerana keengganan keluarga dan masyarakat menerima banduan itu.“Sedangkan Allah menerima taubat dan mengampunkan pelaku dosa, mengapa tidak kita manusia biasa? “Mengapa kita tidak boleh menerima bekas banduan? Mengapa kita tidak boleh memberikan mereka kehidupan baru? Mengapa kita perlu menghalang mereka berkahwin dan menikmati kehidupan berumah tangga?” tanya ahli perniagaan itu.

Menurutnya, dia sudah menghubungi Kementerian Kebajikan untuk mengesyorkan seorang banduan wanita yang akan dibebaskan dari penjara supaya dia boleh mengahwininya dan berharap ramai lagi lelaki mengikut jejaknya. - Agensi

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42715#sthash.yfNdTiQo.dpuf

Tuesday 7 April 2015

Tiket ke Syurga

Jacksonville (AS): Sepasang suami isteri Tito dan Amanda Watts ditahan kelmarin kerana menjual ‘tiket emas ke syurga’ kepada beratus-ratus orang.

Pasangan berkenaan yang menjual tiket itu dengan harga AS$99.99 (RM362) setiap satu memberitahu pembeli tiket berkenaan dibuat daripada emas padu dan setiap tiket itu melayakkan pembelinya satu tempat di dalam syurga.

Mereka hanya perlu menunjukkan tiket itu untuk memasukinya.

Seorang jurucakap polis Jacksonville, Florida berkata: “Semua orang boleh menjual tiket ke syurga. Tetapi apa yang dilakukan pasangan Watts itu ialah mereka memutar belit produk yang mereka jual. 

Tiket itu hanya kayu yang disembur dengan warna emas lengkap dengan kata-kata ‘Tiket ke Syurga - Untuk Seorang.’

“Anda tidak boleh menjual sesuatu dengan berkata ia emas sedangkan ia sebenarnya bukan emas.”
Dalam kenyataannya kepada polis, Tito berkata: “Saya tidak peduli apa yang polis cakap. Tiket itu emas padu. Saya tidak menyembur cat padanya. 

Jesus yang memberinya kepada saya di belakang restoran KFC dan memberitahu saya boleh menjualnya supaya saya boleh pergi ke angkasa lepas.

“Saya bertemu seorang makhluk asing bernama Stevie yang berkata jika saya sudah mempunyai wang secukupnya, dia akan membawa saya dan isteri terbang ke planetnya dan menghisap dadah.

“Kami boleh hisap seberapa banyak dadah yang kami mahu dan ia percuma.

“Kami tidak bersalah jangan cuba masukkan kami dalam penjara kerana kamu akan terima padahnya nanti. Saya bersedia untuk perangkap Jesus jika kamu mahu kami lakukannya.”

Isterinya, Amanda pula memberitahu polis: “Kami hanya mahu meninggalkan bumi ini, pergi ke angkasa lepas dan hisap dadah. Saya tak mahu apa-apa lagi. Tito jual tiket itu. Saya hanya memerhatikannya.”
Polis merampas wang tunai berjumlah lebih AS$10,000 (RM36,200), tiga paip ganja dan seekor anak buaya daripada pasangan itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41986#sthash.9NK6lsaB.dpuf

Wanita dibenar cerai suami kaki tidur

Kaherah: Seorang wanita muda dibenarkan bercerai daripada suami yang dikahwininya sebulan lalu kerana lelaki itu kuat tidur, lapor akhbar ‘Al Youm Al Sabea’a’.

Mahkmah Keluarga Masr Qadima mengeluarkan keputusan memihak kepada wanita itu selepas dia mendakwa suaminya selalu tidur lebih 15 jam sehari menyebabkan dia tidak berpeluang duduk dan bercakap dengannya sejak mereka berkahwin.

Wanita itu mendakwa, suaminya tidur setiap hari sebaik pulang dari kerja.

Malah dia juga akan tidur ketika sedang menonton televisyen atau berbual dengan tetamu dan anggota keluarga yang datang melawat mereka.

Si suami mendakwa dia tidak menghidap sebarang penyakit, cuma dia ketagih tidur.

Wanita itu berkata dia tidak tahu ketagihan suaminya sebelum mereka berkahwin dan kini malu dengan tabiat suaminya itu. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41977#sthash.kgRxKj7T.dpuf

Monday 6 April 2015

Tembelang Romeo 17 ‘awek’ pecah


Beijing: Tembelang Romeo yang berpacaran dengan sekurang-kurangnya 17 ‘Juliet’ pada waktu yang sama - malah turut mempunyai seorang anak dengan seorang daripada mereka - pecah apabila semua kekasihnya hadir ke hospital serentak selepas dia kemalangan.

Yuan yang berasal dari Changsha di wilayah Hunan dibawa ke hospital baru-baru ini akibat kemalangan dengan kecederaan yang tidak serius. Semua teman wanita - malah juga kakitangan hospital - terkejut apabila mendapat tahu mereka rata-rata berpacaran dengan lelaki sama.

Seorang teman wanitanya Xiao Li berkata menjalin hubungan selama satu tahun setengah dengan Yuan.“Selepas mendapat berita dia kemalangan saya tidak berhenti menangis kerana terlalu risau.“Bagaimanapun, apabila saya melihat semakin ramai gadis jelita muncul di hospital, air mata saya terus kering,” katanya.

Menurutnya, dia menubuhkan kumpulan sembang atas talian bagi semua 17 teman wanita Yuan itu dan mendapat tahu ada antara mereka turut menjadi ‘sumber pendapatannya’ setiap bulan. Malah, seorang wanita mengaku membantu Yuan dari segi kewangan selama sembilan tahun.

Wang Fang yang juga mempunyai anak hasil hubungan dengan Yuan berkata, walaupun tidak lagi mencintai Yuan kasihnya terhadap anak mereka tidak luntur. Seorang lagi mangsa Xiao Ting berkata Yuan jodohnya dan sudah mula merancang perkahwinan mereka.

Lebih daripada 6,000 komen diposkan di media sosial yang melahirkan kekaguman terhadap Yuan sementara tidak kurang juga yang mengkrititk wanita terbabit kerana sepatutnya lebih bijak menghidu penipuannya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41747#sthash.yq1RAsjk.dpuf

Wanita bogel rompak kedai runcit

Charleston (Amerika Syarikat): Seorang wanita ditahan polis selepas cuba merompak sebuah kedai runcit di sini, dalam keadaan bogel. Wanita itu, Drema Setliff, 30, ditahan pada Khamis lalu ketika bersembunyi di dalam sebuah almari di kedai berkenaan selepas cubaan merompak premis itu gagal.

Jurucakap polis Brian Humphreys berkata, Drema masuk ke premis berkenaan dan terus menarik rambut seorang pekerja wanita sebelum memaksa mangsa membuka peti simpanan wang.

Bagaimanapun, Drema melarikan diri ke dalam kedai itu selepas seorang pelanggan tiba-tiba masuk ke dalam premis berkenaan.

“Drema tidak cuba melarikan diri sebaliknya dia bersembunyi di dalam sebuah almari sehingga ditahan polis.“Ketika ditahan suspek membawa tuala, tetapi ia tidak digunakan untuk menutup tubuhnya,” katanya.

Dia mengesyaki wanita itu mabuk atau mengambil dadah. Tambahnya, wanita itu menangis ketika dibawa ke mahkamah dan didakwa atas tuduhan merompak.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41565#sthash.BULrPJRc.dpuf

Friday 3 April 2015

Rompak guna coli

Lexington: Seorang wanita didakwa di sebuah mahkamah di sini atas tuduhan cuba merompak dengan menggunakan coli. Ashley Sies, 31, ditahan pada Isnin lalu selepas dia cuba menceroboh masuk ke sebuah rumah milik seorang wanita, Patricia Leece.

Patricia, 61, berkata, wanita itu datang ke rumahnya pada jam 12.30 tengah malam (waktu tempatan) dan terus mengetuk pintu dengan kuat.“Pada mulanya saya menyangka cucu saya yang mengetuk pintu dan apabila saya membuka pintu secara tiba-tiba Ashley menyerbu masuk.

“Ashley kemudian melilit leher saya dengan coli dan cuba menjerut saya,” katanya. Ujarnya, dia bergelut dengan Ashley selama 15 minit sebelum dia mendapat peluang menyelamatkan diri.“Ketika sedang bergelut, saya ternampak satu patung ayam seramik di atas lantai dan terus mengambil objek itu lalu memukul kepala wanita berkenaan.“Saya memukul kepala dan muka wanita itu beberapa kali sehingga dia akhirnya pengsan,” jelasnya.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41096#sthash.E548FkrY.dpuf

Thursday 2 April 2015

Wanita menang saman £2.4 juta kerana hubungan seks terganggu


LONDON – Seorang ibu kepada tiga orang anak memenangi saman ganti rugi kira-kira £2.4 juta (RM13.1 juta) selepas menderita ketiadaan keseronokan seksual berikutan kelewatan penangguhan pembedahan tulang belakang.

Wanita berkenaan, Heather Tait, 34, dalam satu perbicaraan memberitahu, keghairahan dalam kehidupan seks bersama suaminya, Russell musnah akibat kecederaan yang dialami.

“Ganti rugi ini wajar kerana Tait sudah sampai ke tahap merasakan bahawa tiada gunanya lagi mengadakan hubungan seks,” kata Hakim Martin McKenna yang membuat keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi London baru-baru ini.

Tait yang menguruskan perniagaan fotografi sendiri di Sutton Coldfield, Birmingham di sini dibawa ke Hospital Besar Cheltenham pada Julai 2009 kerana mengalami sakit belakang yang teruk.

Walaupun doktor mengesyaki Tait mungkin mengalami tulang tergelincir atau kecederaan pada tulang lembut, namun dia disuruh pulang tanpa menjalani imbasan magnetik resonan (MRI).

Apabila dia datang semula ke hospital keesokan harinya, ujian MRI mengesahkan Tait mengalami tulang tergelincir yang sangat serius.

Kelewatan menjalani pembedahan yang tertangguh selama dua hari membuatkan Tait menghidap sindrom cauda equina iaitu kesakitan tulang belakang yang dahsyat sekali gus menjejaskan kehidupan seksualnya. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3W7ZRSvbg

Amuk diejek mati pucuk

Douliu City: Seorang suami menetak isterinya hingga mati dengan pisau pemotong daging selepas mengejeknya kerana mati pucuk.

Chang Yi-hsin naik berang di kediaman mereka di Yunlin, barat Taiwan selepas isterinya Lin Yue-gui memperlekehkannya kerana menggunakan Viagra.

Ketika bertengkar, wanita berusia 59 tahun itu memberitahu suaminya, 63, alat kelaminnya hanya berguna untuk ke tandas.

Polis berkata, Chang mengambil pisau itu di dapur dan menetak kepala isterinya sebelum mengelar tubuh mangsa.

Dia kemudian keluar dan cuba membunuh diri dengan baring di bawah pintu garaj automatik.

Apabila tersepit, Chang menelefon bomba untuk menyelamatkannya tetapi tidak memberitahu mereka mengenai perbuatannya membunuh isterinya, beberapa meter dari tempat berkenaan.

Jurucakap polis berkata: “Apabila anggota bomba tiba, mereka menemui Chang tersepit di bawah pintu garaj.

“Chang mengaku mahu membunuh diri tetapi langsung tidak menyebut yang dia baru membunuh isterinya.”

Perbuatannya hanya terbongkar apabila anggota bomba bertanya sama ada dia tinggal seorang diri.

“Dia memberitahu mereka: ‘Oh saya baru menikam isteri saya. Saya berharap dia tidak mengalami kecederaan teruk,” kata jurucakap berkenaan.

Lin ditemui berlumuran darah dan dihantar ke hospital tetapi disahkan mati sebaik tiba akibat kecederaan teruk yang dialaminya.

Jurucakap hospital berkata: “Lin cedera teruk di kepala dan belakang.”

Chang akhirnya mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Jurucakap polis berkata: “Dia berasa amat kesal dengan apa yang berlaku. Katanya, dia malu mengenai keadaannya yang mati pucuk.” -Metro

      

Wednesday 1 April 2015

40 anak masih tak cukup


London: Seorang lelaki di sini dianggap sebagai bapa paling banyak zuriat di Britain apabila dia mempunyai seramai 40 anak hasil hubungannya dengan 20 wanita. Mike Holpin, 56, berkata, dia masih mahu menambah zuriatnya walaupun sukar untuk dia mengingati nama semua anaknya.

Katanya, seramai 22 anaknya dinamakan dengan nama keluarganya manakala 18 lagi tidak berbuat demikian.“Sebenarnya saya tidak dapat mengingati jumlah sebenar anak saya dan kemungkinan masih ramai lagi yang tidak saya ketahui,” katanya.

Menurutnya, anaknya berusia antara tiga hingga 37 tahun. Holpin kini berusaha mencari semua anaknya dan mencacah tatu nama mereka di belakangnya sebagai cara untuk mengingati mereka. Menurutnya, dia mempunyai ramai anak kerana sikapnya suka berfoya-foya dengan wanita dan tidak suka dengan kaedah mencegah kehamilan.

“Saya sebelum ini mengalami ketagihan alkohol yang teruk menyebabkan ramai anak saya dijaga ibu mereka atau jabatan kebajikan.“Kini saya sudah berjaya mengatasi masalah ketagihan berkenaan dan saya berazam untuk bertemu dengan semua anak-anak saya,” jelasnya.

Kata Holpin, dia kesal kerana hubungannya dengan wanita sering berakhir dengan kegagalan kerana sikapnya yang kaki botol dan kaki perempuan.“Akibat ketagihan dan kaki perempuan, ramai anak-anak saya terabai dan terpaksa dijaga oleh jabatan kebajikan.

“Ia membuatkan saya berasa amat teruk kerana yang menderita adalah anak-anak saya,” katanya.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40665#sthash.AgnSoZzl.dpuf

Alahai dunia : Ugut bunuh angkara cekodok

Kuala Lumpur: Dibelasah kerana kuih cekodok. Itu nasib malang seorang wanita apabila dibelasah rakan serumah sewanya di Bangsar di sini, Jumaat lalu selepas dituduh memasak menggunakan bahan milik rakannya itu. Malah, mangsa yang berusia 23 tahun turut diugut bunuh oleh suspek, 20-an yang ingin menembaknya dengan pistol didakwa dimilikinya daripada teman lelaki.

Menurut sumber, tidak cukup dengan itu, mangsa turut diserang dengan parang dan mujur rakan serumah lain datang meleraikan pertengkaran itu. “Sebelum kejadian jam 4.30 petang mangsa berada di dapur untuk membuat cekodok. Ketika leka memasak datang seorang lagi rakan serumahnya dari dalam bilik tidur dan memarahinya.

“Suspek menuduh mangsa memasak menggunakan bahan yang dibelinya, namun dinafikan dan memberitahu dia menggunakan bahan dibeli sendiri,” katanya. Sumber berkata, pertengkaran itu bertukar menjadi ganas suspek terus menyerang dan memukulnya beberapa kali.

Mangsa kemudian keluar dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40445#sthash.B7cPBwKp.dpuf