Wednesday 31 December 2014

RM47,000 elak isteri tuntut cerai

Jazan (Arab Saudi): Seorang bapa terkejut apabila seorang lelaki yang melamar anaknya menetapkan syarat yang dianggapnya memalukan - anaknya mesti membayarnya SR500,000 (RM47,000) jika mengambil keputusan untuk bercerai.

Si bapa bertambah terkejut apabila anaknya bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.“Si anak bersetuju dengan tuntutan itu selepas lelaki berkenaan menerangkan syaratnya,” lapor akhbar Al Watan. Lelaki itu berkata, dia menetapkan syarat berkenaan selepas tiga perkahwinannya gagal kerana ketiga-tiga isterinya menuntut diceraikan.

“Dia menetapkan syarat berkenaan bagi memastikan isteri barunya itu tidak meminta cerai,” lapor akhbar berkenaan.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20321#sthash.GFfwF5M9.dpuf

Lima tahun tak mandi


Nurtigen (Stuttgart): Anggota bomba di sini semalam terpaksa memakai topeng gas untuk menyelamatkan seorang lelaki obes yang tidak mandi sejak lima tahun lalu. Jiran lelaki yang berat badannya 158 kilogram itu mulanya menyangka blok apartmen mereka menjadi sasaran serangan kimia apabila anggota bomba tiba lengkap dengan pakaian khas dan peralatan pernafasan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya disebabkan keadaan dalam apartmen lelaki berusia 65 tahun itu yang disifatkan sebagai terlalu teruk hingga mendorong anggota bomba mengambil langkah berjaga-jaga drastik itu.

"Apartmen berkenaan penuh dengan sampah setinggi lutut-dari kotak piza hinggalah tin dan makanan yang sudah berulat.  "Baunya sungguh busuk," kata salah seorang anggota bomba.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6608#sthash.xvrZhwyr.dpuf

Tuesday 30 December 2014

Lelaki ‘bertelur’


Jakarta: Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu. Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya.

Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.

Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat.

Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut. Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar. Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur.“Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.

Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus. Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7175#sthash.55FORdFx.dpuf

2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling




Nanning, Guangxi: Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing. Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan.

Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja. Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18352#sthash.p8apUqqT.dpuf

Monday 29 December 2014

Alahai dunia : Dicerai kerana ingintunjuk romantik

Riyadh: Seorang suami menceraikan isterinya di lapangan terbang di sini selepas wanita itu cuba menunjukkan sikap romantik dengan memegang tangan suaminya.

Lelaki terbabit dan isterinya berada di lapangan terbang apabila isterinya memegang tangannya dan mula mengucapkan kata-kata manis. Ia membuatkan lelaki itu berang lalu menceraikan isterinya serta-merta.

“Saya kenal lelaki itu,” kata seorang ulama yang juga penyelidik sosial Abdul Aziz Al Zeer dalam satu program televisyen Saudi.“Apabila isterinya berbuat demikian, dia dengan nada marah menyuruhnya melepaskan tangannya. Tetapi si isteri enggan.“Lelaki itu kemudian menceraikan isterinya tetapi akhirnya menyesal dengan tindakan itu,” katanya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19780#sthash.ehbIY6CM.dpuf

Nasib 3 lelaki hodoh

Bihar (India): Tiga elaki di bandar ini menghadapi masalah rumah tangga serupa apabila ditinggalkan isteri masing-masing atas alasan hodoh. Sejak sebulan lalu, sekurang-kurang tiga wanita baru berkahwin meninggalkan suami masing-masing kerana terlalu hodoh dan dianggap tidak sesuai untuk dijadikan suami.

Pada 9 Disember lalu, seorang pengantin perempuan dari daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana kehodohannya selepas lima hari berkahwin, “Saya setuju berkahwin dengan lelaki yang saya tidak pernah temui kerana menjaga perasaan ibu dan bapa."Tetapi apabila tiba di rumah mentua dan melihat wajah suami dari dekat, perasaan jijik dan benci terus menerpa fikiran saya. Dia terlalu hodoh.“Saya membuat keputusan untuk meninggalkan dia dan tidak akan kembali kepadanya walau apa berlaku,” katanya kepada polis kelmarin.

Kejadian sama dilapor berlaku di daerah Gardanibag awal bulan ini apabila seorang wanita meninggalkan rumah mentuanya, sehari selepas berkahwin. Sejurus selepas kejadian, ibu bapa wanita terbabit membuat laporan anak mereka diculik. Namun, segalanya terbongkar selepas polis menemui wanita itu yang tinggal bersama kekasihnya minggu lalu. Ketika disoalsiasat, wanita terbabit memberitahu dia enggan pulang kepada suaminya yang sudah tua dan hodoh.

Seorang lagi wanita dari kawasan sama meninggalkan suaminya dua minggu lalu atas alasan sama. Polis berkata, wanita itu hilang tiba-tiba dari rumah suaminya menyebabkan ibu bapanya melaporkan dia dibunuh keluarga pihak lelaki. Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya menjejaki wanita terbabit di kawasan Bikram dan menemui dia bersembunyi di rumah kekasihnya. Ketika disoalsiasat, wanita itu mengaku meninggalkan suaminya kerana tidak sanggup hidup dengan lelaki hodoh.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19782#sthash.R91kkXrc.dpuf

Friday 26 December 2014

Wanita kita langsung tak tahu malu?

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit. Kerana Charly Chappius, wanita Malaysia dituduh langsung tidak tahu malu. Langsung... pedih sungguh kata-kata itu.

Bagi yang kurang jelas akan mauduk omelan saya minggu ini, kisahnya adalah mengenai kenyataan seorang lelaki dari Thailand yang dilontarkan menerusi media sosial mengenai wanita Malaysia yang disifatkannya sebagai langsung tidak tahu malu.

Puncanya kerana mereka telah menunjukkan kegilaan yang melampau, yang keterlaluan amat terhadap pemain bola sepak skuad Gajah Perang, Charly Chappius.

Ini komen lelaki itu:

"Apa yang saya tahu, Malaysia sebuah negara yang paling ramai penduduknya orang Islam dan wanita kamu memakai hijab untuk menutup rambut mereka. Saya juga difahamkan, wanita kamu juga rata-ratanya bersifat pemalu. Tetapi apa yang saya lihat di halaman (Facebook) ini, banyak sekali komen daripada wanita Malaysia yang memakai hijab yang apabila melihat komen-komen mereka, saya tertanya-tanya, di mana perasaan malu mereka? Pada saya, mereka seperti tidak tahu malu langsung. Kamu kelihatan seperti perempuan tidak bermoral yang cuba menarik perhatian lelaki. Saya kira wanita kami (Thailand) lebih bermoral berbanding kamu walaupun negara kami (Thailand) dianggap sebagai negara pelacur."

Pedih lagi menyakitkan hati, bukan?

Tetapi seperti yang saya katakan tadi, apa lagi yang kita nak kata kalau sebab musabab kenyataan senegatif itu dilontarkan susur galurnya adalah daripada sikap atau tindak-tanduk orang kita sendiri. Sebenarnya perkataan tidak bermoral yang saya gunakan itu telah sedikit dilenturkan daripada perkataan sebenar yang digunakan lelaki Thai itu, jauh lebih kesat.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa di sebalik kegagalan Harimau Malaya merangkul Piala AFF Suzuki hujung minggu lalu, ada cerita yang lebih menyedihkan daripada itu.

Bukan rahsia lagi betapa ramai anak-anak gadis kita malah isteri orang yang tanpa segan silu menunjukkan betapa gediknya mereka menggilai Chappius. Malang sekali tindak-tanduk mereka itu telah membuat habis kita orang Malaysia, terutamanya wanita lain turut menanggung aib.

Bagi saya, ini lebih menyedihkan daripada sekadar terlepas peluang merangkul sebuah piala. Ini melibatkan maruah agama, bangsa dan negara seluruhnya. Kita bukan sekadar kehilangan piala tetapi sudah hilang maruah!

Kerana begitu terbukanya apa yang mereka lakukan melalui media sosial, persepsi orang Thailand terhadap kita sudah berubah. Selepas ini, wanita kita mungkin tidak akan dihormati lagi sebagai golongan yang begitu menjaga maruah diri, bersifat pemalu dan
mengamalkan sikap budaya yang tinggi.

Masakan tidak jika di Facebook, secara terbuka mereka bukan setakat menunjukkan kegilaan terhadap pemain midfield yang lahir daripada benih kacukan Thai - Swiss itu, malahan sampai ke tahap mengecam, memperlekeh teman wanitanya yang dikatakan tidak sepadan.

Berbagai kata-kata tidak enak yang terang-terangan menghina wanita kulit putih itu dihamburkan. Seorang daripada mereka siap mengaitkan pandangan ibunya bahawa lelaki kacak biasanya berpasangan dengan wanita yang tidak cantik. Kata-kata ini mungkin untuk mengubat hati yang begitu meluap-luap rasa cemburunya!

Sejak berlangsung perlawanan akhir pertama di Bangkok lagi, beberapa minit sahaja selepas sepak mula, bertebaran di di serata media sosial pujian kepada Chappius. Ada yang sampai menganggapnya sebagai anugerah tuhan!

Tidak pernah rasanya sepanjang hayat saya yang sudah 43 tahun ini, sampai begitu sekali wanita kita tergila-gilakan pemain bola keterlaluan seperti itu, apa lagi orang luar yang mengalahkan kita. Begitu bangga seorang gadis Melayu yang hadir ke stadium dengan jersi Harimau Malaya bergambar dalam keadaan dipeluk belakangnya oleh Chappius.

Saya sudah jauh lebih berumur untuk berasa cemburu atau tercabar dengan gelagat yang seperti itu tetapi terasa hatilah juga apabila hal ini dikaitkan dengan moral, maruah, nama baik baik ugama, bangsa dan negara.

Perasaan malu sememangnya amat penting bagi sesiapa juga, lebih-lebih lagi wanita. Kita biasa dengar pesanan orang-orang tua bahawa wanita itu nafsunya sembilan, akalnya satu. Apa yang jadi pelindung untuk dia menjaga kehormatan, maruah dan harga diri adalah perasaan malu. Kalau malu sudah dibuang, inilah jadinya.

Bukan salah hendak memuji, tetapi berpada-padalah. Pemain Harimau Malaya pun bukan tiada yang kacak. Mat Yo umpamanya, pun kacak juga. Tetapi memuji Mat Yo, haruslah dipuji isterinya juga.

-MUHAMAD MAT YAKIM@Sinar

Budak bunuh suami guna racun tikus


Kano: Seorang pengantin kanak-kanak mengaku membunuh suaminya yang berusia 35 tahun dengan racun tikus. Wasila Tasi’u menandatangani pengakuan itu di Mahkamah Tinggi Gezawa dengan cop jari di mahkamah semalam kerana dia tidak tahu membaca.

Jika didapati bersalah, Wasila, 14, akan dihukum mati, sekali gus menjadi kanak-kanak pertama menjalani hukuman itu di Nigeria sejak 18 tahun lalu. Menurut polis, suaminya, Umar Sani ditemui mati empat hari selepas mereka berkahwin pada April lalu.

Wasila berasal dari keluarga miskin dan tinggal di Kano, utara Nigeria, tempat perkahwinan kanak-kanak dan poligami berleluasa. Kes itu mendapat reaksi berbeza di wilayah itu yang yang menguatkuasakan undang-undang syariah di samping undang-undang sivil.

Mahkamah berkenaan sesak semalam dengan orang ramai mahu menyaksikan perbicaraan itu. Isteri pertama lelaki itu, Ramatu memberitahu mahkamah, dia melihat madunya menyediakan makan malam untuk suami mereka sebelum tidur. Tidak lama selepas itu, dia melihat mulut lelaki itu berbuih dan menggelupur.

Seorang kanak-kanak tujuh tahun, Hamziyya, dipercayai adik Wasila dan turut tinggal di rumah itu, didakwa membeli racun tikus berkenaan atas arahan kakaknya. Ia disahkan oleh peniaga, Abuwa Yusuf.

Hamziyya memberitahu mahkamah: “Kakak saya memberitahu dia diganggu tikus di biliknya.” Seorang jiran, Abdulrahim Ibrahim memberitahu mahkamah, dia turut makan bersama lelaki berkenaan pada hari itu, tetapi menjamah sedikit saja kerana rasa makanan itu kurang enak.“Umar terus makan dan dia mati malam itu juga,” katanya.

Perbicaraan bersambung 16 Februari depan.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18947#sthash.BJvBHBjt.dpuf

Wednesday 24 December 2014

Ibu, anak mati berpeluk


Banjarnegara: Tujuh lagi mayat mangsa tanah runtuh di Jemblung dikeluarkan dari runtuhan oleh pasukan pencari dengan dua daripada mereka ditemui dalam keadaan berpelukan. Media semalam melaporkan, enam daripada mangsa adalah wanita.

Sukarelawan dari dari Purworejo, Heksa berkata, tiga daripada mangsa itu dikesan dalam ruangan sama pada sebuah rumah.“Mayat berpelukan itu adalah pasangan anak dan ibu,” katanya.

Heksa berkata, pasangan terbabit dikesan sejak Khamis, tetapi mayat mereka tidak dapat dikeluarkan lebih awal kerana hujan lebat. Kata Heksa, 26, pasangan anak beranak itu terbunuh dalam keadaan berdiri di antara runtuhan dinding rumah mereka. “Si ibu berada di atas dan posisinya menunjukkan dia memeluk si anak sebagai usaha melindungi tubuh dan kepala kanak-kanak terbabit,” katanya.

Menurut Heksa, pasangan itu menghembus nafas terakhir di bahagian dapur rumah mereka. Katanya, tiada kesan kecederaan fizikal pada mayat berkenaan.“Melihat keadaan mereka, kami memang amat terharu,” katanya.

Sementara itu, ketua kampung, Haryono berkata, ketiga-tiga mayat yang ditemui di rumah berkenaan disahkan mempunyai pertalian keluarga. Mereka ialah si ibu, Partimah, 53, dan anaknya, Karina, 7, serta seorang saudara yang kebetulan menziarahi pasangan terbabit, Sutarti, 53. “Suami dan dua lagi anak Partimah belum ditemui,” katanya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17865#sthash.RUenZ4mb.dpuf

Selfie tak bertempat


Beijing: Biro Kesihatan Xi’an mengumumkan pemecatan tiga pegawai hospital selepas gambar sekumpulan pakar bedah mencetus kontroversi apabila mereka mengambil selfie bersebelahan pesakit yang sedang dirawat.

Tiga yang dipecat itu ialah timbalan presiden, dekan dan ketua jururawat di jabatan anestesiologi Hospital Xi’an Fengcheng. Ketua pegawai eksekutif dan pekerja perubatan di dalam gambar berkenaan juga dikenakan demerit dalam rekod mereka - satu daripada hukuman dalam pentadbiran di China. Mengikut biro berkenaan, gambar itu diambil pada 15 Ogos lalu di dalam bilik pembedahan yang akan ditutup.

Disebabkan itu, petugas terbabit sengaja mengambil gambar kenang-kenangan di bilik berkenaan. Selfie itu kemudian dimuat naik ke Sina Weibo - Twitter versi China - Sabtu lalu oleh seorang pengguna yang mendakwa rakan kepada doktor terbabit.

Ekoran penyiaran gambar itu, ramai pengguna Weibo yang berang. Seorang daripada mereka menulis: “Apa yang kamu lakukan ketika pembedahan? Patutlah banyak kes perubatan dipertikaikan pesakit.”Walaupun gambar itu dipadamkan, ia terlewat kerana tersebar di media sosial. Pada Isnin, gambar berkenaan dilihat 9.9 juta kali dan mendapat lebih 12,000 komen.

Ada pengguna Weibo menyelar perbuatan doktor terbabit sebagai tidak profesional.“Perbuatan itu salah. Pesakit belum sedar dan doktor bergembira tanpa mengendahkan privasi pesakit,” kata pengguna bernama Youma. Namun ada juga yang memandang perkara itu dengan positif.

Baiyishanmao yang dikenal pasti seorang pakar bedah menganggap tidak ada salahnya mengambil gambar selepas selesai melakukan pembedahan yang berjaya. Komennya itu mendapat lebih 10,000 ‘like.’

  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18645#sthash.68g4pJz7.dpuf

Tuesday 23 December 2014

Kempunan ratah bayi

Masvingo (Zimbabwe) Seorang wanita berusia 90 tahun yang mengaku dirinya seorang ahli sihir ditangkap tidak lama selepas dia dan rakannya gagal melapah seorang bayi. Nenek dikenali sebagai Shoko itu ditangkap ketika memulangkan bayi berkenaan dan bercadang mencari bayi lain.

Bayi pertama tidak dimakan kerana Shoko dan rakannya mendapati dia sudah mempunyai gigi.

Bagaimanapun, dia ditangkap pada jam 3 pagi selepas bayi itu tidak henti menangis. Ibu kanak-kanak berkenaan, Sharai Hundi, yang kebetulan terjaga dari tidur berlari keluar kerana mendapati bayinya sedang terbaring di sebelah seorang wanita tua.“Saya tidak akan melupakan kejadian ini dan bersyukur Tuhan menyelamatkan bayi saya.“Saya terjaga sekitar jam 3 pagi kerana anak mahu minum.

Kebetulan saya memeriksa tempat tidur bayi saya namun dia sudah hilang.“Seolah dalam mimpi saya mendengarnya menjerit menangis di luar rumah dan alangkah terkejut apabila melihatnya terbaring di sebelah unggun api dengan seorang wanita tua bersamanya,” katanya.

Menurut Sharai, dia terus mencapai bayinya dan membawa masuk ke rumah, tetapi kanak-kanak itu masih tidak henti menangis. Dia kemudian menghubungi keluarganya yang tinggal berhampiran, manakala Shoko yang malu menutup muka menggunakan bajunya menyebabkan badannya terdedah.“Dia terpaksa mengakui perbuatannya kerana penduduk kampung hampir mahu membelasahnya.

Semua orang terkejut apabila dia mengaku sebenarnya nenek kebayan yang buta pada waktu siang, namun dapat melihat jelas ketika malam.“Katanya, dia mengambil anak saya kerana tiba gilirannya mendapatkan daging manusia untuk diratah bersama rakan-rakannya,” katanya. Bayi itu bernasib baik kerana mereka mewajibkan semua anak yang ingin dimakan mestilah belum tumbuh gigi.

Sharai berkata, suaminya Mujena yang pulang dari kerja mengarahkan Shoko pergi dari situ namun wanita berkenaan mengelilingi rumah mereka selama empat jam sehingga anak-anaknya membawa kereta sorong dan membawanya pergi.

“Kami ditawarkan lima lembu sebagai pampasan oleh keluarganya namun tidak menerimanya kerana bimbang dia datang untuk menghirup darah anak kami.“Anak saya masih belum pulih kerana luka di badan dan matanya belum sembuh,” kataya. Sementara itu, ketua kampung mengambil tindakan menghalau Shoko dari kampung itu.

  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18347#sthash.GchaWpMV.dpuf

Monday 22 December 2014

Kurang ajar punya cucu

Florida: Seorang wanita menampar neneknya sendiri hanya kerana wanita warga emas itu enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook.

Pejabat Syerif Daerah Pinellas berkata, Rachel Hayes, (gambar) 27, kini berdepan hukuman penjara selepas mengamuk dan memukul neneknya yang berusia 72 tahun.

Nenek Rachel dilaporkan menolak permintaan di Facebook itu kerana tidak suka nama digunakan cucunya, Rachel Frickin Hayes. Kata syerif, pada pandangan wanita terbabit, perkataan “Frickin” diguna cucunya dianggap tidak sopan.googletag.

Sehubungan itu, neneknya meletakkan syarat supaya Rachel mengubah namanya terlebih dulu sebelum bersetuju menerimanya di senarai rakan Facebook.

Rachel yang mempunyai seorang anak bagaimanapun muncul di rumah neneknya dalam keadaan mabuk pada jam 3.40 pagi Khamis lalu dan mengamuk serta memaki neneknya. Rachel kemudian menampar wanita warga emas itu beberapa kali.

Serangan itu hanya terhenti apabila wanita terbabit berjaya menutup serta menguncinya sebelum menghubungi polis. Rachel mempunyai tiga rekod jenayah sebelum ini, termasuk kencing di tempat awam

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18066#sthash.kMHCZKxp.dpuf

Friday 19 December 2014

Hukum suami main kayu tiga



Suzhou -Menyedari pasangan anda main kayu tiga sudah pasti menjadi pengalaman paling pahit dalam kehidupan rumah tangga. Pastinya, keadaan menjadi lebih teruk apabila mendapati orang ketiga itu ialah adik kembar anda sendiri.

Inilah nasib yang menimpa seorang wanita di Suzhou, bandar di timur China, yang mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan adik kembarnya. Selepas sekian lama mengesyaki suami dan adiknya mempunyai hubungan intim, wanita berkenaan, Ting Su, 29, kelmarin menjejaki mereka dengan mengguna pengesan bergerak.

Dia berjaya menjejaki mereka di sebuah pusat beli-belah dan mendapati kedua-duanya dalam keadaan telanjang bulat di dalam kereta. Sebaik menyedari Ting Su meninjau ke dalam kereta itu, suami dan adiknya bergegas keluar dari kereta berkenaan tanpa sebarang pakaian.

Wanita itu yang berang bagaimanapun mengambil kesempatan untuk memalukan mereka. Dia memasuki kereta itu dan memandunya, meninggalkan suami dan adik kembarnya itu dalam keadaan berbogel, di tempat letak kereta berkenaan.

Seorang saksi, You Meng berkata: “Sungguh melucukan. Orang ramai serta-merta mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keadaan pasangan itu. Saya juga.

“Mulanya lelaki itu menumbuk-numbuk cermin kereta, menjerit meminta isterinya membuka pintu. Tetapi si isteri tidak mempedulikannya, sebaliknya terus memandu.”

Menurut laporan media tempatan, Ting Su mengesyaki suami dan adik kembarnya menjalinkan hubungan sejak dia melahirkan anak kembar. Dia juga dilapor sudah memfailkan tuntutan cerai.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17413#foto

Thursday 18 December 2014

Atuk 100 tahun tetap ‘power’


Kota Bharu: "Saya jatuh sakit jika tidak membuat sebarang kerja," kata seorang warga emas, Nik Mahmood Merah yang masih cergas walaupun kini berusia 100 tahun.

Lebih mengejutkan pada usianya yang mencecah satu abad itu, dia masih mampu melakukan pelbagai kerja berat termasuk menanam padi, memesin rumput dan menyembelih lembu. Malah, dia juga tidak menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis.

 "Memang saya mudah demam jika tidak melakukan apa-apa kerja. "Dengan melakukan pekerjaan yang boleh mengeluarkan peluh saja mampu menyihatkan saya dan kelihatan seperti orang muda," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ketereh, di sini, semalam. 

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17041#sthash.tki0SaxU.dpuf

Siat kulit gadis selepas bunuh


Mexico City: Seorang pelajar kejururawatan dibunuh dan kulitnya disiat selepas bercadang untuk mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa tirinya ke atas dirinya. Kassandra Bravo, 19, dilapor hilang awal bulan ini selepas tidak muncul untuk menjaga bayi di rumah rakan keluarganya.

Polis mengeluarkan notis orang hilang selepas menerima laporan daripada ibunya. Mayatnya ditemui dalam parit berhampiran jalan raya di Las Cocinas.

Detektif yang menyiasat kes itu berkata, mulanya sukar untuk mengecam mayat Kassandra kerana kulit mukanya sudah disiat.

Hasil bedah siasat menunjukkan dia dicekik. Seorang rakannya memberitahu polis, Kassandra bercadang memberitahu ibunya Angela Bravo, 41, bahawa dia didera secara seksual sejak berumur 15 tahun.

Bapa tiri mangsa, Daniel Murrieta Sianz, 42, mengaku mencekik dan membuang mayat mangsa, tetapi menolak dakwaan dia mendera atau menyiat kulitnya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17047#sthash.yHGtO8ce.dpuf

Wednesday 17 December 2014

Tersepit dalam rekahan



Beijing: Seorang budak perempuan berusia empat tahun di Youyan diselamatkan bomba tempatan selepas terjatuh ke dalam rekahan di dalam dinding, semalam.

NetEase melaporkan, anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian menemui mangsa dikenali sebagai Yaoyao di dalam rekahan sebesar 20 sentimeter lebar dan setinggi kira-kira satu meter.

Yaoyao tidak dapat bergerak, namun masih dalam keadaan sedar selain tidak mengalami kecederaan. Anggota bomba mengukur kedudukan Yaoyao sebelum memecahkan dinding itu dan mengambil masa 20 minit untuk menyelamatkannya.

 -Agensi. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16609#sthash.kudaLrLw.dpuf

Tuesday 16 December 2014

Mati kena ‘goreng’


Beijing: Seorang penunggang motosikal ‘digoreng’ hidup-hidup selepas kabel elektrik bervoltan tinggi putus, terbakar dan terkena kepalanya di sebuah jalan utama di Wuning. Shaiming Liang, 33, serta-merta dibakar sebelum motosikal ditunggangnya meletup. Saksi, Gang Shih, 27, berkata kejadian berlalu terlalu cepat dan mangsa tidak sempat diselamatkan langsung.“Memang ngeri. Saya berpaling selepas terdengar bunyi letupan kuat dan melihat asap tebal keluar dari badan mangsa sebelum badannya dijilat api.

“Apa yang saya lihat terlalu menggerunkan dan tidak mungkin melupakannya,” katanya. Bomba hanya dapat mengalihkan mayat Shaiming yang masih terbakar selepas bekalan elektrik di laluan itu dipadam.

Gambar tempat kejadian menunjukkan kabel berkenaan terbelit di leher mangsa ketika dia melintas di kawasan itu dan terbakar sebaik menyentuh kulitnya.

Sementara itu, dua pencuci jalan terbunuh manakala tiga lagi parah selepas dirempuh kereta apabila pemandunya hilang kawalan. Ye Kung, 53, terbabas dan merempuh kereta dari arah bertentangan sebelum melanggar lima pekerja yang sedang membersihkan longkang tersumbat.

Seorang daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala satu lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Tiga lain yang parah kini dirawat di hospital.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16328#sthash.Dcrnu6xG.dpuf

Monday 15 December 2014

Padah tiduri suami orang


Puyang (China): Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk. Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan.

Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang. Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.

Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China. Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya.

Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya. Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya. Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa. "Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain.

Orang ramai tidak berminat membantu." Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.

-Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2002#sthash.AwAkCbxK.dpuf

Al Fatihah ; Pelakon Mustapha Maarof meninggal

 
 
KUALA LUMPUR 15 Dis. 2014 - Pelakon legenda tanah air, Datuk Mustapha Maarof, 79, dimaklumkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada pukul 8.38 pagi tadi,.

by UTUSAN ONLINE 12/15/2014 2:45:30 AM 10:45 AM

Friday 12 December 2014

Mati ditembak kerana lewat azan

Riyadh: Seorang bilal menembak dua pekerja asing di sini, menyebabkan seorang mati dan seorang lagi cedera. Kejadian berlaku jam 3.30 petang ketika solat Asar di masjid di Ortawwiyah di daerah Majmaah, 30 kilometer dari pusat bandar Riyadh.

Ketika polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat panggilan daripada orang awam, mereka menemui mayat warga Bangladesh, Mohammed Rafiq Tajul Islam, 32, berlumuran darah. Seorang lagi pekerja warga India yang terselamat, di hantar ke hospital.

Menurut sumber, warga Bangladesh itu kebiasaannya akan melaungkan azan bagi pihak bilal itu setiap kali masuk waktu solat. Tetapi pada hari kejadian dia gagal melakukan tugas itu tepat pada waktunya, menyebabkan bilal berkenaan berang.

Kaunselor buruh kedutaan Bangladesh, Moohamed Alam Sar- war memberitahu wartawan, si mati bekerja di masjid berkenaan sejak beberapa bulan lalu. Sementara itu, polis menangkap bilal berkenaan yang dikatakan pesakit jiwa di sebuah hospital berhampiran. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15535#sthash.aDaAV8eV.dpuf

Thursday 11 December 2014

Alahai dunia : Nasib penyewa kubur


Berbekalkan tukul dan topeng bagi melindungi mukanya, seorang pembersih kubur di Guatemala mula menjalankan tugas memecahkan binaan kubur dan mengeluarkan apa sahaja yang berada di dalamnya.

Tengkorak manusia lengkap dengan rambut ditarik keluar daripada sebuah binaan kubur gelap dan sebuah keranda kecil bayi dihias bunga putih dikeluarkan dari satu lagi kubur.

Lelaki berkenaan memindahkan mayat yang warisnya tidak mampu membayar ‘sewa’ tapak kubur peribadi dan sebaik sahaja tempoh sewaan tamat, pekerja pembersihan kubur akan datang dan mengosongkan ruangan berkenaan untuk pelanggan baru.

Mayat yang tidak dituntut akan disimpan di dalam beg plastik, dilabel dan dihantar ke tanah perkuburan besar untuk dikebumikan semula.

Kebanyakan mayat yang dikeluarkan sudah reput namun mayat yang dikebumikan di ‘tingkat atas’ yang berkeadaan panas dan kering, akan terawet secara semula jadi, menjadikannya seperti mumia. Penampilan petugas pembersihan kubur di Guatemala tidak jauh beza dengan buruh binaan atau pekerja di pusat kitar semula.

Beg berisi mayat yang reput akan ditimbunkan membuatkannya kelihatan seperti timbunan sampah sebelum dipindahkan menggunakan foklif ke kawasan perkuburan baru.Dalam satu gambar yang dirakamkan, mayat berambut panjang yang masih elok dilihat ‘tersepit’ dicelah timbunan beg mayat yang akan dipindahkan.

Satu lagi ‘mumia’ dengan kaki dimasukkan ke dalam beg plastik diletakkan di tepi dinding yang tertulis ‘jangan buang sampah disini.’Apabila mayat sudah dipindahkan, banyak keranda yang akan dilupus diletakkan di tempat pembuangan sampah dan kayu reput berhampiran kawasan perkuburan.

Mayat yang dituntut waris akan diletakkan di dalam kotak kecil dan dihantar ke tanah perkuburan awam.

Jurugambar yang merakamkan proses berkenaan, Jorge Dan Lopez berkata pemandangan itu mengerikan namun sangat menarik.“Burung hering beterbangan mengelilingi kawasan perkuburan seolah-olah memerhatikan setiap gerak-geri pekerja yang memindahkan mayat berkenaan.“Saya dapat melihat pelbagai keadaan mayat dan ia suatu pemandangan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Semuanya, dari tapak kubur sehingga hujung rambut mayat mengeluarkan bau yang menusuk hidung,” katanya.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Nasibpenyewakubur/Article/#sthash.0Tod514S.dpuf

Pemuda terkejut kekasih seusia nenek

Colombo: Seorang nenek berusia 64 tahun yang menyamar wanita muda ditangkap atas tuduhan menipu seorang lelaki berusia 24 tahun.

Kejadian bermula apabila mangsa diberikan nombor telefon bimbit nenek itu enam bulan lalu. Apabila lelaki berkenaan menelefon nombor itu, nenek berkenaan mendakwa dia juga berusia 24 tahun dan mengirim gambar wanita muda kepada pemuda itu.

Apabila mula jatuh cinta, lelaki itu mendesak untuk bertemunya, tetapi wanita itu menolak dengan alasan ibu bapanya tidak merestui hubungan mereka.

Dia bagaimanapun berjanji untuk melarikan diri dan berkahwin dengan pemuda itu sambil meminta wang berjumlah Rs30,000 (RM780), kononnya untuk membaiki rumah yang akan digunakan selepas perkahwinan itu. Lelaki itu pernah memasukkan Rs150,000 (RM4,000) ke dalam akaun yang diberikan wanita itu.

Kerana bosan menunggu terlalu lama, lelaki itu membuat rancangan sulit dan akhirnya berjaya memperdaya ‘kekasihnya’ dan membolehkan mereka bertemu.

Tetapi pertemuan itu berakhir dengan kekecewaan dan kemarahan apabila dia mendapati kekasihnya itu sebenarnya wanita berusia 64, sebaya dengan neneknya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15283#sthash.SIZmvfKn.dpuf

Wednesday 10 December 2014

Bayi ditanam 
dua jam masih hidup


BEIJING 8 Dis. - Seorang bayi perempuan pramatang di China terselamat meskipun ditanam hidup-hidup selama dua jam oleh neneknya selepas ibu bapa bayi itu menyangka anak mereka telah meninggal dunia.

Bayi perempuan itu ditanam oleh neneknya di bawah sebatang pokok di halaman rumahnya di daerah Dongdong, wilayah Liaoning di timur laut China dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor Mirror.co.uk. Bagaimanapun, bapa kanak-kanak itu, He Yong segera menggali semula lubang tersebut selepas doktor yang merawat isterinya, Lu Xiaoyun memaklumkan bahawa anaknya yang disangka mati mungkin masih hidup.

Dalam kejadian itu, Xiaoyun yang menyangka dia mengandung empat bulan, mengadu sakit perut sebelum mengalami pendarahan teruk semasa sedang bekerja di ladang. Dia kemudian menghubungi suaminya supaya bergegas pulang ke rumah sebelum Yong menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah selepas melahirkan anak mereka yang dipercayai telah mati dan terus menghubungi ambulans.

Sejurus tiba di hospital, kakitangan bertanyakan bayi pasangan itu, namun mereka mendakwa anak mereka telah mati sebelum doktor menasihatkan mereka membawa anak mereka untuk diperiksa kerana bayi itu mungkin masih hidup. Yong bergegas ke rumah dan dimaklumkan oleh ibu mertuanya bahawa dia sudah menanam cucunya sebelum Yong menggali semula lubang berkenaan bagi mendapatkan anaknya.

Dia yang mendapati anak perempuannya masih bernafas segera membawa bayi itu ke hospital dengan doktor memaklumkan bahawa anaknya telah berada dalam kandungan ibunya selama enam bulan dan bukan empat bulan seperti yang disangka mereka.

Bayi itu hanya menerima rawatan di hospital selama tiga hari kerana masalah kewangan dihadapi keluarga berkenaan, namun orang ramai bertindak menghulurkan bantuan yang membolehkan bayi itu mendapatkan rawatan semula. “Ibu mertua saya menghidap penyakit kronik dan saya juga mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tujuh tahun. Hanya saya yang menanggung keluarga,’’ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-ditanam-8232-dua-jam-masih-hidup-1.34230#sthash.9hAV53aC.dpuf

Tuesday 9 December 2014

Orang siput


Dia bergerak perlahan tetapi penuh yakin. Apabila dia ingin berehat, dia hanya perlu meletakkan 'rumah' yang dipikulnya dan duduk di dalamnya. Tidak hairanlah jika Liu Lingchao digelar 'Orang Siput.' Liu, 39, mendapat idea untuk menjimatkan kos dan sanggup berjalan kaki selama tiga hari dari kampungnya ke bandar Guangxi semata-mata untuk mencari rezeki dengan menjual sampah yang dikutipnya.

Dia yang selesa tidur di rumah mudah alihnya tidak kisah untuk menghabiskan masa dengan berjalan.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Liu mengakui ia bukan mudah, namun itulah pilihan terbaik untuk membolehkannya meneruskan kehidupan. "Hidup saya mula berantakkan sejak enam tahun lalu selepas kematian ayah. Manakala rumah tangga saya hancur selepas isteri meninggalkan saya.

"Ketika itu saya menyedari perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi kemurungan. Kerana itu, satu-satunya cara yang saya fikirkan ialah mengumpul sampah, botol plastik dan barangan yang boleh dikitar semula. "Tetapi tempat terbaik untuk menjual barangan itu ialah di bandar lebih besar. Malangnya kehidupan di bandar besar begitu mahal. Saya terpaksa memikirkan pilihan lain," katanya.

Liu menghargai gelaran yang diberikan oleh penduduk tempatan kerana tahu mereka sudah biasa melihatnya berjalan dengan membawa muatan di atas bahunya. "Saya mendapat idea membuat rumah bergerak untuk memudahkan saya. Saya akan memikul semuanya dan berjalan ke bandar untuk mengutip sampah dan menjualnya.

"Apabila semuanya selesai, saya akan berjalan pulang. Saya tidak perlu membayar apa-apa untuk penginapan dan kos perjalanan," katanya. Katanya, dia menghiasi rumah mudah alihnya sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu janggal ketika melalui kawasan mewah.

Malah secara tidak langsung itu juga menjadi punca pendapatan sampingan apabila ada yang sanggup membayarnya untuk bergambar. "Inilah rumah saya. Mungkin nampak tidak seberapa tetapi cukup memenuhi keperluan saya," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14751#sthash.iixtEXwN.dpuf

Monday 8 December 2014

Kucing 2 muka mati usia 15 tahun


Worcester: Seekor kucing yang dinamakan Frank dan Louie selepas dia dilahirkan dengan dua muka, dua mulut dan tiga mata biru mati pada usia 15 tahun, kelmarin.

Akhbar Telegram of Worcester melaporkan ‘Frankenlouie’ mati di Sekolah Perubatan Veterinar Cummings di Universiti Tufts di Grafton Utara.

Pemiliknya, Marty Stevens berkata, pakar veterinar percaya kucing itu mati disebabkan barah. Frank dan Louie dimasukkan dalam Rekod Dunia Guinness edisi 2012 sebagai kucing Janus - yang dinamakan sempena Tuhan Roman dengan dua muka - yang paling lama hidup.

Kucing Janus biasanya mati beberapa hari selepas dilahirkan. Frank dan Louie hidup seperti kucing biasa sepanjang hayatnya. Meskipun buta mata tengah, kedua-dua matanya yang lain berfungsi dengan baik dan walaupun memiliki dua hidung dan dua mulut, tetapi haiwan itu hanya memiliki satu otak.

- Agensi/hmetro.com.my

Ditangkap kerana ajar baca al-Quran

Tashkent: Pihak berkuasa Uzbekistan menahan sekumpulan wanita Islam di daerah Yangiyul di bandar raya ini selepas mendapati mereka bersalah mengajar kanak-kanak perempuan membaca kitab suci al-Quran.

Menurut laporan World Bulletin baru-baru ini, wanita berkenaan mengajar kanak-kanak itu di rumah mereka apabila mereka ditahan Khamis lalu.

Stesen televisyen milik kerajaan pula melaporkan mereka didakwa atas tuduhan ‘radikalism’ kerana mengajar kitab suci itu. Antara yang ditahan ialah Hanaife Mirganieva yang didakwa mengetuai kumpulan berkenaan.

Pegawai Uzbekistan berkata, beberapa wanita berjaya melepaskan diri dan dijangka mendapatkan perlindungan di Turki.

Kumpulan hak asasi manusia sudah sekian lama menuduh Uzbekistan menindas kebebasan beragama sebagai sebahagian daripada kempen menentang kebangkitan Islam di negara itu.

Penindasan itu termasuk menahan dan mendera masyarakat Islam yang mengamalkan suruhan agama. Pada Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan pakaian menutup aurat.

Negara itu pada 1998 meluluskan undang-undang mendenda dan memenjara mereka yang mengenakan pakaian bercirikan keagamaan, termasuk hijab.

 - Agensi/hmetro.com.my

Friday 5 December 2014

Doktor di India guna pam basikal

Doktor menggunakan pam basikal untuk mengembungkan abdomen pesakit.

NEW DELHI - INDIA. Sebuah negeri di India menghentikan prosedur pemandulan besar-besaran di sebuah kem kesihatan selepas mendapati doktor menggunakan pam basikal untuk mengembungkan abdomen pesakit bagi memudahkan pembedahan dijalankan.

Dr Mahesh Chandra Rout berkata, penggunaan pam basikal adalah perkara biasa di kawasan terpencil di negara itu yang tidak mempunyai peralatan perubatan yang mahal.

"Kaedah ini terbukti selamat dan ia merupakan alternatif mampu milik. Seramai 56 wanita telah menjalani pembedahan dan tidak ada sebab mengapa isu ini perlu diperbesarkan," katanya pada laporan Press TV.

Bagaimanapun, kenyataan Rout disangkal pegawai negeri India yang berpendapat penggunaan pam basikal boleh membahayakan pesakit dan doktor sepatutnya menggunakan karbon dioksida.

Sementara itu, pegawai kanan kesihatan Orissa, Arati Ahuja berkata, mulai sekarang prosedur pemandulan hanya akan dijalankan di hospital yang lengkap dengan kemudahan sesuai.

-sinar

Thursday 4 December 2014

100 otak hilang

Austin: Universiti Texas di sini kehilangan 100 otak manusia dalam simpanannya. Jumlah itu adalah kira-kira separuh daripada koleksi spesimen otak yang disimpan dalam botol berisi formaldehid.

Satu daripada otak yang hilang itu dipercayai milik Charles Whitman, pelajar kejuruteraan dan juga bekas anggota Marin Amerika Syarikat yang menembak mati 16 orang dan mencederakan 32 yang lain di Austin pada 1 Ogos 1966.

Tidak ada siapa tahu apa yang berlaku pada spesimen berkenaan tetapi tanda-tanda awal menunjukkan ia mungkin berpunca daripada perbuatan pelajar.

Profesor psikologi yang juga kurator bersama Tim Schallert berkata: “Kami percaya ada orang yang mengambil otak itu tetapi setakat ini tidak pasti siapa.”

Hospital Austin menyerahkan otak kepada universiti itu sejak 28 tahun lalu. Meskipun maklumat mengenai pemilik otak itu tidak disertakan pada koleksi berkenaan, Schallert berkata, otak Whitman mungkin satu daripada yang hilang.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13812#sthash.7IYPTK0O.dpuf

Wednesday 3 December 2014

Nenek 77 tahun muncul juara angkat berat


NEW YORK – Seorang nenek berusia 77 tahun muncul juara satu pertandingan angkat berat selepas berjaya mengangkat bebanan seberat 97 kilogram pada bulan lalu.

Nenek tersebut, Willie Murphy muncul juara kategori wanita dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia di Riverdale di Georgia, Amerika Syarikat.

Selain kemampuan mengangkat bebanan, Murphy juga mampu melakukan senaman dengan sebelah tangan seperti tekan tubi dan senaman tangan yang lain.

Murphy yang mempunyai berat badan 47 kilogram berkata, dia mula menceburi sukan angkat berat selepas melihat satu iklan pertandingan angkat berat amatur beberapa tahun lalu.

“Saya bertanya kepada penganjur adakah wanita seperti saya boleh memasuki pertandingan ini dan mereka berkata tiada masalah jika saya mampu melakukannya.

“Sejak itu saya mula berlatih mengangkat berat dan saya gembira kerana ramai golongan muda mendapat inspirasi daripada kejayaan saya,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3Knqs4v34

Makan dari mulut suami



Zhuozhou (China): Seorang suami, Zhang Changsan, 79, menghabiskan masa sejak 11 tahun lalu memberi isterinya makan dari mulut ke mulut.

Zhang berbuat demikian sejak isterinya lumpuh selepas diserang angin ahmar pada 2003. Bercakap kepada wartawan, Zhang berkata, seorang doktor ketika itu memberitahunya, isterinya hanya boleh hidup sebulan saja lagi selepas diserang penyakit itu.

Bagaimanapun, Zhang yang tidak berputus asa, membawa isterinya pulang dan mengurutnya setiap hari dengan teknik tradisional Cina. Hasilnya, isterinya hidup hingga ke hari ini.

- AFP/Metro

Monday 1 December 2014

Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mencabut Uban?

SELALU ada yang tak pernah terpikirkan oleh akal biasa kita sebagai manusia yang hidup di zaman penuh teknologi kita menyangkut hampir semua perintah Rasulullah yang menyangkut ilmu pengerahuan. Misalnya saja, larangan seorang Muslim yang tidak boleh minum sambil berdiri. Atau harus tidak dengan posisi tertentu. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan di setiap helai rambut yang sudah memutih, alias uban.
Hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban—walaupun sehelai—dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan derajatnya,” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).
Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah, yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban, dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

“Janganlah mencabut uban karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat,” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).
Nah, di tahun 2012, Ismael Galvan Galvan dari Museo Nacional de Ciencias Naturales, Spanyol melakukan studi, tentang uban. Dari hasil para peneliti itu, ternyata uban merupakan tanda Anda akan memiliki hidup panjang dan sehat. Namun kabar buruk bagi Anda yang memiliki rambut merah, karena ini terkait tingkat yang lebih tinggi untuk mengidap kanker.
“Pada manusia, melanin kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yang sama. Hal ini membatasi pengetahuan pada konsekuensi fisiologi pigmentasi,” kata Galvan.
Uban menandakan absennya melanin. Artinya, uban merupakan tanda hidup yang sehat.
“Jauh dari tanda terkait penuaan, uban mengindikasikan kondisi yang baik,” pungkasnya. Jadi, Anda sudah berubah? Subhanallah… 
-sa/islampos/dailymail

Bacaan al-Quran diperdengar semasa pertabalan Putera Charles?


LONDON 30 Nov. – Seorang biskop kanan Gereja England, mencadangkan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada majlis pertabalan Putera Charles, sekiranya beliau diangkat sebagai pemerintah negara ini.

Harries of Pentregarth Bekas Biskop Oxford, Harries of Pentregarth berkata, langkah itu akan membolehkan penduduk Islam ‘rasa diterima’ di Britain, sekali gus membuatkan lebih banyak lapisan masyarakat termasuk bukan Islam menerima Putera Charles sebagai pemerintah baharu monarki di negara ini.

Beliau mencadangkan perkara itu ketika sesi perbahasan di Dewan Tinggi Parlimen. Harries berkata, Gereja England perlu meneruskan peranan mempromosi keharmonian agama dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, tahun lalu, satu majlis sivik di Gereja Besar Bristol menyaksikan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada acara permulaan satu majlis agama Kristian selepas mendapat persetujuan pihak berkuasa. “Tindakan itu kreatif, sekali gus menjadikan penganut Islam rasa diterima dan pada masa sama tidak meminggirkan penganut Kristian,’’ katanya.

Sementara itu, pengkritik mengecam idea tersebut dan menuduh Gereja England hilang keyakinan ke atas institusi dan tradisi mereka.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bacaan-al-quran-diperdengar-semasa-pertabalan-putera-charles-1.31104#sthash.pcOQSHFY.dpuf