Wednesday 30 April 2014

Lelaki paling kotor di Eropah


Novy Bydzov (Czech): Lelaki tidak berumah ini dilabel “lelaki paling kotor di Eropah” kerana tidur dalam timbunan abu sampah yang panas.

Ludvik Dolezal, 58 membakar apa saja yang dijumpai untuk dijadikan “tempat tidur selesa” sebelum merangkak ke atasnya untuk melelapkan mata.

Dolezal yang dikenali oleh orang yang lalu lalang di kawasan itu sebagai syaitan dalam kisah dongeng berkata: “Tahun lalu saya berhenti bekerja. Sejak itu saya tinggal di sini dengan unggun api.

“Setiap malam saya baring di atas abu panas dalam baju dan menggunakan abu sebagai bahan memanaskan badan. Saya kelihatan teruk selepas itu.

“Saya mempunyai pelbagai kelengkapan sebelum ini - jaket, but, tilam dan selimut. Namun, saya bakar semua untuk memastikan api tidak padam.

“Ramai orang membantu saya, kadang-kala mereka membawa sesuatu seperti tayar lama dan saya akan membakarnya.” Menurutnya, dia akan membiarkan api berterusan sepanjang hari sehinggalah dia masuk tidur pada jam 7.30 malam.

“Kebanyakan benda yang dibakar adalah kayu dari semak berdekatan.

“Ia harus kering untuk dibakar. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibakar, saya terpaksa menggunakan kapak dan meotong papan di sekeliling bangsal tempat saya berteduh,” katanya ketika ditemui.

Dolezal mengaku dia menghadapi kesukaran bernafas. Saya menghisap rokok setiap masa, saya menghabiskan sebungkus rokok sehari. Ia membantu saya. Saya bernafas lebih baik apabila menghisap rokok. Menurutnya, dia mendapat bantuan kira-kira RM444 daripada kerajaan Czech setiap bulan.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan tidak memberikan dia wang itu sekali gus kerana khuatir dia akan membakarnya.

Sebaliknya, mereka memberi duit berkenaan kepada kedai yang dikunjungi Dolezal setiap hari untuk membeli makanan.

- AFP/Metro

Biar anak mati kebuluran kerana nak jual organ


Doha: Pasangan suami isteri yang dituduh membiarkan anak angkat mereka kebuluran sehingga mati semalam merayu atas sabitan cuai dikenakan, kata sumber mahkamah.

Matthew dan Grace Huang hadir di mahkamah dan sumber berkata, pendakwa hanya dimaklumkan mengenai hukuman penjara tiga tahun itu pada 27 Mac lalu.

Menurutnya, prosiding diadakan semalam hanyalah untuk formaliti. Pasangan suami isteri keturunan Asia itu ditahan pada Januari 2013 selepas anak perempuan mereka, Gloria, 8, meninggal dunia.

Gloria yang diambil daripada keluarga asalnya di Ghana didakwa mati akibat masalah pemakanan yang dialami sejak bayi. Bagaimanapun penyiasat mendapati kanak-kanak malang berkenaan sengaja dibiarkan mati bagi membolehkan pasangan suami isteri terbabit menjual organnya. Mereka dibebaskan November tahun lalu sementara siasatan dijalankan tetapi dihalang meninggalkan Qatar.

Terdahulu pendakwa memohon mahkamah mengenakan hukuman mati ke atas kedua-dua tertuduh. Mereka juga didenda RM12,300 setiap seorang dan akan diusir sebaik saja menamatkan hukuman.

- Agensi/Metro

Tuesday 29 April 2014

Kerana marahkan isteri orang ramai dilanggar


Beijing: Seorang lelaki yang mengalami masalah rumah tangga merempuh keretanya ke arah orang ramai dan pejalan kaki berhampiran sebuah sekolah rendah semalam, menyebabkan enam orang termasuk tiga kanak-kanak maut. Seramai 13 lagi mangsa cedera.

Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit keluar dari kereta Lexus yang sudah rosak akibat rempuhan itu dan mengancam untuk meletupkan sebotol petrol sebelum dia diberkas polis menggunakan meriam air.

Media melaporkan, lelaki berusia 37 tahun itu kecewa kerana isterinya menuntut cerai. Keganasan di China menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu dan kebanyakannya dilakukan individu menghadapi masalah peribadi.

Bulan lalu seorang lelaki menyebabkan kematian 47 orang termasuk dirinya selepas membakar sebuah bas di Xiamen.

- AFP/Metro

Biar mati anak, jangan hilang kekasih


Chicago: Seorang remaja perempuan tergamak membiarkan bayi baru dilahirkannya mati hanya kerana bimbang ditinggalkan kekasih selepas wajah anak malang itu saling tak tumpah seperti bekas teman lelakinya.

Ana Rosa Mora, 18, kini berdepan tuduhan membunuh tahap pertama akibat perlakuan yang tidak munasabah, lapor akhbar Chicago Tribune.

Remaja terbabit melahirkan anaknya pada hujung minggu lalu dan datang ke sekolah seperti biasa semalam selepas melakukan kesalahan berkenaan.

Malah dia turut menunjukkan gambar bayi perempuan baru dilahirkan yang dimuat turun dari Internet.

Bagaimanapun kelakuannya menimbulkan syak menyebabkan pekerja di sekolah itu menghubungi pihak berkuasa.

Bayi berkenaan yang dimasukkan ke beg dan dibiarkan di luar rumah untuk mati ditemui seorang pekerja pembinaan beberapa jam kemudian.

Bayi itu gagal diselamatkan kerana meninggal dunia akibat sesak nafas dan pendedahan terhadap cuaca melampau.

Ana Rosa mengaku bayi itu adalah hasil hubungan haramnya dengan kekasih lama. Sumber polis berkata, Ana berasa bimbang kekasih terkininya akan mengesan kecurangan dilakukan.

“Lebih ditakuti Ana, kekasihnya akan berpisah dengannya kerana bayi itu,” katanya dalam satu kenyataan. Ana sepatutnya tamat sekolah menengah Jun ini dan menghadiri kolej pada musim luruh depan dibenarkan dijamin AS$500,000 (RM1.6 juta).

- Agensi/Metro

Monday 28 April 2014

Lelaki letup kekasih hamil


Beijing: Seorang lelaki menculik kekasihnya berusia 21 tahun yang sarat mengandung sebelum mengikat kanister gas pada belakangnya yang dinyalakan apabila polis datang menyelamatkan wanita berkenaan.

Li Moulian, 36, mengheret Xu Fan, 21, yang sedang tidur dari katilnya dan disumbat ke belakang keretanya sebelum dia mencederakan wanita berkenaan dengan kejam di Huizhou, wilayah Guangdong di selatan China.

Akibatnya pasangan itu terlantar sebelah-menyebelah di hospital manakala doktor berusaha menyelamatkan kedua-duanya. Namun ajaibnya, bayi dikandung Xu terselamat walaupun kecederaan dialami wanita terbabit begitu teruk.

Xu dipercayai mengandung selepas hubungan satu malam dengan Li, namun pasangan itu bersetuju terus menjalin hubungan, malah memilih untuk tinggal bersama.

Bagaimanapun, Li dipercayai tertekan selepas enam bulan. Dia menyerang Xu ketika tidur, malah mengugut berkali-kali akan membunuhnya.

Dia memandu di sekitar bandar itu sebelum dijejaki polis yang dihubungi jiran selepas melihat Xu diheret ke dalam kereta teman lelakinya itu, namun ketika itu Li sudah meletupkan kanister gas berkenaan.

Anggota polis berjaya menarik Xu keluar dari kereta itu sebelum memadamkan api dan membawa kedua-duanya ke hospital untuk rawatan. Kecederaan dialami Li amat serius dan dia tidak dijangka dapat diselamatkan.

Bapa saudara Xu, Wu Chin, 47, berkata, keluarganya pernah menasihatkan wanita itu supaya berhati-hati dalam hubungannya dengan Li.

- Agensi/Metro

Wanita paling gemuk mahu turun berat badan untuk berkahwin


DES MOINES, Iowa - Wanita paling gemuk di dunia, Charity Pierce berikrar akan menurunkan berat badannya yang kini mencecah 349 kilogram(kg) supaya dia dapat menari pada hari perkahwinannya, lapor akhbar MailOnline.

Pierce, 38, mengimpikan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Tony Sauer yang berusia 22 tahun.

"Saya mahu berkahwin seperti orang lain. Saya mahu memakai gaun pengantin dan saya mahu menari sepanjang malam," katanya.

Sebuah hospital di Amerika Syarikat sanggup melakukan pembedahan pintasan gastrik ke atas Pierce untuk membantu dia menurunkan berat badannya sekali gus merealisasikan impiannya.

Namun, wanita yang juga ibu tunggal kepada seorang anak itu perlu menurunkan beratnya kepada 226kg sebelum boleh menjalani pembedahan tersebut.

Selain itu, dia juga memerlukan wang AS$5,000 (RM16,350) untuk membayar kos ambulans persendirian yang akan membawanya ke hospital tersebut di Houston, Texas pada jarak sekitar 1,600 kilometer dari sini.

Pierce mempunyai tabung dalam talian, Go Fund Me untuk mengumpul dana bagi membiayai kos perjalanan jauh tersebut.

- Agensi/Kosmo

Friday 25 April 2014

Umat Islam tak digalak ucap 'Rest in Peace'


KUALA LUMPUR - Individu beragama Islam amat tidak digalakkan untuk mengucapkan "Rest in Peace" kepada seorang yang bukan Islam apabila berlaku kematian.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, ucapan tersebut mempunyai implikasi dari sudut akidah sekiranya tidak difahami secara jelas kerana ia merupakan amalan keagamaan orang bukan Islam yang sepatutnya tidak diikuti oleh orang Islam.

"Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18.

Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia dalam kalangan masyarakat Kristian.

"Versi penuh ucapan tersebut yang berasal daripada bahasa Latin adalah 'May his soul and the souls of all the departed faithful by God's mercy rest in peace'. Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat daripada Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan Fatwa Malaysia dalam laman Facebooknya 17 April lalu berkenaan isu ucapan tersebut yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Othman berkata penjelasan Fatwa Malaysia dalam laman sosial itu merupakan penjelasan hukum dan nasihat yang diberikan oleh Felo Fatwa berdasarkan kemusykilan dan persoalan yang dikemukakan masyarakat umum, dan ia bukan fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Katanya, Islam melarang umatnya mendoakan untuk keampunan bagi orang bukan Islam seperti yang dijelaskan dalam al-Quran, Surah Taubah, ayat 113 dan dinyatakan juga oleh Imam an-Nawawi dalam Kitab al-Majmu.

Bagaimanapun, dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, Islam tidak melarang umatnya mengucapkan rasa simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti 'saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda', katanya.

"Panduan hukum yang diberikan mengenai 'Rest in Peace' ini bukan merupakan fatwa, tetapi ia perlu dijadikan panduan oleh umat Islam kerana panduan ini berdasarkan nas-nas yang jelas selaras dengan hukum syarak," katanya.

Othman juga menasihatkan semua pihak agar tidak mempolemikkan isu itu kerana pandangan hukum yang dikeluarkan adalah sebagai panduan dan nasihat khusus kepada umat Islam dan sama sekali tiada kaitan dengan unsur-unsur penghinaan atau menidakkan hak kehormatan dan kemanusiaan mana-mana pihak atau individu.

- Bernama/Sinar

Wanita bakar diri kerana mentua


Hazaribagh (India): Seorang wanita beranak dua mati selepas membakar diri sendiri akibat tidak dapat menahan desakan menyerahkan wang hantaran kahwin oleh mentuanya walaupun sudah memenuhi perjanjian mendermakan sebelah ginjal kepada suaminya.

Poonam Devi, 28, sering didesak dan didera keluarga mentuanya sejak berkahwin beberapa tahun lalu kerana dianggap masih berhutang 25,000 rupee (RM1,300) selepas menerima 131,000 rupee (RM7,000) ketika pasangan itu berkahwin pada 2006.

Bagaimanapun, enam bulan lalu selepas suaminya, Sudama Giri, sakit akibat kegagalan buah pinggang, ibu mentuanya membuat perjanjian bertulis bahawa keluarga itu tidak akan mendesaknya untuk wang hantaran lagi jika Poonam mendermakan ginjalnya.

Ayah Poonam, Barhan Bharati dalam laporan polisnya mendakwa anaknya sering didera dan didesak untuk menyerahkan wang.

Kata Bharati, Poonam akhirnya terlalu kecewa apabila keluarga mentuanya tidak berhenti berbuat demikian walaupun sudah membuat perjanjian bertulis.

Akibatnya, Poonam membakar diri pada 16 April lalu sebelum meninggal dunia, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Hazaribagh Manoj Kaushik berkata, belum ada penangkapan dalam kes itu.

“Kami masih menyiasat kes ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bersalah,” katanya.

- Agensi

Thursday 24 April 2014

‘Puasa’ 10 tahun


Harare: Seorang lelaki memohon mahkamah membenarkan isterinya dihalau dari rumah kelamin mereka selepas didakwa gagal membenarkannya mengadakan hubungan seks sejak lebih 10 tahun lalu.

Godfrey Ruwande mendakwa isterinya Abigail Chingwa mula enggan melayan kemahuan batinnya sejak 2003.

Ketika memberi keterangan di mahkamah semalam, Ruwande berkata, kali terakhir mereka mengadakan hubungan asmara adalah lebih 10 tahun silam.

Memberi keterangan di depan majistret Gamuchirai Siwardi, Ruwande berkata, Abigail menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dan mula hilang nafsu untuk bersama di ranjang.

“Jika saya bertanya mengenai hubungan mereka, Abigail akan bertindak ganas dan memukul saya,” katanya.

Ruwande berkata, pada satu ketika - disebabkan terlampau tidak tahan - dia cuba memujuk Abigail dengan membelai tangannya.

“Dia bukan saja menolak, malah memukul dan menghalau saya keluar dari bilik tidur kami,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Abigail didakwa mengugut untuk membunuh Ruwande.

Sejak ditimpa nasib malang itu, Ruwande berkata, sofa menjadi tempat tidur hariannya.

Sesekali kata Ruwande, dia melihat Abigail saling berbalas mesej cinta dan romantik dengan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Abigail sekeras-kerasnya.

“Saya tidak pernah memukul Ruwande dan mesej yang didakwa itu sebenarnya salah faham.

“Telefon saya dipinjam kakak dan dia menghubungi suaminya melalui mesej,” katanya.

Sementara itu, Gamuchirai menolak permohonan Ruwande itu.

“Jika benar kamu dipukul, kejadian hanya berlaku sekali dan sepatutnya kamu membuat laporan polis.

“Isteri kamu tidak boleh dihalau dari rumah itu kerana ia rumah kelamin,” katanya.

- Agensi/Metro

Wednesday 23 April 2014

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

-Zonkuliah

Bekas penyanyi rap Jerman mati berjihad di Syria


BEIRUT - Seorang bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam.

Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah timur pada Ahad lalu.

Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.

Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forun kumpulan itu.

"Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.

"Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS," tambahnya.

Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka.

- Agensi/Kosmo

Tuesday 22 April 2014

6 teka-teki Imam Al-Ghazali wajar jadi panduan


Solat ibadah paling ringan tetapi ramai gagal melaksanakannya. - Gambar hiasan

Banyak pengajaran di sebalik jawapan diberikan ulama terkenal

Teka-teki adalah permainan yang sangat menarik. Mengimbau zaman kanak-kanak, kerap kali juga mengajukan soalan teka-teki antara satu sama lain dengan rakan sekelas sehingga ketawa terbahak-bahak.

Ini kerana pelbagai jawapan yang diberi walaupun ada kala tiada kaitan langsung dengan teka-teki itu sangat mencuit hati. Benar kata orang, teka-teki jawapannya ada kala tidak terlintas di benak fikiran dan tidak logik tetapi ketepatannya sesuai dengan soalan.

Kini, teka-teki bukan lagi menjadi permainan atau perkara yang dilakukan pada masa terluang bersama teman, tetapi dijadikan bahan bualan juruhebah di radio bagi menarik perhatian pendengar.

Teka-teki dalam pembelajaran

Manfaatnya begitu meluas sehinggakan sesetengah guru menggunakan pendekatan teka-teki di dalam pembelajaran bagi mengelak pelajar mengantuk atau bosan dengan cara pembelajaran yang sama setiap hari.

Tambahan pula, teka-teki sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan selain dapat meningkatkan kecerdasan minda. Kita akan berusaha sedaya upaya memikirkan apakah jawapan yang tepat dan cuba menjawab dengan pantas. Jawapan teka-teki sedikit rumit dan berputar belit.

Melihat dari perspektif Islam sendiri, ada banyak kebaikan teka-teki dalam kehidupan kerana dapat memberi maklumat baru. Oleh itu, keunikan teka-teki boleh digunakan untuk mengajukan soalan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT dan mempunyai unsur yang baik.

Enam teka-teki yang ditanya oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya boleh juga dijadikan soalan untuk kita menjawabnya. Contohnya, apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab, orang tua, guru, kawan dan sahabat.

Imam Al-Ghazali berkata, semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan paling tepat sekali bagi soalan itu ialah mati.

Kedua, beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab, negara China, bulan, matahari dan bintang. Imam Al-Ghazali menegaskan, semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah masa lalu.

Walau dengan apa cara sekali pun, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh itu, kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh supaya tidak sesal di kemudian hari nanti.

Ketiga, beliau bertanya apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab, gunung, bumi, matahari. Imam Al-Ghazali berkata, semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah nafsu Kita mesti berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam.

Tanggung amanah paling berat

Keempat, Imam Al-Ghazali bertanya mengenai benda paling berat di dunia lalu muridnya menjawab, besi dan gajah. Imam Al-Ghazali mengatakan, semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah menanggung amanah. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di bumi.

Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian serta kedegilan mereka mengikut lunas yang telah ditetapkan syarak.

Soalan kelima, Imam Al-Ghazali bertanyakan apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab, kapas, angin, debu dan awan. Imam Al-Ghazali menyatakan semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah meninggalkan solat kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

Keenam, beliau bertanya benda yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab, pedang. Imam Al-Ghazali mengatakan jawapan itu betul, tetapi yang paling betul ialah lidah manusia.

Disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan serta perpecahan.

Kita perlu sedar soalan teka-teki yang dikemukakan Imam Al-Ghazali nampak mudah untuk dijawab, namun jawapan sebenarnya berbalik pada diri manusia yang sering melakukan kesilapan dan kita patut mengambil pengajaran daripada teka-teki itu.

-BH

Kumpulan LBGT boikot hotel Sultan Brunei


BEVERLY HILLS, California - Sebuah kumpulan penyokong lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) bertindak memindahkan lokasi persidangan yang dirancang diadakan lewat tahun ini dari Hotel Beverly Hills di sini ke satu lokasi lain, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Tindakan tersebut dibuat kerana membantah dasar anti gay yang dilaksanakan oleh pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Sultan Hassanal merupakan pemilik hotel berkenaan.

Diasaskan oleh aktivis Tim Gill, kumpulan tersebut, Dana Bertindak Gill dijadual menganjurkan persidangan bertajuk Winning the Heartland bagi meraih sumbangan dana ahli-ahli politik di hotel itu bermula 1 hingga 4 Mei depan.

Namun, ekoran hukum hudud yang akan berkuat kuasa di Brunei pada hujung bulan ini, kumpulan itu telah membatalkan sidang di Hotel Beverly Hills dan kini mencari satu lokasi lain.

"Susulan dasar anti gay yang diluluskan oleh kerajaan Brunei, kami membuat keputusan untuk memindahkan persidangan ini ke tempat lain," kata Pengarah Eksekutif Dana Bertindak Gill, Kirk Fordham dalam satu temu bual bersama laman berita washingtonblade.com.

"Kami mahu deposit kami dikembalikan," tambahnya.

Pada tahun lalu, Sultan Hassanal mengumumkan bahawa Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud yang membawa hukuman berat termasuk rejam sampai mati ke atas jenayah seks termasuk rogol, liwat dan zina.

-Kosmo

Monday 21 April 2014

Bini ‘harimau’


Sebanyak 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan. Itulah ‘harga’ dibayar seorang lelaki berusia 51 tahun selepas menjadi mangsa belasahan teruk isterinya hanya kerana mangsa terlewat membeli juadah sarapan.

Lebih malang mangsa yang menetap di sebuah rumah di Jalan Ipoh di sini, turut dihalau sehelai sepinggang dari kediaman mereka oleh isterinya yang berusia 30-an awal pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur dikejutkan isterinya sebelum mangsa diarahkan membeli sarapan.

“Mangsa segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Bagaimanapun, isterinya itu terus mendesak mangsa supaya cepat kononnya dia terlalu lapar.

“Lelaki terbabit memberitahu isterinya supaya bersabar sementara dia selesai mandi.

Bagaimanapun wanita terbabit bertindak memaki hamun mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, wanita yang berang kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air berkenaan sebelum meluru masuk dan memukul suaminya itu dengan kayu.

“Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu supaya tidak dipukul.

“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri sebelum bertindak mengurung diri di dalam satu bilik di rumah berkenaan kerana bimbang terus dibelasah isterinya itu,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak menendang dan memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum memukul suaminya itu menggunakan kayu.

“Wanita berlagak samseng itu hanya berhenti memukul mangsa selepas melihat kepala suaminya itu dipenuhi darah.

Mangsa yang berada dalam kesakitan kemudian dihalau dari rumah didiami itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa terpaksa akur dengan arahan isterinya itu kerana bimbang dipukul selain rumah didiami itu sudah dinamakan atas nama wanita berkenaan.

“Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas tidak tahan dipukul sejak setahun lalu.

Mangsa mendakwa sudah tiga kali membuat laporan polis akibat didera isterinya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

-Metro

Hudud bukan mudah pelaksanaannya

<
br />
Sejarah membuktikan hudud pernah dilaksanakan di Tanah Melayu (kini Malaysia) ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka selepas kemasukan Islam di Melaka pada 812 Hijrah (1409 Masehi). <
br />
Hudud daripada segi bahasa bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan dan pada sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda dan ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim. <
br />
Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu zina, qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri, hirabah (rompakan), minum arak dan murtad. <
br />
Hakikatnya, orang Islam pada dasarnya memang tidak boleh menafikan hukum-hakam yang disebut di dalam al-Quran, tetapi harus diketahui bahawa terdapat batas-batas dalam mentafsirkannya. <
br />
Ini kerana apabila manusia mentafsir hukum-hakam dalam al-Quran, dikhuatiri tidak sama dengan maksud yang terkandung dalam kitab suci itu. Sebagai contoh, hudud yang dilaksanakan di Pakistan dan Somalia telah mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak. <
br />
Selain itu, orang bukan Islam juga perlu diberi pendedahan tentang tujuan sebenar pelaksanaan hudud kerana kita tidak mahu mereka kata hudud adalah sesuatu yang kejam. <
br />
Anggapan negatif hukum hudud bahawa ia undang-undang zalim termasuk hukuman kerat tangan bagi kesalahan mencuri telah sekian lama dipropagandakan oleh media Barat sehingga menakut-nakutkan orang bukan Islam. Namun ia tidak bermaksud tidak boleh dilakukan asalkan masyarakat dan kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakannya. <
br />
-Utusan

Friday 18 April 2014

Ibu mithali : Ibu bekal dadah untuk anak dicekup


BALIK PULAU - Seorang wanita ditahan ketika cuba membekalkan dadah kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan kerana memiliki dadah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari polis yang mengiringi anak lelakinya turun dari kandang tertuduh untuk dibawa ke lokap sementara mahkamah pada pukul 11.15 pagi.

"Suspek dilihat mendekati anaknya yang berusia 35 tahun sebelum menyerahkan bungkusan kecil yang dibalut plastik hitam secara sembunyi, bagaimanapun kelakuannya yang mencurigakan itu disedari anggota bertugas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi ketulan mampat dadah jenis heroin seberat 9.4 gram yang dibalut dalam gulungan tembakau.

Siti Nor Salawati berkata polis masih menyiasat sumber bekalan dadah itu diperoleh dan wanita yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman tujuh hari mulai hari ini untuk membantu siasatan.

- Bernama/Sinar

Bacaan al-Fatihah di belakang imam


ANTARA isu yang hangat dibincangkan dalam kalangan ulama Islam ialah tentang adakah perlu bagi makmum membaca al-Fatihah di setiap rakaat dan adakah perlu membacanya, sedangkan imam telah membacanya?

Penulisan ini tidak berhasrat untuk memanjangkan perbincangan tentangnya. Setelah membaca panjang lebar perbahasan dalam kalangan para ulama silam dan kontemporari, saya cenderung kepada tarjihan ulama syafie, terutamanya seperti Ibnu Hajar al-Asqalani dan ulama hadis lain seperti al-Syawkani, iaitu makmum tetap diwajibkan membaca al-Fatihah walaupun di belakang imam.

Ini didasarkan sandaran dalil berikut: (Pandangan yang mengatakan tidak perlu membaca al-Fatihah di belakang imam ialah pandangan Ishak Rahawaih, Ahmad Hanbal, Malik bin Anas. Berdalilkan hadis yang bermaksud: Barang siapa mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam adalah bacaannya. (riwayat al-Dar Qutni; Albani: sahih).

Bagaimanapun al-Imam al-Syawkani berkata: "Hadis ini datang daripada jaluran perawi yang lemah dan yang tepatnya, hadis ini mursal." (rujuk

Naylul Awtar untuk lanjut; 2/514 cet. Darul Khayr)

1. Hadis Nabi SAW

Rasulullah SAW telah menunaikan solat Subuh. Maka pembacaan baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, baginda berkata: Aku dapati kamu semua membaca (al-Quran) di belakang imam kamu. Sahabat menjawab: Wahai Rasul, ya mengapa? Baginda berkata: Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan ummu al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah." (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dan berkata bahawa semua perawinya thiqat)

2. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Ummu al-Quran (al-Fatihah)." (riwayat al-Dar Qutni, Ahmad: Perawi-perawinya thiqat; Ibnu Hajar mengatakan sanadnya hasan).

Selain itu, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafidz Ibnu Hajar yang bermaksud: "Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakang imam). (rujuk Naylul Awtar, 2/511)

Keperluan membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat pula berdasarkan hadis yang mengandungi arahan Nabi SAW kepada lelaki yang buruk solatnya, di mana Nabi SAW mengarahkannya untuk membaca al-Quran yang merujuk kepada al-Fatihah dan kemudian di akhirnya disebutkan yang bermaksud: Dan kemudian lakukan sedemikian pada setiap rakaat. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

* Petikan daripada buku Formula Solat Sempurna.

-Utusan

‘Kalau boleh biar saya tanggung’


Kuantan: “Sudah kering air mata saya mengenangkan penderitaan ditanggung anak. Jika boleh bertukar tempat dengannya, saya sanggup,” kata Azmah Ariffin, 33, ibu Muhammad Saqir Aminuddin Mohd Lazim Sakila, 2, yang menderita penyakit misteri apabila perutnya membesar sehingga sebesar buah tembikai sejak awal tahun ini.

Menurutnya, dia masih tidak mengetahui dengan jelas penyakit misteri dialami Muhammad Saqir walaupun pernah membawa anak keempatnya itu membuat pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sebelum ini.

Katanya, pada peringkat awal ada benjolan kecil di bawah perut anaknya dan mereka membawanya ke Klinik Pesakit Luar di Jalan Bukit Sekilau, di sini, namun doktor memberitahu ia ketulan najis tersumbat.

“Anak saya diberikan antibiotik, namun keadaannya tidak berubah, sebaliknya perutnya terus membengkak dan kami membawanya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor meminta anak saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan kimoterapi tanpa memaklumkan dengan jelas penyakit sebenar anak saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Tiga, Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini, semalam.

Azmah mendakwa, akibat ragu-ragu berhubung punca sebenar penyakit anaknya itu, dia dan suami Mohd Lazim Sakila Mohd Nor, 34, memutuskan untuk tidak mengikut nasihat doktor di HTAA.

“Kami tidak berani menanggung risiko melakukan rawatan seperti disyorkan sebaliknya membawa Muhammad Saqir menemui pakar kanak-kanak dalam masa terdekat selain mendapatkan rawatan tradisional,” katanya

Metro

Thursday 17 April 2014

MB enggan patuh arahan ketua pulangkan Bible


Shah Alam: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mematuhi arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memulangkan Bible bahasa Melayu yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada awal Januari lalu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Menteri Besar Selangor berkata, tindakan itu berdasarkan nasihat Pegawai Undang-Undang Negeri yang meminta kerajaan negeri tidak melaksanakan sebarang tindakan sehingga mendapat laporan penuh Pejabat Peguam Negara.

“Keputusan sama ada Bible berkenaan dipulangkan atau tidak hanya akan diketahui selepas siasatan Pejabat Peguam Negara selesai,” katanya ketika ditemui di pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Beliau yang diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh bahawa isu rampasan Bible menimbulkan persoalan mengenai kredibilitinya sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid berkata, beliau hanya menjalankan tugas.

-BH

Wednesday 16 April 2014

Balasan amal dosa

AZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda

Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.

Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.

Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.

“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.

“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.

-Metro

2 beradik makan mayat


Lahore: Seorang lelaki ditahan semalam kerana disyaki melakukan kanibalisme selepas kepala bayi baru lahir ditemui di rumahnya.

Lelaki itu pernah dipenjara kerana kesalahan memakan daging manusia tiga tahun lalu.

Polis menyerbu rumahnya di sebuah kawasan terpencil di wilayah Punjab selepas jirannya mengadu bau busuk dan menjumpai kepala bayi berusia dua hari di dalam rumahnya.

Pemilik rumah, Mohammad Arif mengaku memakan bayi itu selepas abangnya ‘mencuri’ mayat bayi itu dari tanah perkuburan di Kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad, kata polis.

Arif dan abangnya, Farman Ali ditahan selepas memakan mayat manusia di kampung sama pada April 2011.

Mereka dihukum penjara dua tahun dalam kes yang menggemparkan Pakistan.

“Arif ditahan dan mengaku abangnya membawa mayat bayi baru lahir itu dari tanah perkuburan berdekatan,” kata Ameer Abdullah, ketua polis daerah Bhakkar, tempat terletaknya kampung itu.

“Arif memberitahu polis mereka berdua memasak mayat bayi itu dan memakannya.” Tiada peruntukan undang-undang dalam kanun keseksaan Pakistan bagi kesalahan kanibalisme.

Begitu juga kes pada 2011, Arif hanya dituduh tidak menghormati mayat dan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam kes tiga tahun lalu itu, polis menjumpai mayat wanita berusia 24 tahun yang mati disebabkan kanser di rumah mereka. Mayat itu tidak berkaki dan mereka dipercayai memakannya.

Polis melancarkan gerakan memburu Ali, kata Ameer manakala Arif akan menjalani ujian psikiatrik.

Jurucakap polis di balai polis Darya Khan, Zafar Iqbal memberitahu isteri dan ahli keluarga mereka meninggalkan kedua-dua beradik itu beberapa tahun lalu.

“ Jiran membuat laporan mengenai bau busuk dan polis menyerbu rumah itu serta-merta.

“Kami menahannya dan menemui kepala seorang bayi. Arif mengaku memasak dan memakan mayat bayi itu,” kata Zafar.

- AFP/Metro

Tuesday 15 April 2014

Alahai dunia : Mohon cerai isteri tak tahu masak


Kuala Lumpur: Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan.

Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa tiada selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.

“ Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.

“Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan.

-Metro

Monday 14 April 2014

15,000 penduduk Islam dikepung


BANGUI 13 April - Kira-kira 15,000 penduduk Islam di Republik Afrika Tengah (RAT) terperangkap di ibu negara ini dan berdepan ancaman dibunuh atau harta benda mereka dirampas oleh kumpulan militia Kristian yang mengepung bandar ini.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengulangi amaran penduduk Islam terdedah kepada bahaya di Bangui dan perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat di bahagian utara negara ini atau ke luar negara.

Kehadiran beribu-ribu tentera Perancis dan Afrika di Bangui juga dilihat tidak mampu memberi perlindungan kepada penduduk Islam, walaupun Majlis Keselamatan PBB meluluskan kerahan kira-kira 12,000 askar pengaman ke rantau itu pada Khamis lalu.

Portal berita Presstv melaporkan kebanyakan masyarakat Islam d i RAT terperangkap di pekan Boda dan kira-kira dua ribu orang dilaporkan terbunuh sejak keganasan agama tercetus di pekan itu pada Disember lalu.

Dalam perkembangan sama, pasukan pengaman Afrika mengiringi lebih 1,000 penduduk Islam melarikan diri daripada serangan militia Kristian di Bossangoa, semalam.

Sumber polis melaporkan, kesemua penduduk yang melarikan diri itu dibawa menuju ke negara jiran, Chad dan tiada seorang penduduk Islam yang tinggal di pekan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyuarakan kebimbangan tentang laporan berlakunya penghapusan etnik di RAT sehingga menyebabkan penduduk minoriti Islam terpaksa menjadi pelarian.

Ki-moon turut menggesa pemimpin negara terbabit mengelakkan berulangnya jenayah pembunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Rwanda kira-kira 20 tahun lalu.

"Jangan ulangi kesilapan seperti di Rwanda pada 1994 yang menyaksikan 18,000 orang dibunuh secara beramai-ramai.

"Ambil pengajaran tersebut, dan masa depan negara ini terletak di tangan anda (pemimpin RAT)," katanya ketika mengadakan lawatan di Bangui, semalam. - AFP

-Utusan

Friday 11 April 2014

Golongan termasuk dalam seksaan kubur


Seksaan kubur bukan sekadar omong kosong. Sebaliknya seksaan kubur itu amat pasti wujud. Allah SWT berfirman y

ang bermaksud: “Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang zalim (berada) dalam tekanan Sakaratulmaut, sedang malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata) “Keluarkanlah nyawamu.” Di hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang amat hina kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An’am, ayat 93).

Alam barzakh membataskan manusia antara dunia dengan akhirat.

Mereka yang diseksa di dalam kubur adalah berpunca daripada kebodohan mereka kepada Allah, mensia-siakan perintah-Nya dan membuat maksiat.

Allah tidak akan menyeksa mereka yang mencintai-Nya, menunaikan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Seksaan kubur adalah kemurkaan Allah. Sesiapa yang dimurkai dan dibenci Allah tetapi tidak bertaubat dan mati dalam keadaan itu, pasti akan menerima seksaan kubur.

Rasulullah SAW pernah melihat dua lelaki diseksa di alam barzakh. Yang pertama kerana lelaki itu gemar mengadu domba, manakala yang kedua adalah kerana tidak bersuci selepas buang air kecil.

Golongan dapat seksaan kubur

Mereka yang akan turut diseksa ialah pendusta, gemar menyebut keburukan orang lain, bersaksi palsu, melemparkan tuduhan ke atas wanita suci, mengajak manusia melakukan perbuatan bidaah, mengatakan atas nama Allah dan Rasulullah SAW mengenai apa yang sebenarnya tidak diketahuinya, memakan riba, memakan harta anak yatim, minum arak, berzina, meliwat, penipu, memakan riba dan seumpamanya.

Selain itu, mereka yang sengaja melewat-lewatkan solat, tidak menunaikan haji sedangkan berkemampuan, tidak menjaga dirinya melalui ucapan, makanan dan langkahan kaki dan memperoleh harta melalui jalan haram akan turut diseksa.

Turut diseksa adalah mereka yang takbur, gemar memfitnah, mengumpat dan mencela ulama salaf, mendapatkan perkhidmatan perubatan dukun dan tukang tilik.

Walaupun dari segi luaran, kubur itu hanyalah tanah, di dalamnya ada pelbagai seksaan yang amat dahsyat.

-BH

PENAFIAN KEJADIAN SERANGAN TEMBAK-MENEMBAK


Penyebaran beberapa keping gambar individu yang berpakaian seragam polis di laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan berlakunya insiden tembak menembak yang berlaku di sekitar Serdang adalah TIDAK BENAR.

Gambar tersebut adalah sebahagian daripada latihan tebusan di KL Sentral dan Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut yang dilihat cuba untuk menimbulkan rasa ketakutan di kalangan orang ramai.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan sepertimana yang dilakukan dengan mendapatkan daripada sumber yang sahih.

-PDRM

Thursday 10 April 2014

Bayi dua kepala mati


New Delhi: Bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan meninggal dunia setelah bertarung nyawa selama 20 hari.

Kembar siam itu dilahirkan 13 Mac lalu secara peembedahan dam berat 3.37 kilogram.

Selain dua kepala dan satu badan, bayi itu juga mempunyai dua leher, dua tulang belakang dan dua esofagus yang berlainan, tetapi berkongsi hati, perut dan paru-paru.

Tragiknya, ibu mereka tidak sanggup untuk melihat bayi-bayi itu sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Bapa kembar siam itu, Subhash, 32 berkata: ‘Berita kematian itu tidak memeranjatkan, tetapi kami tetap merasa kehilangan mereka dan sedih.

“Saya ingin membesarkan mereka tetapi Tuhan mempunyai rancangannya tersendiri. Mereka berjaya hidup selama 20 hari. Ia satu keajaiban.”

- Agensi/Metro

Bekas Drummer Ukays Kini Mujahidin Di Syria







Bagi mereka yang membesar tahun
90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara
kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.



Antara ahli terawal
anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.



Bersama Ukays, Ali sempat
terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang
antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

ukays-bisa-berbisa

bisa berbisa

Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun
perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.



Nampaknya Ali bukan sahaja
meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat
dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan
jihad.



Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali
kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim
Basyar Al Assad.


pmiandrumukays


aliukays2

Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah
difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana
melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar
dipilih oleh orang lain.



Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin
yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia
ini. – MYNEWSHUB
 
Sumber

Wednesday 9 April 2014

Alahai dunia : Dahi bengkak kegilaan baharu di Jepun


Aliran bengkak dahi menjadi kegilaan ramai wanita Jepun dan mendapat perhatian masyarakat di Negara Matahari Terbit itu.

Mereka melihat membengkakkan dahi dan membentuk ia seperti sebiji donut adalah kecantikan diri terkini untuk dicuba.

Penampilan luar biasa itu dihasilkan menerusi suntikan air bergaram pada dahi seseorang, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari.

Tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita dan kononnya tampak cantik, mereka begitu taasub mencipta pengubahsuaian itu.

Bagaimanapun, budaya yang ditawarkan di Jepun ini begitu asing dan tidak diterima pakai oleh masyarakat negara ini.

Ibu bapa di negara ini pasti akan runsing, sebaik melihat dahi anak bengkak dan segera menuamkan tuala panas pada dahinya bagi menghilangkan bengkak, sedangkan kebanyakan golongan muda di sana menganggap ia sebagai kecantikan yang perlu dicuba.

-BH

Malam-malam pijak isteri


Ampang: Seorang suami bertindak kejam apabila tergamak memijak badan dan kepala isterinya hanya kerana wanita terbabit enggan menyerahkan dompet dan telefon bimbit miliknya di kediaman mereka di sini.

Akibat kejadian itu mangsa berusia 29 tahun cedera dan lebam di badan selepas dibelasah suaminya berusia 20-an yang mengamuk menyebabkan dia terpaksa menerima rawatan di klinik berhampiran.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang Rabu lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa pada mulanya sedang menunggu kepulangan suami dan anaknya di bawah pangsapuri mereka kira-kira jam 10.30 malam.

“Sebaik pulang, suaminya meminta mangsa menyerahkan dompet dan telefon bimbit milik mangsa namun wanita itu enggan menyerahkannya,” katanya.

-Metro

Tuesday 8 April 2014

Kejam : Lelaki heret anak dengan kereta


Sana’a: Seorang lelaki membunuh anak lelakinya dengan mengikatnya di belakang kereta dan menyeretnya dalam jarak yang jauh.

Lelaki berkenaan bertindak demikian kerana terlalu marah selepas mendapati anaknya ponteng sekolah pada hari itu.

Remaja berusia 16 tahun itu lebam dan retak di seluruh badan selepas diseret kereta bapanya di kampung mereka di utara Yaman.

Polis menahan si bapa dan mendakwa lelaki itu di bawah tuduhan menyebabkan kematian.

Dia ditangkap selepas pihak sekolah melaporkan remaja itu tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari.

-Metro

Habuan budak ‘nakal’


Beijing: Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.

Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.

Sumber berkata, polis juga sudah menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi memukul anaknya terlalu teruk.

Katanya, Xiao mendakwa dia dipukul dengan dawai penyangkut baju kerana gagal menyiapkan kerja rumah.

“Namun polis mendapati kecederaan itu tidak terlalu serius seperti apa yang dilihat.

“Polis beranggapan memadai jika ibu kanak-kanak terbabit diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,”katanya.

Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.

- Agensi/Metro

Monday 7 April 2014

Gereja dibenar menjadi masjid


SYRACUSE, New York 4 April - Majlis Perbandaran New York memberi kebenaran kepada kumpulan penduduk Islam di kota ini untuk menanggalkan enam batang salib di atas menara bekas sebuah geraja Katolik di Syracuse, yang telah kosong untuk dijadikan masjid.

Kira-kira 200 orang penduduk menurunkan tandatangan mereka dalam satu petisyen melalui dalam talian bagi menggesa Lembaga Pemeliharaan Tanda Tempat di Syracuse untuk mengetepikan permohonan pemilik baharu gereja itu, North Side Learning Center untuk menanggalkan serta membina pagar sepanjang 1.8 meter di kawasan gereja itu.

Sebelum undian dijalankan, Pengerusi jawantankuasa pengubahsuaian gereja itu, Don Radke berkata, majlis perbandaran itu tidak boleh campur tangan dalam sesuatu keputusan melibatkan kebebasan agama.

Sebahagian daripada mereka yang hadir pada mesyuarat itu berbelah-bahagi, ada yang menentang dan sebahagian lagi menyokong cadangan untuk mengubah gereja itu, lapor laman web Post-Standard.

Mereka yang menandatangani petisyen tersebut termasuk penduduk tempatan dan bekas jemaah gereja itu menyatakan bahawa bekas gereja Holy Trinity Catholic Church merupakan mercu tanda di kawasan kediaman itu, yang dibina oleh pendatang Jerman kira-kira 100 tahun lalu, dan tindakan menanggalkan salib-salib tersebut akan mencacatkan seni bina bangunan tersebut.

Gereja tersebut ditutup pada 2010 dan jemaah di gereja itu digabungkan dengan gereja St. John ekoran kemerosotan jemaah di situ kerana ramai penduduk di bandar itutelah berpindah ke luar bandar.

North Side Learning Center, sebuah organisasi sukarela yang menyediakan program celik huruf kepada pendatang telah membeli gereja dan sekolah di situ pada harga AS$150,000 (RM492,224) pada Disember lalu.

Pengarah pusat itu, Yusuf Soule berkata, salib-salib tersebut perlu ditanggalkan kerana umat Islam melarang menyembah berhala atau simbol.

Satu laporan oleh Liga Penduduk Onondaga berkata, terdapat lebih 7,200 pendatang menetap di bandar Syracuse sejak lebih 10 tahun lalu, dengan majoriti daripada mereka datang dari Burma, Bhutan dan Somalia.

- Agensi/Utusan

Suami isteri hina Nabi Muhammad SAW dihukum


ISLAMABAD 6 April - Sepasang suami isteri beragama Kristian dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW di timur wilayah Punjab di sini.

Peguambela, Nadeem Hassan berkata, hakim menjatuhkan hukuman itu, kelmarin terhadap Shafqat Emmanuel, 38, dan isterinya, Shagufta Kausar, 42, yang ditahan di sebuah penjara di bandar Toba Tek Singh.

Jabatan pendakwa mengesahkan hukuman berkenaan.

Nadeem berkata, pasangan suami isteri itu akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Pada Julai lalu, imam sebuah masjid di Gojra, Maulvi Mohammad Hussain membuat aduan tentang satu mesej yang diterimanya daripada pasangan itu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW.

Maulvi mendakwa Shafqat menghantar mesej itu menggunakan telefon bimbit isterinya.

Namun, peguam Nadeem berkata, teks mesej itu berasal daripada sebuah telefon bimbit pasangan itu yang hilang sebelum insiden berkenaan, jadi tidak mungkin Shafqat dan isterinya yang melakukan perbuatan tersebut.

Tambah Nadeem, kedua-dua pesalah itu disyaki mempunyai musuh menyebabkan mereka terbabit dalam kes itu. Pasangan itu turut dikatakan mempunyai kaitan dengan pengadu.

Pakistan melaksanakan undang-undang keras terhadap pesalah yang memfitnah Islam, termasuk hukuman mati terhadap mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW dan undang-undang itu sering digunakan sebagai cara bagi menyelesaikan perbalahan peribadi.

- AFP/Utusan

Friday 4 April 2014

Isu Memali: Musa Hitam perjelas kekeliruan


PADA jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.

Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator.

Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.

2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;

(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah

Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku.

Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota polis dan 14 orang awam.

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. TETAPI TIDAK ADA MEDIA YANG SEDIA MELAPORKAN FAKTA INI.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga Umno yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya. Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.

TUN MUSA HITAM 4 April 2014

Makan biskut ganja, mati terjun bangunan


Denver: Pelajar dari Congo mati akibat terjun dari bangunan selepas memakan biskut ganja yang dibeli rakannya dari sebuah kedai.

Pihak berkuasa dalam kenyataan mereka kelmarin berkata, laporan bedah siasat menunjukkan keracunan ganja menjadi faktor penyumbang kepada kematian Levy Thamba Pongi, 19, yang terjun dari balkoni sebuah motel pada 11 Mac lalu.

Levy, pelajar Kolej Wyoming yang melawat Denver ketika cuti musim luruh.

Polis percaya Levy dan rakannya datang ke Colorado untuk mencuba ganja.

Colorado membenarkan penjualan ganja untuk tujuan rekreasi sejak Januari, namun menghalang mereka di bawah umur 21 tahun untuk membeli atau memilikinya. Pihak berkuasa memberitahu, seorang rakan Levy yang “cukup umur” membeli biskut berkenaan daripada sebuah kedai ganja.

Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada rakannya itu akan berdepan tuduhan atau tidak.

-Metro

Thursday 3 April 2014

Rolex dalam kemaluan


Las Vegas: Seorang tukang urut didakwa mencuri jam tangan jenama Rolex seorang pelanggan lelaki dan menyembunyikannya di dalam kemaluannya.

Christina Lafave, 25, dituduh mencuri jam milik Kenneth Herold pada 15 Januari lalu ketika mengurutnya di sebuah kamar di Hotel Wynn Las Vegas.

Kes itu menjadi perhatian apabila peguam Christina percaya yang jam itu ditemui melalui pemeriksaan yang tidak sah dan tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

Herold, 66, memberitahu polis dia menemui suspek di bar hotel berkenaan dan wanita itu memberitahunya yang dia menyediakan khidmat “urutan peribadi” dengan harga yang ditetapkan.

Selepas bayaran dibuat, mereka berdua menuju ke bilik Herold dan Christina meminta lelaki itu menanggalkan jam tangannya supaya dia dapat mengurut lengannya.

Tidak lama kemudian Herold mendapati jamnya yang berharga AS$35,000 (RM114,362) hilang.

Christina menafi mengambilnya.

Wanita itu ditahan pihak keselamatan hotel sebelum diserahkan kepada polis dan selepas disoal siasat dia mengaku menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluannya. Ujian X-ray yang dijalankan di hospital berhampiran membuktikan jam tangan itu berada dalam kemaluan Christina.

- Agensi

Brunei mula laksanakan hukum hudud


BANDAR SERI BEGAWAN 2 April - Brunei muncul negara Asia Timur pertama melaksanakan hukum hudud bermula semalam, yang menyaksikan semua rakyatnya termasuk masyarakat bulan Islam turut tertakluk di bawah undang-undang tersebut.

Pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah menyelia sendiri peralihan itu yang antaranya memperuntukkan hukuman berasaskan undang-undang Islam terhadap pelbagai kesalahan seperti mencuri, merogol, berzina, meliwat, minum minuman keras dan terlibat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Brunei sebelum ini telah pun melaksanakan undang-undang syariah, namun hanya terhad kepada masalah melibatkan perkahwinan, wasiat dan keluarga Islam.

Bermula semalam, perundangan Islam itu diperluaskan lagi melibatkan hukuman seperti direjam sampai mati kerana kesalahan berzina dan sebatan sekiranya melakukan pengguguran bayi.

Badan bebas, Global Voices Online yang beribu pejabat di Amsterdam, Belanda sebelum ini melaporkan, Sultan Hassanal Bolkiah pernah memberi amaran bahawa individu yang menentang pelaksanaan hukum hudud boleh didakwa.

Akhbar berbahasa Inggeris India, Deccan Chronicle pula melaporkan, keputusan Brunei untuk melaksanakan hukuman hudud dan memperkenalkan semula hukuman mati, menerima banyak kritikan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkannya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Selain itu, perkara tersebut turut menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat bukan Islam Brunei, yang turut tertakluk dalam beberapa ketetapan kod berkenaan.

Penasihat Undang-Undang Antarabangsa Asia Tenggara, Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ICJ) Emerlynne Gil dalam sepucuk suratnya kepada Sultan Hassanal Bolkiah berkata, jika peraturan baharu itu dilaksanakan, pencabulan hak asasi manusia yang serius bakal berlaku.

"Brunei tidak mengamalkan hukuman mati sebelum ini dan keputusan melaksanakannya begitu mengejutkan," ujar Gil.

-Utusan

Wednesday 2 April 2014

Biar kemaluan dimakan dubuk


Lusaka, Zambia: Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan.

Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.

Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.

“Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia.

ZULU dirawat di hospital.

Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.

“Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya.

Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.

Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.

"Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.

Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.

Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya.

- Agensi/Metro

Mukmin melihat mati

dir="ltr"

BILAL bin Rabah diseksa oleh tuannya kerana memeluk Islam. Iman yang tertanam di dada hamba berkulit hitam ini bagai gunung yang sangat teguh. Walaupun diseksa dengan kejam, namun Bilal tidak berganjak daripada akidahnya. Baginya hanya Allah, tuhan yang wajib disembah. Abu Bakr al-Siddiq kemudian membebaskan Bilal setelah membelinya dengan harga yang cukup mahal. dir="ltr"

Sejak hari itu, Bilal selalu bersama Nabi SAW untuk berkhidmat kepada baginda. Beliau turut hadir dalam setiap peperangan. Beliau juga merupakan orang pertama yang melaungkan azan. Selepas Rasulullah SAW wafat, Bilal berpindah ke Syam dan terus menetap di sana hingga akhir hayatnya. dir="ltr"

Al-Hafiz al-Zahabi menceritakan dalam Siyar A’lam al-Nubala: Apabila Bilal hampir meninggal dunia, isterinya menangisi beliau. Beliau bersedih kerana akan berpisah dengan suami yang dicintai. Namun, pada masa yang sama, Bilal terlihat sangat bergembira. Beliau berkata: “Besok aku akan berjumpa dengan para kekasih, iaitu Muhammad dan para sahabatnya." dir="ltr"

Hakikat kematian dir="ltr"

Kematian untuk kebanyakan orang merupakan sesuatu yang tidak disukai. Sebab kematian memisahkan mereka daripada pelbagai perkara yang mereka cintai. Namun, bagi orang-orang tertentu, kematian merupakan saat yang dinanti-nanti. Sebab kematian akan membawa mereka kepada kebahagiaan yang abadi. dir="ltr"

Sikap kedua inilah yang berlaku pada diri Bilal dan para sahabat Nabi SAW. Mereka sangat bergembira menghadapi kematian. Ini kerana, bagi mereka kematian akan mempertemukan mereka dengan para kekasih iaitu Allah, Rasulullah SAW dan hamba-hamba yang soleh. dir="ltr"

Justeru, para sahabat Nabi SAW menyambut kematian dengan penuh suka dan gembira. Mereka menyerahkan nyawa mereka ke tangan malaikat maut dengan penuh ikhlas, mudah dan sukarela. dir="ltr"

Abu Darda, seorang sahabat Nabi SAW yang juga menetap di Syam, berkata: “Aku menyukai kematian kerana rindukan tuhanku. Aku sukai kefakiran sebagai tawaduk kepada tuhanku. Dan aku sukai sakit kerana ia menggugurkan dosa-dosaku." dir="ltr"

Berehat dir="ltr"

Bagi seorang Mukmin yang percaya dengan kehidupan selepas mati, dunia ialah tempat bekerja dan akhirat ialah tempat menerima balasan. Selama hidup di dunia, seorang Muslim terikat dengan hukum halal-haram. Setiap ucapan dan perbuatannya selalu dijaga dengan baik agar tidak melanggar aturan-aturan tersebut. dir="ltr"

Justeru, kematian membuka gerbang kebebasan yang membawa jiwa Mukmin menuju alam yang luas lagi indah. Dalam alam baharu ini, ia akan menikmati kehidupan abadi yang bebas daripada kepenatan, kesedihan dan kesakitan. Seorang Mukmin takut berpenat di dunia agar dapat berehat di akhirat. dir="ltr"

Seorang sahabat Nabi bernama Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash pernah berkata: “Perumpamaan seorang Mukmin yang melepaskan rohnya ibarat seseorang yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara." dir="ltr"

Dakwaan Yahudi dir="ltr"

Orang yang benar-benar cinta kepada Allah memandang positif kematian, bukan sebaliknya. Justeru, Allah SWT mendustakan dakwaan Yahudi yang mengatakan bahawa mereka bangsa yang disayang oleh Allah SWT, namun pada masa yang sama membenci kematian. Mereka malah berharap dapat hidup selamanya di muka bumi agar terus dapat memperturutkan hawa nafsunya. dir="ltr"

Allah berfirman: Katakanlah (Muhammad): Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah di antara umat-umat manusia yang lain, maka harapkanlah kematian jika betul kamu orang-orang yang benar! (al-Jumuah: 6) dir="ltr"

Jelaslah bahawa dakwaan Yahudi ini sangat kontradiktif. Jika benar mereka dicintai Allah SWT, sudah pasti mereka akan memiliki konsep yang positif berkenaan kematian. Sebab siapa yang cinta kepada Allah SWT pasti suka berjumpa dengan-Nya, malah bukan melarikan diri daripada-Nya. dir="ltr"

Rasulullah bersabda: Siapa yang menyukai perjumpaan dengan Allah, maka Allah pun menyukai perjumpaan dengannya. Dan siapa yang tidak menyukai perjumpaan dengan Allah, Allah juga tidak suka perjumpaan dengannya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) dir="ltr"

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk meneladani para sahabat Nabi SAW dalam semua aspek kehidupan kita. Amin Ya rabbal ‘alamin. dir="ltr"

-Utusan