Thursday 29 November 2012

Retorik PAS memakan diri

 Oleh Khazan Che Mat




Tahap pemikiran manusia berbeza. Sesuatu yang tidak jelas mudah mengelirukan dan mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan sebahagian mereka yang kurang maklumat atau ilmu. Tidak hairanlah apabila sesuatu hadis atau nas al-Quran ditafsir secara songsang atau salah oleh seseorang pembawa ajaran sesat, ada juga yang menjadi pengikut dan bilangan mereka tidak sedikit.

Agama amat menekankan kejelasan dalam percakapan, sesuatu ungkapan yang boleh membawa makna yang berbeza hendaklah dielakkan. Diriwayatkan, sahabat-sahabat apabila memohon sesuatu daripada Nabi mereka selalu menggunakan ungkapan ‘raaiinaa’ yang bermaksud berilah perhatian kepada kami. Namun kerana dalam percakapan orang Yahudi perkataan tersebut bermaksud bodoh dan mereka sering ketawakan Nabi SAW sesama mereka apabila sahabat melafazkannya di hadapan Baginda maka ayat 104, surah al-Baqarah diturunkan menegah sahabat menggunakan ungkapan itu dan menggantikannya dengan perkataan ‘unzdurnaa’ yang bermaksud pandangilah kami.

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda sebaik-baik percakapan ialah yang ringkas dan jelas. Banyak hadis yang menyentuh mengenai bercakap. Ada hadis yang menyatakan ada manusia yang masuk syurga dan neraka hanya akibat ucapannya yang dianggap kecil. 

Kebelakangan ini, demi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya, PAS dengan mudah mendakwa negara Islam tiada dalam al-Quran walaupun ia telah sekian lama mereka laung-laungkan”

Dalam politik kita tidak dapat lari daripada bercakap dan berucap. Muktamar dan persidangan tahunan parti politik utama tanah air sentiasa mendapat perhatian media kerana orang ramai mahu tahu apa yang diucapkan oleh presiden dan dibahas oleh perwakilan.

Strategi pemimpin pembangkang
Bercakap adalah satu seni yang memerlukan kemahiran. Orang yang petah dan mahir berucap mampu mempengaruhi orang lain dengan mudah. Inilah strategi yang sering digunakan pemimpin pembangkang dalam ceramah dan kempen politik mereka.

Dengan kepetahan dan menyandarkan kepada ayat al-Quran mengenai hukum hudud, mereka mendakwa parti mereka wajib disokong kerana perjuangkan pelaksanaannya. Pada masa sama mereka melabelkan penolakan kepada parti mereka sebagai menolak hukum hudud dan boleh mengakibatkan murtad. Mereka sama sekali tidak menjelaskan situasi yang mewajibkan hudud ini dilaksanakan dan kenapa banyak negara lain yang majoriti penduduknya Muslim tidak melaksanakan hukuman ini. Menyokong parti Melayu UMNO pula dianggap asabiah dan ditegah Islam tanpa menafsirkan maksud asabiah yang sebenar. Itulah antara isu yang menjadi punca solat dua imam yang berlaku meluas di beberapa negeri satu masa dahulu.
Kebelakangan ini, demi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya, PAS dengan mudah mendakwa negara Islam tiada dalam al-Quran walaupun ia telah sekian lama mereka laung-laungkan. Mereka lupa pernah melancarkan buku khas dokumen negara Islam.

Terkini dalam membela adik Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikecam ramai kerana mendoakan kebinasaan UMNO dalam muktamar mereka baru-baru ini, pemimpin PAS mendakwa ia doa ke atas parti bukan ke atas orang UMNO. Begitulah dangkalnya hujah mereka yang menafikan maksud yang lazim difahami. Mendoakan kehancuran parti UMNO samalah dengan mendoakan kehancuran orang UMNO kerana UMNO tiada makna tanpa orangnya.

Tersasar perjuangan asal
Demikianlah dalam ghairah mengejar kuasa PAS dilihat mula tersasar daripada perjuangan asal. Mereka hapuskan konsep negara Islam kononnya ia tiada dalam al-Quran, tapi mereka lupa masyarakat sudah sebati dengan ungkapan bank Islam, pakaian Islam, pajak gadai Islam dan macam-macam lagi yang disandarkan kepada Islam dan juga tidak disebut secara jelas dalam al-Quran seperti negara Islam.

Akibat banyak bercakap dan ghairah mengejar sokongan bukan Islam, temberang mereka semakin menyerlah. Ketika sokongan daripada bukan Islam kepada PAS dikatakan bertambah, orang Melayu Islam mula keluar daripada parti itu. Benarlah sabda Nabi SAW, sesiapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya. Hadis ini ada sambungannya, tetapi sekadar ini ia telah memadai untuk diambil pengajaran. -
BH

Penulis ialah EXCO Agama Terengganu

Derita Gazza

'Anak kecil usap mayat ibu'

Yousef Ghaben
Yousef Ghaben
 
 
Kuala Lumpur: “Saya lihat anak kecil ini berdiri di sebelah mayat ibunya sambil mengusap kepala ibunya yang disangka masih hidup,” kata wartawan penyiaran sambilan stesen televisyen al-Aqsa, Yousef Ghaben.

Yousef, 26 dari Gaza berkongsi pengalaman mengenai keganasan Israel yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya, selepas melihat sendiri kekejaman rejim Zionis.
Katanya, masyarakat dunia boleh membayangkan begitu dahsyatnya keganasan yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Gaza tanpa berperikemanusiaan.

“Israel sering menyasarkan untuk membunuh sebanyak mungkin orang awam yang tidak mampu melawan mereka terutama kanak-kanak dan wanita.

“Bukan itu saja, rejim Zionis turut memusnahkan kediaman penduduk, selain infrastruktur negara kami. Setakat ini, dianggarkan lebih 200,000 bangunan sudah dimusnahkan oleh mereka,” katanya ketika ditemui BH sempena lawatan seminggu ke negara ini untuk menerangkan keadaan di Gaza kepada pelbagai pihak.

Baru-baru ini, konflik lapan hari mengorbankan 162 warga Palestin dan lima penduduk Yahudi sebelum Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada 22 November lalu.

Yousef berkata, beliau juga tidak dapat melupakan kejadian mengenai seorang doktor tidak mengetahui anaknya menjadi mangsa pengeboman Israel sehingga dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Doktor itu terkejut serta berusaha untuk menyelamatkan nyawa anaknya, tetapi beliau gagal diselamatkan dan saya sedih melihatnya, ” katanya.

Sementara itu, Yousef berharap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) akan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara berkenaan kerana ia sudah musnah sekarang. -BH
 

Wednesday 28 November 2012

Terkejut isteri seorang lelaki

 

Rahsia terbongkar selepas 19 tahun berkahwin

ANTWERP: Seorang lelaki Belgium kecewa selepas menyedari bahawa isteri yang dikahwininya selama 19 tahun pada asalnya dilahirkan sebagai seorang lelaki.
 
Lelaki dari Antwerp yang dikenali sebagai Jan itu berkata beliau berasakan seluruh dunianya hancur selepas mendapat tahu perkara sebenar mengenai ‘isterinya’ yang dikenali sebagai Monica.
 

Jan, 43 berkata beliau bertemu Monica apabila beliau yang berasal dari Indonesia tiba di Belgium untuk menjadi pengasuh kepada anak adik suaminya dan Jan menyifatkan bahawa ‘isterinya’ itu sebagai amat cantik dan bersifat kewanitaan, lapor Daily Mail.

Beliau kini mula memahami mengapa isterinya itu tidak bagus apabila melakukan kerja rumah termasuk menggosok pakaian.

“Saya menyangkakan dia seorang wanita yang menarik dan saya adalah wanita sejati kerana dia langsung memperlihatkan ciri lelaki seorang lelaki,” katanya kepada akhbar Belgium, Nieuwsblad.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga seorang sepupunya datang melawat dan semuanya terbongkar.
“Saya katakan ini kepada anak lelaki saya dan beliau berkata pernah mendengar khabar angin bahawa Monica dulunya adalah seorang lelaki.”

“Satu petang saya bersemuka dengannya dan beliau akhirnya mengaku bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan melakukan pembedahan menukar jantina.”

“Dunia saya gelap beberapa saat. Saya rasa tertipu selama hampir 20 tahun,” katanya yang ternyata begitu kecewa. – Agensi/BH

Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya


GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan seekor ular sawa gergasi memuntahkan seekor lembu (dalam bulatan) yang dibahamnya di sebatang sungai di Brazil.



RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari.
Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut.
Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. - Agensi/Kosmo

Tuesday 27 November 2012

Pengantin baru mahu dikhatan

Pengantin baru mahu dikhatan
Jabbar (tiga, kiri) ceria dimandikan bersama perseta lain
 
BALING - Pengantin baru antara salah seorang dari 21 peserta Majlis Khatan sempena Program Jom Jelajah Kampung di Kampung Lubuk Legong di sini, baru-baru ini.
Jabbar Kamaruddin, 18, yang baru melangsungkan perkahwinannya dua bulan lalu merupakan masyarakat Orang Asli Kensiu.
Dia yang hanya bekerja kampung itu merupakan peserta tunggal yang sudah berkahwin berbanding peserta lain yang berumur antara lapan sehingga 10 tahun.

Katanya, keputusannya untuk berkhatan adalah dari dirinya sendiri bukannya dipaksa oleh keluarga mahupun orang lain.

“Hati saya terdetik untuk berkhatan sama seperti rakan sebaya. Semua mereka berkhatan. Jadi, mengapa saya tidak tidak. Lagipun, berkhatan ini juga bertujuan untuk membersihkan diri,” katanya.

Jabbar yang tinggal di Kampung Lubok Legong itu berkahwin dengan pasangannya, Mahzun Husniah, 16, yang berasal dari Desa Permai Tasik Banding, Perak.

Menurutnya, dia tidak malu diraikan termasuk dimandikan bersama kanak-kanak lain sempena majlis khatan itu.

“Menjadi perkara biasa setiap peserta khatan dimandikan bersama. Tiada apa yang dimalukan. Lagipun, saya gembira kerana diraikan termasuk diarak dengan paluan kompang.

“Sekurang-kurangnya, saya dapat merasai nikmat majlis berkhatan walaupun jauh lebih berumur dari peserta lain,” katanya.

Katanya, rakan-rakan termasuk ahli keluarganya turut memberikan sokongan kepadanya agar berkhatan pada tahun ini.

“Niat saya untuk berkhatan disambut baik oleh keluarga dan rakan-rakan. Mereka tidak mengejek tetapi menyokong.




“Selain itu, saya banyak membaca mengenai kebaikan berkhatan ini. Yang penting ia merupakan kewajipan kepada setiap lelaki yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.-sumber SH

Nik Aziz Pun Setakat Pandai Cakap, Tapi Tak Seberani Mahathir!

387615_407889889282827_2066458318_nTAHUKAH ANDA??


1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam di sana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.
7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.
8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.
 
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Siapa dia?
Ya.. dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Mantan PM MALAYSIA yang DIHORMATI PEMIMPIN ISLAM SELURUH DUNIA. - sumber Kedah69ners.com

Aktivis Pro Murtad Ada Kedudukan Di Selangor ?

AIDCNews – 26/11/12 – Sejak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih pemerintahan Selangor, beberapa aktivis pro murtad diberi kedudukan dalam kerajaan tersebut.

Pada November 2009, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang berkuatkuasa hingga ke hari ini.
Sivarasa Rasiah, salah seorang peguambela kes liwat II Anwar pula dilantik sebagai Ahli Lembaga Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) pada 16 Jun 2010.

Biodata yang dipetik dari perangsangselangor.com menyebut Sivarasa adalah rakan kongsi utama firma guaman Daim & Gamany yang kemudiannya didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) sebagai firma guaman yang banyak mendapat kontrak daripada kerajaan tempatan Selangor.
Menurut RPK, jawatan Sivarasa di KPS menikmati faedah yang dianggarkan puluhan ribu sebulan, selain elaun-elaun tambahan lain.

Untuk mengukuhkan lagi hujahnya, RPK melampirkan bukti-bukti dokumen yang menunjukkan tuntutan bernilai RM102,800 (2009) dan RM83,900 (2010) dari firma guaman Sivarasa (Daim & Gamany) kepada Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBSJ).

Status agama Sivarasa turut diragui apabila beliau berkahwin dengan Ann James, wanita Kristian yang memperjuangkan kebebasan beragama terhadap Lina Joy, M Moorthy, S Shamala dan R Subashini.
Selain pernah didedahkan Sivarasa adalah pengasas SUARAM dan pemilik saham Malaysiakini, blog mahaguru58 turut menyebut bekas Naib Presiden PKR itu adalah antara 4 dalang yang berusaha menubuhkan Inter Faith Council (IFC).

Empat dalang yang disebut itu adalah Sivarasa Rasiah, Tian Chua, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong.
Seorang lagi dalang IFC adalah Malik Imtiaz Sarwar yang dilantik oleh kerajaan Selangor untuk mewakili kerajaan negeri bagi kes inkues kematian Teoh Beng Hock.

Menurut The Unspinners, kerajaan negeri Selangor telah membayar kepada Malik Imtiaz sebanyak lebih RM 250 ribu, satu jumlah bayaran yang tidak masuk akal untuk dibayar kepada peguam pemerhati Teoh.

Bukan setakat untuk kes Teoh, bahkan Malik Imtiaz sering dipilih untuk kes-kes lain yang mempunyai kepentingan bagi kerajaan Selangor, termasuk kes tuntutan pampasan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).


Menurut laporan Aliran Monthly Vol 25, 2005, Malik Imtiaz adalah Pengerak utama Kumpulan Artikel 11 dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu IFC.

Sebelum ini, Malik Imtiaz pernah menjadi peguam pemerhati kes murtad Lina Joy, peguam kes murtad kepada Subashini Rajasingam, peguam Abdul Kahar Ahmad (ajaran sesat), pengikut Ayah Pin (ajaran sesat) dan peguam Zaid Ibrahim yang mencabar undang-undang hudud Kerajaan Kelantan.

Pada Februari 2005, Malik Imtiaz dengan kerjasama Majlis Peguam dan Malaysian Interfaith Network (MIN) dengan tajaan yayasan Kristian, Konrad Adeneur Foundation (KAF) telah menganjurkan persidangan di Hotel Equatorial, Bangi, untuk menyediakan satu draf 14 ‘tuntutan’ IFC.-sumber AIDC

Monday 26 November 2012

Pembongkaran strategi Zionis


SERANGAN Israel negara kawalan Zionis ke atas Palestin kemudian menguasai Baitulmaqdis, kiblat muslim pertama dan juga lokasi terbenamnya kuil Nabi Allah Sulaiman ibarat gelombang pertama kemunculan dajal, setelah sebahagian manusia telah ditakluk pemikiran dan emosinya. Zionis dikaitkan dengan gerakan iluminati menunggu kedatangan dajal bagi memimpin dunia di bawah satu pemerintahan. Menerusi medium hiburan dalam filem ini, modus operandi The Order dalam Silent Hill : Revelation menggambarkan ciri kumpulan iluminati tersebut.
Dalam Islam tanda kiamat besar antaranya ialah kemunculan dajal sudah lama dinyatakan Rasulullah. Surah Al-Kahfi menceritakan Iskandar Zulkarnain membina tembok dengan rahmat Allah untuk menghalang kemunculan Yakjuj dan Makjuj, makhluk perosak antara bala tentera dajal yang terkurung di suatu tempat di bumi ini. Dunia diselimuti kabus dan bergelap mempunyai persamaan visual dalam filem francais adaptasi permainan video ciptaan Konami Corporation ini. Klaustrofobia jadi elemen terpenting permainan video ini dan juga lain-lain permainan.
Konami Corporation terkenal di Jepun sebagai penerbit dan pengeluar mesin permainan, permainan video, pereka anime dan tokusatsu iaitu bidang mencipta kesan khas. Konami gabungan nama Kozuki, Yoshinobu Nakama, Hiro Matsuda, dan Shokichi Ishihara, yang merupakan rakan kongsi Kozuki dan pendiri Konami Co. Ltd pada tahun 1973. Konami juga bermaksud "gelombang kecil" dalam bahasa Jepun.
Kekalutan Heather Mason mengenali siapa dirinya mahu menggambarkan diri kita bukan Yahudi (goyim) sedang ditakluk zionis. Kesedaran Heather membawanya ke bandar Silent Hill yang mewakili dunia ini yang sedang dikuasai oleh seorang wanita bernama Claudia Wolf dari The Order mewakili iluminati lakonan Carrie-Anne Moss dan lelaki yang buta dan dirantai iaitu Leonard Wolf mewakili manusia yang ditakluk lakonan Malcolm McDowell.
Dalam pencarian identiti diri dan menemukan kembali bapanya yang telah ditangkap oleh The Order kumpulan pemuja yang menunggu kelahiran anak Tuhan yakni dajal. Heather membawa sekeping logam berlambang mata satu simbol hieroglyph aksara Mesir kuno merujuk Dewa Ra yang bermaksud dewa matahari. Ra merupakan Dewa Tertinggi dalam kebudayaan Mesir kuno.
Simbol mata satu ini digunakan secara meluas dalam segala aspek sama ada reka bentuk bangunan, wang dolar Amerika, logo perniagaan, watak filem, prop dalam filem dan lain-lain lagi. Simbol mata satu ini mewakili mata dajal yang melihat menerusi kumpulan iluminati akan segala peristiwa di dunia ini sama ada mengikut perancangannya ataupun tidak.
Sila buka mata dan minda anda. Telitilah logam bersimbol yang dibawa oleh Heather Mason. Amati juga dialog Heather ketika membaca nota yang menceritakan tentang dunia Silent Hill. Manusia tanpa wajah yang mempunyai jahitan di muka, manusia yang mengeras menjadi patung di Silent Hill adalah realiti gambaran manusia yang telah ditakluk pemikiran dan emosi oleh zionis dan dajal sebagai tanda ketidakmampuan melakukan apa-apa lagi.
Apabila logam bersimbol dajal itu memasuki tubuh Leonard dia dapat melihat semula dan menjadi perkasa. Begitu kuatnya keyakinan terhadap kuasa mistik dajal ke atas manusia apabila pemikiran dan emosinya ditakluk bahkan memberikan kekuatan kepada manusia tawananya mengikut perancangannya.
Semakin memuncak plotnya semakin banyak pula jalinan teka-teki terurai. Dialognya tambah panjang melonggokkan cerita dan fakta ke minda penonton. Nampak sangat keterujaan pembikinnya terhadap elemen kedajalan.
Silent Hill klise dengan ciri ekspresionisme dengan prop sekeping lukisan bercorak demikian, lampu yang berkelip-kelip dan ruang gelap tanpa elektrik, samar, berkabus, salji hitam berputar ganas, binaan usang, berkarat, reruntuhan, dinding mencair menjadi air tertarik ke atas dalam percubaan menggambarkan realiti dunia akhir zaman oleh si pembikinnya.
Dinding bangunan yang luluh berkarat dan musnah mewakili ideologi kapitalis yang diruntuhkan Zionis. Perancangan zionis dan iluminati berada di atas segala ideologi anutan dan perjuangan manusia yang sejak dulu mencetuskan persengketaan sesama muslim dan bukan Islam sebenarnya hanya dadu dalam permainan zionis sahaja.
Klaustrofobia merujuk kelainan psikologi yang takut dan panik terhadap tempat, ruang dan situasi dihidapi 5 peratus penduduk bumi bertujuan mahu menjadikannya meluas dihidapi semua orang menerusi filem ini dalam memaparkan situasi kehadiran pemimpin utama dunia yakni dajal. Selebihnya aksi protagonis yang tidak wajar dijadikan idola melainkan kita bersedia menjadi Heather Mason menyatu dengan Alessa yang menjadi hantu selepas diseksa oleh The Order dan terkorban untuk menyambut kelahiran dajal ke muka bumi, lalu menumpaskan kumpulan rahsia dan pemuja dajal di Silent Hill itu.
Lebih menggerunkan Silent Hill bukanlah filem pertama yang memaparkan agenda zionis dan iluminati. Kecenderungan filem Hollywood masa kini untuk menonjolkan watak berkuasa tak masuk akal fikiran menunjukkan darjah keterujaan meraikan kedatangan dajal menuju ke kemuncaknya.-Utusan

Sunday 25 November 2012

Si mabuk cemar masjid

INDAH...Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis yang diceroboh enam lelaki dengan tin minuman keras.
INDAH...Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis yang diceroboh enam lelaki dengan tin minuman keras

.
KANGAR: Bukan sahaja menceroboh dalam keadaan mabuk, malah enam lelaki turut melempar tin arak ke dalam pagar Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis, dekat sini, selepas bertengkar dengan pengawal keselamatan, Khamis lalu.


Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam apabila kumpulan lelaki berusia 30-an terbabit dikatakan mahu bersantai di tepi pantai bersebelahan masjid sebelum menceroboh melalui sebuah pintu pagar rumah ibadat itu menyebabkan tindakan mereka disedari pengawal keselamatan bertugas.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Addul Rahman Mohd Noordin berkata, seorang daripada mereka berbadan agak gempal sukar memanjat sebelum tindakannya disedari pengawal keselamatan masjid terapung itu.
Katanya, sebaik suspek menyedari tindakannya dilihat pengawal keselamatan, dia cuba melarikan diri tetapi gagal berbuat demikian.
“Suspek kemudian dibantu rakannya melawan pengawal keselamatan di situ selepas diarahkan keluar dari kawasan masjid menyebabkan berlaku pertengkaran di antara mereka.
“Semua suspek yang mabuk berkenaan tidak puas hati dengan tindakan pengurusan tidak membenarkan mereka masuk ke kawasan masjid untuk ke pantai bersebelahan sambil memaki-hamun pengawal keselamatan terbabit,” katanya di sini, semalam.
Menurut Abdul Rahman, semua mereka kemudian beredar dari kawasan berkenaan sebelum melontarkan beberapa tin minuman keras yang diminum ke arah masjid.

Katanya, kumpulan lelaki itu kemudian beredar menaiki sebuah kereta Proton Iswara, tetapi nombor pendaftaran kenderaan terbabit berjaya dicatatkan pengawal keselamatan.



“Sejurus itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Perlis sebelum polis menahan semua suspek di Pauh di sini, awal pagi semalam (kelmarin). Semua mereka kemudian ditahan sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Katanya, kes berkenaan boleh mengundang rasa marah orang ramai dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.Metro

Pas-Umno kongsi pelamin

               
Pas-Umno kongsi pelamin
Khemah biru hijau yang melambangkan dua parti politik berbeza turut digunakan pada majlis persandingan.
Pas-Umno kongsi pelamin
Abdul Azeez menepung tawar setiap pasangan pengantin.
 
 
BALING - Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam.

Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; Zulkifli  Ahmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling.

Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza.

“Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali.

“Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan.

“Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya.

Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin.

“Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.-SH

Ronaldo sumbang 'kasut emas' bantu rakyat Palestin

                    
Cristiano Ronaldo
Gambar fail Cristiano Ronaldo mencium kasut emas yang dimenanginya.


IKON Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah menderma RM4.6 juta untuk kanak-kanak Palestin di Gaza.

Bintang itu telah memberi kasut emas yang diperolehinya pada 2011 kepada Yayasan Real Madrid.

Kelab gergasi Sepanyol ini menunggu giliran mereka untuk membuat jualan amal dan akan mendermakan dana itu kepada sekolah-sekolah di Gaza.

Ronaldo atau Yayasan Real Madrid bagaimanapun masih belum mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Menurut beberapa laporan, Yayasan Real Madrid telah membantu dalam membina 167 buah sekolah di 66 negara sebelum ini.

Namun begitu, ia bukanlah kali pertama Ronaldo memberi sumbangan kepada badan amal.

Tahun lepas dia telah menjual kasutnya khusus untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah di Gaza.

Ronaldo menjadi pemain bola sepak yang termahal dalam sejarah selepas berpindah dari Manchester United ke Real Madrid dengan kontrak yang bernilai RM288 juta.

Di samping itu, pelanjutan kontraknya bersama Real Madrid, yang bernilai RM37 juta setiap tahun, menjadikannya salah seorang pemain bola sepak yang mendapat bayaran tertinggi di dunia.-SH

Friday 23 November 2012

Izzah saman Utusan isu kebebasan beragama

RUZY ADILA IDRIS 23 November 2012
Nurul Izzah AnwarNURUL IZZAH ANWAR
 
 
KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.

Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.
Saman itu berhubung empat artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.


Menurut pernyataan tuntutan, tiga lagi artikel yang diterbitkan akhbar berkenaan di muka surat lima bertarikh 6 November 2012 pula adalah "Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu"," Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik" dan "Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara Pluralisme agama".

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menuntut injunksi kekal ke atas Utusan Malaysia bagi menghalang akhbar tersebut terus menyiarkan artikel sama.

Beliau tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut dalam saman tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu didakwa membuat kenyataan tersebut sewaktu menjadi panelis forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.

Berikutan itu, beliau kemudiannya dikecam beberapa pihak termasuk Sultan Sultan melahirkan rasa kesal.-SH

Kekeliruan Asyura

 

Perbuatan mencederakan diri yang dilakukan oleh segelintir umat Islam pada setiap 10 Muharam dilarang sama sekali memandangkan tindakan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam selain menyerupai amalan golongan jahiliah.
 
BOLEH ustaz jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan puasa Asyura? Benarkah perintah berpuasa pada hari itu bersempena dengan peringatan pembunuhan Saiyidina Husein di padang Karbala?


Jawapan


ASYURA berasal daripada kata 'asyarah yang bermakna: "10". Hari Asyura maksudnya adalah hari ke-10 daripada bulan Muharam.
Hari ini sangat dihormati oleh bangsa Arab pada masa Jahiliah, terutamanya kaum Quraisy. Pada hari itu mereka mengganti kiswah (kelambu) yang menutupi Kaabah dan berpuasa.
Besar kemungkinan amalan itu merupakan peninggalan syariat Nabi Ibrahim yang masih berlaku di kalangan bangsa Arab pada saat itu. Itu sebabnya Rasulullah SAW turut berpuasa pada hari Asyura semasa baginda masih berada di Mekah.
Apabila berpindah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat bangsa Yahudi yang menetap di sana berpuasa pada hari Asyura juga.
Baginda bertanya: "Mengapa kalian berpuasa pada hari ini?" Mereka menjawab: "Hari ini hari baik. Pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka. Oleh itu Nabi Musa berpuasa padanya."
Rasulullah SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripadamu." Baginda lalu berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa.
Puasa Asyura hukumnya wajib pada tahun pertama kehadiran kaum Muslimin di Madinah. Hukum itu mula berubah apabila Allah menurunkan kewajipan puasa Ramadan satu tahun kemudian.
Siti Aisyah berkata: "Selepas puasa Ramadan diwajibkan, maka sesiapa yang hendak berpuasa pada hari Asyura, maka dipersilakan. Dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, maka dipersilakan."
Namun begitu, puasa pada hari Asyura tetap disunatkan dan mengandungi fadilat besar. Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa pada itu dapat menggugurkan dosa satu tahun sebelumnya. Demikian diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah.
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, puasa Asyura terdiri daripada tiga tingkatan. Tingkatan yang paling rendah berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja. Tingkatan pertengahan berpuasa pada hari kesembilan dan ke-10. Tingkatan tertinggi adalah berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharam.
Pembunuhan Husein
Daripada penjelasan singkat di atas, jelaslah puasa Asyura bukan kerana pembunuhan Sayidina Husein bin Ali cucu Nabi Muhammad SAW yang berlaku di Karbala pada tahun 61 Hijrah. Pendapat sebegini tidak pernah dikenal dalam ajaran ahli sunnah wal jamaah.
Sebaliknya, mengaitkan Asyura dengan pembunuhan Sayidina Husein berasal daripada aliran Syiah. Mereka memperingati peristiwa itu dengan meratap bersama-sama. Ada juga yang menganjurkan perarakan di jalan-jalan sambil melukai tubuh dengan benda-benda tajam. Perbuatan ini haram dilakukan menurut para ulama.
Peristiwa pembunuhan Sayidina Husein adalah lembaran hitam dalam sejarah Islam. Sebagai umat yang mencintai keluarga Nabi Muhammad SAW, kita mengutuk pelaku perbuatan kejam itu. Namun kesedihan tidak boleh membawa kita kepada perilaku melampau yang bertentangan dengan ajaran Islam sendiri.
Baginda pernah bersabda: Bukan termasuk daripada golongan kami orang yang suka menampar muka, mengoyak baju dan melaungkan sebutan-sebutan Jahiliah. (riwayat al-Bukhari)-Utusan

Relevankan Pas dalam realiti baru?

Dr Mohd Asri Zainul Abidin 23 November 2012
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
 
 
SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.

Perasaan mereka, saya tidak tahu.

Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.

Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.

Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.

Berubah



Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.

Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.

Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era ‘nation states’ tidak sama dengan era empayar sebelum itu.

Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.

Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.

Retorik


Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.

Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.
Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.

Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori ‘daulah Islamiyyah’ ataupun ‘Islamic State’ telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.

Fokus terhadap menghukum rakyat dengan ‘hukuman syariah’ lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.

Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.

Nilai Semula


Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.

Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men’jahanam’kan negara.

Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.

Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.


Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.

Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.

Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.


Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?

Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?

Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.

Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.

Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.

Mendapat Tempat


Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.
Pendekatan ‘haram’, haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.

Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.

Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.

Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.

Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas.

Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?

Thursday 22 November 2012

Ada doa OK, ada doa KO!


ABD JALIL ALI

Tentu tidak ada apa salahnya berdoa untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Sebagai sebuah negara demokrasi, peluang untuk menguasai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu memang terbuka kepada semua, tanpa mengira parti.
Niat yang baik elok disertakan dengan doa, mudah-mudahan dimakbulkan Yang Maha Pencipta.
Tidak salah juga berdoa untuk menjadi perdana menteri. Itu satu cita-cita murni. Ramai orang, termasuk kanak-kanak sekolah, mengidam – malah ada yang termimpi-mimpi – untuk menduduki kerusi No.1 negara itu.
Setinggi mana pun keinginan, sebagai hamba yang kerdil, kita hanya digalakkan berdoa. Siapa sahaja yang berhasrat boleh berdoa setiap masa, di mana sahaja. Jika doanya diterima Yang Maha Mengetahui, cita-cita murni itu akan tercapai, dan jadilah dia Yang Amat Berhormat.

Pendek kata selain berusaha keras, cita-cita yang murni hendaklah diiringi dengan doa ikhlas. Lagi banyak kita berdoa, lagi tinggi kemungkinan kita akan mencapai apa yang diidamkan. Maka teruslah berdoa untuk menguasai Putrajaya atau menjadi perdana menteri. Itu tidak salah.

Tetapi, secara peribadi saya tidak bersetuju doa mencerca @ melaknat, lebih-lebih lagi sekiranya yang dicerca itu adalah saudara seagama, malah sama sebangsa. Itulah yang terjadi di Kota Bharu, Negeri Serambi Mekah, minggu lalu.
Nik Razi Nik Mat, adik kepada Tuan Guru, mengimamkan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV, sempena muktamar parti. Beribu orang menghadiri solat hajat berkenaan. Ini bukan solat hajat pertama di stadium tersebut. Tidak ada salahnya melakukan solat hajat untuk maksud-maksud tertentu.
Apa yang tidak berapa sedap ialah doa di akhir solat tersebut memohon kehancuran Umno dan kemusnahan BN. Seperti yang disiarkan menerusi TV, petikan doa tersebut dilihat dan didengar dengan jelas menerusi jeritan jemaah yang antaranya menyebut berulang kali: “KO BN! KO Umno!”

Kandungan penuh doa tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan. Semua orang boleh membacanya, dan menilai sendiri sama ada doa seperti itu wajar atau tidak. Beberapa orang pemimpin tertinggi Pas mempertahankan doa tersebut. Mereka bersetuju parti musuh diseranah.

Sama ada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan lain-lain ulama besar dalam parti Islam itu tentu mempunyai alasan tersendiri ketika menyokong dan mengaminkan doa tersebut.

Setakat ini tidak ada seorang pun pemimpin parti Islam itu menyatakan tentangan terhadap doa tersebut. Hujah mereka ialah Umno dan BN menolak Islam, maka parti itu patut dihancurkan. Malah ada yang menuduh Umno murtad. Mudah sangat orang kita membuat tuduhan.

Sebagai orang biasa tidak langsung saya berhasrat untuk menghujah, jauh sekali memperkecil para ulama. Mereka lebih mengetahui. Cuma, rasanya saya belum tergamak memohon atau mengaminkan doa yang mahu menghancur dan memusnahkan sesama Islam, sesama Melayu. Sebab yang diaminkan itu mungkin memudaratkan sanak-saudara, suku-sakat, atau keluarga terdekat saya.
Seburuk-buruk saudara sedarah sedaging, tidak sampai hati saya untuk mendoakan kelaknatan buat mereka. Tambahan pula sebagai agama murni, Islam menggalakkan kita selalu mendoakan yang baik-baik sesama saudara. Mudah-mudahan doa seperti itu dimakbulkan, dan saudara yang buruk itu berubah menjadi baik.

Dari sudut lain pula, apa agaknya pandangan orang bukan Islam apabila melihat dengan jelas lagi lantang – menerusi TV – pemimpin dan umat Islam mendoakan kehancuran sesama seagama? Di mana hilangnya seruan perpaduan umah, sekiranya sesama Islam saling melaknati? Saya tidak layak mengulas panjang. Para ulama tentu lebih arif menilai hal ini.
Serba salah dibuatnya apabila beberapa orang sahabat bukan Islam saya – ada Kristian, Hindu, Buddha – pun menyatakan keprihatinan terhadap doa di Serambi Mekah itu. Ada yang bertanya sinis: “Pernahkan awak dengar doa seperti ini dilakukan oleh agama lain?”
Mungkin ada, tetapi saya belum pernah mendengar atau terbaca pemimpin Kristian memohon dilaknatkan orang Kristian lain.

Doa adalah hak setiap orang. Tidak kira untuk kebaikan atau keburukan, yang berdoa berharap doanya dimakbulkan. Tetapi kerap juga terjadi kelaknatan itu akhirnya berbalik semula kepada orang yang berdoa. Sebab itu berhati-hatilah apabila berdoa.-
SH

Pas tolak Anwar jadi PM ketujuh

YUSOF HARUN

Pas nampaknya kian menjadi seperti tupai. Lompat sana lompat sini, ciluk sana ciluk sini tetapi akhirnya gagal dianggap umum sebagai gerakan Islam seperti Ikhwan di Mesir dan juga Nahdatul Ulama di Indonesia.

Yang kelihatan penting bagi parti tersebut bukannya Islam tetapi Putrajaya. Dulu politik seperti ini orang sebut politik Machiavelli, hari ini sudah ramai yang menyebutnya sebagai ‘politik putar alam’ – siang cakap lain, malam pakai topeng dan cakap lain.

Ini terbukti apabila mereka mengadakan solat hajat dan mendoakan agar Umno dan BN dibinasakan ALLAH seperti mana ALLAH membinasakan Firaun, Namrud dan sebagainya. Soalnya mengapa mendoakan Umno saja binasa, mengapa tidak mendoakan Israel, DAP serta PKR dibinasakan kerana kezaliman serta kemungkaran yang dibuat selama ini?

Nampaknya sejak dulu, Pas terus memperalatkan ritual keagamaan seperti solat hajat dengan sewenang-wenangnya bagi tujuan politik.

Namun di sebalik barisan saf-saf solat hajat tersebut, rupa-rupanya tidak ada satu kesatuan atau cohesiveness di kalangan ahli-ahli parti tersebut mengenai isu pokok.

Walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah mempersetujui tanpa membuat sebarang referendum akan saranan agar Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 dan ia disahkan secara automatik oleh
Mursyidul Am yang sentiasa menganggap DAP dan PKR lebih Islamik, tetapi apa yang disaksikan dalam Muktamar ke-58 parti itu di Kota Bharu seminggu lalu adalah cukup berbeza.

Tak siapa menduga di peringkat akar umbi, Anwar bukanlah pilihan utama berbanding keputusan satu dua orang di peringkat tertinggi. Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Kota Bharu itu juga dilihat kemenangan bagi ahli-ahli biasa atau ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Mereka berjaya menggagalkan kehendak kumpulan “elit” atau profesional di dalam parti yang mahu menyerahkan negara dipimpin oleh pihak luar dari Pas.

Sejak 50 tahun ditubuhkan, Pas yakin dan percaya jika mereka menang pilihan raya, presiden merekalah yang paling layak jadi PM, bukan orang luar. Tetapi apa yang akhir-akhir ini amat berlainan dari apa yang dihajati Pas selama ini. Bahkan di atas kertas, Pas bersetuju dengan turut mengusulkan Anwar yang berhadapan isu-isu moral diberi kepercayaan menjadi PM ke-7 jika mereka menang.

Muktamar kali ini juga membuktikan Pas berjaya menepis dakwaan bahawa parti itu kini dalam genggaman Anwar ataupun sudah menjadi boneka Dap.

Pas membuktikan parti itu tidak sama dengan apa yang dibaca baik dalam blog-blog pro pembangkang ataupun media rasmi parti itu. Pendek kata hakikat Anwar berjaya meresapi pengaruhnya ke dalam parti itu, ia satu sandiwara melucukan.

Bagi mereka sama ada Anwar ataupun Dap, ia hanyalah sebuah sandiwara kerana akhirnya mereka yang berada di peringkat akar umbi yang menentukan dasar parti.

Anwar mungkin berjaya “mengkaderkan” pemimpin muda profesional yang kini memegang pelbagai jawatan penting dalam parti, namun itu pun peratusnya sangat kecil. Kalau ibarat sekumpulan kambing berwarna hitam, peratus yang kecil pro Anwar yang berwarna kelabu itu tenggelam begitu saja.

Presiden Pas menyedari kumpulan pro ulama dan mereka yang tidak senang dengan Anwar lebih dominan sehingga Tuan Guru kelihatan agak kecut untuk menyebelahi Anwar pada peringkat ini.

Hadi mungkin mengagumi Anwar daripada mempercayai keupayaan dirinya dan partinya terpaksa menerima hakikat ahli-ahli di peringkat akar umbi adalah kuasa penentu.

Bagi mereka, perjuangan Pas bukan semata-mata merampas Putrajaya, tetapi mendaulatkan Islam. Mereka menerima hakikat bahawa dalam PRU13 kekalahan Umno sajalah peluang mereka untuk menawan Putrajaya jauh lebih cerah.

Mereka bukanya menolak kemenangan dalam PRU13 tetapi jauh dari itu mereka menitikberatkan perjuangan akhirat seperti diperjuangkan sejak parti itu ditubuhkan 50 tahun silam.

Dalam hal ini mereka sebulat suara menolak kehendak DAP dan PKR yang ingin menobatkan Anwar sebagai perdana menteri kerana sedar kedua-duanya tidak boleh diharapkan.

Namun, ia bukanlah berita yang keseluruhannya gembira untuk Hadi. Apakah beliau fikir DAP dan PKR akan memberikannya laluan mudah atau menyokong beliau?

Bukankan Hadi adalah antara pemimpin Pas yang cukup beria-ia memajukan idea hukum hudud dan negara Islam. Silap hari bulan, kedua-dua parti ini akan mengusahakan agar Hadi tewas di kerusi Parlimen yang beliau tandingi. Jika ini berlaku, maka selicik-licik Hadi, akhirnya beliau juga akan turut terjatuh. Hadi kena ingat bahawa: Every tupai has its day.-SH

Wednesday 21 November 2012

Nasib malang anak comel ditinggal ibu bapa

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI Dorothy Chong Mei Sem menunjukkan gambar ibu dan bapanya pada sidang akhbar bersama Lee Kon Yin di Ipoh semalam.


IPOH – Kata pepatah Cina, kasih ayah setinggi gunung, kasih ibu sedalam laut.
Bagaimanapun, pepatah tersebut tidak menggambarkan nasib seorang kanak-kanak comel berusia tiga tahun, Chong Mei Sem apabila dia ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk dipelihara oleh seorang peniaga sejak tiga bulan lalu.
Lebih memilukan, bapa kanak-kanak malang itu, Chong Chee Liong sanggup pula mengucapkan selamat hari lahir untuk anaknya itu melalui khidmat pesanan ringkas baru-baru ini.
Dia juga sanggup meletakkan sebiji kek hari jadi untuk anaknya itu di hadapan pintu pagar rumah penjaga anaknya di sini baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai masalah yang timbul, wanita dikenali sebagai Madam Choong, 52, yang memelihara Mei Sem berkata, kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya sendiri yang dikenali sebagai Chu Sin di rumahnya di Kampung Gunung Rapat dekat sini pada kira-kira pukul 10 malam, 9 Ogos lalu.
Katanya, Chu Sin meminta dia menjaga Mei Sem sementara dia keluar untuk mencari kerja dan berjanji memberikan upah sebanyak RM1,000 sebulan.
“Betul, memang dia beri upah RM1,000 itu dengan memasukkannya ke akaun bank saya tetapi hanya pada bulan September. Selepas itu langsung tiada apa-apa berita daripada mereka.
“Setiap panggilan ke telefon bimbit Chu Sin dan suaminya langsung tidak berjawab malahan saudara-mara pasangan terbabit juga tidak tahu ke mana mereka pergi,” katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Biro Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional negeri, Datuk Lee Kon Yin di sini semalam.
Menurutnya, Mei Sem seorang kanak-kanak yang baik dan tidak pernah buat perangai.
“Apabila diberitahu ibu bapanya tiada, dia cuma diam dan bermain seperti biasa.
“Cuma sekarang saya tidak mampu lagi menanggungnya. Saya minta ibu atau bapanya ambil semula anaknya dan saya beri masa seminggu sebelum menyerahkan kanak-kanak ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya.
Sementara itu, Kon Yin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa kanak-kanak itu supaya menghubungi beliau menerusi talian 05-253 6981 atau 012-515 1178.-Kosmo

Hidup mati sebagai pelacur

 Oleh SITI AISHAH YUSOFF 

Ketagihan dadah membuatkan Asmah (bukan nama sebenar) terjebak dalam dunia pelacuran. - Gambar hiasan
 
SAYA bertemu Asmah (bukan nama sebenar), 44, ketika dia sedang menunggu untuk mendapatkan makanan dalam satu program anjuran Barisan Aksi Interaksi Kreativiti Mahasiswa/i Fakulti Perubatan di Pusat Perlindungan Sinar Alam, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menyarung skirt pendek paras lutut dan baju T ketat dengan raut wajah yang cengkung serta tubuh sedikit kurus, pandangan kosong wanita itu bagai menggamit hati saya untuk mendekatinya.
Ternyata sapaan saya dibalas mesra tanpa menunjukkan riak terkejut walaupun ketika itu ada beberapa orang gelandangan lain yang turut menunggu makanan diedarkan berserta sedikit sumbangan wang.
Berbual dengan wanita ini tentang kisah hidupnya, timbul rasa belas di hati kerana dalam usia sebegitu dia sepatutnya bukan menghabiskan masa di jalanan dan lorong-lorong gelap sebagai pelacur murahan dan bergelumang dengan najis dadah.

Tuesday 20 November 2012

Kata Mahathir

PR wajar lantik Karpal jadi PM
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
20 November 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika PR rakyat berjaya mentadbir negara.

“Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, rakyat boleh melihat sendiri sikap pemimpin pembangkang yang sudah berebut-rebut jawatan sebelum berjaya menguasai kerusi di Parlimen.

“Inilah yang kita lihat belum jadi kerajaan dah berebut-rebut dah. Bukan sahaja Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), bukan sahaja Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Karpal Sigh pun nak jadi Perdana Menteri jugak,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian perwakilan di Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada PR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, DAP dengan tegasnya mengulangi pendirian mereka mahukan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika PR memerintah.

“Ini adalah pilihan sepakat bagi ketiga-tiga parti, bahawa jika Pakatan Rakyat menang, Anwar yang akan menjadi perdana menteri,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu , Dr Mahathir berkata DAP, mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu, oleh kerana itu mereka beriya-iya mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Dia nak orang Melayu percaya pada DAP, kerana pemimpin DAP tidak ada orang Melayu, yang ada sudah lari keluar. Jadi dia nak Melayu punya sokongan, sebab itu dia nak orang Melayu jadi PM, jadi orang Melayu merasa legalah orang Melayu jadi PM.

“Tetapi, nanti jadi seperti di Perak, bila Nizar (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) jadi Menteri Besar, dia duduk di bawah telunjuk DAP, sebab itu dia bagi tanah, kita tentukan dasar tanah tidak boleh bagi lebih daripada 99 tahun tapi dia bagi sampai kiamat,” katanya.-Sinar Harian

Mahathir:

Orang Arab berani, tapi tak mungkin gerak misi 9/11


20 November 2012


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan kesan serangan 11 September terhadap Amerika dan menyifatkannya sebagai bencana terburuk akibat perbuatan manusia sejak Perang Dunia yang lepas berakhir.


Beliau berkata, peristiwa itu mengakibatkan kematian ratusan ribu rakyat Iraq dan Afghanistan serta beberapa ribu tentera Amerika dan British, selain kemusnahan dunia negara Islam itu



"Ia telah membahagikan dunia kepada Islam dan bukan Islam, serta menabur benih syak wasangka dan kebencian di antara mereka," katanya sambil menambah, peristiwa itu turut menjejas


keselamatan negara di dunia sehingga terpaksa membelanjakan bertrilion dolar untuk langkah keselamatan.


"Namun, ancaman tetap kekal, bukan hanya daripada mereka yang digelar pengganas, malah dari negara berkuasa serta kempen mereka untuk mengubah dunia," katanya ketika berucap pada persidangan antarabangsa berkaitan '9/11 Revisited - Seeking the Truth' di sini, semalam.


Negarawan Malaysia itu juga berkata adalah penting untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi 9/11 "kerana apabila kebenaran didedahkan, barulah kita benar-benar bersedia untuk melindungi diri dan keselamatan kita."


Berkongsi pandangan beliau berkaitan serangan udara terhadap Amerika pada 11 September 2001 itu, yang antara lain, membinasakan Menara Berkembar ikonik di New York, Dr Mahathir berkata, tindakan tersebut melibatkan unsur sangat kompleks serta memerlukan perancangan terperinci, pengaturan masa yang tepat selain pelaksanaan berdisiplin.


Beliau turut bercakap panjang lebar berhubung kesukaran yang perlu ditempuh untuk merampas empat pesawat besar bagi melanggar sasaran pada masa sama.


"Saya boleh bayangkan mereka yang terlatih seperti anggota CIA atau Mossad merancang serta melaksanakan operasi sekompleks ini, namun saya tidak pernah terfikir seorang Arab seperti Osama bin Laden mampu merancang dan mengarah serangan udara secanggih ini dari sebuah tempat terpencil di Afghanistan," katanya.


Sambil memohon maaf kepada bangsa Arab, Dr Mahathir berkata: "Merancang dan melaksanakan operasi sekompleks ini bukanlah sesuatu yang mereka boleh lakukan dengan baik.


"Mereka sememangnya amat berani dan sanggup mati demi agama mereka, namun mereka bukanlah seperti anggota Tentera Marin Amerika yang merancang serta melaksanakan pembunuhan Osama bin Laden," kata Dr Mahathir, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF).

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberi amaran bahawa percubaan akan dibuat untuk memadam laporan berhubung ceramah serta perbincangan pada persidangan itu oleh pihak yang menentang kebebasan bersuara dan kebebasan media.


"Bagaimanapun, media alternatif akan mengecewakan mereka dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku pada persidangan ini," katanya.


Dr Mahathir kemudian memberitahu pemberita cadangan penubuhan suruhanjaya bebas antarabangsa bagi menyiasat tragedi 9/11 akan membantu mendedahkan dalang sebenar di sebalik kejadian itu.

Satu resolusi berhubung perkara itu juga diluluskan pada persidangan hari ini.


Dr Mahathir berkata, suruhanjaya itu juga boleh mengesahkan ketepatan laporan berhubung tragedi 9/11 yang disediakan pihak berkuasa Amerika.


Dianjurkan PGPF dan Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur, persidangan itu dihadiri, antara lain, bekas anggota kongres AS Cynthia McKinney, produser filem James Corbett dan bekas anggota Parlimen Eropah Giulietto Chiesa dari Itali. - Bernama