Monday 29 February 2016

Gajah naik minyak di festival di kuil



Kerala: Satu majlis keagamaan menjadi kecoh apabila seekor gajah naik minyak, membelit kenderaan dan menghempaskannya. Haiwan yang bernama Devidasan itu dibawa menyertai festival di Kuil Bhagavathi di Kerala, negeri di selatan India, kelmarin, apabila ia tiba-tiba mengamuk.

Ia mula membelit sebuah motosikal dengan belalainya dan menghempaskan kenderan itu sebelum beralih pada sebuah beca bermotor dan melakukan perkara sama. Devidasan meneruskan keganasannya dengan membelit sebuah van, melambungkannya ke udara tiga kali.

Dua gembala yang berada di atasya berusaha mententeramkan haiwan berkenaan sebelum berjaya berbuat demikian selepas beberapa jam.

Tidak ada laporan mengenai kecederaan. Kuil Bhagavathi adalah antara kuil paling kuno dan terkaya di India. Festival empat hari di kuil itu diadakan setiap tahun antara Januari dan Februari. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118926#sthash.CXAuIAK6.dpuf

Friday 26 February 2016

Terjun elak suami kekasih


Beijing: Akibat ‘kantoi’ ditangkap bersama isteri orang, seorang lelaki bertindak nekad memanjat keluar dari tingkap bilik kekasihnya dan turun ke bawah menggunakan saluran paip hujan dalam keadaan telanjang bulat.

Orang ramai yang terkejut dengan insiden itu memerhati dengan kagum apabila lelaki terbabit menggelungsur turun ke bawah dari bangunan blok rumah pangsa selepas memecut pantas dari tingkap di tingkat tiga.

Dia dikatakan sedang bermesra dengan seorang wanita di dalam bangunan itu apabila suami kekasihnya pulang secara tiba-tiba dan menangkap mereka bersama.

Lelaki itu tidak sempat menyarung pakaian dan mula memanjat menggunakan kabel sebagai tali.

Dia berhenti beberapa kali dan dilihat teragak-agak sama ada untuk pergi ke arah atas atau bawah. Insiden di China itu dirakam dan disiarkan di Youtube sebelum menjadi viral.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu terselamat selepas jatuh sebelum dibantu orang ramai dalam pada mereka tidak ketinggalan merakam aksinya menggunakan telefon bimbit. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118161#sthash.NNTu9Tx5.dpuf

Thursday 25 February 2016

Budak 3 tahun dipenjara seumur hidup



Kaherah: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tentera Mesir minggu lalu, bagi tuduhan membunuh empat orang dan hampir membunuh lapan lagi serta merosakkan harta kerajaan ketika rusuhan pada 2014 kerana kesilapan pihak pendakwa.

Menurut peguam budak itu, nama kanak-kanak berkenaan, Ahmed Mansour Qurani Ali dimasukkan dalam senarai 115 perusuh oleh penyokong Persaudaraan Islam akibat kesilapan pihak pendakwa yang menyertakan sijil kelahirannya kepada hakim.

Kesilapan itu disahkan tentera dan tuduhan berkenaan sebenarnya untuk seseorang namanya hampir sama dengan Ali iaitu Ahmed Mansour Qurani Sharara. -

-Metro

Wednesday 24 February 2016

Restoran tawar hidangan ikan hidup



BEIJING – Sebuah restoran di sini mencipta kelainan apabila menawarkan hidangan ikan yang telah dimasak, namun masih hidup untuk dinikmati pelanggan.

Melalui satu rakaman video menunjukkan seekor ikan kap yang disediakan dalam gaya masakan Yin Yang ‘hidup semula’ sebaik sahaja seorang pelayan menuangkan alkohol di dalam mulutnya.

Klip video itu dipercayai dirakam di China. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ikan tersebut sudah benar-benar mati selepas dimasak atau sebaliknya.

Hal ini kerana bahagian badan ikan kap yang bersaiz besar itu sudah dikelar dan dihiris sebelum dimasak.

Namun, apabila pelayan itu memasukkan sedikit alkohol di dalam mulut ikan berkenaan yang terbuka, haiwan tersebut seolah-olah kembali bernafas.

“Sekurang-kurangnya pastikan ikan itu mati sebelum memakannya,” komen seorang pengguna yang marah selepas menyaksikan video tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz412kKRucS

Tuesday 23 February 2016

Anak kejam




Sri Lanka: Seorang wanita ditangkap selepas didapati mengurung ibunya berusia 87 tahun yang ditemui bogel dalam sangkar dan tanpa perlindungan di kawasan Udatenna, di Kandy.

Menurut jurucakap polis Asisten Superintendan Ruwan Gunasekara, polis Ududumbara bertindak selepas mendapat maklumat awam. Wanita itu dikurung anak perempuannya yang berusia 51 tahun di tingkat bawah rumah yang baru dibinanya, kata polis.

Siasatan awal mendapati, mangsa dikurung tanpa seurat benang manakala sangkar berkenaan cuma ditutup dengan sehelai kain lilin tanpa penjagaan sempurna atau makanan selama beberapa hari.

Menurut polis, ketika ditemui wanita itu mengalami gatal-gatal dan dengan lahap memakan roti yang diberikan kepadanya.

Dia dimasukkan ke Hospital Besar Kandy untuk rawatan lanjut, manakala anak perempuannya itu ditangkap dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Theldeniya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/116526#sthash.3RwUIIou.dpuf

Monday 22 February 2016

Lelaki masih hidup selepas kepala ditembusi besi



Mumbai: Seorang buruh binaan mencipta keajaiban kerana masih hidup walaupun kepalanya ditembusi sebatang besi sepanjang lebih dua meter. Kejadian berlaku ketika Mohammad Guddu, 24, berkerja di sebuah tapak pembinaan, di sini apabila sebatang besi di tingkat atas terjatuh dan menimpanya. Impak yang kuat menyebabkan besi itu tercacak dan menembusi sehingga ke belakang kepala Mohammad. Pekerja yang lain terkejut melihat Mohammad menjerit kesakitan dan berada dalam keadaan sedar walaupun besi menembusi kepalanya.

Mohammad kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya mengeluarkan besi itu selepas menjalani pembedahan selama dua jam. Pakar bedah yang mengetuai pembedahan itu, Dr Batuk Diyora berkata, ia satu keajaiban kerana Mohammad masih hidup walaupun mengalami kemalangan yang mengerikan.“Ia satu pembedahan yang sukar dan dia sangat bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai bahagian otak yang penting,” katanya.

Menurutnya, Mohammad mengalami lumpuh sementara di bahagian kiri badannya, tetapi dia dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan. - Agensi

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/116540#sthash.vzJICUvd.dpuf

Friday 19 February 2016

Burung kakak tua tersangkut diselamatkan bomba

IPOH 18 Feb. - Seekor burung kakak tua jenis Tapio dari Bolivia yang dianggarkan berharga RM8,000, berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas gelung rantai keselamatan yang dipakaikan pada kakinya, tersangkut pada dahan sebuah pokok setinggi 15 meter di Taman Tasek Damai, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.11 petang, burung jantan itu bagaimanapun dapat terbang semula selepas dahan berkenaan dipotong oleh anggota bomba yang memanjat pokok dengan menggunakan tangga.
Namun begitu, burung berkenaan yang biasanya akan pulang sendiri ke rumah tuannya hinggap pula pada bumbung sebuah rumah dua tingkat berhampiran selepas itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fauzi Abd. Aziz berkata, pihaknya sekali lagi memberikan bantuan dengan menyediakan tangga bagi membolehkan pemiliknya, S. Chantri memujuk burung berkenaan.

“Burung tersebut dipujuk dengan menggunakan seekor lagi burung betina jenis sama miliknya untuk dijinakkan dan didakap kembali.

“Operasi selesai setelah mengambil masa kira-kira dua jam dan tamat sepenuhnya pada pukul 6.55 petang,” katanya.

Sementara itu, pemiliknya, Chantri berkata, dia amat terharu dan gembira apabila burung kesayangannya yang dipanggil 'baby' itu selamat kembali ke pangkuannya dalam keadaan selamat.

-UTUSAN ONLINE

Thursday 18 February 2016

Dicerai kerana miliki telefon



Jazan: Seorang lelaki menceraikan isterinya selepas mendapati dia memiliki telefon bimbit, mengingkari arahannya supaya dia tidak menggunakan alat itu. Si suami mengetahui mengenai telefon berkenaan apabila mereka memasuki sebuah hotel di Jazan, wilayah di selatan Saudi, dan melalui mesin pengimbas keselamatan.

Pintu pengesan itu berbunyi sebaik isterinya berjalan melaluinya, menyebabkan anggota keselamatan memintanya mengeluarkan objek logam termasuk telefon bimbit, kata satu sumber kepada portal berita Al Marsad.“Dalam keadaan resah wanita itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebaik melihatnya, suaminya berang dan membawa isterinya ke tempat letak kereta di luar hotel itu. Wanita itu mengikutinya sambil meminta maaf,” kata sumber itu.

“Mereka bertengkar dan suaminya menuduh dia menyembunyikan telefon itu dan menggunakannya untuk sesuatu yang dia tidak mahu suaminya tahu. Lelaki itu menceraikan isterinya sebelum meninggalkan kawasan letak kereta itu,” lapor akhbar Sada. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/115946#sthash.MNK0gob9.dpuf

Wednesday 17 February 2016

Campak penghuni tua dari balkoni



Tokyo: Seorang jururawat lelaki sebuah rumah jagaan orang tua ditahan semalam, kerana mencampakkan seorang penghuni berusia berusia 87 tahun dari balkoni yang membawa kematian mangsa.
Menurut jurucakap Jabatan Polis Wilayah Kanagawa hari ini, jururawat berusia 23 tahun itu, Hayato Imai, ditahan kerana disyaki membunuh Tamio Ushizawa di sebuah rumah jagaan di Kawasaki, selatan Tokyo pada November 2014.
Polis percaya dia mangsa mati akibat kecederaan organ dalaman selepas dicampak Hayato dari balkoni di tingkat empat.
Menurut laporan akhbar Asahi Shimbun, jururawat itu juga mengaku membunuh dua lagi penghuni berusia 80-an dan 90-an dengan cara sama pada 2014.
“Memang saya membunuhnya,” kata Hayato memberitahu polis mengenai kematian Tamio.
Jururawat itu dipecat tahun lalu selepas ditahan kerana disyaki mencuri wang dan barang kemas dari bilik penghuni wanita.

-Metro

Tuesday 16 February 2016

Wanita tertusuk besi pintu pagar di lengan kanan

KANOWIT 15 Feb. – Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila lengan kanannya tertusuk besi pintu pagar di rumahnya di Lorong Engkabang, Kampung Muhibbah semalam.
Anggota bomba dan penyelamat memotong pagar untuk mengeluarkan besi yang tertusuk pada lengan Juliana Christie James di rumahnya di Kampung Muhibbah, Kanowit, Sarawak, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, Juliana Christie James, 29, yang ingin membuka mangga pintu pagar dari luar tiba-tiba tergelincir lalu besi pada pintu pagar berkenaan tertusuk lengan kanannya.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 12.34 tengah hari.
“Setibanya di lokasi, kami mendapati wanita berkenaan sedang menahan kesakitan akibat tertusuk besi pintu pagar berkenaan.
“Bomba terpaksa menggunakan pemotong menyelamat (rescue cutter) bagi memotong besi berkenaan yang mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, sejurus besi pintu pagar berjaya dipotong, mangsa diserahkan kepada pihak perubatan dan dibawa ke Hospital Kanowit untuk rawatan lanjut.

-Utusan

Monday 15 February 2016

Kanak-kanak kebuluran dituduh ahli sihir



Abuja (Nigeria): Seorang kanak-kanak ditemui bogel dan kebuluran di jalanan selepas dituduh ahli sihir oleh penduduk tempatan sebelum diselamatkan pekerja bantuan kemanusiaan.

Gambar dimuat naik ke Facebook menunjukkan kanak-kanak itu yang kurus kering dan dinamakan Hope diberi minum air oleh pekerja kemanusiaan.

Pengasas Yayasan Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Kanak-Kanak Afrika Anja Ringgeren Lovén yang memuat naik gambar berkenaan berkata:

“Banyak yang saya lihat sepanjang tiga tahun di Nigeria. Banyak pengalaman tidak dikongsikan bersama anda kerana terlalu menyayat hati.“Ribuan kanak-kanak dituduh ahli sihir dan kami melihat ramai budak diseksa, mati atau ketakutan.

“Saya berkongsi gambar ini untuk menunjukkan perjuangan saya, kenapa saya sanggup menjual semua harta dan berpindah ke tempat yang jauh terpencil.”Katanya,

Hope kini beransur pulih“Si kecil ini amat tabah. Melihatnya bermain dengan anak saya sendiri menjadi antara pengalaman paling mengagumkan bagi saya,” katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/115093#sthash.EvJrJ5EK.dpuf

Friday 12 February 2016

Monyet kecil ganti cincin berlian



Beijing: Golongan kaya di China kini mempunyai satu lagi trend yang pelik dan keterlaluan - membela monyet bersaiz ibu jari manusia.

Ia dianggap hadiah paling sempurna untuk menyambut Tahun Monyet walaupun kejam dan salah di sisi undang-undang.

Monyet terkecil dunia, pigmi marmoset itu berasal dari hutan Amazon, Amerika Selatan.
Haiwan itu kini dijual dengan harga sehingga 30,000 yuan (RM18,900) secara haram dan popular dalam kalangan golongan elit.

Akhbar People’s Daily melaporkan, haiwan kecil itu digelar ‘monyet ibu jari’ dan kini menggantikan cincin berlian menghiasi jari segelintir orang kaya.

Di Weibo, seorang pemilik kedai emas dikenali sebagai Chen menayangkan aksesori terbarunya itu kepada kawan-kawannya.

“Apalah sangat harimau bintang putih dan burung berkepala merah sebagai hadiah Tahun Baru. Mari saya perkenalkan Xiao Shen,” katanya.

Menurutnya, Xiao Shen berharaga 30,000 yuan dan dia tidak langsung menunjukkan rasa bersalah menggunakan seekor haiwan kecil sebagai barang hiasan.

Seorang pakar berkata: “Membeli dan menjual (haiwan itu) sudah pasti salah di sisi undang-undang. Lebih daripada satu badan kerajaan kini memantau trend itu.”

Memandangkan marmoset haiwan asing, isu kuarantin juga perlu difikirkan, namun buat masa ini haiwan seperti itu menjadi buruan golongan kaya baru. - Agensi/Metro

Thursday 11 February 2016

Sejam tersepit di lubang tandas



Ampang Jaya: Remaja lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila kakinya tersepit di dalam lubang tandas di rumahnya Lembah Jaya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa tergelincir menyebabkan kaki kiri mangsa termasuk ke dalam lubang tandas itu.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada 11.42 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dengan empat anggota bomba termasuk pegawai operasi.

"Setiba di lokasi mendapati kaki mangsa tersepit dan pihak bomba bertindak memecahkan dinding tandas bagi menyelamatkan mangsa.

"Mangsa berjaya dikeluarkan selepas hampir 30 minit dan remaja ini tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114158#sthash.rUY6ktoa.dpuf

Khaled sudah boleh berjalan



Riyadh: Seorang remaja Saudi yang pernah dinobatkan remaja paling berat di dunia mula berjalan buat kali pertama. Portal berita Ajel semalam menyiarkan video menunjukkan Khaled Mohsen Al Shaeri, 17, berjalan dengan bantuan tongkat di rumahnya di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi.

Doktor yang merawatnya di hospital di Riyadh berkata, Khaled sudah susut dua pertiga daripada berat badannya dan dia masih menjalani rawatan untuk turun lebih banyak lagi.

Berat badan remaja itu hampir mencecah 810 kilogram apabila dia dibawa dengan helikopter ke King Fahd Medical City di Riyadh untuk rawatan, selaras dengan arahan Almarhum Raja Abdullah pada 2013. - Agensi

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113356#sthash.rzPmB5wP.dpuf

Wednesday 10 February 2016

Rancang pasang payung keliling Kaabah



Makkah: Jemaah yang melakukan tawaf di Masjidilharam atau yang menunaikan solat di sekeliling Kaabah boleh melakukan ibadah itu dengan lebih selesa apabila cadangan memasang payung gergasi di sekitar kawasan tawaf menjadi kenyataan.

Cadangan untuk memasang payung berkenaan seperti yang terdapat di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah dilapor masih dalam peringkat kajian. Menurut laporan media tempatan, perkara itu dibincangkan selepas Ketua Majlis Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berbincang dengan wakil Kementerian Kewangan dengan dihadiri jawatankuasa projek Masjidilharam di pejabatnya beberapa hari lalu.

Payung berbentuk bunga di Masjid Nabawi bukan sahaja amat berguna untuk melindungi jemaah daripada sinaran terik matahari, khususnya pada musim panas, malah ia juga menjadi tarikan.

Projek yang dibincangkan pada mesyuarat itu, termasuk membina perpustakaan di Masjidilharam.

- Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113344#sthash.Qk6GAmCc.dpuf

Friday 5 February 2016

Doktor keluarkan beribu semut dari telinga

 


GUJARAT, India – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sini berdepan pengalaman mengerikan apabila beribu ekor semut bersarang di dalam telinganya.

Masalah yang dialami Shreya Darji itu bermula pada Ogos tahun lalu apabila sering merasa gatal di dalam telinganya.

Setelah diperiksa, doktor menemui beberapa ekor semut besar hidup dan bersarang di dalamnya.

Menurut ibu bapa Shreya yang menetap di Deesa, Gujarat, sehingga kini doktor telah mengeluarkan lebih daripada 1,000 ekor semut dari telinga anak mereka, namun serangga itu terus membiak tanpa henti.

“Setiap hari, lebih kurang 10 ekor semut akan dikeluarkan dari dalam telinga Shreya. Walaupun telah menjalani pelbagai rawatan tradisional dan moden, tetapi masalah ini masih berterusan,” kata mereka.

Sementara itu, seorang pakar bedah telinga, hidung dan tekak di Gujarat, Dr. Jawahar Talsania berkata, melalui ujian imbasan resonan bermagnet (MRI) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) yang dijalankan, pihaknya tidak menemui sebarang keganjilan yang terdapat di dalam telinga Shreya.

“Lebih menghairankan, kanak-kanak ini tidak merasai kesakitan teruk walaupun semut-semut itu menggigitnya dan tiada kerosakan ditemui di dalam gegendang telinganya,” kata Jawahar. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3zFr40onB

Pasangan 'melekat' ketika seks



London: Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks, mula beredar di Internet.

Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut. Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman web berkongsi video China, Miaopai, sebelum dikongsi pengguna melalui LiveLeak. Kejadian itu dipercayai berlaku di China tetapi tidak dapat dipastikan lokasi sebenar serta tarikh kejadian.

Melalui video itu, wanita berkenaan kelihatan bergerak-gerak di bawah selimut sambil mereka diperhatikan orang ramai.

Pasangan itu dipercayai dibawa ke hospital untuk memisahkan mereka dan kematian ketika hubungan seks boleh berlaku kerana pelbagai sebab, termasuk terlalu aktif atau serangan jantung.

Daily Mail melaporkan, pakar perubatan di London, Dr John Dean, dalam temuramah dengan BBC sebelum ini, menyatakan kejadian zakar terlekat dalam kemaluan wanita boleh berlaku, terutama ketika wanita mengalami orgasm. - Daily Mail

            
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112471#sthash.ev5cq54P.dpuf

Thursday 4 February 2016

'Dikuburkan' teman lelaki selama lapan bulan

'Dikuburkan' teman lelaki selama lapan bulan

DODOMA - TANZANIA. Tragis dan memilukan, itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap nasib seorang gadis Tanzania apabila dia 'dikubur' hidup-hidup oleh teman lelakinya selama 8 bulan di ruang bawah tanah yang sempit.

Apa yang mengejutkan tujuan teman lelakinya mengkuburkan gadis itu adalah bagi memperoleh kekayaan kerana percaya bahawa tindakannya itu akan membawa hasil kekayaan kepadanya.

Kejadian itu disedari oleh masyarakat setempat disitu selepas terdengar 'bunyi aneh' daripada kawasan gadis itu dikuburkan lantas melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Saya hanya diberi makan dua kali seminggu, untuk terus hidup selama saya 'dikuburkan' sepanjang lapan bulan," kata gadis yang tidak didedahkan nama itu kepada Naibuzz.Com.

Hasil laporan polis, telah menyebabkan teman lelakinya ditangkap, yang akhirnya membolehkan gadis ini dibebaskan daripada penderitaan itu.

Dikhabarkan gadis itu kini berada dalam keadaan selamat.

-Sinar

Gempar lihat ikan ada kaki, hidung



Pulau Grenadine: Seekor ‘ikan alien’ ditangkap di kepulauan kecil di Caribbean membingungkan pakar yang kini berusaha mengenal pasti spesiesnya. Makhluk itu dilaporkan mempunyai ‘kaki’ yang membolehkannya berjalan di dasar laut selain memiliki ‘hidung’ seperti manusia, namun bersisik seperti ikan.

Haiwan laut itu ditangkap di pelabuhan Windward di pulau Carriacou, tidak jauh dari Grenada. Seorang penduduk pulau itu berkata: “Semua orang mengerumuni untuk melihatnya kerana memang terlalu pelik.

“Ada juga yang takut kerana ia tidak ubah seperti makhluk dalam filem fiksyen sains ngeri.”Nelayan, Hope McLawrence, 74, yang menangkap makhluk itu dengan jalanya mengaku penemuan itu amat mengejutkan.“Haiwan berukuran 0.6 meter itu mempunyai dua kaki dilengkapi jari, tiada sirip dan tulang belakang yang panjang dengan hidung seperti manusia di atas mulutnya.“Seumur hidup saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini.

Lebih pelik apabila ia mempunyai sayap dan ekor,” kata McLawrence. Dia yang berpengalaman lebih 50 tahun sebagai nelayan percaya haiwan itu tidak mampu berenang, sebaliknya berjalan di dasar laut.“Memang mengejutkan kerana saya tidak pernah terfikir haiwan seperti itu wujud, apatah lagi di perairan kami yang cetek ini.

“Saya terasa seperti hidup dalam kisah misteri,” katanya. Haiwan itu dipercayai ‘frogfish’ spesies ikan pemangsa yang makan apa saja yang mampu ditelannya, termasuk ikan lain, ketam dan udang. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112107#sthash.RTifjIvk.dpuf

Wednesday 3 February 2016

Padah 'berangan' askar



Riyadh: Seorang pekerja dobi tidak menyangka tindakannya mengambil selfie sambil berpakaian tentera pelanggannya menyebabkannya ditangkap. Pekerja yang dipercayai berasal dari India atau Pakistan itu ditahan sehari selepas memuat naik gambarnya di media sosial dengan berpakaian tentera.

Media tempatan melaporkan, polis berjaya mengesan dobi tempatnya bekerja di timur Arab Saudi dan terus membawanya ke balai polis. Jurucakap polis Leftenan Kolonel Ziad Al Rugaiti berkata: “Dia ditangkap kerana memakai pakaian seragam tentera pelanggannya, selain turut memakai baju-baju lain.” - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111891#sthash.z3EEeE2r.dpuf

Tuesday 2 February 2016

Potong 'anu' suami sebelum bunuh diri

Potong 'anu' suami sebelum bunuh diri

SICHUAN-CHINA. Lagi berita mengenai 'potong anu suami'. Kali ini kejadian berlaku di China, kejadian berlaku selepas si isteri bertengkar dengan si suami.

Menurut laporan NetEase, selepas bertindak memotong anu suamninya, wanita itu terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri.

Sementara itu, menurut seorang saksi mengatakan sejurus sebelum wanita berusia 50 tahun itu terjun dia ada mendengar wanita itu memberitahunya, bahawa dia memotong kemaluan suaminya dengan pisau ketika mereka bertengkar, hingga mengakibatkan lelaki itu mati.

"Saya ada sesuatu hendak beritahu kamu, saya telah bunuh suami saya," kata wanita itu.

Dia seterusnya memberitahu bahawa suaminya berpacaran dengan wanita lain ketika dia demam dan sering memukulnya.

Jelas saksi itu, sesudah wanita itu meluahkan isi hatinya, dia memujuk wanita itu melapor kepada pihak polis, tetapi wanita itu enggan.

"Sebaik saya meneruskan perjalanan, saya terdengar percikan air, wanita itu terjun ke dalam sungai," kata saksi itu.

Pasukan penyelamat menemui mayat wanita itu beberpa jam kemudian.
-Sinar

Monday 1 February 2016

Kepala dalam tin



Riyadh: Pasukan pertahanan awam semalam terpaksa memotong sebuah tin susu untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun selepas kepalanya terperangkap dalam tin berkenaan.
Akhbar Sada melaporkan, kanak-kanak itu bermain dengan tin susu yang sudah kosong itu di rumahnya di Abu Arish, bandar di barat daya Saudi apabila kepalanya terperangkap.

Keluarganya cuba menarik tin berkenaan, tetapi gagal.
Mereka akhirnya terpaksa memintya bantuan pihak berkuasa.
Anggota pertahanan awam yang tiba berjaya membebaskan kepala kanak-kanak itu selepas memotong tin berkenaan.

- Agensi/Metro

Tangkap individu bermegah di laman sosial


Arab Saudi bendung trend rakyat gemar membazir, bongkak
Satu klip video memaparkan tetamu membasuh tangan menggunakan


JEDDAH 25 Jan. - Pakar perundangan Arab Saudi mendesak Biro Pendakwaan Awam dan Penyiasatan (BIPP) mengeluarkan waran tangkap dan mengenakan tindakan undang-­undang terhadap rakyatnya yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan dan pembaziran dalam laman sosial.
 Kenyataan itu dikeluarkan kumpulan pakar perundangan sebagai reaksi terhadap trend rakyat negara ini yang bermegah-megah dengan pembaziran makanan dan menunjukkannya dalam klip video.

“Mereka membazirkan pemberian Tuhan, menggalakkan pembaziran, merosakkan reputasi masyarakat, menyebarkan budaya bermegah-megah, dan bongkak,’’ ujar pakar perundangan.
Portal Arab News dipetik sebagai berkata, beberapa klip video me­nunjukkan sekumpulan individu memegang kuali perak yang berisi minyak wangi untuk tetamu membasuh tangan selain video memaparkan individu yang mencampakkan beberapa gumpalan wang kertas sebagai makanan unta.

Terdapat juga individu yang meletakkan sejumlah wang dalam teko berisi air panas menyebabkan wang itu rosak kerana menyifatkan tetamunya berhak mendapatkan yang lebih baik daripada itu. Seorang hakim, Sheik Hamad al-Razen menegaskan, pembaziran dan bermewah-mewah adalah bertentangan dengan al-Quran dan sunnah dan mendesak tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat serta mengheret mereka ke mahkamah khas.

Peguam dan penasihat perundangan, Ahmad Jamman Al-Malki berkata, mengikut undang-undang negara ini, sesiapa yang secara sengaja memusnahkan mata wang negara menggunakan bahan kimia atau memusnahkan sebahagian mata wang, boleh dihukum penjara antara tiga tahun sehingga lima tahun dan didenda SR3,000 hingga SR10,000 (RM3,401 hingga RM11,337) atau kedua-duanya sekali. Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Maksiat dan Penggalakan Nilai Murni (Haia), Turki Al-Shulail, pihaknya sedang mengambil langkah sewajarnya terhadap kesalahan tersebut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tangkap-individu-8232-bermegah-di-laman-sosial-1.183520#sthash.sPF6WNao.dpuf