Monday 27 April 2015

Negara baru diisytihar di Eropah

Zagreb: Seorang lelaki kelmarin mengisytiharkan sebuah negara baru di Eropah dengan jumlah penduduk seramai 160,000 orang. Vit Jedlicka juga mengisytiharkan dirinya presiden pertama Liberland, negara yang ditubuhkan di kawasan yang menjadi pertikaian antara Serbia dengan Croatia.

Menurutnya, dia berjaya meyakinkan 160,000 orang untuk bergabung dengannya dan membentuk negara itu yang terletak berhampiran Sungai Danube. Pendaftaran untuk menjadi ibu negara baru itu dibuat menerusi laman web Jedlicka, liberland.

Bagaimanapun, apabila wartawan Croatia cuba melawat negara yang seluas tujuh kilometer itu, mereka dilarang oleh polis sempadan Croatia. Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana ‘Presiden Jedlicka’ berjaya memasuki kawasan itu dan merakam gambarnya mengibarkan bendera negara baru itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46579#sthash.7iY7tGB5.dpuf

No comments: