Thursday 31 March 2016

Kambing RM1.3 juta



Kuwait City: Seorang lelaki tuan punya kambing jantan yang dinamakan ‘Kuda Putih’ kerana saiz badannya yang besar dan berwarna putih enggan menjual haiwan itu walaupun ditawar dengan harga KD10,000 (RM1.3 juta).

“Saya menerima tawaran untuk menjual ‘Kuda Putih’ dengan harga yang tinggi, tetapi saya menolaknya,” kata pemilik kambing berkenaan, Fahd Al Saaran. Menurutnya, kambing itu pernah menang tempat pertama ratu cantik kambing yang dianjurkan di Kuwait baru-baru ini.

Hadiah itu, termasuk wang tunai dan sebuah kereta mewah.“Saya menghasilkan 15 kambing serupa, tetapi semuanya mati. Ini saja satu-satunya yang saya ada selain seekor kambing kecil,” kata Fahd. - Agensi

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/126483#sthash.PMeRnNVe.dpuf

Monday 28 March 2016

Tuntut cerai kerana sebar gambar kahwin



Jakarta: Seorang anggota kumpulan dangdut Duo Serigala, Ovi Sovianti mahu menuntut cerai daripada suaminya selepas lelaki itu menyebarkan gambar perkahwinan mereka di Internet.

Ovi berkata, dia bertekad menuntut cerai daripada suaminya, Indra selepas lelaki itu mungkir janji dengan menyebarkan gambar pernikahan mereka.

Pasangan itu dilaporkan berkahwin pada 27 Jun 2014, tetapi gambar perkahwinan itu tersebar bulan lalu. Katanya, dia mahu suaminya merahsiakan hubungan mereka kerana tidak mahu menjejaskan kariernya sebagai penyanyi.

“Ya, kerana gambar pernikahan itu saya mahu menuntut cerai,” kata Ovi. Duo Serigala dianggotai Ovi dan Pamela Safitri dan kumpulan itu terkenal dengan goyang drible.

Sejak gambar berkenaan tersebar hubungannya dengan Indra renggang dan dia tidak dapat menerima tindakan suaminya itu.

“Dia (Indra) sendiri yang menyebarkan gambar perkahwinan kami sedangkan sebelum berkahwin dia berjanji untuk merahsiakan hubungan kami.“Ini semua menunjukkan Indra tidak lagi menyokong karier saya dan saya bertekad mahu bercerai dengannya,” katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/125537#sthash.pT3OZZ8N.dpuf

Friday 25 March 2016

Ular sawa jadi senjata



Los Angeles: Seorang lelaki ditangkap selepas mencetuskan kekacauan di sebuah restoran sushi dengan melontar ular sawa sepanjang empat meter ke dalam kedai makan itu, mengakibatkan kakitangan dan pelanggan lari ketakutan.

Hiroshi Motohasi berang selepas pengurusan restoran melarangnya menunjukkan ular kecil dibawanya ke restoran Iroha Sushi of Tokyo, kata pekerja kedai makan itu. Selepas selesai makan, Motohashi membayar bil berjumlah AS$200 (RM805) dan bergegas keluar dari restoran itu sebelum kembali membawa ular sawa kuning berkenaan yang dicampakkan ke dalam premis itu sambil menjerit memaki hamun kakitangan dan pelanggannya.

CBSLA melaporkan, ada pengunjung yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri dan kakitangan terus menghubungi polis serta bomba.

Kakitangan restoran berkata, mereka beberapa kali meminta Motohasi mengambil ular itu, tetapi dia tidak mengendahkannya. Motohasi ditahan ketika cuba menangkap semula ularnya sebelum didakwa atas tuduhan membuat ugutan jenayah.

Jurucakap polis Los Angeles berkata, pihaknya menganggap kejadian itu ‘pergaduhan membabitkan ular yang besar.’Katanya, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/125242#sthash.wBrtI1Kd.dpuf

Thursday 24 March 2016

Mati dalam peti sejuk beku



Atlanta: Seorang pekerja maut selepas dipercayai terperangkap di dalam peti sejuk beku kira-kira 13 jam di sebuah hotel di pusat bandar di sini, kata polis.

Usaha mencari wanita itu bermula apabila dia tidak pulang ke rumah selepas habis waktu kerjanya di Westin Peachtree Plaza, sebuah bangunan pencakar langit yang terkenal kerana berbentuk silinder.

Penyiasat memeriksa pita rakaman keselamatan hotel dan percaya, wanita itu mungkin memasuki bilik sejuk beku itu sekitar jam 8 malam Isnin lalu.

Menurut polis Atlanta, Charles Hampton, mangsa ditemui selepas jam 9 pagi semalam.
Sementara itu, Pusat Pemeriksaan Perubatan Fulton County mengenal pasti wanita itu sebagai Carolyn Robinson, 61, dari East Point.

Terdapat bukti menunjukkan wanita malang cuba keluar dari peti sejuk beku, tetapi Hampton tidak mengulas lanjut apa yang membuatkan penyiasat percaya perkara itu.

“Ada beberapa cara untuk membolehkan seseorang yang berada di dalamnya keluar, namun kami tidak pasti sama ada ia berfungsi dengan baik.

“Buat masa ini, tiada unsur jenayah dikesan,” katanya.

- Agensi/Metro

Tuesday 22 March 2016

Mayat ambil duit



Plymouth, Amerika Syarikat: Seorang lelaki tergamak membawa mayat ibunya ke bank semata-mata untuk mengeluarkan wang sebelum membuat laporan polis bagi memberitahu wanita itu sudah meninggal dunia. David John Vanzo, 57, dilaporkan membawa mayat ibunya dengan kerusi roda untuk mengeluarkan wang berjumlah AS$850 (RM3,452) dari akaun wanita itu pada 5 Januari lalu.

Selepas mengeluarkan wang Vanzo pulang ke rumah sebelum menghubungi polis bagi memberitahu ibunya sudah meninggal dunia. Polis yang datang ke rumah Vanzo mendapati mayat wanita itu terbaring di atas katil yang dipenuhi najis dan masih memakai baju kot serta berkasut.

Pemeriksaan perubatan mendapati wanita itu mungkin sudah meninggal dunia ketika Vanzo membawanya ke bank untuk mengeluarkan wang.

Pegawai bank memberitahu polis, wanita itu langsung tidak bergerak dan berbau busuk ketika Vanzo membawanya masuk.

Katanya, Vanzo memegang tangan ibunya untuk mendapatkan cap jari wanita itu bagi mengeluarkan wang dari akaun milik mendiang. Pendakwa raya berkata, Vanzo tinggal dengan ibunya pada 2007 dan menguruskan kewangan wanita itu sejak 2012.

Tambahnya, Vanzo menghilangkan diri selepas kematian ibunya itu tetapi ditangkap baru-baru ini di Pamona, California.“Vanzo didakwa di mahkamah atas tuduhan pengabaian jenayah dan mengeksploitasi kewangan ibunya,” katanya.

Selain dituduh gagal menjaga ibunya dengan baik, Vanzo juga didapati mengambil wang berjumlah AS$260,000 (RM1.1 juta) dari akaun wanita itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124519#sthash.5qcqNgFT.dpuf

Friday 18 March 2016

Belah perut saudara



Abuja: Seorang wanita terpaksa membelah perut ibu saudaranya yang mati dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak selepas doktor enggan.

Wanita warga Cameroon terbabit yang identiti dan usianya masih tidak diketahui meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital, tetapi anak kembar dikandungnya masih hidup dan bergerak di dalam rahimnya.

Doktor dan jururawat enggan membedahnya kerana dia tidak mempunyai wang, walaupun nyawa dua bayi itu semakin terancam.

Disebabkan itu, anak saudaranya terpaksa menggunakan pisau untuk membelah perut mangsa di depan doktor dan jururawat berkenaan, di luar hospital dalam keadaan cuaca panas terik kerana mereka enggan membenarkan mayat mangsa dibawa masuk.

Akibatnya, tempat ‘pembedahan’ dilakukan dipenuhi darah dan kakitangan hospital terpaksa mencuci kawasan berkenaan selepas mayat mangsa dibawa pergi.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/123440#sthash.hpHAeDPA.dpuf
 

Thursday 17 March 2016

Derita lidah, bibir luar biasa



Gauteng (Afrika Selatan): Seorang kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan saiz lidah yang luar biasa.

Organ itu terlalu panjang sehingga terjulur keluar dari mulutnya dan semakin panjang sehingga menyebabkan dia sukar makan.
Kanak-kanak itu kemudian menjalani pembedahan dengan lidahnya dipotong kepada saiz yang betul.
Bagaimanapun, ia masih tidak menyelesaikan masalah.

Menurut laporan Daily Sun, ibu bapa kanak-kanak itu kemudian mendapati bibir bawah anak mereka ‘tertarik ke bawah.’

Mereka berharap anak mereka akan sembuh sendiri memandangkan lidah kanak-kanak itu dibedah kepada saiz normal.

Bagaimanapun, bahagian bibir bawahnya terus membengkak dan kanak-kanak itu yang kini berusia tiga tahun, sekali lagi menghadapi masalah untuk makan.

Pasangan suami isteri itu diberitahu pakar, anak mereka berkemungkinan menghadapi masalah saluran darah yang tidak sempurna pada bibir dan lidahnya.

Bapa kanak-kanak itu yang bekerja di sebuah restoran di Tembisa berkata, dia tidak mampu untuk membiayai satu lagi pembedahan. - Metro

Tuesday 15 March 2016

Manjanya singa



Keintiman antara seekor singa Afrika dengan ‘penjinak singa’ terkenal, Kevin Richardson diabadikan dalam kempen iklan Mercedes-Benz yang cukup istimewa. Aksi haiwan itu yang memanjat ke atas bonet sebuah SUV Mercedes dan kedua mereka ‘bergusti’ di kawasan perlindungan hidupan liar di Pretoria, Afrika Selatan, didirakam dalam beberapa siri imej santai yang menarik.

Tetapi, gambar yang dirakam oleh jurugambar Adrian Steirn, memberi mesej yang cukup mendalam imej untuk meningkatkan kesedaran mengenai nasib haiwan di Afrika. Mesej oleh Steirn dan Richardson disampaikan dalam sekeping gambar bersama mesej konservatif : “Legasi apa yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang?

Satu imej di antara imej yang dirakam menunjukkan Richardson tanpa kekok ‘bergusti’ dengan dua singa dewasa. Imej lain menunjukkan haiwan itu memeriksa unggun api dan merayau di atas sebuah Mercedes. “Mendengar kenderaan dua tan berderak dan bergerak serta melihat kesan lekuk yang ditinggalkan oleh singa pada kereta adalah satu pengalaman yang menarik,” kata jurugambar berusia 36 tahun itu.

“Sangat sukar mempercayai dengan melihat saiz kaki mereka dan bagaimana dengan mudah mereka melompat ke atas kenderaan itu. Mudah seperti atlet,” tambahnya. Sementara Richardson, seorang pemulihara, sudah membawa jutaan orang dari seluruh dunia berbincang mengenai pemuliharaan singa. Bukan saja sebagai pengasas tempat perlindungan hidupan liar yang kini menjadi rumah kepada lebih 30 ekor singa, Richardson turut membangunkan satu ikatan yang cukup intim dengan haiwan itu.

Malah, dia menjadi terkenal kerana mampu berjalan secara bebas dengan haiwan itu. Dia turut menghapuskan salah faham bahawa menggunakan kayu dan rantai adalah cara terbaik untuk menundukkan haiwan pemangsa itu. Malah, dia lebih percaya kasih sayang, pemahaman dan kepercayaan adalah medium terbaik untuk mewujudkan hubungan istimewa dengan singa-singa itu. Dia juga membentangkan dan menghasilkan beberapa dokumentari yang terperinci mengenai hubungannya dengan haiwan itu dan mengetengahkan nasib singa di dalam kurungan dan di hutan. Steirn berkata: “Untuk mampu memahami dengan baik latar belakang Richardson dan hubungannya dengan haiwan besar itu sesuatu yang menakjubkan.

“Dia memberi sepenuh jiwa raganya kepada pemuliharaan singa. Jadi untuk dapat mempamerkan haiwan itu ke dunia kita dengan cara ini adalah peluang yang hebat. “Singa itu tidak liar tetapi sudah biasa. Richardson seperti berada di rumah sendiri apabila di pusat pemuliharaan haiwan liar ini dengan haiwan karnivor yang cukup besar.” Pasangan itu diberi tempoh 48 jam untuk bekerja dengan beberapa pemangsa menakjubkan dalam Welgedatch Private Game Reserve di Pretoria.

Namun, untuk mendapatkan hasil terbaik terbukti tidak mudah kerana singa-singa itu perlu serasi dengan Steirn. Cabaran buat kedua-dua mereka adalah meletakkan singa jantan di sebelah kanan sangkar singa betina yang dikurung di belakang salah satu kereta Richardson, yang digunakan sebagai hiasan untuk mewakili kurungan. Semasa projek itu, pasangan itu turut menghadapi cuaca buruk berdepan dengan ribut pada 24 jam pertama selepas penggambaran. “Itu membuatkan tekanan yang sangat tinggi ke atas masa,” kata Steirn.

Bilangan singa di hutan semakin berkurangan dengan pantas, dengan bilangan terkini dianggarkan menurun ke 20,000 penurunan terbesar dengan anggaran 100,000 pada awal 1990-an. “Mereka haiwan yang sangat besar, jadi saya perlu berhati-hati kerana kesilapan boleh berlaku dengan sekelip mata dengan singa ini,” kata Steirn.

 “Saya merakam gambar singa selama hampir 20 tahun dan merakam imej mereka dalam kapasiti dan sehampir ini adalah benar-benar luar biasa.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/122661#sthash.qYLHLfJ0.dpuf

Monday 14 March 2016

Tindakan pantas selamatkan budak



Beijing: Tindakan pantas sekumpulan jiran berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki berusia setahun yang terjatuh selepas memanjat balkoni rumahnya di tingkat lima. Budak itu terkunci di luar balkoni apartmen neneknya dan memanjatnya sebelum dilihat orang ramai di bawah dalam kejadian dipercayai berlaku di Dongguan sekitar jam 3 petang (waktu tempatan) 8 Mac lalu.

Jirannya bagaimanapun sempat menadah menggunakan kuilt tebal yang menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. Penduduk dikenali sebagai Xu memberitahu Ifeng News, dia terdengar tangisan kanak-kanak ketika berehat di rumahnya di tingkat satu bangunan itu.

“Saya menjengah ke luar dan melihat seorang budak lelaki duduk di atas susur balkoni dengan satu kakinya dilunjurkan.“Tanpa berlengah, saya terus berlari ke bilik dan menarik kuilt di atas katil sebelum memanggil jiran lain untuk membantu.“Sembilan jiran lain juga membawa kuilt dari rumah mereka dan kami semua berdiri di bawah balkoni kediaman budak itu,” katanya.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian berusaha merempuh masuk, tetapi tidak sempat sampai ke kanak-kanak itu yang tiba-tiba jatuh dan sempat disambut jiran-jiran di bawah.

Menurut akhbar tempatan, kanak-kanak itu bermain dengan neneknya sebelum tiba-tiba menolak wanita itu yang terus terkunci di dalam rumah. Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/122242#sthash.L403LhbH.dpuf

Friday 11 March 2016

Penguin ziarah lelaki selamatkan nyawa setiap tahun



RIO DE JANEIRO – Seekor penguin yang berasal dari Hemisfera Selatan sanggup berenang sejauh kira-kira 8,000 kilometer setiap tahun semata-mata untuk bertemu dengan lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya.

Pada 2011, Joao Pereira de Souza, 71, yang merupakan seorang nelayan telah menemui seekor penguin kecil yang diselaputi tumpahan minyak dan hampir mati dalam keadaan terbaring di atas batu di pesisir pantai di sini.

Joao kemudian menyelamatkan penguin tersebut dan memberinya makan sehingga betul-betul sembuh. Penguin itu kemudian dinamakan Dindim.

Selepas seminggu, Joao cuba melepaskan penguin itu ke dalam laut, namun haiwan berkenaan enggan pergi.

“Akhirnya Dindim tinggal bersama saya selama 11 bulan sebelum menghilangkan diri apabila bersalin bulu baharu,” kata Joao mengimbas peristiwa tersebut.

Menurut pakar biologi dari Universiti Persekutuan Rio de Janeiro, Profesor Krajewski, keadaan itu berlaku kerana penguin berkenaan percaya Joao merupakan sebahagian daripada keluarganya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz42YIq41bg

Wednesday 9 March 2016

Kembar satu ibu, lain bapa



Hanoi: Vietnam mengesan satu kes ganjil membabitkan pasangan kembar yang mempunyai bapa berbeza selepas ujian DNA dilalukan berikutan rupa mereka yang berbeza.
Kembar milik pasangan suami isteri itu menjalani ujian DNA baru-baru ini atas permintaan si suami berikutan perbezaan rupa bayi terbabit.

Menurut laporan media Vietnam, lelaki berkenaan didesak keluarganya supaya membuat ujian DNA itu berikutan perbezaan rupa bayi terbabit dan ujian mendapati dia adalah bapa hanya kepada seorang kembar berkenaan.
Kembar itu yang kini berusia dua tahun, mempunyai jantina yang sama, dilahirkan pada hari yang sama dalam selang masa beberapa jam namun kelihatan amat berbeza sepenuhnya. Seorang bayi berambut tebal dan kerinting manakala seorang lagi berambut nipis dan lurus.
Presiden Persatuan Genetic Vietnam, Le Dinh Luong, berkata ujian itu dilakukan di makmal Pusat Analisis dan Teknologi Genetik dan kes berkenaan amat ganjil bukan hanya di dunia, malah di seluruh dunia.
“Perbezaan itu menunjukkan kembar berkenaan mempunyai ibu yang sama tetapi bapa berbeza.
“Ia boleh berlaku jika telur si ibu disenyawakan dengan sperma dua lelaki berbeza hasil dua hubungan seks berasingan dalam tempoh subur wanita itu,” katanya.

-Metro

Tuesday 8 March 2016

Dua lelaki ‘tunggang’ ikan paus dikecam

Tindakan dua lelaki berdiri di belakang seekor paus jerung dalam
 
LONDON 21 Jun - Kumpulan pencinta alam melahirkan rasa marah selepas satu video yang merakamkan dua orang lelaki ‘belayar’ di atas seekor paus jerung dimuat naik di Internet.
Portal Mail Online melaporkan, rakaman video selama tiga minit itu menunjukkan dua lelaki tersebut memegang tali ketika mereka berdiri di atas paus jerung, yang merupakan ikan dan jerung terbesar di dunia sebelum haiwan berkenaan menyelam untuk melarikan diri.
Kedua-dua lelaki itu dapat dilihat ketawa sambil menggalakkan rakan mereka untuk mengulangi perbuatan tersebut, apabila haiwan itu timbul semula di permukaan laut.
Video tersebut dipercayai di­rakamkan di Venezuela, berdasarkan bahasa Sepanyol yang diucapkan oleh kedua-dua lelaki tersebut.
Kumpulan hak asasi haiwan, Marine Connection yang beribu pejabat di London memuat naik video itu di akaun Facebook mereka dan mengutuk perbuatan ber­kenaan.
“Kelakuan mereka sangat buruk, dan bukan bernasib baik kerana dapat melihat haiwan menarik itu, de­ngan memilih untuk melakukan perbuatan bodoh tersebut.
“Paus tersebut dilindungi di bawah undang-undang. Kedua-dua lelaki terbabit perlu dikenakan tindakan undang-undang dan dihukum,’’ kata kumpulan itu.

Monday 7 March 2016

17 isteri lesap


Beijing: Lebih 10 wanita Vietnam yang mengahwini lelaki kampung di Fujian tiba-tiba hilang serentak dipercayai dalam pakatan bagi menipu suami yang membeli mereka.
Media China melaporkan, kebanyakan wanita itu meninggalkan kampung Nan’an pada 16 Februari lalu sebelum dua lagi yang masih berada di situ turut menghilangkan diri beberapa hari kemudian.
Ada antara wanita itu sudah enam bulan menjadi isteri kepada lelaki terbabit dan ada pula yang baru beberapa hari di situ. Ada antara mereka sudah hamil.
Semuanya diperkenalkan kepada penduduk kampung itu melalui pencari jodoh dengan suami masing-masing membayar sehingga 60,000 yuan (RM37,000). Bagaimanapun, tidak satu pun perkahwinan itu didaftarkan.
Mangsa, Aaron, 28, yang pertama mengahwini wanita Vietnam berkata, enam bulan pertama perkahwinannya amat bahagia dan isterinya berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru termasuk mendapat kerja di kilang berhampiran.
“Pada satu hari dia mengadu dahaga dan mahu keluar membeli air. Itu kali terakhir saya melihatnya.
“Kampung ini memang mengalami kekurangan wanita sejak zaman nenek saya lagi. Nisbahnya sekitar 12 lelaki berbanding dua atau tiga perempuan,” katanya.
Seorang lagi bernama Peng terkejut dengan tindakan isterinya yang sudah hamil dan mendakwa menyayanginya.
Sehubungan itu, penduduk kampung berpendapat mereka ditipu pencari jodoh berkenaan untuk mengaut keuntungan mudah dan sudah melaporkan kejadian kepada polis.
Kes seperti ini bukan yang pertama berlaku, malah Epoch Times melaporkan pada 18 Februari lalu sekumpulan lelaki di Zhongxin, wilayah Fujian, kehilangan isteri mereka yang juga warga Vietnam.

-Metro 

Friday 4 March 2016

Al-Quran ditumbuhi pokok bunga anggerik



Simeulue (Indonesia): Pasangan suami isteri di sini terkejut selepas senaskah kitab al-Quran milik mereka ditumbuhi pokok bunga anggerik.
Pokok bunga anggerik setinggi 10 sentimeter itu tumbuh di ayat lapan hingga 12 surah At Tahrim pada halaman 406 di kitab suci berkenaan.
Tumbuhan itu didapati tumbuh pada kitab al-Quran milik suami isteri, Adirmansyah, 34, dan Samsidar, 25, yang menetap di Desa Lasengaluh.
Samsidar berkata, kitab itu ditemui secara tidak sengaja olehnya di parit berhampiran rumahnya kira-kira tiga bulan lalu.
Katanya, al-Quran itu ditemui dalam satu plastik hitam yang terapung di parit berkenaan.
“Saya terkejut apabila mendapati plastik itu mengandungi senaskah al-Quran dan kitab Iqra yang basah sebelum membawa ia pulang ke rumah.
“Sampai di rumah saya mencuci kitab berkenaan sebelum dijemur dan disimpan di satu rak khas,” katanya.
Menurutnya, dia berhasrat mahu memberikan kitab berkenaan kepada dua orang anaknya untuk mereka belajar mengaji nanti.
“Baru-baru ini apabila saya membuka semula kitab al-Quran berkenaan saya terkejut apabila menemui ada pokok tumbuh di dalamnya.
“Pokok bunga anggerik ini mempunyai 11 daun dan lima tunas serta dipercayai berusia lebih 20 hari,” katanya.
Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana pokok bunga berkenaan boleh tumbuh di kitab al-Quran itu.

- Agensi/Metro

Thursday 3 March 2016

Kanak-kanak bersama wang jutaan ringgit jadi viral

SEORANG kanak-kanak duduk bersama sejumlah wang dianggarkan jutaan
 
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Pengguna media sosial hari ini dikejutkan dengan penyebaran gam­bar seorang kanak-kanak perempuan bersama sejumlah besar wang yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit di da­lam sebuah bilik hotel dipercayai di ibu negara.

Berdasarkan gambar tersebut, kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun yang memakai baju tidur duduk di lantai dan bersandar tepi katil.

Di hadapannya terdapat wang kertas RM100 dan RM50 yang siap diikat serta disusun di dalam sebuah beg besar yang mempunyai tag daftar sebuah penerbangan tambang murah tempatan.

Terdapat juga seikat wang kertas RM1, RM5 dan RM10 di­le­takkan di dalam bagasi berke­naan.

Turut kelihatan ialah beg plastik putih yang dipercayai mengandungi sejumlah lagi wang di sebelah kanak-kanak berkenaan. Di sebelah beg plastik itu terdapat satu lagi bagasi berwarna merah jambu.

Gambar itu juga menimbulkan seribu persoalan antaranya bagaimana wang yang begitu banyak boleh berada di dalam bilik hotel, untuk tujuan apa dan kaitannya kanak-kanak ter­sebut.

Motif penyebaran gambar tersebut juga tidak diketahui.

-Utusan

Cadang hukuman makan dadah sampai mati



Jakarta: Selepas mencadang penjara dikawal oleh buaya, harimau dan ikan pirana, Agensi Antidadah Indonesia kini merancang mengenakan hukuman mati yang lebih ekstrem kepada pengedar dadah.

Jurucakap agensi itu, Slamet Pribadi berkata, antara hukuman yang dicadangkan termasuklah pesalah dipaksa memakan dadah yang cuba diedar mereka hingga mati.“Kami mencadangkan hukuman ini bagi mengatasi masalah berkaitan dadah yang semakin berleluasa di Indonesia.“Kami perlu serius kerana dadah adalah musuh utama kami,” katanya kepada stesen penyiaran Al Jazeera.

Menurutnya, cadangan berkenaan akan mengukuhkan lagi undang-undang antidadah negara itu. Indonesia antara negara mempunyai undang-undang antidadah yang tegas dan mereka yang didapati bersalah mengedar atau menyeludup dadah boleh dihukum tembak.

Jurucakap polis, Hendro Pandowo pula memberitahu, peperangan bagi membasmi dadah berlaku di mana-mana.“Dadah perlu dibersihkan dari lorong dan jalan di Jakarta malah ia perlu dibanteras di seluruh negara,” katanya.

Menurut pihak berkuasa, terdapat kira-kira 4.5 juta penagih dadah di Indonesia dengan 33 orang mati setiap hari kerana mengambil dadah berlebihan. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119778#sthash.ZRXFfUBs.dpuf

Wednesday 2 March 2016

18 jalani hukuman sebat



Banda Aceh: Lapan belas orang, termasuk sepasang kekasih yang ditangkap berkhalwat dirotan di depan khalayak ramai selepas didapati melanggar undang-undang syariah yang dilaksanakan diAceh. Hukuman itu dilaksanakan di atas pentas khas bersebelahan sebuah masjid di sini dan disambut dengan sorakan orang ramai.

Antara yang menjalani hukuman itu ialah seorang wanita berusia 19 tahun dan kekasihnya berumur 21 tahun yang disebat sebanyak lapan kali setiap seorang selepas mereka ditangkap kerana berdua-duaan tanpa sebarang ikatan perkahwinan.

Walaupun hukuman sebat di khalayak ramai sering dilakukan di Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menjalankan undang-undang Islam, wanita jarang menjalani hukuman berkenaan.

Enam lelaki muda turut dirotan 40 kali setiap seorang selepas ditangkap meminum arak di satu majlis hari jadi di sebuah hotel Disember lalu. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan kesalahan sebahagian lagi lelaki yang turut disebat.

Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas diberikan kuasa autonomi pada 2001, satu usaha kerajaan Indonesia untuk menamatkan pemberontakan menuntut kemerdekaan wilayah itu. Undang-undang Islam diperkukuhkan sejak wilayah itu menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pusat pada 2005.

Walaupun lebih 90 peratus rakyat Indonesia mengaku Islam, majoritinya melaksanakan ajaran agama itu secara sederhana. - AFP

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119459#sthash.slzql0kM.dpuf

Berseluar dalam jawab peperiksaan

 
Calon-calon yang menghadiri ujian kemasukan unit tentera menjawab
NEW DELHI 1 Mac - Lebih 1,000 orang bakal tentera di India terpaksa menjalani ujian kemasukan bertulis dengan hanya berseluar dalam sebagai mengelakkan pe­nipuan, kelmarin.
Laporan stesen televisyen NDTV turut menyiarkan gambar keadaan calon menjalani ujian tersebut yang diadakan di sebuah padang di timur bandar Bihar.
Menurut seorang pegawai tentera, kaedah itu dilakukan bagi menghalang setiap calon daripada menyembunyikan nota atau telefon bimbit mereka untuk meniru.
Kira-kira 1,100 calon hadir untuk memohon jawatan tentera, perkeranian, dan teknikal dengan tentera di bandar Muzaffarpur, kelmarin itu.
Terdapat sebahagian calon mengangggap menanggalkan pakaian ketika menjawab soalan merupakan tindakan yang agak keterlaluan, namun akur dengan arahan itu.
“Pada mulanya saya merasa janggal, tetapi selepas pegawai tentera memberitahu kami itu adalah cara untuk mengelakkan penipuan, saya memahaminya,” kata seorang calon, Har Shambhu Kumar kepada NDTV.
Kementerian Pertahanan turut menuntut penjelasan mengenai arahan itu, namun pihak tentera mempertahankan langkah tersebut berikutan calon sebelum ini pernah beberapa kali ditangkap kerana menyelitkan nota dan telefon bimbit di dalam jaket atau poket pakaian mereka. – DPA

-Utusan

Tuesday 1 March 2016

Beri anak ganja tiga kali sehari

Ampang: “Ganja sangat memberi manfaat terutama kepada remaja. Ia dapat membantu menyambungsel-sel otak dan membuatkan mereka lebih cerdik.”Demikian dakwaan seorang bapa yang cuba mempertahankan tindakannya ketika ditahan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang dalam operasi bersepadu bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Lebih mengejutkan apabila tanpa rasa bersalah, lelaki berusia 54 tahun itu mengaku memberikan ganja kepada anaknya tiga kali sehari.

Difahamkan, lelaki itu turut menceraikan isterinya selepas mereka tidak sehaluan dalam pendapatnya mengenai kebaikan penggunaan ganja. Menurut bapa kepada empat anak itu, dia tidak kisah mengambil ganja bersama-sama anaknya kerana ia memberi manfaat kepada mereka.

Dia yang mengaku pernah memiliki syarikat pakar perunding motivasi memberitahu sudah menghisap ganja sejak 30 tahun lalu.“Anak saya sukar belajar dan mengalami kemurungan sekiranya tidak mengambil ganja.“Ganja adalah satu tumbuhan yang baik kepada manusia, mengapa perlu dihalang?” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, suspek ditahan bersama anaknya dalam serbuan di sebuah padang taman permainan di Taman Dagang, di sini. Katanya, lelaki itu yang bekerja sebagai penjual sate mengaku memberikan dadah kepada anaknya sejak belajar di sekolah menengah.

“Dia mengaku mengambil ganja enam kali sehari dan sering menghisap dadah bersama anaknya yang kini mempunyai diploma.“Dia mengaku rumah tangganya hancur kerana isterinya tidak bersetuju dengan tindakannya,” katanya. Katanya, mereka dihantar menjalani rawatan pemulihan di institusi pemulihan AADK.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119205#sthash.jXs7K0nH.dpuf