Friday 30 May 2014

‘Senjata rahsia’ askar China


Pastinya ia sesuatu yang pelik dide­ngari meskipun tenaga haiwan ini banyak digunakan di ladang untuk memanjat dan memetik kelapa.

Meskipun tidak kede­ngaran secara rasmi namun berita terkini tersebar mengenai tentera udara China yang kini mempu­nyai senjata rahsia terbaru beruk.

‘People’s Liberation Army Air Force’ melatih beberapa beruk bagi membolehkan tenteranya dalam keadaan selamat.

Perkara ini berpunca daripada sekumpulan burung yang membina sarang berhampiran pang­kalan udara terbabit, ujar laporan yang diterima daripada laman web PLA.

Haiwan pintar terbabit digunakan dalam ­pang­kalan tentera udara tidak dikenali di utara China yang terletak betul-betul di laluan utama penghij­rahan burung.

Kawanan burung yang terbang di sekitar pang­kalan itu menimbulkan ancaman kepada pesawat tentera yang sedang ­melakukan penerbangan kerana burung terbabit berpotensi untuk disedut ke dalam enjin kapal terbang.

Justeru, ia boleh membahayakan nyawa kedua-duanya iaitu burung dan juruterbang.

“Jangan bimbang, kini kami mempunyai senjata rahsia!,” ujar Su Chuang, seorang pegawai ­berpang­kat tinggi yang dipetik daripada laman web PLA.

Pegawai itu berkata, dengan merujuk kepada beruk khas terlatih yang mendengar arahan melalui bunyi wisel.

Apabila sarang burung ditemui di atas pokok, beruk dikerahkan untuk membawa turun dan menghapuskannya.

Sejak dulu lagi, PLA sudah mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk membuang sarang burung terbabit termasuk membakar sarang secara terbuka, menjolok sarang daripada pokok dengan batang buluh dan mengerahkan askar memanjat pokok untuk membuang sarang.

Tidak satu pun daripada kaedah ini memberikan kesan. Selain membuang masa dan membahayakan nyawa pegawai tentera yang terpaksa memanjat pokok, burung berkenaan tetap singgah dan membina sarang baru.

Namun, selepas beruk membuang sarang ­terbabit, kawanan burung itu tidak kembali lagi ­kerana dikatakan beruk mempu­nyai bau yang ditinggalkan pada setiap cabang pokok dan ia tidak menggalakkan burung untuk singgah.

“Beruk itu adalah pe­ngawal peribadi setia yang mempertahankan ­keselamatan rakan kami,” ujar laporan yang dipetik daripada laman web PLA itu.

-Metro

Buaya muntah 3 jam dihempap wanita


Moscow: Seekor buaya terpaksa dihantar ke hospital selepas dihempap oleh seorang wanita seberat 114 kilogram di dalam sebuah bas.

Fredy, repitilia 2.14 meter panjang itu berada di dalam bas yang penuh dengan anggota sarkas dikatakan tidur apabila kenderaan berkenaan melanggar bonggol berhampiran Severomorsk, menyebabkan wanita terbabit jatuh dan menghempapnya yang tidur berhampiran.

Agensi berita RIA Novosti melaporkan, pihak pengurusan sarkas bimbang keadaan buaya itu selepas ia muntah selama tiga jam berikutan peristiwa itu.

Ia mungkin tanda kecederaan dalaman bagi buaya.

Akauntan terbabit hanya cedera ringan, tetapi ditegur kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Fredy pula dibawa ke hospital dan menjalani pemeriksaan serta rawatan. Semua persembahan hari itu yang membabitkannya juga dibatalkan.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan wanita itu dinasihatkan mengurangkan berat badannya.

Haiwan, termasuk harimau, singa dan monyet masih digunakan dalam persembahan sarkas di Russia.

- Agensi/Metro

Wednesday 28 May 2014

Akhbar Jerman siar gambar punggung Kate


London: Sebuah akhbar Jerman berdepan dengan kemarahan keluarga diraja Britain apabila ia menyiarkan gambar punggung Kate Middleton.

Gambar itu dirakam ketika lawatan Kate ke Australia apabila gaunnya terselak kerana ditiup angin.

Seluar dalam nipis yang dipakainya tidak dapat membantu melindungi punggungnya. Akhbar tabloid Bild am Sonntag menyiarkan imej berkenaan dengan tajuk yang kurang enak didengar.

Gambar itu turut digandingkan bersama pelakon realiti televisyen Amerika Syarikat, Kim Kardashian dan adiknya Khloe yang terkenal kerana bentuk pinggul mereka dengan kapsyen bermakna: “Khloe, Kim dan Kate – punggung yang menarik perhatian kita sejak beberapa hari lalu.”

Pencabulan privasi itu berlaku kurang dua tahun selepas Putera William dan Kate memfailkan tindakan undang-undang terhadap majalah Perancis yang menyiarkan gambar separuh bogel Kate ketika bercuti.

Gambar terbaru itu diambil ketika Kate hendak menaiki helikopter ke Sydney selepas melakukan lawatan rasmi ke Blue Mountains bersama William bulan lalu.

Seorang jurugambar sempat merakam gambar ketika gaun Kate terselak dan menawar menjualnya kepada beberapa akhbar antarabangsa.

Ia dilaporkan dijual kepada pembida tertinggi selepas akhbar Britain enggan menyiarnya.

Bild turut menyiarkan gambar itu di laman webnya dengan kapsyen nakal bermaksud: “Terima kasih kepada angin kerana menampakkan dalaman keluarga diraja.”

- Agensi

Alahai dunia :Makan daging sendiri


Oslo: Seorang artis Norway mendakwa memakan daging tulang pinggulnya dan menyifatkannya sama seperti daging ‘biri-biri liar.’

Akhbar Local melaporkan Alexander Selvik Wengshoel, 25 dilahirkan dengan kecacatan pinggul perlu menjalani pembedahan menggantikan salah satu pinggulnya.

Dia merakamkan proses pembedahan itu dan mempamerkan tulang pinggul yang dibuang pada satu pameran seni di Oslo.

Di pameran itu, Wengshoel memberitahu media dia memakan sebahagian daging yang melekat pada tulang pinggulnya itu.

Artis itu memberitahu dia merebus tulang untuk meleraikan daging berkenaan dan kemudian memakannya bersama kentang dan segelas wain.

“Saya menyediakan makan malam itu sendiri ketika teman wanita saya tiada di rumah dan memutuskan untuk menikmati saat terbaik hanya bersama tulang pinggul saya,” katanya menurut Local.

Ketika ditanya sama ada Wengshoel cuba menipu, artis itu dengan tegas berkata: “Saya bercakap benar.

Wengshoel juga menyifatkan proses mengunyah dan memakan daging pinggulnya itu sebagai satu terapi.

“Tulang pinggul itu memberikan saya masalah selama lebih 20 tahun dan memakan dagingnya mungkin boleh melegakan saya,” katanya.

Mujur Wengshoel melakukannya seorang diri.

Pada 2012, seorang artis Jepun, Mao Sugiyama didakwa atas tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh selepas didakwa memasak dan menyajikan sebahagian kemaluannya kepada sekumpulan kanibal yang membayar kira-kira RM750 untuk menikmati sajian berkenaan.

Walaupun Wengshoel berkata, daging pinggulnya itu sama rasanya seperti ‘biri-biri liar,’ beberapa orang yang pernah memakan daging manusia berkata, rasanya berbeza.

Kanibal warga Jerman yang didapati bersalah kerana membunuh berkata pada 2007, daging manusia sama rasanya dengan daging babi tetapi lebih liat.

Dan pada 1920-an, wartawan William Seabrook menulis, daging manusia yang dimakannya ketika menghabiskan masa bersama kumpulan kanibal di barat Afrika mempunyai rasa yang lazat.

-Metro

Tuesday 27 May 2014

Bakar ibu sampai mati


Ramallah: Seorang pesakit mental membakar ibunya yang sudah tua hingga mati di kampung Qusra, berhampiran Nablus.

Sumber di kampung itu berkata, Jameelah Abdul Rahman Abu Reeda, 70, disahkan meninggal dunia di Hospital Rafidyah.

Wanita tua itu dilapor melecur teruk di beberapa anggota tubuhnya.

Sumber memberitahu wartawan, sebaik mendengar jeritan mangsa, jirannya bergegas untuk menolong.

Malangnya, semua pintu berkunci dan mereka terpaksa memecah masuk untuk membantu mangsa yang dikunci di biliknya.

Saksi berkata, anak mangsa Ahmad Mahmoud Salamah, 40, menuang minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya.

Kedua-duanya hidup bersendirian di rumah itu.

Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mati ketika tiba di sana.

Kata-kata terakhir yang sempat didengar oleh jiran daripada Jameelah ialah ‘Jaga Ahmad.’

Menurut sumber, Ahmad dibawa ke hospital sakit jiwa di Baitullaham tetapi berkata, dia sepatutnya sudah lama dibawa dan ditahan di situ.

Beberapa jiran berkata, mereka sudah biasa mendengar tangisan dan jeritan dari rumah Ahmad.

- Agensi/Metro

Mayat jururawat dipos dalam kotak


Tokyo: Polis semalam melancarkan siasatan kes mayat seorang jururawat yang dikirim melalui pos ke Jepun dalam bungkusan yang didakwa mengandungi ‘anak patung.’

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Rika Okada ditemui di tempat simpanan barang di bandar raya ini.

Menurut laporan, penyiasat menjumpai kotak berukuran dua meter yang dikirim dari Osaka, bandar di selatan negara itu.

Perkhidmatan penghantaran yang membawa kotak yang ditanda dengan tulisan Jepun bermakna ‘anak patung” - 400 kilometer ke Tokyo telah dibayar atas nama mangsa.

Selain itu, sewa sementara bagi tempat simpanan turut dibayar menggunakan kad kredit Rika.

Mayat wanita berusia 29 tahun itu yang hilang sejak Mac lalu, mempunyai puluhan kesan tikaman, lapor media tempatan.

Ia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang tanda mempertahankan diri pada lengan dan tangannya.

Polis di Osaka enggan mengesahkan maklumat itu, tetapi laporan mengatakan seorang wanita yang belajar bersama Rika di sekolah rendah keluar meninggalkan Tokyo awal bulan ini dengan menggunakan pasport si mati.

Rakan sekelasnya yang tidak diketahui identitinya dipercayai tinggal tidak jauh dari tempat penyimpanan barang berkenaan bersama dengan seorang lagi wanita warga China yang seusia dengannya.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Haneda dengan pesawat yang sama menuju ke Shanghai.

Sejurus sebelum hilang, mangsa dikatakan menulis di dalam akaun Facebooknya mengatakan dia akan melawat seorang kawan lama yang sudah lama tidak ditemuinya.

- AFP/Metro

Monday 26 May 2014

Wayar fon telinga tersekat dalam kemaluan


Doctors remove headphone wire jammed into Shenzhen man's penis Shenzhen (China): Tidaaaak. Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.

Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks.

Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing.

Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya.

Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan.

Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya.

Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan.

-Metro

Friday 23 May 2014

Mohon terasa komen dari Ustaz Kazim ni..

Mohon terasa komen dari Ustaz Kazim ni..


Bagus punya sindiran ustaz Kazim Elias kpd lebai Alim bin Taik Kucing(bukan nama sebenar).
Mohon terasa..


Sumber: di sini.

Nafsu tidak kenal siapa

ANTARA wajah individu ditahan penyiasat di New York.

New York: Siasatan aktiviti pengedaran bahan lucah membabitkan kanak-kanak bukan saja membongkar rangkaian yang meluas, malah ada antara 71 yang ditahan itu adalah individu yang tidak disangka terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Dalam kalangan suspek, penyiasat mendapati mereka adalah pegawai polis New York, Ketua Polis Daerah Westchester, rahib Yahudi di Brooklyn, anggota paramedik dan pengasuh.

Seorang lelaki dari High Bridge, New Jersey, Lori Bauer, 38, pula ditahan kerana menghasil dan mengedarkan imej lucah membabitkan anaknya sendiri.

Pengarah Jabatan Siasatan Keselamatan Dalam Negeri New York, James Hayes Jr berkata, jumlah bahan bukti aktiviti eksploitasi seks dalam kalangan kanak-kanak di New York menunjukkan ia sudah menjadi ‘wabak’ di bandar raya itu.

Dalam operasi mereka, katanya, pihak berkuasa menemui ribuan imej lucah kanak-kanak disimpan di dalam komputer, telefon pintar dan bahan elektronik lain.

“Ada antara kanak-kanak terbabit baru berusia tiga tahun,” katanya. Kata Hayes Jr, jenayah dilakukan suspek sangat menjijikkan dan tidak dapat diterima akal waras.

“Kami menemui puluhan ribu imej menakutkan dan kanak-kanak terbabit digambarkan dalam keadaan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Suspek terbabit, Hayes Jr, ditahan di lima lokasi berbeza di sekitar Brooklyn dan Queens.

Sementara itu, Hakim Daerah Brooklyn, Kenneth Thompson berkata, kanak-kanak terbabit adalah mangsa penderaan seksual.

“Aksi mereka dirakam untuk menjadi sebagai hiburan manusia tanpa sifat kemanusiaan,” katanya.

Suspek Yuriy Eydelnant, 50, dituduh memasang kamera di dalam tandas rumahnya di Pulau Staten untuk merakamkan video ahli keluarganya seorang wanita berbogel sejak mangsa berusia 14 tahun.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan ekoran penahanan Ketua Polis Mount Pleasant, Brian Fanelli di Valhalla, daerah Westchester 23 Januari lalu.

Kurang dua bulan selepas Fanelli ditahan atas tuduhan kegiatan pornografi kanak-kanak, seorang rahib di Brooklyn, Samuel Waldman, 52, yang bertugas sebagai tenaga pengajar pengajian Yahudi ditahan atas tuduhan memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua ‘syaitan bertopengkan manusia’ itu membongkar dalang di sebalik transaksi video dan gambar kanak-kanak melakukan seks atau dicabul oleh orang dewasa.

- Agensi/Metro

Alahai dunia: Saman kekasih tak pulangkan DVD


Houston: Seorang pakar teknologi maklumat memfail saman ke atas bekas teman wanitanya kerana enggan memulangkan cakera video digital (DVD) ‘Harry Potter’ selepas mereka berpisah.

Robert Wallace, 32, mendakwa dia meminjamkan DVD berkenaan kepada Nomi Mims seorang penari bogel dan sebuah komputer riba ketika mereka mula berkenalan.

Selepas berpisah pada 3 Mei lalu, Wallace meminta Nomi memulangkan wang dan barangannya, namun penari bogel terbabit enggan bekerjasama.

Kecewa dengan kedegilan Nomi, Wallace memfailkan saman di mahkamah untuk mendapatkan semula ‘haknya’ itu.

Nomi bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah berpacaran.

“Kami cuma kawan biasa dan barangan berkenaan adalah hadiah yang diberikan Wallace untuk saya,” katanya. Berang dengan saman dikemukakan Wallace, kini Nomi bertekad untuk melawannya di mahkamah. “Ia perkara paling mengarut peran saya dengar. “Tidakkah Wallace tahu setiap bayaran dihulur kepada penari bogel tidak boleh dipulangkan semula?” katanya.

-Metro

Wednesday 21 May 2014

Anita buat ribut solat di jalan


KETIKA ramai daripada kita menumpukan perhatian kepada isu pilihan raya kecil di Teluk Intan dan Bukit Gelugor 17 Mei lalu, seorang wanita dari seberang bikin segelintir pengguna jalan raya di Kuala Lumpur jadi kaget.

Membaluti dirinya dengan telekung, wanita berusia 27 tahun yang mengenalkan dirinya sebagai Anita itu, menghampar sejadah di tepi jejambat dekat Dewan Bahasa & Pustaka, lalu bersolat dan membaca al-Quran.

Padanya itu perkara biasa sebab memang lumrah baginya ‘solat di mana sahaja’ sejak dia insaf selepas mendapat hidayah melalui alamat mimpi, tapi dia tidak perasan dia sudah mencetus kekalutan dalam kalangan pengguna jalan raya. Gambar polis mengawal lalu-lintas ketika dia bersolat pun sudah jadi viral di laman sosial.

Nasib baiklah dia tergerak hati bersolat atas jejambat di Jalan Maharajalela pada jam 1.30 petang pada hari Sabtu. Bayangkan kalau dia lakukannya di kawasan lebih sibuk seperti Chow Kit, Pudu, Ampang dan Bukit Bintang.

Betapa heboh dan kalut jadinya apabila pengguna jalan raya bertolak untuk menyaksikan apa yang berlaku.

Biasalah; seorang hamba ALLAH yang tersepuk di sebelah motosikalnya yang terbalik di tepi lebuh raya atau kereta yang enjin berasap sudah cukup untuk mengakibatkan kenderaan merangkak berbatu-batu hanya kerana ramai yang hulur leher keluar tingkap macam kren, mahu tahu apa berlaku.

Betapa pula kalau wanita yang suka ‘solat di mana sahaja’ itu tiba-tiba tergerak hati untuk bertelekung dan menunaikan solat di tempat sunyi di tengah malam. Tak tahulah berapa banyak motosikal terbabas kerananya!

Sebenarnya solat di mana-mana sahaja bukan satu masalah di muka bumi ini.

Kalau di London, contohnya, di sebabkan masjid dan surau tidak banyak, setiap waktu Zohor, Asar dan Maghrib, anda lihat ramai yang solat - berjemaah lagi - di Hyde Park. Tiada yang persoalkan pun.

Di setengah tempat, bukan sekadar di tepi jalan; ada yang sampai solat di atas but kereta atau pembahagi jalan. Tetapi perlu guna budi bicara juga.

Saya pernah tergerak mahu angkat kaki ke dalam singki ketika ambil wuduk di bilik air lapangan terbang Moscow, tapi tiba-tiba tak jadi kerana terlintas di fikiran; kalaulah dilihat polis Rusia ketika kaki saya dalam singki, apa saya nak jawab, sedangkan bahasa pertuturan kami seperti antara ayam dan itik.

Nasib tak baik, kena tahan di lokap kerana disyaki panjat tembok hingga pihak kedutaan datang beri penjelasan.

Di Perth, Australia, pada suatu ketika dahulu, ada beberapa rakan tunaikan solat atas koc hingga buat kening pemandunya (yang bukan Islam) berkerut. Tak apalah; moga menjadi asbab turunnya hidayah.

Di Malaysia, kalau hal berkaitan ibadah, tiada masalah. Orang yang mahu menyegerakan solat hanya perlu bertanya; anda akan dapati ada sahaja tempat berdekatan untuk bersolat.

Sebut sahaja; di terminal bas, stesen minyak, pusat beli-belah, hotel dan kawasan rehat. Kalau anda tidak berat mulut, dalam kapal terbang pun sebenarnya ada ruang khas untuk seorang dua menunaikan solat macam biasa.

Terlanjur cerita hal masjid, beberapa hari lalu saya terima panggilan seorang hamba ALLAH dari Butterworth. Dia mengadu, ramai kariah sudah lari dari sebuah masjid di situ kerana orang yang diberi tugas laungkan azan dan jadi imam di situ tidak sebut ayat dengan betul.

Katanya, ada yang sudah berulang kali mengadu hingga ke jabatan agama dalam tempoh hampir lima tahun. Kalau betul sesuatu perlu dilakukan.

Balik kepada cerita wanita tadi, dia dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee dan kemudian ke unit psikiatri Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan. Apa keputusannya ya!

-Sinar

Tuesday 20 May 2014

Detik akhir sebelum feri karam dirakam

Gambar yang dirakam daripada telefon bimbit seorang mangsa, Park Su-hyeon menunjukkan keadaan ketika feri Sewol mulai senget sebelum karam, 16 April lalu.

Satu rakaman video telefon bimbit pelajar yang menaiki feri Korea Selatan sejurus sebelum ia karam dan tenggelam menunjukkan mereka ketawa dan masih berjenaka mengenai ‘Titanic’ ketika feri terbabit mulai senget.

Lebih menyayat hati apabila mengetahui bahawa video terbabit dirakamkan seorang pelajar berusia 17 tahun yang mayatnya kemudian ditemui dalam feri yang tenggelam itu bersama telefon bimbitnya.

“Hei, selamatkan saya,” gurau seorang pelajar lelaki manakala yang lain mencadangkan pastinya seronok jika video itu dapat diletakkan di Facebook kemudian.

“Ia seperti Titanic,” kata yang lain ketika Sewol yang seberat 6,825 tan mulai senget ke satu bahagian.

-BH

Kerbau jadi kanvas lukisan


JIANGCHENG - Satu pertandingan menghasilkan lukisan pada kerbau diadakan di China baru-baru ini.

Pertandingan unik itu berlangsung di daerah ini, dalam wilayah Yunnan, barat daya China.

Sejumlah artis seni dari lapan buah negara mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi merebut hadiah pertama berjumlah 100,000 yuan (RM51,500).

Pelbagai lukisan telah dihasilkan manakala panel juri memilih karya yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki nilai-nilai murni sebagai pemenang.

- AFP/Kosmo

Monday 19 May 2014

Rakyat tolak gaji minimum RM14,494 sebulan


ZURICH - Penduduk Switzerland mengundi untuk menolak gaji minimum tertinggi di dunia dalam satu pungutan suara yang diadakan semalam.

Keputusan pungutan suara itu mendapati 64 peratus pengundi menolak cadangan untuk memperkenalkan gaji minimum sebanyak 22 franc Switszerland (RM79) sejam yang diusulkan oleh dua parti politik negara itu.

Referendum semalam merupakan antara inisiatif yang akan diputuskan oleh rakyat dalam usaha menangani jurang ekonomi yang semakin luas di Switzerland.

Pada masa ini, Switzerland tidak mempunyai peraturan gaji minimum.

Upah yang diterima ditentukan menerusi kontrak pekerja dengan pihak majikan.

Para penyokong cadangan gaji minimum itu memberi alasan bayaran tersebut yang mencecah 4,000 franc (RM14,494) sebulan akan dapat mengurangkan jurang pendapatan dan memastikan para pekerja dapat menjalani kehidupan yang memuaskan.

Namun, para pengkritik memberi amaran langkah tersebut akan menjejaskan persaingan dan majikan yang boleh membawa kepada pemotongan peluang pekerjaan.

- Reuters/Kosmo

‘Nabi’ laknat dijel 17 tahun


Bulawayo, Zimbabwe: Seorang lelaki mendakwa dirinya ‘nabi’ dihantar tuhan khas untuk menyembuhkan wanita menggunakan kemaluannya dipenjara 17 tahun selepas didapati bersalah merogol jiran.

Lungile Ncube, 32, dari Worringham didakwa mengumpan mangsa dengan memberitahu kemampuannya menyembuhkan sakit perut yang dialami wanita terbabit.

Bagaimanapun, Ncube meyakinkan mangsa bahawa proses rawatan mesti dilakukan melalui hubungan seks. Dalam perbicaraan, majistret Sikhumbuzo Nyathi berkata banyak kes sebegitu terjadi di negara berkenaan. Kata Nyathi, perkembangan itu sangat membimbangkan dan penjenayah harus dikenakan dihukum keras. “Ia sangat menjengkelkan apabila tertuduh menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan orang ke atasnya,” katanya. Nyathi kemudian menetapkan Ncube dihukum penjara selama 17 tahun dan tiga tahun daripadanya akan dikenakan bergantung kepada kelakuannya selepas dibebaskan. Menurut hakim itu, memang ramai wanita datang mendapatkan khidmat pawang atau bomoh bagi mengatasi masalah batin masing-masing.

Namun, katanya, apa yang berlaku sangat menyedihkan apabila mangsa ditipu dan diperlakukan begitu.

Pendakwa Masimba Saruwaka memberitahu mahkamah pada 28 Januari Ncube memanggil mangsa ke rumah dan mendakwa sebagai nabi yang menerima wahyu.

Ncube meminta wanita terbabit meminum air dicampur dengan garam sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian. Beberapa minit kemudian Ncube kembali bersama baldi yang mengandungi campuran tanah dan air dan mengarahkan mangsa supaya berbaring.

Dia kemudian merogol mangsa.

Apabila wanita terbabit mempertikaikan perbuatan itu Ncube mendakwa ia adalah sebahagian daripada ritual yang perlu diikuti dalam proses penyembuhan.

- Agensi/Metro

Friday 16 May 2014

Bayi jatuh tingkat 11 stabil

div dir="ltr" style="
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi berusia 15 bulan terselamat selepas terjatuh dari balkoni tingkat 11 di sebuah apartmen di Minnesota. Menurut Press TV, Dr Tina Slusher dari Pusat Perubatan Hennepin memberitahu, Musa Dayib masih kritikal tetapi stabil. "Bayi ini bernasib baik kerana kebiasaannya, impak jatuh dari bangunan setinggi itu boleh meragut nyawa mana-mana individu," jelasnya. -Sinar

Thursday 15 May 2014

Mahabah wanita sufi


Wacana mahabbatullah dalam dunia tasawuf dipopularkan oleh seorang wanita suci yang menjadi kekasih Allah (Waliyyullah), Rabiah al-Adawiyyah atau Rabiatul Adawiyyah. Tampilnya Rabiah dalam sejarah tasawuf Islam, memberikan cinta tersendiri dalam menyetarakan gender pada dataran kerohanian Islam.

Bahkan, dengan kemampuannya dalam menempuh perjuangan ‘melawan diri sendiri’ dan seterusnya tenggelam dalam ‘telaga cinta Ilahi’, dinilai oleh kalangan sufi telah melampau 100 darjat orang-orang soleh daripada kalangan lelaki.

Rabiah al-Adawiyyah termasyhur kerana pengalaman spiritualnya, iaitu mahabah atau penyerahan diri secara total kepada Allah SWT. Pengalaman ini diperolehnya bukan melalui guru, melainkan melalui pengalamannya sendiri.

Jika sebelumnya Hasan al-Basri, ahli hadis dan fikah, telah merintis kehidupan zuhud berdasarkan rasa takut dan harapan, makan Rabiah melengkapinya dengan cinta kepada Tuhan. Cintanya kepada Allah SWT telah memenuhi seluruh jiwa raganya; tidak menyisakan tempat di hatinya untuk mencintai sesuatu selain-Nya.

Baginya, dorongan mahabah berasal daripada dirinya sendiri dan juga kerana hak Allah SWT untuk dipuja dan dicintai. Puncak pertemuan mahabah antara hamba dan cinta kasih Allah SWT yang menjadi akhir keinginan Rabiah.

Penghibur

Rabiah yang berparas cantik, memiliki suara merdu dan pandai menari ini ditugaskan oleh tuannya sebagai penghibur. Setelah belasan tahun menjadi penghibur, suatu hari ketika bernyanyi, Rabiah merasakan kedekatannya dengan Allah SWT yang seolah-olah memanggilnya.

Sejak itu, ia menolak semua perintah tuannya untuk bernyanyi dan menari sehingga tuannya marah, bahkan menyeksanya. Namun, Rabiah tetap berdoa kepada Allah SWT. Rabiah pun dijual kepada seorang sufi yang kemudian mengajaknya menikah. Rabiah menolaknya kerana kecintaannya yang tinggi kepada Allah SWT. Setelah dibebaskan, Rabiah memutuskan untuk hidup menyendiri.

Cinta Rabiah kepada Allah SWT merupakan cinta suci, murni, dan sempurna seperti disenandungkan dalam syair ini:

Aku mencintaimu dengan dua cinta; cinta kerana diriku dan cinta kerana diri-Mu. Cinta kerana diriku adalah keadaanku yang sentiasa mengingat-Mu yang mengungkapkan tabir, sehingga Engkau kulihat. Baik untuk ini, mahupun untuk itu, pujianku bukanlah bagiku; bagi-Mulah pujian untuk semuanya. Buah hatiku, hanya Engkaulah yang kukasihi, berilah keampunan pembuat dosa yang datang ke hadrat-Mu. Engkaulah harapanku, kebahagiaanku, dan kesenanganku, hatiku enggan mencintai selain Engkau.

Rabiah mencurahkan seluruh hidupnya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Kerana itu, ia memilih hidup zuhud agar bebas daripada segala rintangan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dalam pandangannya, kenikmatan duniawi adalah hambatan menuju Tuhan. Dia pernah memanjatkan doa: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembah-Mu dan daripada segala rintangan yang merenggangkan hubunganku dengan-Mu."

Gadis abadi

Perkahwinan baginya adalah rintangan. Dia menerima banyak lamaran untuk bernikah, tetapi menolak semua lamaran itu. Mengenai cinta kepada Nabi Muhammad SAW pula, Rabiah berkata: “Aku cinta kepada Nabi SAW, tetapi cintaku kepada Khalik (Maha Pencipta) memalingkan perhatianku daripada cinta kepada makhluk (segala ciptaan)."

Rabiah sang pencinta agung itu, mencintai Tuhan buka kerana naluri kewanitaannya. Dia mencintai Tuhan dengan sepenuh jiwanya, ia mencintai zat-Nya, sifat-sifat-Nya. Ia bertafakur, berzikir, juga suntuk memaknai segala sesuatu tentang Kekuasaan dan Kebesaran-Nya, sehingga tidak ada ruang sedikit pun dalam dirinya untuk berfikir selain Dia.

Dia merelakan dirinya menjadi ‘gadis abadi’. Dia tidak ingin bernikah bukan lantaran tidak ada yang meminangnya, dia memilih ‘kegadisan abadi’ kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.

Ketika Rabiah ditanya: “Kenapa engkau tidak bernikah, wahai Rabi’ah?" Dia menjawab: “Tidak ada tempat di hatiku kecuali untuk Kekasih Sejati."

Rabiah menyembah Tuhan dengan penuh cinta dan kerinduan, yang sulit untuk dijabarkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman.

-Utusan

Kondom dalam sotong


Beijing: Ketika Mai Liang leka menikmati gegelung sotong di sebuah restoran, dia berasa ganjil kerana ada ‘daging’ yang terlalu liat untuk dikunyah.

Dia tidak menyangka apa-apa sehinggalah meluahkan objek berkenaan dan mendapati ia sebenarnya kondom dan ia nyaris ditelan begitu saja.

Namun, itu bukanlah bermakna kejutan Mai Liang berakhir.

Selepas mengadu kepada pihak restoran yang terletak di wilayah Anhui itu, pemiliknya tampil dan mengambil kondom berkenaan sebelum menelannya.

“Amat menjijikkan! Perkara pertama terlintas di fikiran saya ialah: Adakah kondom itu sudah digunakan?

“Bayangkanlah perasaan saya apabila melihat kondom itu dalam pinggan,” katanya.

Sementara itu, pemilik restoran Yi Ze Teng berkata, dia bertindak makan kondom itu untuk “mendiamkan” pelanggannya.

- Agensi/Metro

Wednesday 14 May 2014

Sampainya hatimu ibu...

SET barbeku yang menjadi tempat Magdalena dibakar bagi menghapuskan bukti pembunuhannya.

Windhoek (Namibia): Dengan kecacatan semua jadi dialaminya, Magdalena Nunyango Amunyoko hanya mampu terlantar di atas katil dan tidak mampu bercakap kerana halangan pertuturan.

Sepatutnya orang yang paling boleh diharapkan untuk membela nasib Magdalena ialah ibu sendiri.

Namun, sebaliknya ibunya itulah yang menjadi pemangsa Magdalena.

Wanita terbabit dipercayai menetak anaknya hingga mati sebelum membakar potongan mayat itu di atas set barbeku belakang rumah.

Jurucakap polis berkata, pelbagai barang mangsa seperti kerusi roda, peralatan rumah, kipas dan baju turut dibakar.

Suspek ialah ibu tunggal yang turut membesarkan dua lagi anak lelakinya.

Kata polis, pembunuhan Magdalena, 26, dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu dan mayat mangsa ditemui sehari kemudian.

“Seorang daripada anak suspek menemui kesan pembunuhan itu dan melaporkannya kepada polis,” katanya.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, kata jurucakap itu, sisa mayat sudah menjadi abu dan berlonggok di atas tempat barbeku.

Kata jurucakap polis, satu-satunya bahagian yang ‘terselamat’ hanyalah kepala mangsa.

Sementara itu, jiran berkata, suspek berkelakuan aneh pada hari kejadian

“Dia dilihat seperti ingin berpindah dari rumah, namun kami tidak berkesempatan bertanya kerana dia memang jarang bercakap dengan penduduk di sini,” katanya.

Ketika ini suspek masih ditahan di wad psikiatri Hospital Oshakati untuk rawatan bagi kesihatan mental dan dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

- Agensi/Metro

Wednesday 7 May 2014

Kereta berlubang langgar ayam

HUANG menunjukkan ayam yang bertembung dengan keretanya.

Jiangxi: Seorang lelaki terkejut apabila melihat kesan kemalangan membabitkan keretanya dengan ayam.

Ayam itu terselamat dalam kemalangan itu, tetapi bampar keretanya berlubang. Kemalangan berlaku di Xinfeng, daerah di wilayah Jiangxi, selatan China.

Huang Lingyong, 31 sedang memandu Toyota Corolla dengan kelajuan 112.65 kilometer sejam apabila ayam itu melanggar keretanya.

. “Saya menekan brek kerana saya pencinta haiwan dan tidak mahu mencederakan haiwan itu.

“Saya mendengar bunyi dentuman yang kuat dan saya menyangka ayam itu mati,” katanya.

Huang memberhentikan kereta dan keluar untuk melihat apa terjadi.

Dia terkejut apabila melihat lubang di bahagian badan kereta dan ayam terperosok di dalamnya.

“Saya menjangka ayam itu mati tetapi saya mendengar ayam itu berbunyi dan membongkok untuk melihat lebih dekat.

“Ayam itu tidak apa-apa,” katanya.

Menurut Huang, ia boleh jadi iklan yang baik.

“Ayam itu kelihatan sangat kuat dan kualiti kereta saya tidak bagus.

“Saya merakam video dengan menggunakan telefon bimbit dan menyiarkannya dalam Internet.”

- Agensi/Metro

Bakar isteri kerana mas kahwin


Kathmandu: Pihak polis Nepal sedang mencari seorang lelaki dan bapanya kerana dituduh membakar isterinya kerana berang tidak menerima mas kahwin.

Polis menuduh Farid Sheikh dan ibu bapanya menuang minyak tanah ke atas wanita berusia 25 tahun yang mengandung tujuh bulan itu dalam cubaan memeras harta, termasuk motosikal dan kerbau dari keluarganya.

“Ketika kejadian bulan lalu, mereka membawa mangsa ke India untuk dirawat dengan berkata wanita itu kemalangan,” kata jurucakap polis Prem Basnyat kepada AFP.

Selepas keadaannya bertambah teruk dan mengalami keguguran, bapa mangsa mengetahui perkara sebenar dan meminta polis memfailkan tuduhan jenayah ke atas keluarga besannya di daerah Banke, barat Nepal.

“Kami merakamkan kenyataannya semalam (Isnin), tetapi suami dan bapa mentuanya melarikan diri.

“Kami menjalankan operasi memburu mereka,” kata Bansyat.

Kumpulan hak asasi manusia tempatan berkata, mereka membawa mangsa ke sebuah hospital di Kathmandu.

Wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal dengan seluruh bahagian bawah badannya berbalut.

Mangsa menceritakan bagaimana suaminya “menderanya setiap hari kerana tidak memberikan mas kahwin. Suaminya turut mencucuh rokok pada kemaluannya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Aktivis Nepal telah lama menggesa supaya hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah keganasan berkait dengan mas kahwin.

Mereka berkata, tradisi pengantin perempuan memberikan hadiah dan bayaran kepada suami dan keluarganya supaya perkahwinan boleh dilangsungkan masih lagi diamalkan di negara seperti Nepal, India dan beberapa yang lain walaupun ia sudah diharamkan secara rasmi.

- AFP/Metro

Tuesday 6 May 2014

Kristian Indonesia Haramkan Nama Allah Dalam Bible – Sarjana


Ketika sesetengah pihak menjadikan Indonesia, negara umat Islam teramai di dunia, sebagai contoh bagi menghalalkan penggunaan kalimah Allah, seorang sarjana agama itu kini memberikan gambaran sebaliknya.

Prof Dr Menahem Ali, sarjana dalam bidang agama Kristian dan pengajian semitik berkata, terdapat sebahagian penganut Kristian di republik itu menolak penggunaan kalimah “Allah” dalam Bible.

“Di Indonesia lebih kejam menurut saya, ada kelompok Kristian yang mengharamkan nama Allah dalam kitab Injil kerana ia dianggap (mereka) berhala umat Islam,” kata pensyarah Universiti Airlangga, Surabaya, itu.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di Shah Alam, pagi ini.

– Malaysiakini.com

Lagi insiden penculikan di Sabah


KUALA LUMPUR 6 Mei - Satu lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di perairan pantai timur Sabah awal pagi ini, dipercayai dilakukan oleh kumpulan penculik dari selatan Filipina.

Dalam kejadian pukul 2.55 pagi di perairan Silam, Lahad Datu, seorang lelaki dipercayai warga China yang menjalankan perusahaan sangkar ikan telah dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki bot.

Mangsa dikenali sebagai Yang Zailin dilaporkan telah dilarikan selepas sekumpulan penculik itu menyerbu premis sangkar ikan milik lelaki terbabit. -NORAZRIN MARZUKI/UTUSAN ONLINE

Kelar bayi 30 minit lepas lahir


Bavaria: Seorang ibu muda membunuh bayinya dengan mengelar kerongkongnya selepas 30 minit melahirkan mangsa.

Wanita berkenaan berbuat demikian kerana bimbang kelahiran bayi itu akan menjejaskan kehidupan seksnya.

Nadine Koenig, 20, dari Regensburg, mencekup hidung mangsa yang baru dilahirkannya sebelum mengelar kerongkongnya dengan pisau.

Remaja itu meneruskan aktiviti hariannya dengan pergi bersosial di disko selepas melakukan pembunuhan itu, kata pendakwa raya kepada hakim.

Pendakwa raya, Ulrike Klein berkata remaja itu tidak sanggup memikul tanggungjawab sebagai ibu.

“Dia tidak mahu memikirkan kegiatan seksual dan kehidupan sosialnya terancam dengan kelahiran bayi itu,” katanya.

Mahkamah di Regensberg diberitahu, Nadine yang merahsiakan kehamilan itu daripada ibu bapanya, melahirkan bayi berkenaan di rumah mereka Februari tahun lalu.

Remaja itu kemudian membuang mayat anaknya berdekatan Danube.

Selepas Nadine, ditahan polis, ibunya Krestin, 44 membunuh diri.

Dia berdepan dengan tuduhan membunuh.

- Agensi/Metro

RM26j untuk selamat diri


Riyadh: Sebuah mahkamah Saudi semalam membatalkan hukuman mati dan mengarahkan pembebasan lelaki 21 tahun yang didapati bersalah kerana membunuh.

Keputusan itu dibuat beberapa hari sebelum dia menjalani hukuman mati selepas keluarganya berjaya membayar SR30 juta (RM26 juta) diya atau wang darah kepada keluarga mangsa.

Mahkamah di Hail, bandar di barat laut Saudi itu memberi keluarga Yasser Al Shammari beberapa minggu membayar diya selepas keluarga mangsa meminta wang sebagai ganti bagi memaafkan kesalahan Yasser.

Kempen dilancarkan kabilah Yasser melalui media sosial untuk mengumpulkan dana sebelum dia dipenggal.

-Metro

Monday 5 May 2014

Tekini: Mahkamah tolak permohonan SIB cabar larangan KDN import bahan ada kalimah Allah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang pengimportan bahan terbitan Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas memutuskan ia terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah Allah bukan sebahagian daripada kepercayaan dan pegangan agama Kristian.

-BH

Dahan kalimah Allah dijual RM4.4j


Riyadh: Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untuk membeli dahan yang berukir kalimah Allah.

Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.

“Dahan itu dijual SR5 juta (RM440 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu.

Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab,” lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah.

Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah.

- Agensi/Metro

Benarkah "Al-Hin", Makhluk Sebelum Nabi Adam A.S ?


Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin..

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....

Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan...aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...

Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah...kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...

Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...

Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

Sumber-Busuk.Org

Friday 2 May 2014

Anwar tak peduli dipenjara lebih 10 tahun?


KUALA LUMPUR - "Menteri-menteri apa kau ingat aku takut," ungkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penutup himpunan bantah GST di ibu negara, hari ini.

Mendakwa ada cubaan untuk memenjarakannya oleh beberapa menteri, Anwar bagaimanapun berkata, perkara itu langsung tidak menggusarkannya.

"Kepada menteri-menteri yang berusaha untuk memenjarakan saya, ingat saya takut?

"Saya ada dua kekuatan iaitu doa kepada ALLAH dan kebangkitan daripada rakyat," katanya kepada ribuan peserta himpunan bantah GST.

Mengambil peluang berucap sempena himpunan membantah GST , Anwar turut membayangkan bahawa dirinya mungkin akan dipenjara lebih 10 tahun.

"Ramai (pemimpin Islam di London) yang pujuk saya untuk kekal di London, dia tahu kalau saya balik Malaysia saya akan masuk penjara.

"Oleh itu mereka meminta supaya saya berjuang dari London, tetapi saya kata terima kasih, saya balik untuk berjuang dari Malaysia.

"Walaupun saya tahu, mungkin selepas ini hukuman terhadap saya mungkin lebih 10 tahun, tetapi saya tidak peduli mengenai hal itu," katanya lagi.

-MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI/Sinar

Potong telinga, hidung ulama


Baghlan (Afganistan):Sepasang suami isteri menghiris telinga dan hidung seorang ulama tempatan hingga putus sebagai membalas dendam terhadap serangan seksual ke atas anak perempuan mereka.

Abdul dan Sultana Qahar dari wilayah Baghlan, utara Afganistan mengumpan ulama berkenaan ke rumah mereka untuk makan malam.

Mereka kemudian mengikat dan menghiris muka mangsa.

“Saya memotong telinga dan hidungnya,” Qahar memberitahu Reuters di pejabat ketua polis wilayah, tempat dia ditahan.

“Saya tidak tahu jika kucing sudah memakan telinganya, tetapi hidungnya jatuh ke dalam longkang,” katanya.

Ketua Hal Ehwal Wanita wilayah itu, Khadija Yaqeen berkata, remaja berusia 14 tahun itu memberitahu ibu bapanya mengenai serangan berkenaan empat bulan lalu.

Sultana menjemput ulama itu ke rumah mereka untuk makan malam, kata polis.

Kedua-dua mereka ditahan polis keesokan harinya.

Jurucakap polis Bahglan, Ahmad Jawid Basharat berkata, si bapa mengikat tangan dan kaki ulama berkenaan sebelum melakukan perbuatan ganas untuk membalas dendam.

Ulama, berusia 32 tahun itu menafikan tuduhan dia menyerang anak pasangan berkenaan.

Polis memberitahu mereka sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.

-Metro

Puluhan rakyat Malaysia ke Syria

SEORANG bekas pemuzik kumpulan rock terkenal (duduk kiri) bergambar bersama dua pejuang tentera pemberontak dipercayai di Syria.

KUALA LUMPUR 30 April - Puluhan rakyat Malaysia dikatakan pergi ke Syria sejak dua tahun lalu atas nama perjuangan ‘jihad’ bagi membantu umat Islam di negara bergolak itu termasuk seorang ‘ustaz’ militan yang ditangkap pihak berkuasa Ahad lalu.

Yang turut menyertai ‘ustaz’ berkenaan ialah seorang bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada tahun 90-an.

Malah lebih mengejutkan ada antara rakyat Malaysia yang ke sana dipercayai terbunuh dalam pertempuran yang boleh dikaitkan sebagai pepera­ngan saudara di negara tersebut.

Sumber keselamatan mendedahkan, segelintir rakyat Malaysia dikesan pergi ke Syria setelah terpengaruh de­ngan dakyah pihak tertentu kononnya mereka boleh mati syahid di negara berkenaan.

Kata beliau, kerajaan sama sekali tidak membenarkan rakyat Malaysia mencampuri urusan negara lain dan berikutan itu, rakyat negara ini yang ke sana dan jika terbukti bersalah, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut sumber itu, siasatan polis percaya mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan 10 individu dipercayai ahli kumpulan militan yang ditahan polis dalam operasi khas di Kedah dan Selangor, pada 27 April lalu dan semalam.

“Kita percaya kesemua mereka itu menyasarkan untuk berjihad ke Syria setelah terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan Presiden negara berkenaan iaitu Bashar al-Assad menindas para ulama.

“Bagaimanapun kumpulan itu tidak sedar, pemberontakan tersebut adalah tajaan pihak Barat untuk menjatuhkan Bashar kerana menyokong Iran dan menentang Israel," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber tersebut, siasatan turut mendapati rakyat negara ini yang ke Syria dilatih secara ala tentera termasuk dipercayai menggunakan senjata api sebelum berlepas ke negara berkenaan.

Kata beliau, kumpulan berkenaan kemudian dipercayai akan menaiki penerbangan sama ada ke Turki, Jordan dan Lebanon sebelum ke Syria kerana Malaysia tidak mempunyai penerbangan terus ke negara tersebut.

“Di Syria, kumpulan ini akan berhubung dengan puak penentang kerajaan sebelum menyertai mana-mana pertempuran yang sehingga kini meragut puluhan ribu nyawa dan jutaan menjadi pelarian," katanya.

Sumber itu seterusnya berkata, pihak berkuasa kini sedang memburu saki-baki ahli kumpulan terbabit yang merancang untuk ‘berjihad’ di Syria bagi menyekat kegiatan mereka.

Pada 27 April lalu, polis menahan sembilan individu dipercayai ahli sebuah kumpulan militan dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah.

Polis kemudian menahan seorang wanita pada keesokannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.

Utusan Malaysia hari ini turut mendedahkan satu laman sosial video Youtube berhubung kegiatan seorang ‘ustaz’ yang pergi ke Syria untuk ‘berjihad’.

-Utusan