Friday 30 January 2015

Seniman Mesir pertikai wahyu Nabi Ibrahim

Kaherah: Seorang penyair terkenal Mesir berdepan hukuman penjara tiga tahun berikutan tindakannya mengkritik amalan korban ketika Aidiladha. Fatima Naoot menggambarkan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim AS mengenai ibadah itu sebagai ‘mimpi ngeri.’Pendapat sesatnya itu ditulis di akaun Facebooknya.

Dia yang dibicarakan sejak kelmarin menghadapi tuduhan menghina Islam dan mengganggu ketenteraman awam. googletag. Fatimah bagaimanapun menafikan tuduhan itu, tetapi jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara antara enam bulan hingga tiga tahun. Ditemui di mahkamah, Fatimah berkata, dia “tidak akan dikalahkan walaupun dipenjara.” “Mangsa sebenar dalam kes ini ialah perkembangan kebudayaan,” katanya.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Mesir, Gamal Eid berkata, kes Naoot tidak sepatutnya dibicarakan di mahkamah.“Ini menunjukkan bahawa negara ini menutup mata terhadap penyokong pelampau agama,” katanya. Jun lalu tiga wartawan al-Jazeera, Mohamed Fahmy, Baher Mohamed dan Peter Greste, dipenjara kerana berbohong untuk membantu Ikhwanul Muslimin - sebuah pertubuhan Islam yang kini dianggap pengganas oleh kerajaan Mesir.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27284#sthash.PwP5dXhC.dpuf

Kemboja arah henti iklan pulih dara

Phnom Penh: Kerajaan Kemboja mengarahkan sebuah hospital menghentikan iklan mengenai prosedur pemulihan dara kerana ia bertentangan dengan norma masyarakat di negara itu. Beberapa klinik di Kemboja dilaporkan menawarkan perkhidmatan itu - dikenali sebagai hymenoplasty menurut istilah saintifiknya - secara senyap-senyap.

Perkhidmatan itu biasanya mendapat sambutan dalam kalangan penduduk sesebuah negara yang masih mengukur nilai wanita dari segi keperawanannya. Namun di Hospital Antarabangsa Victoria, pengurusan pusat perubatan itu menguar-uarkan perkhidmatan berkenaan tanpa segan silu.

Sehubungan itu, melalui surat bertarikh 23 Januari, Menteri Penerangan Kemboja, Khieu Kanharith mengarahkan hospital berkenaan untuk menurunkan iklan itu.“Hospital anda mengiklankan perkhidmatan pembedahan dara dan mengubah alat sulit wanita di radio, televisyen dan akhbar dengan ulasan keterlaluan. Ia memberi kesan berpanjangan terhadap moral dan tradisi masyarakat Kemboja,” katanya.

Dalam surat berasingan, Kanharith juga mengarahkan semua media di negara itu untuk menghentikan penyiaran iklan berkenaan.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27285#sthash.yRPmZ3CE.dpuf

Thursday 29 January 2015

Terpakai tetapi elok’

London: Seorang ibu beranak dua mengambil tindakan drastik ‘menjual’ dirinya di eBay dengan harapan dapat menemui jejaka kacak warga Greece semata-mata mahu memenuhi impiannya tinggal di negara itu. Lois Curtis, 49, meletakkan iklan menawarkan “wanita, bersaiz baju 10” dengan huraian mengenai dirinya sebagai “terpakai tetapi masih berkeadaan elok.”

Malangnya dia terpaksa menurunkan iklan itu selepas 24 jam selepas gagal mendapat lelaki idamannya, walaupun menerima dua tawaran termasuk yang tertinggi sebanyak £205 (RM1,100).“Saya mahu hidup di Greece, memang itu impian sejak kecil. Jadi rakan saya Apostolos yang tinggal di sana mencadangkan saya membuat tawaran itu di eBay dan dia berjanji menyebarkannya memandangkan dia ramai kawan.googletag.

“Kami sengaja mahu melihat jika ada yang berminat jadi saya membiarkannya selama 24 jam, malah mendapat tawaran dari Australia serta Puerto Rico. ‘Kembang’ juga apabila tawaran diberikan jauh menjangkaui sangkaan saya.“Malangnya, tiada sesiapa dari Greece yang menghubungi saya sedangkan itu yang diimpikan,” katanya.

Malah, katanya, dia masih mendapat tawaran walaupun iklan itu sudah diturunkan apabila kira-kira tujuh orang menghantar e-mel bertanya sama ada masih boleh membida. Disebabkan itu, Lois tidak menolak kemungkinan akan membuat tawaran sama pada masa akan datang.“Tetapi saya akan mengkhususkan tawaran hanya boleh dibuat dari Greece,” katanya.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27048#sthash.iTQplqse.dpuf

Ular sawa gemar bermain lilit, jilat budak

Bulawayo, Zimbabwe: Biasanya ular adalah haiwan berbahaya dan mengancam nyawa namun kejadian menimpa penduduk Tshabalala dilaporkan amat pelik dan mengejutkan. Menurut penduduk setempat, ada seekor ular yang gemar menghampiri kanak-kanak untuk dibelit dan dijilat sebelum menghilangkan diri ke dalam semak.

Insiden itu dilaporkan tersebar meluas di kalangan penduduk dan kebanyakan mereka mengesyaki ia ada kaitan dengan alam ghaib. Menurut penduduk yang bimbang dengan kejadian itu, Abel Dube, seekor ular sawa menyasarkan mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak di kawasan kampungnya.

“Apa yang mengejutkan ia tidak menggigit mereka tetapi hanya membelit dan menjilat seluruh badan mereka sebelum melarikan diri.“Kami menerima banyak laporan mengenai kejadian seumpama itu dan bimbang ia ada kaitan dengan amalan sihir,” katanya.

Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini, penduduk setempat tidak lagi membenarkan anak mereka bermain di luar rumah.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27044#sthash.T2f0YyK2.dpuf

Wednesday 28 January 2015

‘Cicak’ godam Facebook

Seoul: Facebook (FB) mengisytiharkan mengalami gangguan perkhidmatan hingga sejam semalam, mengakibatkan tapak media sosial itu tidak boleh diakses pengguna di seluruh dunia.

Gangguan yang dilaporkan berlaku di Asia, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom itu menjejaskan capaian yang dibuat menerusi komputer dan aplikasi mudah alih FB. Selain itu, perkhidmatan media sosial itu, Instagram turut terjejas.

Menurut kenyataan FB, gangguan itu disebabkan perubahan teknikal yang dibuat pada tapak web dan bukan disebabkan serangan siber. googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0');“Ia disebabkan masalah teknikal daripada pihak kami. Ia tidak mempunyai kaitan dengan Lizard Squad, Snowmageddon atau lain-lain,” katanya.

Bagaimanapun, Lizard Squad, kumpulan yang sering menggodam laman sesawang terkemuka mengaku bertanggungjawab ke atas gangguan terbabit menerusi kenyataannya dalam Twitter.

Perkhidmatan sementara yang terganggu itu berkemungkinan adalah gangguan FB paling besar sejak 24 September 2010 apabila laman sesawang itu tidak boleh diakses sekurang-kurang 150 minit. Menurut kenyataan itu lagi, pengguna tidak boleh memasuki FB sekurang-kurang 50 minit. Di laman sesawang untuk pemaju pula, gangguan utama berlangsung hingga sejam.

Dianggarkan FB mempunyai sekurang-kurang 1.35 bilion pengguna aktif dan Instagram sekurang-kurang 300 juta. Ia membuatkan isu mengenai gangguan FB tersebar meluas menerusi saingannya di media sosial, Twitter dengan hashtag “Facebookdown” hingga menjadi trend.

Kejadian itu berlaku sebelum FB mendedahkan pendapatan setiap sukunya pada hari ini. Sebaik capaian boleh dilakukan dalam laman sesawang berkenaan, pengguna mendakwa tapak itu tidak menawarkan fungsi penuh.

Lizard Squard Isnin lalu mengaku bertanggungjawab menyerang laman sesawang Syarikat Penerbangan Malaysia dan berkata akan menyebarkan data dari syarikat berkenaan. Kumpulan itu sehingga kini telah mengaku bertanggungjawab dalam pelbagai serangan sepanjang tahun lalu dan kebanyakannya disasarkan kepada syarikat perjudian atau media.

- AP - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26715#sthash.MkEWGu4Z.dpuf

Tuesday 27 January 2015

Pencuri jatuh depan polis


Houston: Sudah jahat, malang pula. Seorang pencuri mengalami nasib amat malang ketika dia cuba memecah masuk ke sebuah pasar raya semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu menyelinap ke pasar raya Family Dollar melalui bumbung bangunan terbabit. Katanya, lelaki itu kemudian bersusah-payah merangkak untuk sampai ke bahagian siling.

Pada masa sama, pekerja pasar raya mengesyaki ada pencuri di atas siling dan menghubungi polis.

Ketika polis tiba untuk menyiasat, lelaki terbabit tiba-tiba terjatuh di depan anggota keselamatan. Sebaik melihat suspek meraung kesakitan, pegawai terbabit terus menahannya di tempat kejadian.

Sumber berkata, suspek mencuri bersendirian dan memanjat pokok di bangunan bersebelahan untuk menyelinap masuk melalui lubang pada bumbung pasar raya itu.“Polis mengesyaki suspek memecah masuk pasar raya itu untuk mencuri rokok,” katanya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26560#sthash.sGmvKfsn.dpuf

Monday 26 January 2015

Sajida si wanita bahaya


Amman: Siapakah wanita yang dituntut militan Negara Islam (IS) supaya dibebaskan bagi menjamin seorang warga Jepun tidak dipancung? Dia ialah Sajida al-Rishawi dan dikenali sebagai suspek pengebom berani mati untuk kumpulan berkaitan al-Qaeda. Sajida, 40-an, ditangkap pihak berkuasa Jordan pada 2005 sejurus selepas mencuba - dan gagal - meletupkan dirinya sebagai sebahagian daripada siri pengeboman hotel di Amman.

The New York Times melaporkan, sekurang-kurangnya 57 orang maut dalam serangan itu. Sajida pergi ke ibu negara Jordan itu bersama suaminya, Hussein Ali al-Shamari, menggunakan pasport palsu. Pasangan suami isteri dari Iraq itu tinggal di Amman lima hari sebelum serangan dilancarkan.

Mereka menyasarkan sebuah majlis perkahwinan di sebuah hotel. Apabila mendapati Sajida sukar menghidupkan bom yang ada pada tubuhnya, Hussein menolak isterinya itu keluar dari dewan berkenaan sebelum dia sendiri meledakkan dirinya.

Seramai 38 orang terbunuh di situ. Sajida melarikan diri, tetapi ditangkap pihak berkuasa tidak lama kemudian. CNN melaporkan, Sajida mengaku serangan itu adalah idea suaminya. Sajida juga adik kepada orang kanan ketua al-Qaeda di Iraq. - Agensi

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26298#sthash.QEYrqGaN.dpuf

Budak dibelasah kerana makan baki makanan


ISTANBUL - TURKI. Seorang kanak-kanak pelarian Syria dilaporkan dibelasah oleh seorang pengurus rangkaian restoran segera kerana memakan baki makanan pelanggan.

Beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan berlumuran darah tersebar di laman sosial Twitter dan Facebook.

Tindakan tersebut mendapat kecaman orang ramai, dan syarikat berkenaan bertindak memecat pengurus rangkaian yang tersebut, menurut sebuah kenyataan rasmi bertarikh 23 Januari.

Menurut Hurriyet Daily News, pemecatan tersebut sudah mencukupi sebagai hukuman dan sebarang pampasan tidak akan diberikan kepada kanak-kanak pelarian tersebut.

-Sinar

Friday 9 January 2015

Alahai dunia : RM58 punca sedar koma

 
Shenzhen: Selepas lebih setahun koma, nasib seorang lelaki berubah gara-gara ‘insentif’ jururawat yang sering menunjukkan wang kertas bernilai 100 yuan (RM58) di depan matanya. Media semalam melaporkan, Xiao Li tidak sedarkan diri walaupun melalui pelbagai proses rawatan. Xiao pengsan ketika leka melayan permainan dalam talian di sebuah kafe Internet pada Ogos 2013.

Sumber berkata, dia dibawa ke hospital dan sejak itu kekal koma akibat pendarahan serebrum yang serius. Kata pakar bedah otak, Dr Liu, perdarahan intraserebrum spontan tercetus apabila pesakit terlalu leka melayan permainan dalam talian.

Baru-baru ini jururawat menunjukkan wang berkenaan di depan mukanya setiap hari. Xiao diberitahu, dia boleh memiliki wang berkenaan jika mampu mengambilnya sendiri. Tidak lama kemudian, Xiao dilaporkan mula menggerakkan tangannya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22573#sthash.OGMFWE1Z.dpuf

Thursday 8 January 2015

Dunia oh dunia : Jual abang, selamat adik


Qingdao (China): Sepasang suami isteri berusaha menjual anak lelaki mereka untuk mengumpul wang bagi membiayai rawatan perubatan adik perempuannya. Meng Xiangyang, 29, berkata, dengan maut menanti anak perempuan mereka kecuali dia menjalani kemoterapi, dia dan suaminya bersedia menjual anak si abang kepada orang berada bagi memastikan kedua-duanya berpeluang untuk hidup.

Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan Meng di jalan raya di Qingdao, bandar di wilayah Shandong, timur China, dengan kadbod menawar menjual anaknya kepada pembida tertinggi.

Kanak-kanak lelaki itu dilihat makan buah sambil berdiri di sebelah ibunya yang merayu orang ramai supaya membeli anaknya.

"Setahun lalu kami hidup bahagia. Kami menyangka kami sudah ada segala-galanya, anak kembar-lelaki dan perempuan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22306#sthash.gXUZE2Jl.dpuf

Wednesday 7 January 2015

Senjata dalam kemaluan

New Mexico: Seorang wanita dituduh menyorok pistol dalam kemaluannya untuk diseludup ke dalam sebuah penjara di sini.

Josephine McAllister, 34, dari Albuquerque ditangkap 16 Disember lalu atas beberapa tuduhan, termasuk memiliki kad kredit yang dicuri, menerima barangan curi dan cubaan menghalang tugas polis.

Selepas dibawa ke penjara di Pusat Tahanan Metropolitan Bernalillo Country, seorang tahanan menemui pistol di tandas wanita ketika melakukan kerja pembersihan.

Apabila disoal siasat, Josephine berkata, dia tidak mahu memaklumkan kepada polis mengenai pistol itu kerana tidak mahu dikenakan tuduhan tambahan.
Wanita itu berkata, dia menyembunyikan pistol itu pada pinggangnya tetapi pegawai yakin dia menyorok senjata berkenaan di dalam kemaluannya.

Jurucakap polis Simon Drobik memberitahu stesen televisyen KOAT semalam, empat anggotanya melakukan pemeriksaan sepenuhnya ke atas Josephine ketika menahannya, kecuali pada kemaluannya kerana peraturan jabatan menghalang mereka berbuat demikian.

“Suspek yang dibawa ke penjara berkenaan juga perlu melalui proses pengimbasan tubuh,” katanya.
Seorang pegawai kanan penjara, Kapten Ray Gonzalez berkata, Josephine meminta kebenaran untuk ke tandas sebaik tiba di pusat tahanan itu sebelum kakitangan memeriksanya.

Menurutnya, selepas kejadian, pusat tahanan itu meningkatkan langkah keselamatan, termasuk melakukan imbasan mengesan bahan logam terhadap tahanan sebaik mereka tiba dan menempatkan pengawal di luar tandas.

Rekod menunjukkan Josephine, ibu empat anak, pernah ditahan lebih 12 kali sejak 2003 atas tuduhan mencuri, memiliki dadah dan merompak. - Agensi/Metro

Tuesday 6 January 2015

Bogel dalam serombong


Woodcrest (California): Seorang wanita terpaksa diselamatkan selepas tersekat dalam serombong ketika cuba memasuki rumah bekas suaminya dalam keadaan berbogel pada awal pagi.

Wanita berusia 35 tahun itu menanggalkan pakaiannya dengan harapan ia akan memuatkannya untuk memasuki serombong berukuran 30.5 x 30.5 sentimeter itu.

Bagaimanapun, selepas turun separuh jalan, dia tersekat dan terpaksa meminta bantuan pada jam 5 pagi.

Gambar yang dirakam anggota bomba menunjukkan kaki wanita itu yang kotor terjulur dalam serombong berkenaan sebelum dia diselamatkan.
Di rumah itu, Tony Hernandez, bapa tiga anak wanita berkenaan berkata, bekas isterinya cuba memasuki rumahnya itu sejurus sebelum 5 pagi tetapi mendapati pintu berkunci. - Agensi

Monday 5 January 2015

Boleh pakai kain pelekat ke sekolah

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan negeri memberi kelonggaran kepada semua pelajar sekolah yang menjadi mangsa banjir untuk memulakan persekolahan minggu depan tanpa perlu memakai pakaian seragam malah boleh sekadar berkain pelekat.

Pengarahnya, Hussain Awang, berkata, kelonggaran tersebut sebagai memahami situasi mangsa banjir di negeri Kelantan yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda termasuk pakaian serta peralatan sekolah anak-anak.

“Pelajar boleh hadir ke sekolah tanpa memakai baju sekolah.

“Pakailah pakaian apa pun jika itu sahaja yang mereka ada. Silalah datang ke sekolah walaupun hanya dengan berkain pelekat. Jangan tak datang pula,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas majlis pelancaran Sukarelawan 1Mindef di Markas 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa di sini semalam.

Hussain menambah, pihaknya juga sedang membuat penilaian terhadap kerosakan yang dialami sekolah-sekolah yang terjejas antaranya buku teks, perabot dan bangunan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3NuPhjgAY
 

‘Anu dah berkarat’


Kuala Lumpur: “Hampir enam bulan saya mengalami lemah tenaga batin, malah kerap gagal ‘beraksi’. Selepas mendapatkan nasihat doktor pakar, saya setuju melakukan pembedahan mengeluarkan 10 bebola besi ditanam di dalam kemaluan dan cukup terkejut apabila mendapati semuanya berkarat,” kata Ramli, 44.

Sebelum itu, pada awal 2004, Ramli membeli 10 bebola besi daripada penjual replika seks di sekitar ibu kota pada harga RM50. Kerana tertarik dengan kisah kehebatan rakannya beraksi di ranjang selepas memakai bebola besi itu, Ramli nekad menoreh sendiri kulit permukaan kemaluan dengan pisau sebelum memasukkan bebola besi terbabit di bawah kulit berkenaan.

“Rakan mengatakan dia melakukan sendiri pembedahan terbabit dan walaupun sakit, saya nekad melakukannya sendirian di rumah di Sentul. RAMLI serik menggunakan bebola besi ditanam dalam kemaluannya. “Tiga hari kemaluan membengkak, namun saya tidak bertemu doktor sebaliknya hanya menahan kesakitan,” katanya.

Menurut Ramli, dia menanam bebola besi itu di sekeliling pangkal kemaluan dan apabila pulih daripada bengkak, dia mula mencari teman wanita atau mana-mana wanita yang sudi melakukan hubungan seks dengannya. Ramli bangga kerana dapat memuaskan nafsu ramai wanita, namun mula berdepan masalah kesihatan lapan bulan kemudian.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/2014091504040420140915040404/Article#sthash.wgHbxaI9.dpuf

Friday 2 January 2015

Masjid ketiga Sweden diserang


Stockholm: Polis Sweden semalam memburu sekurang-kurangnya seorang suspek selepas serangan ketiga terhadap masjid di negara itu berlaku dalam tempoh seminggu. Jurucakap polis Uppsala, Torsten Hemlin berkata: “Ada orang membaling bom molotov ke bangunan itu selain menconteng perkataan lucah berbau perkauman.”Katanya, tiada sesiapa di dalam masjid itu ketika kejadian.

Polis di Uppsala yang juga bandar keempat terbesar Sweden dimaklumkan orang ramai mengenai kejadian itu selepas melihat seorang lelaki melontar sesuatu yang berapi ke arah masjid berkenaan sekitar jam 4 pagi (waktu tempatan). “Kejadian itu diklasifikasikan sebagai cubaan membakar bangunan, vandalisme dan menghasut perasaan benci,” kata polis dalam satu kenyataan.

Saksi turut diminta tampil membantu siasatan. Kejadian semalam berlaku hanya tiga hari selepas kebakaran waktu malam di masjid di Esloev, selatan Sweden yang turut dipercayai perbuatan khianat. Pada hari sambutan Krismas lalu, lima cedera apabila bom petrol dilontar ke dalam masjid melalui tingkapnya di Eskilstuna, timur Stockholm.

Perdana Menteri Stefan Loefven menyelar serangan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai ‘keganasan yang menjijikkan’ selain menegaskan Sweden tidak akan membiarkan jenayah seperti itu berterusan. Majalah antiperkauman Expo melaporkan lebih 12 serangan terhadap masjid di Sweden berlaku sepanjang tahun lalu.

 - AFP - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20875#sthash.87abUYqC.dpuf