Wednesday 23 December 2015

Wanita maut dalam almari semasa cari biskut


Biskut

POVOLETTO - ITALI. Seorang pesara maut selepas terperangkap di dalam almari pakaian semasa mencari biskut yang disembunyikan anaknya.
Pesara yang berusia 84 tahun mencari biskut selepas anak lelakinya menyorokkannya di dalam almari pakaian di Povoletto, timur Itali.
Anak lelaki mangsa menyembunyikan biskut berkenaan bagi mengawal diet ibunya yang menghidap diabetes, lapor Udine Today dipetik Metro.uk.
Namun tindakan anaknya itu menyebabkan ibunya terbunuh selepas dia bertindak mencari biskut di seluruh rumah.
Mangsa mengalami sesak nafas selepas terperangkap di sebalik timbunan pakaian di dalam almari berkenaan.
Mayat mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba.

-Sinar

Tuesday 22 December 2015

Bukan air kencing unta



Riyadh: Pegawai kesihatan Saudi menutup sebuah kedai ubat tradisional selepas mendapati botol yang didakwa mengandungi air kencing unta sebenarnya berisi air kencing seorang pekerja kedai itu.

Pegawai berkenaan melakukan pemeriksaan mengejut di kedai ubat di bandar Qunfudah itu apabila menyedari seorang pekerja menggigil ketika ditanya mengenai 70 botol yang tersembunyi di belakang almari dalam kedai itu.

“Mereka mendapati botol itu diisikan air kencing manusia. Pekerja itu kemudian mengaku ia air kencingnya.
“Pegawai berkenaan serta-merta menyita kedai itu,” lapor akhbar Sada.

 - Agensi / Metro

Thursday 17 December 2015

6 tahun dikebumi masih elok, wangi



Sungai Petani: Gambar jenazah lelaki dalam keadaan baik walaupun dikebumikan kira-kira enam tahun lalu seperti yang ‘viral’ di Facebook baru-baru ini adalah benar.

Penggali kubur, Azhar Bidin, 37, berkata, jenazah itu ditemui pada 8 pagi, Isnin lalu, ketika dia bersama rakannya menggali satu liang kubur bagi mengebumikan jenazah seorang warga emas wanita di Masjid Tuan Husien, Bukit Tukang Jusoh, Pantai Merdeka, di sini.

Katanya, ketika mengorek liang separas pinggang, tiba-tiba tanah yang dikorek runtuh menyebabkan dia terpaksa membersihkan tanah berkenaan sehinggalah cangkulnya beberapa kali terkena pada satu objek dan kemudian mereka terhidu bau wangi sebelum menemui jenazah yang masih elok itu.

Siapakah arwah dan apa amalannya sehingga jenazahnya ditemui dalam keadaan elok walaupun sudah lama meninggal dunia.

-Metro

Wednesday 16 December 2015

Doktor beragama Islam selamatkan askar Britain

Doktor beragama Islam selamatkan askar Britain

SEORANG askar Britain yang bertugas di Iraq dan kehilangan sebelah kakinya memberikan 'nasihat keras' kepada warga netizen dan dunia yang takut kepada agama Islam.

Chris Herbert yang berumur 19 tahun ketika kehilangan kaki kanan selepas dibom pengganas Taliban di Basra memberitahu kejadian tersebut tidak menjadikannya takut kepada Islam.

"Ya, pengganas beragama Islam bom saya, saya hilang kaki kanan. (Selepas itu) seorang askar Britain yang beragama Islam juga kehilangan tangannya," kata Chris di Facebook kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, rakannya yang juga seorang askar, Luke Simpson maut dan mencederakan dua yang lain.

"Seorang Muslim berada dalam helikopter yang mengangkut saya dari medan perang (selepas kejadian). Seorang doktor bedah Muslim bedah saya untuk menyelamatkan nyawa saya.

"Seorang jururawat Muslim yang menjaga dan membantu saya balik ke Britain. Seorang petugas kebajikan kesihatan Muslim yang menguruskan ubat-ubatan saya.

"Seorang pemandu teksi Muslim yang memberikan saya perjalanan percuma kepada saya dan ayah saya. Seorang doktor Muslim yang menenangkan ayah saya kerana sedih dengan keadaan saya," jelas Chris panjang lebar.

Difahamkan, Chris membuat perkongsian tersebut kerana terdapat sesetengah pihak kecewa kerana 'Chris tidak membenci Islam' walaupun selepas diserang pengganas.

"Seorang rakyat Britain yang menolak kerusi roda saya dari lif kerana dia mahu menggunakannya dahulu. Seorang warga Britain menjerit kepada ayah saya kerana menggunakan parkir OKU (untuk dirinya).

"Apa yang saya mahu cakap adalah, berambus. Saya tahu siapa patut saya benci dan siapa saya tidak patut benci. Saya tahu siapa yang saya patut hargai dan siapa saya tidak pedulikan.

"Kalau anda mahu bencikan penganut sebuah agama kerana perbuatan segelintir individu, suka hatilah, tapi angan paksa saya untuk membenci mereka juga.

"Menyalahkan seluruh orang Islam kerana perbuatan Taliban seperti menyalahkan agama Kristian kerana perbuatan Klu Klux Klan atau KKK(KKK merupakan sebuah golongan pelampau kulit putih)," jelas Chris lagi.

Perkongsian oleh Chris disambut gembira oleh beratus ribu pelayar bukan Islam di Facebook.

"Kejadian lebih kurang sama berlaku kepada saya selepas saya kembali ke Britain (dari operasi tentera). Seorang Muslim belanja saya air kopi dan mengucapkan terima kasih kepada saya!" kata Karl.

"Kalau anda tidak mencarut dalam perkongsian ini, saya sudah cetak ayat anda menjadi sebuah poster," kata Tim.

"Perkongsian anda adalah benda paling bagus yang saya baca di Facebook hari ini," kata Calum.

-Sinar

Anjing liar balas dendam rosakkan kereta



Shijiazhuang (China): Sekumpulan anjing liar bertindak membalas dendam dengan merosakkan kereta milik seorang lelaki yang menghalau haiwan itu dari tempat letak keretanya.
Kejadian berlaku di sebuah apartmen di sini apabila lelaki itu berang selepas mendapati ada sekumpulan anjing liar tidur di tempat letak keretanya.
Lelaki itu kemudian dilaporkan menendang dan menghalau anjing itu dari tempat letak keretanya.
Selepas meletakkan keretanya di parkir itu, lelaki berkenaan terus masuk ke dalam apartmennya.
 
Bagaimanapun, anjing liar yang dihalau lelaki itu kembali ke tempat letak kereta itu dan terus merosakkan kenderaan berkenaan.
Aksi kumpulan anjing liar mengerumuni kereta Volkswagen berkenaan berjaya dirakam seorang penduduk.
Dalam rakaman itu, seekor anjing dilihat menggigit bahagian badan kereta berkenaan sehingga kemek.
Seekor lagi anjing dilihat mematahkan pengelap cermin dan ada yang mencakar badan kereta itu sehingga calar.

- Agensi/Metro

Monday 14 December 2015

Ibu, anak perempuan bersanding bersama

JULIHAI KASSIM (dua dari kanan) dan Lailatul Shahirah Janesdin
 
LABIS 13 Dis. – Seorang ibu dan anak perempuannya mencipta sejarah tersendiri apabila bersan­ding serentak dengan pasangan masing-masing dalam sebuah majlis kenduri perkahwinan di Felda Chemplak Barat, di sini semalam.

Julihai Kassim, 44, dan anak sulungnya, Lailatul Shahirah Janesdin, 21, berkongsi pelamin dengan pasa­ngan masing-masing dalam maj­lis yang meriah dengan kehadiran sa­nak saudara dan jiran tetangga.
Menurut Julihai, idea bersanding serentak bersama anak sulungnya timbul setelah mendapat panda­ngan daripada ahli keluarganya.
“Pada awalnya, saya bercadang bernikah pada Februari tahun de­­pan, namun Lailatul mencadangkan supaya diadakan majlis persandingan serentak bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan.
“Tambahan pula, ramai ahli keluarga dan saudara mara yang tinggal berjauhan dan bagi saya adalah membazir sekiranya hendak buat satu lagi majlis perkahwinan pada tahun depan kerana tempoh yang dekat selepas majlis perkahwinan anak,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.
Menurut Julihai, selepas 12 tahun bergelar ibu tunggal, dia tidak menyangka bertemu jodoh buat kali kedua dengan Shamsul Abdul Rahman, 42, selepas berkenalan menerusi laman sosial Facebook.
Katanya, dia tertarik dengan keberanian suaminya melamar pada pertemuan kali pertama mereka yang membawa kepada majlis pertunangan pada 20 Julai lalu.
Bagi Lailatul, dia dan pasangannya, Mohd. Tajul Ashikin, 29, bersyukur apabila semua perancangan berjalan lancar dan semua pihak termasuk masyarakat setempat turut memberi galakan melihat dua beranak itu bersanding bersama.
Mengakui berasa bimbang ter­ha­dap pandangan masyarakat yang mungkin memandang si­nis tindakan mereka, Lailatul me­nge­tepikan perasaan tersebut kerana ma­sing-masing sudah bergelar pasangan suami isteri yang sah.
“Saya dan pasangan juga boleh dikatakan bertuah kerana berpeluang berkongsi kegembiraan menamatkan zaman bujang bersama ibu dan ayah tiri yang jarang diperoleh oleh pasangan mempelai lain.
“Kami memilih tarikh 12 Disember untuk mengadakan majlis persandingan kerana menyifatkan angka tersebut unik dan tidak menyangka menjadi lebih bermakna apabila berpeluang berkongsi pelamin dengan ibu dan ayah tiri,” katanya.

-Utusan

Friday 11 December 2015

Seluar terlondeh ketika terima anugerah daripada Presiden Croatia



ZAGREB, Croatia – Seorang aktivis hak asasi manusia malu besar selepas seluarnya terlondeh ketika dia menerima satu anugerah daripada Presiden Croatia, Kolinda Grabar-Kitarovic di Zagreb kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Helsinki di Croatia, Ivan Zvonimir Cicak baru memegang anugerah tersebut ketika seluarnya tiba-tiba jatuh hingga ke pergelangan kakinya di hadapan media tempatan dan antarabangsa.

Cicak bagaimanapun bertindak pantas menarik kembali dan membetulkan seluarnya.

Dia bernasib baik kerana seluar dalamnya tidak kelihatan apabila dilindungi sijil besar anugerah tersebut yang dipegang Grabar-Kitarovic sekali gus mengelakkan kejadian lebih memalukan kepada warga emas itu.

Grabar-Kitarovic juga kelihatan kekal tenang dan bertindak secara diplomatik melindungi ‘kehormatan’ ketua hak asasi negaranya sepanjang insiden itu meskipun turut tersenyum ketika melihat Cicak tunduk untuk menarik kembali seluarnya.

Kebanyakan individu lain yang berdiri bersama Grabar-Kitarovic dan Cicak ketika majlis tersebut tidak menyedari kejadian itu kerana sedang menumpukan perhatian ke arah kamera.

Anugerah itu disampaikan kepada Cicak dan ahli-ahli jawatankuasa tersebut untuk hasil kerja mereka menjelang Hari Hak Asasi Manusia antarabangsa 2015 yang disambut pada 10 Disember setiap tahun. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3tyxzh7su

Thursday 10 December 2015

Nasib si kaki 4




New Delhi: Seorang lelaki yang dilahirkan dengan empat kaki digelar ‘setan’ oleh penduduk kampungnya, menyebabkan dia terpaksa menjalani kehidupan bersendirian. Arun Rajput, 20, dari kampung pedalaman di Farrukhabad, Uttar Pradesh, kini berharap untuk menjalani pembedahan bagi membolehkan dia menjalani kehidupan seperti orang lain.


“Saya menjadi bahan ejekan. Mereka berkata saya saya setan. Tidak ada yang menghormati saya kerana keadaan saya. Saya mahu menjadi seperti mereka.


Saya mahu bekerja seperti lelaki lain,” katanya. Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia teringin sangat untuk menjalani pembedahan, belajar dan memenuhi impian untuk menjadi guru. Dua kaki tambahan Arun yang dipercayai akibat daripada kembarnya yang tidak menjadi, menyebabkan dia tidak boleh duduk dengan betul.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/99107#sthash.zOLfMYK4.dpuf

Wednesday 9 December 2015

Gagal sembelih isteri




Kaherah: Seorang lelaki bersenjatakan pisau cuba menyembelih isterinya di tengah jalan raya di bandar raya ini.
Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan penduduk yang menendang dan melontar lelaki berkenaan dengan batu.

Klip video yang dimuat naik di Youtube menunjukkan lelaki tidak dikenali itu memaksa isterinya merebahkan badannnya sementara dia cuba menyembelih wanita itu sebelum diserang sekumpulan penduduk yang meluru selepas mendengar jeritan mangsa.
Rakaman menunjukkan orang ramai melontar batu ke arahnya. Sebahagian mereka menendangnya sementara seorang lelaki dilihat menghentak batu ke atas kepala lelaki itu.
Lelaki itu melarikan diri, tetapi dikejar orang ramai yang terus merejamnya dengan batu.
Tidak dapat dipastikan punca lelaki itu mahu membunuh isterinya.
Media Mesir yang menyiarkan rakaman berkenaan bagaimanapun tidak menyebut sama ada lelaki itu ditahan polis atau tidak.


- Agensi/Metro

Tuesday 8 December 2015

Insan mulia langsai hutang RM10,000




Johor Bahru: “Hanya Allah dapat membalas jasa baik beberapa insan mulia yang menyalurkan bantuan RM10,000 tanpa mahu mendedahkan identiti, sekali gus melangsaikan hutang rumah dan mengelak satu-satunya aset saya daripada dilelong,” kata lelaki orang kurang upaya (OKU), Suliman Jaafar, 46, semalam. Suliman berkata, hasrat keluarganya untuk membayar balik sumbangan berkenaan secara ansuran sekiranya mampu berbuat demikian turut ditolak penyumbang terbabit yang tidak mengharapkan sebarang balasan. Keluarganya kini mampu menarik nafas lega untuk terus tinggal di kediaman keluarganya berusia 15 tahun itu yang terletak di Taman Teratai, Skudai di sini.


“Dalam usaha membatalkan lelongan, saya terpaksa melangsaikan hutang RM10,000 termasuk kadar bunga kira-kira RM4,000 biarpun tunggakan asalnya hanya RM6,000 selain bagi prosedur pelepasan geran rumah pula, saya dinasihatkan untuk melantik peguam.“Penyumbang berkenaan datang ke rumah secara berasingan dan mereka tidak mahu mendedahkan identiti sebaliknya menyatakan wang diberikannya tidak perlu dipulangkan. “Saya terharu ketika itu dan yakin ia berkat doa orang ramai kepada keluarga kami yang menempuhi keadaan sukar sehingga Allah menghantar insan mulia itu untuk membantu,” katanya.


Suliman berkata, keluarganya juga menerima kunjungan daripada beberapa individu termasuk dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan seluruh Johor semata-mata mahu menyalurkan bantuan termasuk barangan keperluan rumah dan kelengkapan sekolah tiga anaknya. “Sokongan moral diberikan mereka amat bermakna bagi membolehkan saya kembali bersemangat dan berusaha untuk mencari rezeki bagi keluarga pada masa depan biar pun bergelar OKU,” katanya.


Pada 3 Disember lalu, akhbar ini menyiarkan kisah seorang lelaki OKU yang hanya mempunyai tempoh 20 hari untuk tinggal di rumah keluarga sebelum ia dilelong. Kisah kesempitan hidup ditanggung bapa kepada lima anak berkenaan menjadi tumpuan pelbagai pihak selepas ia tersebar di media sosial facebook (FB) pada 1 Disember lalu.






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98629#sthash.uQOoofbq.dpuf

Monday 7 December 2015

2 wanita dipenjara kencing depan keluarga Islam

Natalie Richardson dan Claire Farrell mabuk ketika mereka menghina  
 
ADELAIDE 30 Nov. - Sebuah mahkamah di sini menyifatkan perbuatan dua wanita melondehkan seluar mereka dan membuang air kecil di hadapan sebuah keluarga Islam yang sedang solat di kawasan taman rekreasi Devon, sebagai menjijikkan dan mengenakan hukuman penjara selama enam bulan seorang.
Bagaimanapun, hukuman terhadap mereka telah ditangguhkan.
Portal berita, northdevonjournal.co.uk melaporkan, Natalie Richardson, 32, and Claire Farrell, 36, mabuk ketika mereka melakukan perbuatan tersebut.
Selain itu, kedua-dua tertuduh juga bertindak menyerang orang awam yang mempertahankan keluarga Islam tersebut.
Ketika perbicaraan, mahkamah dimaklumkan, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan di hadapan pasangan suami isteri bersama bersama enam orang anak mereka di Central Park, Plymouth.
Bagaimanapun, Richardson dan Farrell, memohon maaf selepas kejadian tersebut dan dikenakan hukuman penjara.
Hakim John Trevaskis dirakamkan berkata: “Tiada sesiapa dalam masyarakat bertamadun boleh melihat sikap kamu dan berdiam diri terutama dalam masyarakat pelbagai budaya sekarang. Saya sifatkan perbuatan ini sebagai menjijikkan.
Kedua-dua suspek mengaku bersalah melakukan ancaman perkauman dan berkelakuan tidak senonoh sehingga menyebabkan gangguan awam pada 16 Ogos lalu.

-utusan



Friday 4 December 2015

Lelaki bela lintah gergasi sebagai haiwan peliharaan




RAKAMAN video menunjukkan seekor lintah gergasi peliharaan menghisap darah pada lengan tuannya di satu lokasi tidak diketahui di Jepun.




TOKYO, Jepun – Seorang lelaki memilih untuk membela seekor lintah gergasi sebagai haiwan peliharaan selain memuat naik di internet rakaman video haiwan itu menghisap darah pada lengannya.

Video yang agak menggerunkan itu menunjukkan lintah gergasi sebesar lengan diberi makan tengah malam dengan menghisap darah tuannya sendiri.

Sambil lintah terus menghisap darahnya, lelaki yang tidak dikenali itu secara bersahaja menyuluh lampu di badan haiwan peliharaannya bagi menunjukkan saiz sebenar makhluk tersebut.

Seekor lintah akan menggigit sebelum melekatkan mulut pada kulit mangsanya dan terus menghisap darah sehingga kenyang sebelum melepaskan cengkamannya.

Kebanyakan spesies lintah bagaimanapun tidak memakan darah manusia dan lebih menyukai haiwan kecil tanpa tulang yang ditelannya sekali gus seperti seekor ular sawa.

Lintah yang memang digunakan dalam perubatan tradisional juga telah kembali digunakan dalam perubatan alternatif khususnya bagi mengelakkan darah membeku serta pembedahan plastik.

– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3ruUBsQHp

Ikan mati jadi hiasan

Antara gambar yang dikongsikan Elya Bulochka yang menggunakan
MOSCOW 3 Dis. – Seorang jurusolek Rusia mencetuskan kemarahan orang ramai apabila membunuh ikan peliharaan untuk dijadikan sebagai sebahagian solekan model bagi pertunjukan fesyen.

Portal Mail Online melaporkan, kontroversi itu tercetus apabila jurusolek terbabit, Elya Bulochka menyiarkan gambar muka-muka model yang dihiasi ikan mati jenis angelfish dan neons yang kebiasaannya dibela di dalam akuarium.

Tambah laporan berkenaan, tindakan itu mencetuskan kemarahan kumpulan pencinta haiwan yang menyifatkan pembunuhan ikan tersebut sebagai tidak wajar dan bukan satu seni seperti yang didakwa oleh jurumekap terbabit.

Semua imej itu yang dikongsi di laman sosial Instagram dengan kapsyen ‘Mermaid’ disiarkan beberapa hari lalu, namun telah dipadamkan oleh Bulochka, yang mempunyai 25,000 pengikut.

“Hari ini seekor ikan mati, esok jari manusia pula digunakan sebagai hiasan. Tindakan ini tidak layak digelar sebagai seni mekap,” marah seorang pengikut jurusolek itu.

Seorang lagi pengikut Bulochka berkata, kreativiti yang cuba ditonjolkan jurusolek itu bukan seni, tetapi tindakan orang bodoh yang membunuh haiwan tanpa sebab.

“Haiwan bukan benda, kenapa sukar sangat untuk memahami perbezaan tersebut?,” katanya.
Namun Bulochka membalas semula kritikan tersebut yang disifatkan sebagai berat sebelah.
“Sebelum menulis komen, ingat semula bila kali terakhir anda makan ikan,” ujarnya.

-Utusan

Thursday 19 November 2015

Lelaki bersenam atas lampu isyarat




Suzhou (China): Pengguna jalan raya di bandar ini terkejut selepas melihat seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat baru-baru ini.
Lelaki berusia 51 tahun itu dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini.

Tindakan lelaki itu menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu merakamkan aksi itu.
Lelaki itu dilaporkan membuat aksi berbahaya berkenaan selama beberapa minit sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.
 
Pada mulanya anggota bomba memujuk lelaki itu turun, tetapi dia enggan.
Bagaimanapun, selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat.
Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan.




- Agensi/Metro

Wednesday 18 November 2015

Pasangan pengantin makan kemaluan perogol


Lampung (Indonesia): Satu pasangan pengantin baru ditahan polis kerana dipercayai membunuh dan memakan kemaluan seorang lelaki yang didakwa merogol wanita berkenaan, kata polis semalam. Suami wanita itu, Rudi Efendi, 30, mengaku membunuh mangsa selepas mendapati isterinya tiada dara ketika malam pertama mereka pada September lalu. Isterinya yang berusia 20 tahun mengaku dia dirogol seorang pemandu yang juga bekas kekasihnya. Kerana berang, Rudi mengarahkan isterinya menghubungi lelaki itu dan berpura-pura mahu bertemu pada awal Oktober lalu.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Bagaimanapun, dalam pertemuan itu Rudi menikam lelaki berkenaan hingga mati sebelum memotong kemaluannya. Mangsa ditemui terbakar bersama kereta miliknya. Rudi kemudian membawa kemaluan mangsa pulang ke rumah dan meminta isterinya menggoreng alat sulit mangsa itu sebelum makan bersama-sama. “Saya sangat marah. “Saya mengambil keputusan memakan alat sulit lelaki itu bagi mengubati hati saya yang sakit,” kata Rudi kepada wartawan. Seorang jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, kes itu masih lagi dalam siasatan tetapi mengesyaki pembunuhan itu dirancang lebih awal. “Kami percaya si suami yang melakukan pembunuhan manakala isterinya hanya bersubahat,” katanya.




- Agensi




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93874#sthash.zBjn6dgv.dpuf

Tuesday 17 November 2015

Ibu 'masak' bayi dalam ketuhar 5 minit

Ibu 'masak' bayi dalam ketuhar 5 minit

SACRAMENTO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita berhadapan hukuman penjara 26 tahun selepas didapati bersalah memasukkan bayinya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan memasak mangsa selama 5 minit.
Dalam perbicaraan kelmarin, Ka Yang, 34, didakwa membunuh Mirabelle Thao-Lo, dua bulan pada 17 Mac 2011.
Thao-Lo ditemui dengan kesan terbakar sebanyak 60 peratus termasuk pembakaran radiasi di organ dalamannya.
Mahkamah menolak kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia mengalami sawan jenis epileptic ketika kejadian tersebut.
Pendakwa raya pula menuduh Ka Yang‎ berbohong selepas ahli forensik menemui puting bayi di dalam ketuhar berkenaan.
Menurut akhbar tempatan Sacramento Bee, Ka Yang‎ sedang mendukung bayinya ketika dia diserang sawan.
Ka Yang mendakwa dia pengsan selepas itu dan mendapati bayinya cedera parah di dalam ketuhar.
Detektif memberitahu Ka Yang‎ mengaku berbohong kepada mahkamah dan memberi alasan lain iaitu mempunyai personaliti berbeza.
Peguambela Ka Yang,‎ Linda Parisi cuba meyakinkan mahkamah bahawa wanita itu mempunyai sawan dan tidak sengaja membunuh Thao-Lo.
"Dia tidak pernah mendera bayinya. Dia tiada rekod jenayah sebelum ini," kata Parisi ketika ditemu ramah.
Wakil keluarga Ka Yang‎ mengatakan dia seorang yang lemah-lembut dan 'tidak tahu apa yang dilakukan' (ketika kejadian).
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada Ka Yang Disember nanti.

-Sinar

Monday 16 November 2015

Tak hirau sakit bersalin

London: Seorang wanita mengongsikan gambar adiknya menyiapkan peperiksaan psikologi walaupun mengalami kontraksi kerana mahu melahirkan anak.
Shanell Brinkley-Chapman yang memuat naik gambar adiknya, Tommitrise Collins di Facebooknya memuji kegigihan ibu baru itu menghabiskan kertas peperiksaannya walaupun kontraksi dirasai setiap tiga minit.
“Inilah namanya tidak mengetepikan keutamaan.
“Walaupun kontraksinya setiap tiga minit, dia tetap menyiapkan Ujian Psikologinya! Kamu memang akan menjadi ibu yang hebat, adikku!” katanya.
Gambar itu menunjukkan Tommitrise duduk di atas katil dengan memakai gaun hospital dengan wayar dilekatkan pada tangannya merenung komputer ribanya dengan tenang.
Ia dikongsikan lebih 11,700 kali sejak dimuat naik Khamis lalu dengan orang ramai rata-rata memuji semangat Tommitrise.
Dia diilaporkan melahirkan anak perempuan.

     


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93363#sthash.kPWczW54.dpuf

Friday 13 November 2015

Pesta bersihkan mayat di Indonesia

JAKARTA – Etnik Toraja di sini mengamalkan ritual pelik apabila mereka akan menggali semula kubur ahli keluarga dan saudara-mara bagi membersihkan rangka mayat.

Ritual berkenaan dikenali sebagai Ma'nene atau Pembersihan Mayat yang diraikan setiap tiga tahun oleh etnik yang tinggal di kawasan pergunungan di Tana Toraja, Pulau Sulawesi itu.

Lazimnya, penduduk di pulau berkenaan akan membawa pulang mayat-mayat yang digali ke rumah sebelum dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu serta dihias cantik.




SEBAHAGIAN penduduk bersama mayat ahli keluarga mereka yang telah dipakaikan dengan pakaian baharu. - AGENSI



Malah, keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat akan turut ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus.

"Upacara ini diadakan untuk menghormati orang yang telah meninggal dunia. Walaupun, mereka telah mati, namun roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud. Oleh itu, mereka perlu dibersihkan," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Ritual pengebumian itu juga menelan kos tinggi menyebabkan etnik Toraja terpaksa mengumpul wang sebelum meraikan festival itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3rKku54Jx

Diperkosa 43,200 lelaki


Mexico City: Seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa diperkosa 43,200 lelaki dalam tempoh empat tahun.
Karla Jacinto berkata, dia dipaksa tidur dengan sekurang-kurangnya 30 lelaki tujuh hari seminggu dan menganggarkan dirogol 43,200 orang sehingga diselamatkan pada 2008.
Bukan dia sahaja mangsa kejadian seumpama itu, malah ribuan gadis Mexico sepertinya menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
Menceritakan pengalamannya, Karla berkata, dia mula dicabul pada usia lima tahun dan apabila berumur 12 tahun menjadi mangsa pemerdagangan manusia apabila seorang lelaki berusia 22 tahun mengumpannya menggunakan hadiah dan kata manis sebelum dipaksa melacur.
Selepas jatuh ke tangan rangkaian pelacuran dan pemerdagangan manusia yang dipercayai mempunyai jaringan di bandar utama AS termasuk New York, Los Angeles, Atlanta serta Miami, dia dipaksa menjadi pelacur di rumah pelacuran, jalanan dan rumah persendirian.
Karla kini berusaha menimbulkan kesedaran mengenai penghambaan seks.
“Anak kecil diculik, diumpan dan dilarikan daripada keluarga mereka. Belajarlah daripada pengalaman saya supaya kita dapat menyelamatkan mereka,” katanya. - Agensi







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92658#sthash.IQRaN35P.dpuf

Wednesday 11 November 2015

Simpan hidung tunggu wang



Jiujiang: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menahan sakit selepas hidungnya putus digigit anjing liar ketika bermain di luar rumah. Lebih malang lagi, hidung kanak-kanak itu, Xiaowen masih belum disambung semula kerana keluarganya tidak mampu menanggung kos perubatan yang mahal. Xiaowen kini dirawat di sebuah hospital di sini dan hidungnya direndam dalam cecair khas sementara menunggu ia disambung semula. Bapa Xiaowen, Wu Huajing berkata, anaknya diserang seekor anjing liar pada 31 Oktober lalu sehingga menyebabkan sebahagian hidungnya terputus.
“Saya membawa Xiaowen ke hospital, tetapi doktor memberitahu kecederaan anak saya sangat parah dan tidak boleh dirawat di sini. “Doktor berkata, anak saya perlu menjalani pembedahan menyambung semula hidungnya di hospital di Shanghai,” katanya. Bagaimanapun, dia tidak mampu membawa anaknya ke Shanghai kerana kos pembedahan dianggarkan berjumlah 300,000 yuan (RM203,555). Huajing yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa menyara lima lagi anak kini merayu derma orang ramai untuk membantu kos pembedahan anaknya itu. “Saya sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan anak saya. Setiap hari dia menangis kerana kesakitan,” katanya.








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91413#foto

Monday 9 November 2015

Bongkar kecurangan isteri VIP

SOALAN paling kerap ditanya, lelaki atau wanita siapa yang lebih ramai berlaku curang?

Sukar untuk memberikan jawapan yang pasti, namun Wan Zairi Afthar Ishak merasakan peratusan kes tidak banyak berbeza di antara kedua-duanya.
“Jika dahulu kisah kecurangan kebanyakan dikaitkan dengan lelaki. Namun dalam dunia yang semakin moden, sesiapa sahaja boleh terjerumus.
“Sebagaimana berlaku curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukan perkara yang sama,” katanya.
Beliau yang pernah berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia selama enam tahun mengakui kes curang atau perbuatan tidak setia merupakan kes paling banyak diadukan klien kepada pihaknya.
“Setiap klien mempunyai kisahnya tersendiri. Kebanyakan klien kami terdiri daripada golongan atasan, kenamaan, kerabat diraja dan artis. Ada juga golongan pertengahan,” katanya.
Menceritakan salah satu kes yang pernah dikendalikan, menurut Wan Zairi, perbuatan curang yang ingin dikongsikan melibatkan golongan sosialit iaitu seorang isteri yang menjalin hubungan sulit dengan ‘anak ikan’ (lelaki peneman).
“Klien kami merupakan seorang lelaki berstatus VIP. Pada mulanya dia agak malu untuk menceritakan masalah sebenar yang dihadapi namun, disebabkan mahukan kebenaran akhirnya dia berterus terang mengesyaki isterinya mempunyai skandal dengan lelaki lain.
“Seperti biasa selepas bersetuju untuk menerima kes terbabit, kami pun mula mengekori dan mengawasi gerak-geri wanita berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Pulau Tioman.
“Tanpa diduga wanita berkenaan singgah di sebuah lokasi untuk mengambil rakan-rakannya yang juga berstatus isteri orang.
“Menyambung perjalanan mereka kemudian berhenti di satu lokasi lain dan bersuka ria di sebuah pusat hiburan. Namun apa yang mengejutkan kali ini mereka bersama dengan ‘anak ikan’ masing-masing. Rupa-rupanya mereka sekumpulan isteri-isteri orang yang ada skandal dengan ‘anak ikan’,” katanya.
Selepas puas berhibur, perjalanan diteruskan pula ke destinasi sebenar iaitu Pulau Tioman.
Sampai sahaja di lokasi berkenaan, kesemua wanita berkenaan bersama pasangan ‘anak ikan’ masing-masing memasuki sebuah hotel dan menginap di sana.
“Sepanjang mengekori mereka, kami menyamar sebagai pelancong namun, untuk memastikan sasaran tidak mengesyaki apa-apa, kami pun turut serta bersama kumpulan berkenaan semata-mata untuk mengumpulkan maklumat.
“Kesempatan itu kami gunakan sebaiknya. Sepanjang tiga hari di sana bermacam-macam aksi dirakam untuk dijadikan bukti dan dihantar kepada klien,” katanya.
Namun agak membimbangkan sebaik memperolehi bukti berkenaan, klien bertindak nekad datang ke Pulau Tioman untuk menyaksikan sendiri kecurangan isterinya.
“Pada masa itu emosi VIP tersebut memang dalam keadaan tidak terkawal. Sedih, kecewa dan marah pun ada. Bila-bila masa sahaja dia bersedia menyerang pasangan skandal itu.
“Melihat keadaannya itu, kami pun menasihatkan dia supaya tidak mencetuskan jenayah keganasan yang boleh memberi kesan pada dirinya. Akhirnya dia akur dan bertindak mengetuk pintu bilik penginapan isterinya.
“Sebaik sahaja pintu dibuka, situasi di dalam bilik tersebut bertukar seperti sebuah drama. Memang menyedihkan apabila klien terpaksa menyaksikan kecurangan isterinya di hadapan matanya sendiri sebelum sempat berkata ‘sampai hati awak buat saya macam ini,” katanya.

-Utusan

Friday 6 November 2015

Curi tengkorak untuk dijadikan ubat




Beijing: Seorang lelaki ditahan polis kerana mencuri tengkorak di tanah perkuburan sebelum dikisar menjadi serbuk bagi dijadikan ubat untuk anaknya yang sakit mental.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Fu dipercayai menggali beberapa kubur di sebuah kampung di daerah Jinxian di wilayah Jiangxi sejak Julai lalu.

Fu yang berusia 40-an dilaporkan mengambil tengkorak wanita yang mati 30 tahun hingga 100 tahun.
Misteri kehilangan tengkorak di tanah perkuburan itu akhirnya terungkai apabila penduduk kampung ternampak Fu membawa guni pada minggu lalu.
Penduduk yang mengesyaki sesuatu yang mencurigakan menghubungi polis yang kemudian menahan Fu.
Ketika pemeriksaan polis menemui tengkorak dalam guni yang dibawa Fu dan lelaki itu mengaku mencuri tengkorak di kubur berkenaan.
Fu berkata, pengamal
perubatan tradisional memberitahunya, penyakit mental anaknya boleh diubati dengan meminum air serbuk tengkorak wanita.
“Saya hanya mengambil tengkorak wanita kerana diberitahu ia sangat mujarab untuk mengubati penyakit anak saya,” katanya.
Fu mengakui keadaan anaknya tidak berubah walaupun meminum air serbuk tengkorak berkenaan beberapa kali.






- Agensi/Metro

Thursday 5 November 2015

Bayar RM18.2j atau hukum pancung




Riyadh: Seorang remaja berusia 16 tahun perlu membayar SR16 juta (RM18.2 juta) kepada keluarga seorang remaja yang dibunuhnya dalam satu pergaduhan dua tahun lalu untuk mengelak hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya. Hakim di Hail, bandar di barat laut Saudi kelmarin memberikan tempoh dua bulan kepada keluarga Hamad Al Shammari untuk mengumpulkan diya atau wang darah untuk dibayar kepada keluarga mangsanya Khaled Hamad Khleef. Akhbar Sabq melaporkan, kempen mengumpulkan wang itu dilancarkan ketua kabilah Hamad, Sheikh Dhari bin Mohammed dengan sumbangan SR500,000 (RM569,000). Dia menggesa anggota kabilah berkenaan dan rakyat Saudi turut menyumbang untuk mengelakkan Hamad daripada dipancung.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); googletag.impl.pubads.createDomIframe("div-gpt-ad-1406187945380-0_ad_container" ,"/1009103/HM_Island_Ad_400x200_0",false,false); “Saya merayu semua anggota kabilah yang baik hati supaya menderma untuk membayar wang darah dan menyelamatkan nyawa anak saya,” kata ibu defendan . Menurut undang-undang syariah yang diamalkan di Arab Saudi, mereka yang didapati bersalah membunuh boleh dibebaskan dan mengelak daripada hukuman mati jika dimaafkan oleh keluarga mangsa selepas membayar diya. Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan jumlah diya sebanyak SR300,000 (RM341,004) tetapi keluarga mangsa boleh menaikkan jumlah itu sesuka hati mereka. - Agensi






 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90790#sthash.XfhEhB3K.dpuf

Balasan si pencuri




Nanning, China: Seorang wanita yang ditangkap kerana mencuri daging di sebuah pasar di sini diikat di tepi jalan dan dipakaikan satu sepanduk bertulis ‘Saya pencuri’. Wanita berusia 40 tahun itu dilihat duduk dengan tangannya diikat ke belakang pada satu besi di tepi jalan di luar pasar berkenaan. Saksi berkata, wanita itu ditangkap sekumpulan peniaga kerana mencuri daging kambing dan khinzir di pasar itu. Katanya, wanita berkenaan sudah beberapa kali ditangkap kerana mencuri dan tidak pernah serik melakukan jenayah berkenaan.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Sebagai pengajaran beberapa peniaga membawa wanita itu ke tepi jalan sebelum mengikatnya pada penghadang besi. “Seorang peniaga kemudian meletakkan satu sepanduk di leher wanita itu yang bertulis ‘Saya pencuri’, ‘Saya mencuri daging kambing dan khinzir’,” katanya. Menurutnya, wanita itu dibiar terikat di tepi jalan beberapa jam sebelum orang ramai menghubungi polis. Beberapa gambar wanita itu dimalukan di tempat awam tersebar di laman sosial di China dan mendapat pelbagai reaksi pengguna. “Apa sudah jadi dengan negara ini? Di manakah undang-undang?” kata seorang pengguna. Seorang lagi pengguna pula menyokong tindakan peniaga itu dan berharap hukuman berkenaan akan membuatkan wanita itu insaf.






 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90816#sthash.1CqgFdB7.dpuf

Wednesday 4 November 2015

Budak miliki jantung di luar badan

NEW YORK 31 Okt. – Walaupun dilahirkan dengan kecacatan yang unik iaitu jantung dan usus berada di luar dada dan abdomen, seorang kanak-kanak perempuan Rusia berusia enam tahun masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan seharian.
Virsaviya Borun menderita kecacatan yang unik selepas dilahirkan dengan keadaan jantung dan ususnya berada di luar abdomen. AGENSI
Portal Mail Online melaporkan, kanak-kanak terbabit, Virsaviya Borun yang kini tinggal di South Florida, Amerika Syarikat (AS) bersama ibunya, menderita kecacatan dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell, penyakit yang hanya berlaku satu dalam 5.5 juta kelahiran.
Jelas laporan itu, jantung Virsaviya yang berukuran saiz penumbuk, boleh dilihat berdegup di bahagian abdomen, selain hanya dilindungi lapisan kulit yang sangat nipis, dan usus kanak-kanak terbabit juga berada di luar badan disebabkan dia tidak mempunyai otot abdomen atau diafragma.
Malah dia dan ibunya, Dari Borun terpaksa berpindah dari Boston ke Florida kerana kanak-kanak terbabit tidak boleh hidup dalam cuaca sejuk.
Menurut ibunya, Dari Borun, ketika anak perempuannya itu berada dalam kandungan, doktor memaklumkan bahawa Virsaviyaakan mati sebaik-baik dilahirkan.
“Namun, anak saya membuktikan dakwaan doktor itu silap kerana dia masih mampu bernafas sehingga hari ini selepas enam tahun dilahirkan,” katanya.
Pesakit yang menderita kecacatan Pentalogy of Cantrell kebiasaannya memerlukan pembedahan, bergantung kepada betapa teruknya kecacatan tersebut dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

-Utusan

Tinggalkan cucu di padang pasir

Arizona: Seorang lelaki ditangkap dan dituduh meninggalkan cucunya berusia lima tahun di padang pasir bersama pistol .45 caliber serta arahan menembak ‘orang jahat.’ Paul Armand Rater, 53, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan mendera dan membahayakan nyawa kanak-kanak berikutan kejadian itu kelmarin. Menurut polis, dia keluar bersama cucunya dari rumah mereka di Buckeye, 48 kilometer ke barat Phoenix dengan menaiki trak pikap. Bagaimanapun, empat jam kemudian, kanak-kanak itu dilaporkan hilang. Ibu kanak-kanak itu yang melancarkan usaha mencari menemuinya di kawasan padang pasir sambil memegang pistol itu.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Dia diberikan pistol dan diarah menembak orang jahat. Saya tidak pasti bagaimana kanak-kanak lima tahun dapat membezakan orang baik dan orang jahat,” kata syerif Maricopa County Joe Arpaio. Rater kemudian ditemui di sebuah kedai dan memberitahu polis, keretanya rosak dan terpaksa meninggalkan cucunya di bawah pokok di padang pasir kerana kanak-kanak itu tidak berdaya untuk berjalan. “Saya meninggalkan dia dan pistol itu sementara saya meneruskan perjalanan untuk minum dan makan,” kata pejabat syerif, memetik kata-kata Rater. - Agensi








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90532#sthash.ql1NcoHm.dpuf

Tuesday 3 November 2015

Lelaki makan mayat ditahan




New Delhi: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di daerah Moradabad di negeri Uttar Pradesh kelmarin selepas penduduk kampung mendapati dia mencuri sebahagian mayat di sebuah pusat membakar mayat di kuil Hindu tempatan dan memakannya.
Jurucakap polis tempatan SN Singh memberitahu wartawan, penduduk kampung Surajnagar membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Lelaki itu dikenali sebagai Akhilesh dikatakan berasal dari daerah Sultanpur.
Menurut penduduk, lelaki itu memakan daging manusia yang diambil dari mayat yang dibakar di kuil itu.
Singh berkata, dia percaya Akhilesh menghidap masalah mental dan tindakan akan dikenakan terhadapnya selepas polis menerima laporan forensik dan perubatan, termasuk menghantarnya ke hospital sakit jiwa di Agra untuk tujuan pemeriksaan.
Seorang penduduk DK Bharti berkata, penduduk kampung yang datang untuk satu majlis pembakaran mayat melihat lelaki itu cuba berada terlalu dekat dengan mayat yang dibakar. Sebaik dikejar, Akhilesh, yang gerak-gerinya menjadi perhatian penduduk setempat sejak 15 hari lalu, melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah kosong.
Penduduk terkejut apabila menemui organ dan daging manusia tersorok di bawah sebuah katil di rumah itu.
Siasatan awal menunjukkan lelaki itu diusir oleh keluarganya di Sultanpur sejak lima tahun lalu. -




Agensi/Metro

Friday 30 October 2015

YB, pegawai tentera ditangkap khalwat




Jakarta: Seorang wakil rakyat dari Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Arzeti Bilbina dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pegawai tentera selepas ditangkap berdua-duaan di dalam bilik hotel di Malang.
Arzeti, 39, bekas model dan kini dilantik menganggotai suruhanjaya di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengenai hal ehwal agama, sosial dan wanita.

Tentera Indonesia mengesahkan pegawai yang ditangkap bersama Arzeti adalah komander pemerintah daerah Sidoarjo, Risky Indra Wijaya.
“Maklumat ini benar dan kes ini disiasat oleh polis tentera di Malang,” kata jurucakap tentera, Muhammad Sabrar Fadhilah .
 
Polis tentera dilapor menyerbu hotel berkenaan pagi Ahad lalu selepas terdapat maklumat ada seorang pegawai yang sudah berkahwin berada di dalam bilik bersama seorang wanita.
Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke ibu pejabat polis tentera untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Arzeti mengakui dia bertemu Risky kerana urusan perniagaan, tetapi menafikan pertemuan itu berlaku di bilik hotel.
“Apa yang dilaporkan media sebelum ini adalah tidak benar dan suami saya juga mengetahui saya bertemu Risky,” katanya.




- Agensi/Metro

Thursday 29 October 2015

Kurung, rogol suami selama 29 hari

SEOUL 28 Okt. – Seorang lelaki di Korea Selatan mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dikurung selama 29 jam di rumah dan dirogol oleh isterinya sendiri.

Portal Mail Online yang memetik kenyataan Pejabat Pusat Pendakwa Raya Seoul berkata, wanita berusia 40 tahun itu menghadapi pertuduhan merogol suaminya, kes pertama yang berlaku di Korea Selatan membabitkan seorang isteri merogol suami.
Kenyataan tersebut menambah, wanita yang tidak didedahkan namanya itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut sebagai cara mendapatkan bukti yang memihak kepadanya untuk memohon perceraian di mahkamah.
Pada Mei 2013, Mahkamah Agung Korea Selatan menetapkan kes rogol membabitkan pasangan suami isteri sebagai satu jenayah.
Awal tahun ini, sebuah mahkamah membebaskan wanita pertama di Korea Selatan yang menghadapi dakwaan cubaan merogol kekasihnya.
Wanita berusia 45 tahun itu mengaku menggunakan dadah untuk membuatkan bekas kekasihnya khayal sebelum mengikat dan memukul lelaki terbabit dengan penukul.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak merancang untuk merogol bekas kekasihnya.

-Utusan

Wednesday 28 October 2015

Wanita China disyor kahwin 2

Beijing: Seorang profesor di Universiti Zhejiang mencadangkan lelaki berpendapatan rendah di China berkongsi isteri bagi mengatasi masalah mencari pasangan hidup.
Profesor Xie Zuoshi menyuarakan pendapatnya ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin luas dan lelaki negara itu terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga.

Menurutnya, lelaki berpendapatan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mencari isteri kerana kemampuan mereka dari segi kewangan.
Bagi lelaki berpendapatan rendah, Xie mencadangkan mereka bergabung mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.
Menurutnya, ia bukan perkara baru kerana di beberapa kawasan pedalaman miskin terdapat kes dua adik beradik lelaki berkahwin seorang isteri dan mereka hidup bahagia dan aman.
Cadangan itu bagaimanapun tidak disambut baik. Beberapa aktivis wanita mengecam idea itu dengan menyifatkannya sebagai tidak adil dan tidak bermoral.
Xie bagaimanapun menyelar kecaman itu.
“Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie.
Profesor itu juga mencadangkan beberapa penyelesaian lain, termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran.


-Metro

Tuesday 27 October 2015

Toreh kepala, ketiak isteri berang diminta berpisah




Kuala Lumpur: Berang dengan permintaan isteri mahu berpisah menyebabkan seorang lelaki bertindak ganas menoreh belakang kepala dan ketiak mangsa dengan pisau.
Dalam kejadian jam 3.45 petang kelmarin, mangsa berusia 26 tahun dikatakan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Pandan Jaya di sini.
Sumber polis berkata, suspek berusia 25 tahun dikatakan muncul di pasar raya itu dalam keadaan mabuk dan sengaja mengganggu isterinya.
“Mangsa yang tidak selesa diganggu ketika bekerja meminta bantuan pengurusan pasar raya itu bagi mengusir suspek.
“Bagaimanapun suspek muncul semula beberapa minit kemudian dengan membawa pisau pemotong kertas,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian bertindak ganas menyerang isterinya.






-Metro

Monday 26 October 2015

Biskut Titanic dijual RM98,000




London: ‘Biskut paling berharga di dunia’ yang masih disimpan selepas kapal Titanic karam pada 1912 dijual dengan harga 15,000 pound (RM98,000) dalam lelong yang diadakan di United Kingdom, manakala gambar dipercayai menunjukkan bongkah ais yang menyebabkan nahas berkenaan dijual dengan harga 21,000 pound (RM137,000).
Jurulelong Andrew Aldridge dari firma lelong Henry Aldridge & Son berkata, biskut kering Spillers and Bakers Pilot itu yang ditemui dalam kit kecemasan dalam bot keselamatan dijual kepada pengumpul di Greece dan jauh menjangkaui harga jangkaan iaitu antara 8,000 hingga 10,000 pound (RM52,000-RM65,000).

Biskut itu disimpan James Fenwick, penumpang kapal Carpathia yang datang membantu mangsa Titanic yang terselamat.
Dia menyimpannya dalam sampul yang ditulis ‘Biskut Pilot dari bot keselamatan Titanic, April 1912.’
Gambar bongkah ais berkenaan pula dijual jauh menjangkaui 10,000 hingga 15,000 pound (RM97,000) yang dianggarkan pada awalnya.
Kapal Titanic karam selepas empat hari belayar melintasi Lautan Atlantik dari Southampton di England ke New York.
Ia melanggar bongkah ais pada 14 April 1912 mengakibatkan lebih 1,500 terbunuh. - Agensi/Metro

Friday 23 October 2015

Kemaruk pakaian dalam wanita




Taipei: Seorang lelaki ditahan semalam selepas polis yang menerima maklumat daripada orang ramai menyerbu apartmennya dan menemui 140 coli dan seluar dalam wanita. Walaupun terkejut dengan jumlah pakaian dalam yang dicuri lelaki berkenaan, polis berkata, mereka terperanjat melihat cara lelaki berusia 23 tahun itu menyusun koleksinya. Menurut pegawai, selain kemaruk dengan pakaian dalam wanita, lelaki itu juga pembersih. “Dia menyusun dengan baik semua coli dan seluar dalam yang dicurinya,” kata pegawai itu.
Menurutnya, lelaki berkenaan mengaku mencuri seluar dalam di jemuran di kediaman sekitar bandar Taoyuan. Pencuri berkenaan juga berkata, sebahagian pakaian dalam itu dicuri selepas memasuki kediaman pelajar Universiti Kristian Chung Yuan yang tidak berkunci. Cara dia menyusun barangan curinya itu jauh lebih baik berbanding lelaki yang ditangkap di Guanxi beberapa bulan lalu. Lelaki berkenaan melonggokkan 2,000 pakaian dalam wanita yang dicurinya di atas siling, menyebabkan ia roboh kerana terlalu berat. - Agensi




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87347#sthash.k2Fio1qG.dpuf

Thursday 22 October 2015

Suami ada kekasih gelap, kereta BMW jadi sasaran lepas geram




Beijing: Seorang wanita pertengahan usia di Shenzen mengamuk dan memecahkan kereta BMW 740 milik suaminya selepas mendapat tahu lelaki itu mempunyai hubungan sulit. Wanita bernama Wu itu menggunakan tukul dan memukul kereta yang dianggarkan bernilai 1 juta yuan (RM679,000) selepas dilaporkan melihat suaminya bersama perempuan lain dalam kereta berkenaan sebelum itu.
Orang ramai di sekitar kawasan itu dikejutkan dengan bunyi bising sebelum melihat Wu memecahkan kereta itu sambil menjerit ‘Perempuan yang duduk dalam kereta ini menjijikkan!’
Pengawal keselamatan di tempat letak kereta itu cuba menghalangnya, tetapi diberi amaran supaya tidak masuk campur, selain mendakwa kereta itu miliknya, malah mengeluarkan dokumen untuk membuktikannya.
Dia kemudian menyambung semula ‘kerjanya’ memusnahkan kenderaan itu. Akibat perbuatannya, lampu depan dan belakang kereta pecah, but remuk teruk dan empat pemegang pintu juga musnah. Semua tingkap kereta itu juga pecah dan retak.
Suaminya yang tiada kerana urusan perniagaan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pengawal keselamatan. - Agensi




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87055#sthash.Hzgyz1QH.dpuf

Wednesday 21 October 2015

Sejam celup tangan dalam jamban




Zhejiang (China): Nasib malang menimpa seorang lelaki selepas lengannya tersangkut ketika cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di dalam lubang tandas.
Lelaki itu yang enggan dikenali berkata, dia masuk ke tandas berkenaan untuk membuang air besar sambil menggunakan telefon bimbitnya. “Secara tiba-tiba telefon saya terlepas dari tangan dan terus masuk ke dalam lubang tandas. “Tanpa berfikir panjang saya terus memasukkan tangan ke dalam lubang tandas itu untuk mengambil telefon bimbit saya,” katanya.
Ujarnya, selepas dia memasukkan tangannya ke dalam lubang tandas hingga ke paras lengan dia tiba-tiba tersangkut. “Saya cuba menarik tangan, tetapi saya berasa sangat sakit. “Saya kemudian menjerit meminta tolong sebelum seorang lelaki datang dan menghubungi bomba,” katanya.
Bomba yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa selama sejam untuk mengeluarkan tangan lelaki itu dengan memecahkan tandas berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui lelaki itu berjaya mendapatkan telefon bimbitnya semula atau tidak. - Agensi




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86737#sthash.FvKs3tK6.dpuf

Abang glu mata adik kerana cemburu




Riyadh: Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan menanti ibunya tidur sebelum mengambil sebotol glu dari dalam laci dan memicitnya pada mata adiknya.
Bapanya Atallah Al Anzi berkata, dia percaya anak sulungnya, Sultan, bertindak demikian kerana cemburu dengan tumpuan yang diberikan kepada adiknya yang berusia lapan bulan.
Atallah memuatnaikkan gambar bayinya itu selepas mata kirinya dipicit dengan glu berkenaan sebelum membawanya ke hospital untuk dirawat.
“Doktor membalut mata anak saya selama lima hari dan memberi keyakinan kepada saya bahawa dia dalam keadan baik dan matanya akan pulih seperti sedia kala,” kata Atallah. - Agensi

Monday 19 October 2015

Sanggup buang telinga

               


London: Kerana taasub dengan haiwan peliharaannya, seorang lelaki melalui pelbagai pembedahan untuk kelihatan seperti burung kakak tua, termasuk selama 6 jam untuk memotong telinganya.




Ted Richards, 56, dari Hartcliffe, Bristol, kini berazam mengubah hidungnya supaya berupa paruh.
Katanya, dia mendermakan telinganya yang dikerat itu kepada seorang rakan yang dianggap ‘tahu cara menghargainya’ dan kini menanti tarikh seterusnya untuk pembedahan selanjutnya.




Richards yang mempunyai 110 tatu, selain menindik badannya 50 kali dan membuat pembedahan membelahkan lidahnya, amat bangga dengan perubahan dilakukannya untuk menunjukkan kasih sayang terhadap lima burung kakak tua kesayangannya, Ellie, Teaka, Timneh, Jake dan Bubi.




“Saya melakukannya kerana mahu kelihatan sama seperti burung kakak tua kesayangan saya. Sebelum ini rambut saya panjang untuk menutup telinga,” katanya.-Metro

Syarat pelik untuk bakal isteri

Dubai: Seorang lelaki Arab Saudi yang mahu mengahwini wanita tempatan meletakkan syarat pelik supaya isterinya itu tidak mendedahkan kisah peribadi mereka di media sosial.


Akhbar Al Watan melaporkan, syarat itu diterima wanita terbabit.


“Pengantin lelaki meletakkan syarat supaya tiada Instagram atau Snapchat dalam kehidupan mereka. Lebih pelik lagi apabila si isteri bersetuju,” kata laporan itu.


Perkara itu turut direkodkan kadi Sheikh Abdul Aziz Al Qarni sebagai satu syarat bagi perkahwinan berkenaan.


“Syaratnya pelik, tetapi memandangkan pengantin perempuan bersetuju, saya pun tiada masalah,” kata Sheikh Abdul Aziz. - Agensi/Metro

Friday 16 October 2015

Polis siasat wanita siar gambar bayi berikat di Facebook


Tijuana (Mexico): Seorang wanita di sini disiasat pihak berkuasa selepas dia memuat naik gambar bayinya dalam keadaan tangan berikat dan mulut ditutup di Facebook. Gambar itu memaparkan bayi lelaki berusia setahun itu diikat tangan dan ditutup mulut dengan menggunakan pita pelekat. Wanita itu dikenali sebagai Rosa dikecam teruk pengguna Facebook yang berang dengan gambar berkenaan. Selepas dikecam, Rosa akhirnya memadam gambar itu.
Rosa kemudian memberitahu, anaknya sihat dan dia hanya bergurau dengannya. “Anak saya tidak apa-apa dan kami sebenarnya bermain bersama seluruh keluarga saya. “Saya kesal gambar ini tersebar dan mendedahkan bayi saya,” katanya. Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima pengguna lain yang terus membuat laporan kepada pihak berkuasa. Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan mengenai gambar itu dan menyiasat Rosa serta suaminya. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85503#sthash.ThvwmmVM.dpuf

Thursday 15 October 2015

Bakar diri kes rogol tak disiasat polis

Multan (Pakistan): Seorang remaja perempuan Pakistan membakar diri sendiri selepas polis enggan menyiasat dakwaan dia dirogol rakan sejawat mereka.
Dua polis ditahan selepas Sonia Bibi membakar dirinya kelmarin di luar balai polis di Muzaffargarh di wilayah Punjab.
Dia dikejarkan ke hopsital, tetapi meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya itu.
Jurucakap polis Nabila Ghazanfar berkata: “Kami boleh mengesahkan Sonia membunuh diri dengan membakar dirinya. Dia menuduh beberapa polis merogolnya dan aduannya tidak diendahkan.
“Kami mewujudkan jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu.”
Sementara itu, pegawai polis kanan di Muzaffargarh, Awais Malik berkata, dua anggota polis ditahan dan ketua balai terbabit juga digantung tugas kerana gagal mengambil tindakan. - AFP

Jenazah Firdaus dikebumi selepas Zohor

SEREMBAN - Jenazah remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah dijangka akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Hj. Mohd. Said di sini selepas solat Zohor hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkefli Ramli berkata, bedah siasat ke atas mayat remaja itu sedang dilakukan di Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan dijangka selesai tengah hari ini.

"Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri di sini untuk disembahyangkan.

"Pihak JKM telah mendapat kebenaran ibu arwah, Lolanopita Sadi, 41, untuk menguruskan jenazah Firdaus," katanya ketika ditemui di HTJ. - K!ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz3obMKNRX6

Monday 12 October 2015

Pengsan tengok suami dengan wanita lain

Kuwait City: Seorang wanita di Kuwait pengsan kerana terkejut melihat suaminya bersama seorang wanita lain di sebuah pusat belibelah.
Si suami yang juga terkejut melihat isterinya, bukan saja melarikan diri meninggalkan isterinya dirawat oleh pasukan perubatan pusat beli-belah itu, tetapi juga meninggalkan Kuwait.
Kejadian itu menjadi viral di media sosial di Kuwait.
Ramai pengguna berkata, reaksi si suami lebih teruk daripada tindakannya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Sementara itu, seorang wanita yang mengulas kejadian itu berkata, si isteri sepatutnya bersyukur kerana mengetahui siapa sebenar suaminya.
“Dia berhak memperoleh suami lebih baik, lelaki sejati, bukan pengecut,” tulis wanita itu. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84381#sthash.TZ6Dli4r.dpuf



Friday 9 October 2015

Ketagih tebuk muka


Berlin: Seorang lelaki berusia 22 tahun kini memegang rekod dunia kerana menebuk ‘terowong’ terbanyak pada wajahnya. Joey Miggler mampu memasukkan lidahnya - yang turut dibelah dua - ke dalam lubang sebesar 34 milimeter yang ditebuk di kedua-dua pipinya.


Malah, dia juga boleh memasukkan apa saja melalui lubang pada wajahnya itu termasuk gula-gula. Secara keseluruhannya dia mempunyai 11 lubang di mukanya termasuk pada bibir dan hidung.


Miggler pertama kali melakukan tindikan pada telinga ketika berusia 13 tahun, namun sejak itu terlalu taksub dengan mengubah rupanya dan mengaku ‘ketagih’ dengan aktiviti berkenaan. “Saya sangat berbangga dengan lubang pada muka saya, dan masih mahu menambahnya.


Malah saya mahu membesarkan lubang yang ada supaya lebih unik. “Seronok melakukan eksperimen dengan badan saya seperti ini,” katanya. - Agensi A



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83636#sthash.m0x6r9Wf.dpuf

Kembar jadi parasit


New Delhi: Seorang budak lelaki berusia empat tahun dikesan ‘mengandung’ kerana lahir dengan keadaan yang amat unik, iaitu dengan janin di dalam perutnya. Kanak-kanak dari kampung Kharikabandh di Benggala Barat dilahirkan dengan keadaan dikenali sebagai ‘foetus in fetu’ yang terlalu jarang berlaku dan membabitkan satu dalam 500,000 kelahiran.
Hanya 200 kes dilaporkan di seluruh dunia. International Business Times melaporkan, kanak-kanak itu mengadu sakit perut minggu lalu dan dibawa ke hospital. Doktor yang percaya dia mempunyai ketumbuhan dalam perutnya melakukan imbasan CT dan terkejut melihat mayat janin ‘sempurna’ di situ.
Pada 2012, seorang budak perempuan berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital di China selepas lengan ketiga tiba-tiba tumbuh di belakangnya yang kemudian didapati sebenarnya kembar seiras yang tidak berkembang sebelum memasuki tubuhnya. Malah mayat janin itu turut mempunyai payudara, lengan, tulang belikat dan dua jari. - Agensi




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83643#sthash.g7MNUAkp.dpuf

Thursday 8 October 2015

Badan kerbau, kepala buaya


Bangkok: Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya. Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau. Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.
Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini. “Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.
Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya. “Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.
Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet. “Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.
“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83131#sthash.Dx9ZGswy.dpuf

Tuesday 29 September 2015

Lima budak mati ditetak


Bangkok: Seorang lelaki yang mengalami masalah mental bertindak kejam apabila menetak hingga mati lima kanak-kanak termasuk seorang berusia lima bulan dengan kapak. Asapa Seewua, 22, dilaporkan mengamuk dan menetak lima anak jirannya di sebuah kampung di daerah Chai Prakarn di Chiang Mai pada tengah hari kelmarin.
Polis berkata, Asapa menyerbu rumah jirannya dan menetak lima kanak-kanak lelaki berusia lima bulan hingga lapan tahun menggunakan kapak. Seorang wanita mengandung yang dipercayai ibu kepada tiga mangsa juga cedera akibat ditetak di bahagian muka dan badan.
Jurucakap polis, Sombut Kalasuk berkata, lima kanak-kanak malang itu mati akibat ditetak di leher dan kepala. “Mayat tiga kanak-kanak dijumpai berlumuran darah di dalam rumah dan seorang mati di depan pintu pagar serta seorang lagi di hospital. “Punca suspek mengamuk masih tidak diketahui tetapi lelaki ini mempunyai sejarah penyakit mental,” katanya.
Ujarnya, suspek menyerbu masuk rumah jirannya dan terus mengejar kanak-kanak berkenaan. “Ibu mangsa yang terdengar suara kanak-kanak menjerit cuba menenangkan suspek tetapi dia turut ditetak,” jelasnya. Menurutnya, suspek ditangkap dan dibelasah penduduk kampung sebelum diserah kepada polis.




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80882#sthash.3e52XX7w.dpuf

Monday 28 September 2015

Suami ‘mental’ bunuh isteri tolak seks

Uttar Pradesh: Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya. Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya Meenu Sharma.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah.
Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak” kata pegawai polis Santosh Kumar.
Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya. Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan kematian.
“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.
Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar. Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin.
Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari. Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku.
Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80712#sthash.PwUkWUsm.dpuf

Friday 25 September 2015

Muka hilang dimakan virus misteri


Ho Chi Minh: Seorang lelaki di sini dijangkiti sejenis virus misteri yang memakan daging sehingga menyebabkan mukanya hampir hilang. Huynh Van Dat, 51, dijangkiti virus berkenaan sejak 11 tahun lalu dan kini dia tidak mempunyai mata, hidung dan mulut.
Isteri Van Dat, Huynh Thi Trieu berkata, suaminya mula dikesan dijangkiti virus itu pada 2004 apabila hidungnya sering berdarah. Tidak lama selepas itu, Van Dat mendapati ada cecair masuk ke dalam hidungnya setiap kali dia minum.
Doktor yang merawat Van Dat memberitahu, dia ada masalah di dalam hidung dan ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.
Bagaimanapun, selepas pembedahan dijalankan keadaannya tidak pulih dan semakin buruk. “Lubang di dalam hidungnya semakin membesar dan virus itu perlahan-lahan memakan hidung, pipi dan matanya. “Walaupun tidak berdarah suami saya memberitahu keadaan itu sangat menyakitkan,” katanya.
Menurutnya, keadaan suaminya kini semakin teruk dan dia tidak boleh bercakap serta melihat lagi. Menurutnya, doktor juga bingung dan masih belum mengenal pasti virus yang memakan daging muka suaminya. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80028#sthash.XQSjmA4k.dpuf

Wednesday 23 September 2015

Al-Quran palsu dirampas

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi merampas 70,000 salinan palsu al-Quran menjelang musim haji. Menurut pegawai Saudi, trak yang membawa al-Quran palsu itu ditahan berhampiran kampung Al Jamoom, pintu masuk ke kota Makkah yang kini melihat kehadiran ribuan jemaah bagi menunaikan ibadah haji.
Penemuan pada Isnin itu datang selepas berlaku beberapa peristiwa tragik sepanjang berlangsung musim haji tahun ini.
Empat jemaah haji dari Yaman dilaporkan cedera dalam kebakaran hotel di Makkah menyebabkan 1,500 orang dipindahkan.
Sementara itu, awal bulan ini, sebuah kren runtuh di Makkah mengorbankan lebih 100 orang dan mencederakan lebih 300 jemaah.
Raja Arab Saudi menjanjikan pampasan lebih $260,000 (RM300,000) kepada setiap keluarga yang terjejas dalam kejadian itu. - Agensi




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79557#sthash.IVooeL87.dpuf

Tuesday 22 September 2015

Lipan dalam telinga


Beijing: Seorang wanita terkejut apabila seekor lipan masuk ke telinganya ketika dia sedang tidur dan enggan keluar .
Dalam kejadian di Jiangsu itu, wanita yang namanya tidak didedahkan itu terpaksa mendapat bantuan doktor bagi mengeluarkan haiwan berbisa berkenaan selepas lipan itu terlalu selesa tinggal di dalam telinganya.

Media tempatan melaporkan doktor di Hospital Yangzhou berjaya mengeluarkan lipan berkenaan pada 17 September lalu.
Klip video yang turut tersebar menunjukkan lipan berkenaan keluar seketika seolah-olah menjenguk keadaan sekeliling sebelum kembali ke ‘sarangnya’ yang selesa.
Beberapa minit kemudian, doktor menggunakan penyepit untuk mengeluarkan haiwan itu perlahan-lahan daripada telinga mangsa.
Menurut laporan media, doktor terlebih dulu melemaskan lipan berkenaan menggunakan salin.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan ringan pada telinganya.
Rakaman prosedur berkenaan menjadi viral selepas dikongsi pengguna laman media sosial.
-Agensi/Metro

Monday 21 September 2015

Babak nenek gatal viral di China


Beijing: Satu rakaman video yang memaparkan seorang nenek cuba mencium bibir seorang budak lelaki kini viral di laman sosial di China. Aksi nenek yang gatal itu dilaporkan dirakam kamera keselamatan di dalam lif di sebuah kediaman di China.
Menurut portal berita Sina News, budak lelaki berkenaan masuk ke dalam lif itu bersama seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 70-an. Ketika di dalam lif, wanita itu tiba-tiba dilihat menghampiri budak lelaki berkenaan dan terus mencium bibirnya.
Budak itu yang terkejut dengan tindakan berkenaan cuba menjauhkan diri, tetapi wanita itu terus menghampirinya. Wanita berkenaan beberapa kali dilihat cuba memeluk dan mencium budak lelaki itu. Kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu, budak lelaki itu kemudiannya menolaknya dengan kuat sebelum keluar dari lif. Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang menggelar wanita itu sebagai nenek yang gatal. “Mungkin nenek ini jatuh cinta dengan budak lelaki itu,” kata seorang pengguna. - Agensi            




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78816#sthash.BbhAwQnm.dpuf

Friday 18 September 2015

Model bergambar dengan buaya liar di bawah air






AGENSI - IMEJ mempesonakan Mancino berada dekat dengan buaya.




QUINTANA ROO, Mexico – Seorang model nekad memperjudikan nyawanya ketika merakamkan gambar bawah laut bersama seekor buaya di sini baru-baru ini.
Roberta Mancino dari Itali mengembara sejauh 48 kilometer dari pesisir pantai ke sebuah lagun di tengah kawasan terumbu karang Banco Chinchorro di Teluk Mexico dan menjadi habitat kepada lebih 700 ekor buaya bagi memenuhi impiannya berenang bersama buaya.
Rakaman yang dijalankan pada Jun lalu dan mengambil masa lima hari menyaksikan Mancino menghabiskan masa sehingga 10 jam berenang bersama reptilia berkenaan di kawasan tersebut.
Buaya-buaya di situ kelihatan selesa dengan kemunculannya, membolehkan jurugambar merakamkan beberapa imej mempesonakan Mancino berada dekat dengan haiwan pemangsa itu.
“Sudah tentu saya tidak mahu semua orang mula berenang dengan buaya selepas ini, namun saya mahu menunjukkan bahawa reptila itu bukan haiwan yang ganas,’ ujar Mancino. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3m2woAp5F

Thursday 17 September 2015

Guna kad izin pacaran tunggang motosikal



Jakarta: Seorang wanita di Indonesia yang panik selepas ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen menunjukkan kepada polis kad izin berpacaran yang direkanya sendiri.
Malangnya, wanita itu bukan sahaja dikenakan tindakan kerana tiada lesen memandu, tetapi turut disiasat atas tuduhan cuba mempermainkan pihak berkuasa dengan menunjukkan kad berkenaan.
Kejadian melucukan itu menjadi viral selepas disebarkan kumpulan pemotoran di laman Facebook baru-baru ini.
Wanita itu yang dikenali sebagai Maya Riyanti dikatakan ditahan polis ketika menunggang motosikal di Jakarta.
Polis terkejut dengan tindakan Maya menunjukkan kad izin berpacaran itu yang lengkap dengan tanda tangan ibu bapanya memarahinya menyebabkan dia menangis dan meminta maaf. - Agensi

Tuesday 15 September 2015

Isteri menyelinap masuk bilik penjara suami

Surabaya: Pegawai penjara di sini malu besar selepas seorang wanita yang dipercayai isteri banduan yang disabitkan dengan aktiviti pengganas menyelinap masuk ke bilik penjara lelaki itu dan bermalam selama beberapa hari.
Warden penjara Porong, Heri Prasetyo berkata, pegawai penjara menemui wanita berkenaan bersembunyi di tandas di bilik penjara yang didiami Abdullah Ummamity Jumaat lalu.
Abdullah dihukum penjara seumur hidup akibat disabitkan kesalahan berkaitan dengan aktiviti pengganas.
Wanita itu ditemui ketika pegawai penjara mahu memindahkan Abdullah dan tiga lagi pesalah ke penjara berasingan selepas mereka didapati mempengaruhi banduan lain.
Pegawai penjara sebelum ini pernah menemui peralatan membuat bom, buku dan bendera militan Negara Islam di bilik penjara mereka.
Tidak dapat dipastikan bagaimana peralatan membuat bom itu boleh berada di dalam penjara.
Heri memberitahu, isteri Abdullah kemungkinan tinggal di bilik penjara bersama suaminya lebih dari satu hari.
Beliau mengakui kesilapan itu berpunca daripada pengurusan penjara itu yang mempunyai 17 pengawal bagi mengawasi 1,193 banduan.
Katanya, pihak penjara bekerjasama dengan polis bagi menyiasat bagaimana wanita itu menyelinap masuk ke penjara dan kemungkinan ada pengawal yang bersubahat.
Polis menyoal siasat wanita itu sebelum dihantar pulang ke rumahnya berhampiran penjara yang disewanya sejak Abdullah ditahan pada 2007. - Agensi

Monday 14 September 2015

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".
Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...
Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ... 
Ya Allah... disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita.


Sumber.!...