Thursday 28 February 2013

Ketuanan Melayu mesti 'dihumban' keluar - Nizar

Inilah jadinya bila meletakkan matlamat menghalalkan cara. Masa hadapan bangsa diperjudikan demi mencapai cita-cita. Anak-anak bangsa tidak dipedulikan masa depannya asalkan hati puas. Nafsu amarah menjadi petualang dalam diri.

Jadikan laporan ini pengajaran berguna untuk kita mencongak masa hadapan Agama, Bangsa dan Negara :
 
Ketuanan Melayu mesti 'dihumban' keluar - Nizar
 
LUMUT 27 Feb. - Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.
Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.
"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.
"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.
Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'.
Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.
Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.
"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130228/dn_42/Ketuanan-Melayu-mesti-dihumban-keluar---Nizar#ixzz2M9h334Ex
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday 27 February 2013

Jiwa Paradox: PANAS: MELAYU DIKESAN BANTU GEREJA UNTUK JATUHKAN KERAJAAN

Jiwa Paradox: PANAS: MELAYU DIKESAN BANTU GEREJA UNTUK JATUHKAN KERAJAAN

Jiwa Paradox: PANAS: MELAYU DIKESAN BANTU GEREJA UNTUK JATUHKAN KERAJAAN

Jiwa Paradox: PANAS: MELAYU DIKESAN BANTU GEREJA UNTUK JATUHKAN KERAJAAN

Regangan Otak : Ambil kesempatan

Ada Empat Orang Tengah Tunggu Lif. Sorang Tu Doktor, Sorang Lagi Tu
Engineer, Yang Ketiga Tu Peguam Dan Yang Last Sekali Tok
Imam.Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh,


Datang Le Sorang Awek Cun Yang Teramat-Amatlah Seksi.
Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik Le. Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke
Atas, Tiba-Tiba Elektrik Terputus. Lif Tu Pun Berhentilah DenganTiba-


Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam Black Out Tu, Mulalah Ada
Salah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak Nak Buat Kurang Ajar Dengan
Pompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan Tu Dalam Gelap!Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik.
 
Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si Engineer, Lepas Tu Kat Si Doktor,
Ketiga Kat Si Peguam. Last Sekali Kat Tok Imam.

Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Tok Imam Satu Penampar Jepun
Yang Teramatlah Kuat."Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada Hati Nak Meraba Lagi
Tu !!!"Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik Penumbuknya Kat Muka
Tok Iimam Tu..



Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Tok Imam Tu Yang Buat Dajal ?

 



Kerana.......... Tok Imam Tu Sorang Je Lelaki!!
ihsan - Gempak !

“Wahai orang-orang yang beriman!

Buat diri ini dan saudara-saudara ku yang sudah semakin lupa dan leka,  fikir-fikirkan,  jangan kerana mengejar impian di dunia kita mengabaikan :-

Firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..”

(Surah Al Hujurat, ayat 12).

dan

Hadis Nabi :

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”.

(Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq al-Sunnah ini (hlm 507).

Wanita dalam pantang dijel 2 bulan tawar khidmat seks

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dalam tempoh berpantang hari ini dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Ahad lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Rosmalini Hussin, 31, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Februari lepas.


Rosmalini dari Triang, Pahang didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Sarjan Major P. Ravidran, 50, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini pada 8.05 malam pada tarikh tersebut.
Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Rosmalini yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia hanya seorang suri rumah dan masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sebulan yang lepas.

Dia juga mempunyai empat lagi anak yang berumur antara 2 tahun hingga 10 tahun manakala suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Zuraimi Kamarozzaman. - Bernama/Sinar

20 kampung tiada wanita

Moscow: Lebih 20 kampung di pedalaman dan wilayah gersang di Russia didiami lelaki saja.
Menurut bancian rasmi Russia, 23 kampung kecil di wilayah Krasnoyarsk langsung tidak mempunyai wanita.
Kampung itu sebahagian daripada habitasi paling pedalaman di dunia dan ada beberapa kampung hanya mempunyai seorang penduduk sementara yang lain tidak lebih empat atau lima, lapor The Siberian Times.
Suhu di wilayah itu mencecah sehingga 40 darjah selius di bawah beku pada musim sejuk dan teramat panas pada musim panas.

Ketidakseimbangan jantina itu didedahkan pada Hari Pembela Negara, acara tahunan bagi memberi penghormatan terhadap peranan lelaki pada setiap 23 Februari.
Bagaimanapun, apabila diambil kira jumlah penduduk seluruh Krasnovarsk, wilayah kedua terbesar di Russia, jumlah penduduk wanitanya melebihi penduduk lelaki dengan angka 193,000. - Daily Mail

- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/20kampungtiadawanita/Article#sthash.j8KYwXVu.dpuf

Lelaki bogel luar bilik hotel

Lain kali, apabila anda mahu keluar dari bilik hotel, sesuatu yang perlu anda ingat ialah: Jangan sesekali melakukannya tanpa pakaian di badan.
Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.
Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.
Disebabkan terleka, pintu bilik hotel itu tertutup sendiri dan dia tidak memiliki kunci untuk membukanya. Dalam keadaan bogel, lelaki terbabit merayau ke sana-sini di sekitar hotel sambil cuba pergi ke kaunter penyambut tetamu.

Tanpa sesuatu untuk melindungi kemaluannya, dia cuma bergantung kepada dulang makanan yang menjadi punca masalahnya sementara dia berjalan mencari penyelamat.
Namun, sebelum sampai ke kaunter penyambut tetamu, lelaki terbabit terpaksa berdepan dengan ramai pelawat hotel berkenaan.
FotoGELAGAT seorang lelaki berbogel yang terperangkap apabila pintu bilik hotelnya tertutup secara automatik.
 
Seorang ibu dan anak lelakinya pula terpaksa berkongsi lif dengan lelaki terbabit dan reaksi mereka ternyata kurang menyenangkan. Walaupun amat terdesak, lelaki malang itu masih terpaksa bersusah-payah mendapatkan bantuan daripada petugas di situ kerana mereka tetap mahukan dia menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan sebelum kunci baru diberikan.
Sehingga semalam, rakaman video itu ditonton lebih 50,000 kali. Bagaimanapun, sebahagian besar penonton curiga terhadap kesahihan insiden itu dan yakin, ia dirancang lebih awal. - Daily Mail
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Lelakibogelluarbilikhotel/Article/#child

Ibu bunuh anak kerana zakarnya mengecil selepas berkhatan

JAKARTA 26 Feb. - "Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja," begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.

Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari ini, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa.

Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu.

Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.

Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.

Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130226/lu_11/Ibu-bunuh-anak-kerana-zakarnya-mengecil-selepas-berkhatan#ixzz2M3bfoTlW
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday 26 February 2013

Budak menangis lapar 8 jam di sisi mayat ibu

Kuala Kangsar: Seorang budak perempuan berusia dua tahun kelaparan hampir lapan jam, apabila ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung dipercayai sebelum sempat menyusukannya.

Lebih menyayat hati apabila kematian mangsa yang hanya dikenali sebagai Yoong, 39, dari Taman Sri Mas, di sini, hanya disedari selepas suami mangsa pulang dari tempat kerja, kira-kira jam 7 malam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhammad, berkata suami mangsa terdengar tangisan kuat daripada anak perempuannya sebelum mengintai ke dalam rumah dan mendapati isterinya terbaring tidak sedarkan diri di tepi katil bayi mereka.

“Suami mangsa gagal memasuki rumah kerana pintu terkunci dan terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu. Pemeriksaan polis mendapati ada kesan darah pada hidung mangsa tetapi tiada sebarang kesan pencerobohan berlaku pada rumah mereka.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. Laporan hospital mengesahkan kematian mangsa akibat serangan jantung dan dipercayai sudah meninggal dunia hampir lapan jam sebelum ditemui,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 20 tahun kematian bayi lelakinya yang dilahirkan pramatang di rumahnya di Kampung Chua, di sini, pada jam 11.30 pagi kelmarin.

Gaffar berkata, kejadian itu disedari keluarga mangsa selepas anak perempuan mereka mengadu sakit perut selepas melahirkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan.


“Bapa mangsa meminta bantuan seorang pegawai perubatan di Klinik Sauk bagi membantu anaknya yang kesakitan. Bagaimanapun, bayi seberat 800 gram itu disahkan meninggal dunia ketika dilahirkan,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa hamil hasil hubungan dengan tunangnya berusia 20 tahun.

“Polis mengklasifikasikan kedua-dua kes itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya.-BH

Penduduk Aceh tarik balik saman berhubung bunyi azan



SAYED HASAN membaca sebuah buku Islam di rumahnya di Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH - Seorang warga emas Indonesia semalam menyatakan dia mendapat kemenangan luar jangkaan berhubung samannya ke atas sebuah masjid yang terlalu bising walaupun dia dipaksa menarik balik tindakan undang-undang tersebut selepas orang ramai mengugut mahu membunuhnya.
Aduan terhadap bunyi terlalu bising pembesar suara pada waktu azan ditentang hebat di Indonesia yang memiliki sekitar 800,000 buah masjid.
Apabila warga emas itu, Sayed Hasan, 75, mengemukakan saman pada Disember tahun lalu di sini, aduan tersebut mendapat bantahan orang ramai.
Warga emas itu mengadu dia diganggu oleh bunyi rakaman berterusan bacaan ayat suci al-Quran.
Bagaimanapun, lelaki tersebut berkata, dia mendapat kemenangan di luar jangkaannya selepas saman itu ditarik balik.
"Selepas saya menggugurkan kes saya, bunyi itu dikurangkan separuh," katanya.
Seorang pemimpin Islam tempatan berkata, imam masjid berkenaan memutuskan untuk mengurangkan bunyi rakaman itu.
Seramai 90 peratus daripada 240 juta penduduk Indonesia terdiri daripada orang Islam.
Walaupun kebanyakan mereka mengamalkan ajaran Islam sederhana, wilayah Aceh melaksanakan undang-undang syariah yang dikuatkuasakan oleh polis agama. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2LyR03t5w
Hakcipta terpelihara

Meninggal dalam solat

Kuala Terengganu: “Saya mendengar arwah menarik nafas panjang ketika di rakaat kedua sebelum dia terjatuh,” kata Azhar Nong, 48, rakan peniaga kain, Saidi Salleh, 54, yang meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di surau Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, semalam.

Azhar dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah serta beberapa jemaah lain yang kebanyakannya peniaga di hentian bas berkenaan menunaikan solat Asar di surau pada jam 4.50 petang.
“Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua, saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.

FotoJENAZAH Saidi ketika berada dalam surau di Kompleks Hentian Bas MBKT, semalam.

“Bimbang dengan keadaannya, saya cuba membantu sebelum masuk ke ruang sembahyang. Selesai sembahyang, saya melihat arwah tersandar pada dinding surau dalam keadaan lemah dan pucat. Ketika itu denyutan nadinya masih ada, tetapi seluruh badannya sejuk dan arwah disahkan meninggal dunia 10 minit selepas itu,” katanya.-Metro

Firaun pernah beri BR1M ribuan tahun dahulu


SHAH ALAM 25 Feb. - Jika sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat seperti memberi makan hampas kelapa kepada ayam dan lembu, presiden parti itu pula, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemberian bantuan itu sama seperti yang dilakukan oleh Firaun.
Menurutnya, usaha Kerajaan Pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir sejak ribuan tahun dahulu.
Berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di sini hari ini, Abdul Hadi berkata, tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodohkan-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.

Artikel Penuh: Disini

Akhirnya isteri terima madu 'pak sanggup' suami


TIDAK semua orang sanggup menjadi 'pak sanggup' kerana ia bakal mengaibkan diri. Namun ada kalanya terdapat mereka yang ikhlas untuk melakukannya demi menjaga maruah seseorang.

Terpulanglah kepada masyarakat untuk menimbang baik buruk perkara ini agar mangsa dapat hidup selesa di tengah masyarakat.

Namun sejauh mana masyarakat dapat menerima perkara ini dan apakah reaksi mereka terhadap perbuatan yang dianggap menconteng arang ke muka keluarga ini?

Laily (bukan nama sebenar) meluahkan isi hatinya sebagai isteri dan ibu untuk dikongsi dengan pembaca. Menarik kisah Laily. Saya catatkan kisah Laily untuk renungan kita bersama.

Baca kisah selanjutnya yang banyak memberi pengajaran  disini 

Zalimnya seorang kakak

WANITA ini pangkat dua pupu dengan saya. Kami sebaya, sama sekolah dan saya rasa dia lebih pandai daripada saya, tetapi nasib tidak menyebelahinya, " cerita Norzahirah tentang kawan baiknya dalam e-mel dan ketika kami berbual panjang di telefon baru-baru ini.

''Kini umur kami melewati 50-an tapi saya masih bekerja, sudah berumahtangga dan mempunyai anak, insya-Allah anak sulung saya akan berkahwin lepas raya nanti. Tetapi kawan saya ini sendirian
''Sudahlah Juwita atau Ju tak bekerja dan tidak berkahwin, hidupnya pada hemat saya dirundung malang.
''Ketika kami dalam tingkatan tiga dulu, emak Ju suruh dia berhenti sekolah untuk membantu kakaknya menjaga anaknya yang masih kecil ketika itu. Ju menolak kerana dia mahu bersekolah tetapi kakaknya datang memujuk kononnya sementara penjaga anaknya balik kampung secara mengejut. Janjinya cuti sekolah seminggu sahaja, lepas tu dia akan dihantar balik. Ketika itu Ju dalam tingkatan empat.

Monday 25 February 2013

Ahmad Fakri milik Kelantan

 

KOTA BHARU 25 Feb. - Spekulasi penyerang kebangsaan Ahmad Fakri Saarani yang beraksi dalam saingan liga Portugal akan kembali ke tanah air terungkai, selepas pemain tersebut dikatakan sah menjadi milik The Red Warriors untuk mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani itu dikatakan telah mengikat kontrak selama setahun bersama The Red Warriors kelmarin dan kontrak itu terbuka untuk dilanjutkan.
Khabar gembira tersebut, diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam.
Menurut Annuar, semua rundingan antara pihaknya bersama pemain berkenaan dan kelabnya, Athletico SC telah selesai dan kontrak tersebut akan bermula pada April ini.
"Semuanya telah sempurna melalui wakil kedua-dua pihak di Portugal. Kehadiran Ahmad Fakri akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan Dickson Nwakaemi.
"Ahmad Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini sebaik saja tamat liga di Portugal," katanya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130225/su_05/Ahmad-Fakri-milik-Kelantan#ixzz2LtrqDkLm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Budak 12 tahun pandai mengubat

HAMIZAH BASIR 25 Februari 2013
Budak 12 tahun pandai mengubat
Muhammad Rafiq membacakan ayat al-Quran kepada orang yang dirawat. - GAMBAR HIASAN
Budak 12 tahun pandai mengubat
Latifah mengajar anaknya mengaji al-Quran setiap hari.
JIKA kanak-kanak lain mengisi masa lapang dengan bermain bola dan badminton, lain pula adik Muhammad Rafiq Rahmat, 12, yang mengisi masa lapangnya dengan mengubati penyakit.

Muhammad Rafiq dikatakan berkebolehan dalam mengubati penyakit sejak enam tahun lalu memenuhi masa terluang dengan tuntutan orang ramai yang mahukan perkhidmatannya.

Anak bongsu daripada empat beradik yang tinggal di Taman Desa Kiara, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, menggunakan kaedah membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, bermohon kepada ALLAH SWT agar menyembuhkan penyakit individu yang dirawat dan menghembus pada bahagian yang sakit.

Ibunya, Latifah Arifin, 48, berkata, keistimewaan yang dimiliki anaknya itu mula dikesan sejak berusia enam tahun.

“Saya menjadi tukang urut dan membantu merawat penyakit seperti gangguan makhluk halus secara tradisional diikuti bacaan ayat al-Quran sejak 12 tahun lalu.

“Namun, kedatangan seorang pesakit lelaki yang mengalami penyakit kayap diperut, membongkar keistimewaan Rafiq.

“Saya tidak dapat menolong lelaki itu. Namun Rafiq secara tiba-tiba menawarkan diri untuk membantu," ujar Latifah ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Dia menambah, anaknya itu melakukan hembusan dengan bacaan ayat suci al-Quran bagi merawat pesakit berkenaan yang kemudiannya beransur pulih.

Rata-rata pesakit yang pernah menerima rawatan daripada anaknya itu berkata hembusan anaknya akan meresap ke dalam kulit dan terasa sejuk.

Murid tahun enam di sekolah kebangsaan Cina, di sini, berkata, dia tidak menyangka dikurniakan kelebihan tersebut meskipun dalam usia muda.

“Niat saya hanya untuk bantu orang dan kelebihan yang ALLAH SWT beri ini akan saya gunakan sebaik mungkin.

“Walaupun saya masih muda, saya akan mempraktikkan ilmu ini kerana niat saya ikhlas untuk membantu merawat penyakit orang ramai,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor.

Dia yang masih belajar mengaji dengan ibunya, berasa bersyukur dikurniakan kelebihan itu.

Ikhtiar berubat
Latifah berkata, kebolehan anaknya itu tidak menjejaskan pelajaran kerana kaedah rawatan hanya mengambil masa antara lima hingga 10 minit.

Kaedah rawatan anaknya itu tidak memerlukan pengeras, cukup sekadar sumbangan ikhlas daripada pesakit.

“Ketika mengandung Rafiq, saya pernah bermimpi bertemu seorang lelaki yang mendakwa anak ini istimewa dan mempunyai kelebihan yang luar biasa.

“Sebaik saja bersalin, lelaki misteri tersebut muncul seketika untuk melihat anak saya sebelum hilang,” katanya.

Dia dan suami, Rahmat Deraman, 42, tidak akan menghalang anaknya mengubati orang kerana ia perkara baik. Bagi mereka, usaha anaknya itu hanyalah ikhtiar untuk merawat penyakit itu.

Sementara itu, seorang pesakit yang enggan dikenali berkata, dia menderita penyakit kayap di perut sejak sekian lama dan berputus asa kerana banyak tempat sudah pergi untuk mengubati penyakitnya itu.

“Selepas mendapatkan bantuan Rafiq, alhamdulillah dengan izin ALLAH, penyakit saya beransur pulih dan kini kembali sembuh," katanya.

Pesakit wanita berusia 62 tahun yang sebelum ini mengalami penyakit gatal-gatal di kepala hanya menggunakan sapuan ubat untuk menangani kegatalan.

"Setelah Rafiq membacakan ayat dan menghembus ke atas kepala saya, syukur rasa gatal itu kian terasa semakin berkurang," katanya.- Sinar

Filipina hantar kapal bawa pulang penceroboh

 

SEBUAH bot peronda laju Tentera Laut Diraja Malaysia mengawal kawasan pantai Tanjung Labian, Lahad Datu kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan.
"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.
Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air."
Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan.
Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini.
Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2LsDnYtr5
Hakcipta terpelihara

Nilai estetika rumah kayu

 




S UASANA Kampung Sijangkang yang terletak di Kuala Langat, Selangor pada pagi itu agak dingin dan lembap gara-gara hujan lebat. Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam dari ibu kota itu terbantut seketika setelah memasuki laluan kecil di kampung itu.
Meskipun percubaan mencari Jalan Seri Tanjung gagal, akhirnya menemukan kami dengan pemilik rumah kayu yang popular di kampung tersebut iaitu bekas seorang usahawan, Ahmad Ali, 50.
Bergerak 50 meter ke kawasan rumah tersebut, kelihatan sebuah binaan kayu berwarna coklat gelap yang tersergam indah di atas hamparan rumput yang menghijau.
Kehadiran kami disambut mesra oleh seorang lelaki yang tampil ringkas berkemeja rona biru, seluar panjang dan bersongkok. Sambil mengukir senyuman dan menundukkan kepala tanda hormat, dia memperkenalkan diri lalu mempelawa masuk ke dalam rumah.

RUMAH ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai kerana sarat dengan elemen tradisional.


Ketika melangkah masuk hawa sejuk dan nyaman menyapa kami. Perasaan kagum menyelubungi tatkala melihat keunikan jubin lantai yang berwarna-warni diselangi kepingan papan dan batu sungai.
Setiap inci dalam rumah tersebut pasti mengingatkan seseorang pada ciri sebuah rumah kampung kerana selain reka bentuk, ia siap dengan kelengkapan dan barangan antik seperti kipas, suis lampu, penghias dinding dan lampu.
Selain itu, keunikan ukiran dan bentuk kayu di bahagian dinding, atap, tingkap dan tangga nyata menyerlahkan keaslian rumah berkenaan. Kediaman yang diperbuat daripada kayu mempunyai keistimewaan dan nilai estetika yang tersendiri.
TANGGA belakang untuk memudahkan anak dara naik ke atas rumah.


Apatah lagi dikelilingi pohon-pohon yang menghijau di halaman rumah dan dihiburkan dengan kokokan ayam. Kedamaiannya meresap ke dalam hati. Diajak bercerita mengenai rumah itu, Ahmad memberitahu, dia terpanggil untuk mendirikan rumah tradisional itu kerana tidak mahu unsur-unsur Melayu lenyap begitu sahaja.
Hasrat untuk membina rumah kayu itu bermula selepas salah seorang rakannya yang berasal dari Perancis mengunjungi Malaysia. Warga Perancis itu meluahkan perasaan janggal kepada Ahmad selepas melihat sebuah lukisan rumah kayu tradisional yang tergantung di dinding.
HASIL ukiran kayu membangkitkan nostalgia.


"Dia bertanya kepada saya, kenapa sukar untuk melihat rumah kayu di ibu kota sedangkan ia melambangkan identiti orang Melayu," ujarnya yang terkesima dengan pandangan tersebut.
Anak sulung daripada tujuh adik-beradik itu mula merancang untuk membina rumah kampung tradisional lalu membuat keputusan menjual kondominiumnya yang terletak di Shah Alam.
Daripada maklumat yang diperoleh daripada seorang rakannya, Ahmad kemudian membeli sebuah rumah kayu yang berusia 70 tahun di Teluk Intan, Perak yang bernilai RM2,000. Menurut Ahmad, rumah lama yang dibeli itu dirobohkan untuk dibina semula di Sijangkang menggunakan kayu sedia ada.

SEBAHAGIAN dinding di ruang tamu dihiasi dengan kelarai.


"Saya kitar semula kayu lama itu kerana ia lebih kering, tahan lama dan lebih keras kerana kayu baharu memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk kering," tutur bapa kepada tiga anak itu.
Bagaimanapun, hanya sebahagian kayu lama boleh digunakan, selebihnya menggunakan kayu baharu. Bagi membina istana idamannya, hampir 20 tan metrik kayu digunakan.
Antara jenis kayu yang digunakan ialah cengal dan resak kerana kualitinya yang tinggi. Menurut anak jati Tanjong Karang, Selangor itu pembinaan rumah tersebut mengambil masa selama empat tahun. Pembinaan rumah yang didirikan di atas tanah yang berkeluasan satu ekar (0.4 hektar) itu mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan kerja-kerja yang rumit selain memerlukan ketelitian yang tinggi.
Malah, sebahagian rumah tersebut didirikan tanpa paku selain sambungan tanggam iaitu kayu kecil untuk menampung binaan dan pasak.
 
Ilham kembara

Ahmad yang gemar melancong sentiasa mengambil kesempatan itu untuk mencari idea-idea baharu dengan mengunjungi kedai-kedai kayu.
"Saya akan berbincang dengan tukang kayu dan berkongsi idea-idea yang diperoleh sepanjang pengembaraan. Jika tiada masalah mereka akan membina mengikut cita rasa saya," katanya.
Menyentuh mengenai ukiran yang menjadi penyeri kediamannya, kayu ukiran itu terdiri daripada kayu-kayu yang terpakai. Selain untuk tujuan hiasan, ia juga menggalakkan aliran udara dan cahaya ke dalam rumah.
Memetik kata-kata Penolong Pengurus Projek, Badan Warisan Malaysia, Intan Syaheeda Abu Bakar, ukiran penuh kerawang bukan sahaja dipandang sebagai aksesori tetapi turut menunjukkan status pemilik rumah. "Itu mungkin dulu," pintas Ahmad.

UKIRAN Asma Ul Husna menghiasi hiasan dalaman rumah Ahmad menjadi ciri-ciri yang menarik.


Tatkala melangkah masuk ke ruang tetamu yang terletak di atas tingkat itu kedengaran bunyi keriut papan lantai yang bergesel antara satu sama lain.
"Bunyi itu biasa bagi lantai kayu tetapi jangan khuatir kerana rumah ini mampu menampung lebih 100 orang," katanya sambil tersenyum.
Kepingan papan segi empat panjang yang berwarna merah dan hijau yang terletak di ruang tamu menarik perhatian mata yang memandang. Sangkaan penulis ia tulisan kaligrafi Cina tetapi ia sebenarnya ukiran nama-nama Allah.
"Saya beli ukiran ini pada harga RM12,000 di Changlun, Kedah kerana pembeli asalnya menghadapi masalah kewangan," jelasnya yang menyifatkan hiasan itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang bertandang ke rumahnya. Ghairah bercerita tentang kepingan tulisan Asma Ul Husna itu, dia memberitahu 'istananya' itu turut mempunyai tiga tangga.
Berasa agak janggal dengan jumlah tangga itu, Ahmad menjelaskan, ia memudahkan anak dara naik ke atas rumah itu melalui laluan belakang.
"Seorang saudara terdekat menasihatkan supaya mendirikan tangga yang berselindung untuk memudahkan kaum wanita masuk ke rumah jika tetamu bertandang ke rumah," ungkapnya sambil memberitahu terdapat empat buah bilik di rumah tersebut.
Antara cabaran memiliki rumah kayu ialah serangan anai-anai dan haiwan pemusnah lain. Namun, Ahmad tidak menganggap ia sebagai satu cabaran sebaliknya menganggap ia merupakan fitrah alam.
PERALATAN elektrik lama seperti suis lampu ini menambah rasa nostalgia pada rumah kayu ini.


Kaedah semburan

"Manusia mempunyai otak dan teknologi, jadi kita perlu mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sebarang masalah yang datang dalam kehidupan. Begitu juga dengan masalah anai ini," sambung Ahmad penuh falsafah.
Beliau hanya menggunakan kaedah semburan bagi menghapuskan perosak kayu itu selain melakukan pemerhatian berkala di kesemua sudut rumah. Selain masalah itu, jelas Ahmad, terdapat kesan kayu reput akibat hujan lebat.
Begitupun, tidak banyak kesan kebocoran. Dalam pada itu, dia memberitahu rumahnya juga sering kali menjadi pilihan ramai pengarah untuk penggambaran drama yang melibatkan suasana kampung dan sambutan hari raya.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka tahu tentang rumah saya ini. Namun, saya tidak pernah menolak permintaan mereka kerana memang sukar untuk mendapatkan rumah tradisional Melayu," katanya yang percaya setiap tetamu membawa rezeki yang berbeza-beza.
Walaupun telah menghabiskan ratusan ribu ringgit, dia mengakui puas memiliki rumah itu kerana beranggapan ia khazanah berharga yang tiada tolok bandingan.
Menyentuh tentang perancangan masa depan, beliau bercadang mendirikan chalet di kawasan kediamannya kepada sesiapa yang ingin meraikan majlis perkahwinan di rumahnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2LsAFlPi5
Hakcipta terpelihara

Friday 22 February 2013

Pelihara 700 anjing

Oleh Mohamad Hussin dan Nordiana Shafiee

“Semua haiwan ini umpama anak- dan saya tidak akan menjual mereka, sebaliknya akan terus membela semuanya sehingga saya mati,” kata Md Azmi Ismail, 55, yang memelihara kira-kira 700 anjing dan lebih 100 kucing yang dikutip bersama isterinya, Halija Idris, 65, dari jalanan.

Bekas kontraktor itu berkata, dia sudah lali dicemuh masyarakat dan dianggap pelik kerana sanggup tinggal bersama ratusan haiwan itu di pusat perlindungan diuruskannya di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini.
“Saya sudah lali dicemuh, tetapi sifat menyayangi haiwan membuatkan saya dan isteri sentiasa tabah berdepan cabaran,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mi.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah ditawarkan harga lebih RM1,000 oleh pihak yang ingin membeli anjing peliharaannya, tetapi dia menolak kerana perasaan sayang pada haiwan peliharaanya itu.

FotoMD Azmi bermain bersama anjing peliharaannya di Alor Setar.

Pak Mi berkata, biarpun apa jua tanggpan negatif masyarakat terhadapnya dia akan terus memelihara haiwan berkenaan kerana kasihan melihat nasib anjing dan kucing yang terbiar di tepi jalan.-Metro


Yustince kini ada hidung baharu

KIRI: Gambar Yustince Kehilangan hidungnya selepas dipotong oleh suaminya. KANAN: Gambar selepas Yustince mengenakan hidung palsu yang dibuat oleh artis kesan khas Hollywood, Alec Gillis.
 

JAKARTA  - Seorang wanita Indonesia yang hidup tanpa hidung selama tiga tahun selepas dipotong oleh suaminya, kini memperoleh hidung palsu hasil ciptaan artis kesan khas yang memenangi anugerah Oscar.

Yustince, 30, yang diserang dengan ganas oleh suaminya ketika satu pergaduhan, terpaksa menyembunyikan kesan luka yang terbuka di bahagian mukanya itu dengan kain selama bertahun-tahun.

Namun, dia kini tidak lagi perlu menutup mukanya selepas Yayasan Grossman Burn, badan bukan kerajaan tentang penjagaan kesihatan, meminta artis kesan khas Hollywood, Alec Gillis membuatkannya hidung palsu.

Gillis terkenal dengan hasil solekan kesan khas untuk beberapa filem seperti Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away.

Dia membuat beberapa prototaip di studionya di Chatsworth, Los Angeles dengan menggunakan gambar serta ukuran muka Yustince dan menyesuaikan dengan warna kulitnya.

Beberapa hidung yang dibuatnya itu boleh digam terus ke muka, manakala yang lainnya boleh dilekatkan menggunakan magnet pada cermin mata.

Pengerusi Yayasan Grossman Burn, Dr. Rebecca Grossman berkata, dia telah berjumpa dengan Gillis selepas mendengar kisah sedih Yustince.

“Saya telah menemuinya dan bertanyakan sama ada dia boleh membuatkan hidung palsu untuk Yustince dan saya mendapat jawapan positif," katanya.

Grossman turut datang sendiri ke Indonesia untuk memberikan hidung palsu itu kepada mangsa dan menunjukkan cara memasang dan menanggalkannya.

Yayasan Grossman Burn sememangnya terkenal dengan hasil kerja kebajikannya di seluruh dunia dengan satu daripada pesakit mereka termasuklah gadis Afghanistan berumur 18 tahun yang dipotong telinga serta hidungnya oleh Taliban. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130222/lu_08/Yustince-kini-ada-hidung-baharu#ixzz2LaPK9AWC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Curang: Wanita potong alat kelamin suami dengan pisau dapur


JAKARTA - Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, hari ini.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.

"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.

Beliau berkata, ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.

Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.

Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

"Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis," katanya.
Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130221/lu_15/Curang-Wanita-potong-alat-kelamin-suami-dengan-pisau-dapur#ixzz2LaOXvFKB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday 21 February 2013

Subhanallah : Bahagian jahat dalam otak manusia

                    
Bahagian jahat dalam otak manusiaIndividu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah. Foto: MailOnline
 
 
 
BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline/Sinar





Menurut Islam:


Mohd Ali Mohd Yusuf


Subhanallah .. di dalam al-Quran disebut "Nasiyyahtin kazibatin khati'ah" maksudnya "Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah".. Jika benar penemuan ini, ianya adalah 'i'jaz al-quran' yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.


Arie Phakdee


Mungkin itulah hikmahnya pasangan yg baru berkahwin, dalam Islam disunnahkan si suami untuk menyentuh ubun - ubun isteri dan membaca doa, dan jangan lupa baca doa sebelum bersama supaya syaitan tidak ikut bersama dalam aktiviti tersebut, dan anak yg bakal lahir suci dan bebas dari unsur-unsur kejahatan syaitan, indahnya Islam, apabila semakin dikaji maka di situ lah dapat ditemui hikmah - hikmah larangan dan tegahan dalam Islam. Allahu Akbar.
 

Dunia oh Dunia: Betul ke Ulamak ?


Penerima  bantuan  umpama haiwan      

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

Salah buang buah zakar


London: Seorang lelaki menyaman hospital yang menyebabkan dia tidak lagi mampu mempunyai zuriat selepas pakar perubatan di situ tersalah membuang buah zakarnya.

Pengarah syarikat berusia 48 tahun itu berkata, dia mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Salisbury selepas disyaki mengalami kanser Katanya, dia menjalani pembedahan dengan harapan buah zakar yang bermasalah itu dapat dibuang.


“Bagaimanapun, 40 minit selepas pembedahan dijalankan, doktor menyedari mereka melakukan kesilapan kerana memotong buah zakar yang sihat,” katanya. Menurut sumber, buah zakar itu dibawa semula ke dewan pembedahan dan doktor cuba menyelamatkan keadaan tetapi gagal.

Lelaki terbabit yang berasal dari Wiltshire menuntut hospital membayar pampasan kepadanya atas kecuaian doktor mereka. Walaupun mempunyai anak daripada hubungan terdahulu, kesilapan itu menghalang lelaki terbabit mendapat zuriat.


Kata lelaki yang dirahsiakan identitinya itu, dia tertekan kerana tidak lagi mampu menjadi bapa. “Isu ini dikendalikan peguam saya,” katanya. Sementara itu, satu badan pemantau pesakit menggesa kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh atas insiden berkenaan. Jurucakap Rangkaian Pembabitan Wiltshire berkata, kejadian menimpa lelaki terbabit sangat tragik. “Adalah jelas siasatan perlu dijalankan oleh hospital bagi mengetahui bagaimana kesilapan ini berlaku.


“Dengan pembedahan ini, seseorang lelaki meletakkan sepenuh keyakinan mereka kepada hospital,” katanya. Badan yang mengendalikan hospital itu berkata, kejadian berkenaan sangat dikesali dan mereka meminta maaf kepada lelaki terbabit.
- Daily Mail/Metro

Wednesday 20 February 2013

Hanya pakai kasut dan stoking saksi pameran


VIENNA, Austria - Para pengunjung satu pameran di Austria hanya dibenarkan memakai stokin dan kasut untuk menyaksikan pameran Nude Men from 1800 to Today.

Diadakan di Muzium Leopold dan menampilkan 300 lukisan, gambar fotografi serta patung lelaki bogel sejak dari tahun 1800, pameran tersebut disaksikan oleh sekitar 60 pencinta seni kelmarin.

"Saya agak gemuruh," kata seorang pekerja pejabat, Herbert Korvas semasa menunggu untuk masuk ke dewan pameran itu bersama beberapa pemuda lain.

Dia dan beberapa pengunjung lain hanya memakai stoking dan kasut. Walaupun kesejukan, Korvas memberitahu, dia tertarik untuk menyaksikan pameran bogel itu kerana ia menawarkan sesuatu yang berbeza.

Tidak lama selepas itu, situasi kembali normal apabila para pengunjung berbual dan bertukar-tukar fikiran sambil menyaksikan koleksi tersebut.

Pameran unik itu berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung setakat ini. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2LPbSj2uU
Hakcipta terpelihara

Kampung paling sejuk di dunia



Kampung paling sejuk di dunia

OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2LPY55bCE
Hakcipta terpelihara Kosmo! Online - Dunia

Tuesday 19 February 2013

Bayi mati selepas 'dipulau' 10 hospital

 

Dera Nur Anggraini meninggal dunia di Hospital Zahira di Jakarta pada Sabtu lalu.



JAKARTA, Indonesia - Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam.
Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai penjaja berkata, dia tidak mampu membayar caj yang dikenakan oleh sebahagian hospital berkenaan untuk merawat bayinya.
Bayi tersebut, Dera Nur Anggraini dilahirkan tidak cukup bulan bersama saudara kembarnya, Dara pada 10 Februari lalu.
Dera turut mengalami kecacatan tekak yang menghalang pernafasannya.
Menurut lelaki tersebut, keluarganya cuba mendapatkan rawatan tetapi ditolak oleh pihak pengurusan 10 buah hospital.
Sebahagian mereka memberikan alasan tidak memiliki peralatan yang diperlukan manakala sebahagian lagi mendakwa hospital mereka penuh.
"Dera dikebumikan kelmarin tidak jauh dari rumah kami," kata Elias.
Menurutnya, bayi itu meninggal dunia selepas dibawa kembali ke Hospital Zahira tempat dia dilahirkan di sini.
Menurut Elias, hospital-hospital swasta di sini meminta bayaran pendahuluan berjumlah 15 juta rupiah (RM4,795) walaupun keluarganya memiliki kad kesihatan yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah sepertinya mendapat perkhidmatan kesihatan percuma. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2LJVliu4i
Hakcipta terpelihara

Lampu isyarat paling mengelirukan di dunia

 


GAMBAR pada 10 Februari lalu menunjukkan 'lampu isyarat paling mengelirukan di dunia' di Taman Tema Yangrenjie di Chongqing, China.



CHONGQING, China - lebih 10,000 pelancong yang berkunjung ke Taman Tema Yangrenjie di sini keliru dengan sebuah lampu isyarat di simpang empat lokasi tersebut.
Fasiliti tersebut yang memiliki 14 buah lampu dipasang di taman tema berkenaan sejak Mei tahun lalu.
Lebih mengelirukan, lampu isyarat itu berkelipan dengan memaparkan nyalaan lampu berbeza pada sesuatu masa.
Namun, seorang pegawai trafik di sini berkata, lampu isyarat tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan seni ekoran jalan ke simpang empat taman tema itu kelihatan kosong.
Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga kelihatan sangat cantik apabila berkelipan pada waktu malam,
Katanya lagi, para pemandu sepatutnya tidak mempedulikan lampu isyarat itu.
Hiasan seni itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lampu isyarat paling mengelirukan di dunia
Namun, ia akhirnya dibuang oleh pihak berkuasa kerana mengelirukan pemandu ke taman tema tersebut.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2LJUYMZEW
Hakcipta terpelihara

Dunia oh Dunia :Peraturan Pakai Seluar Londeh

Atlanta

Berita buruk buat peminat hip hop. Lima bandar di Atlanta telah mengharamkan pemakaian seluar terlondeh sehingga menampakkan seluar dalam. Di Forest Park, sesiapa sahaja yang didapati berpakaian sedemikian boleh didenda AS$1,000 (RM3,100)

Delcambre, Louisiana

Bandar Delcambre, Louisiana merupakan bandar pertama yang menjadikan fesyen tersebut sebagai satu kesalahan jenayah yang membolehkan seseorang pesalah dihukum penjara sehingga enam bulan.

Montgomery, Alabama

Di daerah Montgomery, Alabama mengenakan levi denda sebanyak AS$100 (RM310) bagi juvenil dan AS$150 (RM465) bagi orang dewasa yang berpakaian sedemikian dengan slogan,  "Naikkan seluar anda, naikkan imej anda" (Raise your pants, raise your image).-http://travel.yahoo.com/Utusan

Monday 18 February 2013

Doktor Malaysia disabit tuduhan serangan seksual

18 Februari 2013
MELBOURNE - Mahkamah Majistret Elizabeth di Adelaide pada Isnin mensabitkan seorang doktor Malaysia atas dua tuduhan melakukan serangan seksual ke atas pesakit wanitanya di Australia Selatan.

Majistret Greg Fisher menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara, gantung kerja selama dua tahun dan diikat jamin berkelakuan baik ke atas Dr Mohd Zaki Ibrahim, 37, kata seorang pegawai mahkamah kepada Bernama.

Mahkamah diberitahu Mohd Zaki melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun sama.

Mohd Zaki, seorang penuntut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dipercayai telah bekerja di sebuah bandar di kawasan desa di Australia Selatan sebelum berpindah bersama keluarganya ke Elizabeth, di pinggiran bandar Adelaide. - Bernama/Sinar

 

Baru enam hari bertunang, dipercayai tinggal serumah

AHMAD ISMADI ISMAIL
Baru enam hari bertunang, dipercayai tinggal serumah
Pasangan yang ditahan disoal siasat oleh penguat kuasa
 
AMPANG - Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai suami isteri, sepasang kekasih yang baru bertunang selama enam hari dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah flat di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Ketika pemeriksaan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun itu bersama tunangnya berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya yang mengetuk pintu beberapa kali dan melihat melalui cermin tingkap mendapati seorang lelaki hanya memakai seluar pendek cuba menyorok di belakang sofa.

“Lelaki itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di dalam sebuah bilik,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki yang bekerja di sebuah bank itu memaklumkan baru sahaja bertunang dengan kekasihnya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu, Isnin lalu.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), sepasang kekasih turut ditahan di pangsapuri sama.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan baru pertama kali datang ke rumah sewa teman wanitanya yang berusia 26 tahun.

“Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai penghantar surat dan kerani berpakaian lengkap ketika ditahan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut sebelum dijamin keluarga atau kenalan masing-masing.

Dalam pada itu, sepasang kekasih dicekup ketika asyik bermadu asmara dalam kereta di Bukit Langat.

Ahmad Nawi berkata, perbuatan lelaki berstatus suami orang dan kekasihnya yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikesan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al- Azim Pandan Indah.

Katanya, Penguat kuasa Jais mendapati pasangan berkenaan berpelukan dan berciuman di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Satria pada serbuan jam 4 pagi itu.

“Penuntut jurusan perakaunan itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat logistik di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai telah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, namun tidak tinggal sebumbung dengan isterinya selepas kira-kira tiga bulan berkahwin.

Beliau berkata, pasangan berusia 22 dan 23 tahun terbabit turut dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.-Sinar