Wednesday 31 October 2012

Prof Kamil:


 'Saya impikan semua Muslimin masuk syurga'
 
Radzha Md Raieh
Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim bersama keluarganya. - Foto oleh Safwan

BERTEMU dengan figura ini terasa begitu berbekas di hati malahan isi perbualannya yang begitu dekat dengan khalayak mengingatkan penulis betapa kita sebenarnya mempunyai ruang seluas-luasnya untuk menginsafi perjalanan hidup yang sementara ini.
Apa lagi, beliau juga pernah melalui jalan kelam sebelum menemui sinar setelah bersungguh-sungguh meminta hidayah dan nyata hidayah itu perlu dicari bukannya bergolek begitu sahaja. Beliau yang dimaksudkan ialah Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, cendekiawan yang kini menumpahkan ilmu dan pengalaman di sebuah Universiti di Madinah.
“Sering kali saya menitiskan air mata mengenangi jalan kehidupan yang pernah dilalui, Sepanjang 42 tahun menjalani kehidupan, ia berombak-ombak di antara keinginan menjadi manusia soleh dan kejahilan diri.
“Saya tidak tahu membaca al-Quran, jika adapun hanya beberapa surah ringkas yang telah dihafal semenjak kecil. Itu pun kerana ayah yang mengajar mengaji dan sembahyang. Namun ia hanya sekadar di situ tanpa ilmu yang lebih lanjut.
“Ilmu agama yang saya peroleh hanyalah berkisar pembelajaran di sekolah rendah, MRSM dan universiti. Itulah yang membentuk pengetahuan asas hingga saya dewasa.
"Namun ia berbeza dengan kejayaan pendidikan rasmi dengan saya berjaya tamat persekolahan rendah dalam masa lima tahun sahaja. Kemudiannya saya muncul sebagai pelajar terbaik dan kedua terbaik kumpulan semasa mengikuti program Diploma dan Sarjana Muda.
“Malahan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana sebulan lebih awal dari masa yang sepatutnya. Manakala PhD pula dianugerahkan selepas 32 bulan mendaftarkan diri. Dalam kerjaya pula, jawatan profesor dianugerahkan ketika umur mencecah 39 tahun.
“Dengan segala pencapaian yang ada, saya tidak menitikberatkan soal agama, kadang-kadang menyegerakan sembahyang dengan kaedah sendiri. Sembayang laju tanpa doa, wirid dan ia benar-benar minimun. Amalam-amalan saya hanya menyentuh perkara wajib yang kadang-kadang tertinggal juga solat tanpa rasa bersalah,” jelas Prof Kamil yang tidak segan membuka kisah silamnya walaupun ia sebenarnya sangat peribadi kerana mahu orang yang membaca ceritanya sedar bahawa masih tidak terlambat bertaubat kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Doa isteri
Namun benarlah kata pujangga, di sebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita dan beliau yang dimaksudkan ialah isterinya Raudzah atau lebih dikenali sebagai Roza dalam penulisannya di blog. Roza karakternya sangat penyabar dan sentiasa menasihati ke arah kebaikan malahan sentiasa bangun malam solat Tahajud dan berdoa supaya Allah membuka pintu hati suaminya untuk berjihad di jalan Allah.
“Ada peristiwa di mana pada Disember 2003, semua mereka berjawatan Profesor Madya dipanggil temu duga untuk jawatan Profesor Gred Khas C. Mengetahui keinginan saya, Roza menasihati saya supaya berdoa memohon ALLAH supaya dianugerahkan jawatan profesor. Jadi, saya mula sembahyang sunat hajat manakala Roza membeli buku-buku ringkas menceritakan kelebihan bersembahyang di waktu tengah malam.
“Setelah 12 bulan menunggu, akhirnya pengumuman telah di buat dan saya antara 13 profesor yang dilantik dengan tunggakan melebihi RM80,000. Peristiwa ini seolah-olah menyedarkan saya dengan rahmat ALLAH. Ketika inilah saya bertekad untuk menunaikan haji bersama-sama Roza yang berdoa selama enam tahun untuk saya merealisasikan impiannya ini.
“Hati saya melonjak-lonjak untuk ke sana namun perasaan takut juga bersilih ganti memikirkan diri yang jahil malahan ada segmen penceritaan yang menggambarkan Makkah adalah tempat pembalasan bagi yang berkelakuan ‘tidak senonoh’ semasa hayat mereka,” jelas beliau lagi yang sentiasa berfikir mengapa fardu haji tidak menjadi penyebab sesetengah golongan masih kekal dalam hidup cara lama, seolah-olah haji tidak membawa perubahan kepada hidup mereka.

Sembahyang taubat
Bagi Prof Kamil sendiri, keinginannya untuk menunaikan fardu haji menggamit hatinya untuk beribadat menyembah ALLAH yang maha esa, bertaubat sesungguh hati dengan menyesali kealpaan diri sendiri yang jauh daripada Allah. Sememangnya dia berdoa dari hati yang paling dalam supaya ALLAH mengampuni dan merahmatinya.
“Hampir kesemua rencana atau ceramah mengatakan kita perlu bertaubat meminta ampun dengan sepenuh hati, berasa berdosa, berniat untuk tidak mengulangi dan kalau boleh menangis serta meratapi dirinya. Ratapan ini pula seharusnya dari bisikan dan suara jiwa dalamannya.
“Dikatakan dosa seseorang hamba kepada ALLAH akan terampun jika syarat-syarat ini dipatuhi, ini dinamakan taubat nasuha. Kita biasa menyebut “Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku” selepas sembahyang fardu sebagai rutin doa. Ia kata-kata di bibir yang tidak turun ke hati.
“Jadi, solat sunat taubat dijadikan kemestian menggunakan Doa Taubat Besar dengan menyebut ‘dosa-dosaku’ manakala hati dan minda membayangkan perkara yang telah berlaku selama ini. Doa yang dibaca pula dengan nada sebak namun bukan dalam tangisan. Terasa keikhlasan doa masih belum mencukupi.
“Hari pertama, hari kedua, minggu pertama, minggu ketiga dan bulan pertama, setiap hari berdoa dan berdoa agar ALLAH memberi petunjuk dalam konteks menitiskan air mata. Mungkin ada yang mengatakan ‘kita berdoa, terima atau tidak terpulang kepada ALLAH, mustahil untuk kita mengetahuinya.
“Bagaimanapun, hati tidak fikir begitu. Saya percaya orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan akan terasa apabila doanya di dengari. Namun ia tidak boleh digambarkan dan pada Mei 2006, saya berada di Florence, Itali bersama Roza kerana membentangkan kertas kerja. Selama seminggu di sana meneruskan rutin Qiamullail dengan bersembahyang sunat tahajud, hajat dan taubat.
“Malam terakhir di Itali, saya mengambil wuduk dan bersembahyang sunat, tatkala berdoa ‘Ya ALLAH, aku memohon keampunanmu Ya ALLAH, aku mohon keampunanmu Ya ALLAH, aku memohon keampunanmu Ya ALLAH. Ya ALLAH aku bertaubat kepadamu daripada segala dosa yang telah aku lakukan’. Akhirnya air mata bercucuran tanpa dipaksa-paksa. Anugerah ALLAH yang tidak terbandingnya malahan minda terbayang dan yakin ALLAH mendengar permintaan hambanya dan memberi isyarat dalam keadaan yang tidak dijangkakan.
“Itulah perasaan yang menusuk kalbu. Benar atau tidak seluruh tubuh merasai kenikmatan bertaubat terutamanya ketika air mata menitis membasahi pipi. Tidak dapat digambarkan saya mampu bertaubat seindah ini. Ia berlaku ketika mahu menunaikan fardu haji,” jelasnya yang khatam Quran buat pertama kali ketika berada di Masjidil Haram, di hadapan Kaabah.
Buku Travelog Haji tulisan Prof. Kamil mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan bermula mereka yang mahu menunaikan haji menjadikannya panduan sehinggalah mereka yang mula mencari ‘Nur’ untuk kembali ke jalan yang benar.
“Saya sentiasa berdoa agar ia menjadi ilmu yang bermanfaat dan terharu dengan sambutan yang diberi. Akhirnya saya membuat sedikit kesimpulan tentang kuasa doa. Ia senjata umat Islam yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT.
“Sejak ia diterbitkan, saya bertemu ribuan kenalan baru, malah dijemput untuk berceramah di merata tempat, bermula di RTM1, surat bukit Jelutong Shah Alam sehinggalah ke Doha, Glasgoq, Leicester dan pelbagai majlis ilmu yang lain.
“Saya sentiasa berdoa agar pembaca tidak merasakan tulisan ini membuatkan mereka merasakan saya dalam golongan takbur, riak dan angkuh. Bagaimanapun Allah memberi keyakinan untuk memulakan dan menyudahkan penulisan ini setelah menerima beberapa pandangan.
“Pelbagai petunjuk ketika berada di Makkah dan Madinah saya abadikan dalam bentuk tulisan untuk mewar-warkan keagungan, keesaan dan kehebatan ALLAH SWT kepada semua khalayak. Ia adalah anugerah dan saya mohon keampunannya jika kelihatan egoistik, riak, angkuh dan sombong kerana saya benar-benar tidak berniat begitu.
“Saya impikan masuk syurga tanpa dihisab. Hampir setiap malam saya berdoa agar isteri dan anak-anak juga ikut serta bersama ayah dan wan, abah dan mak, adik-beradik, ipar-duai, guru-guru, anak-anak murid dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat,” katanya lagi yang meletakkan nombor telefonnya untuk dihubungi tanpa sebarang orang perantaraan. Malahan Prof Kamil akan memberikan ceramah secara percuma dengan satu syarat tidak mengenakan sebarang bayaran bagi orang yang mendengar perkongsiannya itu.

Aurat wanita
Setelah menyumbang jasa di bumi Malaysia, kini Prof.Kamil bersama isteri dan dua anaknya menabur bakti di Madinah pula dan menyaksikan panorama yang berbeza daripada tanah tempat lahir. Bermula dengan bahasa, pertuturan, gaya hidup, makanan dan kehidupan wanita di sana sangat berbeza. Malahan beliau juga melihat perbezaan ini sebagai sikap Melayu yang mengamalkan alasan ‘tidak mengapa’ bagi mengabui hakikat sebenarnya.
“Di sini, amat jarang wanita berjalan berseorangan. Apatah lagi untuk berlegar-legar di pusat membeli belah tanpa kehadiran suami atau mahram. Tiada langsung wanita yang memandu kerana ia satu larangan. Hampir keseluruhan wanita Madinah berpakaian hitam. Berstoking. Bila keluar rumah, mereka menutup mulut dan hidung.
“Mungkin membosankan bagi kita yang sentiasa melihat warna-warni dalam pakaian wanita. Namun di mata saya wajah begitu sangat bercahaya, begitu juga tutur katanya. Misalnya, saya selalu menyebut di Malaysia, ‘apakah tanda pakaian seorang wanita sudah sempurna? Mudah sahaja, apabila masuk masjid atau di mana-mana sahaja kita boleh terus solat’.
“Berada di Tanah Haram, mata saya tidak melihat aurat wanita. Namun beberapa hari yang lepas, kami berseminar di sebuah hotel di tanah halal. Masuk sahaja ke lobi, mata terus tertangkap kepada wanita-wanita yang kelihatan sangat asing.
“Begitulah, wanita berbaju hitam di Malaysia kelihatan sangat asing, di sini wanita yang tidak berbaju hitam kelihatan janggal. Sekurang-kurangnya di mata saya, hitam, putih, kelabu, hijau atau lain-lain warna adalah nikmat kurniaan ALLAH yang terpancar pada pakaian. Soalnya, apakah pakaian itu sudah sempurna?
“Bila tetamu berkunjung ke rumah, Roza sering bertanya tetamu wanita, “Di sini kita bersungguh-sungguh menjaga aurat, jaga rambut, jaga kaki dan jaga segala-galanya. Masih mahukah kita memakai kebaya bila pulang nanti? Masih sanggupkah kita memakai kain terbelah betis? Kenapa di lapangan terbang sudah membuka stokin?” akhiri Prof.Kamil lagi dengan niat mahu menegur supaya semua wanita menjaga auratnya dengan bersungguh-sungguh tidak hanya ketika menunaikan ibadat di Makkah sahaja.
* Dipetik dari majalah NUR edisi September / Sinar Harian

Tuesday 30 October 2012

26,500 etnik Rohingya terjejas


SITTWE, Myanmar - Seramai 26,500 orang kebanyakannya etnik Rohingya yang beragama Islam dipaksa meninggalkan rumah mereka di barat Myanmar, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Beberapa buah kampung dibakar dalam pertempuran antara etnik Rohingya dan penduduk beragama Buddha yang kembali tercetus pada 19 Oktober lalu di negeri Rakhine.
Sebelum ini, sekitar 75,000 orang telah memenuhi kem-kem sementara selepas keganasan berlaku di negeri berkenaan pada Jun lalu.
Dalam keganasan terbaharu itu, beberapa buah bot membawa pelarian Rohingya dilihat tiba di ibu negeri Rakhine di sini.
Para pelarian itu mencari perlindungan di kem Te Chaung yang dihuni oleh ribuan etnik Rohingya.
"Saya melarikan diri dari kampung yang terletak di Pauktaw pada Jumaat lalu kerana berasa tidak selamat.
"Rumah saya hangus terbakar dan saya kini langsung tidak mempunyai wang," kata seorang nelayan berusia 42 tahun, Maung Myint.
Dia tiba di kem tersebut bersama isteri dan enam orang anaknya dengan menaiki bot yang membawa 40 pelarian lain.
Keganasan pada 19 Oktober itu dilaporkan berlaku apabila kumpulan etnik Rohingya membantah kekurangan bantuan dan bekalan di perkampungan mereka.
Sejumlah etnik Rohingya kemudian bertindak membakar beberapa buah rumah penganut Buddha di pekan Min Bya dan Mrauk Oo.
Tindakan mereka menyebabkan penduduk beragama Buddha melakukan serangan balas.
"Penganut Buddha di negeri Rakhine datang menyerang kami dengan pisau. Mereka membakar kediaman kami walaupun tiada apa yang boleh diambil oleh mereka. Saya melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang," kata seorang wanita berusia 63 tahun yang dikenali sebagai Zomillah di kem pelarian Te Chaung.
"Saya kini tidak dapat pulang," tambahnya.
Pemerintah Myanmar menyatakan, seramai 80 orang terbunuh manakala lebih 95 lagi cedera.
Sebanyak 2,818 buah rumah di tujuh buah pekan di Rakhine dibakar dalam keganasan itu.
Pada Jun lalu, keganasan tercetus selepas sepuluh orang Rohingya beragama Islam dibunuh oleh sekumpulan penduduk beragama Buddha.
Penduduk Rohingya itu dibunuh bagi membalas dendam terhadap kejadian rogol seorang wanita beragama Buddha di Rakhine.
Sementara itu, pihak berkuasa Myanmar berjanji akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung keganasan yang tercetus di Rakhine.
Sebelum ini PBB melaporkan bahawa etnik Rohingya merupakan golongan minoriti yang paling teruk ditindas di dunia. - Agensi /Kosmo

Monday 29 October 2012

Bandar yang dipercayai tertua di Eropah ditemui


GAMBAR yang dirakamkan pada 26 September lalu menunjukkan sebuah penempatan kecil mengandungi dua buah rumah dipercayai lokasi bandar paling tua di Eropah yang terletak berhampiran bandar Provadia.

SOFIA - Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah.
Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi.
Ia terletak di sekitar sebuah kilang garam tertua di Eropah.
Rangka tulang milik seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak turut ditemui di lokasi tersebut.
Penemuan yang dibuat oleh kumpulan ahli arkeologi Bulgaria itu disahkan oleh saintis Jerman, Jepun dan Britain. – Agensi /Kosmo

Bacaan Doa Tidur


Doa Sebelum Tidur dan Doa Bangun Tidur

by Lepak
Setiap manusia pasti akan tidur kan? Kita sebagai seorang muslim perlu lah baca doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur sebagai tanda syukur kita masih bernyawa. Walaupun doa ini pendek dan mudah masih ramai yang tidak mengamalkannya. Marilah kita semua jadikan ini sebagai amalan harian kita. :)
• Doa Sebelum Tidur :
بِاسْÙ…ِÙƒَ اللّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َØ­ْÙŠَاوَØ£َÙ…ُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu
Maksudnya: Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

•Doa Selepas Bangun Tidur :
اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ الَّØ°ِÙ‰ Ø£َØ­ْÙŠَانَا بَعْدَÙ…َا Ø£َÙ…َاتَÙ†َا ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ النُّØ´ُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit 

Thursday 25 October 2012

Proton, Gardenia dan TS Mokhtar Al Bukhary

1. Dalam satu pertemuan dengan TS Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam.

2. Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'?

3. Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tidak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau.


4. Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad?

Gardenia

1. Sebelum Gardenia diambil alih oleh TS Mokhtar, Gardenia berada di bawah 'supply-chain' orang bukan Islam.

2. Dan sebelum itu juga terdapat beberapa kes kedengaran mengenai Gardenia itu tidak halal, mengandungi unsur yang haram.

3. Majoriti yang menggunakan label Gardenia adalah daripada bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Cuba bayangkan sekiranyalah terdapat individu yang mempunyai niat khianat dan meletakkan walau setitis pun minyak babi ke dalam campuran tersebut, kesannya akan sampai kepada siapa?

5. Maka dengan inisiatif untuk menjaga label Gardenia ini supaya tidak tercemar dengan perbuatan sedemikian, datanglah satu rasa tanggung jawab kepada TS Mokhtar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

6. Sekiranya angin tidak bertiup masakan pohon boleh bergoyang.

Proton


1. Satu fakta menarik tentang Proton Holdings ini beserta dengan anak syarikatnya sekali adalah seramai hampir 20,000 orang pekerja.

2. Jika termasuk sekali dengan pengedar dan pusat servisnya, jumlah ini meningkat kepada hampir 35,000 orang secara tidak langsung.

3. Dan hampir 80% daripada jumlah mereka yang menerima secara langsung ataupun tidak adalah mereka yang terdiri daripada Bangsa Melayu yang juga beragama Islam.

4. Disebabkan adanya Proton ini, maka nasib 35,000 orang telah terjamin dengan adanya pekerjaan.

5. Sekiranya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu faham asas penubuhan Proton itu sendiri, maka sebagai satu dasar perjuangan bangsa seperti mana yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Korea, orang Melayu sendiri akan memperjuangkan Proton itu dan akan menyokong produk-produk syarikat ini.


6. Dengan setiap RM 1.00 yang dibelanjakan oleh anak Melayu kepada Proton, duit tersebut akan memberi makan semula kepada anak Melayu yang lain. Inilah yang rakyat Jepun dan Korea faham tentang perjuangan bangsa dan Nasional.

7. Dan sekiranya kita katakan bahawa rakyat Jepun dan Korea menyokong produk mereka kerana produk mereka sememangnya baik, ingatlah bahawa pernah ada waktunya yang syarikat-syarikat mereka ini seperti Proton yang baru hendak bermula.


8. Dengan sokongan daripada rakyat mereka sendiri maka teknologi automotif itu dapat dipacu dengan lebih laju.

9. Atas dasar kesedaran inilah, TS Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih Proton kerana kebajikan 35,000 orang pekerja kini berada di bawah beliau.

10. Walaupun rugi dan mengalamai beberapa masalah, tetapi beliau tetap berani untuk mengambil alihnya sendiri dengan harapan teknologi automotif dapat dipacu dan rakyat Malaysia kembali yakin dengan produk-produk Proton.

Jihad

1. Dapat dilihat bahawa kedua-dua pengambil alihan ini bertujuan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bukankah ini dapat dilihat sebagai satu bentuk pengorbanan?

2. Memang benar terdapat orang lain yang boleh mengambil alih kedua-dua syarikat ini tetapi syarikat mana lagi yang bernai untuk mengambil keputusan yang tidak menguntungkan ini.

3. KTMB, Penang Port dan banyak lagi yang perlu dipegang oleh orang Melayu untuk kesejahteraan orang Melayu adalah dibawah perancangan beliau.

4. Tetapi malangnya, sesetengah individu melihat ini sebagai satu bentuk monopoli oleh beliau.

5. Sekiranya ada individu lain yang inginkan syarikat-syarikat tertentu, maka tawarlah bidaan ini seperti mana yang beliau lakukan. Jangan salahkan TS Mokhtar kerana beliau berani untuk mengambil risiko-risiko sedemikian.

Kekayaan TS Mokhtar

1. Sekiranya ditanyakan kepada TS Mokhtar atas kekayaan beliau sebanyak USD 3.3 Billion, tanyalah di mana letaknya nilai tersebut.

2. Ia terletak kepada jumlah aset, saham anak syarikat serta pelaburan-pelaburan yang beliau lakukan dan bukannya dalam bentuk nilai tunai.

3. Hasil daripada perniagaan beliau juga disalurkan kepada pelbagai badan kebajikan serta yayasan seperti yayasan beliau sendiri iaitu Yayasan Al-Bukhary.

4. Dengan hasil pendapatan yang tinggi juga perludiingatkan bahawa cukai dan zakat juga terpakai ke atas beliau.

5. Secara tidak langsung, cukai-cukai serta zakat yang beliau bayar daripada puluhan syarikat-syarikat beliau termasuk dirinya sendiri akhirnya akan ke kantung pendapatan negara dan akhirnya kepada kita juga, rakyat Malaysia.

6. Secara tidak langsung, rakyat menikmati hasil kekayaan beliau melalui cukai dan orang Melayu yang beragama Islam ini dapat juga menikmatinya melalui saluran zakat yang beliau berikan.

7. Dan individu yang memberi inilah yang rakyat Malaysia kecam, yang rakyat Malaysia cerca, yang rakyat Malaysia cerca. Walhal, kita secara tidak langsung pun menerima hasil daripada beliau.

8. Kerana itulah perlunya ada bangsa Melayu yang beragama Islam ini untuk menjadi usahawan-usahawan antarabangsa kerana akhirnya hasil itu dapat dikongsi bersama melalui sumbangan-sumbangan zakat.


9. Cuba kita lihat yang meraung-raung di jalan raya melaungkan "Duit rakyat! Duit rakyat!" dan kita tanya adakah mereka ini membayar cukai pendapatan?

9a. Lebih daripada separuh daripadanya berpendapatan kurang dari RM 3000 sebulan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

9b. 'Duit rakyat' mana mereka perjuangkan kalau tidak duit 'taikun-taikun' yang majoritinya bukan berbangsa Melayu.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

----------------------------------------------------------------------------------------

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Sekian.
 
 
sumber:Resipirahsiaku.com

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

KENAPA AKU SOKONG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY DALAM PENGAMBILALIHAN "GARDENIA DAN PROTON".



Salam Pembaca,

Pernah aku terbaca dalam satu artikel yang mengutuk hamba Allah ini dan ayatnya lebih kurang bunyinya begini...
  
"Dia ni kalau boleh semua projek nak dibalunnya (bolot) jika ada, diatas bumi, diatas langit dan didalam laut. Cuma yang tak ada projek dalam tanah (lubang kubur) kalau ada pun, balun".
 
 Begitulah kata-kata dari sesetengah ahli-ahli politik, perniagaan yang busuk hati terhadap beliau iaitu TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

Dalam hati kecilku mungkin jika atau apabila Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary mengambilalih beberapa mega projek, syarikat multinasional dan yang terkini adalah "Proton dan Gardenia". Mungkin ada pihak yang rugi tak dapat rembat dan balun duit, saham-saham dan kepentingan diri sendiri dalam syarikat kerana pengambilalihan itu. Maka Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dikutuk oleh mereka-mereka yang mempunyai hati yang busuk, tamak dan dengki dengan kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukary.

Pertama aku suka Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana nama akhirnya sama dengan namaku "Al-Bukhary". Yang kedua beliau banyak membuat amal jariah yang tak dapat disenarai dalam blog ini jika nak dikumpulkan.

Diantara yang kita nampak dengan mata kasar adalah sebuah masjid di Alor Setar, Masjid Al-Bukhary. Beribu jemaah-jemaah dapat bersolat dan mengikuti kuliah-kuliah agama.

Nie Masjid Al-Bukhary, Alor Setar
BERSAMA ULAMA DI MASJID AL-BUKHARY
Ketiga. Mungkin kita dah lupa atau buat-buat lupa suatu ketika dahulu iaitu "Tuisyen Al-Bukhary" (Tuisyen lebihkurang selama 5 tahun) kepada 52 buah sekolah yang terpilih termasuklah Sekolah Menengah Hutan Melintang, bekas sekolah isteriku mengajar. Duit tuisyen itu dari wang zakat perniagaan syarikat-syarikat beliau.

Hanya pelajar-pelajar Melayu Islam sahaja yang boleh mengikuti tuisyen ini. Kertas photostat untuk pengajaran tuisyen Al-Bukhary pun mesti dihantar ke kedai photostat orang Islam juga. Tuisyen khas ini untuk pelajar-pelajar Melayu yang lemah dalam subjek sain, fizik, matematik dll. Beribu-ribu murid-murid sekolah Menengah telah mendapat manfaat dari Tuisyen Al-Bukhary ini, tak terkira banyaknya.

Lagi satu amal jariah beliau yang aku tahu iaitu bantuan ke Aceh menolong saudara seagama yang ditimpa musibah Tsunami. Yang itu tak terkira banyaknya yang telah dibantu oleh beliau selepas Tsunami.

Di Malaysia bumi bertuah ini banyak "miliionaire" tetapi hanya segelintir sahaja yang membantu orang-orang Melayu tetapi kebanyakkan suka membantu kroni-krono dan sedara terdekat mereka sahaja. Orang lain apa peduli! Tak percaya! pergilah tengok Banglo-banglo mewah kat "Country Height", Tropicana resort dan lain-lain resort. Tengoklah dengan mata kepala anda sendiri mahligai-mahligai ini yang paling murah pun RM3 juta. Ada yang sampai RM15 juta. Siapa punya?
Adakah "Millionaire-millionaire" ini pernah menolong orang-orang Melayu berbanding Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary? Boleh dibilang dengan jari! itu pun kalau nak bagi derma mesti ada liputan TV dan media. Pakai cek-cek gergasi.

Oleh yang demikian, eloklah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mengambilalih beberapa projek dan syarikat Multinasional di negara ini supaya tak terlepas ke tangan orang lain terutama sekali bangsa asing. Seperti yang terjadi kepada beberapa "listed Company" yang telah diambilalih oleh negara jiran disebelah selatan. Teka siapa laknat yang punya kerja??

Nak diharap kepada orang politik dan menteri-menteri dikalangan orang Melayu sekarang, memang tak boleh diharap langsung. Merompak wang rakyat adalah. Jika dibiarkan kepada lahanat-lahanat ini, suatu hari nanti habis digadai negara ini kepada bangsa asing. Mereka dan keluarga hidup mewah diluar negeri, rakyat yang derita dan satu hari nanti anak cucu kita akan menjadi pelarian di negara sendiri.

SEMUGA ALLAH SWT MEMANJANGKAN USIA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY MENERUSKAN NIAT JIHADNYA DALAM MEMBELA NASIB ORANG-ORANG MELAYU ISLAM SUPAYA TIDAK MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI AKIBAT KETAMAKAN, KEGELOJOHAN, KEBOROSAN MENTERI-MENTERI MELAYU YANG ADA KINI.
 
 
 
sumber: Resipirahsiaku.com