Friday 29 July 2016

Dulu dibuli kerana hodoh tapi sekarang...

Dulu dibuli kerana hodoh tapi sekarang...

ORANG kata, kawan yang gemuk atau hodoh masa sekolah, jangan dibuli atau dikutuk. Nanti bila dah dewasa, mereka jadi kacak dan cantik.

Nyata perkara itu menjadi kenyataan untuk Joanna Joseph, namun bukanlah tanpa rintangan dan semuanya dilalui dengan semangat jati diri yang tinggi.

Melalui laman Facebook Miss Selangor Earth 2016, kisah Joanna dikongsi untuk memberi inspirasi kepada mereka yang mahu mengubah diri mereka ke arah yang lebih baik.

"Saya tak ada sebarang matlamat hidup pada waktu lalu. Saya selalunya dibuli setiap hari, termasuk oleh kawan-kawan saya sendiri kerana memiliki berat badan berlebihan," kata perkongsian tersebut.

Joanna mengatakan beliau mengambil keputusan untuk mengubah keadaan tersebut sebelum segala-galanya menjadi 'kekal' dalam hidupnya.

"Ibu saya pernah mencuba pil untuk mengurangkan berat badan dan saya melihat beliau terseksa setiap hari kerana tidak mampu makan apa-apa.

"Saya cuba bersenam di gim pada masa terluang, saya cuba untuk makan secara sihat," kata Joanna.

Beberapa gambar sebelum dan selepas Joanna berubah juga dikongsi, dan nyata perubahan terhadap diri Joanna memberikan impak yang sangat positif terhadap dirinya.

"Buktikan kepada orang di sekeliling anda yang anda adalah lebih daripada yang mereka perkatakan (gemuk). Anda mampu buat," kata Joanna.

-Sinar

Thursday 28 July 2016

Doktor kudung guna bangku kayu

Li Juhong yang kudung kedua-dua belah kakinya akibat digilis lori
Li Juhong yang kudung kedua-dua belah kakinya akibat digilis lori dalam satu kemalangan menggunakan bangku kayu untuk bergerak menjalankan tugasnya merawat pesakit dari rumah ke rumah. AGENSI
 
BEIJING 31 Mac - Seorang doktor wanita yang kudung kedua-dua belah kakinya menggunakan 24 bangku kayu dalam tempoh 15 tahun untuk merawat pesakit di rumah mereka di wilayah Chongging.

Oddity Central melaporkan, doktor itu, Li Juhong, 37, kehilangan kedua-dua belah kakinya apabila dilanggar sebuah lori dalam satu kemalangan ketika dia berumur empat tahun.
Doktor terpaksa memotong kedua-dua kakinya yang patah teruk akibat digilis kenderaan berkenaan bagi menyelamatkan nyawanya.
Bagaimanapun, ketika berumur lapan tahun, Juhong yang tidak mengenal erti putus asa, mengajar dirinya ‘berjalan’ menggunakan tangan dengan bantuan dua bangku kayu.
Semangat tinggi wanita itu menyaksikan dia berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di sebuah kolej vokasional khas dan pulang bertugas di sebuah klinik di kampung halamannya di Wadian pada 2000.
Sejak itu, beliau merawat hampir 1,000 penduduk kampungnya dan melakukan rawatan rumah ke rumah menggunakan ‘tongkat istimewanya’ itu.
Juhong berkahwin dengan seorang lelaki tempatan, Liu Xinyan yang menyokong kerjayanya, malah lelaki itu sanggup berhenti kerja bagi menguruskan kerja-kerja rumah mereka dan adakalanya mendukung isterinya ke rumah pesakit di kampung berdekatan.
Dengan bantuan Xinyan, Juhong dipercayai telah mengendalikan lebih 6,000 kes perubatan di beberapa buah kampung di kawasan pergunungan daerah Hechuan itu.
Wanita itu berkata, dia telah menggunakan 24 bangku kayu dalam tempoh 15 tahun untuk merawat pesakit dari rumah ke rumah.
“Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu lakukan. Walaupun jika saya tidak dipuji kerana tugas ini, saya akan terus bekerja sebagai seorang doktor di kawasan pedalaman,” katanya kepada media tempatan.

-Utusan

Watak kartun juga diperguna hina Islam




London: Penerbit rancangan kartun ‘Fireman Sam’ memohon maaf tanpa syarat berikutan satu episod rancangan itu menunjukkan watak kartun memijak helaian al-Quran.
Menurut penonton, episod ‘Troubled Waters' itu yang ditayangkan Chanel 5 pada 28 Jun lalu, menunjukkan watak ‘Elvis’ menghina kita suci umat Islam dan ia kini dipadamkan daripada laman web stesen berkenaan.
Jurucakap Mattel yang menerbitkan rancangan itu melalui anak syarikatnya Hit Entertainment berkata: “Kami diberitahu bahawa dalam satu episod ‘Fireman Sam’ (Siri 9, Episod 7), ada imej helaian al-Quran dipijak.
“Helaian itu sepatutnya menunjukkan tulisan biasa dan kami amat kesal dengan kesilapan itu. Kami dengan terbuka memohon maaf.
“Kami tidak lagi berurusan dengan studio animasi yang melakukan kesilapan itu. Kami juga akan mengkaji semula prosedur bahan penerbitan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.


-Metro

 

Wednesday 27 July 2016

Pengantin termuda



Kaherah: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengahwini sepupunya yang cuma dua tahun muda daripadanya dalam majlis yang diadakan besar-besaran selain menyebabkan mereka digelar pasangan pengantin termuda dunia.
Faris Abdul Aziz dan pasangannya Nancy berkahwin di sebuah kampung di utara Kaherah, Jumaat lalu, dengan dihadiri ratusan orang.
Laporan akhbar memetik bapa pengantin lelaki cilik itu berkata, dia mahu anaknya berkahwin kerana mahu mendapatkan sebanyak mungkin hadiah perkahwinan.
Menurut seorang jiran: “Dia berkata selama ini sudah ratusan penduduk kampung mendapat hadiah perkahwinan daripadanya dan kini tiba masa untuk dia pula mendapat hadiah.”
Peguam, Mahmoud Shabana dipetik akhbar Al Masry Al Youm menyifatkan perkahwinan itu sebagai perbuatan jenayah.

- Agensi / Metro

Tuesday 26 July 2016

Sindiket jual kubur terbongkar


Jakarta: Jabatan pemakaman dan taman Jakarta (Distaman) membongkar satu sindiket menjual kubur dengan harga berlipat kali ganda berbanding bayaran sebenar.
Aktiviti sindiket itu terbongkar selepas Distaman menemui sejumlah kubur palsu di beberapa Tempat Pemakaman Umum (TPU) di seluruh Jakarta.
Pengarah Distaman Jakarta, Djafar Muchlisin berkata, kami menemui 10 kubur palsu yang lengkap dengan batu nisan di TPU Kawi-Kawi, Pasar Baru dan Karet Bivak.
Menurutnya, kubur palsu itu terletak di lokasi popular seperti di bahagian depan TPU atau yang terletak berhampiran jalan yang mudah dilawati.
“Kubur palsu ini kelihatan seperti sudah terisi lengkap dengan batu nisan, tetapi sebaliknya ia kosong dan sesiapa boleh membeli atau menempah kubur berkenaan.
“Kami mendapat maklumat kubur ini dijual pada harga Rp2 juta (RM620) hingga Rp3 juta (RM929),” katanya.
Menurutnya, pihaknya menahan seorang petugas di TPU Karet Bicek kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkenaan.
Bayaran pengurusan kubur di TPU adalah bermula dari Rp40,000 (RM12.39) hingga Rp100,000 (RM31).
Djafar memberitahu, pihaknya mengesyaki sindiket itu didalangi orang dalam dan dia tidak teragak-agak memecat pegawai kerajaan yang terbabit.
Menurutnya, dia yakin sindiket seperti itu juga aktif di beberapa wilayah di Indonesia.

-Metro

Peluk Islam selepas kekasih hamil

ibu hamil

BAGAIMANA awak peluk Islam? Apa peristiwa yang berlaku yang membuat awak peluk Islam?” Soalan ini biasa ditanya kepada mereka yang berhijrah ke Islam. Tetapi jawapan yang dinantikan adalah stereotaip: saya jatuh cinta pada Islam kerana terpesona dengan kemerduan azan, atau kerana saya tengok video debat antara agama, atau kerana saya mimpi lelaki jubah putih datang menghulurkan tangan yang bercahaya kepada saya dalam mimpi!

Memang semua di atas pernah berlaku tetapi ramai juga yang makin benci pada Islam setelah suara azan yang sumbang memekik-mekik, atau setelah tengok video debat antara agama di mana dia menjadi lebih defensif! Bahkan jika datang seorang lelaki berjubah putih dalam mimpi, mungkin dia akan terus melompat terjaga dari mimpi kerana ingatkan ISIS teroris mahu serang dia!

Hidayah ALLAH SWT datang dengan pelbagai cara dan penerimaan seorang mualaf bukan Muslim pun bergantung kepada kesediaannya. Saya pernah disoal, “Xifu, kalau kaedah dakwah kamu hebat sangat, mengapa ramai yang belum peluk Islam?” Saya jawab, “Tanyalah Tuhan. Manalah saya tau! Adakah kamu sendiri berdakwah?”

Makcik saya adalah seorang Cina Buddha campur Tao campur Konfucious. Agamanya ialah campuran tiga agama. Dia sudah tinggal bersama saya lebih 30 tahun sehingga sekarang.
Saya khaskan sebuah tempat untuk sembahyangnya dalam rumah saya. Dia tak kahwin dan sayalah yang jaga maslahatnya selama ini. Tetapi sampai ke hari ini, dia belum peluk Islam.

Semua kaedah dakwah telah saya guna ke atasnya. Saya masih gagal! Mengapa saya gagal? Saya tak tau. Saya telah berdoa dan saya telah bawanya jumpa pendakwah-pendakwah yang hebat juga tetapi tetap dia belum peluk Islam. Apa makna semua ini? Saya teringat pakcik Nabi SAW, Abu Talib. Dia pun tidak memeluk Islam walaupun Nabi SAW, pendakwah terhebat, bersungguh-sungguh meyakinkannya untuk peluk Islam.

Yang saya hairan pula ialah satu hari datang seorang lelaki Cina mualaf bukan Muslim. Dia nyatakan kesudiannya untuk peluk Islam kerana dia telah hamilkan teman wanitanya yang merupakan seorang Muslimah! Dia kata bahawa dia memang sayang pada kandungan teman wanitanya. Katanya Tuhan ALLAH SWT telah kabulkan doanya untuk mendapatkan kebahagiaan hidup berkeluarga dan berzuriat!

Saya terkejut. Beginilah caranya Tuhan bagi hidayah. Unsangkarable! Peluk Islam setelah hamilkan teman wanita! Tak logik langsung! Hancur kaedah-kaedah dakwah saya.

Teringat Malcolm X yang merupakan seorang gengster kulit hitam dulu sebelum menjadi pejuang Islam yang terkenal di Amerika. Dia begitu jahat sehingga di masukkan ke dalam penjara.
Dalam penjara, dia jumpa banduan Muslim. Teman banduan inilah yang sedarkan dia tentang Islam. Seorang banduan, bukan ustaz, pula yang bawa dia ke Islam dengan izin ALLAH SWT! Peluk Islam setelah masuk penjara! Unsangkarable lagi!

Seorang GRO Muslimah pernah telefon untuk jumpa saya. Kali pertama saya jumpanya memang pakaian seksi sangat. Saya ingat dia hamil luar nikah dan memerlukan bantuan. Tetapi alangkah terkejutnya saya bila dia tanya saya bagaimana dia boleh berdakwah kepada sugar daddynya!

Rupanya dia adalah perempuan simpanan seorang ahli perniagaan bukan Muslim. Bagaimana seorang GRO kelas atasan yang berzina dengan sugar daddynya terlintas nak dakwah kepada pelanggannya?

Unsangkarable! Akhirnya, sugar daddynya ini memeluk Islam dan berkahwin dengannya setelah setahun dia berdakwah kepadanya dengan izin ALLAH SWT! Peluk Islam setelah mendapat khidmat seks GRO kelas atasan!

Contoh terakhir ialah Saidina Umar al-Khattab. Setelah kaum Quraish Musyrikin makin terancam dengan dakwah, mereka mencari seorang untuk membunuh Nabi SAW. Maka, Umar pun offer diri untuk membunuh Nabi SAW.

Semasa dalam perjalanan ke Nabi SAW, Umar mendapat berita bahawa adik perempuannya telah memeluk Islam. Tidak perlulah saya bercerita penuh di sini tentang Umar. Google sahaja!
Apa yang unsangkarable di sini ialah bagaimana seorang yang berazam membunuh Nabi SAW akhirnya menjadi pembela Islam!

 Maka, janganlah begitu mudah melabel pihak tertentu sebagai kafir harbi.

* Abdul Naser Tun Rahman AJK Smash, Murshid, Macma

Monday 25 July 2016

Selamba berus gigi buaya

MICHAEL membersihkan gigi Chomper.

Florida: Seorang lelaki dirakamkan memberus gigi buaya peliharaannya dan dengan selamba memasukkan tangan ke dalam mulut reptilia itu.
Lelaki dikenali sebagai Michael itu langsung tidak gerun dengan taring buaya yang tajam itu seperti ditunjukkan dalam video yang menunjukkan dia melutut di depan mulut haiwan peliharaannya, Chomper, dan membersihkan gigi atas serta bawah reptilia itu.
Malah, Chomper sendiri nampak seronok dengan kerja itu. Pada satu ketika dia memegang mulut buaya itu untuk memastikan semua gigit haiwan itu sudah dibersihkan.
Video itu dimuat naik ke YouTube baru-baru ini dengan kapsyen ‘“Usah fikirlah bagaimana dia berani duduk begitu rapat dengan haiwan yang mampu membahamnya dengan mudah.”

- Agensi/Metro

Rakaman ngeri doktor picit keluar ketumbuhan

SAN SALVADOR 24 Julai – Para pengguna internet dikejutkan dengan satu rakaman video mengerikan yang menunjukkan seorang doktor memicit keluar cecair dalam ‘ketumbuhan gergasi’ dikenali sebagai Chazalion pada bahagian atas mata kiri remaja lelaki di sini.

NANAH dalam ketumbuhan mata seorang remaja dipicit oleh doktor di El Salvador, baru-baru ini. AGENSI

Rakaman oleh doktor berke-naan, Alberto Cota dari sebuah hospital di El Salvador menunjukkan beliau memicit keluar nanah bercampur darah daripada ketumbuhan yang telah menutup keseluruhan mata remaja tersebut.

Lazimnya ketumbuhan itu dihidapi individu berusia antara 30 hingga 50 tahun dan apabila saiznya semakin membesar, salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan memecah dan memicit keluar cecair dalam ketumbuhan berkenaan.

Menurut laporan laman web mirror.co.uk, remaja yang nama-nya tidak didedahkan itu dilihat menahan kesakitan manakala doktor berkenaan cuba menenteramkannya.

Selepas cecair itu dikeluarkan, mata kiri remaja tersebut perlahan-lahan dapat dibuka semula.

Chalazion disebabkan hala-ngan pada saluran mata iaitu minyak daripada mata tidak di-keringkan namun jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit kulit dikenali Rosacea.

Setelah dibuang, lebihan kulit daripada ketumbuhan itu akan hilang dalam tempoh beberapa minggu.

 
-Utusan

Friday 22 July 2016

Isteri rentap kantung buah zakar suami pemalas

Isteri rentap kantung buah zakar suami pemalas

VASLUI - ROMANIA. Seorang wanita yang berang dengan suaminya merentap kantung buah zakar lelaki berkenaan sehingga terkoyak.

Laporan Metro UK mengatakan Marinela Benea dari kampung Dragonmiresti berkata Ionel Popa, 39 seorang yang sangat pemalas dan tindakannya sebagai 'mengajar' lelaki berkenaan.

"Dia selalu mabuk dengan arak. Bila dia mabuk, dia berubah," kata Marinela.

Pada hari kejadian, Marinela menyuruh Ionel supaya bangun dan membuat kerja rumah tetapi lelaki tersebut enggan.

Ionel juga mendakwa wanita tersebut tidak layak memberinya arahan.

pasangan tersebut sudah berkahwin selama 15 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun.

Ionel yang sudah dibedah kini berada dalam keadaan stabil dan polis kini menyiasat kejadian tersebut

-Sinar

Wednesday 20 July 2016

Lima lemas cuba selamat wanita bunuh diri

Mayat seorang mangsa yang berjaya dibawa keluar dari sungai. - Foto shanghaiist.com

Beijing: Lima orang mati lemas ketika cuba menyelamatkan seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai di wilayah Gansu, utara China.

Menurut polis, wanita berusia 19 tahun itu minum bersama beberapa rakannya di tepi sungai semalam, apabila dia tiba-tiba berkata tidak lagi mahu hidup lalu terjun ke dalam sungai di bandar Dunhuang.

Rakan sekerjanya berjaya menyelamatkannya namun dia sekali lagi terjun ke dalam sungai dan kali ini, empat rakannya lemas ketika cuba menyelamatkannya.
Seorang lelaki yang berniaga di tepi sungai itu juga juga lemas dalam usaha menyelamatkannya dan wanita yang mahu diselamatkan itu juga mati lemas.

-Metro

Tuesday 19 July 2016

Turkish soldiers bound in gym after failed coup

Turkish soldiers bound in gym after failed coup
A gym floor covered with half naked soldiers, tied by their hands and feet in Turkey, believed to be among dozens of soldiers who surrendered during the failed military coup


SIRNAK – TURKEY. An image has emerged apparently showing a gym floor covered with half naked soldiers, tied by their hands and feet in Turkey.
They are believed to be among dozens of soldiers who surrendered during the failed military coup over the weekend.
The picture is reported to have been taken at a basketball court in Sirnak, eastern Turkey, while Government loyalists watch over them.
More than 6,000 people were arrested following the failed uprising including nearly 3,000 judges.
At least 250 were killed and more than 1,500 were injured.
Around 1,800 special forces police officers have arrived in Istanbul as Turkey reels from the failed coup attempt that plunged the city and the capital Ankara into a night of violence.
The state-run Anadolu news agency said the officers took up positions in critical locations and were also patrolling the city.
Istanbul police chief Mustafa Caliskan had ordered the shooting down of any helicopters flying overhead without warning, the report said.
The extra security comes as President Recep Tayyip Erdogan ordered F-16 fighter jets to patrol Turkish airspace, according to Anadolu.
Meanwhile, Sunday marked a day of funerals for some of the victims amid arrests of scores of alleged coup supporters within the military and judiciary.
Prime minister Binali Yildirim praised the solidarity displayed among the country’s rival political parties in the wake of Friday’s coup bid.
Speaking to throngs of government supporters in Ankara’s central Kizilay Square, he thanked the Turkish people for defeating the coup.
The crowd chanted the name of Mr Erdogan in tribute to the president.
Mr Yildirim said the attempted coup showed ‘that no matter their political views, all parties came together arm-in-arm against the coup. They cried out together’.
In an unusual show of unity, Turkey’s four main political parties released a joint declaration during an extraordinary parliamentary meeting, denouncing the coup attempt.

– METRO.CO.UK/Sinar

Monday 18 July 2016

Gambar roh keluar dari jasad ?

GAMBAR ini yang menjadi viral didakwa menunjukkan roh seorang lelaki meninggalkan jasad mangsa kemalangan. - Agensi 
 
Kentucky (Amerika Syarikat): Bagi mereka yang percaya kehidupan selepas mati, gambar yang dirakam seorang pemandu lori ini mungkin dapat mengukuhkan kepercayaan mereka.

Gambar yang dirakam di Powell County, Kentucky, Amerika Syarikat ini oleh Saul Vazquez menunjukkan seolah-olah roh keluar meninggalkan jasad seorang mangsa kemalangan.

Sejak memuat naik imej itu di dalam Facebooknya, ia menjadi viral dan dikongsi puluhan ribu kali oleh mereka yang percaya ia menunjukkan kewujudan roh.

Vazquez berkata, dia merakam gambar itu sekitar 6.30 petang pada Selasa lalu dari lorinya ketika memandu di jalan raya yang bertentangan dengan tempat kemalangan.

Dia menulis di bawah gambar itu: “Zoom pada tengah gambar itu dan beri tumpuan pada bayangan di atas topi penguat kuasa.”

Dalam kemalangan itu, seorang penunggang motosikal cedera parah. Dia disahkan mati selepas dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, nama mangsa tidak didedahkan.

- Agensi/Metro

Bapa OKU merangkak cari anak

Biarpun terpaksa merangkak, Chen Shengkuan tidak putus asa mencari
 
BEIJING 22 Jun – Seorang bapa kurang upaya di Wenzhang Xi, selatan China, tidak pernah berputus asa mencari anak lela­kinya yang berusia hampir tiga tahun sejak mangsa hilang 15 bulan lalu.

Biarpun cacat, Chen Shengkuan terus merangkak dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dari sebuah bandar ke sebuah bandar untuk mencari anaknya itu yang hilang ketika bermain-main dengan sepupunya di kediaman mereka.

Menurut laporan Mail Online, Shengkuan percaya anaknya yang dipanggil Chen Zhaoyuan telah diculik dan dijual kepada sebuah keluarga lain.

Sejak kejadian tersebut, de­ngan berbekalkan sekeping kertas yang menceritakan tragedi yang menimpa keluarga dan gambar anaknya, lelaki tersebut memulakan pencarian di jalan-jalan sekitar China.

Setakat ini dia telah menjalankan pencarian di bandar Zhanjiang yang mempunyai tujuh juta penduduk dan kini mencari di jalan-jalan bandar besar Guangzhou yang mempunyai keluasan lima kali ganda saiz bandar London.

Berdasarkan ceritanya, pada 2 Januari tahun lalu, Zhaoyuan mahu mengikut neneknya ke bandar, namun tidak dibenarkan atas sebab keselamatan.

Kanak-kanak itu kemudian ditinggalkan bermain bersama-sama sepupunya di kampung tersebut dengan diawasi oleh datuknya, Chen Tongshen.

Ketika asyik bermain daun terup dengan jirannya, Tong­shen tiba-tiba menyedari cucu­nya hilang dan selepas gagal mencari di kawasan sekitar, mereka menghubungi pihak polis.

Menurut Shengkuan, anak lelakinya itu kini telah berusia tiga tahun dan mempunyai dua tanda kelahiran iaitu pada tapak tangan kanan dan sekitar mata.

-Metro

Tuesday 5 July 2016

Padah mencaci dalam masjid


Ipoh: Wanita berusia 45 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan mengucapkan kata-kata cacian berunsur keagamaan dengan niat melukakan perasaan jemaah di dalam Masjid Abu Ubaidah, Tambun di sini, pada 4 Mei lalu.

Tertuduh, Tham Yut Mooi didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengucapkan kata-kata cacian terhadap Nabi Muhammad yang dapat didengar oleh seorang jemaah dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan orang berkenaan.
Yut Mooi, yang juga seorang ejen insurans didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.30 petang di dalam Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan, Tambun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab dihadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan dan tertuduh yang diwakili Chiang Woei Chien bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana pihak pendakwaan membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan kerana disyaki mengalami masalah mental.

Nurul Asyifa kemudian membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan bagi menjalani pemeriksaan mental selama sebulan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Jun ini.

-Metro

Sebulan penyepit dalam lengan

KAYU penyepit yang terbenam di dalam lengan Zeng.

Beijing: Seorang lelaki dari Xiamen baru-baru ini mendapati sisa kayu penyepit terbenam di dalam lengannya selama lebih sebulan selepas digunakan untuk cuba membuka botol bir.

Taihainet melaporkan, lelaki bernama Zeng itu cedera secara tidak sengaja ketika keluar minum bersama rakannya apabila lengannya tertusuk kayu penyepit.

Zeng yang ketika itu mabuk mengeluarkan sebahagian kayu penyepit berkenaan dari lengannya tanpa menyedari sebahagian kayu itu tertinggal di dalam.
Zeng mencuci lukanya dan menganggap tiada masalah. Bagaimanapun, selepas beberapa hari lengannya mula membengkak dan bernanah.
Apabila keadaannya semakin teruk, Zeng memutuskan mendapat rawatan di hospital.

Doktor yang memeriksanya terkejut apabila mendapati serpihan kayu penyepit sepanjang lapan sentimeter terbenam di dalam lengannya.

 - Agensi/Metro

Monday 4 July 2016

Halang lelaki penggal isteri




Kaherah: Seorang lelaki berjaya dihalang orang ramai daripada memenggal isterinya di tempat terbuka.
Pada awal video yang tersebar di Internet itu, lelaki terbabit dilihat menghempap isterinya di atas jalan raya dan cuba mengelar leher wanita itu.
Bagaimanapun, sekumpulan lelaki, termasuk jiran mereka menyerangnya.
Seorang daripada mereka dilihat menghampirinya dari belakang dan menendang tengkuknya sebelum seorang lagi melontar bata ke arah kepalanya.
Wanita itu kemudian bangun melarikan diri dan tempat dia terbaring sebelum itu dilihat mempunyai kesan darah.
Pada masa sama puluhan orang menolak suaminya ke dinding dan menghimpitnya sebelum memukulnya dengan pelbagai objek.
Video itu dimuat naik ke LiveLeak Jumaat lalu dilaporkan dirakam di Mesir.
Menurut laporan, wanita itu terselamat.

- Agensi/Metro

Bomoh nikahi 39 perempuan

Abah Kamad mendakwa pernah berkahwin dengan 39 orang wanita.   
 
LEBAK, Banten – Seorang bomoh pengasih di wilayah ini dilapor pernah berkahwin dengan 39 wanita yang didakwa dinikahi hasil ilmu yang dimilikinya.

Hasil perkahwinan itu, Abah Kamad, 68, dari Kampung Dukuh Dapin, Desa Cibungur, mukim Leuwidamar, Lebak mempunyai sebanyak 14 orang anak daripada lapan isteri yang dikahwininya.
Katanya yang kini hidup bersama seorang isteri sahaja, oleh kerana mempunyai terlalu ramai isteri, dia tidak dapat mengingati nama bekas isteri-isterinya.
“Yang ingat cuma beberapa iaitu Aminah, Sarinah, Sarminah, Ramunah, Kalpinah, Rusminah, Urni, Yati dan Anah.
“Selain itu, nama lain yang saya ingat ialah Runti, Sawani, Juniyah, Jamsinah, Rumsinah, Murni, Arnah, Onah, Junayah, Eti dan Marti,” katanya.
Abah Kamad menjelaskan, dia turut menggunakan ilmu pengasih yang dimilikinya untuk berkahwin dengan bekas isteri-isterinya,
“Kan saya pakai ilmu, kalau tidak manakan pula gadis-gadis ini mahu berkahwin dengan saya yang tidak kacak ini,’’ seloroh Abah Kamad.
Kata Abah Kamad, pernah satu ketika, dia meyakinkan empat orang isterinya untuk tinggal serumah dengannya dan semua isterinya akur permintaannya.
Bagaimanapun, jelas bomoh itu, setiap kali dia ingin menikah, dia akan meminta izin daripada isterinya yang paling tua.
“Daripada puluhan isteri ini, hubungan kami hanya bertahan tiga bulan sahaja,’’ tambah Abah Kamad.


- MERDEKA.COM/Metro

Friday 1 July 2016

Fakta pendakwaan Lim Guan Eng, Phang Li Koon

Berikut adalah fakta pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

 

1
2
3

-Utusan

Nafi rusa diburu di Tasik kenyir


Kuala Terengganu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menafikan dakwaan kononnya gambar menunjukkan 10 ekor rusa diburu sekumpulan pemburu diviralkan di media sosial itu berlaku di Hutan Simpan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Gambar itu menunjukkan seramai lapan orang dipercayai pemburu bersama dengan hasil buruan masing-masing iaitu 10 rusa bersaiz kecil dan besar siap disembelih diatur di hadapan mereka dengan berlatar belakangkan alur sungai kecil dan kawasan hutan.

Pengarah PERHILITAN Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata, kejadian itu tidak berlaku di Tasik Kenyir atau di mana-mana kawasan di negeri itu.
Bagaimanapun, pihaknya akan tetap menjalankan siasatan secara menyeluruh mengenai gambar yang viral di laman sosial itu.

“Kami menyediakan dua kumpulan peronda PERHILITAN yang bertanggungjawab menjalankan rondaan 24 jam di kawasan hutan termasuk di Taman Negara Tasik Kenyir,” katanya.

-Metro