Friday 30 August 2013

Lelaki disoal polis kerana lukisan hina Islam

Pelukis Anurendera Jegadeva disoal siasat polis hari ini selepas laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan menghina Islam, selepas blog pro Umno mendedahkannya.

Pameran lukisan di pusat membeli belah Publika, di Sri Hartamas didakwa menghina Islam apabila memaparkan satu lukisan pelukis yang dikenali sebagai J. Anu dengan tema "ABC For The Middle – Age Middle Classes".

Menurut laporan blog http://akarimomar.wordpress.com/, artikel bertajuk "Lagi Penghinaan Terhadap Islam – Kini Di Publika Sri Hartamas" penulis berkenaan telah membuat laporan polis terhadap pameran tersebut, yang dijalankan di tingkat G2, di kawasan ruang legar pusat membeli belah berkenaan.

Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dakwa penulis blog berkenaan melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut "I for Idiot".

"Seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh beserta dengan tulisan khat 'Basmallah' terbalik di bawahnya, yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut.

"Manakala untuk J dan K pula di buat 'J for Jesus' dan 'K for Krisna' – tanpa ada sebarang unsur penghinaan," memetik kenyataan di blog tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul Timbalan Komisioner Zakaria Pagan mengatakan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk menghina agama seseorang.

Ketika sambutan Ramadan sebelum ini, umat Islam dikejutkan dengan beberapa insiden penghinaan terhadap Islam, antaranya dua blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar "berbuka puasa dengan bak kut teh" yang menimbulkan kemarahan majoriti umat Islam di negara ini.

Kedua-dua mereka bagaimanapun telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa dan dibicarakan mahkamah.

Isu lain termasuklah penggunaan kalimah Allah, yang mana mahkamah telah memutuskan untuk menolak permohonan gereja Katolik mengetepikan permohonan Putrajaya merayu kes berkenaan.

– The Malaysian Insider 29 Ogos,2013.

7 tahun tunggu hukuman dibutakan

Riyadh: Seorang lelaki berusia 82 tahun ditahan di penjara sejak tujuh tahun lalu, menanti mahkamah melaksanakan hukuman membutakannya.

Lelaki berkenaan sebelum itu didapati bersalah menyebabkan seorang lelaki lain buta dalam satu pergaduhan.

Warga Saudi itu hanya boleh mengelak hukuman berkenaan sekiranya dimaafkan oleh mangsa.

Dalam kejadian di bandar Bisha, selatan Saudi, Wahair Al-Harthi menembak musuh di muka, menyebabkan lelaki terbabit hilang kedua-dua penglihatan.

Mahkamah mendapati dia bersalah dan mengarahkannya ‘dibutakan,’ selaras dengan undang-undang syariah yang diamalkan Arab Saudi, kecuali mangsa menerima ‘diya,’ wang darah dan memaafkannya.

“Kami merayu kepada semua ketua kaum dan penderma supaya campur tangan dan memujuk mangsa menarik balik kesnya, terima ‘diya’ dan memaafkannya,” kata anak Wahair, Mansour.

Menurut undang-undang Saudi, mereka yang membunuh atau didapati bersalah, boleh diselamatkan dan dibebaskan jika diampunkan oleh keluarga mangsa selepas menerima wang darah.

- Agensi/Metro

Hukum sendiri potong tangan

Kaherah: Seorang lelaki Mesir mengudungkan tangannya dengan meletakkan anggota tubuhnya itu pada landasan ketika sebuah kereta api meluncur laju.

Ali Afifi, 28, berbuat demikian semata-mata untuk menghukum dirinya dan menghentikan ketagihan mencuri serta mengelak daripada menderita dalam kehidupan seharian kerana tabiatnya itu dan juga mengelak hukuman di akhirat.

Ali berkata, tabiat mencurinya bermula sejak muda lagi, apabila dia mencuri bekalan rakan sekolahnya. Dia kemudian mencuri barangan di kedai dan apabila dewasa, dia mula mencuri telefon bimbit serta barangan kemas.

Menurutnya, dia menggunakan wang hasil curinya itu kepada kanak-kanak dan keluarga miskin.

Bagaimanapun, dia gagal mengatasi tabiatnya itu dan akhirnya mengambil keputusan mengudungkan kedua-dua tangannya itu sebagai cara mengakhiri ketagihannya.

Ali berkata, dia kini bercita-cita untuk membantu penduduk di bandar tempat dia tinggal dan membina pusat belia. Dia juga bercadang bekahwin tetapi tidak yakin ada wanita Mesir yang mahu menerimanya kerana kisah lampaunya.

- Agensi/Metro

Anwar singkir Shafee jadi Timbalan Pendakwaraya rayuan kes liwat

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah tidak boleh menjadi timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana peguam kanan itu berada dalam senarai saksi pendakwaan.

Ini adalah pendirian Anwar untuk menyingkirkan peguam itu sebagai pendakwa utama kes liwat yang akan didengar di Mahkamah Rayuan bulan depan.

“Walaupun Shafee tidak pernah memberikan bukti, beliau ditawarkan kepada pihak pembela sebagai saksi kes itu.

“Shafee adalah sebahagian daripada pihak pendakwaan. Kemungkinan beliau juga memberikan kenyataan kepada polis,” kata Anwar dalam afidavit yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Anwar berkata, Shafee tidak seharusnya dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya kerana Jabatan Peguam Negara mempunyai pengamal undang-undang lain yang layak untuk mengendalikan rayuan itu.

Malah, katanya, perbelanjaan untuk menggunakan khidmat Shafee adalah menggunakan wang pembayar cukai.

Shafee pada 22 Julai lalu berkata, pelantikannya mengikut Seksyen 376 (3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah dan akan dibayar amaun minimum kerana mempunyai kontrak masih berjalan di antaranya dengan kerajaan.

Anwar berkata, Seksyen 376 (6) hanya mengenai pelantikan seorang yang layak dan sesuai sementara 379 menyentuh mengenai pekerjaan.

Katanya, Shafee tidak boleh dilantik mengikut dua seksyen itu kerana ia mempunyai maksud lain.

Ketua pembangkang itu berkata, mengikut Seksyen 376 (3), seorang peguam boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya tanpa gaji sementara mengikut Seksyen 379 peguam dipilih dan gaji dibayar menggunakan dana awam.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan selama dua hari bermula 17 September.

Shafee sebelum ini dipetik sebagai berkata, pelantikan sebagai Timbalan Pendakwaraya tidak seharusnya dijadikan isu politik kerana beliau bukan ahli politik atau anggota sebarang parti politik dan beliau dipilih atas kelayakannya.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut mempertahankan langkah melantik Shafee, walaupun memperlihatkan Jabatan Peguam Negara berat sebelah dan mengikut rentak kerajaan.

Gani berkata, memberikan lesen kepada peguam persendirian untuk mewakili Putrajaya bukan sesuatau yang baru, menjadikan inkues Teoh Beng Hock sebagai contoh iaitu Datuk Tan Hock Chuan sebagai pegawai bertugas dalam kes itu.

Beliau berkata, pendakwa utama perbicaraan Anwar, Datuk Yusof Zainal Abiden yang bersara pilihan juga pernah mewakili pembangkang.

Bagaimanapun, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pelantikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya adalah perkara luar biasa dan memberikan persepsi bahawa pegawai dari Jabatan Peguam Negara tidak kompeten.

Menurut Abu Talib yang menjadi Peguam Negara selama 13 tahun sejak 1980, terdapat ramai pegawai berpengalaman untuk menjalankan rayuan yang beliau anggap sebagai kes “straight forward”.

Beliau berkata, menjalankan rayuan kes itu mudah kerana Anwar hanya dibebaskan selepas diberikan pembelaan dan persepsi terhadap kerajaan tercemar dengan pelantikan Shafee.

Anwar dibebaskan Januari tahun lalu selepas dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik.

Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung melebihi tiga tahun itu.

Anwar memberikan keterangan dari dalam kandang saksi.

– The Malaysian Insider 30 Ogos, 2013.

Thursday 29 August 2013

Marahkan Malaysia, Seluar Dalam Gantinya

Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos lalu, seorang anggota Komisi 1 DPR membuat kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara Malaysia-Indonesia.

Tantowi Yahya mengatakan bahawa Malaysia masih memandang rendah kepada Indonesia disebabkan ramainya warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh di Malaysia. Kenyataan ini dibuat berikutan banyak kes-kes seperti penderaan kepada pembantu rumah terutamanya, dijadikan satu ukuran bahawa Malaysia memang memandang Indonesia sebagai negara yang hina.

Desakan dibuat agar satu protes dihantar terhadap pemerintah Malaysia. "Walau yang menghina ini warganegara, bukan pemerintah Malaysia, kedutaan kita wajib menyampaikan protes ke pemerintah Malaysia" ujar seorang politikus Parti Golkar.

Kemuncak kepada rasa tak puas hatinya, mencadangkan agar bendera merah putih Indonesia digantikan saja dengan seluar dalam miliknya yang berwarna putih dan seluar dalam merah milik isterinya.

-Posted by DUKE LARA

Marahkan Malaysia, Seluar Dalam Gantinya

Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos lalu, seorang anggota Komisi 1 DPR membuat kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara Malaysia-Indonesia.

Tantowi Yahya mengatakan bahawa Malaysia masih memandang rendah kepada Indonesia disebabkan ramainya warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh di Malaysia. Kenyataan ini dibuat berikutan banyak kes-kes seperti penderaan kepada pembantu rumah terutamanya, dijadikan satu ukuran bahawa Malaysia memang memandang Indonesia sebagai negara yang hina.

Desakan dibuat agar satu protes dihantar terhadap pemerintah Malaysia. "Walau yang menghina ini warganegara, bukan pemerintah Malaysia, kedutaan kita wajib menyampaikan protes ke pemerintah Malaysia" ujar seorang politikus Parti Golkar.

Kemuncak kepada rasa tak puas hatinya, mencadangkan agar bendera merah putih Indonesia digantikan saja dengan seluar dalam miliknya yang berwarna putih dan seluar dalam merah milik isterinya.

-Posted by DUKE LARA

Lelaki terlepas hukuman potong kaki

Riyadh: Seorang lelaki di Arab Saudi yang dijatuhi hukuman potong kaki kerana menyebabkan kecederaan sama ke atas rakannya dalam satu pergaduhan, terselamat daripada hukuman itu selepas membayar wang darah 1.5 juta rial (RM1.3 juta) kepada mangsa, lapor akhbar tempatan.

Mahkamah di bandar Rafha di utara Arab Saudi, memberi tempoh kepada Talal bin Khalaf Al Shammri, tiga bulan untuk membayar wang darah kepada mangsa, atau dipotong kaki, mengikut undang-undang Islam di negara itu.

Kami berjaya mengumpulkan jumlah wang yang dikehendaki itu minggu ini, dengan bantuan pemimpin puak dan sumbangan orang dermawan, kata abang Talal, Hadeeb kepada akhbar Sabq.

Beliau berkata, mangsa, Mohammed Al Mutairi datang ke mahkamah Selasa lalu dan memberitahu hakim, beliau bersedia mengampunkan Shammari selepas menerima wang darah daripadanya.

Akhbar Sabq melaporkan pembayaran wang diya iut juga bermaksud Shammari akan dibebaskan tidak lama lagi.

Shammari menembak kaki Mutairi dalam satu pergaduhan di bandar kediaman mereka enam tahun lalu dan doktor mengambil keputusan untuk memotong kakinya yang tidak dapat lagi diselamatkan akibat cedera parah.

-AGENSI/Kosmo

Kenapa langit gelap gelita?

Taiyuan: Suasana menyentuh perasaan menyelubungi sebuah wad di hospital di Fenxi di Shanxi semalam apabila kanak-kanak yang buta akibat kezaliman peniaga organ bertanya mengapa matahari masih belum muncul tanpa menyedari dia tidak lagi dapat melihat apa-apa selama-lamanya.

Ketika dikelilingi anggota keluarganya, kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Guo itu sering bertanya mengapa langit sentiasa gelap gelita.

Menurut bapa saudara Guo, setiap kali soalan diajukan, mereka terpaksa berdalih.

“Ia soalan yang sangat sukar dijawab.

“Apabila perlu kami katakan kepada Guo bahawa matanya cedera dan perlu dibalut dan dia akan sembuh tidak lama lagi,” katanya.

Kelmarin media melaporkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah apabila ada pihak tertentu mengorek matanya.

Terdahulu kanak-kanak malang itu disedari hilang ketika bermain-main di luar kediamannya. Jurucakap polis berkata mereka percaya kanak-kanak itu diberi ubat pelali sebelum kornea matanya diambil.

Sementara itu jurucakap polis berkata, mereka menemui kornea mata Guo melekat pada biji mata yang ditinggalkan tidak jauh dari tempat dia ditemui.

“Justeru polis menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan sindiket penyeludupan organ,” katanya.

Menurut jurucakap itu polis masih menyiasat kes berkenaan dan menawarkan ganjaran 100,000 yuan (RM54,476) untuk maklumat yang membawa kepada penahanan suspek yang dikatakan mereka adalah seorang wanita.

- AFP/Metro

Rahsia di sebalik huruf basmallah

UCAPAN basmalah berasal daripada ayat yang berbunyi Bismi Allah ar-Rahman ar-Rahim. Ayat ini biasa diertikan 'dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Basmallah merupakan satu daripada tiga bahagian al-Quran. Dua bahagian yang lainnya adalah surah al-Fatihah dan isi al-Quran itu sendiri secara keseluruhan yang berjumlah 113 surah, daripada surah al-Baqarah sehingga surah an-Nas.

Atas dasar pembahagian itu, maka ada mufassir dan ulama yang menyebut basmalah sebagai ayat tunggal. Jika surah al-Fatihah disebut oleh para mufassir dan ulama sebagai intisari al-Quran, maka basmalah disebut sebagai intisari al-Fatihah. Dengan demikian dalam ayat basmallah terkandung intisari al-Quran.

Setiap pekerjaan yang baik, sunat dimulai dengan membaca basmallah. Hal ini didasarkan pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: "Setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan basmalah adalah kurang berkat."

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Apabila hamba-Ku memulai pekerjaannya dengan menyebut nama-Ku, maka menjadi kewajiban-Ku untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya serta Ku-berkati seluruh keadaannya."

Ada ulama yang berpendapat bahawa basmallah bukan bahagian daripada surah al-Fatihah, melainkan ayat tersendiri. Kerana itu, di Mekah dan Madinah, imam yang mengetuai solat tidak membaca basmallah ketika membaca al-Fatihah.

Pendapat itu didasarkan kepada riwayat Imam Malik bahawa para sahabat Nabi SAW tidak membaca basmallah ketika membaca surah al-Fatihah.

Pandangan serupa dikemukakan Imam Abu Hanifah yang menilai sahih beberapa hadis yang memberitakan bahawa Nabi SAW dalam mengerjakan solat tidak mendengar membaca basmallah.

Pandangan yang kemudian dianut secara rasmi oleh Mazhab Hanafi adalah bahawa basmalah boleh dibaca dalam solat tetapi tidak dengan suara nyaring.

Sebahagian ahli tafsir, seperti Ibrahim al-Biqa'i, menyatakan bahawa huruf-huruf dalam basmallah yang berjumlah 19 itu memiliki rahsia tersendiri.

Di antaranya adalah sebagai simbol penghindaran seseorang daripada ancaman para penjaga neraka yang menurut al-Quran jumlahnya 19 malaikat (rujuk al-Muddaththir: 30).

Dengan demikian, jika kita sering membaca basmalah, kita akan terhindar daripada azab neraka. Ucapan untuk menolak perkara yang buruk, iaitu la haula wa la quwwata illa bi Allah, juga terdiri daripada 19 huruf.

Ketika membaca surah-surah dalam al-Quran, dianjurkan untuk memulainya dengan basmallah, kecuali membaca surah at-Taubah.

Basmallah pada surah at-Taubah dibaca di tengah surah atau beberapa ayat setelah ayat pertama.

Hal ini kerana surah at-Taubah berisi kemarahan Tuhan dan pernyataan perang kaum Muslim terhadap orang-orang musyrik, sedangkan bacaan basmalah mengandung perdamaian dan cinta kasih Allah SWT.

Pendapat lain mengatakan bahawa para sahabat tidak dapat memastikan apakah surah at-Taubah merupakan surah tersendiri atau bahagian daripada surah al-Anfal.

Pemisahan yang kemudian dilakukan menjadi surah sendiri adalah hasil kompromi para mufassir ketika penyusunan mushaf Uthmani.


-Utusan

Wednesday 28 August 2013

JOM BACA:Surat Tun Dr. Mahathir kepada Tunku

Pada hemat saya, para pemimpin UMNO dan BN wajar menghayati serta menginsafi surat ini agar tidak menjadi ‘Tunku Ke 2′ yang akan menerima surat seperti ini dari ‘Dr Mahather Ke 2′!

Surat Tun Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman Tentang CINA MESTI BACA !

Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku.

Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul.

Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happiness” apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra[truncated by WhatsApp]

…Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

Posted by: Jiwa Paradox

Pembantu pejabat didakwa halang tugas polis, tunjuk isyarat lucah

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menunjukkan isyarat lucah kepada penjawat awam itu, Ahad lepas.

K Thasarathan, 31, dituduh menghimpit kenderaan peronda polis dengan niat menghalang tugas tiga anggota polis Muhamad Mukhlis Abdul Aziz, Izham Ibrahim dan Aminuddin Alias yang sedang melakukan rondaan di KM140 Lebuhraya Utara Selatan arah utara menghala ke Sungai Dua, dekat sini pada pukul 6.15 petang, 25 Ogos.

Thasarathan yang bekerja sebagai pembantu pejabat itu juga dituduh menunjukkan isyarat lucah kepada ketiga-tiga anggota polis itu di tempat, masa dan hari yang sama.

Bagi pertuduhan pertama Thasarathan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 509 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Musyiri Peet membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 25 Sept depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim manakala tertuduh diwakili dua peguam, E Gnasegaran dan V Partiban. - Bernama/Metro

Hatijah dapat RM1.52 juta sebulan

Kuala Lumpur: Peneraju Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam dikatakan memperoleh pendapatan mudah RM1.52 juta sebulan hasil kutipan dana oleh 38 Pengarah Zon 1 (PZ1) pertubuhan itu.

Bekas pengurus rumah amal GISB, Roslina Ibrahim, mendakwa setiap PZ1 diwajib menyerahkan RM40,000 sebulan untuk dimasukkan ke akaun pusat atau dikenali Tabung Taqwa dan jika gagal, jawatan mereka sebagai pengarah zon akan dilucut untuk digantikan dengan ahli baru GISB.


Selepas wang dimasukkan ke Tabung Taqwa, pengurusan akaun berkenaan akan dikelolakan beberapa proksi Hatijah Aam. PZ1 akan memasukkan RM40,000 ke akaun proksi terbabit sebelum ia dipindahkan ke akaun dikuasai Hatijah.

-BH


Pakar Sakit Tuan: Krim, losen omong kosong

Banyak kali saya menghuraikan perihal krim dan losen yang dirumus untuk anggota kelamin lelaki dan wanita yang kononnya mampu menambah nikmat hubungan seksual. Paling menarik, ia mampu membantu membesarkan alat kelamin serta memantapkan ereksi dan mengekalkannya.

Ini semua mengarut. Apa yang dinyatakan itu hanyalah sekadar madah peniaga untuk melariskan produk mereka. Malah, tidak ramai menyedari kesan dijanjikan hanya rekaan semata-mata. Kebanyakan krim dan losen ini tidak pernah diuji kaji dan pengiklanannya juga tidak pernah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan walaupun sesetengah krim itu sering kelihatan di kaca televisyen.

Setakat ini hanya ada beberapa krim untuk lelaki dan wanita yang fungsinya untuk menyegarkan anggota kelamin dan tidak lebih daripada itu. Saya juga melakukan banyak kajian terhadap pelbagai krim sebegini untuk mengetahui jika produk terbabit benar-benar berkesan dan tidak memudaratkan kulit dan fungsi anggota kelamin. Namun, hampir semuanya adalah omong kosong pengeluar.

Ada juga yang mengiklankannya sebagai krim membesarkan anggota sulit lelaki dan kononnya untuk tahan lama. Ini tidak betul kerana ia sebenarnya hanya untuk menyegarkan anggota kelamin. Namun, jika itu yang anda inginkan, anda boleh menggunakan krim biasa yang lebih murah dan boleh dibeli di farmasi.

Ada krim dan losen mengandungi kimia larangan serta boleh mengakibatkan alahan kulit yang ketara. Bayangkan anggota kelamin anda yang asalnya berkulit lembut dan cerah bertukar menjadi kasar, menggelupas dan radang serta warna berubah menjadi gelap.

Ada juga sesetengah krim yang kononnya sesuai untuk mengatasi masalah cepat klimaks dan sebahagian ramuan di dalamnya mengandungi bahan perosak kulit seperti gambir Sarawak atau ekstrak paprika (lada) dan ekstrak bunga cengkih.

Jadi, anda boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika anda menggunakannya. Kulit anggota kelamin akan terasa pijar dan tidak selesa. Kebetulan, jika lelaki itu menggunakan krim berkenaan dan bersetubuh dengan pasangan, bahagian luar anggota kelamin wanita itu akan turut terasa pijar dan bahagian dalam, iaitu faraj, mengelupas dan radang. Ia pastinya akan mengeruhkan keadaan.

Sama juga dengan krim mengandungi minyak lintah, ikan belacak, ular, gamat dan pelbagai lagi binatang yang menjalar. Semua hanya penipuan dan rekaan semata-mata. Jika anda kebetulan alah dengan bahan itu, anggota kelamin akan melecet dan menggelupas. Sama juga dengan pasangan anda, kulit anggota sulitnya akan mengelupas, radang dan faraj akan mengeluarkan cairan berbau.

Kebanyakan krim dan jeli yang dirumus khusus untuk anggota kelamin lelaki tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan kerana ia didaftar sebagai krim atau jeli tradisional.

Begitupun, mendapat pendaftaran tidak bermakna produk terbabit diluluskan oleh kementerian. Jadi, pastikan anda membuat kajian menyeluruh dan bertanya pakar jika ingin mencari sesuatu produk terbabit.

Penulis: Dr. Ismail Thamby

-Metro

2 lelaki capai kata sepakat kongsi isteri

Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. - Agensi/Metro

Tuesday 27 August 2013

Profesor mati dipukul isteri dengan koleh

Tokyo: Seorang suri rumah memukul suaminya yang berusia 70 tahun hingga mati dengan koleh kopi selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, wanita berusia 61 tahun itu menyerang pasangannya selepas mendapat tahu lelaki terbabit mempunyai hubungan sulit, memukulnya berulang kali di muka dan kepala dengan koleh di kediaman mereka di barat daya Tokyo tengah hari kelmarin.

Yasuo Hirose, yang juga profesor kehormat di Universiti Kebangsaan Yokohama dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

“Dia ada hubungan sulit dengan wanita yang saya benci,” kata Emiko Hirose kepada polis.

“Saya berang dan memukulnya lebih 10 kali dengan koleh,” katanya.

Emiko kemudian ditahan atas tuduhan membunuh tanpa niat. - AFP/Metro

Monday 26 August 2013

Tukang urut lari berbogel

SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini, diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

-Sinar

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Budak 5 tahun mangsa dera meninggal dunia

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang koma akibat didera meninggal dunia selepas 11 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Mangsa, Ho Yan Hui, yang disyaki didera ibu kandungnya sendiri disahkan mati pada pukul 2.40 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam ketika dihubungi mengesahkan kematian kanak-kanak malang itu yang mengalami kecederaan teruk di badan.

Sementara itu, Pengarah HRPB, Dr. Raja Lope Ahmad Raja Ariffin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

=Kosmo

Ceroboh rumah, noda bekas isteri

Kuala Lumpur: Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.

Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.

Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.

Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.

“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya.

-Metro

20 tahun diperkosa bapa tiri, lahir 10 anak

Buenos Aires: Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak.

Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.

“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.

Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.

Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.

Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka. - Agensi/Metro

Saturday 24 August 2013

Terkini : Seorang anggota Malbatt 5 maut, dua cedera di Lebanon

24/08/2013 2:21pm KUALA LUMPUR - Seorang anggota Malaysian Battalion 5 (Malbatt 5) berpangkat Sarjan maut manakala dua lagi rakannya cedera dalam satu kemalangan semasa bertugas dalam misi United Nation Interim Force di Lebanon malam tadi waktu Malaysia. Kemalangan berlaku semasa anggota sedang melaksanakan konvoi pergerakan pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin yang melibatkan 41 anggota dan 8 buah kenderaan tentera pelbagai jenis. - KOSMO!

2 Pasukan khas polis ditubuh

PETALING JAYA: Dua pasukan khas dianggotai 400 anggota dan pegawai polis terlatih dari Bukit Aman ditubuhkan bagi membanteras kes jenayah berat dan dadah dengan lebih berkesan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan itu yang diluluskan segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah pun beroperasi termasuk dalam kes terbaru membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang. "Pasukan ini terdiri daripada anggota yang takkan bersimpati dengan penjenayah sepertimana penjenayah yang tak bersimpati dengan sesiapa. "Ia diketuai oleh seorang komisioner dan mereka tidak perlu melapor kepada Ibu Pejabat Kontinjen Polis mahupun Ibu Pejabat Polis Daerah. "Secara tidak langsung, penubuhan skaud ini juga dapat memulih persepsi negatif masyarakat yang mengatakan pegawai dan anggota polis di bahagian negeri atau daerah bermasalah atau menerima rasuah," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah: Undang-Undang Semasa dan Langkah-Langkah untuk Mencegahan Jenyah Kekerasan Secara Berkesan di sini, hari ini. -Metro

Friday 23 August 2013

Fakta Yang Buat Anda Tersenyum

Dalam permainan alam maya kita sering diasak dengan pelbagai tuduhan yang kadang kala tidak mempunyai fakta atau tuduhan semberono yang diutarakan!

Saya nak berkongsi sedikit fakta untuk semua :

1 - Anda tak boleh masukkan sabun dalam mata.

2 - Anda tak boleh kira jumlah rambut sendiri.

3 - Anda tak boleh bernafas menggunakan hidung ketika mengeluarkan/jelirkan lidah

4 - Anda baru saja buat trick yang no. 3 tu

5 - Bila anda buat yang no.3, anda baru perasan mmg tak boleh buat (orang nampak anda macam anj**g adalah..haha)

6 - Anda sedang tersenyum sekarang, sebab saya dah kenakan anda :)

Jangan marah..

-Posted by Daeng Selili

Yet Leng kesal tindakan perkecil tugas polis

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yet Leng menempelak mereka yang memperkecil serta mempertikaikan tugas polis dalam menyelesaikan kes jenayah di negara ini.

Katanya, tindakan mereka itu termasuk pemimpin pembangkang boleh menganggu siasatan yang sedang dijalankan dan harus diingat bahawa polis sentiasa mengendalikan kes mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang betul.

Hentam polis

“Bila kadar jenayah tinggi, mereka (pembangkang) salahkan polis.... cakap polis tak buat kerja. Bila polis cuba selesaikan kes, mereka hentam (polis) juga. Saya sendiri pun tak faham apa yang mereka nak polis buat sebenarnya." Tan Sri Yuen Yet Leng, bekas Ketua Polis Perak

“Bila kadar jenayah tinggi, mereka (pembangkang) salahkan polis.... cakap polis tak buat kerja. Bila polis cuba selesaikan kes, mereka hentam (polis) juga. Saya sendiri pun tak faham apa yang mereka nak polis buat sebenarnya.

“Polis ada cara tersendiri untuk kendalikan kes. Cara mereka komen seolah-oleh mahu ambil alih tugas polis. Jika mereka pandai sangat, apa kata mereka yang buat (kerja polis) daripada minta polis buat kerja,” katanya pada sidang media di rumahnya di Ampang, semalam.

Beliau mengulas tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang Isnin lalu tetapi sesetengah pihak mengaitkan ia sebagai isu kaum.-BH

Mahkamah Rayuan bebaskan Azilah dan Sirul atas tuduhan membunuh Altantuya

23/08/2013 10:07am


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kira-kira tujuh tahun lalu. - KOSMO!

Dunia oh Dunia: Tawar buah pinggang untuk bayar yuran belajar

Malang: Lima penuntut Fakulti Sains Sosial dan Politik Universiti Brawijaya menawar buah pinggang mereka dalam usaha untuk memperoleh wang bagi membayar yuran pendidikan, sekali gus membolehkan mereka meneruskan pengajian.

Pelajar itu menawarkan demikian selepas permintaan untuk menangguhkan bayaran yuran ditolak oleh pihak universiti.

Mereka adalah antara 30 pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan di depan pejabat rektor universiti, semalam.

Seorang daripada mereka, Megawati berkata, dia sudah menjual telefon bimbit dan komputer riba untuk membantu melunaskan hutang tertunggak memandangkan ibu bapanya hanya menjual kelapa di Jawa Timur, gagal mendapatkan pinjaman untuk membayar kos pengajiannya.\ Megawati dan rakannya, Devi Pratiwi menawar menjual organ mereka bagi membayar yuran pendidikan sebanyak Rp1.8 juta dan yuran kemudahan berjumlah Rp8 juta.

“Rayuan saya untuk menunda bayaran itu mulanya diterima. Tetapi pejabat kewangan universiti kemudian menolaknya. Mereka berkata, hutang di kalangan pelajar sudah mencecah Rp12 bilion,” kata Megawati.

Pejabat terbabit mencadangkan dia meminjam daripada Bank Mandiri walaupun hari ini adalah hari terakhir untuk menjelaskan bayaran itu.

Bagaimanapun, Megawati menganggap cadangan itu tidak masuk akal kerana kadar faedah yang tinggi yang dikenakan bank itu.

Devi yang berdepan dengan masalah sama berkata dia sudah bersedia untuk hidup dengan satu buah pinggang saja. - Agensi/Metro

Tun M sindir Tun Abdullah

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.

Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.

Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.

"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.

"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.

Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.

Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.

"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.

"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.

-Utusan

Thursday 22 August 2013

Lima NGO desak Anwar disiasat

Georgetown: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa sudah membuat beberapa bayaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh, melebihi RM50 juta menerusi cek sejak 2008.

Lima NGO terbabit ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang; Persatuan Wira Bersatu Pulau Pinang; Persatuan Pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang; Persatuan Melayu Tanjung dan wakil aktivis PAS.

-BH

Dunia oh Dunia :Wanita arah anak dibunuh ditahan

Johannesburg: Polis Afrika Selatan semalam menahan seorang wanita berusia 50 tahun kerana mengarahkan dua anak lelakinya dibunuh dalam usahanya untuk untuk menuntut bayaran insurans.

Polis berkata, wanita dari selatan Durban itu mengupah seorang saudaranya untuk melakukan pembunuhan terbabit, tetapi lelaki berkenaan melaporkan perkara itu kepada polis.

Lelaki berkenaan meminta bayaran sebanyak AS$2,400 (RM7,895) untuk melakukan tugas itu, tetapi suspek meminta jumlah itu dikurangkan atas alasan keluarga.

“Motif utama pembunuhan ialah suspek ingin menuntut bayaran insurans yang dibeli untuk dua anak lelakinya,” kata polis. - AFP/Metro

Dibunuh kerana padam nombor

Jakarta: Seorang lelaki dilapor mencekik teman wanitanya hingga mati selepas mangsa memadamkan semua nombor dalam telefon bimbit lelaki berkenaan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Ali, ditangkap Sabtu lalu selepas polis menemui mayat teman wanitanya, Siti Halimah Tusadiah, 22, di Sungai Cisadane di Bogor.

Anggota keluarga Siti melaporkan kehilangannya selepas dia tidak pulang setelah keluar bersama Ali, kata Pengarah Bahagian Jenayah Am Polis Jakarta, Slamet Riyanto.

Ali yang bekerja sebagai tukang kebun ditangkap di rumah sewanya di Kampung Bababan Nenggewer di Bogor. Dia mengaku mencekik dan melemaskan Siti kerana berang selepas teman wanitanya itu memadamkan semua nombor dalam telefon bimbitnya.

“Dia marah dengan tindakan mangsa. Kami yakin Siti bertindak demikian kerana cemburu,” katanya.

Sementara itu Ketua Bahagian Jenayah Serius Polis Jakarta, Antonius Agus Rahmanto berkata, Ali membawa Siti pulang ke rumahnya selepas berhenti untuk mengadakan seks dalam semak. “Siti kemudian meminta telefon bimbit Ali dan memadamkan semua nombor telefon di dalamnya. Apabila Ali bertanya kenapa dia bertindak demikian, Siti menjawab, ‘Saya boleh lakukan apa yang saya suka. Kamu marah?’” kata Antonius.

Pertengkaran antara mereka menjadi lebih sengit sehingga Ali membunuh Siti dan mencampakkan mayatnya ke dalam sungai.

Ali berdepan dengan tuduhan membunuh dan menghadapi hukuman penjara maksimum 15 tahun.

- Agensi/Metro

Wednesday 21 August 2013

Uji pelajar masih dara

Palembang: Seorang pegawai pendidikan di pulau Sumatera, Indonesia, mencadangkan supaya pelajar perempuan sekolah menengah menjalani ujian mengesahkan sama ada mereka dara atau tidak.

Ia bertujuan untuk mencegah mereka daripada terbabit dalam hubungan seks bebas selain menyekat pelacuran. - AP/BH

Askar Mesir tembak mati wartawan tempatan

KAHERAH: Askar Mesri menembak mati seorang wartawan tempatan yang sedang bertugas untuk sebuah pertubuhan akhbar harian negara itu di pusat pemeriksnaan tentera, hari ini.

Kematian Tamer Abdel-Raouf menjadikan lima wartawan maut dalam tempoh seminggu sejak tercetusnya keganasan di Mesir.

Pihak tentera bagaimanapun berkata, Abdel-Raouf yang bertugas untuk akhbar Al-Ahram membolosi pusat pemeriksaan tentera pada petang semalam perintah berkurung bermula.

Katanya, anggota tentera melepaskan tembakan amaran terhadapnya sebelum menembaknya di dalam kereta dan tentera menafikan tindakan itu untuk membunuhnya.

Bagaimaanapun, Ahli Jawatankuasa Melindungi Wartawan, Shaimaa Abu Elkhir yang memetik saksi yang bersama Abdel-Raouf di dalam kereta itu berkata, sebenarnya tiada tembakan amaran dilepaskan dan kejadian itu berlaku sejam sebelum perintah berkurung bermula jam 7 malam.

Hamed al-Barbari dari akhbar Al-Gomhuria memberitahu media, mangsa diarah kembali semula ke pusat pemeriksaan tentera itu sebelum mereka ditembak ketika kereta mereka melalui pusingan U.

Abdel-Raouf ditembak di kepala sebelum keretanya melanggar tiang lampu di pos pemeriksaan tentera berkenaan. - AP/BH

Telan cacing pita untuk kurus

Iowa: Seorang wanita memberitahu doktor dia membeli cacing pita menerusi Internet dan menelannya dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Doktor itu begitu terkejut dengan tindakan pesakitnya hingga terpaksa menelefon pihak berkuasa kesihatan untuk meminta panduan.


Agensi memberitahu doktornya supaya menyuruh wanita itu mengeluarkan cacing itu dengan meminum ubat yang boleh membunuh parasit berkenaan.


Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Iowa, Dr Patricia Quinslisk mendedahkan perkara itu menerusi e-mel kepada pekerja kesihatan awam.


“Menelan cacing pita amat bahaya dan boleh memberi kesan sampingan, termasuk kematian, walaupun ia jarang berlaku. Mereka yang ingin menurunkan berat badan dinasihatkan supaya makan kurang kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal,” katanya.

-Metro

Garpu dalam kemaluan

Canberra: Banyak cara untuk anda menikmati keseronokan seksual. Tetapi memasukkan garpu ke dalam kemaluan bukan satu daripadanya.

Doktor di Canberra, Australia baru-baru ini berjaya mengeluarkan garpu besi sepanjang 10 sentimeter dari kemaluan seorang lelaki yang memasukkan benda asing itu, kononnya untuk menikmati cara baru keseronokan seks Lelaki berusia 70 tahun itu mengunjungi jabatan kecemasan Hospital Canberra mengadu kemaluannya berdarah.

Dia mengaku memasukkan garpu itu ke dalam uretranya. Malangnya, keseronokan yang diimpikan menjadi mimpi ngeri baginya apabila garpu berkenaan tersekat menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau. Meskipun begitu, dia mengambil masa hingga 12 jam sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut laporan dalam keluaran terbaru Jurnal Pembedahan Antarabangsa, garpu itu tersekat begitu teguh di dalam kemaluan mangsa hingga doktor berdepan dengan kesukaran untuk mengesannya.

Sebaik berjaya menentukan kedudukannya, pelbagai cara digunakan untuk mengeluarkan garpu itu dan akhirnya berjaya selepas mengguna forsep serta pelincir yang banyak.

Lelaki tua itu kemudian dibenarkan pulang dan dijangka tidak berdepan dengan masalah jangka panjang.

Menurut artikel itu yang berjudul “Benda asing yang aneh dalam uretra,’ kes benda asing tersekat di bahagian saluran kencing jarang berlaku.

Pengarang laporan itu berkata, bagaimanapun, ini bukan kali pertama seseorang lelaki cuba memasukkan benda asing ke dalam kemaluan mereka.

Pada masa lalu, kabel telefon, kokain, penyedut, guli, mentol lampu dan ular adalah antara yang pernah dikeluarkan dari kemaluan lelaki.

Doktor Krishanth Naidu, Maurice Mulcahy dan Amanda Chung berkata, mereka memilih untuk menerbitkan kes luar biasa itu supaya ia boleh dibincangkan di kalangan pengamal perubatan memandangkan kes memasukkan garpu ke dalam kemaluan jarang berlaku.

Menurut laporan itu, dalam 20 kes sepanjang sembilan tahun lalu, perbuatan memasukkan objek asing ke dalam kemaluan tidak banyak berlaku dengan lelaki 1.7 kali lebih ramai terbabit dalam perbuatan itu berbanding wanita. - Daily Mail/Metro

Lelaki perkosa kambing dilarang dekati ladang

Wiltshire: Seorang lelaki yang mengadakan seks dengan seekor kambing dilarang mendekati semua ladang di Britain bagi melindungi haiwan berkenaan.

Robert Newman mulanya menafi melakukan seks dengan kambing itu di sebuah ladang di Wiltshire April lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 23 tahun itu mengubah pengakuannya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Wiltshire Barat Laut, semalam.

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 12 September depan. Buat sementara waktu, mahkamah mengarahkan dia tidak mendekati semua ladang ternak haiwan serta tidak keluar rumah antara 7 pagi hingga 7 malam.

Minggu lalu, seorang lelaki Amerika menghadapi enam tuduhan jenayah kerana melakukan kekejaman ke atas haiwan selepas melakukan seks dengan seekor kucing berulang kali.

Ryan Havens Tannenholz, 28, dari Idaho gemar berpakaian seperti anjing yang digelar Bubblegum Husky sebelum memperkosa kucing itu.

Setahun lalu, seorang bapa tiga anak dari Gloucestershire didapati bersalah mengadakan seks dengan anjing bekas isterinya.

Nicholas Saunders, 46, ditangkap mengadakan seks dengan anjing benama Shasha di atas katil bekas isterinya, Kelly Thacker.

-Metro

Tuesday 20 August 2013

Ibu Lina Joy Pernah Berdoa Di Mekah Mohon Anaknya Kembali Islam

AIDCNews

Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad pernah berdoa di Mekah agar anaknya kembali semula ke pangkuan Islam.

Kalthum Omar atau dikenali sebagai Mak Som berusia 77 tahun pernah mengunjungi Baitullah sebanyak dua kali dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH. Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.

Majalah Mastika pada Disember 2006 pernah menemui Mak Som untuk mendapatkan perkembangan lanjut tentang ‘Alin’ panggilan keluarga kepada Azlina yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

Apabila ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat lain, Mak Som tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung dengannya. Tahun 1998, Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan seorang rakan.

Sejak itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau balik pun sekejap saja. Bila ditanya Alin memberikan macam macam alasan. Mulanya wanita ini anggap Alin bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.

Kenapa Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah, senang hendak ke pejabat. Kerana percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak menghalang kemahuan Alin. Apa yang penting anak gadisnya itu tahu menjaga diri.

Siapa temah serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin memberitahunya dia tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan seorang kawan.

“Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan sanggup tipu ibu bapa sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang, jaga diri dan jangan lupa balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk,” cerita wanita ini.

Adakah itu detik detik permulaan yang membawa kepada Alin keluar dari agama Islam?

Lama wanita ini termenung. Dia memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak gadisnya itu murtad, dia sendiri tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang menjenguknya.

“Alin tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada, yang ada surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul surat itu juga belum pernah mak cik dengar.

“Mak cik beritahu Alin, nama atas surat itu bukan nama orang Melayu, bukan nama orang Islam. Alin tanya mak cik, surat siapa? Mak cik kata surat yang dikirim itu atas nama LINA JOY,” luah wanita ini.

Memang nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping surat yang sampai ke alamat rumah wanita ini.

Pelik, kerana nama itu belum pernah di dengar. Bila wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada siapa yang tahu pemilik surat tersebut. Tetapi apabila Alin bertanya, pantas sahaja dia mengaku surat yang sampai di atas nama Lina Joy itu miliknya.

“Mak cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat dia. Nama Lina Joy itu namanya,” cerita ibu ini kepada Mastika.

Dalam diam wanita ini terkedu. Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja namanya bertukar kepada Lina Joy? Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah? Lupakah Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?

Namun selepas tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta di Lembah Klang, mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan sepejabatnya di luar.

“Tetapi Alin kecewakan mak cik,” tutur wanita ini sambil mengesat air matanya. Tahun 2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita ini tentang anak gadisnya, Alin. Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan sudah berubah. Kononya Alin berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Apa yang lebih memedihkan ibu tua iti, Alin dikatakan sudah murtad! Alin sudah jadi LINA JOY.

“Nafas mak cik sesak. Rasa dunia ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan arwah ayahnya. Kalau benar apa yang dikatakan orang, mak cik tak sanggup kehilangan Alin. Dia harapan keluarga, harapan arwah ayahnya.

Mak cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin balik ke rumah. Mak cik nak Alin tinggal dengan mak cik, biarlah mak cik yang jaga Alin. Tapi semua usaha itu gagal. Alin tetap berdegil untuk tidak pulang,” kata wanita ini lagi.

“Mak cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin, baliklah nak …..ibu rindu. Dah lama Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas itu Alin balik, kata wanita ini. Apabila ditanya sejauh mana kebenaran cerita tersebut, Lina Joy tidak menjawab, sebaliknya hanya membatukan diri. Kenapa Lina Joy murtad? Lina Joy berikan alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.

Baca selanjutnya, sila klik di sini

Menurut laporan Utusan, Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan berdoa supaya agar anaknya dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Mak Som berkata keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya walaupun keadaannya telah berubah.

““Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya murtad.

“”Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama Islam,’’ katanya dengan nada sedih.

Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.

“Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin.

““Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,’’ jelasnya.

Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia balik ke rumah meraikan bersama-sama.

““Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa dengannya,’’” katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidak pernah diduga keluarganya.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan mereka.

““Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya,’’ ” katanya.

Prinsip pemikiran Syiah, Yahudi ada persamaan

Kita masih membincangkan ajaran Syiah. Meninjau sumber bagi prinsip tasyayyu dalam Syiah, timbul perbezaan pendapat mengenainya. Ada mengatakan ia berasal daripada ajaran Yahudi, Parsi dan prinsip akidah kawasan Asia klasik seperti Buddha.

Pendapat Syiah daripada Yahudi

Ibnu Saba adalah orang yang pertama menyatakan asal- usul fahaman tasyayyu adalah berdalilkan nas, wasiat dan raj’ah.

Beliau seorang Yahudi. Pendapat ini menjadi prinsip kepada ajaran mazhab Syiah. Tokoh Syiah terdahulu seperti al-Kummi, al-Naubakhti dan al-Kasyi merujuk kepada prinsip ini ketika membentangkan pendapat Ibnu Saba yang kemudian menjadi antara sumber prinsip Syiah.

Terdapat persamaan daripada aspek prinsip pemikiran antara ajaran Yahudi dan Syiah. Huraian paling jelas mengenai perkara ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Sya’abi.

Ibnu Hazm berkata: “Golongan Syiah berjalan di atas landasan ajaran Yahudi yang menegaskan bahawa Nabi Ilyas AS dan Fanhas Ibnu al-A’zar Ibnu Harun AS, hidup hingga sekarang.”

Ibnu Taimiyah menyebut, antara perkara yang jahil dan pegangan mengikut hawa nafsu yang terdapat dalam ajaran Syiah adalah persamaan di antara mereka dengan orang Nasrani dalam satu segi dan persamaan di antara mereka dengan orang Yahudi dari segi lain.

Beliau turut memetik apa yang diriwayatkan al-Sya’abi mengenai persamaan mereka dengan orang Yahudi dan Nasrani.

Pengkaji lain juga bersependapat demikian, antaranya Prof Ahmad Amin yang mengatakan, fahaman tasyayyu terdapat dalam ajaran Yahudi pada prinsip al-Raj’ah.

Golongan Syiah berkata: “Sesungguhnya neraka adalah haram ke atas puak Syiah kecuali sedikit daripada mereka”, sebagaimana ajaran Yahudi mengatakan, “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari tertentu...”

Konsep tasyayyu juga terdapat di dalam sebahagian ajaran Nasrani yang menyatakan kaitan al-Imam dengan Allah ialah seperti perkaitan al-Masih dengan Allah.

Pendapat sumber ajaran dari Parsi

Sesetengah pengkaji memperakui sumber prinsip tasyayyu mempunyai kaitan dengan ajaran Parsi berdasarkan beberapa faktor:

• Ibnu Hazm dan al-Maqrizi menyebut bahawa golongan Parsi mempunyai kerajaan dan kuasa yang luas serta berpengaruh terhadap bangsa lain dan mereka mempunyai perasaan bangga diri sehingga mereka menamakan diri mereka bangsa merdeka dan golongan pemimpin.

Mereka menganggap golongan lain adalah hamba bagi mereka. Apabila mereka diduga dengan kejatuhan kerajaan mereka di tangan bangsa Arab yang mereka anggap satu bangsa yang mundur dan lemah, ini malapetaka besar bagi mereka.

Mereka mula melakar rancangan terhadap Islam dengan melancarkan serangan dari semasa ke semasa, tetapi pada setiap kali serangan itu Allah menzahirkan pihak kebenaran. Kemudian mereka menyedari bahawa tipu daya dan rancangan muslihat akan lebih berjaya.

Oleh itu sesetengah mereka menzahirkan Islam mereka dan mengambil hati ahli tasyayyu dengan melahirkan cinta mereka terhadap ahlu al-bait dan melahirkan kebencian mereka terhadap kezaliman yang menimpa Saidina Ali.

Sebahagian anasir Parsi berselindung di sebalik penganut Syiah untuk memerangi kerajaan Umawiyah sedangkan hakikat sebenar di dalam diri mereka ialah kebencian kepada Arab dan pemerintahan mereka.

• Orang Arab berpegang kepada kebebasan, manakala orang Parsi berpegang kepada kekuasaan diwarisi dalam sesebuah keluarga.

Mereka tidak mengenali makna pemilihan bagi khalifah. Rasulullah SAW wafat tanpa meninggalkan anak lelaki. Ahli keluarga yang paling hampir kepada Rasulullah SAW selepas baginda adalah Saidina Ali bin Abi Talib.

Dengan ini sesiapa mengambil alih tugas khalifah seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman, mereka dianggap merampas khalifah daripada orang yang berhak.

Orang Parsi juga biasa melihat raja mereka dengan pandangan ‘suci’. Dengan pandangan ini, mereka melihat Saidina Ali dan keturunannya.

Ramai orang Parsi memeluk Islam tanpa membersihkan pegangan mereka warisi daripada nenek moyang mereka dari segi iktikad.

Dari semasa ke semasa mereka mula mewarnakan Islam dengan corak warisan pemikiran mereka.

Syeikh Muhammad Abu Zuhrah berkata: “Kami percaya bahawa Syiah terpengaruh dengan pemikiran Parsi lampau mengenai kerajaan dan pewarisan.

Persamaan di antara fahaman Syiah dan sistem raja Parsi adalah jelas. Penyokong pendirian ini ialah kebanyakan golongan Syiah terdiri daripada penduduk Parsi dan pengikut Syiah yang paling awal adalah dari Parsi.”

• Ketika umat Islam membuka Parsi, al-Husain bin Ali mengahwini seorang puteri Yazdajrad, yang datang bersama tawanan perang lain.

Daripada perkahwinan ini lahir Ali bin al-Husain. Orang Parsi melihat keturunan al-Husain inilah yang layak mewarisi kerajaan Parsi.

Mereka juga melihat bahawa darah yang mengalir dalam darah Ali bin al-Husain dan keturunannya adalah darah Iran (Parsi) dari sebelah bondanya, anak kepada Yazdajrad. Baginda adalah daripada keturunan salasilah raja Saasaan yang suci pada mereka.-Metro


Penulis Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Mayat wanita tua dalam peti dingin beku

London: Polis semalam menemui mayat seorang wanita tua yang dipercayai mangsa pembunuhan ikhsan dalam peti dingin beku.

Mayat Louise Brough, 90, ditemui oleh polis di flet kediamannya di Portsmouth, Hampshire selepas polis menerima panggilan kecemasan daripada pekerja majlis perbandaran yang bimbang dengan keadaan mangsa terbabit.

Seorang lelaki berusia 53 yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu ditahan polis sebelum dibebaskan kemudian dengan ikat jamin.

Menurut jiran mangsa, wanita itu dan anak lelakinya tinggal di flet yang sama dan mangsa uzur kerana faktor usia.

Jurucakap polis berkata, anggotanya bergegas ke alamat diberikan selepas menerima panggilan daripada seorang pekerja majlis perbandaran yang bimbang dengan keadaan wanita tua berkenaan. “Polis masih menyiasat punca sebenar kematiannya. “Sementara itu, seorang lelaki berusia 53 tahun dari Southsea ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan itu,” katanya. - Agensi/Metro

Perompak mati dalam kubur

Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan.

Kubur purba di Xi’an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap.

Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan.

Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital.

Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu, empat lelaki didakwa di mahkamah Xi’an kerana menggali mayat wanita dalam usaha untuk menjalankan upacara “perkahwinan hantu”. - Agensi/Metro

Monday 19 August 2013

Potong kemaluan suami curang

Sao Paulo: Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang terhadapnya dengan menjalin hubungan dengan seorang lelaki.

Sebaik mengetahui suaminya bermain kayu tiga, wanita itu tidak bertindak terburu-buru, sebaliknya menanti beberapa hari kemudian, mencadangkan mereka bermain permainan seks yang membolehkan dia mengikat suaminya pada katil mereka.

Ketika lelaki berkenaan baring di atas katil dengan tangan dan kaki diikat, isterinya memotong kemaluannya, lapor stesen televisyen Globo.

Kejadian berlaku di Santos, 77 kilometer ke tenggara Sao Paulo.

Organ itu tidak dapat disambung semula tetapi lelaki itu tidak dalam bahaya. Menurut laporan stesen itu, polis menahan wanita berkenaan untuk didakwa. - AFP/Metro

YB tonton gambar berahi

Bangkok: Seorang anggota Parlimen Thai Pongpan Sunthornchai semalam mengaku menonton gambar lucah menerusi iPadnya ketika perbahasan.

Bagaimanapun, anggota parti Pheu Thai itu mendakwa dia tidak sengaja tertekan pautan yang memuat turunkan imej porno itu.

Pongpan yang dirakam seorang jurugambar ketika menonton gambar berkenaan berkata, dia tidak berniat untuk melihat gambar itu.

Menurutnya, dia berusaha mencari maklumat menerusi iPadnya ketika Parlimen sedang membahaskan kos pengangkutan padi Kementerian Perdagangan pada Jumaat lalu.

“Kerana tidak biasa dengan iPad itu, saya secara tidak sengaja tertekan pautan yang mempamerkan gambar fesyen. Gambar memberahikan secara automatik keluar pada skrin,” katanya.

Menurutnya, gambar itu bukanlah imej porno, tetapi gambar wanita berpakaian mandi.

Wakil penyokong kerajaan Thai itu berkata, dia kini bimbang untuk menggunakan iPad itu lagi dan bercadang menyerahkannya semula kepada Parlimen yang memberikannya kepada semua wakil rakyat baru-baru ini.

Pongpan juga menyatakan hasratnya untuk memohon maaf terhadap kejadian itu.

Mengenai rancangan anggota pembangkang, Boonvod Sooktinthai dari Parti Demokrat untuk mengusulkan supaya isu itu dibahaskan, Pongpan berkata, dia sudah menjelaskannya kepada Boonvod yang kemudian bersetuju untuk tidak membawa isu berkenaan kepada jawatankuasa Dewan.

Dia juga menafikan dakwaan mengarah polis menggertak jurugambar yang merakam peristiwa itu.

Menurutnya, dia menemui jurugambar itu Jumaat lalu tetapi hanya meminta jurugambar berkenaan supaya tidak menunjukkan gambar dia tidur ketika rehat bagi menjaga imej Parlimen.

Menurutnya dia tidak sedar jurugambar itu merakam gambar dia melihat imej tidak senonoh itu pada iPadnya. - Agensi/Metro

Lima gengster ditembak mati di Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap Geng 04 mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah pangsapuri dekat Jalan Pantai Jerejak di sini kira-kira pukul 4:45 pagi tadi.

Kesemua penjenayah bersenjata api itu yang mati ditempat kejadian merupakan orang buruan polis.

Berikutan itu Ketua Polis negara akan mengadakan sidang akhbar khas mengenai kejadian ini pada pukul 12:30 tengah hari nanti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri. - KOSMO

Jual senjata api menerusi Facebook

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.

Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.

Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.

Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.

Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini. - Bernama/Kosmo

Ilham karut 'Ayahanda'

Kuala Lumpur: Cium pipi, dahi dan kaki selepas bersembahyang di dalam gua. Itu antara aktiviti dilakukan pengikut ajaran sesat yang menjadikan sebuah gua di sebuah negeri di pantai timur sebagai markas untuk pengikutnya berkumpul pada masa ditetapkan peneraju kumpulan itu.

Bercampur antara lelaki dan perempuan, mereka bersalaman dengan individu dipanggil ‘Ayahanda’ dan ‘Bonda’ sebelum mengucup kedua-duanya yang menunggu di persada khas seperti katil di gua berkenaan sehingga selesai solat wajib.

Bagaimanapun, dia tidak bersembahyang sebaliknya hanya melihat pengikutnya berbuat demikian.

Difahamkan, setiap kali sembahyang terdapat lebih daripada 10 pengikutnya, tetapi jumlah keseluruhan pengikut ajaran terbabit tidak dapat dipastikan.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shahrom Maarop berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, pengasas ajaran terbabit berusia 60-an dikesan aktif menyebarkan ajaran dipeloporinya di negeri asal dan negeri lain, malah fahaman karut itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta berdamping dengan hidupan liar seperti harimau serta gajah.

-Metro

Saturday 17 August 2013

Foto Bagaimana Syiah Solat !!

by Hasnul Hadi Ahmad


Ini Dia Cara Orang Syiah Solat  1
 
Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.
Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.
Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:
 
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.1
Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 3
Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.
Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 4
Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 5
Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 6
Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 7
Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 8
Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.
Kaum Syiah Menyembah Selain Allah
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 9
Para penganut Syiah menyembah manusia!!. Menyembah selain daripada Allah Ta’ala, orang Islamkah mereka?. Lelaki dan wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka) dan sujud di depan gambar ulamak mereka di permakaman, sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.1
Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 11
Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 12
Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.
Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 13
Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Yahudi untuk menjatuhkan Islam. Tidak kiralah pemimpin-pemimpin golongan Yahudi yang anti zionis atau yang pro zionis, apa yang umat Islam perlu tahu mereka (Syiah dan Yahudi) ini bersahabat baik, sedangkan umat Islam (Ahli Sunnah) mereka bunuh dan bermusuhan. berjaga-jagalah dengan golongan ini, mereka penuh dengan tipudaya, pembohongan dan  kepura-puraan (Taqiyyah) .
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 14
Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Sedangkan Syiah boleh berbaik-baik dengan golongan Yahudi tetapi bermusuhan dengan Ahli Sunnah, mengapa mereka membenci Ahli Sunnah sebegitu rupa?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 15
Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang tertulis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.
Perngai Ulamak Syiah 16
Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.
Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.
Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
Wallahu’alam….

Semoga di kreditkan kembali artikel ini ke sumber asal 

sumber salinan

‘Ini semua kerja syaitan’

Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher. Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu. Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan. “Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal.-Metro

Friday 16 August 2013

Tangan kiri pegang Quran, tangan kanan pegang sali...


Sudah tiba masanya umat Islam berkongsi rumah ibadat dengan penganut agama lain. Sudah tiba masanya umat Islam dibenarkan mengerjakan solat dalam gereja dan sebaliknya membenarkan penyembahan Jesus dilakukan di dalam masjid. Semua agama adalah sama. Orang Islam patut berkongsi masjid sebagai tempat menjalankan ritual agama lain. Astaghfirullah....apa nak jadi ni!

Dan itulah maksud kata-kata sikafir harbi DAP yang mengulas isu surau dijadikan tokong. Sebolehnya mereka mahu umat Islam menerima bahawa setiap agama adalah sama. Dan itulah jua semangat pluralisme  yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR selama ini. Selagi umat Islam tidak mahu mengalah, selagi itulah mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan kita.

Mereka sendiri tidak perlu menggunakan tangan-tangan mereka untuk menghancurkan Islam, sebaliknya cukuplah mereka menggunakan orang Islam lain yang mengaku lebih Islamnya untuk menjahanamkan Islam. Kematian puluhan ribu umat Islam di Mesir dan Syria, ianya tidak perlu menggunakan tangan dan kudrat sikafir, memadailah Islam berbunuhan sesama sendiri dan menghancurkan agama mereka sendiri.

Sumber asal :  disini

'Buat kerja musuh'

Kuala Lumpur: Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad melainkan sebak dan luluh hatinya apabila menyaksikan kekejaman kerajaan Mesir membunuh rakyatnya sendiri yang juga umat Islam semasa menggempur penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan dan Ikhwanul Muslimin di negara itu. Semasa menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan NGO-NGO Membantu Palestin, bekas Perdana Menteri itu begitu emosi sehingga terpaksa berhenti sejenak akibat terlalu sebak sebelum mengakhiri ucapan selama 20 minit berkenaan. “Hati saya amat sedih bila melihat umat Islam sibuk membunuh sesama sendiri di Mesir semalam (kelmarin). “Mereka melakukan kerja musuh Islam. Mereka melakukan kerja Yahudi, Zionis dan pelbagai musuh Islam lain,” tegasnya di sini, semalam.
SEORANG wanita menangisi kematian suaminya dalam tragedi pembunuhan tentera di Mesir. Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) Tan Sri Norian Mai. -Metro

Kemaruk seks dengan kucing

Boise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing. Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan. Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum. Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan. Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya. Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar. Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein. Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja. “Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi/Metro

Wednesday 14 August 2013

Mahu minum air mangkuk tandas?

New York: Dahaga mungkin bukan lagi masalah kepada sesiapa dengan penciptaan sejenis penyedut minuman mudah alih yang membolehkan seseorang minum daripada sumber apa saja, termasuk dari mangkuk tandas. Dikenali sebagai LifeStraw alat sepanjang 22 sentimeter itu kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Firefox asalnya direka pengilang Denmark pada 2005 dan menjadi penyelesaian kepada masalah air minuman yang tidak selamat di dunia ketiga. Pada tahun itu, ia dinamakan sebagai Penciptaan Terbaik 2005 oleh majalah Time dan Penciptaan Terbaik Abad ini oleh Gizmag. Pada 2006, ia diiktiraf oleh New York Times sebagai “pembersih air yang dapat menyelamatkan nyawa”. Majalah Forbes menggelarnya sebagai “satu daripada 10 benda yang akan mengubah cara kehidupan kita.” Kuasa paip pembersihan penyedut berkenaan mampu menyingkirkan sebanyak 99.9999 peratus bakteria dalam air, selain parasit lain termasuk e-coli, kampilobakter, jangkitan kolera, pseudomonas aeruginosa, shigella dan salmonella yang menyebabkan demam kepialu.
ALAT penapis air berbentuk penyedut minuman LifeStraw dapat menyingkirkan 99.9999 peratus bakteria dan parasit dalam air. Ia juga boleh digunakan untuk menapis sehingga 1,000 liter air. - Agensi/Metro

Wanita Islam dilarang siar gambar dalam Facebook - Mufti India

NEW DELHI 13 Ogos - Seorang mufti di India mengisytiharkan bahawa perbuatan memaparkan gambar di Facebook dan media-media sosial yang lain adalah 'melanggar hukum Islam'. Abul Irfan Naimul Halim Firagni Mahli berkata, umat Islam khususnya wanita Islam harus mengelakkan daripada menyiarkan gambar mereka di dalam talian. Beliau berkata demikian dalam sesi temubual dengan media Trust of India (PTI), pada Ahad lalu. Beliau juga menyediakan dua talian bagi membantu menasihati orang ramai berkaitan isu-isu Islam. Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam wajar menghindari laman-laman sembang sosial. ''Wanita tidak perlu menyiarkan gambar (mereka) di Facebook atau di mana-mana laman sembang sosial di Internet. Ini adalah bertentangan dengan Islam. ''Wanita tidak dibenarkan memaparkan wajah mereka kepada orang lain, selain daripada kaum kerabat lelaki mereka seperti bapa dan saudara-mara. Menyiarkan gambar-gambar di Facebook adalah 'haram','' tambah Saif Abbas Naqvi, yang turut mengendalikan perkhidmatan khidmat nasihat itu. ''Kami berfahaman liberal, kami tidak berfikiran seperti Taliban, apabila anak-anak muda bertanya kepada kami, sama ada mereka boleh mempunyai profil Facebook atau Twitter, kami membenarkannya, tetapi Syariah (undang-undang Islam) tidak membenarkan wanita Islam untuk menyiarkan gambar-gambar (mereka),'' ujar Saif Abbas. Bagaimanapun, Abul Irfan Naimul mengakui akaun media sosial yang dibuka atas alasan perniagaan adalah dibenarkan. ''Jika seseorang itu menggunakan Facebook untuk tujuan perniagaan atau untuk tujuan yang membina, maka akaun (tindakan) ini adalah munasabah,'' katanya. - AGENSI/Utusan

Ketua sami Buddha mohon maaf insiden surau di Sedili

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ketua Utama Samy Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang. "Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual. "Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain. Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: “...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain". - BERNAMA/Utusan

Tuesday 13 August 2013

Pemimpin pembangkang jadi bahan ketawa

Canberra: Pemimpin pembangkang Australia semalam melakukan kesilapan bodoh dan ditertawakan banyak pihak khususnya di kalangan petugas media ketika berkempen untuk memenangi pilihan raya negara itu. Dalam ucapannya, Tony Abbott memberitahu anggota Parti Konservatif dalam satu perhimpunan bahawa tiada sesiapa pun menjadi “supositori terhadap semua kebijaksanaan” (the suppository of all wisdom). Abbot kelihatan tidak kisah apabila kumpulan wartawan dan penyokong Parti Liberal ketawa terbahak-bahak selepas mendengar ucapannya itu. Malah, dia terus berucap dengan penuh bersemangat ketika berkempen di Melbourne. Abbot sebenarnya ingin mengatakan “repository” - yang merujuk kepada “tempat simpanan” dan bukannya “suppository” iaitu ubat yang dimasukkan ke dubur. - AP/Metro

PEMIMPIN MELAYU MALAYSIA WAJIB BELAJAR DARI BRUNEI...



Oleh : Helen Ang

Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR).
 
Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei).
 
Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008.
 
Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.
 
Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. – laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House 
 
Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).
 
Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%).
 
Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.
 
Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.
 
Jus sanguinis
 
Kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of blood” atau hak keturunan.
 
Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.
 
In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu Tutong (sumber sini).
 
Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.
 
Ambil contoh United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales.
 
Orang British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang English dan orang Welsh, lebih kurang macam orang Malaysia menggelar diri kita Melayu, Cina, India dan sebagainya.
 
Kita di Malaysia berlainan agama dan berbeza warna kulit.
 
Orang asal Irish, Scot, English dan Welsh sama agama (Kristian) dan sama warna kulit (putih). Namun mereka masih lagi nekad untuk membeza-bezakan diri mereka.
 
Seorang Irish, misalan kata, enggan dikenali sebagai orang English.
 
Dua tahun kelak, Scotland akan mengadakan referendum untuk menentukan sama ada orang Scot mahu keluar daripada UK dan seterusnya negeri tersebut menjadi sebuah republik berdikari.
 
Perkembangan ini membayangkan betapa kuatnya jatidiri orang Scot, yang lebih Scot daripada British. Untuk sekian lama, gerila IRA telah berperang saudara berhasrat akan pemisahan Ireland Utara daripada Great Britain – pulau besar terdiri England, Scotland dan Wales – supaya boleh bergabung semula dengan Ireland kerana jati diri mereka ialah sebagai orang Irish.
 
Di serata dunia, pengenalan diri mengikut etnik adalah begitu mendalam. Contohnya orang Kurd mahu menubuhkan sebuah negara Kurdistan khusus untuk etnik mereka. Jadi kepada Cina Malaysia ataupun DAP khususnya, jangan 'macekeyo' kononnya memfitnah MALAYSIA ni tak adil dalam urusan kaum. Tanya kepada NEGARA ASAL KETURUNAN kamu sendiri, adakah mereka cukup adil dengan kaum-kaum minoriti di negara kaum asal kamu?
 
 
Sumber asal:  disini