Friday 31 July 2015

Panda tipu hamil nak layanan istimewa

Taipei: Seekor panda di sebuah zoo di sini, berpura-pura hamil kerana mahu dipindahkan ke tempat kurungan lebih baik pada musim panas ini.

Yuan Yuan, satu daripada dua panda yang dihadiahkan kepada Taiwan oleh kerajaan China pada 2008 sebelum ini menunjukkan tanda hamil, termasuk hilang selera makan dan rahimnya yang semakin menebal sejak 11 Jun.

Bagaimanapun, pakar panda dari China yang melakukan pemeriksaan ultrabunyi terhadap panda itu mendapati Yuan Yuan tidak hamil, menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.

Panda berusia 11 tahun itu menjalani permanian berhadas pada 26 dan 27 Mac lalu, menurut jurucakap zoo.

Tanda-tanda kehamilan mula hilang dengan tahap selera makan dan tingkah laku Yuan Yuan kembali normal selepas dia ditempatkan di dalam kurungan lebih baik.

Panda yang hamil di zoo itu dipindahkan ke tempat kurungan khas yang dilengkapi pendingin udara, menerima bantuan tambahan ketika makan dan diberi tumpuan sepanjang masa.

Penyelidik percaya Yuan Yuan, selepas meneliti perubahan dalam layanan yang diterimanya ketika hamil pada Julai 2013, menunjukkan tingkah laku serupa ketika hamil supaya dia boleh ditempatkan dalam kurungan berhawa dingin ketika musim panas.

Penyelidik bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan bagaimana rahim Yuan Yuan boleh menebal.
Bagaimanapun, ini bukan kes pertama.

Beberapa bulan lalu, panda bernama Ai Hin memperdaya pegawai di Pusat Kajian Pembiakan Chendu dengan berpura-pura hamil untuk mendapatkan layanan istimewa.

Pegawai sebelum itu merancang mengadakan siaran secara langsung menerusi televisyen untuk menyiarkan saat Ai Hin melahirkan anak. - Agensi/Metro

Thursday 30 July 2015

Pertemuan dua insan tanpa tangan

SAINT PAUL 29 Julai – “Anda tidak memerlukan sepasang tangan untuk memeluk seseorang, sebaliknya tekad untuk melakukan sesuatu yang mustahil dalam kehidupan.”

JESSICA COX  terharu dipertemukan dengan Ruth Evelyn Pranke yang juga tiada sepasang tangan di Saint Paul, Minnesota, baru-baru ini.

Itu adalah kata-kata inspirasi seorang juruterbang tanpa tangan, Jessica Cox, 32, ketika bertemu dengan seorang kanak-kanak kecil, Ruth Evelyn Pranke yang juga memiliki kekurangan sepertinya. Pranke dipertemukan dengan Cox pada sebuah program dokumentari khas yang dikendalikan oleh stesen televisyen ABC bertajuk Right Footed, yang menceritakan pengalaman hidup juruterbang orang kurang upaya (OKU) itu.

Pertemuan itu begitu menyentuh perasaan sehingga mendapat pelbagai reaksi positif dari pelbagai pihak yang menontonnya pada 24 Julai lalu. Cox begitu teruja dengan pertemuan dengan Pranke yang baru berusia tiga tahun, namun memiliki daya tahan tinggi sepertinya untuk berjaya dalam hidup. Menurut Cox, dia tidak menyangka keluarga kanak-kanak itu sanggup memandu lebih dari enam jam dari Minnesota semata-mata mahu bertemu dengannya dalam rancangan tersebut.

 “Apabila saya melihat diri saya sendiri dalam Pranke dari segi fizikal dan mental, saya menjadi teruja dan tersentuh. “Semua orang tertanya apa perasaan kami ketika bertemu kerana kami tidak boleh berpelukan kerana masing-masing tiada mempunyai tangan, tetapi hakikatnya anda tidak memerlukan tangan untuk memeluk seseorang,” katanya kepada ABC baru-baru ini.

Dalam pada itu, ibu Pranke, Karlyn berkata, anaknya mahu melihat dengan mata sendiri apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kekurangan sepertinya. Cox bukan sahaja boleh memandu kapal terbang, malah menjalankan kehidupan biasa seperti orang lain seperti boleh memandu kereta, bermain piano, dan komputer selain terlibat dengan program motivasi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pertemuan-dua-insan-tanpa-tangan-1.118468#sthash.o9m3tzY6.dpuf

Wednesday 29 July 2015

Daun belalai gajah mampu atasi kanser?

MARANG - Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan Melayu kerana khasiatnya dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit sejak zaman berzaman.

Pengusaha nurseri dan tanaman herba, Osman Jabar, 52, berkata, daun belalai gajah misalnya, telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel kanser.

Menurutnya, tanaman itu dipercayai dapat mengekalkan sel sihat dalam tubuh manusia, malah khasiat daun itu yang boleh dimakan begitu sahaja, mampu membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan dalaman.

“Antara lainnya seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, salur darah tersumbat dan toksin dalam badan, di samping mengurangkan keletihan.

“Herba ini turut dikenali sebagai Clinacanthus Nutans yang merupakan tanaman tergolong dalam keluarga Acanthaceae,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Osja Enterprise (Nurseri) di Rhu Rendang, di sini, semalam.

Osman yang merupakan bekas Ketua Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Temerloh berkata, kajian pakar juga mendapati daun tanaman itu mengandungi vitamin, asid amino dan pelbagai mineral diperlukan tubuh badan.

“Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat ini kerana trend masyarakat moden hari ini dilihat bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal, menyebabkan generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan,” katanya.
 
-Sinar

Tuesday 28 July 2015

Budak 10 tahun bertunang dikritik

Kaherah: Gambar pertunangan kanak-kanak lelaki berusia bawah 10 tahun bersama sepupunya yang dimuat naik dalam media sosial mencetuskan kritikan orang awam.

Gambar itu menunjukkan kanak-kanak terbabit yang memakai tali leher menyarung cincin di jari tunangnya sebelum memaut lengan masing-masing.

Akhbar melaporkan ayah kanak-kanak perempuan terbabit, Eid Al Banna berkata: “Insya-Allah, pertunangan anak perempuan saya Salma dengan sepupunya Yousuf berlangsung hari ini. Pernikahan akan diadakan selepas mereka tamat pengajian.”

Bagaimanapun, dia tidak menerangkan sama ada dia bermaksud tamat pengajian universiti atau persekolahan. - Agensi/Metro

Monday 27 July 2015

Kisah tragis, pengemis tercantik di dunia

BEIJING - CHINA. Mempunyai rupa paras cantik bak ‘supermodel’, namun siapa sangka si gadis yang bernama Han Biyao ini 'bekerja' sebagai pengemis.

Han Biyao merupakan seorang gadis Tionghua, disebut-sebut sebagai pengemis tercantik di dunia.

Di mana sebalik rupa parasnya yang rupawan, ada kisah tragis yang pernah melanda dirinya.

Memetik laporan Rocket News baru-baru ini melaporkan, bahawa sebelum meninggal ayah Biyao merupakan seorang jutawan.

Sepeninggalan ayahnya menyebabkan ibunya jatuh sakit sehingga tidak mampu bekerja bagi menyara hidup.

Keperitan keluarga Biyao tidak terhenti di situ, apabila dilaporkan bahawa keluarga itu dihimpit dengan hutang hingga mencecah ratusan ribu yuan, hingga hampir memaksa Biyao untuk menjual keperawananya dek kerana untuk melangsaikan hutang tersebut.

Itulah kehidupan, hidup bagai roda kadangkala di atas kadangkala di bawah, itulah terjadi kepada Biyao di mana dahulu hidupnya dikelilingi dengan harta.

Namun dalam sekelip mata gadis berwajah cantik ini jatuh miskin dan hidup menderita, Biyao mengaku pernah bekerja sebagai seorang pelayan restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya.

Kini, Biyao memilih menggunakan kelebihan suaranya untuk menjadi penyanyi selain masih mengemis di sudut-sudut kota metropolitan Beijing, China.

-Sinar

Malu kerana berdosa dengan isteri dan anak

DALAM kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri, semua orang pasti bergembira dengan layanan baik daripada isteri, suami dan anak-anak. Ada juga yang menitiskan air mata tanpa isteri dan anak-anak, hanya kerana satu ketika mereka pernah membuat silap.

Lumrah dunia setiap orang membuat silap. Seperti juga pantai, manusia juga akan berubah apabila tiba waktunya. Mereka juga berhak diberi peluang kedua untuk membaiki diri.

Inilah mukadimah yang ingin saya kongsikan minggu ini, hasil pertemuan saya dengan seorang pak cik ketika mengikuti program bersahur dengan gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ini kisah benar yang diceritakan sendiri oleh empunya diri, seorang lelaki berusia awal 60-an yang hanya mahu dikenali sebagai pak cik Mad.

Pertemuan hampir sejam itu mencungkil banyak cerita tentang lelaki ini yang kini telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan serta membina hidup baru bersama isteri dan anak-anak tetapi dia malu kerana pernah tersilap.

Ingin tahu kisah lanjut, kita ikuti cerita pak cik Mad.“Pak cik berasal dari selatan tanah air, mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. Anak-anak semua berjaya dalam pelajaran.“Pak cik yang tidak sedar diri.

Terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga terjerat dengan dadah sejak berusia 25 tahun. Ingatkan apabila berkahwin, pak cik akan berubah..., tetapi tidak.“Isteri pak cik, seorang wanita yang sabar dengan kerenah dan perangai pak cik. Walaupun dia tahu pak cik menagih, dia tetap layan pak cik dengan baik.“Ketika itu, pak cik asyik keluar masuk pusat pemulihan dan penjara, semuanya kerana dadah.

Sehingga kini, 20 tahun telah berlalu. Sepanjang tempoh itu, banyak yang berlaku dalam hidup pak cik.“Kali terakhir pak cik jumpa isteri dan anak-anak pada 2007. Itupun secara kebetulan pak cik balik kampung dengan harapan untuk meminta maaf dan membina hidup baru bersama mereka.“Akan tetapi apabila mendengar yang anak-anak semua berjaya masuk universiti dan mendapat pekerjaan yang baik, pak cik merasa sangat malu.“Dua orang anak pak cik menjadi doktor dan dua orang kerja dengan kedutaan. Isteri pak cik masih sihat dan dia masih tinggal di rumah lama kami di kampung.

“Pak cik kini sudah insaf dan ingin kembali ke pangkuan mereka, tetapi pak cik malu. Anak-anak pernah mencari dan membawa pak cik pulang tetapi pak cik tidak selesa tinggal bersama mereka kerana malu dengan menantu dan masyarakat keliling.“Dua hari sahaja pak cik di rumah, kemudian pak cik lari kerana tidak sanggup berdepan dengan mereka mengenangkan dosa-dosa yang pernah pak cik lakukan.“Anak-anak meminta pak cik jangan fikirkan apa orang kata. Mereka mahu mengubat pak cik dan membimbing pak cik beribadah.

Pak cik memang teringin sangat nak kembali ke jalan Allah tetapi pak cik malu.“Sebab itu, pak cik datang ke sini. Walaupun tidak selesa tetapi pak cik ada ramai kawan. Cukuplah makan minum yang ada bila pak cik buat kerja. Tambahan pula pak cik dapat bantuan zakat dan buat kerja sambilan.“Pak cik sangat menyesal dengan apa yang pak cik lakukan di masa lalu.

Ia telah menghancurkan masa depan pak cik. Tapi pak cik reda kerana kesilapan itu dan sanggup menerima apa sahaja hukuman daripada isteri dan anak-anak.“Tambahan pula pak cik mendapat khabar yang anak-anak pak cik semuanya berjaya dalam hidup. Pak cik tidak mahu mereka malu mempunyai ayah seperti pak cik.“Pak cik menangis gembira mendengar khabar ini tetapi tidak berdaya untuk menemui mereka kerana malu. Pak cik tahu anak-anak mencari pak cik, tetapi setakat ini pak cik belum bersedia untuk berjumpa mereka.“Pak cik bersalah kerana melupakan tanggungjawab pak cik dulu.

Pak cik ingin bertaubat atas apa yang telah berlaku. Pak cik terima balasan Allah ke atas pak cik dengan reda.“Tetapi sebelum pejam mata, pak cik berdoa semoga Allah berikan pak cik kekuatan untuk berjumpa isteri, anak-anak dan cucu-cucu, meminta ampun daripada mereka semua dan melahirkan rasa kesal dengan perbuatan masa lalu pak cik.“Pak cik harap mereka terbaca cerita pak cik di ruangan ini dan memahami kehendak hati pak cik. Insya-Allah sampai masa pak cik akan kembali berjumpa mereka,’’ kata pak cik Mad menutup ceritanya sambil menghabiskan nasi bungkus sahurnya pada subuh itu dengan tenang.

Di sisinya sebuah beg hitam berisi pakaian dan dokumen keperluannya yang dijadikan teman setianya ke mana sahaja. Saya terkedu, sedih dan sayu dengan cerita dunia yang saya saksikan sendiri di depan mata. Jika sebelum ini, saya hanya menonton drama di kaca televisyen tetapi kisah pak cik Mad adalah realiti hidup yang berlaku di depan mata. Saya tidak dapat berkata lebih lanjut kerana terlalu sedih dan simpati terhadap pak cik Mad. Saya harap anak-anaknya akan mencarinya semula untuk membawanya pulang dan memulakan hidup baru bersama mereka.

Kepada pak cik Mad saya katakan, Allah akan beri petunjuk dan buka pintu hatinya untuk kembali bersama isteri dan anak-anaknya. Mungkin hari raya kali ini yang terbaik untuk pak cik Mad balik berjumpa mereka. Saya yakin isteri dan anak-anak pak cik Mad menunggu kepulangan. Baliklah pak cik Mad! Semoga pak cik Mad sentiasa di dalam rahmat Allah dan hari raya kali ini membawa sejuta makna dalam hidup pak cik Mad.

Ketika saya tinggalkan pak cik Mad, azan Subuh sayu berkumandang. Saya melihat wajahnya yang sayu memandang saya dan berkata, “terima kasih nak, nanti datang lagi ya.!” Saya menyapu air mata yang mengalir. Menutup catatan, pesanan telus saya, apabila kita berhenti mengenangkan masa silam dan saling memberi dan menerima maaf, pasti ada bahagia di penghujungnya.

Salam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/malu-kerana-berdosa-dengan-isteri-dan-anak-1.116582#sthash.6nkjqJaU.dpuf

Friday 24 July 2015

Selagi belum ajal

Chongqing (China): Seorang remaja berusia 16 tahun gagal membunuh diri dengan terjun dari jambatan di Sungai Yangtze setinggi 55 meter semalam sebaliknya mengalami lebam dan patah tulang.

Saksi dikenali sebagai Zhong berkata, dia memandu melintas jambatan itu apabila melihat gadis berkenaan yang duduk di sisi jambatan.

Katanya, remaja itu nampak susah hati menyebabkannya risau lalu cuba menghulurkan bantuan kerana bimbang gadis itu mahu membunuh diri.

Seorang penunggang motosikal bernama Liu juga berhenti bertujuan mahu memujuk gadis itu.
Namun, tidak sempat mereka menghubungi polis, gadis itu terus menjadi emosi dan terjun dari jambatan. Orang ramai yang mula berhimpun di situ terkejut apabila dia tidak mati dan terus menariknya keluar sebelum ambulans sampai.

Gadis itu mengalami lebam teruk pada belakangnya manakala paru-paru dipenuhi air selain patah tulang dan cedera tisu lembut.

Doktor yang merawatnya berkata, gadis itu bernasib baik kerana hentakan pertama terkena pada tulang pinggul tanpa mengenai organ.

“Mujur bukan kepalanya yang terkena air dulu. Memandangkan ketinggian jambatan itu lebih 50 meter hentakan pada air sama seperti terhentak simen.

“Jika kepalanya yang terkena dulu pasti dia maut,” katanya.

-Metro

Thursday 23 July 2015

Wanita Pertama Masuk Syurga

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Muti'ah. 

Fatimah mengetuk pintu rumah Muti'ah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ". " Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Muti'ah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam. " Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin" 
'Ya dengan Hasan dan Husain " "Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! ! Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami, " jawab Muti'ah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain. " Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya," kata Muti'ah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan. Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! ! "Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah. "Bukan. Bercucuk tanam". "Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah. "Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa. Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu," tanya Fatimah. "Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Muti'ah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?


Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain. 


KISAH INI POPULAR TETAPI KESAHIHAN DAN SUMBER CERITA INI TIDAK DAPAT DIKENALPASTI. 

Wallahu a'lam.


 


Helaian al-Quran tertua Dijumpai pasukan penyelidik di Universiti Birmingham

BIRMINGHAM 22 Julai - Beberapa helaian muka surat al-Quran dipercayai paling tua di dunia, dijumpai di Universiti Birmingham, lapor saluran penyiaran BBC.
Jelas laporan berkenaan, pe­meriksaan radiokarbon mendapati, helaian muka surat menggunakan kulit kambing biri-biri atau kambing tersebut berusia sekurang-kurang 1,370 tahun, menjadikannya antara al-Quran terawal di dunia.
Helaian muka surat al-Quran tersebut berada di perpustakaan universiti itu sejak satu dekad lalu, tetapi tidak pernah dikenal pasti kewujudannya.
Ujian yang dilakukan oleh Unit Radiakarbon Universiti Birmingham memberikan beberapa tarikh penghasilan kitab suci itu dengan lebih 95 peratus keberangkalian bertarikh antara 568 dan 645 tahun Masihi.
Pakar Perpustakaan Britain, Dr. Muhammad Isa Waley berkata, penemuan luar biasa tersebut pasti disambut kegembiraan umat Islam.
Helaian tersebut sebelum ini ditempatkan bersama koleksi buku-buku dan dokumen Asia Barat lain tanpa dikenal pasti sebagai antara helaian muka surat al-Quran tertua di dunia.
Perkara itu disedari apabila seorang penyelidik sarjana menemukannya dan membuat keputusan untuk melakukan proses ujian radiokarbon.
Pengarah Koleksi Khas Universiti Birmingham, Susan Worrall berkata, beliau tidak menjangka usia helaian muka surat al-Quran tersebut.
“Penemuan ini sangat menarik,’’ katanya.
-Utusan

Wednesday 22 July 2015

Alahai dunia :Wanita rancang berkahwin dengan anjing

London: Seorang wanita merancang berkahwin dengan anjing peliharaannya selepas ‘suaminya’ yang juga seekor kucing mati baru-baru ini. Dominique Lesbirel, 41, berkahwin dengan seekor kucing lapan tahun lalu, tetapi haiwan itu mati baru-baru ini akibat masalah buah pinggang.

Kini wanita itu jatuh cinta dengan anjing peliharaannya yang dikenali sebagai Travis dan merancang berkahwin tidak lama lagi. Berkahwin dengan haiwan bukan perkara asing bagi Dominique kerana dia menguruskan laman web yang mengeluarkan sijil perkahwinan kepada pengguna Internet yang mahu berkahwin dengan haiwan kesayangan mereka.

Bagaimanapun, Dominique mengeluarkan sijil perkahwinan kepada mereka yang berkahwin dengan haiwan peliharaan dan bukan haiwan liar seperti harimau atau beruang.“Saya perlu memastikan mereka sangat mencintai dan menghormati haiwan peliharaan mereka sebelum saya keluarkan sijil perkahwinan ini.“Saya tidak akan mengeluarkan sijil kepada sesiapa yang mahu berkahwin dengan haiwan liar seperti singa, harimau atau beruang,” katanya.

Menurutnya, laman web itu menggalakkan orang ramai menyatakan komitmen untuk menyayangi haiwan peliharaan mereka dan sentiasa menjaganya.“Saya sanggup lakukan apa sahaja bagi mengingatkan orang ramai supaya melayan haiwan dengan rasa kasih sayang dan penuh rasa hormat.“Selepas kematian kucing yang saya kahwini selama lapan tahun kini hidup saya sunyi, sebab itu saya merancang untuk berkahwin dengan Travis,” katanya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65335#sthash.3nwDAENt.dpuf

Tuesday 21 July 2015

Bahana nak badan sasa

Goiania, Brazil: Kerana terlalu taksub untuk memilik badan yang sasa seorang lelaki hampir maut selepas menyuntik campuran alkohol dan minyak untuk membesarkan ototnya. Romario Dos Santos Alves, 25, yang meminati sukan bina badan menyuntik ototnya dengan campuran minyak dan alkohol yang dikenali sebagai synthol.

Bahan sintetik itu bukan sahaja menyebabkan ototnya membesar secara luar biasa tetapi mengakibatkan Alves mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Katanya, dia mula menyuntik synthol ke badannya tiga tahun lalu selepas melihat seorang lelaki mempunyai otot yang besar.

“Lelaki itu memperkenalkan saya kepada bahan itu dan memberitahu bahawa ia boleh membantu membesarkan otot dengan cepat.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/48496#sthash.fyva5XoF.dpuf

Wanita rakam video terbaharu nahas MH17

BERLIN 20 Julai – Seorang wartawan Jerman yang menyiasat tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, menerbitkan satu video terbaharu yang didakwa diambil penduduk tempatan yang memaparkan, situasi sejurus pesawat Boeing itu terhempas akibat ditembak jatuh di Ukraine pada Julai tahun lalu.
 
Portal berita RT melaporkan, rakaman video yang diambil menggunakan telefon bimbit dari dalam sebuah kereta yang lalu di kawasan kejadian dan dimuat naik di laman web YouTube itu, memaparkan satu kebakaran dan asap tebal di tempat kejadian di timur Ukraine.

Wanita yang merakam kejadian itu sangat terkejut dan sebak melihat banyak mayat penumpang bergelimpangan di kawasan tragedi.

Seorang lelaki yang bersama wanita itu juga kendengaran me­nyumpah apabila dia sedar apa yang dilihatnya adalah sebuah pesawat awam.

Perbualan mereka juga mendedahkan ada sebuah lagi pesawat di udara - pesawat yang menembak jatuh MH17.

Wartawan bebas, Bill Six, yang menyiarkan video itu di akaun YouTubenya berkata, penduduk tempatan berang dan enggan bercakap dengan wartawan Barat selepas mereka melihat laporan berat se­belah mengenai tragedi itu.

Beberapa hari lalu satu video tentang tragedi MH17 didedahkan media dari Australia, News Corp Australia yang menunjukkan pemberontak pro-Rusia berada di tempat kejadian sejurus pesawat itu terhempas dan perbualan mereka yang bertanya mungkin ada sebuah lagi pesawat - pesawat pejuang Sukhoi - yang dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-rakam-video-terbaharu-nahas-mh17-1.115308#sthash.n7Ah8Lan.dpuf

Monday 20 July 2015

Sambung tangan pada kaki

Changsha, China: Sekumpulan doktor di hospital di sini membuat satu prosedur luar biasa untuk menyelamatkan tangan seorang lelaki yang putus dengan menyambungkan anggota badan itu pada kaki pesakit.

Anggota badan itu kemudian berjaya disambung semula selepas lebih sebulan apabila saluran darah dan tendon pada pergelangan tangan pesakit terbabit sembuh.

Doktor melakukan prosedur luar biasa berkenaan selepas tangan pekerja kilang yang dikenali sebagai Zhou putus dalam satu kemalangan di tempatnya kerja.

Dr Tang Juyu berkata, keadaan tangan Zhou terlalu parah dan dia tidak boleh menyambung tangan lelaki terbabit serta merta. Katanya, dia perlu membiarkan saluran darah, saraf dan tendon pada pergelangan tangan Zhou pulih sebelum tangan itu boleh disambung.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64799#sthash.uUecia5m.dpuf

Serang anggota polis guna payudara

Hong Kong: Seorang wanita didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini atas tuduhan menyerang anggota polis dengan menggunakan payudaranya.

Ng Lai-ying, 30, bersama tiga lagi tertuduh didapati bersalah menyerang dan menghalang tugas seorang anggota polis dalam satu tunjuk perasaan pada 1 Mac lalu.

Kesemua tertuduh yang mengaku tidak bersalah disabitkan dengan kesalahan itu oleh mahkamah majistret dan ditahan sehingga menunggu hukuman.

Menurut pendakwa raya, Lai-ying menuduh seorang anggota polis meraba payudaranya ketika membuat pemeriksaan pada beg yang dibawa wanita itu. Lai-ying kemudiannya menjerit meminta tolong dan mendakwa dia dicabul anggota polis berpangkat inspektor berkenaan.

Bagaimanapun, anggota polis itu memberi keterangan Lai-ying sengaja menyentuh payudaranya pada tangan lelaki berkenaan dan membuat tuduhan palsu.

Mahkamah memutuskan Lai-ying menipu mengenai tuduhan berkenaan dan menyifatkan tindakan wanita itu berniat jahat.“Kamu menggunakan sifat kewanitaan untuk memerangkap dan mendakwa anggota polis itu menuduh kamu,” kata hakim. Tambahnya, sangat pelik Lai-ying hanya membuat laporan mengenai bibirnya yang berdarah selepas ditolak oleh anggota polis, bukannya dicabul.

“Sekiranya kamu dicabul sudah pasti ia menjadi perkara yang paling besar untuk kamu membuat laporan,” jelasnya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64687#sthash.Casqgg65.dpuf

Friday 10 July 2015

Balasan isteri curang

Beijing: Seorang suami yang berang selepas isterinya bermain kayu tiga bertindak memukul wanita itu dan memaksanya berjalan di tengah bandar dalam keadaan separuh bogel.

Lebih memalukan lagi, lelaki itu memaksa isterinya menggantung satu sepanduk di leher yang tertera mesej “Saya mahu menjual tubuh”.

Kejadian di bandar Yushan di wilayah Jiangxi itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Zhang, 37, mendapati isterinya, Wang Ni, 33, mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Zhang yang berang bertindak memukul isterinya sebelum membogelkan wanita itu dan memaksanya berjalan dalam keadaan bogel di tengah bandar.

Beberapa gambar yang dimuat naik penduduk di Internet, menunjukkan Wang Ni yang memakai pakaian dalam dan menangis berjalan di sebatang jalan raya.

Zhang yang memandu sebuah kereta dilihat mengekori wanita itu dari belakang.

Ramai pengguna Internet mengecam tindakan Zhang yang dianggap sebagai satu penghinaan terhadap wanita.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Zhang membuat satu iklan di sebuah akhbar tempatan bagi meminta maaf kepada orang ramai.

Katanya, dia bertindak sedemikian kerana mabuk dan terlalu marah selepas mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut akhbar tempatan, pasangan itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai dua anak.

-Metro

Thursday 9 July 2015

Hidup dalam kandang babi

Beijing: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun ditemui tinggal di dalam kandang babi keluarganya. Nasib kanak-kanak itu terbongkar selepas ditemui sukarelawan kumpulan kebajikan dan wartawan akhbar Puyang Morning Post di Puyang, Sabtu lalu.

ebelum itu, gambarnya di media sosial tersebar menunjukkan mangsa menaiki basikal tiga roda milik ayahnya bersama seekor babi.

Menurut laporan, budak yang dikenali dengan nama Little Hongbo itu sentiasa dipaksa tidur dan masih belum pandai bercakap.

Kepalanya juga dipenuhi parut serta lebam akibat dipukul ibunya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63079#sthash.A4tuXwvC.dpuf

Friday 3 July 2015

Pekerja kilang maut 'ditumbuk' robot

KASSEL - JERMAN. Seorang pekerja kilang terbunuh selepas robot yang sedang dipasang mengepit dadanya ke atas sekeping plat besi, semalam.
Menurut laporan Financial Times, pekerja berusia 21 tahun tersebut bersama dengan seorang lagi rakan sekerja semasa kejadian berlaku di kilang pemasangan kenderaan Volkswagen.
Jurucakap Volkswagen, Heiko Hillwig memberitahu bahawa kejadian tersebut disebabkan oleh kesilapan teknikal.
Robot tersebut mampu diprogram untuk melakukan pelbagai kerja, termasuk memegang bahagian-bahagian kenderaan dan memanipulasinya.
Bagaimanapun, robot selalunya dikawal jauh dari manusia dan operator akan diletakkan di dalam ruangan selamat.
Pegawai pendakwaraya sudah membuka kertas siasatan.
 
-Sinar

Thursday 2 July 2015

40 tahun sembunyi dalam hutan


Hanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.

Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.
Mereka ditemui penduduk tempatan yang mencari kayu api jauh di dalam hutan di daerah Tay Tra di wilayah Quang Ngai.

Pihak berkuasa semalam mengesahkan lelaki itu ialah Ho Van Thanh, 82 dan anaknya, Ho Van Lang, 41.
Lelaki tua itu menjalani kehidupan normal bersama keluarganya di Tra Kem ketika Perang Vietnam.

Bagaimanapun, selepas letupan bom meragut nyawa isteri dan dua anak lelakinya yang lain, dia melarikan diri dengan membawa anaknya berusia dua tahun ke dalam hutan dan sejak itu tidak pernah berhubung dengan manusia lain.

Mereka hidup dengan memakan buah hutan serta menanam jagung dan membuat pakaian daripada kulit kayu serta tinggal di pondok yang dibina lima meter di atas pokok. - Agensi/Metro

Nama pelik









Jakarta: Nama dianggap satu doa dan menunjukkan sifat peribadi seseorang.

Bagaimanapun, terdapat ibu bapa yang mempunyai pendapat berbeza dengan enggan menamakan anak mereka dengan nama yang biasanya digunakan.

Ibu bapa ini memilih untuk menamakan anak mereka dengan nama yang luar biasa seperti nama adi wira.

Namun, nama unik berkenaan hanya membuatkan orang ketawa mendengarnya.


Sudah pasti nama berkenaan bakal menghantui anak mereka seumur hidupnya.

Sebuah akhbar Indonesia semalam menyiarkan sebahagian daripada pemilik nama pelik di negara itu untuk tetapan pembaca

-Metro

Wednesday 1 July 2015

Gempar batu akik tertera imej Kaabah

Jakarta: Penduduk di Parigi Moutong di Sulawesi Tengah gempar selepas menemui batu akik yang didakwa mempunyai imej Kaabah dan orang tawaf.

Imej itu ditemui sekumpulan penduduk yang memotong satu batu akik jenis King Marantale yang ditemui mereka Jumaat lalu.

Pegawai daerah Parigi Moutong, Samsurizal Tombolotutu berkata, selepas batu akik itu dibelah penduduk terkejut melihat imej Kaabah berkenaan.

“Ada yang menangis sambil mengucapkan Allahu Akbar beberapa kali apabila melihat imej di dalam batu akik berkenaan,” katanya.
Ujarnya, batu akik itu telah dibawa ke pejabat daerah di Kota Parigi untuk disimpan.

“Saya berharap dengan penemuan batu akik ini akan menambahkan keimanan penduduk kepada Allah,” jelasnya.

Menurutnya, batu akik itu akan dipamerkan dalam festival pada September depan yang akan dihadiri Presiden Joko Widodo.

Festival itu akan mempamerkan produk tempatan termasuk batu akik yang menjadi produk utama wilayah berkenaan. - Agensi/Metro

Bayi sudah pandai panjat tembok

ARIZONA, Amerika Syarikat – Seorang bayi di sini mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.
Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.

 


Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali.
"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN.



Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah.
Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3ebac1pJt
Hakcipta terpelihara