Friday 29 November 2013

Hadiah anjing kurap buat Jeff Oii


GEORGETOWN: Anjing dan kucing kurap akan 'dihadiahkan' kepada Jeff Ooi dan Tony Pua dalam tempoh terdekat sekiranya mereka tidak memohon maaf kerana menghina kakitangan awam khususnya umat Islam. Pengerusi Persatuan Anak Muda Pulau Pinang(PAMPP) Jahangir Abdul Shukkur berkata, sekiranya tiada permohonan maaf daripada dua pemimpin DAP terbabit pihaknya sendiri akan menghantar anjing serta kucing kurap itu kepada mereka berdua sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina itu. "Kita tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana kenyataan yang dikeluarkan mereka berdua itu dilihat seolah-olah cuba merendahkan martabat kakitangan awam, bangsa Melayu dan umat Islam. "Kenyataan itu jelas menunjukkan yang mereka tidak sensitif dan cuba memarakkan api perkauman dalam negara ini yang rakyatnya hidup secara harmoni," katanya. Menururtnya, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum mereka sepatutnya perlu menghormati antara satu sama lain. -Metro

Lelaki hidup miskin tertukar ketika lahir


lelaki Jepun berusia 60 tahun yang tertukar ketika lahir berkata, beliau berharap untuk memutar semula masa beberapa hari selepas memenangi saman terhadap hospital yang melakukan kesilapan menyebabkannya hidup dalam kemiskinan. Lelaki terbabit memberitahu, beliau terkejut apabila mengetahui bahawa kehidupan sebenar adalah sebaliknya. Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Saya langsung tidak mempercayainya. Secara jujur, saya tidak dapat menerimanya. Saya sepatutnya mempunyai kehidupan yang berbeza. Saya mahu (hospital) memutarkan semula masa kepada hari saya dilahirkan, katanya. Lelaki terbabit tidak didedahkan namanya. Bayar ganti rugi RM1.2 juta Sebuah mahkamah daerah Tokyo minggu ini mengarahkan hospital terbabit membayar sejumlah 38 juta yen (RM1.201 juta) terhadap kesilapan yang dilakukan pada 1953 di mana lelaki terbabit tertukar dengan bayi lelaki lain yang dilahirkan 13 minit selepas kelahirannya. Sebanyak 32 juta yen (RM1.01 juta) turut diberikan kepada lelaki terbabit manakala selebihnya enam juta kepada tiga lagi adik-beradik kandungnya. -AFP/BH

Buaya berjaya dipujuk pulang badan mangsa


Saratok: Hanya pinggul hingga paras tengkuk Andrian Thomas ditemui, selepas dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Seblak pada Jumaat lalu. Bahagian itu ditemui semalam kira-kira 500 meter dari kawasan lubuk mangsa dilaporkan hilang selepas seekor buaya memuntahkan anggota badan itu dipercayai selepas dipujuk pawang buaya, Indet Senabong, 50, dari Ulu Paku, Betong. Penduduk Rumah Panjang Empayak, Bani Mingai, 60, berkata beliau melihat sendiri penemuan mayat mangsa kira-kira jam 9.30 pagi semalam. Upacara pujuk buaya Kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin), pawang itu bersama penduduk kampung ke lokasi kejadian untuk upacara memujuk buaya yang berlangsung lebih empat jam. Ketika itu, bomoh berkenaan menggunakan ngintik (kail) yang dijampi dengan harapan buaya berkenaan menyerah diri. Saya dan Indet ke tebing lokasi kejadian pada jam 8.30 pagi tadi untuk memeriksa keadaan sebelum dikejutkan dengan gelombang besar disusuli kemunculan seekor buaya. Ketika itu, kami mula terhidu bau busuk sebelum reptilia itu membuka mulut dan memuntahkan sesuatu objek sebelum hilang, katanya. -BH

Mahkamah Israel denda wanita kerana anak tidak dikhatankan


BAITULMUQADDIS - Sebuah mahkamah agama Yahudi mendenda seorang wanita kerana dia enggan mengkhatankan bayi lelakinya. Mahkamah itu membuat keputusan pada minggu lalu bahawa wanita tersebut perlu membayar denda hampir AS$150 (RM484.87) setiap hari sehingga anaknya dikhatankan. Wanita tersebut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengkhatankan anaknya itu kerana tidak mahu kerosakan fizikal berlaku ke atas bayinya. Keputusan itu adalah yang pertama kali dibuat oleh sebuah mahkamah agama di Israel. Tidak ada undang-undang yang mewajibkan anak lelaki dikhatankan di Israel. Bagaimanapun, ramai penduduk lelaki Yahudi yang berkhatan disebabkan amalan agama di negara itu. Kementerian Kehakiman yang mewakili wanita itu akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut. - AP/Kosmo

Thursday 28 November 2013

Dunia oh dunia :Cerai isteri kerana sekotak rokok


RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang suami di Arab Saudi sanggup menceraikan isterinya yang baru dikahwini tiga bulan selepas menemui sekotak rokok di dalam beg tangan wanita itu. Gara-gara berang dengan penemuan itu, lelaki dari selatan Saudi di Jizan yang enggan identitinya didedahkan bertindak memfailkan perceraian dengan segera tanpa usul periksa. Usaha wanita itu untuk meyakinkan suaminya bahawa rokok yang ditemui bukan miliknya juga dilaporkan tidak berjaya. Difahamkan, laporan dipetik dari DailyMail, angka rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan negara tersebut menunjukkan kira-kira 600,000 wanita Saudi adalah perokok tegar. -sinar

Wanita Islam Malaysia tegaskan tuduhan murtad terhadap beliau suatu fitnah


NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial. Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w. "Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya. Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat. Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal. Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond. Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian. “Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu. "Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC. Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan. “Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa. "Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan. "Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya. "Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya. Beliau sudah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ. Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia. “Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain. "Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam. “Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu,” katanya. Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya. Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain. Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon. “Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila. - BERNAMA/BH

Dunia oh dunia : Bayi ditanam hidup-hidup


MIRI 27 Nov. - Seorang bayi yang cukup sifatnya dipercayai menjadi mangsa individu tidak berperikemanusiaan apabila ditanam hidup-hidup di sebuah ladang kelapa sawit di Batu Niah, di sini semalam. Mayat bayi cukup sifat dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 3.30 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Jonathan Ringgit berkata, pengawal keselamatan tersebut mendakwa ternampak kelibat seorang lelaki dan wanita membawa bungkusan plastik dalam keadaan mencurigakan. "Dia terdengar tangisan bayi lalu bertindak mengintip pasangan tersebut yang dilihat seperti mengorek dan menanam sesuatu berdekatan pagar ladang. "Sebaik sahaja mereka beredar, pengawal itu segera memeriksa kawasan tersebut dan terkejut apabila melihat bahagian kaki bayi terjulur keluar dari tanah yang baru ditimbus," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Menurut Jonathan, pengawal keselamatan itu terus memaklumkan penemuan tersebut kepada majikannya sebelum mereka menghubungi pihak polis. "Pemeriksaan lanjut mendapati bayi malang berkenaan sudah tidak bernyawa. Memandangkan saksi mendakwa terdengar bunyi tangisan, bayi itu mungkin dilemaskan terlebih dahulu atau ditanam secara hidup-hidup oleh suspek," katanya. Tambah Jonathan, pihaknya sedang mengesan pasangan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Saya minta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya. -Utusan

Wednesday 27 November 2013

Polis ‘berdosa’ tembak diri sendiri


Jakarta: Seorang anggota polis ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di dadanya dipercayai akibat membunuh diri. Bambang Setiawan dipercayai mengambil tindakan itu kerana dihantui perasaan bersalah selepas mencuri wang jirannya. Jurucakap polis berkata, Bambang membunuh diri menggunakan raifal automatik V-2 ketika sedang bertugas di Balai Polis Nganjuk di Jawa Timur. “Tiada saksi kerana tujuh anggota lain yang bertugas pada malam berkenaan tiada di balai,” katanya. Menurut jurucakap itu, Bambang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Polis Bhayangkara. Sementara itu, Ketua Polis Indonesia Sutarman berkata, Bambang membunuh diri kerana ‘dosanya’ pada masa lalu. “Saya menerima laporan daripada ketua polis Jawa Timur, Unggung Cahyono bahawa Bambang mencuri Rp 650,000 (RM180) daripada jirannya. “Dia rasa bersalah dan malu hingga akhirnya membunuh diri,” katanya. - Agensi/Metro

PlayStation4 jadi alat aib isteri


London: Seorang pemilik PlayStation4 dikecam apabila dia menggunakan kemudahan video secara langsung pada permainan itu untuk mengaibkan isterinya sendiri dengan menyiarkan imej wanita terbabit berbogel dalam keadaan mabuk di ruang tamu rumah mereka. Melalui imej disiarkan itu, lelaki terbabit dilihat mendedahkan payudara isterinya ketika wanita terbabit tidur di sofa. Kira-kira 15 minit kemudian skrin kelihatan gelap seketika sebelum kembali terang. Ketika itu wanita terbabit kelihatan masih tidur di sofa tetapi tanpa dilindungi seurat benang. LELAKI ini dilihat cuba membuka baju isterinya yang sudah mabuk dan tidak sedarkan diri. PlayStation4 yang dilancarkan minggu lalu dilengkapi kemudahan baru bergelar “Playroom” yang membolehkan pengguna menyiarkan video secara langsung melalui perkhidmatan bergelar Twitch TV. PlayStation4 dilancarkan di AS pada 15 November lalu dan dijual pada harga AS$400 (RM1,288) seunit. - Agensi/Metro

Angola haramkan Islam, tutup masjid


LUANDA - ANGOLA. Agama Islam kini diharamkan di Angola kerana dikatakan bertentangan dengan adat dan budaya negara itu. Media melaporkan, masjid akan ditutup dan diruntuhkan pada bila-bila masa. Menteri Kebudayaan Rosa Cruz Silva menyifatkan, Islam sebagai mazhab dan amalannya tidak diluluskan Kementerian Kehakiman serta hak asasi manusia. "Selepas ini pengaruh Islam di Angola akan berakhir dan lenyap," katanya dipetik DailyMail. -Sinar

Tuesday 26 November 2013

Kanak-kanak 8 tahun janda termuda India


Lucknow: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menjadi janda paling muda di India selepas ibu bapanya memfailkan permohonan cerai bagi pihaknya sekali gus mencetuskan perdebatan antara perkahwinan terlarang dan gesaan kerajaan supaya satu siasatan dijalankan ke atasnya. Akhbar Daily Mail melaporkan, kanak-kanak perempuan itu dikahwinkan ketika berusia empat tahun dengan seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari perkampungan yang sama di Uttar Pradesh. Bagaimanapun, minggu lalu, empat tahun selepas perkahwinan dilangsungkan, suami kanak-kanak itu yang sudah berusia 14 tahun datang ke rumah keluarga mentuanya untuk membawa isterinya yang kini berusia lapan tahun, pulang ke rumah keluarganya. Timbul kemarahan “Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit mula menyedari bahawa anak mereka terlalu muda dan meminta suaminya menunggu sehingga dia berusia 18 tahun, sebelum boleh ke rumah keluarga mentuanya. “Permintaan ibu bapa kanak-kanak itu menimbulkan kemarahan kepada keluarga pihak lelaki menyebabkan berlaku pergaduhan dan membuatkan bapa kanak-kanak perempuan itu memfailkan tuntutan cerai bagi pihak anaknya,” lapor akhbar itu. Sementara itu, Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Hak Wanita India kini mengambil alih kes itu. -AGENSI/BH

Dunia oh dunia: Pegang kemaluan Michael Jackson


Los Angeles: Doktor peribadi Michael Jackson berkata, hubungannya dengan bekas Raja Pop itu sangat rapat hingga dia tidak kekok memegang kemaluan penyanyi terbabit. Dalam satu kenyataan berani kepada media semalam, Dr Conrad Murray berkata, dia memegang kemaluan Michael setiap malam untuk dipasang tiub khas kerana penyanyi terbabit tidak dapat mengawal kencing pada waktu malam. “Michael selalu memakai seluar panjang hitam dan dia akan berada dalam tandas selama berjam-jam. “Michael tidak tahu memakai kondom, jadi saya terpaksa memakaikan alat untuknya,” katanya. Murray turut mengulangi keyakinannya bahawa Michael membunuh diri. Murray mendakwa ketika meninggalkan bilik tidur Michael pada hari penyanyi itu meninggal dunia, dia percaya Michael bangun dan mendapatkan Propofol lalu menyuntik dirinya sendiri dengan ubat berkenaan. “Michael menyuntik ubat itu terlalu banyak menyebabkan jantungnya terhenti,” katanya. Murray juga mengatakan anak Michael mempunyai tiga bapa berbeza dan Michael bukan bapa kandung mereka. “Michael memberitahu saya, dia tidak pernah tidur dengan Debby Rowe,” katanya. Doktor itu menegaskan Michael juga memberitahu, dia pernah diserang secara seksual oleh seorang daripada doktornya ketika dibius menjadi separuh sedar. Murray berkata, Michael meramalkan yang dia akan mati semasa di bawah rawatannya. - Agensi/Kosmo

Monday 25 November 2013

Regangan otak : Perbualan Suami isteri


Situasi 1 (Suami khawin lagi) SUAMI: Sayang.. Kalo abang nak kawin lagi boleh ? ISTERI: Boleh. Asalkan abang belajar grammar bahasa inggris yang baik dan betul dulu.. SUAMI: Okey.. Caranya? ISTERI: Kalo 1 kereta (singular) bahasa Inggerisnya One Car, and 2 kereta (plural) two carS.. SUAMI: Oh itu kacang jer. Tinggal tambah S dihujungnya kan? ISTERI: Betul! Itu sama seperti abang.. SUAMI: Maksudnya? ISTERI: Kalo satu istri abang MAMPU.. Kalau dua istri abang MAMPUS (ngasah parang) Situasi 2 (Bukan nak cakap besar) ISTERI : Abang tau tak.. SUAMI : Tak tau.. apa dia? ISTERI : Saya bukan nak cakap besar..dulu sebelum saya kawin ngan abang.. banyak lelaki yg datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang SUAMI : Abang pun bukan nak cakap besar.. dulu sebelum abang kawin ngan awak banyak awek yang abang pinang tapi semua menolak kecuali awak. ISTERI : ??? Situasi 3 (Suami tertekan) ISTERI : Kenapa abang call? SUAMI : Abang tertekan. ISTERI : Abang ok? Abang ada masalah apa? Citer la kat saya... SUAMI : Abang tertekan je... mana ada masalah apa apa... ISTERI: Kalau abang ada masalah cerita la.... SUAMI: Masalah apa nye.. abang ok je... abang cuma tertekan je... ISTERI: Ye la... kalau abang tertekan.. abang kena cerita kat saya... SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke ??? (Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handphone lalu ter'call' isterinya) ^^ Sumber: http://aniqbukhary.blogspot.com

Tanam emas dalam mata


Doktor memasukkan emas putih bersaiz 3.5 milimeter. Los Angeles: Wanita memang meminati barang kemas tetapi Lucy Luckayanko bertindak melampau apabila menanam perhiasan itu di dalam matanya. Beliau menghabiskan AS$3,000 (RM9,640) untuk menjalankan pembedahan memasukkan emas putih berbentuk hati ke dalam mata putih kanannya. Prosedur itu dilakukan Dr Emil Chynn dari Park Avenue Laser Vision di New York, pakar terlatih Harvard dan Universiti New York. Bagi melakukan pembedahan itu, Chynn mulanya menyuntik ubat bius ke dalam mata Luckayanko. Beliau kemudian melakukan kelaran kecil pada mata Luckayanko menggunakan forsep dan memasukkan emas putih bersaiz 3.5 milimeter. Prosedur cuma mengambil masa beberapa minit dan Luckayanko pulang dengan mata berisikan barang kemas. Chynn berkata, prosedur itu amat selamat. “Ia cuma kepingan platinum amat kecil yang dibuat untuk dimasukkan ke dalam bahagian atas mata, dan tiada risiko buta langsung. “Mungkin berlaku sedikit pendarahan tetapi hilang beberapa hari atau minggu. Luc-kayanko mungkin mendapat jangkitan tetapi kami menghalangnya dengan antibiotik,” katanya. Amerika beri amaran Akademi Oftalmologi Amerika Syarikat memberi amaran bahaya prosedur itu. Mereka berkata, ada bukti menyokong keselamatan atau nilai terapeutik prosedur itu dan orang ramai perlu mengelak daripada meletakkan apa-apa dalam mata yang tidak mendapat kelulusan Bahagian Pentadiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA). Beberapa hari selepas prosedur itu, Luckayanko berkata, beliau tidak mempunyai masalah atau kesakitan akibat pembedahan itu. “Lima puluh peratus rakan berkata saya gila tetapi 50 lagi berasa ia hebat,” katanya. Bentuk emas putih itu boleh ditukar pada harga AS$1,000 (RM3,213). - Agensi/BH

Anggap kerja sebagai sedekah suntik semangat


Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail Perkhidmatan cemerlang lagi berkualiti adalah matlamat umum yang perlu dicapai setiap organisasi. Tidak syak lagi matlamat ini akan tercapai hanya jika setiap warganya turut mempunyai matlamat yang sama khasnya dengan kedatangan tahun baru hijrah. Namun, dalam melaksanakan tugas seharian sebagai pekerja kita juga tidak dapat lari daripada berhadapan dengan emosi diri yang lemah dan motivasi yang rendah walaupun berada dalam suasana kerja yang baik dengan imbuhan memuaskan. Kajian semasa menunjukkan pelbagai faktor dalaman dan luaran boleh menyumbang kepada timbulnya sifat negatif di tempat kerja. Ini termasuk faktor kesihatan, interaksi, komunikasi, persekitaran, kemudahan pejabat dan faktor sikap. Adakalanya pekerja berasa malas dan kurang bersemangat untuk menunaikan amanahnya. Justeru, satu daripada kaedah dan pendekatan Islam untuk mengatasinya ialah dengan menghayati kerja atau perkhidmatan itu sebagai suatu sedekah. Kefahaman yang jelas serta penghayatan mendalam terhadap ‘sedekah perkhidmatan’ ini mampu menyuntik malah mengembalikan semangat bekerja dalam diri agar memberi perkhidmatan terbaik. Balasan infak keringat Kefahaman ini adalah bertitik-tolak daripada Firman Allah SWT bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh biji benih, pada tiap-tiap satunya seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. Walaupun ayat ini menunjukkan balasan Allah SWT kepada mereka yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah SWT, namun ulama juga mengaitkan balasan ini dengan apa juga bentuk harta termasuk harta badaniyyah daripada usaha dan keringat. Bentuk sedekah dalam Islam bukan semata-mata pada harta dan wang ringgit, tetapi meliputi pelbagai tindakan bermanfaat. Ini termasuk usaha daripada titik peluh sendiri, menyampaikan kata-kata yang baik termasuklah ucapan salam, memberi nasihat, penghargaan dan pujian, menyampaikan teguran dengan berhikmah, mendoakan orang lain, membuat kebaikan dengan mententeramkan orang lain, membawa berita menggembirakan, memudahkan sesuatu urusan, tolong- menolong, memberikan pandangan, membantu dengan memberikan jalan penyelesaian serta menampilkan wajah yang manis dengan senyuman. Dari Abu Zar al-Ghifari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah sedekah, kamu menunjukkan seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari jalan adalah sedekah” (Riwayat al-Bukhari) Justeru, dengan memahami bahawa semua amal kebaikan sebagai sedekah akan menambah lagi motivasi diri. Tetapi dengan syarat piawaian bahawa ia tidak dirosakkan nilainya dan menghilangkan ganjarannya di sisi Allah SWT iaitu dengan mengungkit, menyakiti hati dengan kata-kata kasar atau kesat, merendah rendahkan penerima atau pelanggan atau kerja dan perkhidmatan yang dilakukan tanpa keikhlasan iaitu untuk kemegahan dan kesombongan. Keredaan Allah Sebaliknya, hendaklah apa yang diusahakan itu dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT seperti yang digambarkan dalam Surah al-Baqarah ayat 265 yang bermaksud: “Orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Secara mudahnya juga, piawaian bagi perkhidmatan terbaik itu boleh direnungi melalui Athar yang menyebutkan bahawa “berkhidmatlah untuk manusia sebagai mana kamu suka orang berkhidmat ke atas kamu”. -BH

Sunday 24 November 2013

Lelaki malu ada payu dara seperti wanita

LONDON - Seorang lelaki Britain, Farshad Hashemzadeh berasa sangat malu untuk berdepan dengan masyarakat kerana memiliki payudara seperti wanita. Hanya payudara kanan Hashemzadeh yang membesar seperti buah dada wanita manakala payudara kirinya normal seperti lelaki lain. "Saya tidak tahu kenapa ia berlaku kepada saya, payudara saya semakin hari semakin membesar sehingga membuatkan saya berasa rendah diri," katanya kepada akhbar The Sun. Payudara Hashemzadeh mula membesar sewaktu dia berusia 18 tahun dan pada ketika itu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. "Saya tidak mahu orang lain melihat 'kelebihan' saya ini. Lelaki lain patut tahu bagaimana keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka," katanya. Ada suatu ketika akibat terlalu tertekan, Hashemzadeh pernah mengambil pisau untuk menoreh payudaranya sendiri sehingga dia dirujuk kepada seorang pakar psikiatri. Keadaan ganjil yang dialami Hashemzadeh itu dinamakan Ginekomastia iaitu ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron yang menyebabkan organ tersebut membesar secara tidak normal. Menurut pakar bedahnya, Dr. Azhar Aslam, kira-kira separuh golongan lelaki mengalami Ginekomastia tetapi pada skala yang kecil. Kos untuk dia menjalani pembedahan tersebut agak tinggi iaitu sebanyak AS$5,000 (RM16,000). Namun, Hashemzadeh bernasib baik kerana dia mempunyai seorang teman wanita yang prihatin dan menolongnya mendapatkan wang untuk menjalani pembedahan tersebut. "Saya tidak lagi berasa sedih kerana sudah kembali menjadi seorang lelaki normal malahan, saya beruntung mempunyai seorang teman wanita yang sangat baik," katanya. Tambah Hashemzadeh, selepas parut kecilya sembuh, dia berasa seperti lelaki yang baru dilahirkan semula. - Agensi/Kosmo

5 Pekerjaan bergaji besar!


Samada anda baru tamat pengajian dan sedang mencari pekerjaan ataupun tidak gembira dengan pekerjaan sedia ada, mari kita semak bersama pekerjaan yang harus ditumpukan sekiranya mahu bayaran gaji yang lebih lumayan. Apabila keperluan hidup semakin mahal, kita juga perlu pastikan sumber pendapatan mencukupi untuk hidup. Juruterbang Sekiranya anda tidak rabun dan cukup tinggi, segeralah sertai sekolah penerbangan. Mengapa? Tahukah anda, bukan sekadar dibayar untuk melawat seluruh pelusuk dunia, malah gaji bulanan anda boleh mencapai RM35,000 sebulan, berdasarkan jumlah jam penerbangan dan jenis pesawat. Bagi perempuan pula,tidak boleh jadi juruterbang tidak mengapa. Kahwin seorang juruterbang juga sudah untung. Akauntan senior Gaji bulanan seorang akauntan senior kira-kira RM30,000 sebulan. Satu sahaja masalahnya, pastikan anda sukakan angka. Kalau tidak, pasti mati kebosanan. Sampai bila pun tidak akan sampai tahap senior. Jurutera bahan Tugas seorang jurutera bahan bukan terhad kepada mereka aneka jenis produk malah juga untuk mencari kegunaan alternatif bahan sedia ada. Jika ini merupakan minat anda, boleh tahan juga gaji bulanan sehingga RM28,000 sebulan. Pengarah Urusan Kerajaan Senang kata, kerja dengan kerajaan memang untung, gaji bagus dan manfaat sampingan juga seronok. Bagi kedudukan seorang pengarahAtiqa Juana urusan kerajaan, gaji boleh sampai RM27,000 sebulan. Industri minyak dan gas/tenaga/industri perlombongan Terpaksa berpindah randah, namun setelah melihat gaji yang ditawarkan ramai yang berebut untuk sertai syarikat seperti Petronas dan Shell. Gaji kasar sebulan sahaja boleh sampai RM26,500. Ingat senang nak dapat kerja sebegini? Kebanyakan syarikat yang tawarkan gaji bulanan lumayan mahu calon yang bukan sahaja miliki rekod prestasi akademik cemerlang malah seorang individu yang miliki “kenalan” tertentu. Kalau tidak, pasti resume anda akan dicampak ke tepi dengan mudah. sumber:Atiqa Juana

Saturday 23 November 2013

Air kencing jadi minyak wangi


New York: Seorang penyampai televisyen mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga minyak wangi selepas mengumpulkan air kencing penyanyi itu yang di dalam tong sampah. Pengacara rancangan kabel AS Watch What Happens Live, Andy Cohen memberitahu rancangan Late Night With Jimmy Fallon yang superstar itu kencing di dalam tong sampah di bilik persalinannya. “Ia cerita lama tetapi memang Gaga melakukan demikian. Ketika ingin keluar, dia berkata: “Saya tidak dapat cari tandas, minta maaf saya membuang air kecil dalam tong sampah. “Dia Lady Gaga dan seorang superstar. Setakat yang saya tahu, dia boleh buang air di mana saja dia mahu,” katanya. Cohen berkata, dia meminta pembantu peribadinya mencari petua dan resipi untuk menyimpan air kencing itu dan menjadikannya minyak wangi. “Jadi, kami masukkannya ke dalam botol yang cantik. Saya tahu, ia perbuatan yang salah tetapi jika anda tanya mengapa, saya lakukannya, saya akan berkata ia adalah artifak bintang pop yang bernilai,” katanya. Sementara itu, Gaga memberi amaran kepada peminatnya di Twitter dengan berkata: “Anda sudah diberi amaran jika dia cuba menyembur ke arah anda”. - Agensi/Metro

Friday 22 November 2013

Kisah dan Teladan : Gadis penjual susu yang jujur


KHALIFAH Umar al Khatab terkenal sebagai pemimpin yang gemar meronda pada waktu malam. Sebagai pemimpin negara, beliau perlu mengetahui apakah aktiviti rakyatnya pada malam hari. Umar berjalan-jalan di tepi sebuah rumah yang usang, lantas telinganya tertangkap akan perbualan si penjual susu yang miskin dan anak gadisnya. “Wahai anakku, hari ini kita memperoleh bekalan susu yang sedikit, apa kata jika campurkan ia dengan air supaya kelihatan banyak sebelum matahari terbit,” kata si ibu. Terkejut gadis itu, lantas dia menjawab, “kita tidak boleh berbuat seperti itu wahai ibuku, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang berbuat demikian,”. Penjual susu itu berkata lagi, “tidak mengapa anakku, jika di antara kita tidak membocorkan rahsia ini kepada sesiapa tentunya Amirul Mukminin tidak akan tahu,”. “Benar, biarpun beliau tidak tahu, tetapi tuhan kepada Amirul Mukminin mengetahuinya,” jawab si gadis sunti itu. Sebaik mendengar jawapan gadis itu, mengalir air mata Umar, terdetik di hati jujurnya anak gadis itu. Sampai di rumahnya, Umar meminta anaknya, Asim menikahi gadis tersebut. Umar mengatakan, akan lahir daripada keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat, disegani yang bakal memimpin orang-orang Arab dan Ajam. Asim, seorang anak yang menurut perintah, maka berkahwinlah Asim dan gadis anak si penjual susu yang miskin itu. Hasil pernikahan tersebut mereka beroleh anak perempuan dinamakan Laila dikenali sebagai Ummu Asim. Kemudiannya Ummu Asim dinikahkan dengan Abdul Aziz bin Marwan. Perkongsian hidup itu lahirlah pembesar negara yang ulung, Umar bin Abdul Aziz. -Sinar

Dunia oh dunia: Warga emas terlampau


SEGAMAT - Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin. Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang. Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana. “Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu. “Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan. Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom. “Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan,” katanya. Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin. “Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. -Sinar

Thursday 21 November 2013

Bapa penggal bayi lapan bulan


UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang bapa bertindak kejam apabila tergamak memenggal kepala anaknya yang berusia lapan bulan selepas mendakwa perbuatan itu adalah ‘suruhan tuhan’. Kejadian berlaku di sebuah kuil terletak berhampiran Kampung Narain Purva, daerah Barabanki, utara negeri itu. Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian Rajkumar Chaurasia membawa bayinya ke kuil untuk upacara ritual. “Bayi itu dipukul sebelum ditetak dua kali di leher sehingga kepalanya terputus. Akibat takut diberkas, lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan penduduk kampung,” katanya pada laporan DailyMail. Menurutnya, hasil soal siasat, mangsa mengaku mempunyai niat untuk membunuh bayi berkenaan sejurus dilahirkan tetapi perbuatan itu sering dihalang isterinya. “Kini, kami sedang menunggu laporan kesihatan sama ada lelaki itu mempunyai masalah mental atau pun tidak,” katanya. -Sinar

Bercerai pada usia 10 tahun


UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun menjadi individu termuda bercerai di India selepas dikahwinkan dengan suaminya Arjun Bakridi, 10, ketika dia berusia empat tahun. Menurut AFP, Insiden itu berlaku selepas bapa budak tersebut hanya membenarkan Fatima Mangre mengikut suaminya selepas umurnya mencecah 18 tahun. Keputusan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada bapa Arjun dan pertengkaran itu berakhir selepas kanak-kanak lelaki tersebut memfailkan perceraian pada minggu lalu. Kejadian yang berlaku di kampung Nakhi daerah Shravasti itu kini sedang disiasat kerajaan negeri. -Sinar

Pekerja pembersihan jumpa jongkong emas dalam tandas


KOLKATA - Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila dia menemui 24 jongkong emas dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.1 juta (RM3.49 juta) dalam satu ruang tandas sebuah pesawat di sini semalam. Jongkong smas itu ditemui semasa kerja pembersihan dilakukan di sebuah lapangan terbang di sini. "Sejurus pesawat mendarat, pekerja pembersihan melakukan tugas membersihkan tandas sebelum menemui dua beg yang mengandungi emas dalam tandas itu," kata pengarah lapangan terbang itu, B.P. MishraMishra. Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat untuk mengetahui pemilik sebenar jongkong emas itu. Setiap jongkong emas itu seberat satu kilogram. Seorang pegawai kanan kastam, R.S. Meena menganggarkan jumlah keseluruhan emas itu ialah AS$1.1 juta (RM3.49 juta). - AFP/Kosmo

Gadis pertikai ajaran agama


Macam macam hal remaja sekarang.Ikuti sebahagian masalah remaja yang diajukan kepada Dr Mashitah. Mungkin ini bukannya hanya masalah remaja, tetapi dewasa pun kadangkala menjadi keliru bila berhadapan masalah. Ikuti jawapan Dr Mashitah; Saya remaja perempuan yang baru tamat pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan mempunyai pendidikan agama yang kuat hasil didikan ibu bapa. Masalah timbul apabila saya sering kali didatangi musibah hingga membuatkan saya stres dan emosional. Sejak itu saya mula menghisap rokok dan tidak lagi mendirikan solat ataupun menutup aurat. Kadangkala terdetik di hati saya, adakah Allah itu wujud? Apakah buktinya? Saya juga mula mempersoalkan suruhan agama lain seperti tuntutan menutup aurat dan hak poligami. Saya tidak menentang ajaran agama tetapi saya hanya mempertikaikannya. Adakah saya dikira murtad? BUNGA Subang Jaya Saya simpati dengan masalah yang menimpa saudari. Orang Islam dididik supaya bersabar ketika menerima musibah dan bersyukur sewaktu menerima nikmat. Setiap ujian Allah ada hikmahnya, cuma manusia yang cetek ilmu untuk menafsirkannya. Memandangkan saudari tidak kuat menghadapi dugaan bersendirian, sebaiknya bersandar pada mereka yang kuat. Bila berdepan musibah rujuklah pada ibu bapa dan keluarga terdekat, pastinya mereka akan menasihati saudari ke jalan yang benar. Saudari kecewa kerana hajat tidak tertunai lalu mula mempertikaikan kewujudan Allah. Ketahuilah bahawa Rukun Iman antaranya mewajibkan kita percaya pada qada dan qadar iaitu ketentuan daripada Allah. Terimalah ketentuan Allah dengan reda, serahkan diri pada Allah dan saudari akan tenang. Hayati firman Allah SWT, “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (surah al-Baqarah, ayat 216) -Metro

Wednesday 20 November 2013

‘Dewi bogel kereta api’


Chicago: Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter bandar ini apabila berbogel ketika menggunakan perkhidmatan awam itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter itu. Wanita yang tidak dikenali dan tidak berpakaian langsung itu muncul di Stesen Granville di Landasan Merah Chicago, laluan paling sibuk diurus Agensi Transit Chicago. Dia kemudian menampar beberapa penumpang komuter sebelum berjalan ke gerabak paling depan dengan niat untuk memandu kereta api itu. Menurut saksi, wanita berusia 31 tahun itu mengarahkan semua penumpang turun menyebabkan perjalanan tertangguh 15 hingga 30 minit. Foto WANITA terbabit mengarahkan penumpang turun daripada kereta api. Polis tiba di stesen itu pada 12:45 tengah hari dan mengiringi wanita itu keluar daripada komuter. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk dinilai pakar perubatan. Jurucakap polis mendakwa wanita itu mengalami masalah mental, tetapi tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dihidapinya. - Agensi/Metro

Ketua 'Tuhan Harun' ditahan


KUANTAN: Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner Mohd Zakaria Ahmad berkata, turut ditahan dalam serbuan itu dua lagi pengikut yang dipercayai anak dan isterinya. Katanya, ketiga-tiga mereka mempunyai waran tangkap dan dikehendaki Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes ajaran sesat selain dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek. -Metro

Sunday 17 November 2013

Lelaki bunuh, makan jantung, lidah mangsa

Paris: Seorang lelaki yang secara kejam membunuh seorang warga emas dan memakan jantung serta lidah mangsa mendakwa dia melakukannya selepas mendengar suara menyuruhnya berbuat demikian. Pegawai di Perancis berkata, lelaki berusia 26 tahun itu yang hidup bergelandangan memasuki rumah mangsa di Nouihan, selatan negara itu sebelum memukul kepala mangsa dengan besi dan membelah tubuh warga emas itu untuk menarik keluar jantungnya. Lelaki itu memakan lidah dan jantung sebelum membakar mayat dan rumah mangsa. Kebakaran berkenaan menyedarkan anak warga emas terbabit yang tinggal berhampiran. Dia menemui mayat bapanya selepas berjaya memadamkan kebakaran. Kejadian kelmarin itu memeranjatkan kampung kecil berkenaan yang dihuni kira-kira 200 orang. Sebelum melakukan kekejaman itu, lelaki terbabit turut menyerang seorang penduduk dan menghantukkannya pada sebuah traktor. Polis berjaya menangkap lelaki berkenaan, kira-kira tiga jam selepas dia mengganas. Kejadian itu hampir sama dengan kes Ronald Poppo, lelaki berusia 66 tahun yang mukanya dimakan oleh seorang kanibal, Rudy Eugene. Poppo diserang oleh Eugene yang memakan 75 peratus mukanya menyebabkan dia buta. Eugene yang turut mengoyakkan pakaian dan memukul mangsa ditembak polis dalam kejadian tahun lalu. - AFP/Metro

Friday 15 November 2013

Ajaklah isterimu gaduh selalu!

MUHAMAD MAT YAKIM

KALAULAH saya suami yang tidak pernah marah, menegur, merungut, atau mengeluh, saya percaya dalam beberapa bulan sahaja, isteri pasti akan berasa menyampah habis setiap kali melihat muka saya.

Lebih teruk, saya mungkin dianggap suami dayus ataupun bodoh walaupun 'saya tidaklah bodoh sangat!'

Rumah tangga kami sudah pasti teramat membosankan. Itulah yang saya percaya dan saya percaya, itulah juga yang dipercayai ramai orang!

Walaupun ketika berkonflik, semua orang akan mempersoal malah menyesal kerana menganggap pasangannya adalah yang paling teruk di dunia, namun percayalah, dia pasti akan lebih menyesal jika mendapati pasangannya itu adalah manusia yang hanya tahu senyum dan mengangguk sepanjang masa!

Saya teringat untuk menulis hal ini semalam apabila isteri minta tengok laporan akhbar mengenai satu kajian bahawa suami isteri perlu bergaduh sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menurut laporan itu, tinjauan Lembaga Penyelidikan Pemasaran India (IMRB) mendapati pasangan yang bertengkar sekali dalam seminggu dianggap masih boleh berkomunikasi secara terbuka dan tidak hanya mendiamkan diri ketika marah.

Ini menunjukkan pertengkaran membantu merapatkan hubungan suami isteri dan memulihkan salah faham. Justeru, ia amat penting dalam rumah tangga.

Daripada pengalaman, kenyataan itu memang tidak ragu-ragu untuk saya akui.

Pertengkaran selagi masih dalam lingkaran kasih sayang dan pertanggungjawaban, bagi saya adalah suatu ekspresi kesungguhan. Syaratnya, jangan sampai ada maki hamun atau sepak terajang yang boleh membuat pasangan trauma atau berasa terhina!

Kadang kala pertengkaran juga membuat kita lebih memahami pasangan.

Hayati bait lirik lagu Tan Sri P Ramlee:

Sedangkan lidah lagi tergigit
apa pula suami isteri
buang yang keruh, ambil yang jernih
barulah teguh peribadi ...

Ya, lama dulu kita sudah disedarkan bahawa konflik suami isteri ada hikmahnya untuk lebih bahagia. Ini untuk kita insaf i bahawa kita tidak boleh hidup dalam hanya satu atau dua warna.

Dalam buku Aduhai Isteri halaman 53-56, saya menulis bahawa ketika berkonflik, suami isteri harus sentiasa sedar dan ingat mengenai hakikat cinta dan kasih sayang sesama mereka selain menanam teguh dalam hati bahawa konflik bukan semata-mata mahu cari pasal untukbergaduh dan pasangan pula bukan musuh.

Akhirnya kita akan mendapati bahawa pertengkaran dalam hubungan suami isteri sebenarnya adalah sangat indah, pergaduhan boleh bawa hikmah. Syaratnya seperti yang saya nyatakan tadi, jangan ada maki hamun atau sepak terajang apa lagi menyebut sesuatu yang tidak seharusnya - berpisah!

Mengapa saya kata hal yang bagi sesetengah orang adalah sangat tidak elok itu sebagai hikmah, atau sesuatu yang indah?

Bayangkan sahaja begini, setelah puas bertengkar, melepas habis apa yang terbuku di hati, kita lazimnya akan sedar, insaf bahawa orang yang kita sudah kata macam-macam itu sebenarnya adalah insan yang paling kita sayang, orang yang selama ini menjaga kita, orang yang selama ini jadi teman kita di kala susah dan senang, orang yang sudah terlalu banyak jasanya kepada kita, berkorban untuk kita dan bagi suami, insan itulah juga yang bersabung nyawa melahirkan zuriat kita!

Apakah dalam keinsafan yang seperti itu masih tega lagi dalam hatimu wahai kawan untuk terus membencinya?

Sudah pasti tidak melainkan jika kamu benar-benar berhati syaitan!

Justeru, ketika itulah saya percaya bahawa hati kita yang sebenarnya sudah siap ditanam dengan kasih sayang yang sejati akan diselubungi sepenuhnya oleh kekesalan yang amat sangat.

Ada baiknya dalam keadaan seperti itu, biarlah sama-sama menangis, mengulang sebut pengakuan bersalah, memuji-muji pasangan sebagai manifestasi penyesalan.

Dan percayalah juga bahawa dalam keadaan itu, hati manusia mana sekalipun pasti akan sanggup untuk membuat penyerahan diri yang total kepada pasangannya, zahir dan batin dengan sepenuh kasih sayang.

Sebagai suami isteri ataupun insan yang sudah dewasa, kita masing-masing tentunya amat memahami apa yang seharusnya berlaku selepas itu. Sebab itulah juga saya 'menegur' isteri saya apabila dia 'tagged' laporan akhbar itu dalam 'wall' Facebook saya dengan kata-kata "jom gaduh..."

Ya, saya segan walaupun dia semata-mata ajak saya bergaduh dan saya sendiri pun sememangnya suka bergaduh!

-SH

Israel setuju kembalikan organ curi

RAMALLAH - Israel bersetuju mengembalikan jasad dan organ rakyat Palestin yang diambil ahli patologi forensik semasa autopsi, semalam.

Ketua Institut Forensik Abu Kabir, Jahuda Hiss berkata, dia mengaku, pihaknya banyak mengawet organ mayat tanpa kebenaran waris terutama kalangan rakyat Palestin.

"Kami mengaku selama ini, tindakan itu menyalahi undang-undang kerana tidak meminta kebenaran keluarga mangsa. Bagaimanapun, aktiviti itu berakhir sejak sedekad lalu," katanya dipetik Al Arabiya

Sebelum ini, difahamkan pakar forensik mengawet tulang, kornea, injap jantung dan kulit mangsa korban rakyat Palestin dan pekerja asing untuk dikomersialkan.

-SH

Dunia oh dunia: Beri RM4.6 juta hadiah kepada bakal isteri

Shanghai: Seorang lelaki yang memberikan bakal pengantin perempuannya wang tunai 8.88 juta yuan (RM4.6 juta) semalam mencetuskan kemarahan kerana mempamerkan kekayaannya di negara membangun itu.

Sebanyak 18 pelayan menghantar beberapa bakul dan kotak berisi wang itu, yang semuanya seberat lebih 102 kilogram, lapor akhbar Shanghai Daily.

Foto turut menunjukkan beberapa bakul buluh diisi dengani not kertas 100 yuan (RM52.60) berwarna merah dengan gambar Mao Zedong, bapa pengasas komunis di China.

Anggota rombongan pengantin lelaki muncul di kediaman pengantin perempuan dengan deretan kenderaan mewah yang diketuai kereta sport Maserati.

Lonjakan ekonomi sepanjang satu dekad menyuntik kekayaan di China, tetapi kebanyakan penduduk luar bandar dan penduduk bandar yang miskin masih ketinggalan.

- Agensi/Metro

Kondominium sewa kambing bersih rumpai

Tokyo: Sebuah kompleks kondominium di Jepun memutuskan untuk tidak menggunakan mesin potong rumput yang bising sebaliknya memilih kambing.

Kompleks kondominium di pinggir Tokyo terbabit menyewa empat ekor haiwan terbabit bagi membantu mencantikkan hartanah yang di kelilingi tembok itu, selain menghapuskan rumpai di kawasan berkenaan.

Jurucakap pemaju hartanah milik kerajaan berkenaan mendakwa kambing yang disewa terbabit lebih murah dan tidak memerlukan banyak arahan, manakala najisnya kurang memberi risiko terhadap kesihatan penduduk.

“Ia lebih jimat kos dan mesra alam berbanding membayar perkhidmatan pemotong rumput,” katanya dalam satu kenyataan.

- AFP/Metro

Thursday 14 November 2013

Cuci rangka tulang dinosaur


SIMPSON menyedut habuk pada rangka tulang dinosaur di Muzium Field, Chicago kelmarin.
 

CHICAGO, Amerika Syarikat - Seorang ahli biologi, Bill Simpson mencuci rangka tulang dinosaur yang berusia 67 juta tahun di Muzium Field di sini kelmarin.

Dia menggunakan penyapu dan penyedut habuk semasa mencuci rangka tulang dinosaur Tyrannosaurus Rex.

Rangka tulang itu adalah yang hampir sempurna pernah ditemui di dunia. Masa selama dua jam digunakan untuk mencuci rangka tulang tersebut. Terdapat 280 tulang pada rangka dinosaur berkenaan.

Rangka tulang itu dibeli oleh pihak muzium tersebut dengan harga AS$8.4 juta (RM13.48 juta) dalam satu lelongan pada tahun 1997. Tidak ada proses mengilat dilakukan dalam kerja-kerja mencuci yang dibuat dua kali setiap tahun. - Agensi


Sumber : Kosmo

Pemandu lori guna taktik lama elak kena saman

Jakarta: Seorang pemandu lori mungkin menyangka dia masih hidup dalam era Indonesia di bawah pemerintahan Presiden Suharto apabila tentera begitu berkuasa dalam politik.

Lelaki terbabit dilaporkan meletakkan sekeping kertas di depan lori berkenaan dengan tertera tulisan: “Jakarta 11/11/2013. Kenderaan ini milik Direktorat Tentera Kem Bekalan di Pulogadung (Jakarta Timur). Kepada pihak berkuasa, terima kasih kerana memahami.”  Notis itu ditandatangani seorang pegawai tentera berpangkat sarjan dan turut memaparkan nombor telefon bimbit dan nombor kad pengenalan tenteranya.
Bagaimanapun, notis itu tidak memberi kesan kepada pihak berkuasa yang menjalankan operasi bersama di Jakarta Timur semalam. Jurucakap polis berkata pemandu terbabit tetap dikenakan saman kerana membawa muatan melebihi had dibenarkan. Katanya, lelaki terbabit menyusun kotak terlalu tinggi dalam lori itu.

 - Agensi /Metro

Wednesday 13 November 2013

Sewa teman lelaki

Beijing: Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan. Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka. Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari. Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka. GAMBAR hiasan. Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam. Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan. Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan. Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan. Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing. Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja. “Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya. Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju. Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin. - Agensi/Metro

video - lima wanita menonggeng sambil goyang pungg...


Entah apa pula amalan kumpulan ini. Sejak kecil mengenal islam gua tak pernah terdengar atau melihat program zikir yang begini rupa.

Tak berani nak kata ajaran sesat walau hati ini berat beranggapan sedemikian. Kita mohon bijak pandai dalam ilmu islam untuk memberi penjelasan.

Walau bagaimanapun layanlah video ini dan nilai perbuatan mereka. Jangan terperanjat tengok punggung lebor-lebor beb! wakaka

Sumber di sini 

Tuesday 12 November 2013

Wajah suspek kes bunuh pegawai JAIP diedarkan

KUANTAN: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Mohd Raffli. "Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media tadi. -Metro

SANGGUP POTONG IBU JARI JIKA PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK DITANGKAP! APA LAGI!

Sejak kes pengawal keselamatan yang menembak kejam seorang pegawai Ambank tempohari, berbagai-bagai persepsi kepada pasukan keselamatan negara, Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai andaian negatif. Malah kerajaan juga dipersalahkan di atas jenayah kejam ini. Bermula menuduh kerajaan bersengkongkol berkaitan dengan kad pengenalan palsu hinggalah pasukan polis gagal mengekang kejadian jenayah tersebut. Tidak menghairankan.. Sudah menjadi lumrah pembangkang akan mempolitik apa jua kejadian yang berlaku dalam negara. Ada juga yang menganggap pihak Polis tidak akan dapat mengesan dan menangkap penjenayah tersebut dengan alasan-alasan bodoh yang diberikan hingga sanggup memotong ibu jari jika Polis berjaya menahan dan menangkap penjenayah tersebut. Penjenayah sudah ditangkap dan direman. Apa lagi, rakyat Malaysia menuntut tunaikan janji. Potonglah ibu jari kalau berani! Sumber: Apple Biru

Monday 11 November 2013

Resdung

RESDUNG atau sinusitis adalah satu masalah lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang, ujian tersebut mendapati lapan daripadanya mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak memerlukan rawatan. Di Malaysia, dianggarkan 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami masalah resdung. Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang 50 peratus mendapatkan rawatan dan ramai tidak mahu berjumpa doktor kerana menganggap gejala resdung yang dialami hanya selesema atau alahan biasa. Menurut perubatan moden, resdung adalah radangan yang berada di lapisan membran meliputi dinding ruang sinus. Punca keradangan sinus disebabkan jangkitan kuman atau virus, alergi atau masalah sistem imun badan seseorang. Pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada bahan menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus. Penghidap resdung biasanya sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama pada waktu pagi. Simptom * Batuk hingga kerongkong dan anak tekak gatal. * Telinga sering tersumbat. * Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung. * Gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair. * Bersin melampau dan terlalu kerap. * Simptom paling ketara apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar. Akibatnya, suara penghidap menjadi sengau. Individu berisiko * Alah kepada habuk, bulu dan makanan menyebabkan hidung tersumbat. * Mempunyai kelainan dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung bengkok. * Mempunyai ketumbuhan dalam hidung hingga menyebabkan ruang sinus sempit. Kesan Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Kanak-kanak Antara akibat resdung kepada kanak-kanak ia boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta. Dewasa Resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang sinus frontal. Jika nanah tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi bakteria. Risikonya bakteria boleh memasuki otak dan menyebabkan jangkitan pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut. Cegah radang resdung * Elak memelihara binatang berbulu. * Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut diperbuat daripada bulu binatang. * Bersihkan karpet atau permaidani dengan penyedut hampagas. * Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah * Minum banyak air suam atau mineral. * Lap muka dengan tuala basah dan air suam * Elak makan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang. Rawatan Islam Di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, terdapat ramai pesakit resdung mendapatkan rawatan. Salah seorangnya, Kamal, 28. Dia sering bersin waktu pagi dan masalah hidung tersumbat apabila resdung menyerang. Kamal telah mencuba pelbagai rawatan dan ubatan tradisonal dan moden namun, kesan positif hanya bersifat sementara. Doktor sahkan Kamal menghidap resdung kronik dan perlu menjalani pembedahan. Kamal membuat keputusan pergi ke Pusat Rawatan Islam Al Hidayah untuk rawatan resdung dan beliau diberi beberapa ayat. Dengan izin Allah, sakit kepalanya berkurangan. Namun, dia sering bersin setiap pagi dan kulit wajahnya masih berjerawat. Setelah beberapa kali menjalani sesi rawatan, masalah resdung Kamal beransur pulih. Jerawat di muka berkurangan dan hidungnya jarang tersumbat. Apa yang paling menggembirakan, Kamal tidak perlu dibedah. Kesembuhan yang berlaku adalah dengan izin Allah melalui mukjizat al-Quran. Kemuliaan dan kelebihan al-Quran dalam penyembuhan penyakit adalah rahmat kepada orang yang memahami dan menyedari rahsia kehebatan mukjizat al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan kalaulah al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)." (Surah Fussilat ayat 44) Ssungguhnya al-Quran mempunyai pelbagai rahsia yang Allah sahaja Maha Mengetahuinya. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah terlebih dahulu, memeriksa setiap pesakit yang datang, jika ada gangguan makhluk halus. Perawat akan membuang gangguan jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. Ayat tersebut adalah: * Surah An-Nahl ayat 66 hingga 74 * Surah Al-Anfaal ayat 36 hingga 50 Pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali pada malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Dalam pengalaman saya mengubati penyakit fizikal, selalunya ayat dari Surah Al-Anfaal mempunyai hikmah dan keupayaan penyembuhan seumpama antibiotik. Ayat dari Surah An-Nahl berfungsi menguatkan daya pertahanan diri tubuh badan. Insya-Allah gabungan amalan dua surah ini boleh membantu mengatasi masalah resdung. Percayalah bunyi bacaan al-Quran memiliki aura dan gelombang suara yang berfrekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu. Gelombang ini mempengaruhi sel dalam tubuh badan kita secara positif dan mengembalikan keseimbangan tubuh. Gelombang dan aura kalimah suci memberi kesan positif kepada sel antibodi dan juga menguatkan sistem pertahanan tubuh badan. Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat al-Quran ini bertindak umpama rawatan moden, namun prosesnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar atau dijelaskan dengan logik akal. Firman Allah yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman…." - Surah Yunus, Ayat 57 Penutup Dugaan kepada setiap penyakit yang dihadapi sebenarnya adalah ujian Allah. Justeru, hendaklah kita berikhtiar dan berusaha serta tawakal sepenuh hati. Sesungguhnya doa, senjata kita yang paling ampuh dalam menghapuskan dan menyembuhkan penyakit. bersama Haji Lokman Abdul Hamid TANYA apa saja mengenai pelbagai masalah berkaitan penyakit fizikal atau spiritual. Sebarang soalan boleh e-mel ke lokman.alhidayah@gmail.com www.alhidayah-medic.com Sumber: Utusan

Keluarga wanita disangka monyet ampun pemburu

Riyadh: Keluarga kepada wanita tua di Arab Saudi yang ditembak mati oleh pemburu yang muda selepas tersilap kerana menyangka mangsa adalah monyet sudah memaafkan suspek. Bagaimanapun, suspek masih ditahan di penjara. Keluarga mangsa yang berusia 60-an itu tampil di mahkamah di Taif, barat Saudi kelmarin dan memberitahu hakim yang mereka memaafkan pemuda itu dan menggugurkan kes berkenaan. Akhbar melaporkan suspek dipenjarakan tetapi kemaafan daripada keluarga mangsa membolehkan dia terselamat daripada hukuman gantung. Suspek memberitahu polis, dia menembak mangsa dari jarak jauh selepas tersilap menyangka mangsa ialah monyet yang cuba merosakkan pokok di kawasan kejiranan itu. Mangsa sebaliknya sedang memetik daun daripada pokok untuk biri-birinya. “Penduduk kampung berkata, mereka ingin menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri agar membebaskan pemuda itu,” lapor akhbar harian Sabq. - Agensi/Metro

Saturday 9 November 2013

Dunia oh dunia : Bunuh rakan bercakap dengan isteri

Abuja: Seorang lelaki menikam sehingga mati rakannya hanya kerana dia bimbang mangsa akan bercakap dengan isterinya. Jurucakap polis di Abeokuta berkata, suspek berusia 50 tahun dan sudah ditahan, manakala seorang lelaki lain yang membantu pembunuhan itu sedang diburu. Media melaporkan suspek berang apabila “ternampak mangsa berada di atas katil isterinya.” Bagaimanapun, sumber berkata, mangsa pergi ke rumah pasangan terbabit untuk menjemput mereka menghadiri majlis hari lahir ibunya yang ke-80. - Agensi/Metro

Mayat bangkit dari kubur

Sao Paulo: Seorang wanita yang menziarahi kubur keluarganya menerima kejutan terbesar dalam hidupnya apabila terserempak dengan ‘mayat hidup’ yang bangkit dari tanah sambil melambai-lambai tangannya. Media semalam melaporkan wanita terbabit berada di sebuah tanah perkuburan di Ferraz de Vasconcelos apabila dia terdengar bunyi nafas termengah-mengah. Sejurus kemudian, kata wanita yang enggan dikenali itu, dia ternampak tanah di satu daripada kubur di situ bergerak-gerak. Tidak lama selepas itu wanita terbabit hampir pengsan melihat kepala dan tangan seorang lelaki muncul dari tanah sambil cuba keluar dari situ. “Saya ketakutan melihat seorang lelaki yang saya sangka sudah mati cuba keluar dari kubur berkenaan,” katanya. Pada awalnya, kata wanita terbabit, dia melarikan diri dari situ tetapi kembali semula dan menghubungi pihak berkuasa. Namun ia tidak semudah yang disangka. Kata wanita itu polis menganggap dia bergurau ketika memaklumkan pihak berkuasa ada ‘mayat hidup’ di kubur berkenaan. “Mereka asyik bertanya sama ada saya bergurau atau serius,” katanya dalam satu kenyataan. Akhirnya, kata wanita itu dia gagal meyakinkan polis dan terpaksa menemui kakitangan tanah perkuburan berkenaan dan merayu kepadanya supaya menghubungi polis. Sepasukan pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian menemui seorang lelaki yang tertanam separuh badannya. Dalam video disiarkan stesen Record TV di Brazil, lelaki terbabit kelihatan hampir tidak bergerak tetapi masih bernafas apabila diperiksa kakitangan perubatan ketika itu. Lelaki itu kini dirawat di hospital dan doktor yakin dia boleh diselamatkan tetapi tertakluk kepada ujian psikologi. Polis pula percaya bekas pekerja perbandaran itu terbabit dalam pergaduhan dan dibelasah teruk sehingga pengsan. Dia kemudian ditanam penyerangnya dalam sebuah kubur kosong di situ. Lelaki terbabit kemudian tersedar dan mula berusaha menyelamatkan diri sebelum ditemui wanita berkenaan. - Agensi/Metro

Thursday 7 November 2013

Panggil jin gandakan wang, imam nyaris kena tipu

 Panggil jin gandakan wang, imam nyaris kena tipu
Azmi menunjukkan peti kayu, kain merah dan putih serta lilin yang digunakan untuk memuja jin.                                                      
  
KUALA PILAH – Dengan bermodalkan not USD5 juta, seorang lelaki warga Somalia cuba memperdaya seorang imam masjid untuk mendapatkan wang lumayan.

Suspek yang dikenali sebagai Mustafa, berusia 31 tahun itu mendakwa berkebolehan mengambil wang milik orang ramai yang tidak membayar zakat, kononnya menerusi bantuan jin.

Bagaimanapun, imam terbabit menyedari sesuatu tidak kena, lantas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kuala Pilah.

Menceritakan kejadian, imam berusia sekitar 40-an yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku 25 Oktober lalu, apabila dia menemui Mustafa berseorang diri di masjid.

"Ketika bersembang, Mustafa beritahu kononnya dia berkebolehan mendapatkan wang dengan memanggil jin," katanya.

Walaupun musykil, namun imam terbabit berkata, dia mahu melihat sendiri kebenarannya.

"Saya diminta menyediakan sebuah peti kayu empat segi bersaiz tiga meter, tiga meter kain merah dan putih beserta sebungkus lilin. Saya kemudian membina peti kayu itu dengan kos RM100," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di IPD Kuala Pilah, semalam.

Menurut imam berkenaan, selepas barang berkenaan sudah siap, lima hari selepas itu Mustafa berkunjung ke rumahnya.

 "Mustafa masuk ke dalam bilik, tempat saya meletakkan peti kayu, kemudian menyuruh saya keluar dan memberikan masa setengah jam untuk dia memanggil jin,” katanya.

Kata imam itu, sebaik saja Mustafa memanggilnya masuk semula, dia terkejut kerana terdapat wang dalam peti itu.

“Saya tidak boleh pegang dan sentuh duit itu, hanya tengok sahaja dengan jarak satu meter. Lebih meyakinkan saya, dia memberi saya wang sebanyak USD400 untuk ditukarkan di bank. Ternyata benar kerana saya mendapat kira-kira RM1,300 tunai sebaik ditukarkan di
bank," katanya.

Bagaimanapun, imam berkenan berkata, Mustafa memberi beberapa lagi syarat termasuk membakar kertas yang dibaca dengan mantera.

“Selepas kertas dibakar, wang USD5 juta dalam peti kayu itu turut hilang. Jika saya mahu wang itu semula, saya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM670,000,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa hari, Mustafa menghubunginya sekali lagi dan memberitahu terdapat syarat lain iaitu memberi RM8,000 kepadanya untuk menyembelih tujuh ekor kambing dan seekor lembu.

“Berikutan itu, saya membuat laporan di balai polis kerana percaya ada tidak kena dengan lelaki berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, modus operandi menggunakan pendekatan agama dan sihir adalah trend terkini digunakan warga Afrika.

"Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap Selasa lalu oleh sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah masjid daerah ini.

"Suspek kini direman sehingga Sabtu ini," katanya.

-Sinar

'Pengawal popular' jadi pelakon

     
'Pengawal popular'  jadi pelakon       
Azman (kiri) ketika beraksi dalam drama Cinta Pandang Kedua di samping Dazrin dan Izara Aishah.
 
Muncul aksi cameo dalam drama Cinta Pandang Kedua

Kuala Lumpur: Rakaman kekecohan antara dirinya dengan isteri seorang pemain bola sepak terkenal, yang tersebar menerusi internet pada September lalu, membawa pengawal keselamatan, Azman Md Nayan, ke dunia lakonan.

Umpama rakaman semula atau parodi, Azman, 49, muncul menerusi aksi cameo bersama pelakon muda, Izara Aishah dan Dazrin Kamaruddin, dalam drama berjudul, Cinta Pandang Kedua, yang akan disiarkan TV9, bulan depan.      
Berkongsi pengalaman baru itu, Azman yang bertugas di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Petaling Jaya, tidak menyangka produksi drama terbabit menawarkan peluang berlakon kepadanya.

“Saya hanya berlakon beberapa minit. Wataknya juga tidak besar mana. Kalau ada tawaran lagi selepas ini, saya tak tahu sama ada mahu terima atau tidak. Rasanya seperti mahu tapi malu sebab siapalah saya ini. Segan juga apabila berlakon dengan artis popular.
 
-BH

Lelaki amuk minta duit ‘reda’ dapat RM2

Kuala Terengganu: Seorang anak layak digelar anak derhaka apabila tergamak mengacukan pisau ke arah ibu dan ahli keluarganya selepas berang hanya diberikan wang RM4 dalam kejadian di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Teluk Ketapang, Telaga Daing, di sini, Sabtu lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 12.45 tengah hari ketika mangsa berusia 51 tahun sedang berehat di rumahnya bersama suami lingkungan 50-an dan ahli keluarga lain, sebelum didatangi suspek.
Katanya, suspek berusia 22 tahun meminta wang daripada mangsa kononnya untuk membeli barang, tetapi pasangan suami isteri itu hanya memberikan wang RM4.

“Dalam kejadian itu, senjata digunakan suspek hampir terkena seorang adik perempuannya. Melihat suspek yang semakin agresif, ahli keluargnya melarikan diri ke rumah kakak sulungnya dalam lingkungan 20-an.
“Suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian ke rumah seorang lagi kakaknya sebelum wanita terbabit memberikan RM2 kepada adiknya kerana bimbang dia akan bertindak agresif,” katanya.
Sumber berkata, selepas mendapat wang yang dikehendaki, suspek beredar meninggalkan rumah kakaknya.
Katanya, sebelum ini, suspek yang juga penagih dadah kerap mengamuk bagi menakutkan mangsa dan ahli keluarga lain jika permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi.
Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatan dia dan ahli keluarga lain membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut sebelum suspek ditahan di rumahnya awal pagi semalam.
Sementara itu, Majistret Noradila Ab Latif membenarkan suspek direman empat hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-Metro

Sunday 3 November 2013

Remaja 18 tahun jual dara RM94,410

Moscow: Seorang remaja dilapor menjual daranya dengan harga sebanyak AS$30,000 (RM94,410). Gadis berusia 18 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama gelarannya Shatunigha, mengiklankan jualan itu secara online, dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘baru dan tidak pernah diguna.’ Berasal dari Siberia, dia mencadangkan pertemuan di sebuah hotel di Krasnoyarsk, tempat dia berharap menerima bayaran sebelum tidur dengan lelaki yang bersedia membayar lebih daripada harga minimum yang ditawarkannya. Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang. SHATUNIGHA menjual daranya dengan harga RM94,410. “Saya perlukan wang dan kerana itu saya menjual barang paling berharga saya,” katanya dalam laman lelong. menurut akhbar The Siberian Times. Dia juga menuntut supaya wang itu diberikan secara tunai. Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov. Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan. Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja. “Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis. Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu. -Metro

Wanita berpunggung besar lebih pintar?

Atiqa Juana Setiap kali anda mencuba seluar jeans dan merungut betapa hodohnya rupa punggung anda, sila fikir dua kali. Mengapa? Menurut sebuah kajian oleh Universiti Oxford,wanita yang miliki punggung lebih besar jauh lebih pintar daripada biasa dan tahan kepada penyakit kronik. Wanita yang miliki punggung lebih besar turut terbukti miliki tahap kolesterol lebih rendah dan kurang alami masalah kencing manis atau masalah jantung. Menarik bukan? Bukan itu sahaja, kerana rupanya menurut ABC News, wanita yang miliki punggung besar memerlukan lemak Omega 3 yang terbukti membantu perkembangan otak. Kajian juga temui bahawa anak kepada wanita berpunggung besar jauh lebih bijak berbanding anak kepada wanita kurus. Nampaknya sentiasa ada hikmah disebalik bentuk badan seseorang. Yay, tidak perlu ke gym lagi lepas ini!