Tuesday 21 April 2015

Isteri rantai suami, layan seperti banduan

HUAUYAN - PERU. Seorang lelaki dirantai dan ditinggalkan kelaparan oleh isterinya di dalam sebuah pondok usang di sebuah perkampungan kecil di Huauyan, dekat Peru.

Pablo Tamariz Coraquillo, 86 dikatakan dilayan seperti banduan oleh isterinya sejak kira-kira dua tahun lalu.

Pihak berkuasa bertindak menyerbu rumah terbabit selepas mendengar khabar angin mengenai perkara tersebut dan semasa ditemui lelaki itu berada dalam keadaan yang lemah dan binggung.

Penduduk kampung, Viviano Villareal Corral, 56, berkata kami tahu dia dikurung tetapi isterinya memberitahu dia berbuat demikian adalah untuk kebaikan suaminya itu.

"Isterinya berkata, lelaki itu cuba untuk melarikan diri dan kemudian memutuskan cara terbaik untuk memastikan dia berada di rumah adalah dengan mengikat dia.

"Tetapi kami tidak menyedari yang dia dikurung sepanjang masa," katanya dipetik Metro.uk

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa tempatan berkata apabila pihak kami mendengar mengenai lelaki terbabit, kami terus menyiasat dan mendapati dia dirantai sebuah pondok.

"Dia sangat lemah dan sedikit bingung melihat kami," katanya.

Pablo kini dirawat di hospital dan akan dihantar ke rumah perlindungan sosial.

-sinar

No comments: