Wednesday 22 April 2015

Bunuh tiap kali lahir

Salt Lake City (Amerika Syarikat): Seorang ibu yang ketagih methamphetamine dipenjara seumur hidup serta diselar tidak berhati perut kerana membunuh enam bayi setiap kali dilahirkan dan menyembunyikan mayat mereka apabila tidak dapat menjaga ramai anak. Megan Huntsman, 40, dikenakan hukuman berat walaupun wanita itu menerima tawaran daripada pendakwaan untuk mengaku salah, selepas Hakim Darold McDade berasa meluat dengan tindakannya yang kejam itu.

Megan mengaku bahawa dia terlalu ketagih dadah untuk menjaga anak-anaknya itu sepanjang tempoh sedekad bayi terbabit dilahirkan. Dia menyembunyikan setiap kehamilan sebelum melahirkan di rumah dan mencekik mati anak dilahirkan hanya beberapa minit kemudian. Megan membunuh enam bayi dengan cara itu manakala mayat bayi ketujuh ditemui disahkan mati secara semula jadi ketika dilahirkan.

Polis menemui semua mayat berkenaan dibalut dengan kain, dimasukkan ke dalam beg plastik dan dibungkuskan dalam kotak. Walaupun dia berpindah dari situ, Megan membiarkan mayat itu di dalam garaj kerana takut tertangkap ketika memindahkan mayat.

Sehingga kini, masih tidak jelas bagaimana Megan boleh menyembunyikan kehamilan kelahiran anak di rumahnya dan pembunuhan mereka daripada keluarga serta rakan. - AP

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45420#sthash.pp9O10hG.dpuf

No comments: