Friday 28 August 2015

Lipas bersarang dalam telinga

Beijing: Doktor di wilayah Guangdong terkejut apabila menemui 26 lipas yang bersarang di dalam telinga seorang lelaki.
Lelaki dikenali sebagai Li, 19, mendapat rawatan selepas terasa gatal dan sakit pada telinga kanannya ketika tidur.
Doktor yang memeriksa telinganya terkejut menemui puluhan serangga kecil di dalamnya dan percaya lipas betina menghuni organ itu sejak beberapa minggu lalu sebelum bertelur di situ.
Dr Yang Jing dari Hospital Chang’an Xiaobian di Dongguan berkata: “Kami melihat objek berbentuk serangga melitupi liang telinganya sepenuhnya lalu mengeluarkan lipas itu.
“Pemeriksaan lanjut menemui 25 anak lipas.”
Menurutnya, secara keseluruhan doktor mengeluarkan 26 lipas merangkumi ‘ibu’ dengan 25 anak lipas sebesar nyamuk kecil.
Lipas antara serangga paling tahan lasak dan ada spesies mampu hidup beberapa bulan dengan hanya sumber terhad.
Serangga itu gemarkan tempat gelap serta panas, sama seperti liang telinga manusia. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73467#sthash.lXxqoeKv.dpuf

Khalwat: Ustaz Sharhan kena waran tangkap

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Penceramah bebas, Sharhan Shafie (gambar) dikenakan waran tangkap setelah gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bagi menghadapi tuduhan berkhalwat dengan dua beradik, dua tahun lalu. Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin turut memerintahkan waran tangkap terhadap pasangannya, Umi Masjuri Hassan, 40, dan penjamin mereka, Mohd. Zainu­ddin Abdul Ya­min, 45, yang juga gagal hadir pada prosiding bagi sebutan per­tama kes itu hari ini.

Mohd. Amran mengeluarkan perintah tersebut setelah membenarkan permohonan Pendakwa Syarie daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zainor Rashid Hassin yang memberitahu mahkamah, pihaknya telah menghubungi kedua-dua tertuduh untuk mengingatkan mereka tentang tarikh sebutan hari ini.“Sikap kedua-dua tertuduh amat mendukacitakan kami, malah tertuduh ketiga, Masbellinda yang hadir di mahkamah hari ini juga tidak mengetahui di mana kedua-dua tertuduh berkenaan,” ujarnya.

Pada prosiding tersebut, Masbellinda, 21, yang merupakan adik Umi Masjuri mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Sharhan, 39, di sebuah apartmen di Taman Keramat Wangsa di sini pada pukul 2.55 pagi, 24 Ogos 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, Mohd. Amran tidak merekodkan pengakuan itu setelah memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut. Ini kerana, katanya, beliau merupakan hakim yang mendengar kes pengesahan perkahwinan antara Sharhan dan Umi Masjuri yang berlangsung semalam.“Adalah wajar kes ini didengar di hadapan hakim lain supaya tidak timbul prejudis terhadap pihak-pihak yang terlibat malah tarikh kejadian dan pertuduhan ada kaitan dengan kes semalam yang mungkin akan menimbulkan subjudis (kacau ganggu kes yang belum diselesaikan) kepada kes,’’ ujar beliau.

Namun begitu, beliau membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang turut diwakili Pendakwa Syarie, Mohd. Ihsan Mohamad Daud agar Masbellinda diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Beliau turut menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes. Sharhan atau dikenali sebagai Ustaz Sharhan merupakan penceramah bebas yang terkenal melalui rawatan kaedah Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di program popular Tanyalah Ustaz di stesen TV9.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/khalwat-ustaz-sharhan-kena-waran-tangkap-1.129129#sthash.6lW6TfrN.dpuf

Thursday 27 August 2015

Kepala bayi tertinggal dalam rahim

Shahjahanpur (India): Seorang wanita mati selepas doktor meninggalkan kepala bayi yang dilahirkannya di dalam rahimnya selepas menarik keluar bayi itu.
Geeta Devi, 32, dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh, utara India Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan kerana hendak bersalin.
Bagaimanapun, dia mati beberapa jam kemudian selepas doktor menarik bayi perempuan yang dilahirkannya hingga menyebabkan kepala bayi itu terputus di dalam rahimnya.
Lebih buruk lagi, Geeta dibiarkan kesakitan dan dihantar ke sebuah hospital lain dengan kepala bayinya masih di dalam rahimnya.
Di hospital di Bareilly, doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi itu, tetapi gagal menyelamatkan nyawa wanita berkenaan.-Metro

Wednesday 26 August 2015

Tangan bayi pramatang sebesar cincin

Tangan bayi pramatang sebesar cincin

 

AGENSI - tangan Mollie (dalam bulatan) muat untuk disarung cincin perkahwinan ibu bapanya.


HULL, Britain – Seorang bayi perempuan yang dilahirkan pramatang memiliki saiz badan sangat
kecil sehingga tangannya muat dengan cincin perkahwinan bapanya.
Mollie Perrin yang dilahirkan pada 27 April lalu iaitu 13 minggu lebih awal telah disahkan menghadapi masalah pada plasenta ketika dalam kandungan.
Doktor memberitahu kedua-dua ibu bapanya, Stephanie, 34, dan James, 38, bahawa bayi mereka mungkin tidak akan hidup melebihi tiga minggu.
Sejurus dilahirkan, Mollie dengan berat hanya 482 gram dan lebih kecil daripada satu pek gula telah dikejarkan ke pusat rawatan neonatal.
Dia bagaimanapun berjaya mencabar jangkaan doktor apabila pada usia tiga minggu, ibu bapanya sudah boleh memegangnya untuk kali pertama. Kini, pada usia 17 minggu, Mollie sudah boleh dibawa pulang ke rumah.
“Saya tidak percaya Mollie akhirnya kembali kepada kami untuk dibawa pulang,” ujar James. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3jsvf8Q76

Tuesday 25 August 2015

Kisah lelaki ‘belah’ gunung untuk pendekkan jalan ke hospital difilemkan

 


AGENSI - Dashrath menghabiskan masa selama 22 tahun memahat gunung untuk jalan di lereng gunung selepas kematian isterinya.


NEW DELHI – Industri perfileman Bollywood
mengadaptasi kisah seorang lelaki yang tidak berputus asa memahat lereng sebuah gunung selama 22 tahun untuk dijadikan jalan selepas kematian isterinya.
Lelaki itu, Dashrath Manjhi berbuat demikian selepas kehilangan isterinya, Falguni pada tahun 1959 kerana gagal mendapatkan bantuan perubatan berikutan jarak hospital yang jauh.
Perjalanan ke bandar berdekatan dari rumahnya adalah sejauh 54.7 kilometer (km).
Disebabkan itu, dia mahu memendekkan jarak laluan tersebut kepada 15km sahaja dengan meratakan lereng gunung berkenaan agar penduduk kampung lain tidak menerima nasib yang sama sepertinya.
“Kisah Dashrath sangat indah dan menyentuh hati.
“Dia menjadikan tiada yang mustahil untuk dilakukan dan segala usahanya telah membantu ribuan orang,” kata aktor, Nawazuddin Siqqiduim yang membawakan watak Dashrath.
Dashrath dikatakan bekerja sendirian dari pagi hingga ke malam meratakan kawasan lereng gunung dengan hanya menggunakan tukul dan pahat selama 22 tahun sehingga berjaya menamatkan kerjanya itu pada 1982.
Dia meninggal dunia pada 2007 kerana kanser dan diberi penghormatan oleh kerajaan dengan istiadat pengkebumian negeri di Bihar. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3jmogehFR

Monday 24 August 2015

Nama saya Tuhan

Banyuwangi, Indonesia: Setiap kali lelaki berusia 42 tahun ini memperkenalkan dirinya, pasti ramai yang menyangka dia hanya bergurau.
Mana tidaknya, lelaki yang bekerja sebagai tukang kayu ini mempunyai nama yang unik iaitu Tuhan.
Tuhan berkata, kerana namanya itu, dia terpaksa menunjukkan kad pengenalan dirinya bagi meyakinkan itu adalah nama sebenarnya.
Menurutnya, nama itu diberi ibu bapanya dan sehingga kini dia tidak tahu mengapa dia diberi nama Tuhan.
“Enam adik-beradik saya mempunyai nama biasa, tetapi hanya saya yang mempunyai nama yang unik.
“Saya tidak pernah bertanya dan ibu bapa saya juga tidak pernah memberitahu sebab memilih nama ini sehinggalah mereka meninggal dunia,” katanya.
Katanya, dia tidak pernah berasa namanya itu pelik sehinggalah kisahnya itu menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
“Kebelakangan ini ramai yang bertanyakan nama saya dan mereka mahu melihat kad pengenalan saya kerana tidak percaya nama saya adalah Tuhan.
“Tidak sangka, saya terkenal kerana nama ini,” jelasnya.
Menurutnya, dia sudah berkahwin dan mempunyai dua anak perempuan.
Sementara itu, isterinya, Husnul Hotimah berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan nama unik suaminya itu.
“Orang sering bergurau bahawa saya isteri Tuhan dan rumah Tuhan ada di bandar ini,” katanya. - Agensi/Metro

Friday 21 August 2015

Lelaki ‘cuba bersih dosa pelacur’ ditangkap

Taipei: Seorang lelaki Kristian fundamentalis memujuk seorang GRO wanita ke dalam bilik hotel sebelum memaksanya berbogel, merompak dan menyerangnya menggunakan pisau, kononnya untuk ‘membersihkan wanita itu daripada dosa.’
Akhbar Liberty Times melaporkan, penganggur berusia 42 tahun itu memberitahu polis, ketika berdoa tiga tahun lalu dia mendengar Tuhan menyuruhnya ‘membersihkan dosa seorang pelacur menggunakan darah.’
Dia terus membeli pisau di pasar raya tempatan dengan harga lebih 200 NTD (RM25) tetapi tidak melaksanakan ‘perintah’ itu sehingga baru-baru ini.
Lelaki dikenali sebagai Shi itu cuba melarikan diri selepas kakitangan hotel yang mendengar jeritan mangsa bergegas membantunya.
Shi yang memberitahu polis dia utusan Tuhan mempunyai rekod sakit mental.
Ketika disoalsiasat, dia berkata fikirannya tidak terganggu, menyebabkan pihak berkuasa mendakwanya atas tuduhan merompak sebelum mencadangkan pendakwa menghantarnya untuk pemeriksaan kesihatan.
Kejadian berlaku bulan lalu di daerah Wanhua, New Taipei City. Bagaimanapun, rakaman kejadian hanya tersebar baru-baru ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Dai terselamat dalam kejadian itu. - Agensi
 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71743#sthash.7GNf56ou.dpuf

Thursday 20 August 2015

Pihak berkuasa AS lulus ‘Viagra’ untuk wanita

Washington: Ubat perangsang untuk merawat nafsu seks rendah wanita akhirnya mendapat kelulusan daripada pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Kelulusan itu bagaimanapun disertakan dengan amaran mengenai kemungkinan ubat itu akan menyebabkan tekanan darah rendah dan pengsan apabila diambil bersama alkohol.
Selain itu, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat berkata, ubat perangsang pertama diluluskan di bawah jenama Addyi itu hanya boleh dijual di pusat penjagaan kesihatan dan farmasi yang diluluskan kerana isu keselamatan.
FDA sebelum ini menolak dua kali ubat itu, flibanserin, yang dihasilkan oleh syarikat Sprout Pharmaceuticals.
Keputusan terbaru itu dibuat selepas panel penasihat merumuskan pada Jun lalu bahawa ia boleh diluluskan dengan disertakan syarat ketat bagi memastikan pesakit menyedari risiko pengambilannya.
Walaupun ubat ini digelar sebagai ‘Viagra wanita,’ ia tidak mempunyai fungsi yang sama seperti pil Viagra keluaran syarikat Pfizer Inc pada 1998 yang menjadi ubat pertama diluluskan untuk merawat penyakit mati pucuk.
Flibanserin perlu diambil setiap hari. Bezanya dengan Viagra, yang melancarkan pengaliran darah ke alat kelamin, flibanserin berfungsi merangsang otak.
Ia direka untuk wanita di ambang putus haid yang mengalami tekanan akibat kurang nafsu seks. - Reuters

Arak kepala keliling kampung

Lucknow (India): Dua lelaki di utara India memenggal adik perempuan mereka yang masih remaja dan mengarak kepalanya di seluruh kampung kerana tidak merestui hubungannya dengan seorang sepupu.
Lebih 10 orang penduduk kampung menyaksikan Phool Jehan, 17, diheret keluar dari rumahnya, dibelasah dan dipenggal kedua-dua abangnya lewat kelmarin, tetapi tidak menghubungi pihak berkuasa, kata pegawai polis Rajesh Singh.
Sebaliknya kejadian itu dilaporkan seorang pengawal keselamatan tempatan.
Polis masih memburu kedua-dua lelaki itu - Nanhe dan Gul Hasan - yang tidak diketahui usia mereka. Sepupu terbabit ditahan untuk disoal siasat.
Nanhe dan Gul Hasan membiarkan mayat adik mereka di tengah jalan sebaik memenggalnya dan mengarak kepala mangsa di sekitar kampung sambil menjerit mereka tidak merestui hubungan percintaan mangsa dengan sepupu mereka. .
Pembunuhan kerana maruah kerap berlaku di India, namun kejadian seganas ini jarang terjadi.
Semakin India moden, semakin rakyatnya berdepan kemelut sosial seperti golongan muda yang mempertikaikan amalan lazim dalam masyarakat.
Berikutan itu, golongan berkenaan kerap menerima padah yang ada kalanya ganas, terutama di kawasan terpencil.
India dianggap antara negara paling berbahaya untuk wanita memandangkan kejadian seperti pembunuhan bayi perempuan dan perkahwinan kanak-kanak masih diamalkan.
-Metro

Wednesday 19 August 2015

Oleh wanita, untuk wanita

Umoja: Kampung di Kenya ini menjadi zon larangan lelaki sejak 25 tahun lalu kerana beberapa sebab.
Penduduknya adalah mangsa kekejaman lelaki, termasuk rogol, dikahwinkan secara paksa ketika kanak-kanak dan mangsa keganasan rumah tangga.
Bagaimanapun, sejak 1990, penempatan yang terletak berhampiran Samburu ini dijadikan tempat perlindungan dan sehingga ini masih beroperasi dengan penduduknya kini terdiri daripada 247 wanita dan kanak-kanak.
Seita Lengima, tokoh kanan di pusat perlindungan yang diasaskan oleh 15 wanita yang mendakwa terselamat selepas diperkosa tentera, menegaskan pentingnya kampung itu ketika ia meraikan ulang tahun pembukaannya yang ke-25 baru-baru ini.
“Di luar sana, wanita dikawal oleh lelaki. Mereka tidak menikmati perubahan. Wanita di Umoja mempunyai kebebasan,” kata Seita.
Menurutnya, kebebasan itu membolehkan mereka hidup berdikari dengan penduduknya terbabit dalam perniagaan, termasuk menguruskan sebuah kawasan perkhemahan pelancong berhampiran.
Bagaimanapun, Umoja bukan antilelaki sepenuhnya.
Kampung itu membenarkan pelawat lelaki berkunjung, tetapi mereka tidak boleh menetap terlalu lama.
Antara 15 wanita yang mengasaskan perkampungan itu ialah mangsa pemerkosaan tentera Britain, Rebecca Lolosoli.
Rebecca, dalam kenyataannya kepada wartawan berkata, bukan senang untuk mempertahankan kampung itu kerana ia sentiasa diancam kumpulan lelaki tempatan yang tidak gembira dengan kewujudan kampung itu.
-Metro

Tuesday 18 August 2015

Masak, makan otak

Beijing: Seorang bekas tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua didakwa membantu mengambil otak daripada tahanan China yang masih hidup untuk sarjannya yang percaya memakan organ berkenaan mampu mengubati penyakit kelamin dihidapnya, menurut pengakuan disiarkan Pentadbiran Arkib Kebangsaan China, semalam.

Pengakuan Korporal Takashi Mikami yang ditugaskan di wilayah Shandong di timur China dari 1942 hingga Ogos 1945 antara 31 pengakuan yang ditulis penjenayah perang Jepun yang disiarkan di Internet pada ulang tahun ke-70 tamat perang berkenaan.

Dalam pengakuan bertarikh 1 Ogos 1954 itu, Mikami turut mengaku membunuh orang awam dan merogol puluhan wanita.

“Ketika ditugaskan di Linqing, Sarjan Getsuji kerap mengarahkan anggota mengambil otak daripada orang yang masih hidup. Pada 1942 saya meminta Lans Korporal Yokokura mendapatkan beberapa otak untuknya.
 
“Yokokura membawa otak petani China. Saya memasaknya, menyimpannya dalam periuk dan menyerahkan kepada Sarjan Getsuji sebagai ubat untuk penyakit kelaminnya,” katanya.
Selain itu, Mikami mengaku menyeksa dua petani China ketika menyoal siasat mereka di Guantao pada Ogos 1942.

“Apabila mereka enggan bercakap, saya dan lima yang lain diarahkan membunuhnya dengan menikamnya di dada sebelum menanamnya,” kata pengakuan itu.

Selain itu, Mikami menceritakan serangan di sebuah kampung yang mengakibatkan kematian 370 askar dan penduduk serta mengaku merogol sekurang-kurangnya lapan wanita Korea di Shandong.

-Agensi/Metro

Monday 17 August 2015

Lelaki jadi kambing tiga hari

LONDON – Seorang lelaki di Britain sanggup menggunakan kaki palsu untuk bergerak seperti seekor kambing kerana mahu menyelami kehidupan haiwan berkaki empat itu.

Thomas Thwaites menjadi seperti seekor kambing selama tiga hari di kawasan pergunungan Alps di Switzerland baru -baru ini.

Thwaites sanggup berbuat demikian kerana dia menjalankan penyelidikan mengenai corak kehidupan haiwan berkenaan.

Lebih menarik, Thwaites turut memasang perut palsu supaya dia boleh meragut rumput seperti kambing sebenar.

“Saya berasa bimbang kerana kawasan itu bergunung-ganang, namun saya berjaya menjadi seekor kambing dan berpeluang menyaksikan kehidupan haiwan berkenaan,” katanya.

Menurut Thwaites, dia menyelami proses migrasi haiwan itu ke sebuah lereng di pergunungan Alps dalam perjalanan sejauh 1 kilometer dan mengambil masa sejam. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3j2XIQmFd

Friday 14 August 2015

[UNIK] Wanita Tanpa Lubang Hidung

Bolehkah bernafas ikut
mulut sahaja? Sanggupkah anda bernafas hanya dengan menggunakan mulut sepanjang
hayat? Bagaimana sekiranya anda terkena selsema dan anda pula tiada lubang
hidung? Sudah tentu amat menyeksakan. Tidak ada manusia yang sanggup dalam
keadaan begitu kecuali sememangnya kita lahir tanpa lubang hidung.









Tetapi inilah yang terpaksa
dihadapi oleh wanita suku India dari kaum Apatani. Terletak di dataran tinggi
India, Apatani atau Tani, yang merupakan kelompok suku memiliki seramai 60 ribu
orang.

Soalnya, bagaimana mereka melakukannya?





Penyumbat berwarna
hitam yang diperbuat daripada buluh lazimnya akan dipotong mengikut ukuran
lubang hidung. Kemudian, penyumbat tadi disumbat ke dalam rongga hidung sehingga
tertutup kemas. Penyumbat hidung ini biasanya akan diganti setahun sekali hingga
saiz lubang hidung membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau
bersamaan panjang ibu jari.





Kemudian wajah mereka akan
ditatu dari dahi hingga ke dagu supaya kelihatan hodoh dan menakutkan. Mengapa
kaum wanitanya diperlakukan sebegitu rupa? Ia berkaitan sejarah kaum ini suatu
ketika dahulu, yang selalu berperang dan anak-anak gadis suku Apatani selalu
diculik dan dirogol kerana kecantikannya.

Maka dengan menyumbat lubang
hidung dan meletak tatu di dahi dan dagu, anak-anak gadis mereka akan kelihatan
menakutkan dan tidak lagi diculik dan dirogol oleh suku kaum Nishi yang
bermusuhan dengan suku kaum Aptani.

Bagaimana mereka menilai kecantikan
anak gadis tersebut? Berkenankah anda dengan wanita berwajah sebegini? Sudah
pasti lelaki Malaysia lari dahulu kan? Sungguh seksa kaum wanita mereka. -
CARI Infonet


Sumber

Thursday 13 August 2015

Bunuh, campak bayi luar nikah ke laut

Sharjah: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah yang didakwa membunuh bayinya berusia enam minggu sebelum mencampakkanya ke dalam laut.

Polis menemui mayat bayi itu di dalam kotak yang diikat batu-bata oleh wanita terbabit dan rakannya di kawasan pantai di sini, minggu lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, polis berjaya mengenal pasti identiti wanita itu sebelum dia ditangkap di Ajman.

Dia mengaku membunuh anak lelakinya dengan bantuan seorang rakan selepas hamil hasil hubungan luar nikah dengan teman lelakinya, juga warga Habsyah.

Lelaki itu kemudiannya ditangkap di Dubai.

Wanita itu juga didapati melanggar undang-undang imigresen dan buruh apabila melarikan diri daripada majikan sebelumnya untuk bekerja di tempat lain.

Akhbar Emarat Al Youm melaporkan: “Dia mengaku membunuh bayinya dengan bantuan rakannya. Mereka menyumbat bayi itu di dalam kotak sebelum mengikat batu-bata untuk menenggelamakannya.”

Menurut laporan itu, teman lelaki wanita terbabit mengaku menjalinkan hubungan sulit dengannya, tetapi menafikan terlibat membunuh bayi itu. - Agensi/Metro

Wednesday 12 August 2015

Datuk bandar paksa pelajar Islam makan daging babi

DIJON – Sebuah mahkamah di Perancis akan memutuskan pada minggu ini berhubung keputusan seorang datuk bandar berhaluan kanan yang mahu pelajar Islam dan Yahudi diberi makan daging babi di sekolah, kata peguamnya.

Datuk Bandar Gilles Platret mengumumkan pada Mac lalu bahawa pelajar di bandarnya, Chalon-sur-Saone, dekat Dijon, timur Perancis sebelum ini boleh memilih hidangan bebas babi semasa makan tengah hari namun mereka tidak lagi diberi pilihan mulai musim persekolahan baharu pada September depan.

Keputusan itu mencetuskan kontroversi di seluruh negara termasuk dalam kalangan anggota partinya, Parti Republikan pimpinan bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Menteri Pendidikan Najat Vallaud-Belkacem menuduh Platret menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa permainan politiknya.

Satu aduan di mahkamah berhubung isu tersebut telah difailkan oleh sebuah pertubuhan Islam tempatan, Liga Pelindungan Kehakiman Islam.

“Kanak-kanak Islam akan mengalami trauma jika da­ging babi dihidangkan dan mereka perlu memakannya selepas diberitahu sejak dari kecil lagi bahawa babi haram dimakan,” kata peguam pertubuhan itu, Karim Achoui.

Perancis mempunyai po­pulasi penduduk Islam terbesar di Eropah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3iZ0tF41d
 

Lelaki gali semula kubur untuk perkosa mayat

Moscow: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap selepas disyaki merosakkan kubur dan memperkosa mayat seorang wanita yang baru dikebumikan. Menurut laporan yang memetik sumber polis Monchegorsk, Murmansk, wilayah di utara Russia, lelaki itu menggali semula kubur seorang wanita berusia 39 tahun, membuka keranda dan memperkosa mayatnya. Polis tidak mendedahkan nama lelaki itu.

Bagaimanapun, dia dikatakan berasal dari Arkhangelsk, wilayah bersebelahan. Lelaki itu kini menghadapi tuduhan jenayah dan berdepan hukuman penjara tiga bulan atau denda RM2,400 jika didapati bersalah. Ia kes kedua membabitkan serangan seksual terhadap mayat wanita di utara Russia tahun ini.

Kejadian pertama berlaku di Republik Komi apabila dua lelaki memperkosa mayat seorang wanita muda, Februari lalu. Kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan kini menjalani hukuman penjara. Monchegorsk ialah bandar perlombongan tembaga dan mempunyai penduduk seramai 45,000 orang.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69806#sthash.P5XPzxgp.dpuf

Tuesday 11 August 2015

Nama saya Abcdefg

Bogota: Seorang guru wanita di sini mengambil masa dua tahun ‘berjuang’ untuk menukar namanya kepada Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz. Guru berusia 36 tahun itu gemar menukar namanya beberapa kali dengan alasan mahu memaparkan dirinya mengikut keadaan emosi.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menukar nama kepada kesemua 26 abjad berkenaan menjadi cabaran paling besar dihadapinya.

Wanita itu yang sebelum ini dikenali sebagai Ladyzunga Cyborg, akhirnya diberi kebenaran menukar namanya walaupun pegawai pendaftaran pada mulanya menolak permohonan berkenaan.

Kata guru itu, dia suka menukar nama dan akan mencari nama yang sukar disebut.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31946#sthash.BZC7Ly3f.dpuf

Objek plastik dalam dubur

Beijing: Seorang lelaki di Guangzhou menimbulkan tanda tanya apabila silinder plastik sepanjang 25 sentimeter ditemui dalam duburnya.

Lelaki itu dikenali sebagai Cai enggan menjelaskan bagaimana kejadian berlaku selepas menjalani pembedahan kompleks bagi mengeluarkan objek berkenaan.

Malah, kedudukan objek itu begitu jauh ke dalam badannya menyebabkan polis terpaksa mengeluarkannya dengan membedah menerusi abdomennya.

Objek berbentuk seperti lampu suluh itu dengan diameter dua sentimeter dikeluarkan selepas pembedahan selama dua jam.

Doktor yang merawatnya, Sun Feng berkata: “Dia dalam keadaan stabil dan akan dipantau untuk dua hari bagi memastikan tiada pendarahan usus.

“Sepanjang 10 tahun menjadi doktor ini kali kedua saya melihat kes seperti ini. Pengalaman sebelum ini membabitkan seorang chef yang mempunyai timun besar di dalam duburnya.”

Keluarga mangsa mendakwa objek itu dirodok dalam punggung Cai ketika pergaduhan di sebuah bar karaoke. Cai sendiri bagaimanapun masih memilih berdiam diri. - Agensi/Metro

Monday 10 August 2015

Banduan terlampau

Malang, Indonesia: Satu pergaduhan tercetus di sebuah penjara di sini kelmarin dipercayai berpunca daripada tindakan seorang tahanan membawa isterinya masuk ke bilik mandi. Seorang pegawai penjara, Soekarto berkata, kejadian berlaku ketika sembilan banduan yang dipenjara kerana terbabit dalam aktiviti keganasan menerima kunjungan ahli keluarga mereka.

Katanya, seorang banduan yang dikenali sebagai William Maksum membawa isterinya masuk ke kamar mandi ketika waktu melawat hampir tamat.“Seorang petugas yang menyedari perkara itu mengetuk pintu bilik mandi dan meminta semua banduan kembali ke bilik penjara masing-masing.“Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan kemarahan Maksum sebelum lelaki itu dan lapan rakannya memukul petugas berkenaan,” katanya.

Ujarnya, beberapa petugas penjara kemudiannya meleraikan pergaduhan itu dan mengiringi semua banduan kembali ke bilik.“Ketika diiringi beberapa banduan lain yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu bertindak membaling Maksum dan rakannya dengan pelbagai objek.“Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila Maksum dan rakannya membalas dengan membaling objek kepada banduan lain,” jelasnya.

Tambahnya, akibat kekecohan itu, pihak penjara mengambil keputusan untuk segera memindahkan sembilan banduan berkenaan. Menurutnya, semua banduan itu dipindahkan ke lima pusat tahanan yang terdapat di Jawa Timur semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69460#sthash.mtowenaM.dpuf

Lapah bangkai kambing untuk dijadikan kebab

Jeddah: Seorang pekerja ditahan polis selepas didapati sedang melapah bangkai kambing untuk dijual sebagai kebab di sebuah restoran di sini. Tindakan pekerja restoran itu disedari beberapa pegawai perbandaran yang sedang membuat rondaan berhampiran premis berkenaan baru-baru ini.

Pegawai itu dilaporkan curiga apabila terlihat lelaki berkenaan sedang melapah sesuatu di satu kawasan tersorok di belakang restoran. Selepas diteliti, pekerja itu dilihat mengeluarkan bangkai kambing dan mula membuang kulit dan memotong daging haiwan itu.

Pegawai berkenaan mendapati pekerja itu melapah tiga bangkai kambing sebelum bertindak menangkapnya. Ketika disiasat, pekerja itu mengaku daging itu digunakan untuk membuat daging kebab yang dijual di restoran berkenaan.

Ujarnya, dia diarah majikannya untuk mengambil bangkai kambing yang dibuang oleh penternak untuk dijadikan hidangan.

Selepas mendengar penjelasan itu, pegawai berkenaan terus menghubungi polis untuk menangkap pekerja terbabit.

Pihak berkuasa bandar ini kemudiannya mengambil tindakan tegas dengan menutup restoran berkenaan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69462#sthash.IaGXf29R.dpuf

Friday 7 August 2015

Wanita tidak sedar kandungkan janin selama 60 tahun

LA BOCA, Chile – Doktor yang merawat seorang wanita tua berusia 91 tahun di sini mendapati warga emas itu sebenarnya hamil sejak lebih 60 tahun lalu.

Pegawai perubatan yang merawat Estela Meléndez menemui janin itu selepas melakukan imbasan X-ray ke atas abdomen wanita berkenaan.

Doktor sebelum itu memberitahu Meléndez bahawa dia memerlukan pembedahan kerana terdapat satu ketumbuhan di dalam perutnya.

Para pegawai perubatan bagaimanapun terkejut apabila mendapati ketumbuhan itu sebenarnya janin yang telah berada di rahim wanita itu selama lebih enam dekad.

“Sepanjang berkahwin saya tidak dikurniakan anak sehingga membuatkan kami hidup merana,” kata Meléndez.

Suami Mel̩ndez meninggal dunia pada Januari lepas pada usia 91 tahun. Doktor pada awalnya merancang untuk membuang janin tersebut tetapi menyatakan operasi pembedahan melibatkan seorang wanita 91 tahun adalah lebih berisiko berbanding membiarkannya di dalam kandungan. РAgensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3i5pq4U3Q

Wednesday 5 August 2015

Kepala bayi tersangkut dalam lubang tandas selepas dilahirkan

BEIJING – Seorang bayi terselamat meskipun ditemui dalam keadaan kepala tersangkut pada lubang tandas selepas dilahirkan oleh ibunya dalam satu kejadian di sebuah tandas awam di sini baru-baru ini.

Bayi malang itu ditemui selepas orang ramai yang mendengar suara tangisan di dalam tandas berkenaan bertindak menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik di internet menunjukkan seorang anggota polis mengangkat bayi tersebut dari lubang tandas sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Polis kini berusaha mengesan bapa dan ibu bayi tersebut yang dipercayai melahirkan anaknya di dalam tandas sebelum meninggalkan bayi berkenaan.

“Bayi itu telah dibawa ke hospital berdekatan di Beijing dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata seorang jurucakap polis. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3huGnV9va

Pesta wang di lebuh raya

SINGAPURA 4 Ogos – Pengguna Lebuh Raya Bukit Timah (BKE) semalam ‘dihidangkan’ dengan pemandangan luar biasa apabila ada antara pemandu memberhentikan kereta bagi mengutip duit kertas bernilai S$50 (RM139.73) yang bertaburan di atas jalan raya.

Malah, insiden yang berlaku kira-kira pukul 6.20 petang semalam berhampiran Lebuh Raya Seletar (SLE) ke BKE, sempat dirakamkan dalam satu video yang dimuatnaik ke YouTube. The Straits Times yang memetik video itu melaporkan, rakaman berkenaan dimuatnaik Komuniti Pemandu Tidak Berhemah Singapura yang menunjukkan kepingan kertas bertaburan di jalan raya sambil beberapa orang dilihat mengutipnya.

Kenderaan yang lalu-lalang dilihat terpaksa memperlahankan kereta bagi mengelak terlanggar pengguna jalan raya yang berhenti. Seorang pembantu pentadbir bernama Annie memberitahu akhbar berbahasa Cina Singapura, Lianhe Wanbao, bas dua tingkat dinaikinya turut diminta berhenti supaya orang ramai boleh mengutip wang berkenaan. Annie menjangkakan, duit kertas yang bertaburan mungkin bernilai sekurang-kurangnya RM10,000.

Seorang ahli perniagaan, Liu pula berkata, dia menyangka orang ramai hanya mengutip kertas biasa sehinggalah dia ternampak kertas itu sebenarnya wang S$50. Bagaimanapun, masih tiada penjelasan bagaimanap wang tersebut boleh berteburan di atas jalan raya.

Mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, individu yang mengutip wang itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atas kesalahan penyalahgunaan harta benda.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pesta-wang-di-lebuh-raya-1.120573#sthash.3X6egNdP.dpuf

Tuesday 4 August 2015

Kisah si pengutip sampah ke pentas popular

SAO PAULO - BRAZIL. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali inilah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan nasib seorang pengutip sampah yang berubah menjadi model iklan kerana kejujurannya.

‎Ana dos Santos Cruz, 23, terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah 10 jam setiap hari di Barrestos, dekat Sao Paulo di selatan Brazil untuk menyara diri dan anak lelaki berusia 3 tahun.

Namun nasibnya berubah selepas menemui sampul surat yang mengandungi sekeping cek di dalam sebuah plastik hitam.

Cek yang bernilai ‎£52,000 (RM198,000) yang ditemuinya itu adalah untuk didermakan kepada Barrestos Cancer Hospital.

Ana kemudiannya bertindak memulangkan semula cek tersebut kepada pengarah hospital berkenaan pada keesokan harinya.

"Saya tidak mahu mengambil cek tersebut kerana ada lagi ramai pesakit yang memerlukan dana tersebut daripada saya", katanya dipetik sebuah stesen TV tempatan.

Tindakannya itu mendorong sebuah pusat membeli-belah untuk menjemput Ana untuk menjadi model dalam kempen publisiti di TV dan papan iklan di bandar itu.

Kemunculannya itu turut mendapat perhatian dan kini dia turut ditawarkan untuk menjadi model di bawah sebuah agensi model tempatan.

"Ini adalah apa yang diimpikan selama ini. Impian menjadi kenyataan," katanya dipetik Mirror.uk

Ana terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah September lalu kerana suaminya dipenjarakan atas kesalahan dadah dan hanya memperoleh pendapatan sekitar ‎£2 (RM8) sehari.

-sinar

Monday 3 August 2015

Maut guna pil kurus lepas dipanggil gemuk

ENGLAND - BRITAIN. Seorang lelaki yang maut April lepas disahkan menggunakan pil kurus dengan berlebihan selepas membelinya secara online.

Laporan Dailystar UK berkata, Christopher Wilcock, 46 mula menggunakan pil kurus yang dikenali sebagai T5 selepas dipanggil gemuk oleh rakan sekerja.

Wilcock kemudian jatuh sakit dan diserang sakit jantung sebelum maut di hospital Royal Blackburn di Lancashire.

Menurut seorang ahli pathologis, Dr Richard Prescott menemui 259mg kafein dalam setiap 100ml darah Wilcock.

Ketika pendengaran kes, sepupu Wilcock, Ben memberitahu mahkamah bahawa Wilcock mula berhenti makan di tempat kerja.

Inkues mengatakan bahawa Wilcock juga mengambil pil yang menaikkan selera makanan.

Koroner merekodkan kematian Wilcock sebagai nasib malang.