Friday 29 May 2015

Isteri curang penggal suami

Las Vegas: Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa. Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.

Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus. Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.

Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.

Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu. Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53907#sthash.0ha4FavV.dpuf

Thursday 28 May 2015

Bayi diikat, dilayan seperti anjing?

BEBERAPA foto yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar laman terkejut, minggu ini.

Menurut Dailystar, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi tersebut menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di laman sosial.

Difahamkan, foto-foto dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya 'lawak'.

Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya.

"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.

Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang teruk'.

"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh, ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.

Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.

-Sinar

Suami eksekutif TV9 terlepas hukuman gantung

SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif syarikat minyak dan gas menangis dan memeluk keluarganya selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi membebaskannya daripada tuduhan membunuh isterinya, tiga tahun lalu.
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Norazman Bashah Ahmad Bashah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Norazman Bashah,34, didakwa membunuh eksekutif pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaafar, 31, di kediaman mereka di No 115, Tingkat 1 Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan 64 eksibit dikemukakan sepanjang perbicaraan bermula pada 16 Oktober tahun lalu.
Norazman diwakili peguam, Muhamad Fadli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan
 
-Sinar

Wednesday 27 May 2015

Nenek Asyani dijel 1 tahun

Situbondo, Indonesia: Seorang nenek berusia 63 tahun histeria selepas dihukum penjara satu tahun dan didenda Rp500 juta (RM140,349) oleh sebuah mahkamah di sini, semalam selepas didapati bersalah mencuri kayu jati. Selepas hukuman dibacakan hakim, Asyani tiba-tiba menjerit dan turut mengecam hakim ketika dibawa keluar dari mahkamah.

“Kalau hakim tidak percaya kepada saya ayuh bersumpah sama saya,” katanya sambil menangis. Barisan hakim yang diketuai Kadek Dedy Arcana berkata, Asyani terbukti secara sah dan meyakinkan telah melanggar undang-undang pencegahan dan pembanterasan kerosakan hutan.

Selepas perbicaraan berakhir Asyani masih enggan berganjak dari tempat duduknya sehingga terpaksa dibawa keluar oleh anggota polis. Keputusan mahkamah itu juga menyebabkan seorang anak Asyani, Mistiana pengsan di depan mahkamah.

Wanita itu didakwa mencuri hasil hutan selepas pihak berkuasa menjumpai 38 kayu jati di kediamannya pada Julai tahun lalu. Bagaimanapun, Asyani mengaku tidak bersalah dan memberitahu bahawa kayu itu diambil dari kebunnya sendiri.

Perbicaraan Asyani mendapat liputan meluas media Indonesia selepas gambar wanita itu melutut di hadapan hakim ketika didakwa mahkamah tersebar di laman sosial. Sebelum hakim membuat keputusan, kawalan keselamatan di mahkamah turut diperketatkan.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk kumpulan pelajar juga berkumpul di luar mahkamah untuk memberi sokongan kepada Asyani.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46022#sthash.CxX9gDPm.dpuf

Tuesday 26 May 2015

Baca al-Quran dengan langgam Jawa

Jakarta: Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Din Syamsuddin berharap isu seorang qari membaca kitab suci al-Quran dengan langgam Jawa tidak mencetuskan kontroversi yang berlebihan. Katanya, membaca al-Quran menggunakan langgam tertentu tidak menjadi kesalahan tetapi kontroversi yang berlebihan boleh memecahbelahkan umat Islam.

“Tiada hadis atau ayat al-Quran yang melarang membaca kitab suci ini menggunakan langgam lain selain langgam Arab.“Al-Quran berbahasa Arab dan turun di negara itu sehingga ia wajar dibaca menggunakan langgam Arab.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu langgam apa yang digunakan Nabi Muhammad SAW dan adakah sama seperti langgam yang digunakan kita ketika ini,” katanya. Menurutnya, apa yang penting ketika membaca al-Quran ialah setiap tajwid dan sebutan huruf mesti betul panjang atau pendeknya.“Jangan sampai langgam ini mengubah makna ayat kerana itu satu kesalahan besar,” tegasnya.

Isu membaca al-Quran dengan langgam Jawa heboh diperkatakan di Indonesia selepas majlis Israk Mikraj di Istana Presiden pada 15 Mei lalu. Dalam majlis berkenaan, seorang qari, Muhammad Yasser Arafat membacakan al-Quran dengan langgam Jawa.

Menteri Agama Lugman Hakim Saifudin mengaku menjemput qari itu membaca al-Quran dalam majlis yang dihadiri Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan duta negara Islam.

Ia mencetuskan kontroversi apabila pakar pengajaran al-Quran, Ahmad Annuri dari Dewan Dakwah Islamiah menuduh kerajaan meliberalisasikan agama Islam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53416#sthash.bWiWDVoL.dpuf

Monday 25 May 2015

Jauhi Tujuh Perkara Boleh Menjadi Isteri Yang Nusy...

Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh



سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم



Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang dirahmati
Allah,



Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan
perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini,
terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri.
Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah
kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan
tempat tinggal.



Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang
wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah
suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum
syarak.



Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang
wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi
perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat
kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah
tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak.



Perintah untuk mentaati
suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Quran, dan juga dalam
hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wasallam. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu
meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya
akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat
at-Tirmidzi)



Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai
kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam
menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia,
nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya.
Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala
sahaja dan tidak pada yang lainnya.



Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan
menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya yang bermaksud : “Apabila
seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa
pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka
masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia
kehendaki.”



(Hadis riwayat ath-Thabarani)



Berdasarkan penjelasan
di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk
menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami.
Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan
perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.



Nusyuz bererti keluar dari
ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah
keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.



Terdapat
tujuh perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz
itu ialah seperti berikut:



Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan
suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi
untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi
nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang
faqih dalam bidang agama.



Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar
rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya
atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak
mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami
mengizinkan isteri.



Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW
apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya
semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak
membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh
kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah
mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.



Kedua : Enggan mengikut suami
berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti
isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.



Ketiga : Tidak
membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan
menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.



Keempat : Tidak
menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran
seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang
menasabah.



Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk
dengan keperluannya.



Keenam : Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya
sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.



Ketujuh : Isteri merahsiakan
perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, talipon dan hantar pesanan
ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib
suaminya.



Sahabat yang dimuliakan,



Para fuqaha bersepakat
mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram,
bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia
bertaubat.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila suami memanggil
isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya),
malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis riwayat
al-Bukhari)



Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan
qasm iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari seorang
isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada isterinya akan
gugur.



Islam telah menggariskan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh
suami dalam menangani dan menghadapi masalah nusyuz isteri ini:



1. Ketika
nampak tanda-tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri
bermasam muka atau berpaling padahal kebiasaannya dia menampakkan muka yang
manis kepada suaminya atau dengan percakapan seperti isteri menjawab suaminya
dengan suara yang kasar padahal kebiasaannya dia bercakap dengan lemah lembut
kepadanya, maka sunat ke atas suami memberi nasihat. Ini adalah sebagaimana
firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang kamu
bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.” (Surah
an-Nisa: 34)



Antara cara menasihati isteri yang ditakuti berlaku nusyuz
sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama:



- Menasihati isterinya dengan
berkata kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah pada perkara-perkara hak-hak yang
wajib untukku ke atasmu dan beringat-ingatlah akan akibat jika engkau tidak
melaksanakannya.”



-Menjelaskan kepada isteri bahawa nusyuz boleh
mengugurkan (hak) nafkah dari suami dan hak giliran bermalam di rumah isteri
bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri.



- Menyebut hadis
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
radhiallahu ‘anhu sebagaimana yang disebutkan di atas mengenai isteri yang
nusyuz.“Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak
untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk)
waktu pagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)



- Adalah sunat juga bagi suami
berbuat baik kepada isterinya itu dan mengambil hatinya dengan memberinya
sesuatu.



2. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil
tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk
mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur
bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara
berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan
nusyuznya.



Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan,
maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika
mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri
akan kembali taat kepadanya.



Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala maksudnya :
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah
kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah)
mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka
(dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”



(Surah an-Nisa:
34)



Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga
memberi garispanduan tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan
mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan
keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah
cedera.



Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu
supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih
baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.



Para
isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain
dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan
suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang
meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai
nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku
nusyuz terhadap suaminya.



Isteri juga diperintahkan untuk menjaga
kehormatan dirinya dan harta suami ketika ketiadaan suaminya kerana yang
sedemikian itu adalah perilaku seorang isteri solehah sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wa Ta‘ala maksudnya : “Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah
yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika ( suaminya) tidak ada, kerana
Allah telah menjaga (mereka) ”(Surah an-Nisa: 34)



Sesungguhnya ganjaran
Allah Subhanahu Wa Ta‘ala terhadap isteri yang solehah dan diredhai oleh
suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu
‘anha yang bermaksud : “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha
kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi
)



Sebagai seorang isteri, rebutlah peluang mudah untuk memasuki syurga
iaitu dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta‘ala dan
RasulNya serta dengan mentaati suami.



Sahabat yang dikasihi,



Para
isteri wajiblah mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri di belakang
suaminya. Berdosa besar apabila seorang isteri menderhaki suaminya, begitu juga
haram seorang wanita yang telah bersuami bercinta dengan lelaki lain melalui
facebook atau talipon bimbit. Jauhkan diri kalian daripada menjadi isteri nusuz
kerana isteri nusuz tidak akan mencium bau syurga, jika kalian mati tidak
mendapat redha suami kalian tidak akan mendapat redha Allah SWT, kerana redha
Allah SWT bergantung kepada redha suami kalian.



Tetapi sekiranya kalian
memiliki suami yang bengis (sering memukul isteri tanpa kesalahan besar) dan
tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi nafkah maka kalian perlulah
menasihatinya dahulu, jika tidak berkesan maka kalian perlulah mengadu di
pejabat agama untuk mendapat pembelaan dan jika perlu menuntut fasakh atau tebus
talak. Jika kalain tercedera sila buat pemereksaan doktor kerana lapuran
perubatan sebagai bahan bukti apabila berlaku perbicaraan dimahkamah syariah
nanti dalam kes tuntutan fasakh.



Setiap suami perlulah mendidik isterinya
supaya dia menjadi isteri yang solehah, pastikan isteri menutup aurat dan diberi
didikan agama yang mencukupi kerana tanggunhjawab tarbiah adalah tanggungjawab
suami. Jika suami biarkan isterinya keluar rumah dengan mendedahkan aurat atau
suami tidak prihatin isterinya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya
dikhuatiri suami akan menjadi suami yang dayus sesungguhnya suami yang dayus
tidak akan mencium bau syurga.








Sunber :di sini

Friday 22 May 2015

Kenapa Baca Al-Quran Walaupun Tak Faham Maknanya ?

Petikan ini dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk: Why read the Qur’an when we do not understand arabic?

Saya copy terus agar tidak salah penggunaan bahasa saya yang takut membawa kepada makna yang lain.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just aganot trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”
“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

-

Isi perut ibu muda hampir terburai

TEXAS 21 Mei - Seorang ibu muda berdepan detik cemas apabila bekas jahitan pada perutnya selepas bersalin melalui pembedahan, terbuka menyebabkan tali perut dan ususnya hampir terburai. Kejadian itu berlaku ketika dia berada di rumahnya, di Liphook, Hamsphire, baru-baru ini.

Menurut laman web mirror.com, kesakitan yang ditanggung ibu muda itu, Sam Bell, tidak terhenti di situ sahaja, apabila dia terpaksa pula menunggu selama 40 minit sebelum ambulans tiba untuk membawanya ke hospital.

Tiga hari sebelum itu, ibu muda berusia 28 tahun itu dibenarkan keluar dari hospital selepas bersalin melalui pembedahan Caeserian di Hospital St. Hellier. Beberapa hari kemudian, dia didatangi seorang bidan yang mahu membuka bekas jahitan pembedahan tersebut.

Katanya, ketika mahu membuka jahitan itu, dia merasakan ada sesuatu yang melekat pada perutnya. “Ketika itu saya merasakan kesakitan seperti ada sesuatu yang tersekat pada bahagian perut saya, menyebabkan saya membuka seluar yang saya pakai. “Saya terkejut melihat jahitan kesan pembedahan di perut saya sudah terbuka menyebabkan isi perut dan usus saya hampir terkeluar,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Dia kemudian terus menahan bahagian perut sambil menjerit memanggil suami dan bidan untuk meminta bantuan dan mereka terkejut melihat kejadian itu. Bell kini berada dalam keadaan sihat selepas diberi rawatan dan sudah dibenarkan keluar hospital serta menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/isi-perut-ibu-muda-hampir-terburai-1.94331#sthash.mC1MyX3j.dpuf

Thursday 21 May 2015

Gajah ‘rakam’ gambar selfie

BANGKOK 20 Mei – Seekor gajah mencetuskan fenomena apabila imejnya ‘merakam’ gambar selfie menggunakan belalai ketika diberi makan oleh seorang pelancong, tersebar di Internet.

Pelancong dari Kanada itu, Christian LeBlanc memberitahu akhbar Daily Mail, ketika itu dia sedang memberi makan haiwan berkenaan di sebuah pusat perlindungan gajah di Koh Phangan, wilayah Surat Thani, baru-baru ini. LeBlanc, 22 berkata, gajah itu kemudian terus merampas kamera GoPro miliknya yang telah diletakkan dalam mode ‘timer’ sebelum merakamkan beberapa keping gambar dengan menggunakan belalainya.

 Dia yang merupakan pelajar di Bangkok berkata, selfie itu dirakam ketika dia cuba memberikan pisang kepada gajah tersebut.

 “Saya memberikan gajah tersebut sebiji pisang, tetapi haiwan itu merampas kamera saya. “Saya rasa sangat bertuah kerana dapat merakam detik manis bersama gajah ini. Ini adalah selfie terbaik dalam hidup saya,” katanya.

LeBlance berkata, dia dan teman wanitanya akan ke Filipina dan berharap dapat merakam gambar selfie bersama ikan paus yang merupakan ikan paling besar di dunia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gajah-8216-rakam-8217-gambar-selfie-1.94082#sthash.xqUhw3RG.dpuf

Wednesday 20 May 2015

Pasukan elit iblis di media sosial

Fokus mereka tertumpu merosakkan anak Adam melalui saluran ini 
 
MAT Zain terpaku melihat kehebatan teknologi dan kecekapan gerak kerja yang dimiliki ‘Kementerian Teknologi Maklumat’ iblis di lautan Atlantik. “Ini barangkali pusat kawalan iblis,” getus hati Mat Zain.
 
Lantas dia teringat sebuah hadis yang bermaksud: Sesungguhnya singgahsana (pusat pemerintahan) iblis berada atas laut, maka dia mengutus pasukan tenteranya yang memfitnah (merosakkan) manusia, syaitan yang paling dekat kedudukan dengannya adalah yang paling banyak kejahatannya. (Sahih Muslim)

Kementerian itu pula mempunyai banyak pecahan, terlalu banyak tapi antara yang paling aktif beroperasi 24 jam sehari adalah ‘Jabatan What’s App’, ‘Jabatan Facebook’, ‘Jabatan Twitter’ dan ‘Jabatan Pornografi’.

Pada pintu masuk kementerian tersebut tertulis banyak sasaran kerja tahunan atau KPI. Mat Zain sempat mengingat beberapa sasaran sahaja iaitu; menyalakan api permusuhan, meruntuhkan rumah tangga, melagakan sahabat, menelanjangkan diri, menabur fitnah, mengaibkan orang dan menghanguskan amalan. Sedang asyik Mat Zain meneliti segenap penjuru kementerian itu, tiba-tiba bahunya digoncang kuat oleh satu lembaga hodoh bertanduk yang menjerit padanya: “Hoi! Apa kamu buat di sini?”

Mat Zain tersentak lalu tersedar. Oh! Aku bermimpi rupanya! Peluh jantan membasahi dahinya. Mat Zain berazam untuk memviralkan mimpinya itu di media sosial.

Namun bimbang juga dia bakal ditertawakan kerana sibuk berbicara tentang mimpi. Tambahan pula ‘mimpi tidak sah sebagai hujah dalam agama.’

Kisah mimpi Mat Zain adalah rekaan. Namun di sebaliknya ada metafora untuk renungan bersama. Mengapa? Sejurus iblis dilaknat Allah SWT kerana sombong, dia bersumpah akan melancarkan perang merosakkan manusia daripada segenap penjuru.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku akan benar-benar mendatangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (al-A’raf: 16-17)

Bukan setakat dari empat penjuru, iblis juga akan menyerang dengan segala bala tenteranya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Iblis berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).

Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (al-Isra’: 62-64)

Merosakkan 
anak Adam

Subhanallah! Benar sekali firman Allah SWT ini. Bala tentera iblis sangat ramai, teratur dan sangat ‘semasa.’

Jika keperluan dan obsesi semasa adalah media sosial maka fokus pasukan elit iblis juga tertumpu untuk merosakkan anak Adam melalui lorong ini.
Banyak kali saya mendengar dialog sebegini:
  • “Encik “K” sudah bercerai dengan isterinya. Ia gara-gara sibuk berfacebook kemudian jumpa kekasih lama pada zaman persekolahan. Perang besar dalam rumah tangga mereka akhirnya bercerai. Kesian sekali anak-anak mereka.”
  • “Ustaz! Boleh tak tolong nasihatkan suami saya. Tak kira masa berwhats app dengan wanita asing sehingga ke tengah malam. Bila saya tegur berbagai alasan diberi. Itu pun boleh dikira khalwat jugakan?”
  • “Terkejut saya Ustaz. Sedih pun ada. Gambar ibu saya diubah suai menjadi poster gurauan lucah malam Jumaat.”
  • “Kawan saya menangis tak berhenti. Sudahlah baharu kematian anak dalam kemalangan ngeri. Ramai pula menyebarkan gambar kematian anaknya melalui media sosial. Selamba sahaja disebar atas alasan pengajaran.”
  • Ehh! Tazkirah yang awak kongsi itu adalah hadis palsu. Besar dosanya sebar hadis palsu dengan sedar. Alah! Benda baik, apa salahnya walau palsu.
Kesemua dialog di atas hanya sebahagian dosa media sosial yang memang banyak berlaku. Belum lagi dikira dosa memaki-hamun dengan jari yang menaip dan sebagainya.

Semua dosa itu telah menjadi sebab “anugerah pingat emas perosak manusia” diberikan kepada Pasukan Elit Media Sosial Iblis kerana berjaya merealisasikan akujanji iblis untuk merosakkan umat manusia.

Beringatlah semua, usahlah terjerumus ke dalam perangkap iblis.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembah-Ku; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (Yasin: 60-62)
Perisainya adalah iman dan takwa. Sebelum berbicara, menyebar, berkongsi, bergurau dan sebagainya ingatlah bahawa segala gerak kita di alam realiti dan di alam maya ada “audit dan hisabnya” di akhirat kelak. Ya Allah! Selamatkan kami daripada musibah dosa media sosial.

-Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ
 
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/pasukan-elit-iblis-di-media-sosial-1.93587#sthash.PNBx0PvF.dpuf

Tuesday 19 May 2015

Diikat sepanjang hidup

Shaanxi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menghabiskan sepanjang usianya diikat untuk menghalangnya melarikan diri selepas dia mengalami kecacatan otak sejak berusia lapan bulan.
Menurut laporan media tempatan, si bapa, Yang berkata, anaknya Xiaoyu mengalami demam panas ketika kanak-kanak.

Keadaannya selepas itu bertambah teruk.

Tetapi kerana miskin, Yang dan isterinya hanya merawat Xiaoyu di rumah. Ketika berusia setahun, kanak-kanak itu jatuh katil ketika mengalami sawan. Sejak itu, dia tidak boleh berkomunikasi.
Demi keselamatan Xiaoyu, Yang mengikat anaknya pada tingkap dapur.

Apabila keluar bekerja, dia akan mengikat kanak-kanak itu pada pokok di luar rumah dengan tali sepanjang semeter.

Setiap kali dihampiri jirannya, Xiaoyu hanya akan mengangkat kepalanya untuk melihat sebelum kembali menggumam bersendirian.

“Dia akan melarikan diri jika saya tidak mengikatnya. Saya tidak ada pilihan lain untuk menangani masalah ini,” kata Yang.

-Metro

Monday 18 May 2015

Restoran hidang daging manusia diserbu

ANAMBRA - NIGERIA. Sebuah restoran hotel ditutup selepas didapati menghidangkan daging manusia sebagai sajian kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke restoran terbabit.

Satu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas menerima aduan daripada orang ramai yang mengadu menerima khabar angin bahawa restoran tersebut menghidangkan daging manusia kepada pelanggan mereka.
Lapor portal Metro. co.uk, polis melaporkan menemui keadaan kepala manusia yang dipotong dan disembelih dalam keadaan mengerikan selain turut menjumpai cebisan-cebisan daging manusia yang disimpan di bahagian dapur restoran.
Pihak berkuasa turut menemui sejumlah telefon bimbit dan laras senjata automatik ketika melakukan serbuan ke atas restoran tersebut.
Seorang penduduk tempatan ketika ditemui pemberita berkata, dia sentiasa menyedari aktiviti pelik yang berlaku di restoran terbabit.
“Mereka (pekerja) tidak pernah memakai pakaian yang bersih dan teratur, cara mereka keluar masuk hotel juga agak pelik. Saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di restoran tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, pihak berkuasa menahan 10 pekerja yang didakwa terbabit dengan jenayah tersebut.
 
-Sinar

Friday 15 May 2015

Biodata Rasulullah S.A.W

Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

-Himpunan Tazkirah:

Telefon bimbit 
di dalam perut wanita

AMMAN 14 Mei - Seorang doktor didakwa dengan tidak sengaja tertinggal telefon bimbit di dalam perut seorang wanita selepas membantu wanita itu melahirkan anaknya menerusi pembedahan.

Kejadian itu yang dilaporkan berlaku di sebuah hospital swasta di Amman, Jordan mengundang pelbagai reaksi apabila Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, terpaksa dikejarkan ke bilik pembedahahan sekali lagi selepas laporan X-ray menunjukan ada objek asing di dalam perutnya.

Daily Mail melaporkan Hanan Mahmoud dibenarkan pulang selepas melahirkan bayi perempuan seberat 4.8 kilogram, namun terpaksa dikejarkan semula ke hospital setelah mengalami kesakitan teruk selain perutnya bergegar.

Pakar bedah tersebut yang mengesan telefon bimbit di dalam perut wanita itu kemudian segera melakukan pembedahan untuk mengeluarkan alat komunikasi tersebut.

Kes itu mendapat liputan meluas hinggakan ia dibangkitkan di Parlimen Jordon apabila salah seorang anggota Parlimen, Salim Al Bataynah menggesa Menteri Kesihatan meletak jawatan susulan kecuaian yang memalukan dan mengejutkan itu.

Menteri berkenaan, Hatem Al Azrae dalam jawapannya sebaliknya menyifatkan kes itu sebagai satu rekaan dan tidak berasas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/telefon-bimbit-8232-di-dalam-perut-wanita-1.91856#sthash.TAxHYlAt.dpuf

Thursday 14 May 2015

Bayi ditanam 8 hari masih hidup

BEIJING 13 Mei – Seorang wanita menemui seorang bayi lelaki yang ‘ditanam hidup-hidup’ oleh ibu bapanya di kawasan pergunungan di wilayah Guangxi, selatan China, baru-baru ini dan didapati masih bernyawa.
 
Menurut portal Mail Online, ibu bapa bayi itu ‘menyimpan’ anak mereka itu di kawasan perkuburan di pergunungan itu kerana dia dilahirkan dalam keadaan sumbing, sebelum dikesan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Lu Fenglian selepas mendengar tangisan kuat kanak-kanak itu di kawasan perkuburan tersebut.

Fenglian berkata, dia terdengar tangisan kuat itu ketika melalui kawasan perkuburan untuk mengutip herba bagi dijadikan ubat-ubatan.

Dia kemudian menghubungi polis dan polis kemudian menggali lubang sedalam 0.5 meter di kawasan perkuburan itu ketika hujan dan mengeluarkan seorang bayi yang diletakkan di dalam sebuah kotak sebelum dihantar ke Hospital Tian Dong untuk diberi rawatan.

Polis percaya bayi itu ditanam di situ sejak lapan hari lalu.

Menurut polis, bayi itu masih bernyawa dengan bergantung kepada air hujan yang memasuki kotak tersebut, walaupun kotak itu ditanam di dalam tanah.

Polis berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa bayi itu di Kampung Siping di bandar Ping Ma dan pasangan itu mengaku menanam anak mereka dua hari selepas bayi itu dilahirkan pada 24 April lalu kerana menyangka anaknya telah meninggal dunia.

Tuesday 12 May 2015

MAK…

 

Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari…….pasanganku
Bila sedih, aku cari……mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak
Bila sambut anniversary … Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
 

Kejutan 1,000 imigran

Banda Aceh: Pihak berkuasa Aceh kini bertungkus-lumus menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada hampir 1,000 pendatang Myanmar dan Bangladesh yang terdampar di wilayah itu sejak dua hari lalu.

Pada awal pagi kelmarin, pihak berkuasa menyelamatkan 573 pendatang daripada etnik Rohingya dan Bangladesh selepas bot dinaiki mereka terkandas di wilayah itu.

Semalam, pihak berkuasa menemui sebuah lagi bot yang membawa lebih 400 lagi pendatang hanyut di perairan berkenaan.

Kedatangan pendatang dalam jumlah yang besar berkenaan mengejutkan pihak berkuasa Aceh yang tidak pernah bersedia dengan situasi seperti itu.
Pihak berkuasa kini bertungkus-lumus menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada kumpulan pendatang berkenaan.

Sebahagian mereka juga memerlukan rawatan kerana terlalu lemah dan kekurangan air akibat terlalu lama berada di dalam bot.

“Sebenarnya kami tiada wang untuk membeli makanan dan menyediakan kemudahan kepada pendatang ini.

“Bagaimanapun, kami akan mencari jalan untuk menambah dana kerana ini adalah kecemasan,” kata Pegawai Kebajikan Masyarakat Aceh Utara, Mohd Yani.

Semua pendatang itu dikumpulkan di sebuah pusat sukan dan ramai antara mereka hanya mampu terbaring kerana terlalu lemah.

Keadaan di pusat sukan itu juga sangat menyedihkan kerana ruang yang sempit dan tandas pula tidak mencukupi untuk menampung jumlah pendatang yang ramai.

“Mereka tidur beralaskan kanvas yang kami bentang di atas tanah tanpa bantal dan selimut.

“Kami sangat memerlukan bantuan dan lokasi penempatan yang lebih sesuai,” tambahnya.

Ujarnya, ramai penduduk tempatan membantu dengan memberi makanan dan pakaian kepada kumpulan pendatang berkenaan tetapi ia tidak mencukupi.

-Metro

Monday 11 May 2015

Bayi kembar bongkar curang

Paterson (Amerika Syarikat): Tembelang seorang wanita yang curang akhirnya terbongkar selepas bayi kembar yang dilahirkannya disahkan berlainan bapa.

Perkara itu terbongkar selepas wanita itu yang hanya dikenali sebagai TM cuba mendaftarkan teman lelakinya sebagai bapa kepada bayi kembarnya.

Bagaimanapun, ujian DNA yang dilakukan mendapati kekasihnya itu hanya bapa kepada seorang daripada bayi kembar perempuan berkenaan.

Wanita itu akhirnya mengaku pernah meniduri lelaki lain seminggu selepas dia membuat hubungan seks dengan teman lelakinya.

Selepas perkara itu terbongkar, TM kemudiannya memfailkan satu kes di mahkamah, di sini bagi menuntut lelaki berkenaan membayar wang penjagaan kepada bayi itu.

Hakim di Mahkamah Daerah Passaic, Sohail Mohammad pada minggu lalu memutuskan bahawa kedua-dua lelaki berkenaan perlu membayar wang penjagaan untuk bayi masing-masing.

Kedua-dua lelaki itu perlu membayar AS$28 (RM100) seminggu untuk anak kandung mereka.
Bayi kembar berlainan bapa sangat jarang berlaku dan ia terjadi apabila seorang wanita membuat hubungan seks dengan dua lelaki dalam minggu yang sama.

Keadaan yang dikenali sebagai heteropaternal superfecundation itu berlaku apabila wanita mengeluarkan dua telur pada satu masa dan setiap satunya disenyawakan oleh sperma lelaki berbeza.

Heteropaternal superfecundation adalah perkara biasa pada beberapa spesies haiwan tetapi sangat jarang berlaku pada manusia.

-Metro

Doa perlu berseni

Hak Allah kena diutamakan mengatasi kehendak sendiri

HATI kadang tertanya-tanya: “Mengapakah doaku sukar diluluskan, sedang si fulan itu pula barang dipinta, segera diperoleh. Apa beza aku dan dia? Mulut sama berlidah, jantung sama berhati, tangan sama menadah, tapi doanya seakan `doa kenamaan’ mudah sahaja dimakbulkan.”

Berdoa adalah suatu seni yang wajib diketahui. Seninya merangkumi seni memilih waktu, tempat, cara aturan bahasa dalam berdoa dan sebagainya. Seni doa banyak sekali, namun bicara kali ini akan menyentuh dua sahaja:

1. Memenuhi syarat Tuhan Yang Memakbulkan Doa dan menyakini penerimaan-Nya. Ini seumpama memenuhi syarat pihak yang mahu memberikan bantuan. Isi borangnya, sediakanlah salinan kad pengenalan, salinan sijil dan sebagainya jika mahu permohonan ditimbang. Usah berangan bantuan bakal menjengah pintu rumah jika borang pun tidak diisi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. (al-Baqarah: 186)

2. Mengutamakan hak Allah dalam setiap doa. Allah sudah sangat kaya dan tidak memerlukan ibadah kita sebagai hamba-Nya, namun sikap rendah diri serta tetap meletakkan Allah sebagai keutamaan mampu memacu penerimaan doa. Lihat cara doa beberapa orang Rasul dalam ayat berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada berbagai-bagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (Ibrahim: 37) Utamakan hak Allah Gentar hati Nabi Ibrahim as meninggalkan anak isterinya di lembah kontang tidak berpenghuni Mekah, namun dalam doanya baginda mengutamakan hak Allah iaitu agar solat dan pengagungan Allah sentiasa dilakukan oleh keturunannya.

Doa ini menjadi permohonan dua dalam satu iaitu mengutamakan hak Allah yang lantas menjadi sebab anak isterinya diselamatkan. Indah sekali seni ini. Juga doa Nabi Zakaria memohon anak yang bermaksud: “Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul.

Oleh itu, kurniakanlah daku daripada sisi-Mu seorang anak lelaki.” (Maryam: 5) Walau hasrat utama baginda adalah seorang anak, hak Allah tetap diutamakan. Bimbang sungguh baginda terhakisnya penghayatan agama kaum keluarganya, semakin tidak mengenal Allah SWT. Jika dikurniakan anak pasti akan dididik dengan baik agar mampu menjaga agama Allah pada hati kaum keluarganya. Inilah antara beberapa contoh seni doa para nabi.

Hak Allah diutamakan mengatasi kehendak sendiri. Allah SWT lalu mengkabulkan permohonan mereka. Selepas ini, jika mahu berdoa, susunlah bahasanya agar hak Allah diutamakan. Jika mahu anak cemerlang dalam peperiksaannya, usah hanya berdoa: “Ya Allah, berikan kejayaan cemerlang untuk anakku.”

Sebaliknya sulamilah dengan mengutamakan Allah seperti “Ya Allah berikan kejayaan cemerlang untuk anakku agar dia menjadi hamba-Mu yang bersyukur pada-Mu dan mampu menegakkan agama-Mu di bumi ini.” Jika mahu keselamatan perjalanan ke kampung ketika cuti, sulamilah dengan indah: “Ya Allah berikan keselamatan perjalananku ini kerana aku pulang demi menggembirakan ibu bapaku dan menghubungkan silaturahim yang Engkau sarankan.”

Semoga praktik seni doa ini akan tambah menjadikan kita semua hamba Allah SWT yang sebenar.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/doa-perlu-berseni-1.88039#sthash.f5dQ3gVn.dpuf

Friday 8 May 2015

Air kencing punca buih putih di India

Varthur (India): Fenomena buih putih di sebuah tasik di bandar ini pada minggu lalu dipercayai berpunca daripada air kencing. Selama beberapa hari, buih putih memenuhi sungai yang mengalir ke tasik Varthur yang menjadi punca bekalan air di bandar itu. Buih putih itu terbentuk terlalu banyak sehingga melimpah ke jalan raya.

Pada mulanya pihak berkuasa menyangka buih putih berkenaan terbentuk akibat buangan cecair pencuci ke dalam sungai. Bagaimanapun, kajian mendapati buih itu berpunca daripada sisa buangan manusia termasuk air kencing yang tidak dirawat.

Pada setiap hari lebih 500 juta liter sisa kumbahan yang tidak dirawat dari kediaman penduduk dan kilang dialirkan ke dalam sungai yang bersambung dengan tasik itu.

Pengerusi jawatankuasa kawalan pencemaran Varthur, Dr Vaman Acharya berkata, pencemaran itu bukan sahaja mengeluarkan bau busuk tetapi meningkatkan risiko penyakit. Katanya, kajian mendapati semakin ramai penduduk di sekitar tasik itu dikesan menghidap penyakit berkaitan buah pinggang dan kanser.

“Kami memerlukan masa selama setahun untuk membersihkan tasik ini,” katanya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49399#sthash.efJjY35V.dpuf

Gigit alat sulit

Baltimore: Seorang anggota polis ditahan selepas dia menyerang dan menggigit kemaluan seorang lelaki dalam satu pergaduhan pada Selasa lalu. Michael Flaig dan seorang rakannya ditahan selepas menyerang lelaki berkenaan di belakang sebuah kelab malam di sini.

Lelaki itu memberitahu polis, dia diserang selepas menegur suspek supaya tidak mengganggu seorang rakan wanitanya. Flaig dilaporkan menggigit kemaluan lelaki itu ketika mereka sedang bergelut.

Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada alat sulitnya dan terpaksa dirawat di sebuah hospital di sini. Flaig yang tidak bertugas ketika itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Ketika ditahan masih terdapat kesan darah pada baju yang dipakai Flaig. Seorang jurucakap polis, Timothy J Altomare berkata, Flaig yang kini digantung tugas didakwa atas tuduhan menyerang.

“Tuduhan terhadap anggota polis ini sangat serius dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49397#sthash.jyc58wdd.dpuf

Thursday 7 May 2015

Awwwww : Kemaruk wanita tak ada gigi

Wellington: Seorang lelaki New Zealand yang mempunyai nafsu pelik terhadap wanita yang tidak bergigi didapati bersalah semalam atas tuduhan menyerang dan mencabul kehormatan wanita.

Pendakwa raya menggambarkan kes itu sebagai pelik selepas Philip Lyle Hansen, 56, didakwa mencabut gigi seorang wanita dengan menggunakan playar ketika mengadakan hubungan seks.

Mahkamah di sini mengambil masa selama enam hari bagi pihak pendakwaan mengemukakan bukti mengenai tabiat seksual pelik Hansen dan obsesinya terhadap pergigian. Empat wanita turut memberi keterangan selepas Hansen mengaku tidak bersalah atas 10 tuduhan yang berkait dengan insiden itu sejak 1988 hingga 2011.

Hansen kemudian disabitkan atas lima pertuduhan serangan dan mencabul kehormatan.

Bagaimanapun, juri membebaskannya daripada empat lagi tuduhan termasuk satu tuduhan merogol. Mahkamah memberitahu, lelaki itu yang mempunyai sikap suka mengawal dan menguasai, lebih sukakan wanita tidak bergigi.

Seorang wanita menceritakan bagaimana ketika mereka melakukan hubungan seks, lelaki terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan playar dan cuba mencabut giginya. Tambah wanita itu, Hansen pernah merangkul kepalanya ketika dia sedang tidur dan cuba mencabut giginya. - AFP

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49098#sthash.Jvy8cpJY.dpuf

Tuesday 5 May 2015

'Nak bayar hutang ibu’

Purwokerto, Indonesia: Setiap kali pulang dari sekolah, seorang gadis berusia 11 tahun ini akan menukar pakaiannya sebelum keluar menuju ke satu persimpangan lampu isyarat di bandar ini. Dewi Anggraeni bukannya pergi bermain seperti rakan sebaya yang lain sebaliknya dia menghampiri setiap kereta untuk meminta sedekah.

Walaupun masih kecil, tetapi Dewi terpaksa mencari wang semata-mata untuk membayar hutang arwah ibunya. Kisah malang gadis ini bermula apabila bapanya, Wiyatno meninggal dunia ketika dia kecil sebelum ibunya, Maryati pula meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu akibat penyakit radang paru-paru.

Ketika ibunya sakit, wanita itu meminjam wang berjumlah Rp6 juta (RM1,658) untuk membeli ubat. Bagaimanapun, selepas ibunya meninggal dunia, beban hutang itu kini terpaksa ditanggung oleh Dewi.

Dewi yang kini tinggal bersama jirannya berkata, setiap kali selepas bersekolah, dia akan pergi meminta sedekah bagi melunaskan hutang ibunya itu.“Biasanya saya meminta sedekah dari jam 3 petang hingga jam 8 malam setiap hari.“Saya memperoleh wang Rp70,000 (RM19.35) hasil meminta sedekah tetapi kadangkala kurang daripada itu.“Wang ini saya gunakan untuk membayar hutang ibu,” katanya ketika ditemui wartawan detik news.

Sementara itu, jiran Dewi, Sriwati berkata, gadis itu akan pulang lewat malam sekiranya gagal memperoleh pendapatan lebih Rp70,000.“Dewi memerlukan wang sebanyak itu untuk membayar hutang. Sekiranya gagal dia akan duduk di tepi jalan sambil menangis,” ujarnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/48274#sthash.C67EnkoC.dpuf