Saturday 23 August 2014

Wanita enggan makan 14 tahun ditahan


New Delhi: Polis India semalam menahan semula seorang wanita yang mogok lapar sejak 14 tahun lalu kerana menentang pencabulan hak asasi, dua hari selepas dia dibebaskan atas arahan mahkamah.
Rakaman yang disiarkan televisyen menunjukkan polis mengheret Sharmila yang digelar Wanita Besi Manipur.
“Sekumpulan polis wanita tiba di kawasan tunjuk perasaan sementara dan menangkapnya.
“Mereka berkata, dia ditangkap kerana enggan makan yang menurut pihak berkuasa sama dengan cubaan membunuh diri,” kata aktivis tempatan Janaki Devi.Polis berkata, dia akan dibawa ke hospital penjara di Imphal dan dipaksa makan dengan mengguna saluran getah menerusi hidung.
“Kami tidak boleh biarkan dia mati,” kata seorang pegawai kanan polis yang enggan dikenali.
Sharmila mula mogok lapar pada November 2000 selepas menyaksikan tentera membunuh 10 orang di perhentian bas berhampiran kediamannya di Manipuruj

Tuesday 19 August 2014

Daging budak RM 8.00 sebungkus

Daging budak RM 8.00 sebungkusgn: left;" trbidi="on">
Pekanbaru: Suspek pembunuhan kanak-kanak yang menjadi korban pasangan suami isteri gila seks baru-baru ini mengaku menjual daging mangsa pembunuhan itu ke beberapa warung makan. Menurut suspek terbabit, daging manusia itu tidak dijual melalui skala runcit sebaliknya secara pukal. Ketua Komosi Nasional Perlindingan Kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait berkata, selepas daging itu dilapah daripada tulang ia dimasukkan ke karung plastik dan dijual kepada pemilik kedai makan di sekitar Kota Perawang di Siak. “Suspek mengaku sekarung plastik boleh mencapai harga Rp30,000 (RM8). “Namun pemilik kedai makan itu tidak tahu mereka membeli daging manusia kerana dimaklumkan, ia adalah daging rusa,” katanya. Minggu lalu media melaporkan polis Riau menangkap sepasang suami isteri dan dua kenalan mereka yang menculik sebelum membunuh sehingga tujuh kanak-kanak. Polis mendapati pasangan suami isteri itu mencabul atau meliwat mangsa sebelum dibunuh. Pasangan itu kemudian berasmara sejurus selepas membunuh mangsa. Dua pembantu mereka kemudian memotong badan mangsa sebelum sebahagiannya dibuang, manakala yang lain dijual kepada pemilik kedai makan. Arist berkata, aktiviti menjual daging kanak-kanak itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu. “Jika pemilik warung bertanya mengapa mereka menjual ‘daging rusa’ itu, suspek berdalih kononnya untuk wang membaik pulih motosikal,” katanya. - Agensi

Saturday 16 August 2014

Asri nasihat Anwar atau Khalid bersara politik?


SHAH ALAM - Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin menasihati seorang ‘ahli politik’ daripada pembangkang agar bersara daripada persada politik.

Asri berkata, suasana kelam-kabut serta kucar-kacir yang berlaku di negeri Selangor sekarang berpunca daripadanya kerana ahli politik tersebut dilihat hanya mementingkan kehendaknya sahaja.

“Demi kehendak seseorang, satu negeri jadi kelam-kabut dan hiruk-pikuk.. cukuplah.. berehatlah daripada politik,” tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

Tulisan Asri ini berkemungkinan merujuk kepada orang kuat daripada PKR, yang merencanakan pertukaran jawatan menteri besar Selangor.

Namun, rencana tersebut terhenti di tengah jalan sehingga menyebabkan suasana politik di negeri Selangor kini menjadi kelam-kabut.

Namun oleh kerana Asri tidak menyatakan dengan jelas individu yang dimaksudkan, pengikut beliau tertanya-tanya sama ada beliau menujukan kenyataan itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkembangan terbaru politik di Selangor menyaksikan Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan sebagai menteri besar, namun nasibnya mungkin diputuskan pada 17 Ogos ini menerusi hasil mesyuarat Pas Pusat.

Kata putus daripada Pas itu nanti, berkemungkinan menyaksikan sedikit sebanyak perubahan yang akan berlaku di Selangor.

Sama-sama kita nantikan!

-Sinar

Wednesday 13 August 2014

Berselfie terlampau bawa maut


Cabo da Roca, Portugal: Sepasang suami isteri warga Poland mati selepas leka mengambil selfie menyebabkan mereka terjatuh dari tebing tinggi ke dalam laut, semalam.

Lebih tragik, kejadian itu berlaku di depan anak mereka.

Menurut media, sebelum kejadian pasangan malang itu sibuk merakam gambar sendiri dari pelbagai sudut.

Butiran lanjut mengenai insiden itu belum dapat disahkan, malah bercanggah antara satu sama lain.

Ada saksi berkata, pasangan terbabit meminta anak mereka berusia lima dan enam tahun mengambil gambar berkenaan.

Kanak-kanak terbabit kini diserah kepada diplomat Poland untuk diuruskan.

Sumber berkata pasangan suami isteri itu memang berasal dari Poland, namun menetap di Portugal sejak beberapa tahun lalu.

“Difahamkan, pasangan terbabit mungkin melanggar amaran menghalang pengunjung berada berhampiran tebing,” katanya.

- Agensi/Metro