Friday 31 May 2013

WAJAH GURU BANGSA CINA KATA PELAJAR MELAYU "BABI" ...

Jiwa Paradox: WAJAH GURU BANGSA CINA KATA PELAJAR MELAYU "BABI" ...: KISAH gempar yang berlegar 2-3 hari kebelakangan ini berkenaan seorang guru berbangsa Cina yang mengajar di Sekolah Menengah...

: Pembongkaran Kesemua Aset Mahathir Berjumlah USD 5...

Gelombang Kick: Pembongkaran Kesemua Aset Mahathir Berjumlah USD 5...: Dalam duk membelek dan menganalisis keputusan PRU 13, dimana bandar-bandar utama kecuali Johor Bahru dan Kangar, kesemuanya telah dimenan...

Tanggal seluar, tinggal beg

Belaga: “Bukan saja meninggalkan beg pakaian, saya juga menanggalkan seluar jeans dipakai untuk menyelamatkan diri,” kata Emerita Benggau, 27, seorang daripada mangsa terselamat dalam tragedi bot ekspres karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, Tanjung Giam, Bungan di sini. Dalam kejadian jam 8.30 pagi kelmarin itu, bot ekspres yang dalam perjalanan ke Kapit dan Sibu itu dikatakan mengalami kerosakan selepas kipas enjin terkena sebatang kayu hanyut sebelum terlanggar batu besar menyebabkan bot yang sarat penumpang itu karam. Emerita dari Nanga Sut, Baleh berkata, tiada perkara lain dalam fikiran ketika itu selain mati, namun nekad mahu menyelamatkan diri dan enggan menyerah kalah sebelum berjaya keluar dari bot dan berenang ke tebing. “Walaupun tahu berenang, tetapi hampir lemas kerana tidak bertenaga apatah lagi arus sungai yang deras ketika itu menyukarkan saya berenang. “Malah, sebelum terjun saya terpaksa melupakan beg pakaian dan menanggalkan seluar jeans bagi memudahkan berenang untuk menyelamatkan diri,” katanya ditemui di rumah panjang Uma Tevok, di sini, semalam. Katanya, dia masih trauma dan masih terbayang saat bot itu ditenggelami air sebelum karam serta jeritan penumpang lain yang ketakutan. “Kalau ada pilihan pengangkutan lain seperti jalan darat dan udara, saya tidak teragak-agak menggunakan perkhidmatan itu walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi,” katanya. Berkongsi pengalaman sama, seorang lagi penumpang yang selamat, Along Bit, 42, dari Sungai Pagu, Kapit menyifatkan tragedi itu sebagai peristiwa sedih yang tidak akan dapat dilupakan seumur hidupnya apatah lagi ketika menjelang sambutan Gawai Dayak pada hujung minggu ini. “Kegembiraan meraikan Gawai Dayak bersama keluarga kali ini musnah sama sekali selain wang gaji RM4,000 untuk membeli barang keperluan sambutan perayaan itu turut hilang. “Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dalam nahas itu, namun sedih apabila mengetahui ada mangsa yang mungkin terkorban,” katanya. Dalam pada itu, Along yang bekerja di sebuah kem pembalakan di Belaga itu mengakui, bot ekspres terbabit sarat dengan penumpang yang mahu pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Gawai Dayak. “Kami tiada pilihan kerana terpaksa menggunakan bot ekspres itu untuk pulang ke rumah panjang. Jadual perjalanan perkhidmatan bot ekspres yang terhad menyebabkan ramai penumpang sanggup mengambil risiko duduk di atas bumbung bot kerana tidak mahu menunggu hari esok untuk meneruskan perjalanan,” katanya. Sehingga jam 6 petang semalam, operasi mencari dan menyelamat masih tidak menemui mangsa yang dilaporkan hilang.

Letak anak dalam penyejuk beku untuk hentikan tangisan

Washington: Dalam satu kes penderaan yang mengejutkan, seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku dengan tujuan untuk menghentikan tangisannya. Tyler James Deutsch, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera kanak-kanak, salah laku jenayah dan menghalang laporan mengenai keganasan rumah tangga. Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) ke atasnya. Pendakwa raya Pierce County, Mark Lindquist memberitahu mahkamah, Deutsch tertidur selepas meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku itu Sabtu lalu. Dia terjaga sejam kemudian dan mengeluarkan bayi itu apabila ibu kanak-kanak berkenaan pulang. Dia merampas telefon si ibu yang berusia 22 tahun itu ketika wanita berkenaan cuba menelefon untuk meminta bantuan dari kediaman di Roy, Washington. Wanita itu kemudian membawa kanak-kanak itu dan meminta bantuan jiran untuk menelefon polis. Suhu badan kanak-kanak itu jatuh 84 darjah Fahrenheit di dalam pembeku ais itu. Deutsch akan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. - AP/Metro

Thursday 30 May 2013

Hukuman penjara Khir Toyo kekal

PUTRAJAYA 30 Mei - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo kekal menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap hukuman, sebentar tadi. -UTUSAN

Wednesday 29 May 2013

HOT NEWS !!! DONG ZONG LUPA DARATAN !!! WAJIB BACA...

BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! DONG ZONG LUPA DARATAN !!! WAJIB BACA...: Akhbar Nanyang Siang Pau telah menyiarkan kebimbangan persatuan ekstremis Cina iaitu Dong Zong dengan perlantikan dua menteri Cina di da...

Monday 27 May 2013

- PORTAL BERITA ONLINE: Lesbian Islam Pertama Berkahwin

MALAYSIA INSTINCT - PORTAL BERITA ONLINE: Lesbian Islam Pertama Berkahwin: Pasangan lesbian Pakistan menjadi orang Islam pertama yang mendaftarkan perkahwinannya di Leeds, United Kingdom. Rehana kausar dan...

Parlimen Shah Alam: Marilah Sama-Sama Kita Renungk...

RBF Online: Parlimen Shah Alam: Marilah Sama-Sama Kita Renungk...: Keputusan pilihan raya untuk Parlimen Shah Alam Ahad lepas menyaksikan calon BN, Zulkifli Nordin tewas kepada calon Pas , Khalid Samad...

RBF Online: Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin

RBF Online: Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin: Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terha...

Daeng Selili Politik Perak: Bini Baru UAI Mesti Adil?

Daeng Selili Politik Perak: Bini Baru UAI Mesti Adil?: Aku sedikit terkejut mendengarkan berita perkahwinan UAI yang diGILAi ramai ini, pada aku kejayaan beliau sebagai penceramah tidak disangkal...

Sunday 26 May 2013

Hidup semula selepas 3 dekad

London: Rakan Christine Greenslade terkejut apabila mendapat tahu dia meninggal dunia pada usia baru 34 tahun.
Bagaimanapun, mereka lebih terkejut apabila Christine menghubungi mereka semula untuk menganjurkan pertemuan semula, tiga dekad kemudian.
Hakikatnya, Christine masih hidup dan menyedari sebuah akhbar tempatan tersilap dalam laporannya kerana mendakwa dia meninggal dunia pada 1980.

Ketika itu sebenarnya ibu Christine, Pamela yang meninggal dunia, tetapi ketika dia menguruskan notis kematian untuk disiarkan dalam akhbar, nama mereka tertukar.

FotoGAMBAR zaman remaja ketika Christine (dua dari kanan) bersama rakan sekelasnya, termasuk Viv (dua dari kiri).

Bagaimanapun, Christine tidak menyedari kesilapan itu dan berpindah ke tempat lain selepas kematian Pamela tanpa memaklumkan perkara itu kepada rakannya di Penzance, Cornwall yang berkabung.

Kekeliruan itu hanya terlerai apabila Christine menelefon rakan lamanya di Penzance untuk mengadakan majlis pertemuan semula baru-baru ini.

Kini berusia 66 tahun dan menetap di Perancis, Christine bersiap sedia melawat rakan zaman persekolahannya.

Kata Christine, ketika kali pertama bercakap dengan rakan karibnya, Viv Albright, dia kedengaran sangat aneh.

“Ia bukan reaksi yang saya jangkakan daripada sahabat lama,” katanya semalam.

Sejurus kemudian, Viv menelefon Christine semula untuk meminta maaf dan memberitahu, mereka menyangka dia meninggal dunia pada 1980.

Christine kemudian mengenang semula detik dia membuat tempahan notis kematian di akhbar tiga dekad lalu.

Katanya, seorang lelaki secara khusus meminta nama penuh ibunya, sebelum bertanya namanya sendiri di akhir perbualan.

“Ketika itu nama saya ialah Christine Downing dan ibu pula Pamela Greenslade.

“Ia kelihatan mustahil untuk kedua-dua nama kami tersilap,” katanya.

Keesokan harinya, notis kematian itu memaparkan “Christine Greenslade menghembuskan nafas terakhir, meninggalkan tiga anak dan seorang suami.”

Untuk kali pertama sejak 33 tahun, Christine akan kembali ke kampung halamannya di Penzance minggu depan.

Ibu kepada dua anak itu berkata, amat menyedihkan apabila mengenangkan ‘kematian’ itu diratapi rakan-rakannya bertahun-tahun.

“Tetapi, saya pasti ada banyak cerita untuk dikongsikan bersama mereka,” katanya.

Notis ‘kematian’ Christine itu disiarkan akhbar mingguan tempatan Penzance, The Cornishman, yang diterbitkan sejak 1878. - Daily Mail/Metro

Angin Laut China Selatan: EKSKLUSIF: PHOTO PERSANDINGAN SAIFUL BUKHARI AZLA...

Angin Laut China Selatan: EKSKLUSIF: PHOTO PERSANDINGAN SAIFUL BUKHARI AZLA...: Tepat jam 3.30 petang semalam pasangan Saiful Bukhari Azlan dan pembanca berita Nik Suriani Megat Deraman selamat diijab kabulkan. Maj...

Apple Biru: BREAKING NEWS : Surat Terbuka Buat Red Bean Army

Apple Biru: BREAKING NEWS : Surat Terbuka Buat Red Bean Army: Ekoran penyiaran berita tentang . jahat dalam laman siber,  Utusan Malaysia  turut menerima surat daripada pembaca berketurunan Cina yang ...

Friday 24 May 2013

Budak Sri Kinta: FITNAH PILIHANRAYA ANWAR BOCOR !!!

Budak Sri Kinta: FITNAH PILIHANRAYA ANWAR BOCOR !!!: Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden l...

Thursday 23 May 2013

Ibu tiri dihukum gantung

DEWI NADIA dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Nur Dania Qistina oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Kematian tragis seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera ibu tirinya dua tahun lalu akhirnya terbela apabila wanita warga Indonesia itu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Dewi Nadia Alias, 26, diarah menjalani hukuman itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Samsudin berkata, keterangan tertuduh tidak konsisten ketika dia memilih untuk membela diri secara bersumpah di dalam kandang saksi.

"Keterangannya melompat-lompat dan tidak konsisten," katanya.

Mengikut pertuduhan, Dewi Nadia didakwa membunuh Nur Dania Qistina, 3, di sebuah rumah di Jalan Tengku Mariam, Batu 7 1/2, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini pada pukul 6 pagi 9 Januari 2011.

Sumber :Kosmo

Pathmanabhan, 3 pekerja bersalah bunuh Sosilawati dan tiga yang lain

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes tertuduh.

Selain Pathmanabhan, 44, , tiga yang lain ialah Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, R. Kathavarayan, 32.
Mereka, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. - KOSMO!

Misteri langit

DALAM kesedaran keagamaan umat Islam, langit adalah suci kerana difahamkan sebagai tempat asal turunnya wahyu Tuhan. Kesucian langit juga jelas daripada pemahaman bahawa Allah SWT berada di atas langit.

Dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa Nabi Muhammad SAW membenarkan pendapat seorang wanita tua yang menyatakan bahawa Allah SWT berada di langit, ditambah kisah Mikraj, iaitu perjalanan ke langit ke tujuh untuk bertemu Allah SWT yang bersemayam di atas arasy, iaitu di atas langit (rujuk al-Ra'd:2, al-Sajdah:4, al-Hadid:4)

Pada hari kiamat, langit akan digulung seperti gulungan kertas. Setelah itu, penciptaan langit akan diulang kembali sebagaimana penciptaan pertamanya. (rujuk al-Anbiya':104).

Tujuh lapis

Di dalam al-Quran terdapat ungkapan tujuh (lapis) langit (rujuk al-Baqarah:29; al-Mulk:3; Nuh:15; al-Naba':12). Pendapat para ulama tentang ertinya berbeza-beza. Para ahli ilmu falak klasik mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan tujuh (lapis) langit ialah tujuh planet dan tujuh lapisan yang mengelilingi bumi.

Ada jug berpendapat bahawa kata tujuh itu adalah bilangan sebenarnya. Planet yang kita saksikan ialah bahagian daripada langit pertama dan di atasnya ada enam lapis lagi.

Bintang ialah hiasan langit bagi yang memandangnya (rujuk al-Hijr:16). Di tempat lain dinyatakan bahawa bintang ialah alat pelempar syaitan (rujuk al-Mulk: 5) yang cuba mencuri dengar berita daripada malaikat (rujuk al-Hijr:17-18). Al-Quran juga menggunakan kata langit dengan maksud lapisan udara yang mengelilingi bumi seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan Kami telah menjadikan langit itu sebagai bumbung yang terpelihara. (al-Anbiya': 32)

Hingga kini, langit dan segala isinya masih menjadi misteri dan cabaran besar bagi ilmu pengetahuan. Manusia kemudiannya mencipta teleskop untuk menyelidiki objek di langit.

Singgahsana Allah

Kata arasy banyak disebutkan di dalam al-Quran dan sering dimaksudkan sebagai singgahsana Allah SWT. Singgahsana Allah SWT meliputi langit dan bumi, sebagaimana disebut dalam firman, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy…… (al-Furqan: 59).

Pekara itu juga ada disebut dalam firman: Sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (al-al-Nisa': 131)

Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dialah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Maidah:120)

Al-Sama'

Al-Quran memberikan makna langit (Arab: al-sama') dalam erti kata yang luas. Ada kata Langit yang bermakna arah atas yang berdekatan dengan bumi, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Tidaklah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah SWT mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimat yang baik adalah sebagai pohin yang baik yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabangnya (puncak menjulang) ke langit. (Ibrahim: 24)

Kadang-kadang yang dimaksudkan dengan langit ialah kawasan yang jauh dari bumi, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (lautan) yang banyak faedahnya. (Qaf: 9)

Di tempat lain, kata langit digunakan oleh al-Quran untuk menunjukkan planet lain, iaitu dalam firman Allah yang bermaksud: Kemudian Ia menunjukan kehendak- Nya ke arah (bahan- bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap. (Fussilat: 11)

Sidratulmuntaha

Nabi Muhammad SAW pernah mengunjungi sidratulmuntaha, tempat paling tinggi di atas langit ke tujuh, yang terletak dekat syurga (rujuk al-Najm: 14-15). Disebabkan sidratulmuntaha berada di tempat tertinggi, maka kunjungan itu disifatkan oleh para ahli tafsir sebagai menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah sampai pada kebijaksanaan tertinggi yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Buraq

Dalam peristiwa Mikraj, Nabi Muhammad SAW menaiki kenderaan seperti tangga yang bergerak naik seperti cahaya, iaitu buraq menembusi langit. Baginda ditemani oleh Malaikat Jibrail untuk menghadap Allah SWT dekat pohon sidaratulmuntaha di atas langit ke tujuh, dekat dengan syurga. Allah SWT merperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW sebahagian daripada tanda kebesaran-Nya. (rujuk al-Najm:18)

Perjalanan menembusi langit itu sukar diterima akal, apalagi Nabi Muhammad SAW melakukannya hanya dalam satu malam. Hal tersebut hanya dapat dijelaskan melalui iman bahawa peristiwa seperti itu terjadi semata-mata kerana kehendak Allah SWT.

sumber-Utusan 

Wednesday 22 May 2013

IPOH MALAY: Venus Cheng Gadis Pengganas Cina

IPOH MALAY: Venus Cheng Gadis Pengganas Cina: Hairan bagaimana sundal semuda ini boleh sebiadap ini? Ketahuilah, sejak dahulu, spesis ini telah menjadi gundik komunis di dalam hutan bag...

Azri nafi pemilik blog Papa Gomo

KUALA LUMPUR - Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan kelmarin di Mahkamah Tinggi di sini berkata, alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar seperti mana didakwanya.
Peguam Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun ini untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama/Kosmo

Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London

SEBAHAGIAN rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram di kota London, kelmarin.
- BLOG MEDAN INFO KITA
 
KUALA LUMPUR  - Sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di London didakwa memburukkan nama negara apabila bertindak mengadakan demonstrasi jalanan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di beberapa kawasan di bandar raya berkenaan.

Perkara tersebut didedahkan blogger Blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com) yang mendapat maklumat tentang gerakan jahat, dipercayai diketuai dua individu.

Dakwa blogger tersebut, demonstrasi itu dilakukan tengah hari kelmarin di depan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London.

"Mereka kemudian berarak ke Parliament House dan berakhir di Trafalgar Square. Sepanjang berlangsung perhimpunan haram itu, dua individu berkenaan mengedarkan risalah menghasut serta mempersoalkan mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

"Secara terang-terangan mereka menyatakan sokongan terhadap pembangkang dan mempersoalkan kesahihan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri," jelas blogger tersebut.

Blog MIK mendakwa, berdasarkan maklumat, kehadiran rakyat Malaysia dalam demonstrasi itu ialah sekitar 250 orang yang rata-ratanya berketurunan Cina.

"Apakah hukuman setimpal untuk mereka ini? Gugurkan kerakyatan mereka dan pihak Jabatan Imigresen jangan izinkan mereka kembali ke tanah air.

"Semoga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengenal pasti individu terlibat, lakukan pemeriksaan. Mungkin mereka sudah pun mendapat status penduduk tetap di sana, maka wajarlah digugurkan segera kerakyatan," tegasnya.


Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday 21 May 2013

Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?


A Karim Omar – Puak-puak evangelis Kristian masih ingin menegakkan benang yang basah. Mereka masih berkeras menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah untuk terjemahan istilah God adalah satu keperluan. (Saya telah ulaskan bahawa terjemahan tersebut adalah tersasar dari segi kaedah peristilahan di sini: klik untuk baca).

Niat sebenar puak-puak evangelis berbohong untuk mengguna kalimah Allah bagi terjemahan kepada istilah “God” telahpun didedahkan sendiri oleh majalah mereka Christianity Today yang berpusat di Chicago, Amerika Syarikat. Mereka dengan jelas mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu usaha strategik untuk menipu umat Islam agar terkeliru untuk membaca bahan-bahan bacaan Kristian. (baca di sini: Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?).

Untuk kiriman ini saya ingin dedahkan pula apakah puak-puak evangelis ini benar-benar jujur hendak mengguna nama suci Allah itu. Apakah mereka benar-benar percaya bahawa nama yang sepatutnya untuk Tuhan mereka adalah Allah? Apakah mereka akan benarkan pula penganut Islam yang telah tertipu oleh mereka itu berterusan mengguna nama suci Allah apabila telah murtad dan mengamal agama Kristian?



Majalah Christianity Today keluaran Januari-Februari 2013 telah mendedahkan sepasang suami isteri Islam telah ditipu dan berjaya dimurtadkan serta percaya bahawa Tuhan dalam agama Kristian juga bernama Allah. Laporan majalah tersebut menyebut bahawa akhirnya mereka berterusan mengguna nama suci Allah (seperti dalam ucapan Alhamdulillah dan Insha Allah) apabila telah murtad dan masuk agama Kristian.

Maka pada suatu hari, mereka bertemu kembali dengan paderi yang telah memperdayakan mereka untuk murtad. Maka paderi itu bertanya khabar kepada mereka.
One day the pastor came to me and said, “How are you?” I answered, “Alhamdulillah!” (“Praise be to God!”). The pastor was very angry. He said, “No, brother! No more Alhamdulillah. Your God is changed from Allah to God [using the tribal name]. You have to express your thanksgiving to God as a Christian …
Terjemahannya:

Suatu hari paderi tersebut datang berjumpa saya dan berkata, “Awak apa khabar?” Saya menjawab, “Alhamdulillah!” (“Segala puji kepada Allah!”). Paderi tersebut sangat marah. Dia mengatakan, “Tidak, saudara! Tidak lagiAlhamdulillah. Tuhan awak sudah bertukar dari Allah ke Tuhan [dengan mengguna nama Tuhan dalam istilah bahasa tempatan]. Awak perlu menyatakan kesyukuran awak kepada Tuhan sebagai seorang Kristian …

Dengan JELAS dan TERANG, sememangnya paderi tersebut menipu. Dan ini membuktikan bahawa sememangnya puak-puak evangelis ini MENIPU hanya untuk memperdayakan umat Islam dalam tuntutan mereka untuk mengguna nama suci Allah itu.

PENIPUAN dan KEJAHATAN puak-puak evangelis ini semakin ketara apabila majalah mereka sendiri mendedahkan bahawa sebenarnya mereka tidak mahu guna nama suci Allah untuk tujuan nama Tuhan mereka. Malah majalah tersebut mendedahkan lagi bahawa mereka AMAT BENCI dengan nama Allah itu.

Ini yang disebut lagi dalam perenggan yang sama:
He asked me to not use the term Allah because Allah is evil, Allah is the Devil, Allah is the black stone, Allah is an idol.
Terjemahannya:

Dia (paderi itu) melarang saya guna kalimah Allahkerana Allah jahat, Allah adalah Syaitan, Allah adalah batu hitam (Kaabah), Allah itu adalah berhala.

KEBENCIAN puak-puak evangelis ini terhadap nama suci Allah ini sungguh jelas sekali apabila mereka menghina Allah.

PERSOALAN POKOK, jika mereka sungguh bencikan nama suci Allah ini mengapa mereka menuntut hendak gunanya?

BUKTI dari bahan Kristian sendiri mendedahkan kebencian dan kesumat mereka terhadap nama suci Allah. Tetapi kerana tujuan untuk MENIPU dan memperdayakan umat Islam mereka tuntut penggunaan kalimah Allah. Dan fenomena ini nampak jelas bukan sahaja berlaku di Malaysia.
Inilah asas penyebaran kepalsuan ajaran Kristian yang berlandaskan menipu orang untuk masuk agama mereka dan terjerumus sama dalam api neraka selama-lamanya.-AIDC
 Ù†Ø¹ÙˆØ° Ø¨Ø§Ù„له من ذلك

Trauma diserang madu

NUR FARHANA ABDUL MANAN

Trauma diserang isteri kedua
Mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat sejak tahun lalu kerana trauma dan bimbang keselamatan diri serta anak-anaknya.
 
SERDANG - Isteri pertama seorang pemimpin politik di negeri ini mendakwa hidup dalam keadaan trauma selepas isteri kedua suaminya datang menyerang kediamannya di sebuah taman perumahan, dekat sini, pagi kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan lima anaknya berusia 3 hingga 12 tahun yang kebetulan berada di rumah menangis ketakutan berikutan wanita terbabit dikatakan menghentak pintu rumahnya berkali-kali hingga mengalami kerosakan.

Mangsa, 42, berkata, kejadian bermula kira-kira jam 10 pagi apabila pintu rumahnya diketuk beberapa kali.

Mendengar ketukan itu, anak perempuannya yang berusia 12 tahun membuka pintu untuk melihat siapa yang berada di luar.

Sebaik membuka pintu dan terlihat wajah isteri kedua suaminya, mangsa menyuruh anaknya menutup pintu.

Geram dengan tindakan anak mangsa, wanita terbabit dikatakan menggoncang pintu jeriji rumah itu berkali-kali.

Mangsa mendakwa, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaksa anaknya membuka pintu.

“Ketika itu saya dengar dia seperti menyuruh seseorang mengambil tukul dan parang sebelum terdengar bunyi hentakan dan pukulan bertalu-talu di pintu kediaman rumah pangsa yang saya diami bersama anak-anak.

“Kesemua anak menangis ketakutan, manakala ibu saya yang uzur berusia 77 tahun turut tinggal bersama terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit terus bertindak agresif menjerit-jerit di luar rumah, selain memecahkan pasu bunga dan mendakwa mempunyai waran tangkap.

"Wanita itu datang ke rumah saya untuk mengadakan perbincangan, namun tidak dapat dipastikan ia mengenai apa.

"Saya juga nampak suami berada di tempat letak kereta ketika wanita itu datang menyerang," katanya.

Disebabkan terlalu takut, mangsa menghubungi polis peronda sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

“Saya terpaksa buat laporan kerana bimbang keselamatan anak-anak tambahan pula pernah berlaku kes polis apabila suami memukul anak kedua sehingga terpaksa mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa sebelum ini pernah membuat hampir 10 laporan polis berhubung gangguan diterima daripada wanita terbabit dan suaminya sejak tahun lalu.-Sinar Harian

Drama suami bongkar isteri curang

GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan seorang lelaki mula turun dengan menggunakan cadar katil dari tingkap tingkat tiga sebuah unit apartmen di Sao Paulo baru-baru ini.

SAO PAULO, Brazil - Sejumlah orang ramai menyaksikan 'drama' hubungan sulit seorang isteri yang berjaya dibongkar oleh suaminya sendiri di sebuah unit apartmen di sini baru-baru ini, menurut akhbar dalam talian Independent.ie semalam.

Suami itu memasuki apartmennya semasa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki lain.

Ketika mereka bertengkar di balkoni bangunan tersebut, lelaki yang menjalin hubungan sulit itu kemudian berusaha turun dengan menggunakan cadar yang diikat pada tingkap apartmen tersebut.
Dia turun dari tingkap tingkat tiga dengan hanya memakai seluar pendek berwarna putih ketika kekasihnya bertengkar dengan suaminya.

Lelaki itu yang namanya tidak diketahui kemudian selamat tiba di tingkat satu.
Sejumlah orang ramai yang cemas menyaksikan 'drama' tersebut turut menjerit-jerit ke arah lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian berdiri di tepi tingkap sebuah unit apartmen di tingkat satu selepas dia turun dengan menggunakan cadar tersebut.

Dia kemudian terjun di atas 'tilam khas' yang diletakkan oleh anggota-anggota bomba di bawah apartmen tersebut.

Selepas jatuh di atas tilam tersebut, lelaki itu berdiri dan menunjukkan penumbuknya ke arah pasangan suami isteri yang sedang bertengkar di balkoni tersebut.

Beberapa orang kemudian turut bertepuk tangan kerana lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dia terjun dari tepi tingkat satu.

Lelaki itu kemudian berjalan dengan bercakap sesuatu ke arah orang ramai dan anggota-anggota bomba.

'Drama' itu turut disiarkan di laman YouTube. - Agensi/Kosmo

'Malaysia bukan bapa Anwar punya'

Ahmad Zahid ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya.

Dalam nada marah, Ahmad Zahid menegaskan bahawa negara ini juga bukan milik Anwar.
"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang membidas artikel beliau dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 Mei lalu yang bertajuk Perhimpunan Haram Sebab Tak Terima Hakikat Gagal Kuasai Putrajaya.-Kosmo

Monday 20 May 2013

SPR selar Anwar sebagai Raja Fitnah

Oleh Syuhada Choo Abdullah 
SPR selar Anwar sebagai 'Raja Fitnah'
Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar
 
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.
Beliau menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.


SPR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana kita bekerja mengikut undang-undang. Kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. SPR ada semua rekod dan kertas undi yang sah.

Dakwaan tak masuk akal

Macam mana dia (Anwar) tahu kononnya sehingga 95 peratus anggota tentera dan polis nak pergi mengundi dia... tidak masuk akal, adakah dia fikir anggota tentera dan polis tidak ada perasaan langsung dengan pelbagai isu berbangkit?

Dia adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang menangani segala kerenah Anwar ini. Orang yang banyak memfitnah dan melakukan pembohongan ini, insya-Allah Tuhan akan tunjuk, katanya kepada BH, semalam.
Anwar pada ceramah di Padang Kota, Georgetown, malam kelmarin, dilaporkan mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU-13 untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dengan menuduh SPR terbabit dalam penipuan itu.

Anwar antara lain menyatakan: Di kerusi Parlimen Permatang Pauh, saya mendapat tahu sebanyak 95 peratus anggota keselamatan yang akan mengundi awal menyatakan sokongan kepada PKR tetapi apabila tiba hari pengiraan undi, saya dapat lima peratus saja undi mereka.

Wan Ahmad berkata, keputusan PRU-13 sudah mendapat pengiktirafan banyak pihak, malah diterima kerajaan negeri dikuasai pembangkang, kecuali berterusan dibantah oleh Anwar dan segelintir konconya.

SPR tak berdiam diri
Sambil mengulangi bahawa pihak tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 boleh mengemukakan petisyen melalui mahkamah selepas pewartaan dijangka pada akhir bulan ini, katanya, SPR menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan polis untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam ekoran tindakan Anwar mengadakan perhimpunan bantahan di merata tempat.

Ditanya mengenai kemungkinan SPR membuat laporan polis serta mengemukakan saman terhadap Anwar atas segala pembohongan dan fitnah dilemparkan itu, beliau berkata:

SPR tidak akan berdiam diri tetapi kita mesti membuat perancangan rapi mengikut kedaulatan undang-undang. Pejabat penasihat undang-undang SPR sedang meneliti, mengkaji, mengumpul bukti dan memberi nasihat kepada SPR mengenai langkah terbaik menangani dakyah pembohongan Anwar.
 
-BH

Isteri ke-14 Raja Mswati?

London: Seorang gadis kini memohon suaka di Britain selepas dia ingin dijadikan isteri ke-14 pemerintah Swaziland, Raja Mswati III.

Tintswalo Ngobeni, 22, melarikan diri dari negara di selatan Afrika itu ke England ketika masih berusia belasan tahun selepas menarik perhatian raja berkenaan yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya. Sebagai sebahagian daripada adat Swaziland, Mswati III, 45, dibenarkan memilih isteri baru pada setiap tahun. Tintswalo berkata, dia meninggalkan negara kelahirannya ketika berusia 15 tahun dan kini menetap di Birmingham.
Menceritakan pengalamannya dilamar, Tintswalo berkata, dia menarik perhatian raja itu ketika melawat istana isteri keempatnya, LaNgangaza.


“Sejak itu dia mula menghubungi saya di sekolah dan bertanya jika saya mahu menjadi sebahagian daripada keluarganya.
“Walaupun ketakutan, saya mendiamkan perasaan itu,” katanya.
Menurut Tintswalo, dia sedar jika memberi persetujuan menjadi isteri Mswati III, seluruh hidupnya akan ditumpukan kepada raja itu. Seperti isteri lain Mswati III, dia akan ditempatkan dalam istana dengan dijaga pengawal peribadi dan tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa izin.


FotoTINTSWALO percaya dia boleh ditahan atau dibunuh jika kembali ke Swaziland.
 
Satu-satunya lawatan yang dibenarkan Mswati III kepada isterinya ialah mengunjungi Amerika Syarikat setahun sekali untuk membeli-belah. Justeru, Tintswalo nekad mengetepikan hidup dan pendidikannya yang selesa di sebuah sekolah berasrama swasta dan merancang melarikan diri ke England.
Kata Tintswalo, rancangan itu dilakukan dengan bantuan ibu saudaranya.
“Saya tak ada pilihan.
“Tiada sesiapa pernah menolak kemahuan raja sebelum ini atau mengingkari hajatnya,” katanya.
Akhirnya Tintswalo meninggalkan Swaziland dan menuju ke England untuk menetap bersama ibunya yang sudah ke Birmingham lima tahun sebelum itu.
Ibu Tintswalo meninggalkan Swaziland untuk menjauhkan diri daripada suaminya yang suka mendera. Sejak tiba di England, Tintswalo menjadi pengkritik utama kepada rejim Swaziland - negara yang mengharamkan parti politik dan aktivis pula ditahan atau diganasi dari semasa ke semasa.

 
- Daily Mail/Metro

Amalan di bulan Rejab

HARI ini kita telah memasuki bulan Rejab. Tidak lama lain Syaaban akan menjelang lalu Ramadan menyusul.

Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah. Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya."

Itu kerana bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat daripada Allah SWT. Setiap Muslim merasakan keindahan dan kedekatan dengan-Nya. Pada bulan itu, setiap ibadah diberi ganjaran berkali-kali ganda. Belum lagi malam Lailatulqadar yang menjadi harapan setiap orang yang mencintai negeri akhirat.

Kesempurnaan Ramadan mustahil diraih tanpa persiapan. Dan persiapan itu bukan bermula apabila Ramadan bermula. Persiapan Ramadan mesti bermula sejak beberapa bulan sebelumnya. Rejab bulan yang sangat baik untuk kita memulai persiapan itu.

Bulan haram

Apa lagi sebenarnya Rejab memiliki kelebihan tertentu berbanding bulan-bulan yang lain. Ia adalah salah satu daripada empat bulan haram, yakni bulan-bulan yang sangat terhormat di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya masa telah beredar seperti mana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah 12 bulan. 

Di antara bulan-bulan itu terdapat empat bulan haram. Tiga di antaranya berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Dan (keempat) adalah Rejab Mudar yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (al-Bukhari dan Muslim)

Sejak masa jahiliah, keempat-empat bulan haram ini sangat dihormati. Ia adalah bulan-bulan bertenang untuk meraikan para jemaah haji dan umrah. Peperangan dan pergaduhan diharamkan pada bulan-bulan tersebut.

Dalam Islam hukum ini memang dimansuhkan. Apabila diperlukan, umat Islam dibenarkan berperang pada bulan-bulan tersebut itu. Namun begitu, keempat-keempat bulan itu tetap memiliki kelebihan tersendiri dengan dilebihkan ganjaran pahala dan dosa padanya.

Berkata Ibnu Abbas: "Allah mengkhaskan beberapa bulan untuk dijadikan bulan haram dan mengagungkan kadarnya. Dosa maksiat yang dilakukan padanya sangat besar. Sebagaimana pahala ibadah yang dilakukan padanya juga sangat besar." (diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Amalan

Tiada amalan khas yang mesti dilakukan pada bulan Rejab. Kita hanya diperintahkan untuk memperbanyak ibadah apa yang kita mampu lakukan.

Siapa yang mampu memperbanyak solat sunat dipersilakan. Namun begitu hindari daripada melakukan solat Raghaib yang selalu dilakukan pada Jumaat pertama bulan Rejab. Berkata Ibnu Rajab al-Hanbali: "Hadis-hadis yang menceritakan fadilat solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah palsu. Solat ini bidaah menurut kebanyakan ulama."

Siapa yang hendak memperbanyak puasa sunat, juga digalakkan. Usman bin Hakim al-Ansari pernah bertanya kepada Said bin Jubeir tentang amalan puasa sunat pada bulan Rejab. Said menjawab: Aku mendengar Ibnu Abbas berkata: Rasulullah selalu berpuasa sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berbuka. Dan baginda juga selalu berbuka sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berpuasa. (riwayat Muslim)

Imam Al-Nawawi menjelaskan: "Maksud Said bin Jubeir adalah tidak ada larangan dan galakan khas untuk melakukan puasa di bulan Rejab. Akan tetapi hukum bulan ini seperti bulan-bulan lainnya. Asal hukum puasa adalah sunat."

Adapun ibadah umrah, maka sunat melakukannya pada bulan Rejab. Rasulullah pernah melakukan ibadah umrah di bulan Rejab. Ibnu Sirin meriwayatkan bahawa para tokoh-tokoh ulama salaf sangat menyukai ibadah umrah di bulan Rejab.

Selain ibadah-ibadah ini, lakukanlah ibadah-ibadah lain semampu kita. Perbanyakkanlah zikir, bacaan al-Quran dan selawat.

Jika tidak mampu melakukan ibadah dan kebaikan, minimal yang kita mesti lakukan adalah menjauhkan diri daripada maksiat. Jangan nodai bulan yang mulia ini dengan kata-kata kesat, lucah, ghibah, makian dan lain-lain. Siapa yang meninggalkannya kerana Allah, ganjaran besar telah menunggu untuknya.

Semoga Allah membuka hati-hati kita untuk menikmati keindahan Ramadan dengan memberinya hidayah untuk melakukan kebaikan sejak dari bulan Rejab dan Syaaban.

Utusan Melayu (M) Bhd

Sahabat karib Anwar kecewa

JAKARTA  - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dikatakan kecewa dengan tindakan sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Malah Jusuf juga kecewa dengan sikap Anwar yang tidak mahu melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu dinyatakan oleh bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin di sini kelmarin, seperti mana dilaporkan agensi berita ANTARA.

"Ya, sudah tentu Jusuf kecewa tetapi saya berusaha untuk mencuba agar suasana pulih kembali," katanya.

Hamid berkata, Anwar pernah berjanji kepada Jusuf sebagai sahabat bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mengawal pakatan pembangkang jika mereka tewas dalam PRU-13.

"Tetapi sehingga kini, demonstrasi demi demonstrasi dilancarkan di banyak tempat di Malaysia. Anwar bersama penyokongnya mendakwa berlaku penipuan, sesuatu yang harus dibuktikan melalui undang-undang, tetapi (setakat ini) Anwar belum berbuat demikian," katanya.

Sejak awal lagi, kata Hamid, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah mewujudkan persepsi dan yakin akan menang.

Tegas Hamid, keyakinan Anwar itu berdasarkan pelbagai kaji selidik yang dijalankan sebelum pilihan raya umum berlangsung.

Tambahan pula, kata Hamid, setiap kali Anwar mengadakan kempen beribu-ribu orang hadir dan ini memberi keyakinan kepada Anwar, beliau akan menang.

"Atas keyakinan itu, Anwar telah bertemu Jusuf bagi meminta bekas Naib Presiden Indonesia itu menyampaikan kepada Najib supaya siapa pun yang menang, mereka harus bekerjasama dengan yang kalah. Permintaan itu disambut baik oleh Jusuf," katanya.

Bagaimanapun kata Hamid, keyakinan Anwar musnah apabila Najib memenangi pertarungan politik di negara itu.

"Anwar mungkir janji yang dibuatnya kepada Jusuf untuk mengawal anggota pakatan pembangkang, sedangkan Najib konsisten dengan ucapannya. Ia terbukti beberapa jam setelah diumumkan menang, Najib mengajak penyatuan nasional demi masa depan negara," katanya.

- Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday 19 May 2013

Aliran air 2.64 bilion tahun ditemui

Ontario: Air yang ditemui jauh di dasar sebuah kolam takungan terpencil di Timmins di sini tersimpan selama 1.5 hingga 2.64 bilion tahun sejak kali pertama kehidupan muncul di planet, kata saintis Kanada dan British.

Air yang keluar dari telaga sedalam 2.4 kilometer di bawah permukaan lombong tembaga dan zink di utara bandar ini lebih tua berbanding mana-mana aliran air pernah ditemui.

Ia kaya dengan gas terlarut seperti hidrogen dan metana yang secara teorinya boleh menyediakan sokongan kepada kehidupan mikrob, lapor penyelidik dalam akhbar diterbitkan secara online Rabu lalu dalam jurnal Nature.

Apa yang pasti ialah kami dapat mengetahui bagaimana planet dapat mencipta dan memulihara sesuatu persekitaran mesra alam terhadap kehidupan mikrob selama berbilion tahun, menurut kenyataan daripada Greg Holland, pakar geokimia Universiti Lancaster yang menjadi penulis utama kajian.

Tidak kira apa juga keadaan permukaan, ia juga mendedahkan kemungkinan persekitaran sama di sub permukaan Marikh.

Penulis bersama bagi kajian itu datang dari Kanada termasuk Bar bara Sherwood Lollar dan Georges Lacrampe-Couloume di Universiti Toronto; Greg Slater di Universiti McMaster di Hamilton dan Long Li, yang ketika ini penolong profesor di Universiti Alberta namun terbabit dengan projek itu ketika berada di Universiti Toronto.

Kehidupan mikrob

Sebilangan anggota pasukan dari Kanada ketika ini menguji air terbabit untuk melihat jika ia mengandungi kehidupan mikrob.

Jika ia wujud, mikrob itu mungkin terasing daripada matahari dan permukaan bumi selama berbilion tahun dan mungkin mendedahkan bagaimana mikrob berevolusi dalam pengasingan.

Air purba itu dikumpul sejauh 2.4 kilometer bawah tanah di Timmins yang terasing selama puluhan juta tahun ditemui dalam air dengan bahan kimia sama pada kedalaman jauh sedikit di bawah permukaan di sebuah lombong emas Afrika Selatan, menggunakan gas hidrogen sebagai sumber tenaga, kata penyelidik.

Analisis gas xenon

Penyelidik menganggarkan usia air berdasarkan satu analisis gas xenon yang larut di dalamnya.

Seperti mana elemen lain, xenon datang dalam bentuk jisim berbeza dikenali sebagai isotop.

Air dalam lombong Timmins mengandungi paras luar biasa tinggi isotop lebih ringan, xenon yang dianggap datangnya dari atmosfera bumi.

AGENSI/BH

Video datuk bandar hisap kokain cetus kemarahan


TORONTO, Kanada - Satu klip video yang didakwa menunjukkan Datuk Bandar Toronto, Rob Ford menghisap dadah jenis kokain mencetuskan kemarahan orang ramai di negara ini.
Video itu bagaimanapun tidak disiarkan secara meluas. Jadi agak sukar untuk memastikan ketulenannya.
Laman web gosip, Gawker dan akhbar The Toronto Star melaporkan video itu dirakam oleh seorang lelaki yang mendakwa dia menjual kokain kepada Ford.
Ford menyifatkan tuduhan itu sebagai merepek. Dia kemudian membuat komen sama sebanyak dua kali di luar pejabatnya dan menambah 'ada berita lain yang dimahukan oleh Toronto Star daripadanya'.
Jurucakap polis Toronto, Mark Pugash memberitahu pihaknya memantau rapat perkembangan situasi terbabit.
Toronto Star menyatakan dua orang wartawannya menonton satu klip video yang menunjukkan Ford duduk di atas sebuah kerusi dan menyedut sesuatu daripada botol kaca. Akhbar itu turut menuduh Ford membuat kenyataan antigay kepada pemimpin Liberal, Justin Trudeau.
Timbalan Datuk Bandar Toronto, Doug Holyday mempersoalkan ketulenan video itu sambil menyatakan video boleh diubah dan pengedar dadah tidak boleh dipercayai. - AP


-Kosmo.com.my

Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat

KUALA LUMPUR- Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla seharusnya memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan mendapatkan rawatan berhubung segala isu moral yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, perkara itu perlu diberi keutamaan dalam usaha Jusuf merintis usaha mendamaikan perseteruan politik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Anwar.

Berikut kenyataan penuh Ezam:

Kita hormati niat ikhlas Jusuf atas semangat saudara serumpun dan bersaudara untuk mendamaikan Najib dan Anwar. Tetapi ada beberapa fakta yang harus beliau ketahui dan terima supaya niat murni itu bukan sahaja sia-sia tetapi menjadi malapetaka umat.

Isu membabitkan Anwar bukan hanya politik, tetapi soal moral yang berat. Keputusan mahkamah pada 2004 secara jelas menunjukkan Anwar seorang peliwat dan selepas hampir 10 tahun, Anwar tidak menggunakan haknya untuk menyanggah keputusan itu walaupun dia berjanji kononnya mahu melawan fakta dia adalah peliwat.

Anwar juga sudah melakukan perkara yang melampaui batas dengan menjual kehormatan akidah Islam dalam soal pluralisme agama, isu murtad dan penggunaan kalimah Allah. Anwar berdosa besar kepada umat Islam di Malaysia dan bukannya hanya kepada Najib.

Atas nama kelangsungan umat, saya mencadangkan Jusuf menyarankan kepada Anwar berhenti mengganggu umat Islam di Malaysia, bertaubat dan berubat. Bukannya mendamaikan seorang yang berpenyakit dengan seorang Perdana Menteri. Kita tidak mahu Jusuf yang baik namanya di Malaysia menjadi rosak gara-gara terperangkap dengan permainan licik seorang yang berpenyakit dan gila kuasa hingga menjual agama dan bangsanya.

-Utusan Melayu (M) Bhd

Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing

KUALA LUMPUR  - Keghairahan pembangkang menuduh rakyat Malaysia sebagai pengundi asing terus memakan diri selepas satu persatu pembohongan mereka didedahkan kepada umum.

Selepas lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan baru-baru ini mengaku melakukan tuduhan melulu terhadap seorang penyokong pakatan pembangkang sendiri dengan mendakwanya seorang warga Bangladesh, Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming pula tampil memohon maaf atas tuduhan serupa.

Dalam laporan yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Kian Ming dikatakan mahu berjumpa secara peribadi dengan Chua Lai Fatt dan keluarganya bagi memohon maaf kerana menuduhnya sebagai warga asing.

Kian Ming sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dilaporkan menjadikan Lai Fatt yang secara fizikalnya kelihatan seperti orang India sebagai salah satu kes penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya memberikan MyKad kepada warga asing.

Walau bagaimanapun, Lai Fatt sebenarnya merupakan rakyat Malaysia berketurunan India tetapi dipelihara keluarga Cina di Klang yang turut memberikannya nama tersebut.

Sejak menyedari kesilapan itu, menurut laporan tersebut, Kian Ming telah membuat permohonan maaf menerusi akhbar Cina kerana secara salah menuduhnya sebagai pengundi asing.

Awal bulan ini, Suara Keadilan mengaku melakukan tuduhan melulu terhadap seorang penyokong pakatan pembangkang sendiri dengan mendakwanya seorang warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu.

Ahli PKR itu, Ali Mydin turut dituduh gagal menyanyikan lagu Negaraku melalui laporan bertajuk 'Bangla gelabah tunjuk dua kad' pada edisi 120 akhbar dwimingguan itu dengan menyiarkan gambarnya.

- Utusan Melayu (M) Bhd

Ketahui Personaliti Seseorang Melalui Jenis Darah

Posted by Al-Azrul Zakuan

 

Ketahui Personaliti Seseorang Melalui Jenis Darah | Berikut adalah sifat personaliti seseorang berdasarkan jenis darah. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa jenis darah manusia juga dapat mempengaruhi watak seseorang. Ini hanya berdasarkan kajian sahaja dan anda tidak digalakkan untuk mempercayai sepenuhnya.


sumber: http://www.fuh.my

Friday 17 May 2013

Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?

by AIDC on May 16th, 2013


A. Karim Omar – Nama saya Abdul Karim. Saya seorang lelaki. Dalam Bahasa Inggeris, lelaki disebut sebagai “man”. Untuk diterjemahkan “man” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “lelaki”. Bukan “Abdul Karim”.

Kerana itu nama saya, dan nama lain-lain lelaki yang senama dengan saya. Takkan semua “man” yang ditemui hendak kita kirakan itu adalah “Abdul Karim”.

Begitu juga untuk seorang yang bernama “Mariam”. Beliau seorang wanita. Dalam Bahasa Inggeris, wanita disebut sebagai “woman”.

Untuk diterjemahkan “woman” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “wanita”. Bukan “Mariam”. Kerana itu nama khas kepada wanita itu dan lain-lain wanita yang bernama “Mariam”

Begitulah apabila kita hendak terjemah istilah “God” dari Bahasa Inggeris. “God” dalam Bahasa Melayu disebut “Tuhan” bukannya diterjemahkan dengan nama khas “Allah”.

Mudahnya nak faham.

Datuk Mohd Noor : Tuduhan Rasis Untuk Tutup Fakta Perlembagaan

by AIDC on May 16th, 2013

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata adalah tidak wajar beliau dilabel sebagai rasis kerana beliau perlu diberi ruang untuk menerangkan sesuatu isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Orang politik melihat sesuatu kenyataan itu daripada pandangan kaca mata sempit, saya hendak terangkan sesuatu menurut Perlembagaan patutnya diberi ruang untuk rakyat mendengar, bukannya ditutup dengan mengatakan saya rasis, Datuk Mohd Noor Klu Klux Klan, Datuk Mohd Noor itu Hitler.

“Janganlah macam itu, bagi ruang untuk saya terangkan apakah parameter di dalam Perlembagaan yang menjamin rakyat hidup dalam aman damai,” katanya yang muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan Bernama TV di saluran 502 Astro.

Rancangan satu jam yang mengupas tajuk ‘Memperkasakan Perlembagaan’ itu turut mengundang Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal dan diwawancarakan perantara Dahlan Maamor.

Mohd Noor dikritik banyak pihak terutamanya pembangkang apabila mengeluarkan kenyataan yang dikatakan berunsur hasutan berhubung sekolah vernakular pada satu forum bertajuk ‘Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), baru-baru ini.

Mohd Noor berkata Perkara 152 menyatakan bahawa Perlembagaan hanya mengiktiraf satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia untuk satu Malaysia dan bagi urusan rasmi.

“Cuma kelonggarannya ialah sesiapa sahaja di negara ini hendak belajar bahasa ibundanya sama ada Bahasa Cina, Bahasa Jepun, Bahasa Tamil belajarlah, tetapi belajar sendiri, jadi Sekolah Cina dan India swasta itu hak yang tidak boleh dihapuskan,” katanya.

“(Jika) Sekolah Kebangsaan (SK) untuk orang Melayu, SJKC untuk orang Cina, SJKT untuk orang India, bila masa anak cucu cicit kita belajar dalam kelas yang sama, makan di satu kantin, bila? Tida ada langsung ruang untuk itu,” katanya.

Beliau berkata istilah yang lebih tepat ialah mencorakkan SJK kepada sekolah kerajaan seperti ‘Government English School’ pada zaman dahulu di mana para pelajar berpeluang mempelajari pelbagai bahasa.

“Di sana nanti kita adakan mata pelajaran Bahasa Inggeris yang wajib dipelajari kerana ia bahasa antarabangsa, Bahasa Malaysia wajib dipelajari kerana ia menjadi bahasa yang menyatu-padukan rakyat Malaysia.

“Selepas itu, kita galakkan pelajar-pelajar kita belajar Bahasa Arab kerana orang Melayu beragama Islam, pada masa sama galakkan semua orang Malaysia belajar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kerana kedua-dua bahasa ini bahasa ekonomi dunia, bukankah cantik macam itu,” katanya.

Mohd Noor berkata sekiranya rakyat Malaysia memahami Perlembagaan, ia akan dapat mengelak daripada berlaku pergeresan sesama masyarakat.

“Malangnya, orang yang tidak faham Perlembagaan, mereka interpret Perlembagaan itu mengikut kepentingan dan hala tuju politik masing-masing, dan yang menanggung akibat buruknya adalah masyarakat yang terikut-ikut,” katanya.

Beliau yang fasih berbahasa Tamil turut menyampaikan pesanan kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dalam Bahasa Tamil bahawa beliau bercakap benar dan hanya menyatakan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan.

“Maksudnya saya bukan orang politik yang bercakap mengenai politik, saya tidak diupah dan tidak bercakap bagi mana-mana pihak, apa yang benar itulah yang saya cakap.

“Tetapi di dalam budaya India kalau saya cakap begitu maknanya ada yang tidak benar, jadi saya tidak cakap yang bohong, apa yang saya kata hari ini kalau ada terkecil hati, saya hanya nyatakan apa yang terkandung dalam Perlembagaan, tidak ada tokok tambah,” katanya.

Sementara itu, Zainul berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Noor tidak bersifat rasis dan bukan menghasut atau mencetuskan ketegangan kerana ia berdasarkan kepada Perlembagaan itu sendiri.

“Apa yang dikatakan berdasarkan peruntukan, terpulang kepada penerimaan kita, kalau hendak tapis sesuatu itu berdasarkan tapisan politik, kita akan cari alasan tertentu bagi justifikasikan pandangan parti-parti tertentu.

“Tetapi, kalau tapisan kita berdasarkan tapisan Perlembagaan dan perundangan, saya tidak nampak ia satu masalah besar, apa yang dikatakan Datuk Mohd Noor saya tidak nampak apa-apa perkara pun yang melanggar Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata tiada peruntukan secara spesifik mengenai SJK di dalam Perlembagaan, tetapi di dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996, menyatakan bahawa menteri boleh mewujudkan SJK dan SK.

“Apa kata perkasakan SK kita, berikan guru-guru yang terbaik di SK, tingkatkan kemudahannya, sudah pasti ia akan menarik minat bangsa-bangsa selain Melayu untuk menghantar anak-anak mereka ke SK,” katanya – Bernama

Pertubuhan Cina: Kurangnya muka Cina dalam Kabinet bukanlah satu isu

Oleh Emily Ding, Boo Su-lyn dan Ida Lim

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Beberapa pertubuhan masyarakat Cina mengatakan mereka tidak bimbang dengan kemungkinan Kabinet Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai wakil Cina kerana dalam lanskap baru politik Malaysia, semua menteri tidak mengira kaum perlu mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun BN menang dalam pilihan raya Ahad lalu, parti komponennya MCA mendapat prestasi paling buruk dalam sejarah, menyebabkan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menunaikan janjinya, MCA tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan sekiranya gagal mendapat lebih kerusi Parlimen berbanding 2008.

“Saya biarkan kepada kebijaksanaan BN untuk menyelesaikan masalah ini tetapi saya langsung tidak bimbang jika tiada Cina dalam kerajaan,” kata Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Tan Yew Sing kepada The Malaysian Insider.

Merayu kepada rakyat Malaysia untuk tidak melihat isu perwakilan dengan cetek, beliau menambah: “Saya sudah melihat banyak kali apabila kita mempunyai masalah, kita tidak hanya pergi ke kaum kita. Semua kaum boleh mewakili rakyat Malaysia dan negara ini harus bergerak ke arah itu.”

Gerakan, parti majoriti Cina lain dalam BN juga mengatakan tidak akan mengambil jawatan Kabinet, tetapi akan mempertimbangkan jawatan negeri. Mereka hanya menang satu kerusi Parlimen dan presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengatakan semalam dia akan letak jawatan pada 16 Mei.

Pengerusi Petaling Jaya Federation of Chinese Associations and Communities, Woo Ser Chai bersetuju dan menyatakan ahli MCA telah menyertai Kabinet sejak beberapa tahun lamanya tetapi parti tersebut masih tidak memenuhi jangkaan masyarakat Cina.

“Bagi menteri MCA, tiga gugur dengan majoriti besar. Liow Tiong Lai menang dengan majoriti tipis. Kamu boleh lihat rakyat tidak begitu mahu MCA untuk berada dalam Kabinet,” katanya merujuk kepada bekas menteri kesihatan.

Seperti Tan, beliau juga mengatakan “konsep baru” timbul dalam negara dan akan diteruskan.

“Tidak bermakna menteri Melayu hanya memperjuangkan kepentingan Melayu, menteri Cina hanya memperjuangkan Cina dan menteri India hanya memperjuangkan India. Sekarang, jika anda seorang menteri, anda mewakili semua kaum,” kata Woo.

Tan mengatakan beliau yakin dengan kepentingan Cina tidak akan dikorbankan oleh kerana walaupun MCA kalah besar pada pilihan raya 2008, kedudukan masyarakat Cina telah berubah menjadi lebih baik kerana pelbagai transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Terdapat lebih banyak peruntukkan untuk SMJK dan sekolah bebas, sokongan kepada acara kebudayaan pelbagai klan Cina, peningkatan penjawat awam bukan bumiputera dan peruntukkan lebih banyak tempat di institusi vokasional,” katanya.

Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Ong Chiow Chuen juga mengatakan tidak ada masalah jika MCA tidak boleh mewakili Cina dalam kabinet kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh melantik senator Cina untuk mengisi jawatan kerajaan.

Hanya Ahli Parlimen dari dua dewan di Parlimen layak untuk dilantik sebagai menteri Kabinet.

Disebalik kegagalan teruk MCA dalam dua pilihan raya umum. Tan yakin parti itu boleh bangkit semula jika mereka “membersihkan” parti dari mereka yang tidak efektif dan unsur-unsur memudaratkan.

“Saya fikir MCA perlu menerima kekalahan mereka dengan niat baik dan mengeluarkan orang-orang yang tidak benar-benar bekerja untuk parti dan negara,” katanya.

“Ini tidak kedengaran begitu baik, tetapi ada orang yang seperti pembuli di kawasan tempatan, orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan diiktiraf, dan orang-orang yang tidak bersedia untuk bercakap mengenai perkara dasar atau mengutarakan fikiran mereka kepada pelampau.”

Dalam pilihan raya umum 5 Mei, MCA hanya menang tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN yang ditandingi, kurang lebih dari separuh berbanding kerusi Parlimen yang mereka perolehi pada 2008.

Ketiga-tiga pemimpin pertubuhan Cina ini menafikan pendirian BN “tsunami Cina” yang menyebabkan keputusan pilihan raya kali ini.

“Tidak ada perkara seperti ini. Bagi kami, ia adalah perpecahan bandar-luar bandar. Bagi kami ia adalah perpecahan digital,” kata Tan.

“Kamu tidak boleh mengatakan ‘tsunami Cina’ kerana ia adalah tidak tepat. Bahayanya adalah kamu akan datang dengan strategi untuk menyelesaikan ini tetapi strategi salah,” tambah beliau.

“Ini tidak bertepatan dengan konsep 1 Malaysia,” kata Ong dan menambah tiada kumpulan etnik yang harus dipersalahkan kerana setiap rakyat mempunyai hak demokratik untuk memilih dan Cina tidak perlu memilih MCA.

Mereka juga menyelar komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Cina “tidak bersyukur”, mengatakan komuniti tersebut tidak wajib untuk mengundi mana-mana parti.

“Inti kepada demokrasi adalah setiap orang boleh mengundi sesiapa sahaja yang mereka mahukan. Kamu tidak boleh katakan tidak dapat undi kerana orang tidak bersyukur. Ini tidak masuk akal. Ahli-ahli politik berkhidmat kepada rakyat. Mereka bekerja untuk berkhidmat kepada rakyat," kata Tan.

Woo juga berkata bahawa kerajaan BN mesti mengambil kemenangan sebagai nafas baru dalam hidup dan melihat mengapa Cina begitu ramai mengundi untuk pembangkang dalam pilihan raya ini.

“Hanya kerana Cina tidak mengundi mereka tidak bermakna Cina tidak suka Melayu,” katanya.

Berbeza dengan apa yang BN katakan, penganalisis berkata prestasi buruk gabungan itu dalam Pilihan Raya 2013 bukan sahaja disebabkan peralihan undi Cina kepada Pakatan Rakyat (PR), tetapi juga disebabkan golongan kelas menengah dan bandar meninggalkan BN.

BN mencapai prestasi paling buruk dalam sejarah dan hilang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN berbanding 2008, meninggalkan mereka hanya 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi DUN daripada masing-masing 222 dan 505.

Gabungan pemerintah itu juga kehilangan undi popular kepada pembangkang, menang hanya 48.6 peratus berbanding PR yang mendapat 51.4 peratus.

-Malaysian Insider

Tanggung azab tiga hari

Petaling Jaya: Seorang wanita warga Sri Lanka yang baru tiba di Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah terpaksa menempuh azab apabila bukan saja dikurung dan tidak diberi makan selama tiga hari, malah turut dipukul ejennya.

Bagaimanapun, mangsa berusia 34 tahun itu berusaha menyelamatkan diri dengan meminta pertolongan melalui tingkap sebuah premis tempatnya dikurung sebelum jeritannya didengari orang awam yang kemudian menghubungi polis dalam kejadian Selasa lalu.

Menurut sumber, mangsa baru tiba di negara ini untuk bekerja sebagai pembantu rumah menerusi khidmat satu agensi pekerjaan di Pelangi Damansara, di sini, pada 9 Mei lalu.

“Segala proses kemasukan mangsa ke Malaysia untuk bekerja diuruskan seorang ejen wanita dan mangsa dibawa ke premis agensi pekerjaan berkenaan sebelum dihantar kepada pelanggan yang memerlukan khidmat pembantu rumah.

“Sehari selepas tiba, mangsa dihantar ke sebuah rumah yang memerlukan khidmat pembantu, tetapi dia hanya bekerja dua hari sebelum dibawa semula ke premis agensi itu,” katanya.

Katanya, episod ngeri pembantu rumah itu bermula apabila dia dikurung sebaik pulang dari rumah itu, malah mangsa juga tidak diberi makan.

“Selain itu, ejen wanita terbabit turut mengambil barang kemas mangsa seperti rantai dan cincin serta telefon bimbit.

“Mangsa tidak mengetahui mengapa dia diperlakukan sedemikian dan bila ditanya, dia dipukul menyebabkan mangsa mendiamkan diri,” katanya.

Sumber berkata, ejen wanita terbabit turut meminta wang RM5,000 daripada mangsa kononnya sebagai bayaran untuk proses masuk ke Malaysia untuk bekerja.

“Mangsa memaklumkan tidak mempunyai wang sebanyak itu kerana baru tiba dan tidak bergaji. Malah, mangsa juga sudah serik dan tidak mahu bekerja di negara ini serta meminta dihantar pulang ke negara asalnya.

“Namun, permintaan mangsa tidak diendahkan sebaliknya mangsa dikurung dalam sebuah bilik,” katanya.

Katanya, mangsa yang tidak tahan selepas turut tidak diberi makan bertindak nekad dengan cuba melarikan diri melalui tingkap, tetapi tidak berhasil membuka tingkap itu sebelum menjerit meminta tolong.

“Orang ramai yang melalui premis itu terkejut dengan jeritan mangsa dan menghubungi polis.

“Anggota polis yang tiba kemudian membantu mengeluarkan mangsa dengan memecah pintu premis dan mangsa dibawa ke Balai Polis Damansara untuk membuat laporan,” katanya.

-Metro

Cadangan menteri Hong Kong elak wanita dirogol dikecam

HONG KONG- Menteri Keselamatan Hong Kong menerima kecaman hebat semalam selepas mengeluarkan kenyataan bahawa wanita perlu "tidak minum terlalu banyak" sekiranya mahu mengelakkan mereka daripada dirogol.

Setiausaha Keselamatan, Lai Tung-kwok pada ketika itu sedang membentangkan kadar jenayah di bandar berkenaan bagi tempoh suku pertama 2013 yang menyaksikan jenayah rogol meningkat sehingga 60 peratus.

"Kebanyakan kes ini (rogol) berlaku di kalangan mereka yang kenal antara satu sama lain. Malah mereka juga kawan mahupun kawan rapat ataupun mereka yang baru kenal dalam tempoh beberapa jam.

"Kebanyakan kes rogol berlaku selepas wanita minum banyak alkohol terutamanya wanita muda. Justeru saya menyeru mereka tidak minum terlalu banyak,’’ katanya.

Namun, pelayar laman sosial terutamanya di Facebook dan Twitter membidas kenyataan Lai.

"Setiausaha Keselamatan Hong Kong menasihatkan wanita muda supaya tidak minum terlalu banyak selepas peningkatan kes rogol. Sepatutnya mereka beritahu lelaki supaya tidak merogol?’’ kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Miss O’Kistic. - AFP

-Utusan Melayu

Pas terima hakikat menang, kalah dalam pilihan raya umum


KUALA TERENGGANU 16 Mei - Pas tetap akur dan menerima hakikat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuat oleh rakyat walaupun Ketua Pembangkang terus menggerakkan siri perhimpunan mengajak rakyat untuk membantah.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, Pas berpegang kepada prinsip politik matang dan sama ada keputusan PRU memberi kemenangan atau kekalahan tetap diterima dengan berlapang dada.

"Kita tak mahu politik fesyen lama, kita gentleman. Kita terima menang atau kalah (keputusan PRU-13). Kita dah rasa semua, kalah dan menang kita dah rasa, tapi banyak kalah dari menanglah.

"Tak apalah, tapi kita nak politik kita lebih matang, jangan ada unsur dendam dan benda-benda yang tak sepatutnya berlaku dalam senario politik sekarang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Satiful Bahri Mamat; Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias A. Razak.

Ditanya mengenai tindakan Anwar yang masih ghairah meneruskan perhimpunan haram di serata negara bagi membantah keputusan PRU-13, Abdul Wahid berkata, itu merupakan hak masing-masing untuk meluahkan perasaan.

"Itu nak luahkan perasaan dan itu hak masing-masing dalam bentuk apa cara sekalipun sama ada ceramah atau perhimpunan, itu hak masing-masing. Hak demokrasi, ia bebas nak ceramah atau apa saja.

"Tapi kami (Pas) juga akan adakan ceramah selepas ini dan saluran yang kami ada adalah ceramah, kami luahkan perasaan kami. Kami terima hakikat, keputusan (PRU-13) kami terima tapi penipuan tak boleh dibiarkan dan kami akan dedahkan," jelasnya.

Beliau bagaimanapun memuji serta menyokong usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pelbagai penambahbaikan dalam PRU-13.

"Kita puji SPR, ada usaha penambahbaikan kita sokong tapi kita harap kalau boleh dakwat kekal biarlah betul-betul kekal, mungkin tak sempat beli yang mahal, dia (SPR) beli dari India kot," katanya.

Mengenai pendirian Nasharuddin Mat Isa yang tidak akan berputus asa untuk meneruskan usahanya ke arah penyatuan Pas dengan UMNO walaupun mendapat bantahan pemimpin Pas sendiri, Abdul Wahid menyifatkan itu sebagai pandangan peribadi bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun, beliau membayangkan Pas mungkin tidak menghadapi masalah berkaitan 'usaha' itu dan menyerahkan kepada apa yang akan berlaku kelak.

"Tapi kita banyak pengalaman, bila lemas (UMNO) cari tempat bergantung, bila dah segar molek kita pula ditekan supaya kita pula kena teruk, kita tak mahu benda ni berulang. Tapi bagi 'usaha', kita tak ada masalah, apa-apa yang berlaku akan datang kita tak tahu," ujarnya.

-Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday 16 May 2013

Wacana Sinar Harian tegang


SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian siri ke-20 hari ini sedikit tegang apabila peserta wacana gagal mengawal perasaan ketika sesi soal jawab.

Kehangatan sesi itu bermula apabila peserta pertama Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil Khir Johari.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang dilaungkan oleh kepimpinan Lim Guang Eng.

"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,"katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, memang benar akhbar Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan kerana akhbar tersebut telah menyalahgunakan kebebasan media dengan menyebar fitnah.

"Memang kita mengamalkan kebebasan media dan bukannya mengamalkan kebebasan memfitnah," katanya.

"... sebab itulah Utusan Malaysia banyak memberi dana pilihan raya kepada PR, kerana selalu disaman," sindir beliau.

Sementara itu, Yazid turut mendakwa, nasib pensyarah Melayu di Universiti Malaya (UM) kini semakin terpinggir kerana kemasukan ramai pensyarah Cina di institusi berkenaan.

"Di UM, sejak dua tahun lalu sudah berlaku perubahan besar, di mana pensyarah Melayu mula terpinggir dek kerana kemasukan pensyarah kaum Cina," katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil mengatakan perlunya ada fakta dan ulasan kukuh berkenaan isu tersebut.

"Perkara ini perlu disertakan dengan fakta yang tepat, jangan terlampau emosi sehingga hilang nilai kewarasan ilmu,"katanya.

-Sinar Harian

IPT milik MCA beralih arah?

IPOH - MCA tidak akan patah semangat walaupun DAP terus bermegah dengan mendakwa mendapat sokongan kaum Cina termasuk dalam kalangan pensyarah dan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan atas perjuangan MCA.

Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, tindakan DAP itu tidak akan melunturkan semangat MCA sebaliknya terus berjuang membela rakyat termasuk masyarakat Cina.

Menurut beliau, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ada saat susah dan senang, yang mana kini MCA mengharungi laluan sukar ekoran tindakan majoriti kaum Cina memilih menyokong DAP.

"Walaupun nampaknya pihak di sebelah sana (DAP) hendak tunjukkan kekuatan mereka di saat MCA susah, kita tidak boleh patah semangat.

"Sebaliknya, kita ambil ini sebagai satu peringatan untuk menaikkan semangat dan teruskan perjuangan membela rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pensyarah Perakaunan UTAR Kampus Kampar, Chong Zhemin, 28, mengumumkan akan menyertai DAP dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming di Wisma DAP Perak di sini hari ini.

Zhemin yang mengakui aktif sebagai penyokong kuat DAP sejak 2007 memilih menyertai DAP kerana menganggapnya langkah terbaik untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Menurut Zhemin, lebih 20 pelajar IPT tersebut turut mengikut jejak langkah beliau menyertai DAP hari ini.

Mengulas lanjut, Hang Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, MCA tidak pernah menghalang kakitangan atau pelajar UTAR menyertai mana-mana parti politik yang disukai.

"Ini memperlihatkan perjuangan MCA selama ini. Walaupun MCA mulakan UTAR, kita tidak paksa pelajar atau pensyarah mesti masuk parti ini sahaja. Kita menghormati hak-hak kebebasan asasi mereka," katanya.

-Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday 15 May 2013

‘Wajar lacur wanita Asia’

Tokyo: Datuk Bandar Osaka, Toru Hashimoto mencetuskan kemarahan rantau ini selepas mendakwa dasar tentera Matahari Terbit melacurkan wanita Asia sebelum dan sewaktu Perang Dunia Ke-2 adalah perlu.

Beliau berkata, ia bertujuan ‘mengekalkan disiplin’ anggota tenteranya selain memberi rehat kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa dalam peperangan itu.

Komen yang dibuat kelmarin itu mencetuskan kemarahan negara jiran yang diceroboh tentera Jepun dan sejak sekian lama tidak puas hati dengan kegagalan Jepun menebus semula kesalahannya ketika perang.
Malah, Hashimoto juga memberitahu pemberita bahawa tiada bukti jelas tentera Jepun memaksa wanita di negara berkenaan menjadi hamba seks kepada askar negaranya.

“Perkara itu mungkin perlu supaya disiplin dapat dikekalkan,” kata Hashimoto.

“Bagi askar yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam keadaan mereka ditembak bertalu-talu, sistem hamba seks adalah perlu untuk memberi ketenangan kepada mereka. Ini jelas kepada sesiapa juga.”

200,000 wanita dipaksa


Ahli sejarah berkata, lebih 200,000 wanita di Semenanjung Korea dan China dipaksa memberikan khidmat seks kepada tentera Jepun di tempat pelacuran tentera.

Seorang pegawai kerajaan Korea Selatan tidak dikenali memberitahu agensi berita Yonhap bahawa amat mengecewakan seorang pegawai kanan Jepun membuat kenyataan menyokong jenayah kemanusiaan dan mendedahkan kurangnya pemahaman sejarah yang serius dan hormat kepada hak wanita. - AP/B