Saturday 23 May 2020

Gadis hilang seminggu ditemukan bergayut pada akar pokok

Hanis ditemukan dalam keadaan bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih Terengganu.


PASIR PUTEH - Seorang gadis hilang sejak Rabu lalu selamat ditemukan kira-kira 55km dari rumahnya di Kampung Guntong dalam keadaan bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih, Terengganu tengah hari semalam.
Hanis Syamimi Yusuff, 20, ditemui dalam keadaan keadaan lemah, kelaparan dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang.
Sepupu mangsa, Mohd Hafiz Zahari, 35, berkata, ibu Hanis, Nasarah Muhammad, 56, ialah insan paling gembira mendapat perkhabaran anak tunggalnya selamat ditemukan pada jam 3 petang itu.
"Saya ada bertanya Hanis macam mana dia boleh sampai sejauh ini dengan motosikal. Dia beritahu apa yang berlaku itu di luar kawalannya selepas terdengar satu suara memanggil-manggil namanya.
Hanis dalam keadaan kelaparan serta badan lemah dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang."Selepas tersedar, dia terkejut apabila mendapati dirinya sudah berada di dalam sungai," katanya ketika di hubungi Sinar Harian di sini hari ini.
" katanya ketika di hubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, tangki minyak motosikal milik Hanis juga penuh sedangkan sepupunya itu langsung tidak memiliki wang ketika keluar dari rumah.
"Hanis dibawa ke Hospital Jertih untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah. Saya bersyukur pada ALLAH Hanis ditemukan dalam keadaan selamat," katanya.
Terdahulu, Mohd Hafiz memberitahu, dia bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk mendapatkan bantuan selepas membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal ditunggang Hanis.

"Anggota di IPD Pasir Puteh berhubung dengan Balai Polis Pasir Akar, Jertih untuk bantuan. Saya kemudian bergerak ke lokasi motosikal untuk menjejak kedudukan Hanis.
"Saya dan beberapa pekerja ladang serta pihak berkuasa terlibat dalam gerakan mencari dan mengesan kedudukan Hanis terpaksa meredah kawasan berbukit dan ladang kelapa sawit sebelum jumpa dia.
"Terima kasih kepada polis dan pekerja ladang yang sanggup membantu dan turun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Hanis," katanya.
Sinar Harian 16 Mei lalu melaporkan, seorang gadis dari Kampung Guntong di sini dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal secara berseorangan.

-Sinar


Wednesday 20 May 2020

Mayat bergerak cetus debat

MAYAT di dalam keranda dirakam bergerak ketika majlis pengebumian.

Sulawesi: Warganet gempar selepas video mayat di dalam keranda dirakam bergerak ketika pengebumian, 5 Mei lalu.
Kejadian itu berlaku di kawasan Manado, utara Sulawesi dirakam seorang hadirin yang menghadiri majlis berkenaan.
Menerusi laporan Mirror.co.uk yang memetik berita Daily Mail, video itu menunjukkan kubur berkenaan dikelilingi ahli keluarga dan sahabat mendiang.
Seorang daripada mereka kemudian merakam ketika bacaan doa oleh paderi sedang berlangsung.
Bagaimanapun, ketika kamera dihala lebih dekat pada keranda, kelihatan tangan dan jari mayat bergerak.
Kejadian itu berlaku hanya beberapa saat selepas bacaan doa dijalankan.
Video tular itu kemudian mengundang perdebatan dalam kalangan warga maya yang sangsi dengan pergerakan seperti didakwa.
Bagaimanapun, ada pakar berpendapat pergerakan pada mayat adalah berpunca daripada proses pereputan dan pembebasan gas menyebabkan mayat seolah-olah sedang bergerak khususnya di bahagian tangan.

-Metro

Friday 15 May 2020

ikam adik 189 kali, korek biji mata

ELIZAVETA dipenjara 13 tahun selepas membunuh Stefania akibat cemburu. FOTO AGENSI


Agensi
MOSCOW: Seorang wanita dipenjara 13 tahun kerana menikam adik perempuannya yang masih remaja sebanyak 189 kali sebelum mengorek keluar biji mata dan memotong telinganya akibat terlalu cemburukan kecantikannya.
Elizaveta Dubrovina, 22, yang terlalu cemburu dengan adiknya Stefania, 17, yang bekerja sebagai model, dilaporkan menyerangnya di rumah teman lelaki mangsa pada 2016, lapor news.com.au.
STEFANIA (kiri) jadi dibunuh akibat cemburu dengan kejelitaannya. FOTO AGENSIAkhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan mayat mangsa ditemui hampir hancur akibat serangan kejam berkenaan dengan kesan tikaman memenuhi kepala, leher, badan, lengan serta kakinya.
Menurut kenyataan pejabat pendakwa raya, mangsa yang ditemui tanpa biji mata atau telinga itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.
Dua beradik itu membesar di rumah anak yatim sejak kecil lagi.
Sementara itu, The Metro melaporkan mayat mangsa ditemui teman lelakinya Alexey Fateev yang menahan Elizaveta selepas menghalangnya melarikan diri.

-Metro 

Thursday 14 May 2020

Fesyen rambut ala koronavirus

FESYEN dinamakan ‘The Coronavirus’. FOTO Agensi

Agensi

NAIROBI: Sebuah salun di Kibera, perkampungan terbesar di Kenya memperkenalkan fesyen rambut ala koronavirus.

Fesyen dinamakan The Coronavirus itu menampilkan beberapa ikatan pada rambut menyerupai bentuk Covid-19 yang dilihat di bawah mikroskop.

Oddity Central melaporkan, trend itu antara lain memberi pendapatan kepada salun ketika banyak perniagaan lain di negara itu terpaksa ditutup.

Ia selepas langkah kerajaan negara itu yang meminta semua rakyatnya berada di rumah.

Salah satu pengusaha salun terbabit berkata, tiga pekerjanya sedia membuat fesyen rambut itu kepada pelanggan.

"Rambut pelanggan diikat kepada beberapa bahagian kemudian dipusing dan mengikat satu persatu sehingga ikatan rambut menjadi tegak dan melawan graviti.

"(Gaya ini) sangat ringkas dan murah untuk dilakukan pada setiap orang," kata seorang pendandan rambut, Diana Andayi.

Selain itu, harga dikenakan kepada pelanggan cukup murah iaitu AS$1 (RM4.34).

Setakat ini, Kenya merekodkan 649 kes positif Covid-19 dengan 30 kematian.


-Metro Khamis