Friday 21 April 2017

Tunai janji potong payudara selepas Ahok kalah



Jakarta: Seorang wanita yang berjanji memotong payudaranya sekiranya Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama tewas dalam pilihan raya gabenor kelmarin kini bersedia menunaikan janjinya itu.
Wanita itu sebelum ini memuat naik satu video yang tular di Internet dan berjanji untuk memotong payudaranya sekiranya Basuki atau dikenali sebagai Ahok tewas kepada bekas menteri pelajaran, Anies Baswedan.
Keputusan kiraan awal pilihan raya gabenor Jakarta kelmarin menunjukkan Ahok tewas kepada Anies dengan jumlah peratusan yang besar.
Tidak lama selepas keputusan itu diumumkan pengguna media sosial mendesak wanita berkenaan menunaikan janjinya.
Wanita itu yang tidak diketahui nama dan asalnya kemudian memuat naik satu video kelmarin dan menyatakan dia sedia menunaikan janjinya itu.
Dalam video berkenaan, wanita itu mengucapkan tahniah kepada Anies dan calon naib gabenornya, Sandiaga Uno kerana memenangi pilihan raya berkenaan.
Dalam keadaan tenang wanita itu memberitahu dia bersedia menunaikan janjinya untuk memotong payudaranya.
“Kepada penyokong Anies, saya sudah bersiap untuk memotong payudara saya kerana itulah janji saya sebelum ini.
“Saya sebenarnya disahkan menghidap kanser payudara tahap empat dan perlu segera memotongnya,” katanya. 

- Agensi/Metro

Alahai dunia : Anak usir ibu kerana kos penjagaan



Beijing: Seorang wanita berusia 82 tahun ditemui tidur di luar rumahnya selama tiga hari dalam cuaca sejuk selepas anaknya bertelagah mengenai kos penjagaannya.


Anak bongsunya dengan dibantu isterinya mengusir wanita berkenaan dari rumahnya di Yangzhou di wilayah Zhejiang selepas dia enggan menyerahkan wang pencennya kepada mereka minggu lalu.
Dia terlantar selama tiga hari di luar rumah sehingga pegawai tempatan terpaksa campur tangan.
Menurut laporan, wanita itu tidak boleh bergerak sendiri dan kedengaran menangis teresak-esak.
Jiran datang untuk menawarkan bantuan dan mencari penempatan alternatif tetapi dia menolaknya.


Metro


Wednesday 19 April 2017

Bayi dilahir beruban



Budapest: Seorang bayi yang dilahirkan dengan rambutnya beruban disahkan tidak menghidap sebarang penyakit.
Bence yang dilahirkan di sebuah hospital di Szekesfehervar, Hungary, minggu lalu juga disahkan bukan albino.
“Rambutnya yang beruban bukan disebabkan dia sakit atau mengalami tekanan ketika dalam kandungan,” kata Doktor Zoltan Kummer.
Menurutnya, Bence yang digelar Prince Charming berdepan masalah kekurangan pigmen melanin hingga menyebabkan rambutnya putih tetapi keadaan itu hanya bersifat sementara.
Pakar perubatan percaya rambutnya akan hitam apabila dia membesar.
Keadaannya yang pelik itu menyebabkan petugas perubatan di wad bersalin hospital itu menggelarnnya Prince Charming.
Kecuali rambutnya yang beruban, Bence dilahirkan sihat dengan berat 5.4 kilogram dan tinggi 54 sentimeter serta dilahirkan tepat pada masa yang dijangka. 

- Agensi/Metro

Tuesday 18 April 2017

Terkejut lihat 14 biji telur ular bawah simen rumah


Terkejut lihat 14 biji telur ular bawah simen rumah
Telur ular yang dijumpai di bawah simen rumah Siti Halimah. - APM Bagan Datuk
BAGAN DATUK - Seorang warga emas tidak menyangka kelibat ular keluar masuk di rumahnya sejak semalam merupakan petanda bahawa reptilia itu bertelur di kediamannya.
Siti Halimah Karimun, 82, dari Kampung Sungai Balai Darat pada mulanya menyangka ular itu tersesat memasuki rumahnya dan keluar semula semalam.
Menurut anak Siti Halimah, Mohd Salihin Asmawi, 52, dia menerima pangilan telefon daripada ibunya memberitahu melihat kelibat ular memasuki rumah orang tuanya itu semalam.

Anggota APM Bagan Datuk sedang berusaha mengesan ular berkenaan.


Menurut anak Siti Halimah, Mohd Salihin Asmawi, 52, dia menerima pangilan telefon daripada ibunya memberitahu melihat kelibat ular memasuki rumah orang tuanya itu semalam.
"Tetapi emak beritahu dia nampak kelibat ular berkenaan keluar rumah selepas itu, tetapi dia sekali lagi menelefon malam ini memaklumkan terlihat ular itu masuk semula ke dalam rumah senja tadi.
"Saya kemudiannya menelefon Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk bagi memaklumkan kejadian sebelum mereka tiba di rumah emak saya sebentar tadi," katanya kepada Sinar Harian.
Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan anggota APM dan aduan Siti Halimah bahawa terdapat satu lubang kecil di dalam rumah mereka membawa kepada penemuan 14 biji telur ular.
"Selepas melihat ada lubang, anggota APM memecahkan lantai simen rumah emak dan alangkah terkejutnya kami melihat selonggok telur ular di bawah lantai berkenaan.
"Walau bagaimanapun ular tersebut tidak berada di telur berkenaan dan kami percaya ia sudah masuk ke dalam tanah kerana lubang berkenaan terlalu dalam," katanya.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Bagan Datuk, Leftenan Mohd Zaidi Ahmad berkata, sehingga jam 11 malam ini, anggota APM masih lagi berusaha mengesan ular berkenaan.
"Kami ada mendengar bunyi ular berkenaan di dalam lubang sarang ia bertelur tetapi lubang tersebut terlalu dalam dan usaha mencari ular tersebut masih lagi dijalankan," katanya.

-Sinar

Monday 17 April 2017

Lelaki potong kemaluan, korek mata remaja kerana balas dendam



Lahore: Kerana terlalu marah seorang lelaki bertindak menyerang seorang remaja berusia 15 tahun, memotong kemaluan dan mengorek mata mangsa selepas dia percaya remaja itu tidur dengan anak perempuannya.
Keluarga mangsa berkata, remaja itu diculik lelaki berkenaan bersama tiga rakannya sebelum mereka melakukan kekejaman itu.
Walaupun berjaya diselamatkan pasukan perubatan sebuah hospital di sini, mangsa kini buta dan kehilangan kemaluannya.
Kejadian itu terbongkar Selasa lalu selepas keluarga remaja itu membuat laporan polis dengan mendakwa keluarga gadis berkenaan bertanggungjawab.
Bapa remaja itu berkata: “Bapa gadis itu dan rakannya menculik anak saya di sekolah sebelum membawanya ke kawasan pinggir berhampiran sungai. Mereka memotong kemaluan anak saya dan mencungkil matanya kerana membalas dendam.”
Mangsa ditemui seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan itu sebelum membawanya ke hospital.

-Metro
Pegawai kanan polis Lahore, Haider Ashraf berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu.

Iktibar : Lelaki cuba bakar imam kerana solat lama


Nablus: Seorang lelaki ditangkap selepas dia cuba membakar imam sebuah masjid di barat bandar ini.
Agensi berita Palestin, Maan, memetik satu sumber keselamatan sebagai berkata, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal di sebuah bangunan di bandar Nablus membawa sebotol minyak tanah dan melemparkannya pada imam yang masih berada di dalam masjid itu selepas solat Subuh dan menyalakan api dalam usaha membakar imam itu.
Kebakaran berlaku tetapi berjaya dipadamkan oleh beberapa jemaah.
Imam itu terselamat manakala masjid itu mengalami kerosakan kecil.
Polis yang tiba di tempat kejadian menahan lelaki berusia 50 tahun itu, menurut laporan berkenaan.
Menurut sumber, lelaki itu sebelum ini sudah berulang kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangkan solat.
“Imam itu tidak mengendahkan amaran supaya memendekkan solat. Ia menyebabkan lelaki itu berang dan mendorong dia bertindak membakar imam terbabit,” kata sumber itu.
Lelaki itu bukan sahaja berdepan tuduhan cuba membunuh, tetapi juga akan didakwa atas tuduhan menyerang tempat ibadah, membakar dan menyebabkan kerosakan.

 - Agensi/Metro

Friday 14 April 2017

Suami isteri tertinggal anak dalam pesawat



Beijing: Tertinggal buku atau cermin mata dalam pesawat memang sering berlaku.
Bagaimanapun, satu keluarga di China mengejutkan kakitangan sebuah pesawat apabila mereka tertinggal anak mereka.
Kejadian berlaku baru-baru ini apabila sepasang suami isteri turun dari sebuah pesawat tanpa anak mereka.
Kakitangan pesawat Southern Airlines terpaksa menelefon pasangan berkenaan untuk meminta mereka mengambil kanak-kanak berusia 10 tahun itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou selepas mereka tiba dari Chengdu.
Kanak-kanak itu ditemui tertidur di tempat duduk paling belakang oleh kru kabin yang membersihkan kapal terbang berkenaan selepas semua penumpang turun.
Mereka menghabiskan masa beberapa minit untuk mengejutkan kanak-kanak perempuan berkenaan.
Ketika itu, semua penumpang sudah berlepas ke terminal untuk mengambil bagasi masing-masing.
Mujur kanak-kanak itu ingat nombor telefon bapanya, membolehkan kakitangan menghubunginya.
Sementara itu, si bapa berkata, dia menyangka anaknya yang duduk terpisah dengan dia dan isterinya berada di belakang mengekori mereka sebaik pesawat itu mendarat.
“Kami tidak tahu dia tidur nyenyak di belakang,” katanya. 

- Agensi/Metro

Budak 8 tahun pandu van 2km beli burger

Budak 8 tahun pandu van 2km beli burger
Budak 8 tahun pandu van 2km beli burger. 


WASHINGTON 13 April – Gara-gara terlalu ingin untuk menikmati burger keju, seorang kanak-kanak lelaki di Amerika Syarikat (AS) sanggup memandu van milik bapanya menuju ke restoran makanan segera terkenal, McDonald’s di sini.
Lebih mengejutkan, kanak-ka­nak berusia lapan tahun dari Ohio itu turut membawa adik perempuannya bersama ketika memandu sejauh hampir dua kilometer (km) itu.
Weirton Daily Times melaporkan, kanak-kanak lelaki tersebut dipercayai belajar memandu selepas menonton beberapa video berkaitan di laman YouTube.
Dakwa akhbar itu, ketika kejadian, ahli keluarga kanak-kanak terbabit dipercayai sedang tidur.
Polis kemudian bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung perkara itu daripada orang ramai.
Seorang anggota pe­ronda di East Palestine, Jacob Koehler memberi­tahu, kakitangan restoran berkenaan tidak mempercayai kanak-kanak terbabit semasa membuat pesanan di kaunter pandu lalu dan menganggap perbuatan itu hanya jenaka.
“Mereka (kakitangan McDonald’s) pada mulanya menyangka ibu bapa kanak-kanak terbabit bersembunyi di tempat duduk belakang van. Namun, tekaan mereka meleset,” kata Koehler.
Tambah Koehler, kanak-kanak lelaki itu mula menangis ketika dihampiri anggota polis kerana menyangka telah melakukan satu kesalahan yang besar.
Ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak itu kemudian dipanggil ke balai polis untuk memberikan keterangan. Bagaimanapun, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mereka.
Bagi kedua-dua kanak-kanak itu pula, selain berpeluang menikmati burger keju seperti yang diidamkan, mereka turut menerima satu set hidangan nugget ayam dan kentang goreng sebagai hadiah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-8-tahun-pandu-van-2km-beli-burger-1.469182#ixzz4eCBbxtHP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 13 April 2017

Seluar tak berbasuh jadi sarang burung



Beijing: Seorang pelajar universiti di Wuhan terkejut apabila mendapati seluarnya dijadikan sarang burung selepas ditinggalkan di balkoni asramanya selama seminggu.
Chutian Metropolis Daily melaporkan, pelajar kejuruteraan automatif Universiti Sains dan Teknologi Wuhan itu mengakui dia kerap membiarkan pakaiannya merata-rata selepas balik dari gim dan hanya membasuh baju pada hujung minggu.
Namun, minggu lalu dia tidak sempat mencuci bajunya dan hanya membiarkan seluarnya berjemur di balkoni tanpa menyedari seekor burung menjadikannya sarang.
Selepas kisahnya itu tersebar di kampus, pelajar lain menyuarakan simpati untuk burung berkenaan yang kehilangan ‘rumah’ barunya selepas seluar berkenaan dibasuh.
“Jadi marilah kita semua tinggalkan baju kotor di luar untuk membantu alam sekitar,” kata mereka berseloroh.

-Metro

Wednesday 12 April 2017

Batu karang sebesar tembikai



New Delhi: Pakar bedah di India terpaksa menggunakan alat untuk mengumpil keluar batu karang sebesar tembikai daripada pundi kencing seorang lelaki.
Maheshbhai Rasikbhai Patel, 49, mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian perutnya dan dimasukkan ke hospital, tetapi doktor terkejut apabila menemui batu berukuran 11.5 sentimeter di dalam pundi kencingnya yang mengambil masa satu jam setengah untuk dikeluarkan.
Video yang diambil ketika pembedahan di Hospital Sri Sainath itu menunjukkan pasukan doktor terbabit berusaha mengeluarkan batu itu menggunakan pelbagai peralatan sehingga berjaya mengumpilnya keluar.
Batu seberat 1.4 kilogram (kg) itu mengalahkan rekod batu seberat 1.22kg dikeluarkan daripada abdomen seorang pesakit kanser pada 2010.
Maheshbhai kini semakin pulih dalam masa tidak sampai seminggu.
“Saya mengalami sakit yang amat sangat sejak beberapa hari lalu.
“Bagaimanapun, sebaik selesai pembedahan itu, saya terus sihat,” katanya.
Pakar bedah Maheshbhai, Dr Dhirubhai C Patel berkata: “Pesakit tidak mempunyai sakit kronik. Kesakitan itu berlaku pada waktu malam dan tidak menunjukkan tanda ia akan sembuh.
“Antara sebab pembentukan itu berlaku akibat paras kalsium yang tinggi dan aliran air kencing yang tidak teratur. Batu karang biasanya kecil tetapi yang ini betul-betul besar.”

-Metro

Tuesday 11 April 2017

Bayi berjuang 20 bulan untuk hidup


Bangkok: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan cacat dan hanya diramal hidup selama beberapa hari oleh doktor, kini berjuang untuk hidup 20 bulan selepas itu.
Bayi itu yang belum dinamakan, dilahirkan dengan kecacatan pada jantung dan otak.
Doktor memberitahu, bayi itu mempunyai tiga ruang jantung berbanding empat pada manusia normal dan otaknya pula dipenuhi air.
Kisah bayi berkenaan menyentuh hati pengguna media sosial di Thailand apabila gambarnya tersebar di Internet.
Gambar menunjukkan kepala bayi malang itu mula membesar akibat dipenuhi air.
Bapanya yang dikenali sebagai Kang merayu komuniti perubatan antarabangsa membantu mencari rawatan untuk bayi itu.
“Apabila bayi kami dilahirkan, doktor meramalkan dia mungkin hidup selama beberapa hari atau paling lama sebulan.
“Bagaimanapun, selepas 20 bulan, bayi kami masih berjuang untuk hidup,” katanya.
Ujarnya, dia berharap ada rawatan ditemui untuk membantu bayinya itu.
“Saya berharap rayuan kami ini didengari oleh seseorang yang tahu mana-mana pakar atau rawatan untuk bayi kami ini,” jelasnya.

-Metro

Monday 10 April 2017

Bedah punggung tertusuk roket berjaya


Video yang berdurasi selama 48 saat itu memaparkan keadaan lelaki itu yang dilihat berada dalam keadaan meniarap atas katil di sebuah hospital, sementara menunggu pembedahan dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah.

Bedah punggung tertusuk roket berjaya

SANA'A - YEMEN. Seorang lelaki berhadapan dengan momen menakutkan apabila sebuah roket tertusuk pada bahagian punggungnya.
Memetik laporan Mirror Online, lelaki itu bernasib baik apabila roket berkenaan tidak meletup dan dia berjaya diselamatkan oleh pakar bedah.
Difahamkan lelaki itu menjadi mangsa perang di negara yang masih bergolak tersebut.
Sementara itu, video rakaman lelaki berkenaan tular di media sosial dan telah dimuat naik dalam laman sosial, Live Leak.
Difahamkan walaupun keadaan agar sukar ketika sesi pembedahan dilakukan, namun dengan bantuan pakar, roket itu kemudian berjaya dikeluarkan daripada punggung lelaki berkenaan.
Selepas sesi pembedahan,lelaki itu dikatakan berada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket
tersebut.
Bagaimanapun, lelaki itu difahamkan mungkin akan menjalani satu lagi sesi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket berkenaan.Bedah punggung tertusuk roket berjaya

-Sinar

Padah terlalu bergantung pada GPS


Beijing: Teknologi mungkin mampu membantu kita mencapai pelbagai rancangan yang satu ketika dulu dianggap mustahil.
Namun, masih ada ketikanya manusia memerlukan logik dan mengguna akal.
Pada 1 April lalu, sebuah balai polis di Anhui menerima panggilan kecemasan daripada seorang pemandu yang terperangkap di dalam sungai.
Polis yang dikerahkan ke tempat kejadian terkejut melihat kereta lelaki berkenaan terdampar di tengah sungai yang cetek.
Pemandu berkenaan mengakui tidak biasa dengan jalan di situ dan bergantung sepenuhnya pada Sistem Kedudukan Global (GPS) tanpa menyedari laluan itu membawanya ke tengah anak sungai.
Operasi menarik kereta itu mengambil masa hampir setengah hari.
Sementara itu pengguna Internet berkata: “Ini bukan masalah GPS. Ini masalah tidak menggunakan akal. ” - Agensi/Metro

Friday 7 April 2017

Nasib ayah





Jakarta: Seorang lelaki boleh dianggap sebagai anak derhaka apabila tergamak berusaha memenjarakan bapanya sendiri semata-mata mahu mendapatkan harta pusaka.
Robert membuat laporan polis yang menyebabkan bapanya didakwa di mahkamah atas tuduhan menggelapkan harta bukan miliknya.
Kisah bapa malang yang dikenali sebagai Johanes, 60, bermula apabila dia menukar hak milik tiga hartanah miliknya yang bernilai Rp4 bilion (RM1.33 juta) kepada Robert.
Bagaimanapun, Robert dan isterinya, Jessica tidak sabar dan mendesak bapanya segera menyerahkan harta berkenaan.
“Harta ini memang saya mahu wariskan kepada Robert tetapi saya masih hidup dan ia akan menjadi miliknya apabila saya meninggal dunia nanti.
“Namun, mereka tidak sabar dan mahu mengusir saya dari hartanah ini. Mereka juga membuat laporan polis mendakwa saya menceroboh dan mahu saya dipenjarakan,” katanya yang dipetik Liputan6.com.
Ujarnya, dia kini didakwa di sebuah mahkamah di sini atas dakwaan menggelapkan harta dan berdepan hukuman penjara tiga tahun.
Johanes berkata, Robert adalah anak tunggalnya dan dia juga menghantar anaknya itu melanjutkan pelajaran di luar negara.
“Jessica pula adalah anak angkat saya dan apabila dewasa saya jodohkan dengan Robert. Tetapi apabila sudah berkahwin ini yang mereka lakukan pada saya.
“Mungkin mereka tidak sabar menunggu saya mati untuk dapatkan harta ini.
“Esok (hari ini) saya akan memberi keterangan di mahkamah dan saya akan cerita sendiri apa yang saya korbankan untuk mereka dari kecil hingga besar,” ujarnya.

-Metro

Kepala tersepit pada pintu gerabak kereta api


New York: Nasib malang menimpa seorang wanita apabila kepalanya tersepit pada pintu gerabak kereta api bawah tanah di bandar raya ini.
Lebih malang lagi, orang ramai yang melintas di hadapan pintu itu tidak membantunya, termasuk pekerja stesen berkenaan.
Video yang tular di media sosial menunjukkan kepala wanita itu dari paras leher terjulur keluar sementara anggota tubuhnya yang lain masih di dalam gerabak.
Dia terperangkap dalam keadaan itu sepanjang kereta api berkenaan berhenti di stesen itu. Seorang pengguna merakam penderitaannya sementara yang lain hanya melintas gerabak itu tanpa usaha untuk membantunya.
Wanita itu bagaimanapun tidak merayu untuk dibantu. Lebih aneh lagi, dia juga tidak kelihatan cemas mengenai keadaannya itu.
Seorang wanita lain kedengaran meminta seseorang membantu membuka pintu berkenaan.
Bagaimanapun, video itu tidak menyatakan stesen tempat kejadian itu dirakam atau berapa lama wanita itu tersepit dan sama ada dia cedera. 

- Agensi/Metro

Tuesday 4 April 2017

Beg tangan RM4,423 untuk bawa ikan



Taipei: Seorang wanita yang menghadiahkan beg tangan berjenama kepada neneknya terkejut apabila mendapati ia digunakan untuk mengisi barangan dapur termasuk ikan.
Wanita itu melalui laman sosial menceritakan kisah dia membeli beg Neverfull dari Louis Vuitton (LV) yang berharga lebih RM4,423 untuk dihadiahkan kepada neneknya.
Katanya, dia membeli hadiah berkenaan selepas mendapati neneknya menggunakan beg tangan sama sejak bertahun-tahun.
Selepas beberapa bulan, wanita itu melawat semula neneknya dan terkejut selepas mendapati beg itu digunakan untuk pergi ke pasar.
Lebih mengejutkan lagi, neneknya meletakkan barangan dapur yang dibelinya termasuk ikan di dalam beg berkenaan.
“Saya baru membeli ikan segar, saya akan masaknya untuk kamu hari ini.
“Beg ini juga sangat bagus. Ia kalis air walaupun sedikit berat,” kata neneknya kepada wanita itu.
Kerana melihat neneknya sangat gembira, wanita itu memutuskan untuk tidak bercakap apa-apa dan terus memeluk neneknya.
“Saya hanya menjalankan tugas sebagai cucu, selagi nenek gembira, saya sudah berpuas hati.
“Patutlah beg LV ini mempunyai reputasi yang tinggi, sangat tahan dan boleh dipercayai,” kata wanita itu.

-Metro

Monday 3 April 2017

11 tahun mentol lampu dalam perut






Riyadh: Doktor di sebuah hospital di al-Ahsa, wilayah di timur Arab Saudi, mengeluarkan sebiji mentol lampu dalam perut seorang lelaki berusia 21 tahun.
Menurut laporan, lelaki berkenaan dimasukkan ke wad kecemasan hospital itu selepas demam panas dan rasa mual teramat sangat.
Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, termasuk X-ray, doktor mendapati ada objek ganjil di dalam perutnya.
Menurut jurucakap hospital, pesakit itu serta-merta dibawa ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan objek berkenaan iaitu mentol lampu.
Pembedahan berjalan selama satu jam suku.
Lelaki itu yang kini dalam keadaan sihat memberitahu doktor kemudian, dia menelan mentol itu ketika berusia 10 tahun.

-Metro

Pindah telinga dari lengan

Beijing: Telinga tiruan yang ‘disemai’ pada lengan seorang lelaki tiga bulan lalu berjaya dipindahkan ke kepalanya.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Ji menjalani pembedahan menakjubkan itu minggu lalu.
Dia hilang telinga kanannya akibat satu kemalangan jalan raya di wilayah Shanxi tahun lalu.
Untuk membantu dia memperoleh semula pendengarannya, pakar bedah plastik dari Hospital Bersekutu Pertama di Universiti Jiaotong di Xian, ‘menyemai’ telinga tiruan pada lengannya.
“Kemalangan itu bukan sahaja memusnahkan telinganya, tetapi juga saluran darah dan kulit di sekitar telinganya.
“Ia menyebabkan telinga tiruan konvensional tidak sesuai untuknya. Kami memutuskan menyemai telinga baru di lengannya terlebih dahulu,” kata Guo.
Untuk menyemai telinga tiruan, Guo dan pasukannya menegangkan kulit lengan Ji dengan penegang kulit. Mereka kemudian mengambil tulang rawan daripada satu bahagian dadanya yang kemudian dibentuk menjadi telinga sebelum menanam organ tiruan itu pada lengan pesakit.
Apabila telinga tiruan cukup dewasa, doktor berjaya pula melakukan pembedahan untuk memindahkannya dari lengan ke kepalanya menggunakan teknik anastomosis vaskular.
Ji dijangka pulih dan mungkin dibenarkan pulang selepas dua minggu.
Menurut pakar, terdapat 300,000 penduduk di China berdepan masalah telinga dan perintis prosedur perubatan untuk menyemai telinga tiruan pada lengan akan membawa harapan baru kepada pemulihan masalah mereka.



-Metro