Tuesday 16 September 2014

Jarum keluar dari badan

Patna (India): Doktor di Bihar bingung dengan keadaan dialami seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mengluarkan jarum dari beberapa anggota badannya sehingga menyebabkan dia kini terlantar kesakitan.
Dr Ashok Kumar yang membuat pemeriksaan awal terhadap mangsa berkata, “Kami tidak tahu bagaimana jarum boleh dibuat dalam badan manusia, namun sekilas pandang nampaknya seperti jarum berkenaan dimasukkan ke badannya atau dia sendiri menelannya. Kes ini memang pelik namun kami hanya boleh mendapat lebih banyak jawapan selepas menjalankan pemeriksaan penuh terhadapnya,” katanya. 

Anggota keluarga mangsa, Jyoti Kumar berkata, setakat ini 20 jarum berukuran empat hingga lapan sentimeter (cm) keluar dari badannya sejak tiga tahun lalu.
Jarum yang dapat dilihat akan mula keluar dari badannya selepas 10 hingga 15 hari. 
Menurut keluarga Jyoti, jarum-jarum kini tersangkut pada tekaknya menyebabkan mangsa sukar untuk makan. 
- Agensi/Metro

Friday 5 September 2014

Dipaksa jilat ludah sebelum dibunuh


Jailpaiguri: Polis di Benggala Barat semalam melancarkan siasatan berhubung dakwaan seorang gadis belasan tahun dirogol dan dibunuh selepas dimalukan jawatankuasa kampung.
Menurut laporan, gadis berusia 15 tahun itu mulanya membantah tindakan jawatankuasa berkenaan memukul bapanya kerana gagal membayar pinjaman yang diambilnya untuk membeli jentolak.
Tindakan gadis itu menyebabkan jawatankuasa berkenaan mengalihkan kemarahan mereka kepadanya, termasuk memaksa dia meludah dan menjilat semula.
Sebaik kejadian itu, gadis terbabit hilang.
Mayatnya ditemui kelmarin berhampiran landasan kereta api di daerah Jalpaiguri.
Seorang lelaki yang menemui mayat itu berkata, pakaian gadis itu terselak hingga ke bahu dan dipercayai diperkosa.
Anggota keluarganya membuat laporan polis dengan menamakan 13 orang anggota jawatankuasa kampung berkenaan sebagai suspek.


- Agensi/Metro

Wanita tak kesal penggal anak

Anguo (China): Seorang ibu yang memenggal kepala anaknya yang berusia 16 bulan dengan pisau memberitahu polis, dia tidak menyesal membunuh kanak-kanak itu.
Feng Tai, 31, mengaku dia mulanya mencekik bayi itu sehingga mangsa pengsan di rumah keluarganya sebelum memenggalnya ketika dia masih bernyawa.
“Memang saya membunuhnya dan tidak menyesal. Dia tidak perlu menderita kerana dia sudah bebas,” katanya kepada polis.
 
Abang wanita itu, Feng Tsao, 34, berkata: “Adik saya tertekan sejak melahirkan anak itu dan suaminya bekerja jauh serta jarang balik.
“Keluarga kami membantunya. Keluarga mentuanya juga bantu. Tetapi, dia sering tertekan. “Dia menelefon saya pada tengah malam untuk memberitahu dia membunuh anaknya. Saya mulanya tidak percaya, tetapi apabila tiba di rumahnya, dia menunjukkan kepala anaknya. Sungguh mengerikan.” Polis menemui mayat mangsa tertanam di belakang rumah keluarga itu di bandar Anguo di wilayah Hebei, timur laut China.
“Feng Tai mengaku membunuh anaknya, tetapi dia jelas kelihatan tidak sihat. Kami meneruskan siasatan sementara wanita itu dihantar untuk pemeriksaan psikiatrik,” kata jurucakap polis.

Bercakap menerusi telefon dengan wartawan tempatan, bapa bayi itu. Liu Yen, berkata: “Ia tragedi buruk. Saya tidak ada pilihan lain kecuali bekerja jauh dari keluarga. Saya tahu isteri saya tidak gembira, tetapi kami perlukan wang.”


- Agensi/Metro