Tuesday 20 June 2017

Zuraini jadi imam masjid liberal

KUALA LUMPUR – Anak perempuan kepada seorang Tan Sri dari Malaysia mengejutkan dunia apabila menjadi salah seorang imam kepada jemaah lelaki dan wanita ketika bersolat di sebuah masjid liberal yang baru dibuka di Berlin, Jerman minggu lalu.
Perbuatan Ani Zonneveld atau Zuraini Tan Sri Abdul Khalid di Masjid Ibnu Rushd-Goethe itu mendapat kecaman pelbagai pihak.
Selain dipimpin imam wanita, jemaah turut menunaikan sembahyang secara bersebelahan antara lelaki dan perempuan tanpa perlu menutup aurat.
Malah, sewaktu solat Jumaat pada 16 Jun lalu, Zuraini turut menjadi bilal apabila melaungkan azan di masjid tersebut.
Zuraini yang merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Kota Star Utara (1958-1964) pernah popular sebagai penerbit dan komposer lagu di Malaysia melibatkan beberapa artis antaranya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Ziana Zain dan Liza Hanim.
Abdul Khalid Awang Osman yang meninggal dunia pada tahun 1986 juga pernah menjadi Menteri Muda Kementerian Luar Bandar.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan tidak sah solat seseorang individu yang berimamkan seorang wanita.
“Syarat sah solat berjemaah perlu diimamkan oleh lelaki dan tidak sah jika diimamkan oleh wanita.
“Wanita hanya boleh menjadi imam kepada jemaah wanita.
“Solat juga tidak sah sekiranya saf diselang-selikan dengan wanita. Umum sedia maklum bahawa perbuatan itu bertentangan dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

-Kosmo


Monday 19 June 2017

RM285,000 untuk 10 hari terakhir Ramadan di hotel di Makkah

Makkah/Madinah: Harga untuk menetap selama 10 hari terakhir Ramadan di kamar hotel dengan pemandangan Masjidilharam dikatakan mencecah SR250,000 (RM285,000).
Bagi kamar lain di sekitar masjid berkenaan, harganya bermula daripada SR40,000 (RM45,500). Kamar itu bagaimanapun tidak mempunyai pemandangan Masjidilharam walaupun ia berhampiran masjid itu.
Harga lebih rendah boleh didapati di hotel yang terletak jauh.
Sementara itu, pihak berkuasa Masjid Nabawi berkata, kira-kira 13,575 orang mendaftarkan diri untuk beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.
Daripada jumlah itu, 11,432 adalah lelaki dan 2,143 wanita, menurut setiausaha rendah pengurusan Masjid Nabawi, Saud Al-Saedi seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Saudi (SPA).
Tiga kawasan dikhususkan untuk jemaah lelaki dan satu untuk wanita.
Kawasan berkenaan disediakan dengan kakitangan terlatih dan kelengkapan teknikal, katanya.
Mereka yang beriktikaf itu dikenakan syarat, antaranya, memastikan kawasan itu bersih dan menamatkan iktikaf mereka selepas solat Isyak pada malam Ramadan terakhir. 

- Agensi/Metro

Masjid di Berlin sebar fahaman Islam liberal

Penganut Islam liberal  melakukan solat Jumaat  pada pembukaan

BERLIN 17 Jun - Agama Islam berdepan pelbagai ancaman baharu termasuklah penyebaran fahaman Islam liberal.
JEMAAH lelaki dan wanita solat bersama ketika solat Jumaat di
Terbaharu, sebuah masjid yang membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama dibuka semalam di bandar ini serta turut mempunyai imam wanita.
Salah seorang imam wanitanya, Ani Zonneveld yang dilahirkan di Malaysia dilihat melaungkan azan di Masjid Ibn Rushd Goethe.
Advertisement
“Kami mahu menghantar mesej jelas melawan keganasan Islam dan penyalahgunaan agama kami. Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” dakwa salah seorang pengasas masjid itu, Seyran Ates.
Ates, 54, merupakan seorang peguam dan aktivis hak wanita yang sering mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.
Ates berkata, beliau tidak akan membenarkan golo­ngan konservatif agama menafikan hak beliau untuk menjadi seorang Muslim.
Menurut rakaman imej yang dikeluarkan, jemaah di masjid berkenaan solat secara bercampur antara lelaki dan wanita selain imam ber­ucap dalam bahasa tempatan.
Malahan ada juga jemaah wanita yang memakai tudung dan tidak memakai tudung.
Di samping itu, tujuh orang pengasas masjid tersebut berkata, mereka bercadang mahu membuka dewan solat kepada semua golongan termasuk gay dan pengkid. – AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masjid-di-berlin-sebar-fahaman-islam-liberal-1.494373#ixzz4kVlJUP84
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 16 June 2017

Hikmah Ramadhan: Penghuni Islam dianggap wira



PENGHUNI Islam yang berjaga menunggu sahur antara jam 1 hingga 2 pagi menyelamatkan banyak nyawa dalam kebakaran Menara Grenfell kerana mereka yang menyedari kebakaran itu, mengejutkan jiran supaya menyelamatkan diri.
Mereka terhidu asap apabila kebakaran bermula kira-kira 1 pagi dan ketika berlari keluar menyelamatkan diri, mengetuk pintu rumah jiran memberitahu bahaya mendatang kerana penggera kebakaran dan penyiram air tidak berfungsi.
Antaranya, Khalid Suleman Ahmed, 20, yang tinggal di tingkat lapan berkata, dia bermain PS4 sambil menunggu sahur.
Fajar di London ialah kira-kira 2.40 pagi.
“Saya terhidu asap tapi loceng kebakaran tidak berbunyi.
“Saya melihat melalui tingkap dan nampak asap dari tingkat tujuh lalu mengejutkan ibu saudara. Kami segera keluar dan mengetuk pintu rumah jiran,” katanya.
Menurut Daily Mail, seorang lagi penduduk, Nadia Yousuf, 29, berkata penghuni Islam antara yang pertama memberi amaran kepada penghuni lain mengenai kebakaran itu kerana menyedari kejadian ketika bangun untuk bersahur.
Kini, pelbagai pertubuhan, termasuk pusat Islam dan masjid, gereja serta kuil Sikh menyediakan bantuan dengan membuka rumah ibadat masing-masing sebagai tempat perlindungan kepada mangsa.

Masjid Al-Manaar menawarkan bantuan kepada mangsa dan gambar kanan, sukarelawan masjid itu mengumpul barangan keperluan yang disumbangkan orang ramai untuk diberi kepada mangsa.
Masjid Al-Manaar berhampiran menawarkan perlindungan kepada semua mangsa tanpa mengira agama untuk tinggal di masjid itu.
Melalui Facebook, pengurusan masjid itu menyatakan: “Masjid dan Pusat Al-Manaar dibuka sebagai perlindungan sementara untuk mereka yang menjadi mangsa kebakaran Menara Grenfell Tower.
“Mangsa tanpa mengira agama dialu-alukan untuk berlindung, berehat, tidur, makan dan minum.
“Sukarelawan dan kakitangan Al-Manaar akan menghantar air, kurma dan keperluan lain kepada mangsa. Doa kami bersama anda ketika musibah ini.”
Gereja St Clement dan St James serta satu kuil Sikh juga menawarkan perlindungan kepada semua mangsa.
Seorang wanita tempatan berkata: “Jika bukan kerana remaja Islam sekitar sini dan yang datang dari masjid mungkin lebih ramai akan mati.
“Mereka yang pertama tiba membawa air dan membantu orang ramai.”
Andre Barroso, 33, memberitahu Independent: “Penduduk Islam bertanggungjawab mengejutkan penghuni lain keluar segera dari bangunan.
“Saya nampak penduduk Islam di mana-mana. Mereka juga menyediakan makanan dan pakaian.”

-Metro

Wednesday 14 June 2017

Tazkirah Ramadhan: 'Kesungguhan mak cik penjual rebung,' kongsi Asri

'Kesungguhan mak cik penjual rebung,' kongsi Asri

SHAH ALAM - "Ketika jam hampir 12 malam, mak cik ini masih di kaki lima menjual rebung dan beberapa jenis makanan segera," demikian coretan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebooknya mengenai kisah kesungguhan seorang mak cik penjual rebung.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, pada awalnya beliau, bertemu dengan anaknya yang masih kecil berniaga di hadapan bangunan KFC Kangar.

"Dia anak istimewa. Dia memberitahu ibunya juga berniaga di sana. Saya mencari ibunya. Saya dapati wanita yang sudah berusia berniaga di kaki lima," ujar Mohd Asri

Ujar Mohd Asri, tatkala beliau bertamu mata dengan mak cik itu, emak kepada anak OKU itu, beliau bertanya kepadanya sama ada, dia ada mendapat bantuan zakat.

"Dia menjawab: Ya! Mak cik ada terima zakat secara bulanan dan bantuan Badan Kebajikan juga. Cumanya mak cik tidak mahu duduk sahaja sebab ada tanggungjawab tiga anak OKU di rumah," jelas wanita itu kepadanya.

"Saya lihat dia menjual sekarong rebung yang dimasukkan dalam bungkusan-bungkusan kecil. Agak banyak dan berat," katanya.

Saya bertanya: "Dari mana modal mak cik ambil untuk berniaga?" Dia menjawab: "Mak cik cari dan potong sendiri dari hutan".
Rebung yang dijual makcik berkenaan.
Mendengar luahan mak cik itu, Mohd Asri berkata, hatinya tersentuh.
"Saya sedih mendengar kesungguhan beliau berusaha agar tidak meminta-minta. Itulah kemuliaan dan itulah ibadah yang hebat," katanya.

Oleh itu, kata Maza lagi terkesan dengan luahan itu, beliau menghulurkan sedikit sumbangan kemudian beliau membeli kesemua rebungnya sebagai tanda sokongan.
"Hampir 40 bungkus rebong beliau. Saya bukan penggemar rebung. Namun saya pasti pagi esok saya akan cari masjid yang sudi terima semua rebung ini untuk dibuat menu berbuka puasa," katanya.

Ujar Mohd Asri lagi, sebelum beliau dan keluarga beredar, beliau ada bertanyakan kepada mak cik itu, "Mak Cik tinggal di mana?" Jawabnya: "Di Chuping". Saya tanya lagi: "Macam mana semua barang ini dibawa ke sini?"

"Dia menunjukkan motosikalnya yang uzur. Dia beritahu semalam tayar motorsikalnya pecah, dia terpaksa menolak motorsikal itu sehingga ke rumah. Dari jam 12 malam, jam 4 pagi baru sampai rumah. Amat sedih saya mendengar".

Berbicara lanjut, ujat Maza sebelum beliau masuk ke keretanya, beliau bertanya lagi, "Mak cik tahu pejabat Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) di mana? Dia agak terpinga-pinga. Saya tanya lagi: Mak Cik tahu pejabat zakat kat mana? Dia jawab: Tahu! Saya kata kepadanya: 

"Di situlah pejabat MAIPs. Esok pergi ke situ bagitahu kat kaunter tu mufti suruh mak cik mohon zakat tambahan". Dia mengangguk,".

Menyimpulkan peristiwa itu Mohd Asri berkata, "orang sepertinya yang kuat berusaha tidak duduk saja layak ditambah peruntukan bantuan. Insya-ALLAH MAIPs akan menambahkan bantuan untuknya,".

"Saya beredar dalam jiwa yang sedih. Semoga ALLAH ampuni saya dan segala dosa serta kelemahan saya. Semoga ALLAH memberikan rezeki kepadanya yang banyak. Melihat kepada kesusahan dan kesungguhan orang yang seperti ini, menjadikan kita insaf betapa kita tidak cukup bersyukur kepada ALLAH atas segala kurniaanNYA dan betapa sedikitnya ujian yang kita terima," katanya.

-Sinar


Wanita baca al-Quran di atas motosikal terperangkap kesesakan jadi tular

JAKARTA 13 Jun - Kota metropolitan Jakarta memang terkenal dengan kesesakan lalu-lintas yang teruk dan keadaan tersebut bertambah gawat di bulan Ramadan, khususnya pada waktu orang ramai hendak pulang berbuka puasa.
Bagaimanapun tindakan seorang wanita membaca al-Quran ketika berada di atas motosikal yang terperangkap di dalam kesesakan hari ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, bahkan menjadi tular di media sosial.
Gambar tersebut dimuatkan di dalam instagram.com/dramaojol.id memaparkan seorang wanita yang jaket dan topi keledar berlogo Grab.
Berdasar cerita yang dipaparkan wanita tersebut dikatakan seorang penunggang Grab Motosikal telah mengambil seorang penumpang di Pondok Indah di Jakarta.
Advertisement
Simpati dengan wanita berkenaan, penumpang berkenaan telah menunggang motosikal tersebut dan wanita bekerja sebagai penunggang Grab itu diminta membonceng.
Wanita berkenaan pula ketika kenderaan yang dinaiki terperangkap di dalam kesesakan membaca al-Quran dan perbuatan wanita berkenaan mendapat pujian para netizen.
Ramai juga yang melahirkan keinsafan kerana masa atau kekangan pekerjaan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak beribadah dan mencari pahala di sepanjang Ramadan ini. 

- UTUSAN ONLINE


Tuesday 13 June 2017

Budak berhidung gajah


New Delhi: Seorang budak lelaki ditemui dengan hidung tidak ubah seperti belalai gajah yang dipercayai penjelmaan semula dewa Hindu akibat keadaan yang menyebabkan sebahagian otaknya tersembul dari tengkorak.
Kanak-kanak dinamakan Ganesh sempena dewa berupa gajah itu tidak mampu bercakap, makan atau melihat disebabkan ketumbuhan itu disebabkan ensefalosel frontonasal.
Disebabkan itu, otak Ganesh yang berusia sembilan tahun berkembang lebih lambat berbanding kanak-kanak seusianya yang turut mengakibatkan percakapan dan perkembangan mentalnya terjejas.
Pakar bedah bagaimanapun yakin keadaannya mampu berubah dengan pembedahan, seterusnya membolehkan Ganesh yang dipuja penduduk tempatan kerana disangka jelmaan semula dewa mendapat keluarga angkat.
Ganesh ditemui merayau-rayau dan menangis oleh polis tempatan di jalan raya di perkampungan terpencil di timur laut India.
Disebabkan percakapannya tidak sempurna, Ganesh tidak dapat memberitahu polis asal-usulnya, dan mereka menyerahkannya kepada organisasi bukan kerajaan Bakakhat Nirman Gut yang kini menjaganya.
Presiden organisasi itu Jiten Gogoi berkata, Ganesh kanak-kanak paling istimewa dalam jagaan mereka.
“Dia budak baik dan amat disayangi selain turut dipuja segelintir pihak. Namun ketika ditemui dia tidak mampu bercakap, malah sukar makan kerana hidungnya terlalu berat,” katanya.
Sementara itu, Dr Shibu Pillai yang mengetuai pasukan doktor yang merawatnya berkata sebahagian tengkorak Ganesh tidak sempurna menyebabkan ia tersembul dan mewujudkan bonggolan besar pada dahi.
“Keadaan seperti ini pernah dilaporkan namun lebih sukar untuk Ganesh kerana langsung tidak dirawat.
“Kami akan melakukan pembedahan membina semula bentuk muka serta hidung Ganesh selain mengurangkan bengkaknya.
“Dia mampu menjalani kehidupan biasa tetapi perlu menjalani beberapa pembedahan,” katanya.

-Metro

Ular dahaga minum bersuap

SEKUMPULAN penyelamat haiwan mengambil risiko memberi minum menggunakan cawan kepada seekor ular tedung yang kehausan akibat cuaca panas di India sekarang.
Pekerja di Goa melihat ular sepanjang empat meter itu yang kehausan dekat satu kolam, menghubungi Skuad Penyelamat Haiwan yang kemudian menemui ular berkenaan bersembunyi di atas pokok
Menurut Daily Mirror, Presiden kelab itu, Amrut Singh, memanjat pokok dan menjatuhkan ular berkenaan.
Bisa akibat patukan ular tedung boleh membunuh seekor gajah.
Ular itu bagaimanapun, enggan minum air dalam mangkuk lalu Amrut menggunakan cawan bagi memberinya minum dengan daun bagi menyalurkan air.
Walaupun dikelilingi ramai orang, ular itu kelihatan tidak menghiraukan mereka, terus minum air yang diberi.
Amrut yang terkejut apabila ular itu minum air yang dituangnya dari cawan, berkata ular berkenaan berkenaan kemudian dilepaskan kembali ke dalam hutan.
“Saya ‘menguruskan’ ular tedung sejak 15 tahun lalu. Ia tidak bahaya jika kita kendalikannya dengan berhati-hati,” katanya.

-Metro

Friday 9 June 2017

Doktor keluarkan cawan dari dubur lelaki



Milan: Seorang lelaki di sini terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di hospital selepas satu cawan kaca termasuk ke dalam duburnya sebelum pecah.
Lelaki yang tidak dinamakan itu dipercayai khayal selepas mengambil dadah sebelum dengan sengaja memasukkan cawan sepanjang 8 sentimeter ke dalam duburnya.
Bagaimanapun, apabila dia cuba mengeluarkan semula cawan itu, ia pecah dan tersangkut di dalam duburnya.
Lelaki itu hanya pergi ke hospital dua hari kemudian kerana bimbang dengan keselamatannya walaupun tidak berasa sakit.
Doktor yang membuat imbasan X-ray terkejut melihat kehadiran objek seperti cawan di dalam dubur lelaki itu dan terus menjalankan pembedahan kecemasan.
Pembedahan selama beberapa jam itu berjaya mengeluarkan semua serpihan kaca di dalam dubur lelaki berkenaan.
Doktor pada mulanya menawarkan bantuan rawatan psikiatrik tetapi lelaki itu menolak dan dia dibenarkan pulang sehari selepas itu.
Doktor memberitahu, lelaki itu bernasib baik kerana kaca yang pecah tidak mencederakan organ dalamannya yang boleh menyebabkan dia maut akibat kehilangan darah. 

- Agensi/Metro

Burger RM9,800



The Hague: Seorang chef di sini baru-baru ini mencipta burger yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai yang paling mahal di dunia.
Burger berharga £1,785 (RM9,800) itu mengandungi wagyu Jepun yang diperam dengan teknik khas, patti daging Black Angus, udang galah Oosterschelde yang direndam dengan arak, foie gras, truffle putih, keju Remeker, tomato Jepun dan kaviar.
Salad dari Perancis, daging dari Iberia dan sos khas dibuat daripada 35 udang galah, kopi Blue Mountain Jamaica, vanilla Madagascar, safron dan kicap Jepun juga dicampurkan di dalamnya.
Dan semuanya itu dikepitkan dengan ban brioche yang dibuat daripada saffron dan bahagian atasnya ditabur dengan daun emas.
Burger itu dihasilkan oleh chef Diego Buik dari restoran South of Houstan di The Hague.
Minat Buik terhadap burger berkembang ketika dia bekerja di sebuah restoran di Soho, London.
Sejurus selepas kembali ke Rotterdam, dia mula mereka dan menghasilkan burgernya sendiri.
Buik menghasilkan burger termahal di dunia itu pada 28 Mei lalu sempena Hari Burger Antarabangsa.
Bagaimanapun, burger itu tidak akan tersenarai dalam menu di restorannya.
Buik berkata: “Jika anda mahu memakannya dan sanggup membayar harga itu, sila buat pesanan lebih awal.”

-Metro

Wednesday 7 June 2017

Keldai hidup dicampak dalam kandang harimau



Beijing: Video mengerikan dimuat naik ke Internet menunjukkan saat penjaga zoo di China menolak keldai hidup ke kandang harimau untuk dimakan tiga haiwan pemangsa itu.
Keldai yang ketakutan itu ditolak pekerja yang memakai baju hujan sebelum jatuh ke dalam air yang mengelilingi kandang harimau dan terus diserang dua haiwan berkenaan.
Kejadian itu dipercayai berlaku di zoo Changzhou, timur China.
Menurut keterangan video itu, keldai malang berkenaan dibunuh dalam tempoh hanya setengah jam.


-Metro

Monday 5 June 2017

Anak lembu ‘berkepala manusia’ di India

SEEKOR anak lembu di India mempunyai mata, hidung dan telinga

MUMBAI 3 Jun – Seekor anak lembu di India dilahirkan dengan kepala haiwan itu menyerupai ciri-ciri seorang manusia di sebuah pusat perlindungan binatang berkenaan di daerah Muzaffarnagar, di negeri Uttar Pradesh, kelmarin.
Mail Online melaporkan, anak lembu itu mempunyai mata, hidung dan telinga menyamai manusia manakala bahagian badan haiwan terbabit mempunyai ciri seperti lembu normal.
Bagaimanapun, lembu itu mati selepas sejam ia dilahirkan.
Berita mengenai ke­la­-
hiran lembu itu meng­gemparkan pendu­duk se­­tem­pat yang berbondong-bon-
dong datang untuk melihat sendiri haiwan terbabit yang dipercayai adalah satu daripada tuhan Hindu.
Menerusi sebuah video yang tular, haiwan yang mati itu disimpan di dalam sebuah bekas kaca ketika orang ramai dilihat memberikan kalungan bunga kepada haiwan terbabit.
Pengurus pusat perlin-dungan lembu itu, Raja Bhaiya Mishra berkata, adalah satu keajaiban anak lembu berkenaan dilahirkan di premis ter-sebut sehingga ribuan pengunjung membanjiri premis ini untuk melihatnya.
Mishra berkata, haiwan itu akan dibakar tiga hari lagi dan sebuah kuil akan dibina untuk haiwan tersebut.
Tambahnya, ibu kepada anak lembu itu diselamatkan daripada sebuah pusat penyembelihan dan dimasukkan ke dalam pusat perlindungan tersebut enam bulan lalu sebelum ia bunting.
Bagaimanapun, pakar haiwan mempunyai pandangan mereka yang berbeza tentang kelahiran itu dan menolak kepercayaan karut mengenai kelahiran haiwan ganjil tersebut.
Seorang doktor ve­terinar kanan di Wildlife SOS India, Dr. Ajay Deshmukh berkata, kelahiran itu merupakan satu kes anomali anatomi.
“Jika gen yang tidak berkembang dengan baik atau terdapat kesilapan, ia akan menyebabkan pelbagai kecacatan struktur dan anomali itu berlaku. Ia mempunyai sebab-sebab saintifik dan penjelasan namun tiada kepercayaan karut di sini,” jelas Deshmukh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/anak-lembu-8216-berkepala-manusia-8217-di-india-1.489016#ixzz4jCBJ8gac
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat jadi pembonceng



Purnia, India: Seorang lelaki miskin terpaksa membawa mayat isterinya menaiki motosikal untuk pulang ke kampung selepas tidak mendapat perkhidmatan ambulans di hospital dan tidak mampu menyewa van mayat.
Shankar Sah, 60, dari kampung Ranibari di daerah Purnia di negeri Bihar berkata, isterinya, Susheela Devi, 50, meninggal dunia kerana sakit di sebuah hospital kerajaan pada Jumaat lalu.
“Petugas hospital mengarahkan membawa pulang mayat isteri tetapi apabila saya meminta sebuah kenderaan mereka memberitahu saya perlu uruskan sendiri,” katanya.
Sah kemudian berjumpa seorang pemandu ambulans tetapi lelaki itu meminta bayaran sebanyak Rs2,500 (RM166) yang tidak mampu dibayarnya.
Kerana tiada pilihan, Sah dan anak lelakinya, Pappu terpaksa membawa mayat isterinya pulang ke kampung menaiki motosikal untuk upacara pengebumian.

-Metro