Thursday 7 May 2015

Awwwww : Kemaruk wanita tak ada gigi

Wellington: Seorang lelaki New Zealand yang mempunyai nafsu pelik terhadap wanita yang tidak bergigi didapati bersalah semalam atas tuduhan menyerang dan mencabul kehormatan wanita.

Pendakwa raya menggambarkan kes itu sebagai pelik selepas Philip Lyle Hansen, 56, didakwa mencabut gigi seorang wanita dengan menggunakan playar ketika mengadakan hubungan seks.

Mahkamah di sini mengambil masa selama enam hari bagi pihak pendakwaan mengemukakan bukti mengenai tabiat seksual pelik Hansen dan obsesinya terhadap pergigian. Empat wanita turut memberi keterangan selepas Hansen mengaku tidak bersalah atas 10 tuduhan yang berkait dengan insiden itu sejak 1988 hingga 2011.

Hansen kemudian disabitkan atas lima pertuduhan serangan dan mencabul kehormatan.

Bagaimanapun, juri membebaskannya daripada empat lagi tuduhan termasuk satu tuduhan merogol. Mahkamah memberitahu, lelaki itu yang mempunyai sikap suka mengawal dan menguasai, lebih sukakan wanita tidak bergigi.

Seorang wanita menceritakan bagaimana ketika mereka melakukan hubungan seks, lelaki terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan playar dan cuba mencabut giginya. Tambah wanita itu, Hansen pernah merangkul kepalanya ketika dia sedang tidur dan cuba mencabut giginya. - AFP

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49098#sthash.Jvy8cpJY.dpuf

No comments: