Wednesday 27 May 2015

Nenek Asyani dijel 1 tahun

Situbondo, Indonesia: Seorang nenek berusia 63 tahun histeria selepas dihukum penjara satu tahun dan didenda Rp500 juta (RM140,349) oleh sebuah mahkamah di sini, semalam selepas didapati bersalah mencuri kayu jati. Selepas hukuman dibacakan hakim, Asyani tiba-tiba menjerit dan turut mengecam hakim ketika dibawa keluar dari mahkamah.

“Kalau hakim tidak percaya kepada saya ayuh bersumpah sama saya,” katanya sambil menangis. Barisan hakim yang diketuai Kadek Dedy Arcana berkata, Asyani terbukti secara sah dan meyakinkan telah melanggar undang-undang pencegahan dan pembanterasan kerosakan hutan.

Selepas perbicaraan berakhir Asyani masih enggan berganjak dari tempat duduknya sehingga terpaksa dibawa keluar oleh anggota polis. Keputusan mahkamah itu juga menyebabkan seorang anak Asyani, Mistiana pengsan di depan mahkamah.

Wanita itu didakwa mencuri hasil hutan selepas pihak berkuasa menjumpai 38 kayu jati di kediamannya pada Julai tahun lalu. Bagaimanapun, Asyani mengaku tidak bersalah dan memberitahu bahawa kayu itu diambil dari kebunnya sendiri.

Perbicaraan Asyani mendapat liputan meluas media Indonesia selepas gambar wanita itu melutut di hadapan hakim ketika didakwa mahkamah tersebar di laman sosial. Sebelum hakim membuat keputusan, kawalan keselamatan di mahkamah turut diperketatkan.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk kumpulan pelajar juga berkumpul di luar mahkamah untuk memberi sokongan kepada Asyani.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46022#sthash.CxX9gDPm.dpuf

No comments: