Thursday 28 May 2015

Suami eksekutif TV9 terlepas hukuman gantung

SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif syarikat minyak dan gas menangis dan memeluk keluarganya selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi membebaskannya daripada tuduhan membunuh isterinya, tiga tahun lalu.
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Norazman Bashah Ahmad Bashah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Norazman Bashah,34, didakwa membunuh eksekutif pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaafar, 31, di kediaman mereka di No 115, Tingkat 1 Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan 64 eksibit dikemukakan sepanjang perbicaraan bermula pada 16 Oktober tahun lalu.
Norazman diwakili peguam, Muhamad Fadli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan
 
-Sinar

No comments: