Friday 22 May 2015

Isi perut ibu muda hampir terburai

TEXAS 21 Mei - Seorang ibu muda berdepan detik cemas apabila bekas jahitan pada perutnya selepas bersalin melalui pembedahan, terbuka menyebabkan tali perut dan ususnya hampir terburai. Kejadian itu berlaku ketika dia berada di rumahnya, di Liphook, Hamsphire, baru-baru ini.

Menurut laman web mirror.com, kesakitan yang ditanggung ibu muda itu, Sam Bell, tidak terhenti di situ sahaja, apabila dia terpaksa pula menunggu selama 40 minit sebelum ambulans tiba untuk membawanya ke hospital.

Tiga hari sebelum itu, ibu muda berusia 28 tahun itu dibenarkan keluar dari hospital selepas bersalin melalui pembedahan Caeserian di Hospital St. Hellier. Beberapa hari kemudian, dia didatangi seorang bidan yang mahu membuka bekas jahitan pembedahan tersebut.

Katanya, ketika mahu membuka jahitan itu, dia merasakan ada sesuatu yang melekat pada perutnya. “Ketika itu saya merasakan kesakitan seperti ada sesuatu yang tersekat pada bahagian perut saya, menyebabkan saya membuka seluar yang saya pakai. “Saya terkejut melihat jahitan kesan pembedahan di perut saya sudah terbuka menyebabkan isi perut dan usus saya hampir terkeluar,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Dia kemudian terus menahan bahagian perut sambil menjerit memanggil suami dan bidan untuk meminta bantuan dan mereka terkejut melihat kejadian itu. Bell kini berada dalam keadaan sihat selepas diberi rawatan dan sudah dibenarkan keluar hospital serta menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/isi-perut-ibu-muda-hampir-terburai-1.94331#sthash.mC1MyX3j.dpuf

No comments: