Thursday 21 May 2015

Gajah ‘rakam’ gambar selfie

BANGKOK 20 Mei – Seekor gajah mencetuskan fenomena apabila imejnya ‘merakam’ gambar selfie menggunakan belalai ketika diberi makan oleh seorang pelancong, tersebar di Internet.

Pelancong dari Kanada itu, Christian LeBlanc memberitahu akhbar Daily Mail, ketika itu dia sedang memberi makan haiwan berkenaan di sebuah pusat perlindungan gajah di Koh Phangan, wilayah Surat Thani, baru-baru ini. LeBlanc, 22 berkata, gajah itu kemudian terus merampas kamera GoPro miliknya yang telah diletakkan dalam mode ‘timer’ sebelum merakamkan beberapa keping gambar dengan menggunakan belalainya.

 Dia yang merupakan pelajar di Bangkok berkata, selfie itu dirakam ketika dia cuba memberikan pisang kepada gajah tersebut.

 “Saya memberikan gajah tersebut sebiji pisang, tetapi haiwan itu merampas kamera saya. “Saya rasa sangat bertuah kerana dapat merakam detik manis bersama gajah ini. Ini adalah selfie terbaik dalam hidup saya,” katanya.

LeBlance berkata, dia dan teman wanitanya akan ke Filipina dan berharap dapat merakam gambar selfie bersama ikan paus yang merupakan ikan paling besar di dunia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gajah-8216-rakam-8217-gambar-selfie-1.94082#sthash.xqUhw3RG.dpuf

No comments: