Tuesday 29 September 2015

Lima budak mati ditetak


Bangkok: Seorang lelaki yang mengalami masalah mental bertindak kejam apabila menetak hingga mati lima kanak-kanak termasuk seorang berusia lima bulan dengan kapak. Asapa Seewua, 22, dilaporkan mengamuk dan menetak lima anak jirannya di sebuah kampung di daerah Chai Prakarn di Chiang Mai pada tengah hari kelmarin.
Polis berkata, Asapa menyerbu rumah jirannya dan menetak lima kanak-kanak lelaki berusia lima bulan hingga lapan tahun menggunakan kapak. Seorang wanita mengandung yang dipercayai ibu kepada tiga mangsa juga cedera akibat ditetak di bahagian muka dan badan.
Jurucakap polis, Sombut Kalasuk berkata, lima kanak-kanak malang itu mati akibat ditetak di leher dan kepala. “Mayat tiga kanak-kanak dijumpai berlumuran darah di dalam rumah dan seorang mati di depan pintu pagar serta seorang lagi di hospital. “Punca suspek mengamuk masih tidak diketahui tetapi lelaki ini mempunyai sejarah penyakit mental,” katanya.
Ujarnya, suspek menyerbu masuk rumah jirannya dan terus mengejar kanak-kanak berkenaan. “Ibu mangsa yang terdengar suara kanak-kanak menjerit cuba menenangkan suspek tetapi dia turut ditetak,” jelasnya. Menurutnya, suspek ditangkap dan dibelasah penduduk kampung sebelum diserah kepada polis.




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80882#sthash.3e52XX7w.dpuf

No comments: