Friday 18 September 2015

Model bergambar dengan buaya liar di bawah air






AGENSI - IMEJ mempesonakan Mancino berada dekat dengan buaya.




QUINTANA ROO, Mexico – Seorang model nekad memperjudikan nyawanya ketika merakamkan gambar bawah laut bersama seekor buaya di sini baru-baru ini.
Roberta Mancino dari Itali mengembara sejauh 48 kilometer dari pesisir pantai ke sebuah lagun di tengah kawasan terumbu karang Banco Chinchorro di Teluk Mexico dan menjadi habitat kepada lebih 700 ekor buaya bagi memenuhi impiannya berenang bersama buaya.
Rakaman yang dijalankan pada Jun lalu dan mengambil masa lima hari menyaksikan Mancino menghabiskan masa sehingga 10 jam berenang bersama reptilia berkenaan di kawasan tersebut.
Buaya-buaya di situ kelihatan selesa dengan kemunculannya, membolehkan jurugambar merakamkan beberapa imej mempesonakan Mancino berada dekat dengan haiwan pemangsa itu.
“Sudah tentu saya tidak mahu semua orang mula berenang dengan buaya selepas ini, namun saya mahu menunjukkan bahawa reptila itu bukan haiwan yang ganas,’ ujar Mancino. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3m2woAp5F

No comments: