Wednesday 4 November 2015

Tinggalkan cucu di padang pasir

Arizona: Seorang lelaki ditangkap dan dituduh meninggalkan cucunya berusia lima tahun di padang pasir bersama pistol .45 caliber serta arahan menembak ‘orang jahat.’ Paul Armand Rater, 53, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan mendera dan membahayakan nyawa kanak-kanak berikutan kejadian itu kelmarin. Menurut polis, dia keluar bersama cucunya dari rumah mereka di Buckeye, 48 kilometer ke barat Phoenix dengan menaiki trak pikap. Bagaimanapun, empat jam kemudian, kanak-kanak itu dilaporkan hilang. Ibu kanak-kanak itu yang melancarkan usaha mencari menemuinya di kawasan padang pasir sambil memegang pistol itu.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Dia diberikan pistol dan diarah menembak orang jahat. Saya tidak pasti bagaimana kanak-kanak lima tahun dapat membezakan orang baik dan orang jahat,” kata syerif Maricopa County Joe Arpaio. Rater kemudian ditemui di sebuah kedai dan memberitahu polis, keretanya rosak dan terpaksa meninggalkan cucunya di bawah pokok di padang pasir kerana kanak-kanak itu tidak berdaya untuk berjalan. “Saya meninggalkan dia dan pistol itu sementara saya meneruskan perjalanan untuk minum dan makan,” kata pejabat syerif, memetik kata-kata Rater. - Agensi








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90532#sthash.ql1NcoHm.dpuf

No comments: