Wednesday 23 September 2015

Al-Quran palsu dirampas

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi merampas 70,000 salinan palsu al-Quran menjelang musim haji. Menurut pegawai Saudi, trak yang membawa al-Quran palsu itu ditahan berhampiran kampung Al Jamoom, pintu masuk ke kota Makkah yang kini melihat kehadiran ribuan jemaah bagi menunaikan ibadah haji.
Penemuan pada Isnin itu datang selepas berlaku beberapa peristiwa tragik sepanjang berlangsung musim haji tahun ini.
Empat jemaah haji dari Yaman dilaporkan cedera dalam kebakaran hotel di Makkah menyebabkan 1,500 orang dipindahkan.
Sementara itu, awal bulan ini, sebuah kren runtuh di Makkah mengorbankan lebih 100 orang dan mencederakan lebih 300 jemaah.
Raja Arab Saudi menjanjikan pampasan lebih $260,000 (RM300,000) kepada setiap keluarga yang terjejas dalam kejadian itu. - Agensi




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79557#sthash.IVooeL87.dpuf

No comments: