Arab Saudi bendung trend rakyat gemar membazir, bongkak
JEDDAH 25 Jan. - Pakar perundangan Arab Saudi mendesak Biro Pendakwaan Awam dan Penyiasatan (BIPP) mengeluarkan waran tangkap dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap rakyatnya yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan dan pembaziran dalam laman sosial.
Kenyataan itu dikeluarkan kumpulan pakar perundangan sebagai reaksi terhadap trend rakyat negara ini yang bermegah-megah dengan pembaziran makanan dan menunjukkannya dalam klip video.
“Mereka membazirkan pemberian Tuhan, menggalakkan pembaziran, merosakkan reputasi masyarakat, menyebarkan budaya bermegah-megah, dan bongkak,’’ ujar pakar perundangan.
Portal Arab News dipetik sebagai berkata, beberapa klip video menunjukkan sekumpulan individu memegang kuali perak yang berisi minyak wangi untuk tetamu membasuh tangan selain video memaparkan individu yang mencampakkan beberapa gumpalan wang kertas sebagai makanan unta.
Terdapat juga individu yang meletakkan sejumlah wang dalam teko berisi air panas menyebabkan wang itu rosak kerana menyifatkan tetamunya berhak mendapatkan yang lebih baik daripada itu. Seorang hakim, Sheik Hamad al-Razen menegaskan, pembaziran dan bermewah-mewah adalah bertentangan dengan al-Quran dan sunnah dan mendesak tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat serta mengheret mereka ke mahkamah khas.
Peguam dan penasihat perundangan, Ahmad Jamman Al-Malki berkata, mengikut undang-undang negara ini, sesiapa yang secara sengaja memusnahkan mata wang negara menggunakan bahan kimia atau memusnahkan sebahagian mata wang, boleh dihukum penjara antara tiga tahun sehingga lima tahun dan didenda SR3,000 hingga SR10,000 (RM3,401 hingga RM11,337) atau kedua-duanya sekali. Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Maksiat dan Penggalakan Nilai Murni (Haia), Turki Al-Shulail, pihaknya sedang mengambil langkah sewajarnya terhadap kesalahan tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tangkap-individu-8232-bermegah-di-laman-sosial-1.183520#sthash.sPF6WNao.dpuf

No comments:
Post a Comment