Dalam kejadian pukul 5.11 petang, burung jantan itu bagaimanapun dapat terbang semula selepas dahan berkenaan dipotong oleh anggota bomba yang memanjat pokok dengan menggunakan tangga.
Namun begitu, burung berkenaan yang biasanya akan pulang sendiri ke rumah tuannya hinggap pula pada bumbung sebuah rumah dua tingkat berhampiran selepas itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fauzi Abd. Aziz berkata, pihaknya sekali lagi memberikan bantuan dengan menyediakan tangga bagi membolehkan pemiliknya, S. Chantri memujuk burung berkenaan.

“Burung tersebut dipujuk dengan menggunakan seekor lagi burung betina jenis sama miliknya untuk dijinakkan dan didakap kembali.

“Operasi selesai setelah mengambil masa kira-kira dua jam dan tamat sepenuhnya pada pukul 6.55 petang,” katanya.

Sementara itu, pemiliknya, Chantri berkata, dia amat terharu dan gembira apabila burung kesayangannya yang dipanggil 'baby' itu selamat kembali ke pangkuannya dalam keadaan selamat.

-UTUSAN ONLINE