Mumbai: Seorang buruh binaan mencipta keajaiban kerana masih hidup walaupun kepalanya ditembusi sebatang besi sepanjang lebih dua meter. Kejadian berlaku ketika Mohammad Guddu, 24, berkerja di sebuah tapak pembinaan, di sini apabila sebatang besi di tingkat atas terjatuh dan menimpanya. Impak yang kuat menyebabkan besi itu tercacak dan menembusi sehingga ke belakang kepala Mohammad. Pekerja yang lain terkejut melihat Mohammad menjerit kesakitan dan berada dalam keadaan sedar walaupun besi menembusi kepalanya.
Mohammad kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya mengeluarkan besi itu selepas menjalani pembedahan selama dua jam. Pakar bedah yang mengetuai pembedahan itu, Dr Batuk Diyora berkata, ia satu keajaiban kerana Mohammad masih hidup walaupun mengalami kemalangan yang mengerikan.“Ia satu pembedahan yang sukar dan dia sangat bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai bahagian otak yang penting,” katanya.
Menurutnya, Mohammad mengalami lumpuh sementara di bahagian kiri badannya, tetapi dia dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/116540#sthash.vzJICUvd.dpuf
No comments:
Post a Comment