GUJARAT, India – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sini berdepan pengalaman mengerikan apabila beribu ekor semut bersarang di dalam telinganya.
Masalah yang dialami Shreya Darji itu bermula pada Ogos tahun lalu apabila sering merasa gatal di dalam telinganya.
Setelah diperiksa, doktor menemui beberapa ekor semut besar hidup dan bersarang di dalamnya.
Menurut ibu bapa Shreya yang menetap di Deesa, Gujarat, sehingga kini doktor telah mengeluarkan lebih daripada 1,000 ekor semut dari telinga anak mereka, namun serangga itu terus membiak tanpa henti.
“Setiap hari, lebih kurang 10 ekor semut akan dikeluarkan dari dalam telinga Shreya. Walaupun telah menjalani pelbagai rawatan tradisional dan moden, tetapi masalah ini masih berterusan,” kata mereka.
Sementara itu, seorang pakar bedah telinga, hidung dan tekak di Gujarat, Dr. Jawahar Talsania berkata, melalui ujian imbasan resonan bermagnet (MRI) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) yang dijalankan, pihaknya tidak menemui sebarang keganjilan yang terdapat di dalam telinga Shreya.
“Lebih menghairankan, kanak-kanak ini tidak merasai kesakitan teruk walaupun semut-semut itu menggigitnya dan tiada kerosakan ditemui di dalam gegendang telinganya,” kata Jawahar. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3zFr40onB
No comments:
Post a Comment