KANOWIT 15 Feb. – Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir
setengah jam apabila lengan kanannya tertusuk besi pintu pagar di rumahnya di
Lorong Engkabang, Kampung Muhibbah semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 12.34 tengah hari.
“Setibanya di lokasi, kami mendapati wanita berkenaan sedang menahan kesakitan akibat tertusuk besi pintu pagar berkenaan.
“Bomba terpaksa menggunakan pemotong menyelamat (rescue cutter) bagi memotong besi berkenaan yang mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, sejurus besi pintu pagar berjaya dipotong, mangsa diserahkan kepada pihak perubatan dan dibawa ke Hospital Kanowit untuk rawatan lanjut.
-Utusan
No comments:
Post a Comment