Monday 29 February 2016

Gajah naik minyak di festival di kuil



Kerala: Satu majlis keagamaan menjadi kecoh apabila seekor gajah naik minyak, membelit kenderaan dan menghempaskannya. Haiwan yang bernama Devidasan itu dibawa menyertai festival di Kuil Bhagavathi di Kerala, negeri di selatan India, kelmarin, apabila ia tiba-tiba mengamuk.

Ia mula membelit sebuah motosikal dengan belalainya dan menghempaskan kenderan itu sebelum beralih pada sebuah beca bermotor dan melakukan perkara sama. Devidasan meneruskan keganasannya dengan membelit sebuah van, melambungkannya ke udara tiga kali.

Dua gembala yang berada di atasya berusaha mententeramkan haiwan berkenaan sebelum berjaya berbuat demikian selepas beberapa jam.

Tidak ada laporan mengenai kecederaan. Kuil Bhagavathi adalah antara kuil paling kuno dan terkaya di India. Festival empat hari di kuil itu diadakan setiap tahun antara Januari dan Februari. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118926#sthash.CXAuIAK6.dpuf

No comments: