Tuesday 11 April 2017

Bayi berjuang 20 bulan untuk hidup


Bangkok: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan cacat dan hanya diramal hidup selama beberapa hari oleh doktor, kini berjuang untuk hidup 20 bulan selepas itu.
Bayi itu yang belum dinamakan, dilahirkan dengan kecacatan pada jantung dan otak.
Doktor memberitahu, bayi itu mempunyai tiga ruang jantung berbanding empat pada manusia normal dan otaknya pula dipenuhi air.
Kisah bayi berkenaan menyentuh hati pengguna media sosial di Thailand apabila gambarnya tersebar di Internet.
Gambar menunjukkan kepala bayi malang itu mula membesar akibat dipenuhi air.
Bapanya yang dikenali sebagai Kang merayu komuniti perubatan antarabangsa membantu mencari rawatan untuk bayi itu.
“Apabila bayi kami dilahirkan, doktor meramalkan dia mungkin hidup selama beberapa hari atau paling lama sebulan.
“Bagaimanapun, selepas 20 bulan, bayi kami masih berjuang untuk hidup,” katanya.
Ujarnya, dia berharap ada rawatan ditemui untuk membantu bayinya itu.
“Saya berharap rayuan kami ini didengari oleh seseorang yang tahu mana-mana pakar atau rawatan untuk bayi kami ini,” jelasnya.

-Metro

No comments: