Monday 10 April 2017

Padah terlalu bergantung pada GPS


Beijing: Teknologi mungkin mampu membantu kita mencapai pelbagai rancangan yang satu ketika dulu dianggap mustahil.
Namun, masih ada ketikanya manusia memerlukan logik dan mengguna akal.
Pada 1 April lalu, sebuah balai polis di Anhui menerima panggilan kecemasan daripada seorang pemandu yang terperangkap di dalam sungai.
Polis yang dikerahkan ke tempat kejadian terkejut melihat kereta lelaki berkenaan terdampar di tengah sungai yang cetek.
Pemandu berkenaan mengakui tidak biasa dengan jalan di situ dan bergantung sepenuhnya pada Sistem Kedudukan Global (GPS) tanpa menyedari laluan itu membawanya ke tengah anak sungai.
Operasi menarik kereta itu mengambil masa hampir setengah hari.
Sementara itu pengguna Internet berkata: “Ini bukan masalah GPS. Ini masalah tidak menggunakan akal. ” - Agensi/Metro

No comments: