Monday 3 April 2017

11 tahun mentol lampu dalam perut






Riyadh: Doktor di sebuah hospital di al-Ahsa, wilayah di timur Arab Saudi, mengeluarkan sebiji mentol lampu dalam perut seorang lelaki berusia 21 tahun.
Menurut laporan, lelaki berkenaan dimasukkan ke wad kecemasan hospital itu selepas demam panas dan rasa mual teramat sangat.
Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, termasuk X-ray, doktor mendapati ada objek ganjil di dalam perutnya.
Menurut jurucakap hospital, pesakit itu serta-merta dibawa ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan objek berkenaan iaitu mentol lampu.
Pembedahan berjalan selama satu jam suku.
Lelaki itu yang kini dalam keadaan sihat memberitahu doktor kemudian, dia menelan mentol itu ketika berusia 10 tahun.

-Metro

No comments: