Thursday 13 April 2017

Seluar tak berbasuh jadi sarang burung



Beijing: Seorang pelajar universiti di Wuhan terkejut apabila mendapati seluarnya dijadikan sarang burung selepas ditinggalkan di balkoni asramanya selama seminggu.
Chutian Metropolis Daily melaporkan, pelajar kejuruteraan automatif Universiti Sains dan Teknologi Wuhan itu mengakui dia kerap membiarkan pakaiannya merata-rata selepas balik dari gim dan hanya membasuh baju pada hujung minggu.
Namun, minggu lalu dia tidak sempat mencuci bajunya dan hanya membiarkan seluarnya berjemur di balkoni tanpa menyedari seekor burung menjadikannya sarang.
Selepas kisahnya itu tersebar di kampus, pelajar lain menyuarakan simpati untuk burung berkenaan yang kehilangan ‘rumah’ barunya selepas seluar berkenaan dibasuh.
“Jadi marilah kita semua tinggalkan baju kotor di luar untuk membantu alam sekitar,” kata mereka berseloroh.

-Metro

No comments: