Beijing: Tindakan pantas sekumpulan jiran berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki berusia setahun yang terjatuh selepas memanjat balkoni rumahnya di tingkat lima. Budak itu terkunci di luar balkoni apartmen neneknya dan memanjatnya sebelum dilihat orang ramai di bawah dalam kejadian dipercayai berlaku di Dongguan sekitar jam 3 petang (waktu tempatan) 8 Mac lalu.
Jirannya bagaimanapun sempat menadah menggunakan kuilt tebal yang menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. Penduduk dikenali sebagai Xu memberitahu Ifeng News, dia terdengar tangisan kanak-kanak ketika berehat di rumahnya di tingkat satu bangunan itu.
“Saya menjengah ke luar dan melihat seorang budak lelaki duduk di atas susur balkoni dengan satu kakinya dilunjurkan.“Tanpa berlengah, saya terus berlari ke bilik dan menarik kuilt di atas katil sebelum memanggil jiran lain untuk membantu.“Sembilan jiran lain juga membawa kuilt dari rumah mereka dan kami semua berdiri di bawah balkoni kediaman budak itu,” katanya.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian berusaha merempuh masuk, tetapi tidak sempat sampai ke kanak-kanak itu yang tiba-tiba jatuh dan sempat disambut jiran-jiran di bawah.
Menurut akhbar tempatan, kanak-kanak itu bermain dengan neneknya sebelum tiba-tiba menolak wanita itu yang terus terkunci di dalam rumah. Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/122242#sthash.L403LhbH.dpuf
No comments:
Post a Comment