NEW DELHI 1 Mac - Lebih 1,000 orang bakal tentera di India
terpaksa menjalani ujian kemasukan bertulis dengan hanya berseluar dalam sebagai
mengelakkan penipuan, kelmarin.
Laporan stesen televisyen NDTV turut menyiarkan gambar keadaan calon
menjalani ujian tersebut yang diadakan di sebuah padang di timur bandar
Bihar.
Menurut seorang pegawai tentera, kaedah itu dilakukan bagi menghalang setiap calon daripada menyembunyikan nota atau telefon bimbit mereka untuk meniru.
Kira-kira 1,100 calon hadir untuk memohon jawatan tentera, perkeranian, dan teknikal dengan tentera di bandar Muzaffarpur, kelmarin itu.
Terdapat sebahagian calon mengangggap menanggalkan pakaian ketika menjawab soalan merupakan tindakan yang agak keterlaluan, namun akur dengan arahan itu.
“Pada mulanya saya merasa janggal, tetapi selepas pegawai tentera memberitahu kami itu adalah cara untuk mengelakkan penipuan, saya memahaminya,” kata seorang calon, Har Shambhu Kumar kepada NDTV.
Kementerian Pertahanan turut menuntut penjelasan mengenai arahan itu, namun pihak tentera mempertahankan langkah tersebut berikutan calon sebelum ini pernah beberapa kali ditangkap kerana menyelitkan nota dan telefon bimbit di dalam jaket atau poket pakaian mereka. – DPA
-Utusan

No comments:
Post a Comment