KUALA LUMPUR 26 Feb. – Pengguna media sosial hari ini dikejutkan
dengan penyebaran gambar seorang kanak-kanak perempuan bersama sejumlah besar
wang yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit di dalam sebuah bilik hotel
dipercayai di ibu negara.
Berdasarkan gambar tersebut, kanak-kanak berusia antara empat hingga enam
tahun yang memakai baju tidur duduk di lantai dan bersandar tepi katil.
Di hadapannya terdapat wang kertas RM100 dan RM50 yang siap diikat serta disusun di dalam sebuah beg besar yang mempunyai tag daftar sebuah penerbangan tambang murah tempatan.
Terdapat juga seikat wang kertas RM1, RM5 dan RM10 diletakkan di dalam bagasi berkenaan.
Turut kelihatan ialah beg plastik putih yang dipercayai mengandungi sejumlah lagi wang di sebelah kanak-kanak berkenaan. Di sebelah beg plastik itu terdapat satu lagi bagasi berwarna merah jambu.
Gambar itu juga menimbulkan seribu persoalan antaranya bagaimana wang yang begitu banyak boleh berada di dalam bilik hotel, untuk tujuan apa dan kaitannya kanak-kanak tersebut.
Motif penyebaran gambar tersebut juga tidak diketahui.
-Utusan

No comments:
Post a Comment