RIO DE JANEIRO – Seekor penguin yang berasal dari Hemisfera Selatan sanggup berenang sejauh kira-kira 8,000 kilometer setiap tahun semata-mata untuk bertemu dengan lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya.
Pada 2011, Joao Pereira de Souza, 71, yang merupakan seorang nelayan telah menemui seekor penguin kecil yang diselaputi tumpahan minyak dan hampir mati dalam keadaan terbaring di atas batu di pesisir pantai di sini.
Joao kemudian menyelamatkan penguin tersebut dan memberinya makan sehingga betul-betul sembuh. Penguin itu kemudian dinamakan Dindim.
Selepas seminggu, Joao cuba melepaskan penguin itu ke dalam laut, namun haiwan berkenaan enggan pergi.
“Akhirnya Dindim tinggal bersama saya selama 11 bulan sebelum menghilangkan diri apabila bersalin bulu baharu,” kata Joao mengimbas peristiwa tersebut.
Menurut pakar biologi dari Universiti Persekutuan Rio de Janeiro, Profesor Krajewski, keadaan itu berlaku kerana penguin berkenaan percaya Joao merupakan sebahagian daripada keluarganya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz42YIq41bg
No comments:
Post a Comment