Portal Mail Online melaporkan, rakaman video selama tiga minit itu menunjukkan dua lelaki tersebut memegang tali ketika mereka berdiri di atas paus jerung, yang merupakan ikan dan jerung terbesar di dunia sebelum haiwan berkenaan menyelam untuk melarikan diri.
Kedua-dua lelaki itu dapat dilihat ketawa sambil menggalakkan rakan mereka untuk mengulangi perbuatan tersebut, apabila haiwan itu timbul semula di permukaan laut.
Video tersebut dipercayai di­rakamkan di Venezuela, berdasarkan bahasa Sepanyol yang diucapkan oleh kedua-dua lelaki tersebut.
Kumpulan hak asasi haiwan, Marine Connection yang beribu pejabat di London memuat naik video itu di akaun Facebook mereka dan mengutuk perbuatan ber­kenaan.
“Kelakuan mereka sangat buruk, dan bukan bernasib baik kerana dapat melihat haiwan menarik itu, de­ngan memilih untuk melakukan perbuatan bodoh tersebut.
“Paus tersebut dilindungi di bawah undang-undang. Kedua-dua lelaki terbabit perlu dikenakan tindakan undang-undang dan dihukum,’’ kata kumpulan itu.